lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Rabu, 31 Disember 2014

Selamat tahun baru 2015.

                 Hari ini merupakan hari terakhir tahun 2014.Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat tahun baru 2015 kepada semua insan yang masih menghirup udara di bumi ini.

                 Kalau orang lain sibuk dengan azam tahun baru,saya rasa tak payahlah...azam kita tiap tahun pasti nak yang lebih baik dari hari ini.Sama kot tiap tahun...

                 Tapi target kita untuk tahun 2015 nanti mungkin berbeza.Saya menyasarkan target untuk tahun 2015 nanti,saya akan memulakan kerjaya sebagai penulis blog dan usahawan internet dengan lebih teliti dan insyaallah setiap usaha yang diiringi doa dan kesungguhan pasti akan membuahkan kejayaan.Itupun kalau umur saya panjang.

                 Saya amat mengharapkan sokongan penuh dari encik suami yang selama ini banyak memberi peluang kepada saya.Walaupun berbagai rintangan yang melanda, blog ini masih mampu saya pertahankan.

                 Apa yang bakal saya hadapi untuk tahun baru ni?Along dan angah dah habis spm.Maka insyaallah tahun ni ada dua budak u kat rumah ni.Seorang sekolah menengah dan dua masih di sekolah rendah.Rasanya bajet awal tahun untuk persekolahan dan asrama memang boleh tahanlah...tak tahan pun ada kot...hehe.

                Selepas kelahiran seorang anak buah dan dua cucu buah,tahun depan ni bulan satu,dua,tiga dan empat dan lima 2015,keluarga kami akan menerima kehadiran orang baru.Berturut-turut bulan bagai dijanjikan.Maka keluarga kami yang dah cukup besar ni,akan terus berkembang nampaknya.

                Pada Febuary nanti,dijangka saya akan menerima menantu saudara pulak.Wah...kemeriahan tahun 2015 kian terserlah.Tanpa konsert sambutan tahun baru pun kami memang sentiasa meriah.Semuanya sudah diatur indah oleh Allah.Semoga semuanya berjalan dengan sempurna.

                Walau apapun,hidup tetap perlu diteruskan.Walaupun apa dugaan yang pasti menanti, kita perlu tabah dalam menghadapi dugaan hidup.

                Apa yang penting,air bah di Kuala Lipis sudah kering.Hanya tinggal, usaha membersihkan barang-barang yang masih boleh digunakan.Nampaknya,semua perabot dalam rumah musnah dan rumah wan kini benar-benar kosong.Pakmbong pula kehilangan buku-buku kesayangannya satu library.Begitu juga dengan duit syiling lama yang menjadi kebanggaannya juga hilang di dalam lumpur.Sedih.

               Semoga sinar 2015 nanti akan mengembalikan apa yang kami hilang.Selamat tahun baru.

               

Menggunakan domain .mynic

                  Saya mendapat gambar ini dari seorang anak buah yang menyertai persatuan belia di Kuantan.Domain percuma diberikan khas oleh Majlis Belia Wilayah Persekutuan.Pada mulanya saya agak ragu-ragu juga,maklumlah saya ni bukannya tahu sangat tentang domain.

                 Selesai mendaftar,saya mencari tahu bagaimanakah ianya berfungsi.Pening betul nak fikir nak kena tukar nama bagai.Sayang juga nak tukar-tukar nama blog ni,kata Hasrul Hassan, kalau tukar nama blog,nanti blog kita boleh tunggang terbalik buat sementara.Akan ambil masa untuk pulih.Takut juga.

                Bila dah dapat surat pengesahan penerimaan pendaftaran saya,alhamdulillah...ianya tidak seperti yang saya fikirkan.Tahu tak apa yang saya nampak?

http://sallyadan.blogspot.com/ masih berfungsi. Bila saya taip www.sallyadan.my juga akan membawa ke blog saya. Begitu juga kalau saya taip www.sallyadan.name.my .Alhamdulillah...saya cuma perlu meneruskan penghasilan blog saya seperti biasa dan kini blog saya boleh ditemui dengan tiga nama sekaligus.Kalau tak percaya,cubalah klik tiga link ni.Macam tak percaya pulak.

                Domain percuma ni tamat hari ni.Terima kasih my buddies.my.

Selasa, 30 Disember 2014

Suasana selepas banjir 2014.


                 Ketika air sudah separuh surut,rumah perlu dibersihkan sebelum lumpur menjadi kering supaya tidak terlalu sukar untuk dibersihkan.
                Pagi ini,mereka berkerah tenaga membersihkan dinding dan atap rumah sahaja.
                 Sebelah petang,air sudah semakin surut. Suasana gelap tanpa lampu dan dinding yang penuh dengan kesan lumpur menimbulkan suasana seram yang mungkin membuat kita teragak-agak untuk masuk.
               Bantuan kamera dengan flash membolehkan kita melihat apa yang ada dalam rumah yang berantakan.Kelihatan bunga hiasan dinding tersangkut pada chandelier dan macam-macam benda yang terapung.

              Di kawasan dapur, gambar sukar hendak dirakamkan kerana tilam yang besar-besar,almari, dan pinggan mangkuk berkumpul disitu.Tambahan pula keadaan yang terlalu gelap menyukarkan pandangan.
                 Walau apapun, semua perancangan perlu diteruskan.Mereka bekerja keras membersihkan syiling dan memberus dinding.Gambar tidak begitu banyak kerana mereka lebih banyak merakamkan gambar menggunakan camera video.
                Semua bantal,tilam atau kusyen yang terapung perlu dibersihkan semampu mungkin.Tetapi manalah termampu nak lakukan semuanya dalam masa satu satu hari.

sempat posing dalam suasana gawat.
air banjir dah surut.Dua panglima penuh semangat untuk berjuang.
dengan penuh semangat mereka berusaha membuang lumpur yang memenuhi ruang.
ruang dapur yang tak sanggup dilihat.
                 Kasihan mak mertua saya.Tilam baru dah bersalut lumpur.Inilah barang yang terapung yang menyebabkan atap terangkat ketika air sampai ke atap.Dengan suasana yang gelap gelita,barang-barang yang bertimbun membuatkan mereka tak tahu dari mana operasi harus dimulakan.
toto , bantal, dan pakaian terpaksa dilambakkan di luar rumah.
selepas 50% barang sudah diangkut keluar.
my hero dah bertambah hensome dengan palitan lumpur.
mereka benar-benar bertungkus lumus.
                Dalam gambar ni,adan sedang mengangkat mesih perah kelapa tradisional yang sering kami gunakan untuk membuat lemang.Mesin yang tidak mungkin kita temui di kedai.Periuk eletrik besar khas untuk kenduri ini juga disaluti lumpur.Begitu juga radio.
sweet and happening.
                Tambah lumpur 20% lagi,kita sudah tak boleh kenal budak ni.Kasihannya...dahlah elergi,main lumpur pulak.Tapi itulah smangat nak membantu wan.huhuhu...
pinggan mangkuk yang sudah dikumpulkan.
              Inilah rupa mesin jahit wan yang sudah kembang kayunya dan kemungkinan besar dah tak boleh digunakan lagi.Kasihannya wan.
                 Buku pakmbong yang tersusun penuh satu rak akhirnya hanya ini yang nampak macam buku.Yang lain dah jadi lumpur 100%.Sedih tak?
                 Kerja-kerja juga,perut tetap perlu diisi.Terima kasih kepada mokde dengan siapa tah yang masak.hahaha...orang cerita, tapi dah lupa pulak.Tak kisahlah...biar gambar berbicara.
                Kehadiran unit amal Malaysia benar-benar mempercepatkan proses pembersihan.Bantuan yang diberikan memang tiptop.Sehingga semuan yang di dalam rumah dan dinding luar rumah bersih sepenuhnya.
mesin penyembur yang sungguh memudahkan digunakan.


               Selepas operasi pembersihan rumah,kini masih banyak kerja yang perlu diselesaikan.Tetapi masalahnya, masing-masing sudah cuti lama,manalah nak minta cuti lagi.Terpaksalah meninggalkan semua ini kepada pakmbong.Kelihatan mesin urut pakmbong yang turut musnah.Periuk belanga juga perlu disental.

              Selepas Adan pulang,dengar khabarnya,banjir kemungkinan akan melanda sekali lagi.Ada yang sudah berpindah untuk kali kedua selepas rumah dibersihkan.Apakah nasib rumah kami?Harap-harap janganlah tenggelam lagi.Kini barang-barang ini sudah kembali timbul.Terpaksalah pakmbong menjadi penyelamat barang-barang.Hati kami kembali risau.

Isnin, 29 Disember 2014

saya nak masuk bloglist maria firdz

             Siapa nak masuk dalam bloglist maria firdz? jom klik banner dan sertai segmen beliau.Tak payah tulis panjang-panjang,cuma copy banner dan linkkan ke blog beliau.Follow blog dan finish...

Banjir 2014 lebih besar dari banjir tahun 1971 dan 1973.

                Pada 27hb Disember 2014,banjir di Kuala Lipis kian pulih.Rumah kami sudah menampakkan sebahagian dari badannya.Suami saya bersama dengan adik beradiknya yang hero-hero pun mendayung sampan memasuki rumah mereka untuk membersihkan sebahagian dari lumpur yang melekat pada atap dan dinding.
Inilah wajah ruang tamu kami yang dipenuhi air.
                 Pada sebelah petang,air sudah semakin surut dan mereka sudah mampu meraduk air untuk mengumpulkan apa yang terapung di permukaan air.
                 Selepas air benar-benar surut, beginilah wajah lantai rumah yang sudah dibuang lumpur yang menebal di permukaannya.Bukan satu kerja yang mudah sebenarnya.Mereka benar-benar bermain dengan lumpur.Barang-barang yang telah dikumpulkan terpaksa dilonggokkan keluar rumah untuk membersihkan seluruh lantai dan dinding rumah.
baju-baju yang masih terlekat pada hanger.
inilah orang kuat yang bertanggung jawab memunggah barang dan membawa ibunda tercinta ke tempat selamat.




              Pakmbong sedang merenung koleksi buku kesayangannya yang musnah 100%.
tepi rumah.
              Kagum saya melihat longgokan pasir yang diletakkan disini masih tetap di situ meskipun banjir telah menenggelamkannya sedasyat ini.

              Petang ini,operasi membersihkan lantai dan dinding rumah menggunakan pam dan dibantu oleh sekumpulan sukarelawan dari pemuda PAS.Alhamdulillah...semuanya sudah selesai.Gambar tidak dapat saya sertakan kerana Adan masih belum pulang pada hari ini.Beliau and the gang akan meneruskan misi pembersihan peralatan untuk beberapa waktu lagi sebelum membawa mem besar pulang.

             Mujur juga kami mempunyai alasan supaya ibu mertua saya tidak pulang melihat keadaan rumahnya ini.Bimbang sekali kalau darah tingginya akan naik lagi.Atau jantungnya akan sakit lagi.Alasannya,"Mak tunggu kat sini,nanti orang datang nak bagi bantuan,mak pula tak ada.

            Tak tahu bagaimana reaksi beliau nanti.Harap-harap dengan keadaan yang semakin pulih,dia tidak akan terkejut.Mungkin beliau sendiri sudah menjangka bagaimanakah kesan dari bencana alam ini.Terus terang saya katakan, sepanjang saya mengenali Bukit Betong, inilah kali pertama rumah ibu mertua saya dinaiki air sebegini teruk. 
              Saya ada menyebut tentang abang ipar saya yang datang ke sini untuk membantu ibunya.Selepas memindahkan ibunya,jalan ke rumahnya di cegal perah juga turut banjir.

              Ketika air sudah menenggelami bumbung rumah,kami mendapat khabar tentang Cegal Perah yang turut dinaiki air.Risaunya bukan kepalang.Sudahlah anak-anaknya masih kecil,hanya ada isterinya yang setia menanti di sana.Mujur juga zaman sekarang ni zaman sains dan teknologi.Gambar rumah yang sudah siap dicuci dihadiahkan.Lega juga hati.
             Abang ipar saya ni tetap juga tidak dapat pulang ke rumah sekarang kerana jambatan aur gading dah runtuh.Semuanya kerana hakisan akibat banjir.
               Tika dan saat ini pula,Bandar Temerluh, Maran dan Mentakab pula sedang dinaiki air.Mereka semua sedang bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan.Felda Kampung awah juga sedang dalam kepungan air.Semoga semuanya selamat.
betapa merbahayanya situasi kereta ini
Jambatan gantung sungai semantan di Temerluh juga sudah hampir tenggelam.
                Dengar ceritan Thailand sudah melepaskan air dari empangannya.Begitu juga dengan empangan kenyir.Namun begitu,berita ini masih tidak begitu jelas.Tanpa saksi mata sendiri,taknak saya bercerita panjang.Cukuplah saya kongsikan apa yang benar-benar fakta sahaja.
Yang benar-benar menceriakan.
                 Dalam kerisauan,lahir seorang gadis comel ini dengan selamat.Alhamdulillah...Tahniah Ustaz Asraf dan Ustazah Layla.Atau lebih tepat,ini cucu saudara wan Andak.siapa Wan Andak?hahaha...
Nantikan gambar menarik seterusnya tentang kesan banjir.Insyaallah...

Ahad, 28 Disember 2014

Banjir di jengka.

               Kali ini saya nak kongsi gambar yang dihantar kepada saya melalui whatsapp.Ini adalah bandar temerluh yang sedang ditenggelami air.
simpang jengka 8 yang tidak dapat dilalui lagi.
Simpang tiga dari bandar jengka,Jengka 8 dan Jerantut.
               Sedih melihat nasib rumah kawan-kawan yang sedang ditenggelami air.Saya tidak dapat berhubung dengan kawan-kawan lain dan hanya mampu memperolehi gambar di Jengka 8.Dikhabarkan,ketika ini hampir seluruh jengka sudah terputus hubungan akibat jalan yang tidak boleh dilalui lagi. 
Bantuan air bersih amat diperlukan.
                Bantuan yang dikirim oleh seorang individu khas untuk Jengka 8 pula didapati tidak sampai kepada mangsa yang diharapkan.Tiga kali beliau menghantar kepada penduduk kampungnya sendiri,tetapi sayangnya orang yang diamanahkan tidak mampu menjalankan tugasnya dengan baik.

                Ini menyebabkan mangsa-mangsa banjir di Jengka 8 terpaksa bergelap kerana bekalan lilin juga telah disalah gunakan.Sungguh menyedihkan sikap masyarakat kita yang langsung tidak prihatin terhadap kesusahan orang lain.

                Kali keempat,beliau menghantar bantuan dengan eskot orang yang boleh dipercayai,sayangnya tersalah destinasi sehingga ke Kg.Awah.Ini membuatkan beliau cuak.
              Alhamdulillah...hujan sudah berhenti dan air kian surut.Tetapi kelihatan rumah-rumah yang masih ditenggelami air.

Barang yang sudah diangkat ke tempat selamat kononnya,tetapi rasanya mahu juga kembang almari tu terkena air.

Peti ais dan mesin basuh tu pun kena air juga nampaknya.
              Saya tertarik dengan gambar ni.Wah!! Jengka 8 dah ada marry brown rupanya.Memang lama betul saya tak masuk ke kawasan ini.
menunggu air surut.
              Alhamdulillah....bantuan akhirnya dapat disalurkan dengan jayanya.Kasihannya mereka yang menjadi mangsa bencana alam ini.
Sukarela packing barang bantuan.
Alhamdulillah...akhirnya bantuan selamat diterima.
              Semoga semua mangsa banjir mendapat bahagian mereka.Terima kasih kepada yang sudi menderma dan membantu mereka.Terutama pasukan penggerak bantuan yang terdiri dari berbagai pertubuhan dan persatuan.
              Ini pula gambar kemalangan jalanraya yang berlaku kepada group bantuan banjir team petronas ketika dalam perjalanan menghantar misi bantuan.Al-fatihah...

              Tak tergambar betapa terusiknya hati saya melihat pengorbanan saudara-saudara kita yang bersusah payah membantu.Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.

              Selepas kita dilanda kemarau dan jerubu sehingga terpaksa membuat catuan air.Kini kita diuji dengan air pula.Sama-samalah kita muhasabah diri.Siapkah kita menanti kemunculan malaikat maut?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...