lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Jumaat, 28 Mac 2014

Kisah Roti dan pampers.

budak roti.
               Pada satu hari,di hujung minggu,kami sekeluarga pulang ke kampung untuk majlis tahlil arwah.Macam biasa,kalau sekali kami berkumpul,memang meriah rumah.Bab lelaki pula,seorang pergi ke kedai,satu kereta mesti penuh.

                Inilah yang seronoknya keluarga besar arwah Aki Rahman.Jika seorang memerlukan pertolongan,insyaallah mereka sentiasa sudi membantu.

                 Al-kisahnya,Abangah( bukan nama sebenar....)yang baru sampai,ingin membeli beberapa jenis barang keperluan keluarga kerana tidak sempat membelinya sebelum turun dari rumah mereka.Aku(watak yang saya reka untuk seseorang yang diahsiakan namanya),bersama dengan beberapa orang adik beradik lelaki lagi,amat berbesar hati untuk mengikut episod jalan-jalan cari makan ini.

                 Biasalah lelaki kan....bila berkumpul adik beradik,mesti ada sesi lepak kat warung kopi.Sesi beramah mesra antara keluarga yang lama tidak berkumpul bersama.Itulah sesi istimewa yang menyebabkan kes seorang nak ke kedai,satu kereta penuh penumpang.

                Selepas pekena teh tarik dan roti canai,kami pergi ke sebuah pasaraya untuk membeli barang-barang keperluan Abangah.Oleh kerana Abangah kurang sihat,aku dan adik-adikku menawarkan diri untuk membelikan barang yang telah disenarikan oleh isteri Abangah.

                Kami membuat keputusan berpecah dan membahagikan apa yang hendak diambil untuk mempercepatkan proses membeli.Akhirnya tinggal dua barang sahaja yang kami belum beli iaitu pampers dewasa dan roti amzar zafran.

                Kami merasa hairan juga kenapa Abangah memerlukan pampers.Bukankah Abangah sudah boleh berjalan dan bergerak seperti biasa?Memandangkan Abangah baru sembuh dari stroke,mungkin juga dia masih menggunakannya.Maka kami membuat keputusan mengambil sahaja pampers dewasa tersebut walaupun dengan penuh keliru.

               Tinggallah satu barang lagi iaitu roti amzar zafran.Satu pasaraya kami selongkar mencari roti tersebut tetapi tidak ada roti berjenama amzar zafran.Akhirnya kami terpaksa membeli sahaja roti jenama lain.Selesai membayar harga barang,kami bergegas ke kereta.Maklum sahajalah kerja kenduri memang memerlukan banyak tenaga kerja.Tetapi kami sudah keluar terlalu lama kerana melencong ke kedai kopi tadi.

               Masuk sahaja ke dalam kereta,kami meminta maaf kepada Abangah kerana terlalu lama pergi.
"Susah betul nak cari roti amzar zafran.puas pusing tak jumpa.Tanya kat kaunter,diorang kata,tak ada roti jenama tersebut."Begitu bersungguh aku menerangkan kepada Abangah tentang kelewatan kami.

               Abangah ketawa sampai berair-air mata.Akhirnya Abangah berkata,
 "roti tu untuk Amzar Zafran anak keh."(Keh adalah saya dalam loghat Kuala Lipis).Apa lagi!satu kereta ketawakan diri sendiri sehingga akhirnya masing-masing sudah tidak tahu bagaimana nak ketawa.Tiba-tiba aku teringat tentang pampers dewasa.

                "Abangah pakai pampers lagi ke?"tanyaku.
                "Ish!tak pakai dah...ngape?"tanya Abangah.
                "Tadi tu tulis pampers dewasa?Siapa yang pakai?tanya aku lagi"
Abangah ketawa lagi.Aduh....maknanya kami salah beli lagilah tu...

                 "Pampers dewasa tu pampers orang perempuan"kata Abangah.
 "Hahaha!kikiki!kehkehkeh!"Habis semua jenis gelak keluar.Mati-mati kami ingatkan pampers tu untuk Abangah.Rupa-rupanya untuk isterinya.Mesej dari kisah ini,Bila isteri menulis senarai barang,hanya suaminya yang boleh faham.Apakan daya,semuanya sudah terjadi.Pampers dewasa itu kini masih dalam simpanan adikku yang empunya kereta ketika kami ke pasaraya ini.

                  Pulang ke rumah,cerita tentang roti Amzar Zafran dan pampers dewasa mula menjadi bahan ketawa.Sehinggakan Amzar Zafran mendapat nama baru iaitu "BUDAK ROTI".Dari umurnya tidak sampai setahun,sehingga sekarang kami masih memanggilnya budak roti.

Selasa, 25 Mac 2014

Kehebatan Sony.


Sony test power.
                  Ada cerita sebuah Sony yang dikatakan kalis air dan tahan lasak.Boleh dicampak ke air dan ditimbus dalam pasir.Berbagai cerita kehebatannya dalam mr google membuatkan Along teruja untuk memilikinya.Cubaan pertama,rendaman 5saat,ok.tetapi phonenya mati dan dapat dihidupkan semula selepas beberapa jam kemudian.Alasannya,air tersebut masuk melalui lubang microphone.
sony di Sunway Lagoon
                  Pada 'family day Karangkraf' lepas,ada yang mencuba buat experiment lagi.Ditampal microphone supaya phonenya benar-benar selamat jika terkena air.Sempatlah mengambil sekeping gambar dari dalam air...phone masih hidup.alhamdulillah...

                  Sebelum mandi manda,Along sudah menyimpan kemas phonenya di dalam beg.cukuplah sekali celup je.sayang juga...Al-kisahnya,bila sudah sampai ke rumah,bateri sudah habis cas.Malangnya cas pula tidak masuk.Siap letak dalam beras lagi supaya air benar-benar kering.

                 Akhirnya Sony masuk hospital...balik ke kilang.Katanya siap dalam masa sebulan.Terpaksalah Along berpaling tadah kepada Alcatel sementara Sonynya kembali ke sisi.Aduhai...setakat ini sahajalah kita dapat lihat hebatnya Sony yang dikatakan kalis air tu...

                 Agaknya mana lagi hebat dengan cerita handphone cicah milo?Saya cerita tu dah terkubur bersama puterikenari.Camanapun,nak juga tampal cerita tu kat sini.

                          Suatu hari,aku pulang dari sekolah seperti biasa.Penat sungguh belajar hari ni.
Waktu rehat tadi pula aku tidak sempat makan dikantin kerana menjengah perpustakaan sekolah untuk memulangkan buku cerita yang kupinjam tempohati.

                        Sesampai dibilik,aku mencapai talifon bimbit kuning aku yang tersayang.ada mesej rupanya.aku segera membalasnya. "arrhh....laparnya perut...".tanpa menanggalkan baju sekolah,aku terus menuju kedapur bersama handphone kesayanganku ini.
"Wah!.....sedapnya lauk ayam masak merah ni...."Namun hatiku berbisik lagi."kata nak diet...."
Aku membatalkan niat untuk makan .Namun begitu perut aku nampaknya sudah mula berirama."yo!Yo! aku lapar.hahaha...."pandai pulak perut aku ni nak rap.

                      Aku mencapai sebiji mug besar,masukkan susu dan milo.Kutuang air panas dalam termos,dan kucacau perlahan.Kucapai balang biskut jagung(kat jengka dipanggil biskut tawar lemak ),dan kubawa ke ruang tamu.

                    " Sambil menonton,sambil makan biskut cicah milo,sambil mesej kawan,baru gah gempak giler"bisik hatiku.
Sedang aku menikmati biskut cicah milo panas yang sedap,tiba-tiba.........jeng jeng jeng....

                    "plup"apa dah jadi ni?"aduh mak.....hanphone dah jadi biskut...."handphone yang kupegang sudah terjatuh dalam mug berisi milo panas.Pantas tanganku menangkap handphoneku laksana menangkap ikan kaloi dalam aquarium gitu.cepat-cepat aku membasuh handphoneku yang dah lencun dengan milo.

                   Apapun,nasi dah jadi bubur....dengan terketar-ketar aku terpaksa memberitahu kaklongku.Sekurang-kurangnya dapat juga kaklong membantu aku ketika menyampaikan berita malang tang berbau milo ni kepada emak nanti.

                  Namun apa daya,Kaklong dulu yang membasuh otakku petang ini.Diikuti bebelan emak disebelah malamnya.
"aduh....dahlah handphone kesayangan aku tu cun melecun.dengan kad memori 4gb pulak,hancur hatiku tika itu."Malam itu aku tidur dengan perut kosong.bukan kerana bebelan emak,tetapi kerana aku sayang sangat dengan handphone aku tu.

                  Terima kasih mak kerana susah payah hantar repair intan payung kuningku itu.sayang mak.

                  Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata.ianya ada sedikit yang betul iaitu handphone seseorang jatuh dalam air milo.dan buat maknya geram.selebihnya,adalah imaginasi.Molek sangatlah dua sepupu ni punya sejarah handphone yang akan tersimpan dalam sejarah phone sedua.



Ahad, 23 Mac 2014

Linkaran Gelap di Mata.

mata
                  Assalamualaikum...
                  Hari ini saya nak mengajak pembaca blog ni menghayati kenapa mata kita kelihatan lebam?Dahlah umur kian meningkat,mata pula lebam,tak berseri langsung.Lebam bawah mata atau dengan bahasa cutenya lingkaran gelap dibawah mata.Mestilah saya teruja nak bercerita...hari-hari mengadap komputer,matapun dah naik lebam.

                 Keletihan mata menyebabkan rasa sakit di sekeliling dan belakang mata.Keadaan ini akan menyebabkan kita berasa pening.Mata akan terasa sakit bila mahu memfokuskan sesuatu secara dekat seperti menghadap komputer,membaca ataupun menjahit,kita tidak dapat lari dari mengalami keletihan mata.

                Tidur yang nyenyak adalah penawar nombor satu bagi menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata.Tetapi jika tidur kita sudah cukup dan tidak melebihi dari yang sepatutnya tetapi lingkaran gelap tetap kelihatan,ianya mungkin kerana alergi.

                 Lingkaran biru di bawah mata sebenarnya mempunyai kaitan dengan alergi terhadap makanan terutamanya tenusu.Cuba elakkan pengambilan makanan yang berasaskan tenusu selama empat bulan supaya sistem imun kita dapat berehat dan insyaallah kita akan dapat melihat perubahan pada lingkaran biru di bahagian mata ini.

                Namun begitu jika lingkaran tersebut berwarna kecokelatan,ia menandakan tekanan pada hati.Ini bermaksud,kita perlu mengkaji semula berapa jumlah kafein yang kita ambil setiap hari.Rokok juga adalah punca lingkaran kecokelatan ini menghiasi mata kita yang tak berapa nak segar ni.

                Lingkaran biru dan lingkaran kecokelatan ini berbeza rupanya.Patutlah letak mentimun,tomato dan tea bag tetap juga lebam,rupanya puncanya perlu diketahui untuk mengatasinya.

                Tapi...bolehkah saya hidup tanpa kafein?Kalau taknak mata lebam,kurangkanlah teh tarik tu...boleh?Arrgh!....nampaknya saya sedang mencabar diri sendiri ni.Nak nampak segar,kenalah sahut cabaran...Insyaallah....

Terapi Air.

air putih
                     Alhamdulillah...bermula hari ini,tiada lagi catuan bekalan air,tetapi saya masih lagi mahu bercerita tentang air.Biasanya kita mendengar mereka bercerita,badan kita memerlukan banyak air.Sehari,kita perlu minum air sebanyak lapan gelas.Namun begitu,saya berbesar hati ingin berkongsi apa kelebihan minum air sebagaimana yang disebut-sebut itu.

                    Saya yakin,ramai antara kita selalu mendengar seorang doktor pasti akan menasihatkan kita agar banyakkan minum air walau apapun sebab kita berjumpa dengan doktor.
minum air yang banyak.
                    Minum air boleh menghalang tubuh dari menyerap mineral dan garam galian,tetapi minum dalam kuantiti yang banyak sekaligus akan menyebabkan tubuh kita akan dibanjiri air.Ini akan membahayakan kesihatan kita.

                   Jika tubuh kita mengalami hidrasi(kekurangan air),pundi bendalir dalam badan kita akan mengering dan akan mengganggu kelancaran pergerakan sendi-sendi kita.Akibatnya kita akan merasa kesakitan setiap kali melakukan pergerakan.Jika kita merasakan seperti ada rasa tidak selesa bila bergerak,itu tandanya badan kita sedang memerlukan air.Jadi,kita perlu meminum air dengan lebih kerap.

                  Jika badan kita kekurangan air,darah kita juga akan kekurangan air.Bila keadaan ini berlaku,darah kita akan menjadi lebih pekat dan sistem perjalanan darah kita pasti akan terganggu.Jika ini berlaku,kita perlu meningkatkan kekerapan pengambilan air.Air boleh mencairkan darah secara semulajadi.

             

                  Bagi mereka yang mengalami masalah asma dan elergi,ianya akan semakin teruk bila toksin di dalam badan meningkat atau bertamabah pekat.Dengan minum air yang lebih banyak,Menggunakan air akan mencairkannya.Dengan itu,pesakit bolah mngurangkan pengambilan ubat-ubatan atska.

sakit belakang.
                    Tulang belakang kita pula disokong oleh cecair di antara cakera vertebrata.Bila kita bersenam atau melompat,cakera ini akan mengampu sendi dari sebarang kecederaan.Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan kita mengalami sakit belakang.Maka,langkah pertama yang kita perlu ambil ialah minum segelas air dengan lebih kerap.Cuba nilai apakah ada sebarang perbezaan selepas kita meningkatkan pengambilan air.

                    Bagi pengidap gastrik,kita tahu bagaimana asid mengganggu sistem badan kita.Jika badan kita kekurangan air,keseimbangan PH badan kita akan terganggu dan tahap keasidan dalam badan kita akan meningkat.Ini akan mengakibatkan pedih ulu hati dan gangguan pencernaan.Untuk mengelakkan ini berlaku,pengambilan air yang mencukupi akan dapat membantu .

                   Jika anda merasa penat atau mual,minumlah segelas air dan diikuti segelas lagi dalam masa setengah jam kemudian.Perhatikan apa yang anda rasa.Jika anda merasa sengal atau sakit pada sendi,ulangi minum air setiap setengah jam.

                   Kita perlu selalu ingatkan diri kita bahawa 2/3 tubuh kita terdiri daripada air.Air adalah nutrien terpenting dalam setiap fungsi badan kita.Air membantu mengangkut nutrisi dan sisa kumuhan ke dalam dan ke luar sel.Ia juga diperlukan dalam sistem pembuangan najis dan memanfaatkan vitamin yang larut dalam air.

                   Air juga diperlukan untuk mengekalkan suhu badan yang sesuai mengikut cuaca.Apapun,minumlah air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk memastikan tubuh kita mendapat apa yang tubuh kita perlukan setiap hari.
air adalah teman sejati.

                   Namun begitu,jika kita merasakan kesakitan dan ketidakselesaan berlarutan walaupun kita sudah mengambil lebih air,kita perlulah berjumpa doktor.Mungkin kita sedang memerlukan bantuan doktor.Apa yang penting,,kita dan air tidak dapat dipisahkan.Wallahu a'lam.


Jumaat, 21 Mac 2014

Result SPM 2014.

                  Hari ini merupakan hari mengambil keputusan peperiksaan bagi anak-anak yang mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2013.Saya merancang untuk menghadirinya bersama memberi peransang kepada Along.Disamping itu juga,saya boleh berkenalan dengan Sekolah Menengah Teknik Sepang.

                  Sayangnya perancangan awal telah lari dari target.Saya tidak dapat menyertai mereka mengambil keputusan peperiksaan Along.Frust juga sebenarnya.Bukan saya nak sangat-sangatpun....cuma bila kita meletakkan perancangan kemudian tidak menjadi,tentulah terusik juga hati.

                 Namun begitu,alhamdulillah...kehadiran Dina dan Razin hari ni memang sangat menggembirakan hati saya.Walaupun Razin demam,tetapi memandang wajahnya,memeluknya sudah memadai bagi saya.Dapat menjaga mereka walaupun separuh hari,sudah cukup mengubat kerinduan ini.

                Medina dan Razin adalah dua anak asuhan saya merangkap anak buah saya yang saya jaga sejak mereka lepas pantang lagi.Tentulah kasih sayang ini sudah tertumpah kepada mereka berdua.Bila saya terpaksa berpindah ke sini,saya tidak lagi menjadi pengasuh mereka.

               Kalaulah boleh saya meminta pinjam mereka setiap kali mereka demam,kan bagus...tapi bagi mama mereka pula,"takkan setiap kali demam saja nak hantar ke sini.tak sedaplah pulak".Itulah ayat yang buat saya terpaksa mengalah.Adat menumpang kasih...Apapun,saya gembira dengan kehadiran mereka.

              Berbalik kepada keputusan peperiksaan Along,alhamdulillah....tahniah Along...Walau apa juga keputusan peperiksaan Along,kami bangga dengan pencapaian Along.Tapi kalau dah cemerlang,kira satu bonuslah ntuk Along.Tahniah lagi sekali.

              Bukan saya tak mahu mengabadikan keputusan peperiksaan Along sebagai satu kenangan abadi dalam blog ni,tapi saya dapat satu motivasi dari beberapa orang guru merangkap jiran saya yang memberi pendapat agar tidak memaparkan keputusan peperiksaan SPM kepada umum kerana bimbang ada yang kecewa bila tidak mengutip A untuk koleksi mereka.Dan saya menghormati pendapat tersebut.

              Keputusan peperiksaan ini sebenarnya adalah permulaan kepada langkah Along untuk sampai ke tahap seterusnya.Bermula dari sinilah Along akan memilih peluang dalam membina jalan untuk masa hadapan.Keputusan peperiksaan Along ini juga pastinya akan memberi Angah peransang dalam menjalani peperiksaan SPM yang bakal ditempuhinya hujung tahun ini nanti.

             Jodoh pertemuan dan ajal maut di tangan Allah swt.Bila Allah tentukan jodoh pertemuan dengan kawan baru di suatu tempat,maka di situlah rezeki yang kita bakal perolehi nanti.Ke mana Allah tentukan,di situlah kita.

             Penghargaan saya terhadap tadika PASTI at-tauhid Taman Ehsan,Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan,Sekolah Kebangsaan Desa Aman Puri,Sekolah Menengah Taman Ehsan dan Sekolah Menengah Teknik Sepang yang telah membentuk Along sehingga ke tahap ini.

            Walaupun pada permulaan Along berada di Sekolah Menengah Teknik Sepang amat mencabar,tetapi Along mampu meneruskan perjuangan sehingga ke tahap sekarang.Sekolah ini pernah digelar penjara oleh beberapa pelajarnya kerana kedudukannya agak jauh dari jalan besar,dan ada juga gelaran sekolah agama Sepang kerana undang-undang yang dikenakan di sana lebih ketat dari peraturan sekolah agama itu sendiri.

               Dalam pada itu,akhirnya sekolah ini mula menjadi sekolah kesayangan Along dan saya amat berterima kasih kerana pendidikan yang diberikan buat Along.SMT Sepang  banyak membantu Along menempa kejayaan sekaligus membentuk akhlak yang diperlukan sebagai seorang anak soleh.Alhamdulillah....

Rabu, 19 Mac 2014

Lempeng Panas.

lempeng panas.
                   Assalamualaikum,

                   Bismillahirrahmanirrahim...

                   Alhamdulillah....kenyang makan lempeng panas.Sebenarnya,bukan nak cerita pasal kenyang atau tidak,tapi cuma nak kongsi apa itu lempeng panas.Lempeng panas ni ada orang gelar lempeng bodoh.Ianya digelar lempeng bodoh kerana ianya cuma dibuat dengan tepung,garam dan air.Sangat mudah.

                   Semasa saya masih di alam persekolahan dulu,emak saya selalu buat lempeng kelapa atau lempeng nyor.Tetapi tika itu saya ni memang jenis tak pemakan.Setakat cubit-cubit saja.Bila sudah tiada emak di sisi barulah terasa rindu pada lempeng kelapanya.

                  Lempeng panas ni juga adalah satu istilah yang sering ayah saya gunakan bila nak tunjukkan sesuatu perkara yang dia tidak suka.Ayah saya ni bukanlah jenis garang sebenarnya.Bila dia menegur sesuatu,kami hanya ketawa,tetapi makan dalam juga.

                  "Nak lempeng panas?"itulah soalan yang dia selalu tanya bila dia tidak sukakan sesuatu.

                  "Nak!"laju saja kami menjawab.

                  "Mananya lempeng?"

                  "Ni dia lempeng panas"jawab ayah sambil menunjukkan tangan yang dilebarkan"

                  "Lempeng tu taknaklaa..."

                  Bagus juga tegurannya itu mudah difahami.Tetapi ayah tidak pernah memukul kami walaupun sekali.Bila sekali dia bersuara,kami adik beradik dah tak berani berkutik.Takut juga dengan lempeng panasnya yang tak pernah kami rasa tu.

                  Tetapi kalau lempeng emak,selalulah kami makan...cicah gula lagi.maklumlah budak-budak memang suka gula.Apa yang penting,ayah suka dengan lempeng panas emak.

                  Sekarang ni,kami menjadikan lempeng sebagai makanan yang istimewa.Kalau ada rendang,sambal sardin,sambal ikan bilis atau kari,pasti kami akan buat resepi ni.Bila sudah berpasangan dengan orang Lipis ni,saya sekali sekala akan buat sambal goreng tempoyak.

                 Kalau nak tukar selera,buatlah cucur pulak.Kami orang Jengka panggilnya cekodok.

                 Pada suatu hari,seorang kawan saya bertegur sapa."Sarapan apa pagi ni?"

                 "Cekodok cicah sambal ikan bilis jer..."

                 Rupa-rupanya saya sudah tersalah taip.

                 "Cekodok cicak?ko ni dah takde benda lain ke nak makan?cekodok ko makan,cicakpun ko makan.Ko ni makhluk apa ya?"

                 Hok aloh...salah eja rupanya...malunya....hahaha

Jumaat, 14 Mac 2014

KISAH SEORANG BLOGGER.

                 
Al-quran penawar segalanya.

                    Assalamualaikum Warahmatullah....

                    Salam perkenalan dari saya buat bakal pengunjung blog yang masih dalam kesamaran.Adanya saya di persada blogger ini hanyalah untuk memenuhi tuntutan hati yang sentiasa terbantut.Masalah dalam blog bagaikan tidak jemu-jemu mengganggu ketenteraman blog saya.

                    Saya harap,blog terkini milik saya ini akan mampu menjadi peneman saya selagi saya mampu menulis.Bukan mudah menjadi seorang blogger sebenarnya.

                    Sebagai pengenalan diri,Saya adalah anak kelahiran Kuantan Pahang dan dibesarkan di Jengka Pahang.Saya mula menjadi seorang blogger sejak memiliki sebuah komputer di rumah pada enam tahun lalu.Pertama kali menjadi seorang blogger,saya sebenarnya merasa sangat sukar untuk mencari idea.

                    Saya menulis cerita pendek kanak-kanak untuk memenuhi ruang blog saya.Akhirnya saya akur bahawa saya tidak boleh menjadi orang lain untuk menjadi seorang blogger.Saya bosan kerana terpaksa mengorek segala khazanah dalam buku untuk dijadikan bahan,tetapi kadangkala ianya tidak menjadi minat saya.

                   Saya membina blog baru dengan gmail yang baru dan saya mula serasi dengannya.Menjadi diri sendiri adalah lebih mudah jika kita ingin menjadi seorang blogger.Saya menjadi blogger dengan post yang sudah beratus.Tiga tahun sebagai blogger akhirnya timbul pula idea untuk menjana pendapatan melalui blog.

                   Malangnya,dalam memilih iklan,saya tersalah mendaftar perniagaan jaringan.Pada mulanya saya tidak tahu saya sudah terlibat.Saya memilih iklan Nuffnang untuk dimasukkan ke dalam blog saya dan ianya berhasil,tetapi tiba-tiba muncul pula perniagaan jaringan yang mengganggu penulisan saya.

                  Mereka memasukkan blog mereka dalam blog saya.Memang ianya mengejutkan.mengapa jadi begini?Kerana bisness jaringan,blog saya menjadi kacau.Saya mula bosan kerana saya rasa terpaksa berkongsi menulis dengan blogger lain.Baharulah saya sedar bahawa saya pernah mendaftar dalam perniagaan tersebut walaupun tanpa memasukkan iklan.Mereka masuk ke dalam blog kita sebagai admin blog.Sedihnya hati hanya Allah yang tahu.Sungguh kecewa!

                  Saya mengambil keputusan membina blog baru dan menyalin semula blog yang ada nilai sentimental  ke dalam blog baru.Malangnya ianya adalah salah.Saya dianggap salah mencuri idea blog orang lain.Saya membina blog baru dalam akaun yang sama pula.Blog asal terpaksa saya buang sekali lagi.

                 Saya merancang mengasingkan katogori blog dan memisahkan katogori penribadi dan sinopsis buku,tetapi dalam beberapa hari,saya merasakan ianya patut disatukan.Saya mula mencuba import eksport blog pula.Kononnya ianya adalah cara selamat copy blog sendiri.

                Malang sekali lagi,blog saya mula menunjukkan post yang lebih dari satu untuk satu hari.Ini menyebabkan post saya tidak dapat dikongsi dalam facebook melainkan melalui kod spam.Ertinya,sekali lagi blog saya dianggap spam oleh google.Aduyai...Terasa nak menjeritpun ada.Encik abangpun sudah mula tunjuk muka bosan bila kita nak mengadu.Kepada siapa lagi saya nak mengadu?Rasa nak menangispun ada.

                Tiada yang akan memahami betapa kecewanya bila segala usaha kita selama bertahun-tahun akhirnya kita tidak punya apa-apa lagi.Maka dengan ujudnya blog baru ni,di sinilah tempat saya mencurah rasa yang terbuku di hati.

               Jumpa lagi dimasa akan datang.Wassalam.
                 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...