lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Rabu, 30 April 2014

Toyol Moden curi Telefon.

toyol moden curi telefon.
                  Sedang enak aku dibuai lena,terganggu lantaran bunyi salakan anjing yang mendayu-dayu.Biasalah di asrama aku ni,banyak sejarah gangguan dan histeria berlaku,mana tak seriau dibuatnya.

                  Bulu romaku sudah mula meremang.Tiba-tiba terasa seperti ada tangan yang menggagau mencari sesuatu di tepi badanku.Perlahan-lahan aku membuka mata.Melilau mencari kalau-kalau ada kelibat manusia yang sedang berdiri disampingku.

                  Aku tak nampak sesiapapun.Mulalah aku semakin seram.Aku apa lagi, terus menarik selimut menutup muaka.Tak lama kemudian,terasa masih ada yang bergerak-gerak seperti tangan menggagau dibawah-bawah bantal aku.

                 Aku sudah tidak berani hendak membuka mata.Dengan bismillah dan tawakkal,akhirnya aku terlena dan menyambung mimpiku dengan aman sentosa.

                 Bila aku terjaga,aku tercari-cari telefon bimbit yang aku pegang semasa tidur semalam.Hah sudah!Telefon aku!habis kecoh satu bilik mencari telefon aku.Sesungguhnya aku sangat sedih dan kecewa dengan kehilangan telefon kesayanganku ini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Begitulah cerita yang saya bayangkan untuk kehilangan telefon alcatel milik Angah.

                  Saya bangga dengan pihak sekolah yang sanggup menyimpankan telefon bimbit murid yang tinggal di asrama.Bila esoknya adalah hari yang dijadualkan  mereka pulang ke rumah,telefon itu akan diserahkan kembali kepada murid.

                  Telefon bimbit memang sangat perlu untuk anak-anak yang pulang ke asrama atau mahu pulang ke rumah dari asrama.Demi keselamatan mereka,saya sangat menghargai kelonggaran syarat yang diberikan.

                  Malang sekali,kejadian ini membuktikan bahawa belajar di sekolah agama tidak menjamin murid menjadi baik,tetapi pendidikan yang sebenar adalah datangnya dari rumah.

                 Pembentukan jiwa remaja sebenarnya berpunca dari institusi kekeluargaan dalam sesebuah keluarga itu sendiri.Didikan agama pula adalah cara untuk memenuhi diri mereka dengan ilmu.Jika ianya digabungkan,barulah kita boleh lihat hasilnya.

                Terus terang saya katakan,saya amat kesal dengan moral pelajar-pelajar di sekolah agama.Sejak Angah masuk tingkatan satu,sikap kawan mengebas barang kawan bagaikan satu penyakit yang tidak ada ubatnya.

                Mengapa di sekolah menengah teknik yang Along masuk tu takde kes mencuri macam ni?Siapa yang boleh beri jawapannya?

                Pada pandangan saya,faktor ciri-ciri pelajar itu sendiri(Pelajar bermasalah).Pelajar yang terpilih ke sekolah yang baik biasanya merupakan pelajar yang punya disiplin diri yang kuat sama ada dari segi tumpuan pelajaran ataupun disiplin diri.

               Berbanding dengan sekolah agama,mereka mengambil risiko dengan menerima pelajar-pelajar bermasalah dengan harapan mereka akan berubah dengan mendapat didikan agama.

               Ibu bapa pula,tidak boleh hanya mengharapkan guru-guru sahaja membentuk peribadi anak-anak mereka.Mereka perlu mengambil tahu apakah punca anak-anak mereka ini bermasalah.Apakah kerana kekurangan perhatian,atau aturan yang terlalu ketat di rumah,atau mungkin juga ada masalha lain yang dapat kita kesan.

               Saya ni bukan hendak mengkritik sesiapa,cuma meluahkan rasa kesal.Saya berikan telefon kepada Angah sebagai bantuan perhubungan agar keselamatan mereka dalam perjalanan lebih senang dipantau.Bila ini terjadi,susahlah jadinya.Mamanya inikan kaya...penulis blog terhebat.Inconme bulan ini sahaja mencecah riban- riban.hehehe,tak percaya?Memang jangan percaya.

   Hehehe,kaya giler....26sen sebulan.
               Memang toyol moden ni patut kena potong tangan je.Ingat senang nak kumpul duit 50 ringgit beli telefon satu Malaysia tu.Lainlah kalau emak si Angah ni betul-betul incomenya riban-riban.

               Tapi bila fikir-fikirkan,Kesian pula kat budak tu.kenapa dia perlu mencuri kalau setakat nak telefon tu?miskin sangat ke keluarganya?Semoga rezeki mereka dimurahkan agar anaknya tidak mencuri lagi.

               Lepas Angah balik tu,ada toyol tu ada call nombor saya,tetapi Along yang angkat.Lepas tu dia hantar mesej,suruh call balik.Sebenarnya,siapa budak tu?perempuan ke lelaki?suaranya memang tak keluar.Tapi mesti dia nak selidik siapa My love dalam no telefon Angah tu.

              Along hantar mesej suruh pulangkan telefon Angah tu.Dia balas.Pandai jugak toyol menulis mesej kan?dia akan pulangkan dan letakkan dalam meja Angah kat sekolah.

              Malangnya,janji seorang pencuri memang tidak boleh dipercayai.Memang sudah tiada rezeki.Redha ajelah Angah...ada rezeki,nanti mak beli telefon baru untuk mak,Angah ambillah telefon buruk mak ni.hehe,bertuah punya emak.

             Sekarang,nombor telefon Angah sudah tak aktif.mesti dah tukar nombor baru.Tak kemana seronoknya guna barang orang lain.Beli sendiri dengan hasil titik peluh sendiri barulah berkat.

               Kesian Angah,kesian juga kat ibubapa toyol moden tu.
 

           

Selasa, 29 April 2014

GiveAway Bro Nasa:Hadiah Misteri Bernilai RM800.


                  GiveAway Bro Nasa ini saya temui dari salah seorang peserta GiveAway ini.
Syarat utama penyertaan hanyalah berkongsi gambar selfie sekaligus bercerita tentangnya.Memang sangat mudah!Semua yang ada blog semua boleh sertai.

                 Terus terang saya mengaku,saya jarang menyertai GiveAway kerana saya tidak memenuhi syarat.Bukan apa...akaun twitter dan instagram saya masih jauh di hadapan.

                 Kalau disebut hadiah misteri sehingga RM800,mestilah saya mahu.Tetapi penyertaan saya ini sebenarnya lebih kepada usaha dan tawakkal.Siapa tahu saya bakal pemenang?Wah...hidup biar berangan.hehe...

                Tak menang tidaklah frust sampai guling-guling,cukuplah sekadar dapat tambah sorang dua follower yang sudi.Nak kata blog saya ni best sangat tu tidaklah...setakat nak memeriahkan dunia blogger kira bolehlah...harap-harap ada yang sudi menjadi rakan blogger.
selfie of the year.
             Nak ceritalah tentang gambar selfie ni,sebenarnya,gambar ini diambil pada tahun 2012.Hari pertama Muhammad Arif Izwan masuk ke sekolah Pasti At-Tauhid Taman Ehsan.

             Arif adalah anak saya yang paling kecil.Tapi nak kata manja sangat tu tidaklah sangat.Kakak Ainanya lagi over manjanya.

             bergambar dah di sebelah-menyebelah,tetapi ada iras tak ibu dan anak ni?Kalau ikutkan seorang ibu atau ayah tentu saja nak anaknya ikut muka mereka.Tetapi siapalah kita untuk menentukannya.

            Walaupun begitu,menjadi ibu merupakan sesuatu yang ajaib.Bila darah kita mengalir dalam tubuhnya,kasih sayang antara ibu dan anak pasti menjadi kebanggaan.

            Kadang-kadang,bila mereka nakal dan tidak mendengar nasihat,saya pasti akan bertindak tegas sehinggakan anak merajuk sampai tertidur.

            Bila dia bangun nanti,semuanya hilang begitu sahaja.Kita tetap akan dipeluk dan disayang.Sebagai ibu-bapa,jangan takut menegur kesalahan anak.Jangan takut anak anda memberontak jika permintaannya tidak terpenuhi.Kerana asuhan kita semenjak mereka kecil mampu membentuk peribadi anak-anak.

            Bak kata orang,melentur buluh biarlah dari rebungnya.Kalau anak sudah menjadi terlebih nakal baru kita nak bersuara,itu memang akan menaikkan rasa memberontak.

            Jangan salah faham,mendidik anak mesti mengikut peringkat umurnya.Jika anak kita berubah usianya,kita perlu mencari cara pendekatan yang terbaik untuk anak di peringkat uia mereka.

            Sekarang,Arif sudahpun masuk tahun 2.Sudah lepas satu tahap didikan awal,dan sekarang saya akan membentuk dia dengan tahap usia yang seterusnya.Doakan kesejahteraan kami yaa...

            Terlupa pulak.Saya masih lagi berada dalam siri GiveAway Bro Nasa.Jom sertainya ramai-ramai.Klik gambar paling atas di post ini dan dapatkan info tentang syarat dan hadiah yang ditawarkan.

                 

Isnin, 28 April 2014

WOW!100 Aktiviti-Uncle Adan.

Uncle Adan
                Buku Wow!100 aktiviti ini telah berada di pasaran pada tahun lepas.Gambar ini juga diambil pada pesta buku PWTC pada tahun lepas.Inilah wajah pelukis buku ini yang bernama Uncle Adan.
wow!100 aktiviti
                Pada pesta buku Karangkraf yang lalu,Uncle Adan telah berjaya menghasilkan sebuah lagi buku yang bertajuk wow!100 aktiviti siri 2.Konsep yang dibawa adalah pilih,kira warna dan lukis.
wow!100 aktiviti
               Ini adalah wajah belakang buku siri pertama dan kedua.Harga buku ini adalah rm10 untuk sebuah buku.Kumpulan Karangkraf sedang berada di Pesta BUku Antarabangsa di PWTC mulai 24hb April 2014 sehingga 4hb mei 2014.

               Untuk pesta buku ini,saya tidak pasti berapakah diskaun yang disediakan untuk buku ini.Cuma apa yang boleh saya katakan,Marilah kita beramai-ramai menghadiri pesta buku ini.

               Bukan hanya untuk membeli buku,tetapi kita juga dapat menyertai berbagai aktiviti promosi yang disediakan.Hadiah dan harga promosi biasanya amat istimewa.
wow!100 aktiviti
                Buku WOW!100 Aktiviti-Uncle Adan ini amat sesuai untuk dihadiahkan kepada seorang anak,adik,atau sebagai hadiah kecemerlangan anak-anak.
wow!100 aktiviti
                Aktiviti mudah yang disediakan di dalam buku ini amat sesuai untuk anak-anak yang baru mengenal huruf.Tetapi,ianya mampu menjadi aktiviti ibu-bapa dan anak sebagai satu cabang merapatkan perhubungan bagi ibu-bapa yang sibuk bekerja.Ada juga aktiviti menyambung titik.
wow!100 aktiviti
               Terdapat juga soalan mudah matematik dengan gambar dan warna yang sangat menarik.
wow!100 aktiviti
Aktiviti mewarna juga boleh didapati di dalam buku ini.
wow!100 aktiviti
   Ada juga aktiviti untuk memperkenalkan warna dan membezakannya.
wow!100 aktiviti
 Ada juga aktiviti memadankan gambar dan tulisan.
wow!100 aktiviti
              Mencari perkataan di dalam gambar.
wow!100 aktiviti
               Dan juga aktiviti berbentuk permainan mencari jalan dan sebagainya.Kesemuanya boleh didapati di dalam ke dua-dua buku ini.

Lukisan yang menarik akan mampu membangkitkan semangat kanak-kanak untuk lebih akrab dengan buku.Sekaligus,akan memupuk semangat membaca untuk anak-anak kita.

Anak-anak yang suka membaca akan menjadi seorang anak yang suka belajar dan seterusnya menjadi seorang insan berilmu di suatu masa kelak.

               Buat Uncle Adan,Minta maaf banyak-banyak kerana blog baru ni lambat membuat sebuah post comel untuk buku ini.

Sabtu, 26 April 2014

Menulis novel di ilham.

Benarkah itu cinta trial cover
                  Puteri kenari nak jadi penulis novel?memang terkejut giler saya dengar.Tapi memang inilah hakikatnyapun...Sekadar mencuba nasib.Benarkah saya ini punya bakat yang terendam?Wallahu a'lam.

                  Bila saya mendapat perkhabaran adanya peluang menulis novel di ilham.karangkraf,saya teruja sekali untuk mencuba.Maka,dengan malu-malunya, saya mendaftar sebagai penulis di sana.

                 Bila saya copy dan paste kali pertama hasil karya bab 1,semua barisan ayat yang tersusun menjadi berantakan.Rupa-rupanya kita kena perbetulkan semula semua susunan di dalam sana.

                 Bila sudah siap edit semua bab satu,tiba-tiba hujan ribut pulak melanda.Siap dengan pelangkar lagi.Terpaksa saya memilih jalan untuk suiz off komputer.

                 Tajuknya saya tak sempat fikir dan saya tangkap muat sebuah tajuk iaitu Benarkah itu cinta.Ketika itu saya cuma simpan dan tidak klik terbit.Malam itu,jenuh saya memikirkan tajuk yang betul-betul sesuai untuk tema cerita saya ini.Anggerik Rimba vs Anggerik Kota.Itulah tajuknya.Saya menarik nafas lega.Memilih tajukpun dah kena perah otak.

                 Keesokan harinya,saya membukanya kembali untuk menukar tajuknya dan terbitkan.Rupa-rupanya ianya tidak dapat ditukar.Masa tu rasanya dah kecewa sangat sebab apa yang saya hajatkan tidak kesampaian.

                 Saya mengambil masa yang agak lama sebelum meneruskan niat untuk bab yang seterusnya.Alhamdulillah...saya mampu mengikut rentak tajuk Benarkah Itu Cinta .

                 Saya memilih latar belakang Jengka sebagai pilihan kerana saya belum pernah bertemu Jengka dijadikan latar belakang sebuah novel.Malukah mereka menjadi anak Jengka?Atau tiadakah masyarakat Jengka yang menjadi penulis?

                Saya membawakan watak Siti Aisyah sebagai gadis yang tidak mengharapkan cinta lelaki dan tidak percayakan cinta sebelum bernikah.Saya selitkan pekerjaan sementara Siti Aisyah sebagai penoreh getah sebagai satu cara menafikan kerja tersebut sebagai sesuatu yang kotor dan busuk.

               Kalau biasanya,topik gadis miskin berkahwin dengan anak orang kaya menjadi cerita hangat,saya pula mahu melahirkan rasa cinta yang ikhlas mengikut cara islam yang sebenar.

               Cinta yang tidak pasti akan keujudannya,tetapi masih mahu dipertahankan.Benarkah itu cinta akan membawa Siti Aisyah menjadi seorang yang lebih tabah dan Danial sebagai lelaki yang memang patut menjadi pilihan.Mengapa?pastinya kerana agamanya.

               Harapan saya,saya dapat menggarap sebuah cerita yang baik.Hakikatnya,Menceburi bidang yang baru memang amat mencabar.Memerah idea sahaja sudah membuatkan kita tenggelam dalam dunia kita sendiri.

              Kepada sesiapa yang mahu mencuba menulis novel,bolehlah melawat novel saya bab 1 di:  http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=2678&idc=13012.
Tunjukkan sahaja mouse anda ke sertai ilham,kemudian bolehlah mendaftar profil di sana.Bila sudah approve di mail anda,bolehlah memulakan bab pertama.

              Kalau nak cuba baca cerita saya,tentu sahaja sangat dialu-alukan.


Khamis, 24 April 2014

Make Over Blog.


drawing
pencil art
editing
                 Dua hari tak buka blog kerana hajat besar nak design blog sendiri.Bila nak lukis,tak berapa nak lawalah pulak,terpaksa mintak tolong uncle Adan design.Lepas tu edit bunga mengikut citarasa.

                 Sudah tu,nak ikut stroke dengan pen,ada pulak Along yang sudi membantu.Alhamdulillah...pucuk dicita,ulam berseleralah saya.

                Bab nak mewarna dengan fotoshop juga bukan senang.Sekuntum bunga pink ni saya habiskan masa satu jam.Kenapalah susah sangat nak belajar?Dulu dah siap catit semuanya.Tapi bila nak praktikkan,fuh...berpeluh...

                Setiap langkah nak tanya orang.Hangin juga Along nak mengajar maknya ni.Haduih...bukan senang kalau nak belajar dalam masa yang singkat.Satu langkah,belek buku.Mahunya tak satu jam satu bunga?

Bila dah siap warna,nak copy pulak tak pandai.Memang mencabar betul...Akhirnya hasilnya anda semua boleh nampak kat header saya tu.Cuma saya rasa,gambarnya masih perlu diedit supaya lebih nipis.

Backgroundnya juga perlu ditukar warnanya.Cukuplah untuk hari ini.Kalau ada masa terluang nanti barulah saya edit balik gambar header tu.Penat woo...

Selasa, 22 April 2014

Mi Kuning homemade.

membancuh mi.
Bahan-bahannya:

1 )500gm tepung gandum.

2 )260ml air                     

 3 )1 sudu teh air abu.         

4 )sedikit pewarna kuning.

     5 )Minyak masak untuk sapu.

6 )Garam secukup rasa.    

7 )Air untuk merebus.       
mesin mi
air abu
                 Bancuh air dengan garam,pewarna kuning telur dan air abu.Saya menggunakan kapur sireh sebagai menggantikan air abu kerana resepi mak mertua saya menggunakan air kapur.

tepung
                 Kalau resepi Norzailina Nordin menggunakan 500gm,saya menggunakan 1kg tepung.Bancuh tepung dengan air yang dibancuh tadi sehingga menjadi doh.Doh untuk membuat mi kuning tidak boleh terlalu lembik.

                 Canai dan mesin dengan menggunakan mesin mi.Celur dalam air panas yang menggelegak.Bila timbul,angkat dan gaulkan dengan minyak masak supaya ianya tidak melekat.
mi
                Inilah hasil yang saya dapat dari 1kg tepung.Kalau kita buat sendiri mi ni,tak perlulah kita membasuh,merendam atau mencelurkannya lagi.Fresh dari ladang.

                Macam kata Adan,boleh dimakan selalu.Dimakan selalu ni boleh jadi dua maksud.Selalu makan,atau dimakan terus.Bila kita letak garam yang secukup rasa,nak ratah mi sahajapun boleh.Nam goreng,buat sebarang resepi mi juga boleh.
bahan-bahan
                Jadi,saya memilih untuk membuat mi kari cincai.Cuma blender lada kering,bawang merah,bawang putih dan halia.bersama dengan rempah kari.
rempah
Tumiskan bersama rempah penumis.
 dan daun kari
tumiskan.
masukkan ayam,dan
Gaul.
masukkan fish ball dan fish  cake
Gaulkan.
Masukkan santan.
Tambahkan kerang
dan sawi.
                Kalau ada tauhu kering barulah lengkap.Tapi apakan daya,selalu sahaja tak dapat bahan.Tapi mi kari kita sedap kalau bahan asas kari sudah mencukupi.Bahan lain seperti udang atau tauhu kering,daging,kalau ada adalah satu bonus.
taburkan daun sup kalau suka.
 Atau boleh juga ditambah bawang goreng dan cili besar.Gambar terlupa shoot.
dan juga telur.
                     Wah...saya dapat idea nak pecahkan liur nampaknya.Kalau nak cuba,silakanlah.Insyaallah kalau yakin,boleh buat mi sendiri.





SEGMEN : AYUINSYIRAH MENCARI RAKAN BLOGGER BARU DAN LAMA

           

 Assalamualaikum,

Sebenarnya,saya tak biasa membuat segmen sebegini.Rasanya susah sangat nak masukkan link gambar dalam segmen.Tapi alhamdulillah...semuanya dah boleh buat sendiri tanpa bantuan orang lain.

Saya nak sertai segmen ini dan nak juga tambah follower.maklumlah kan...tanpa follower,sorang dua je yang baca.Kalau ada follower tu,ada juga kawan-kawan yang support.

Saya sebenarnya sudah mula menulis blog pada tahun 2011,tapi blog ini masih baharu sangat.Dengan pengalaman yang saya ada,insyaallah saya akan meneruskan perjalanan blog ini dengan sebaik mungkin.

Kepada Ayu Insyirah dan semua blogger,selamat berblogger.Kalau sudi menjadi rakan blogger saya,tinggalkan komen atau follow saya supaya mudah saya menjejaki.Wassalam.




Isnin, 21 April 2014

Breakfast Kecur Liur.

makan-makan bawah pokok
                   Pada suatu hari,burung-burung pun berkicauan hari tu...ada yang bekerja,ada yang bergembira, siapa ingat dialog ni?cerita hantu Kak Limah balik rumah.hehe,tak ada kena mengena.

                   Jiran-jiran saya ingin mengadakan sesi makan pagi (potluck).Sarapan pagi kami untuk hari ni nasi goreng dan karipap sahaja,tetapi bila tiba-tiba mereka ajak berkumpul,bawa sahajalah apa yang ada.Tempat tumpuan kami,meja di bawah pokok mempelam.Meriah kan?
hidangan sarapan pagi
   Maka,sedikit sorang,jadilah macam jamuan kecil.
3jag air 3 perisa
Air tiga jag dan tiga perisa.Teh susu,nescafe susu dan teh o.  
breakfast
 Majlis sudah bermula,tapi kenapa ya?mata semua tertumpu ke sana?
sweet talking
hiburan terkini berita sensasi
                 Rupanya ada sesi gebang.Ini istilah mereka yang saya dengar.Tapi sebenarnya bukan gebang sebarang gebang.gebang berisi ilmu.Sekali dengar cerita cikgu Nini,memang semua orang cuma perlu pasang telinga je.

                 Sesekali boleh ajukan pertanyaan.Tapi macam biasalah,saya jarang angkat tangan masa cikgu mengajar.Maka teruslah habit tu sampai terbawa-bawa ke alam kejiranan.
kita minum dulu
 Sesi sarapan diteruskan.
asyik bercerita
                 Group lelaki juga tak kurang juga.tak dengar pula saya apa isu yang buat mereka semua ceria aje.Mamat hensome pakai trek suit tu pun tumpang sengih.Bukan apa...orang muda lain xmuncul.terpaksalah buat selamba joint group veteren.

                 Tepat pukul 10 pagi,sesi menghantar Angah dan Kakde balik ke asrama.Tiket pukul 12.30 tengah hari dari Stesyen Pekeliling.Sempat juga membawa bekalan dua biji mangga muda untuk dikongsi dengan kawan-kawan sebilik.
pokok mempelam
                 Rentetan dari itu,maka nampak pula pokok mempelam Cik Puan Ros.Apa lagi,habis suku dari buah mempelam itu dikerjakan.Dengar cerita,mereka nak buat jeruk.Maka,kalau pembaca blog ni ada pokok mangga dan nak rasa jeruk resepi kami,bolehlah buat sendiri.Siap tutorial free lagi hari ni.
kupas mempelam.
                   Mula-mula,kupas buah.Kalau buah muda dan belum berpulur,boleh dibelah sahaja.Boleh makan dengan kulitnya sekali.Bab mengupas mempelam,tak jadi masalah bagi kami,gotong royong ramai-ramai,sekejap aje siapnya.
Mempelam
Nampak gebu ajekan?hehe
mempelam siap kupas
Kalau tak kecur liur melihatnya,bukanlah buah mempelam namanya.
sesi memotong mempelam
Sesi memotong buah.Manis senyuman puan-puan kita walaupun sedang memotong buah yang masam.
sesi kecur liur
Siapkan sesi memotong buah,kami akan menjeruknya.
hujan
               Tiba-tiba hujan turun renyai-renyai.Sanggup bawa payung untuk meneruskan perjuangan.
bancuh jeruk
               Selesai merendam buah dengan air kapur,bolehlah dijeruk.Hanya dengan cuka,gula dan garam secukup rasa,semuanya selesai.
berbahagi hasil
               Akhirnya semua kerja selesai.Barulah dapat melihat senyuman Puan Rozie.Ceria saja dia berbahagi jeruk yang sudah siap kepada semua yang hadir.Puan Hana pula mengemas sampah sarap yang terhasil dari sesi pengupasan.Ewah! sekali dengar macam bahasa orang nak buat facial muka pula.proses pengelupasan.hehe,Alhamdulillah...rasanya nak menitik air liur.
colek mempelam
             Sebenarnya,saya paling seronok melihat keakraban jiran-jiran saya ni.Sentiasa ceria.Walaupun sambil mencicah buah yang masam,senyuman mereka tetap manis.

             Sedang elok sahaja semuanya siap,hujan turun dengan lebat sekali.Kelam kabut mengemas semuanya.
buat bunga tulip
            Dalam pada itu,petang ni Makcu datang bersama sicomelnya.Sempat menolong Nana menyiapkan bunga tulipnya.Bunga tulip yang diukur kelopaknya dengan wang syiling 50sen.
hasil karya
Dan inilah hasil kerja Nana.
kreatif untuk Dina.
               Dan ini adalah kreativity makcu Maizatul Aswani.Macam-macamlah makcu ni.Gam UHU pun boleh jadi puppet.Lepas jugaklah rindu saya kat Dina dan Razin.Terima kasih Makcu dan Pakcu kerana sudi datang.

               Dan tak lupa juga,terima kasih juga untuk jiran-jiran semua.Dari tuan punya mempelam sampailah kepada staff-staff semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...