lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Khamis, 29 Mei 2014

Kuiz Medical #1 by Dr. Shikin

                   Kuiz medical#1 by Dr.Shikin ini terbuka kepada semua blogger yang menetap di Malaysia.

                   Hadiah:  cash -RM30.

                   Hanya untuk seorang pemenang.

                   Buat satu entry dan jawab enam soalan mudah.

                   Copy entry ke facebook Dr.Shikin.

                   Klik banner untuk keterangan lanjut di blog Dr.Shikin.

Saya menyertai kuiz ini dengan suka dan relanya.Ternyata enam soalan mudah Dr.Shikin sebenarnya,saya cuma biasa dengan sinusitis kerana saya sendiri menghadapi masalah tersebut.

Tetapi untuk soalan lain,saya terpaksa mencari ilmu kedoktoran melalui Mr.Google.Bukan senang nak mencari jawapannya,kerana,apa yang kita baca dan faham,mungkin bukanlah jawapan yang diperlukan.

Dengan usaha dan tawakkal,akhirnya saya memilih jawapan yang saya anggap betul lalu saya berikan kepada Dr Shikin.

Siapa nak mencuba,bolehlah cuba sertai kuiz mudah ini.

Selasa, 27 Mei 2014

Cadbury Oh Cadbury.

Cadbury Dairy Milk.
               Saya adalah salah seorang dari jutaan penggemar cokelat yang hampir kepada katogori hantu cokelat.Pantang nampak sahaja cokelat,terus kecur air liur.

               Bohong jika diantara hantu-hantu cokelat mengaku tidak pernah merasa product cadbury ini.Saya merasa amat kesal di atas pengusaha cadbury yang selama ini tidak pernah mengaku menggunakan produk dari babi/khinzir.

               Dalam masa yang sama,bagaimana produk ini boleh mendapat logo JAKIM?Kenapa baru kini ianya dikesan?Mungkinkah ada komplot yang mendalangi proses penilaian oleh JAKIM sehingga mereka boleh  terlepas ?

               Tiada maksud saya untuk mempertikaikannya,saya cuma meluahkan kekesalan hati sahaja.Setelah berita ini tersebar,ada yang mengaku cokelat ini masih ada tersimpan di dalam peti sejuk rumah mereka.Ini menunjukkan ramai sekali yang telah teraniaya oleh cadbury.

               Bagaimanapun,saya cuma ingin berkongsi dengan penggemar cokelat yang telahpun tertelan cokelat ni hampir setiap minggu,atau sekurangnya,setahun sekali,atau lebih dasyat,tiap-tiap hari....
jangan terlalu menggelabah.

              Ada pendapat mengatakan,kita perlu menyamak mulut jika telah termakan makanan yang terhasil dari babi,tetapi ada juga pendapat yang mengatakan tidak perlu menyamak,kerana kita telahpun tersalah makan.

              Islam itu mementingkan yang mudah.Sama seperti orang bukan islam yang memeluk agama islam,tidak perlu menyamak perut mereka.Cukuplah dengan bertaubat dan berjanji tidak akan mengulangi perkara yang sama.iaitu tidak akan makan lagi makanan yang haram itu.

             Apakah berdosa jika kita pernah makan cadbury yang baru saja diishtiharkan mengandungi DNA babi?Jangan risau...Allah itu maha pemurah,maha pengampun,lagi maha pengasihani.Jika kita tidak sengaja kerana tidak mengetahuinya,tidaklah kita berdosa.Melainkan setelah kita tahu,tetapi sengaja mahu makan juga,itulah yang berdosa...

           

           

Isnin, 26 Mei 2014

PERTANDINGAN BLOGKU TERBAIK! BERSAMA TEAOAIS.COM


Pertandingan ini dianjurkan oleh www.teaoais.com.Tarikh tutup pertandingan ialah 30hb Jun 2014.Siapa berminat,bolehlah klik banner di atas.

                                             BLOGKU TERBAIK

                     Kenapa blogku terbaik?Kedengarannya,ini adalah segmen puji diri sendiri merangkap mempromosi diri sendiri.

                     Pertama,blog saya suka kepada sesuatu yang fresh dari ladang.Tak suka tiru ayat orang,paling banyak menghasilkan gambar sendiri untuk blog.

                     Boleh dikatakan,saya suka mengambil gambar sebagai cara penceritaan kerana ianya memudahkan saya menyusun jalan cerita.Kalau anda adalah pembaca yang malas nak baca celoteh panjang,bolehlah tengok gambar sahaja.

                     Kalaupun saya cuba menyampaikan sesuatu cerita,saya akan pastikan perenggan yang cukup agar kalian tidak sukar untuk memahami apa yang saya cuba sampaikan.

                     Blog ini juga dapat menceriakan suasana,dan mampu juga menarik sendu di hati pembaca.Ada juga disulami dengan gelak ketawa,komedi tak lucah dari bahan binaan yang ori dari otak saya sendiri.

                     Sebagai blog peribadi,pembaca mengenali saya sebagai Puteri Kenari atau Salmiah Awang.Kali pertama saya mahu ceritakan,Puteri itu adalah untuk menggambarkan seorang anak perempuan.
Manakala Kenari pula berasal dari lorong kenari yang menjadi tanda jalan ke rumah saya di Jengka.

                     Kalau anda nak tahu kenapa blogku terbaik,bolehlah kunjungi post saya yang lain.Anda pasti mengakuinya.Ceewah!terasa tersangatlah berlagaknya bila mempromosi diri sendiri.

                     Dengan menyertai pertandingan ini,saya terpaksa membuang 90% perasaan rendah diri saya ke dalam gaung.Tetapi saya masih memerlukan 10% perasaan rendah diri saya ini agar memberi sedikit garis panduan dalam melayari dunia blogger.Dalam erti kata lain,jangan terlebih perasaan,nanti kita jadi poyos dan lupa diri.

                    Sebenarnya,blog saya baru memaparkan separuh dari terbaiknya.Insyaallah ia akan jadi lebih terbaik di masa akan datang.Akhir kata,salam penuh perasan dari blogger terbaik anda.


Berkenalan Dengan UNITEN.

Uniten
                Pertama kali menyusuri masuk ke perkarangan UNITEN,saya mencari-cari arah tujuan, di manakah tempat pendaftaran murid baru.
Sesi pendaftaran murid baru.
                 Sesi pendaftaran murid baru boleh tahan juga lama menunggunya.Along menunggu nombornya dipanggil dengan seribu debaran.Antara debaran menunggu pendaftaran,juga debaran menimba ilmu dan kehidupan baru di sini.
UNITEN.
                Si Nana dan Arif sudah mula kebosanan menunggu.Jenuh jugalah menunggu,rupa-rupanya mereka yang mempunyai biasiswa mempunyai kaunter khas yang agak lewat dibuka.Patutlah menunggu lama sangat...Akhirnya pendaftaran selamat dilakukan dengan jayanya.
Hari pertama bergelar siswa.
                  Sebelum pergi mengambil kunci bilik,sempat lagi bergambar kenangan di sini.
beratur mengambil kunci.
pemandangan kediaman siswa dari tingkat enam.
Menggodek anak kunci yang sudah separuh jem.
Bilik Along yang baharu.
Cuba mengatur perabot,boleh tahan luas ruang tamunya.
meja yang uzur  perlu dilaporkan.
Jelas terpancar keceriaan Along berada di sini.Alhamdulillah....
Dua orang adiknya pun exited juga.
DIO
                  Inilah dia tanda pengenalan yang bakal digunakan Along sepanjang minggu pertama ini.Amazing Al-Quran menjadi teman Along sepanjang dia tinggal di sana.
Pemandangan dari dalam bilik Along yang pasti menjadi tempat Along termenung.Memang cantik.
Masjid yang bakal dikunjungi Along sepanjang berada di sini.
                    Maka bermulalah kehidupan baru untuk satu tahun penuh dugaan buat Along di sini.Untuk setahun yang pertama,memang jadual Along padat dan memerlukan tumpuan yang penuh.Semoga semuanya berjalan lancar untuk Along melangkah ke langkah seterusnya.

                   Owh!Ada yang tanya dia ambil course apa?Kejuruteraan Mekanikal.Terbayang aje perkataan susahnya di dalam kepala saya,tapi insyaallah...saya yakin dengan kemampuan Along.Apa yang penting jurusan tersebut tertulis dalam senarai minatnya.

                   Good luck for Along.Selamat belajar.

                 
Dalam perjalanan pulang,singgah jenguk baby Ainul Mardhiah yang berusia 10hari.
                   Hari ini,bermulalah hari saya tanpa bunyi petikan piano dari Along.Demi sebuah kejayaan,saya kini dalam proses menyesuaikan diri dengan kerinduan.

                   Pastinya,begitu juga dengan Along,sedang suaikan diri dengan suasana baru.Insyaallah...masa akan cepat berlalu,kami akan bertemu lagi.Kalau dah rindu sangat,Uniten tu bukanlah jauh sangat...

Jumaat, 23 Mei 2014

Iklan istimewa Nuffnang.


inilah rupa video-video yang dicpita.
                  Akhir-akhir ini,Nuffnang menyiarkan iklan Nestum by Nestle.Pada mulanya saya cuma buka macam tu aje.Memang ada peraduan yang perlu kita sertai untuk memenangi hadiah.

                 Tiba-tiba terdengar muzik yang riang ria dari mereka.Terniat pula nak klik apakah itu.Dah gitu,ralit dan naik syok pulak tengok hasil yang memberansang dari peserta.

                 Bila saya nak buka lagi,iklan Nestum dah tak keluar.Kalau siapa bernasib baik nampak iklan tu cubalah lihat video mereka.Ada yang janggal,tapi ada juga yang memang memang kreatif membuat iklan.

Setulus Kasih Ibu' Contest by Dr. Shikin

Hari ini saya nak buat satu post istimewa untuk contest Dr.Shikin.

                                               Setulus kasih ibu.

Ibu,
Andainya dirimu berada di hadapanku kini,
Pasti akan ku peluk,
Kucium dirimu,
Sebagai melepaskan rindu.

Ibu,
Andainya sinar matamu dapat kutatap,
Alangkah indahnya,
Kerana rindu ini,
Kian menggebu-gebu.

Ibu,
Andainya bisa aku ucapkan,
SELAMAT HARI IBU,
Buat dirimu,
Pastinya akulah insan yang paling berbangga,
Kerana memilikimu.

Ibu,
Andai dilautan kasih yang tak bertepi ini,
Bisa kulaungkan ungkapan sayangku padamu,
Pasti akulah yang paling gembira.

Ibu,
Bukan hanya namamu yang terpahat di hati ini,
Tetapi sinar matamu,
Senyuman dibibirmu,
Gerak-gerimu,
Alunan suaramu,
Semuanya tentang dirimu,
Terpahat kukuh dalam rinduku.

Ibu,
Dengan al-fatihahku,
Dengan surah-surah dariku,
Aku harap dapat menerangi dirimu di sana.

Ibu,
Saat kututup lembaran puisi ini,
Ingin sekali ku titipkan rindu,
Ingin juga ketitipkan sayang,
Dan besar harapanku,
Semoga kita bertemu di syurga.

Entah mengapa,tiba-tiba saya merasa rindu teramat sangat pada ibu tercinta yang telah meninggalkan kami di dunia ini.

Khamis, 22 Mei 2014

Ulang Tahun Perkahwinan Ke 19.

Kad undangan kahwin 1995.
                Sesaja nak membuat post mengada-ngada sikit hari ni.Cantik tak kad tu?Zaman ni mana ada orang nak bagi kad macam tu lagi dah...

                Sekadar untuk mengimbas kenangan 19 tahun yang lampau,hari ini,21hb Mei 2014,genaplah 19 tahun kami diakad nikahkan.Tiba-tiba rasa nak buat post sentimental pulak kali ni.
Saat kami dinikahkan.
                  Saat kami menamatkan status bujang,dengan wali dan saksi,Saat kami mula rasa gementar memikirkan bersediakah aku menjalankan tanggungjawab?
membatalkan air sembahyang
                 Saat cincin disarungkan dijari manisku,tiada kata yang mampu digambarkan selain rasa tak percaya,benarkah aku kini sudah bergelar isteri?
Saat melihat sinar bahagia di mata ibu dan kaum keluargaku.
Saat terakhir bergelar bujang,aku terkedu.
Namun begitu,kehadiran teman sekolah menghiburkan aku.
Bersama bunga telur yang kuhasilkan dari titik peluh sendiri.
                  Terasa semuanya masih baru dan segar difikiran.Sedar tak sedar,kini saya sudah pun mempunyai lima orang anak .Mereka semua adalah anak-anak kebanggaan kami.Tanpa mereka,siapalah kami.

                Memang tidak pernah terlintas dihati saya akan berkahwin dan mempunyai anak,tetapi terasa bagaikan mimpi,anak-anak saya sudah membesar dengan sempuna.Alhamdulillah...semoga mereka terus menjadi anak yang soleh dan solehah di masa akan datang.

                Saya ulangi,memang macam mimpi.lihatlah gambar di atas ni,terasa baru lagi kami berkahwin,tiba-tiba anak-anak sudah kelihatan sebaya.Besarnya kuasa Allah s.w.t.

                Seperti biasa,kami bukanlah orang yang selalu nak celebrate tarikh-tarikh tertentu.Jadi,terlanjur punya blog sendiri,wish untuk diri sendiri kira boleh jugakkan?Bak kata cikgu-cikgu kita,wish sendiri,syok sendiri,bagi hadiah kat diri sendiri,hehe

                Nak tambah satu bab lagi,cubalah lihat gambar bunga telur kat atas pelamin tu.Zaman sekarang mana ada orang buat macam tu lagi.Kesemua bunga telur tersebut berjumlah 2000 batang.

                Kami berikan kepada semua tetamu yang datang makan.Bukan untuk yang bersalam sahaja tau...
Apa yang istimewa,saya yang bertunangan selama tiga tahun,menghabiskan wang gaji sendiri untuk membuat bunga-bunga ini.Pantang jumpa bunga yang cantik,saya akan cuba dan kumpulkan.

                 Akhir sekali,terima kasih suamiku kerana menerima diriku seadanya.Sesungguhnya aku hanyalah insan kerdil yang serba kekurangan.Happy anniversary...thanks juga buat akak dan adik yang wish kat whats app semalam.banyak giler bunganya.Teruja jugalah walaupun kat whats app aje.

                 Buat Angah yang tak lupa wish tiap tahun melalui phone asrama,thanks and i love you too.Kalau tak wishpun tak mengapa...bukan apa-apapun...Apa yang penting,Alhamdulillah...syukur kerana dikurniakan keluarga bahagia.I love my family.



             


LETS CHILL GIVEAWAY BY MAMA DARWIISH

              Rasanya sudah terlebih giveaway daripada post sendiri,tapi bila tengok hadiahnya yang menawan,mataku sudah tumbuh $$.Bro HH punya sponsor menunjukkan kejayaan beliau yang tak luak setakat bagi hadiah giveaway RM 100.Kita bila lagi kan?

             Tapi hadiah shaklee vita c tu pun boleh cantikkan kulit kita.Lain-lain hadiah juga memang menarik.boleh tengok sendiri nanti.

              Oleh kerana syarat giveaway ni yang banyak giler nak follow dan like,letih jugalah...tapi saya tiada sebarang akaun ping,twitter atau instagram untuk follow.Tak kisahlah...janji kebenaran menyertainya sudah terbuka luas.

            Sudah berapa kali saya berhasrat untuk menghentikan penyertaan giveaway, tapi rasanya, virus giveaway dah meresap dalam jiwa saya.Kena makan ubat ni..saya dah demam kot....Apapun,siapa nak joint,bolehlah klik banner di atas...

            Saya suka sangat dengan gambar budak comel yang memakai cermin mata besar tanpa kanta ni.comel giler...Walaupun kecil,tapi bekas minumannya dah sama besar dengan perut dia.hehe,

            Sebenarnya,tak terlintas nak sertai apa-apa giveaway hari ni.Tapi apa dah jadi dengan sayapun tak tahu.Tolong...saya demam giveaway.Siapa tahu ubatnya?ohok!ohok!batuk giveaway.hehe

Giveaway Cantik Bersama HESTA Facial Treatment


klik banner dia atas untuk peluang memenangi 
HESTA Facial Treatment Set Ajaib

Tahukah anda sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pelbagai masalah kulit wajah boleh terjadi keatas diri anda. Ramai wanita di luar sana yang tidak sedar sebenarnya, mungkin termasuk diri anda sendiri. Untuk mendapatkan wajah yang cantik, bukanlah sesuatu yang mudah. Tak cukup dengan itu, untukMENGEKALKANNYA agar ianya mampu bertahan lama turut menjadi satu cabaran besar. Masalah-masalah yang biasa dihadapi :

  • Masalah jerawat dan parut jerawat mudah timbul
  • Masalah kulit kering, kasar & kusam
  • Masalah warna tona kulit tidak sekata
  • Masalah pori-pori terbuka
  • Masalah kurang keyakinan diri
  • Masalah kulit gelap & pigmentasi serta berjaragat
  • Masalah kelihatan kulit jauh lebih tua daripada usia

h4
Untuk mengatasi ke semua masalah di atas dan memastikan agar kulit wajah anda sentiasa cantik berseri, ada 4 pekara yang perlu anda ambil perhatian dan lakukan ….
1.Membersihkan Wajah
2.Menyegarkan Wajah
3.Melembapkan Wajah
4.Melindungi Wajah
HESTA® Facial Treatment Set
“Set Lengkap Rawatan & Penjagaan Kulit Wajah Yang TERBUKTI BERKESAN Serta Mendapat Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia!”
277 produk facial(Imej-imej di atas menunjukkan gambar sebenar produk Hesta Facial Treatment Set yang mengandungi 7 item dalam satu pakej)

Hesta Facial Treatment Set ini merupakan set rawatan wajah lengkap yang mampu 
  •  membantu menyelesaikan pelbagai masalah kulit wajah anda serta terus mengekalkan kesan positif tersebut untuk jangka masa lebih panjang
  • Ia terdiri daripada 7 item dalam satu pakej yang kandungannya terdiri daripada sumber bahan-bahan ekstrak tumbuhan semulajadi seperti ekstrak tumbuhan rosemary, chamomile, olive oil, aloe vera serta diperkaya dengan anti-oksida
  • Ianya dijamin selamat dan suci bebas daripada sebarang kandungan bahan-bahan kosmetik aktif berbahaya seperti hidrokuinion & merkuri
  • Diformulasikan khas menggunakan teknologi kecantikan daripada Perancis (France) yang telah mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk ini juga memang khas datangnya daripada France!
  • Fungsi utama Hesta Facial Treatment Set ini adalah memberikan rawatan dan melindungi kulit wajah anda daripada ancaman luaran seperti sinaran cahaya UV matahari berlebihan, debu, kotoran, suasana kering serta memulihkan kembali sel-sel dan tisu kulit wajah anda yang telah rosak
  • Dan yang menariknya, kesannya mampu anda mula lihat seawal sebaik sahaja anda selesai guna produk ini walaupun pada hari yang pertama! Dah ada bukti testomonial bagi menyokong kenyataan ini, nanti saya akan kongsikan bersama anda di bahagian bawah laman web ini
  • Produk ini amat sesuai untuk semua jenis kulit, dari normal sehinggalah yang mempunyai kulit berminyak
  • Kesimpulannya, produk set Hesta Facial Treatment ini lah penyelesaiannya kepada masalah kulit sensitif yang memerlukan penjagaan rapi serta rawatan yang secukupnya. Ia merangkumi 4 aspek penting dalam penjagaan kulit wajah seperti yang ada saya konsgsian di atas tadi iaituMembersihMenyegarMelembap dan Melindungi kulit wajah anda dalam satu masa sekaligus!
20 Kelebihan HESTA Facial Treatment Set!
  • Sesuai untuk semua jenis kulit yang normal
  • Menghilangkan masalah kulit kusam tidak bermaya
  • Menlenyapkan minyak berlebihan pada kulit anda bagi mengelakkan masalah jerawat
  • Bertindak merawat & memperbaiki sel-sel kulit wajah yang rosak dan kering
  • Membantu dalam pertumbuhan sel-sel kulit wajah yang baru dan sihat agar anda terus kelihatan kekal muda seterusnya melewatkan proses penuaan
  • Melindungi kulit wajah anda daripada masalah kekeringan
  • Bertindak merawat kegatalan kulit wajah akibat daripada masalah resdung
  • Bertindak mengatasi bintik-bintik hitam dan putih
  • Mengawal dan mengurangkan jerawat serta mengatasi kesan parut jerawat
  • Merangsang pertumbuhan kolagen pada kulit wajah anda secara semulajadi
  • Mampu menegang dan menganjalkan kulit wajah anda
  • Menjadikan kulit lebih cerah berseri
  • Melindungi kulit dari sinaran UV berlebihan
  • Salah-satu item dalam set ini iaitu Pearl Sunblock Foundation yang lembut mampu membebaskan kulit wajah anda daripada berminyak yang mampu bertahan sehingga 24 jam
  • Bertindak memudarkan dan menghilangkan jeragat
  • Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan agar anda sentiasa kelihatan awet muda
  • Perbezaan & kesan positif boleh dilihat dengan hanya sekali rawatan!
  • Meningkatkan keupayaan serta mengekalkan tahap kelembapan semulajadi kulit wajah
  • Mengekalkan wajah awet muda anda walaupun usia anda sudah lanjut
  • Menaikkan lagi seri wajah anda dengan sekali rawatan sahaja
TESTIMONIAL

blogger femes -- MAK DARA




481667_219791958155110_405911413_n

CONTACT :
 http://hesta1.blogspot.com
 http://hesta1stopbeauty.com
♥ Facebook : HESTA1STOPBeautyCenter
♥ Call/ Whatsapp/ SMS : 012-3384991


Rabu, 21 Mei 2014

Giveaway RM300 By Blog Pancing Elih


Anda gila pancing?klik banner di atas dan joint giveaway ini.

Syarat-syarat penyertaan:

1 )mestilah punya website atau blog dan akaun google+,maka kalau xde tu bolehlah buat akaun sekarang.

2 )buat entry bebas bertajuk;

                                   "Giveaway RM300 By Blog Pancing Elih".

3 )Follow blog ini dan Follow Google+ beliau.

4 )Letakkan banner giveaway diatas. Dan, link kan ke entry.

Pemilihan pemenang akan ditentukan 100% oleh uncle Random.org. So, kebarangkalian untuk anda semua menang adalah adil dan saksama.

Hadiah-Hadiah Giveaway:

Tempat Pertama: 1 X RM100
Tempat Kedua: 1 X RM60
Tempat Ketiga: 1 X RM40
Hadiah Saguhati: 5 X RM20

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 04 Jun 2014. Jika penyertaan kurang daripada 100 orang, mungkin giveaway akan dilanjutkan, bagitau kawan-kawan yang lain biar giveaway ini tamat tepat pada tarikh ini.

Selasa, 20 Mei 2014

Rezeki bertemu khasiat Misai Kucing.


Bunga bawang
bunga bawang
                   Sejak saya kami sibuk mencari rumah baru selama beberapa bulan,kami tidak menemui rumah yang sesuai.Akhirnya terpaksa juga berpindah ke rumah baru yang agak jauh dari rumah lama kami.Nyaris juga pokok-pokok ini ditinggalkan.Tapi alhamdulillah...ianya masih sudi bersama kami.

                   Pokok bunga yang di atas ni kami gelarnya bunga bawang kerana ianya mempunyai bawang yang seakan sama dengan bawang merah yang sebenar.Bunganya sangat cantik.Semua baka asal di rumah keluarga saya sudah pupus semenjak ibu saya meninggal berbelas tahun dahulu.Kerana itulah saya sayang sangat dengan bunga-bunga ini.

bunga rose
                Begitu juga dengan baka bunga rose ini yang telah saya biakkan sepanjang berbelas tahun pemergian ibunda tercinta.

aloevera
                   Juga pokok aloevera yang selalu arwah ibu saya jadikan sebagai syampu rambutnya.Bila pandang kesuburannya,pasti saya akan tersenyum seolah-olah ibu saya sentiasa bersama kami.


                 Pokok ini merupakan sejenis pokok yang cantik kerana daunnya.Pokoknya agak sensitif dengan kepanasan yang melampau atau air yang berlebihan.Pokok ini berasal dari rumah mertua saya.
Pokok roselle
                Pokok roselle ini terpaksa saya tanam rapat sedikit kerana ruang yang tidak mencukupi.
bunga roselle
Pokok roselle yang ditanam di dalam pasu sudahpun mula berbuah.
Pokok misai kucing
                Akhir sekali,pokok misai kucing yang saya tanam hanya untuk suka-suka akhirnya memberikan kami khasiat yang tersendiri.Menanam pokok misai kucing sangatlah mudah.Batangnya akan mengeluarkan akar jika ianya mencecah tanah.
misai kucing
                 Yang bestnya,misai kucing ni memang cukup rajin berbunga.Setiap hari saya akan memetiknya untuk dijadikan penawar.
air bunga misai kucing
                    Cuma petik,bersihkan dan tuangkan air panas.Rasanya agak pahit sedikit,tetapi tidaklah sepahit  daun hempedu bumi.Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.

                    Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan.Pengambilannya tiada kesan sampingan kerana ianya semula jadi.

                    Misai kucing juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi.Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing.

                   Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian yang sudah dibuat, daun nya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.

                   Daunnya yang dikeringkan tidaklah terasa pahit berbanding bunga segarnya.Tetapi ianya dapat merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik serta merawat dan mencegah penyakit batu karang.

                  Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya.

                   Kalau anda seorang penanam anggur yang mempunyai ruang untuk menanam sesuatu,sediakanlah sedikit ruang untuk pokok misai kucing.

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014




Klik Banner Untuk Join

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014 dilancarkan buat julung kalinya. Pelbagai hadiah menarik telah disediakan khas untuk anda. Jadi, apa tunggu lagi? Jom sertai Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014.

Hadiah :-

Perfume Sample Grade 5A
Dress
Custom Made T-Shirt Geek
Shawl
Mistery Gift
Collagen Lips Mask
Tudung Bawal
Topup

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014 ditaja oleh [ DJH ] [ Rexylla ] [ Fatihah Fazlin ] [ Auni Sofea ] [ Rara Farhana ] [ Ana Solehah ] [ Ain ] [ Eryati ]
Jom memeriahkan Giveaway kali ini!!...

Segmen Blogging + Menang Hadiah!


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
USB Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge magnet
Keychain

Segmen Blogging + Menang Hadiah! anjuran dan tajaan Yumida

TAMAT: 29 MEI 2014 – Jam 11.59 malam

Isnin, 19 Mei 2014

Ayat Dialog nabi-nabi dalam Al-Quran.

buku-sallyadan.blogspot.
                Buku ini adalah sebuah buku terbitan oleh JAKIM.Mengandungi cerita tentang kisah nabi dengan menyusun semua ayat-ayat di dalam Al-Quran yang bersangkutan,sebagai sebuah kisah yang menarik.

                Semenjak saya kecil,saya diasuh dengan cerita-cerita tentang para nabi.Sehinggalah saya bergelar seorang ibu,lalu saya pula menceritakan kepada mereka.Namun begitu,ternyata ingatan saya sudah sedikit perlahan menyebabkan saya memerlukan bahan rujukan sebagai menampung kesahihan cerita.

                Sesekali saya menjadikan ustaz idola saya sebagai sumber rujukan.Pernah suatu masa dulu,saya bertanya kepadanya tentang Zulaikha.Benarkah nabi Yusuf berkahwin dengan Zulaikha yang menggodanya?

               Lalu dia menjawab,tiada bukti kukuh yang mengatakan Zulaikha berkahwin dengan Nabi Yusuf.
Kemudian saya mencari di dalam internet untuk mengetahu jawapan jikalau ada.Maka keluarlah berbagai cerita syahdu tentang kisah romantik Zulaikha yang bertemu dan menyintai Nabi Yusuf di dalam mimpi.

               Sehinggalah Zulaikha diremajakan semula oleh Allah walaupun usianya jauh lebih tua dari nabi Yusuf.Sebenarnya,penerimaan hati saya kurang memberansangkan tentang cerita ini.Bagaikan ada yang tak kena.Maka saya membawa kepada pakar rujuk.

               Maka menjadilah sebuah ceramah panjang lebar tentang Israiliyyat.Israiliyyat secra mudahnya ialah cerita-cerita yang dibawa oleh yahudi dan israil.Ianya hanyalah cerita dari mulut ke mulut semenjak zaman Baginda Rasulullah lagi.

               Mereka yang dinamakan israiliyyat ini berasal dari mereka yang beriman kepada nabi Isa a.s.Bila timbulnya pemalsuan kitab injil,maka ujudlah berbagai tafsir bagi kitab tersebut.Maka bila disebut kisah israiliyyat,ada yang benar dan ada yang tidak.

              Maka tidak terkecuali kisah Zulaikha dengan nabi Yusuf.Kerana itu jugalah,para ulama kita sedang menapis dan mengasingkan semula semua kisah-kisah nabi yang mempunyai bukti.

              Bagaimana pula dengan mempercayai cerita ini?Selagi ianya tidak menjejaskan akidah,tidak menjadi masalah untuk mempercayainya.Jika ianya meragukan boleh cari dalilnya.

              Dengan itu,maka terbitlah buku ini yang mana ianya merupakan ayat alQuran yang disusun sebagai sebuah cerita yang menarik lagi sahih.Bagaimanapun,bukan semua kisah nabi ada dalam al-Quran.

              Kalau nak baca,amatlah dialu-alukan.Cerita menarik ini sudah disusun cantik oleh pihak JAKIM.

"SELAMAT MEMBACA"

Jumaat, 16 Mei 2014

Giveaway RM100 Tunai Sempena Hari Guru

               Semalam saya baru aje buat satu post untuk ucapan hari guru,tetapi apa yang saya rancang tertinggal iaitu satu ucapan khas untuk blogger yang berstatus guru.

              Sambil-sambil menyertai giveaway ini,saya amat berbesar hati untuk membuat ucapan khas tersebut untuk semua guru yang memperjuangkan nilai-nilai murni di dalam blog mereka.

              Saya banyak follow bloger yang berstatus guru,tetap rasanya tak pasal-pasal jugak saya iktiraf Zuki Din sebagai blogger berstatus guru paling aktif.

              Dalam masa yang sama,tak ketinggalan juga ucapan selamat hari guru buat cikgu HH yang merupakan guru saya dalam diam.Sejak tahun 2011,tips blogger HH banyak membentuk blog arussalmiah.Seterusnya blog puterikenari,kasiharus,adanku dan sallyadan.Setelah menemui jalan yang indah melalui HH,akhirnya saya mampu mencelah di sebalik jutaan blogger yang lain.

              Sebelum saya membuat sebarang ucapan,saya cuma nak bercerita sedikit sahaja.

              Petang semalam,seorang guru merankap jiran tetangga saya telah menghantar enam jambak bunga untuk diberi kepada guru-guru istimewa anak-anak saya Nana dan Arif.Guru pilihan anak-anak,merupakan guru yang paling digemari.

             Sambutan hari guru hari ini memang terasa berbahang.Ada jamuan,persembahan dan yang menyentuh jiwa,ada cikgu yang mengalirkan air mata kerana menerima bunga itu.

              Saya juga turut terharu mendengar cerita Nana.Yang bestnya,dia juga pantang nampak orang menangis.emm...apapun,saya berbahagia kerana cikgu tersebut bahagia atas penghargaan itu.Memang daya usaha guru patut dipuji.

              Tanpa guru,siapalah kita di dunia ini.

              Sebenarnya,syarat HH berikan,dua darinya sudah saya penuhi,tetapi yang ketiga tu,FB BISNES ONLINE PERCUMA / membuat saya tercari-cari sehingga akhirnya saya menyerah kalah.Kenapalah HH tak letak aje linknya kat situ.Adeh...Makanya,dengan tak cukup syaratnya,saya cuma menyertainya tanpa pengharapan hadiah yang diberikan.

Harap-harap saya dah terklik tanpa disedari.Boleh ke itu terjadi?ataupun akan diterbitkan sebarang tips dari sesiapa untuk saya memenuhi syarat ketiga?Apa-apa sajalahkan...yang penting,kat atas tu cuma intro saja...ucapannya kat bawah ni,

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU-GURU DI DUNIA

SEMOGA BAHAGIA SELALU DAN CEPAT NAIK PANGKAT DAN GAJI.

SELAMAT HARI GURU JUGA KEPADA GURU YANG TAK DIIKTIRAF,IAITU GURU-GURU MENGAJI,GURU-GURU KULIAH AGAMA,GURU-GURU KEMAHIRAN TANPA KELAS,JUGA IBU-BAPA YANG SENTIASA BERSABAR MENGAJAR ANAK-ANAK SEJAK MEREKA BERTATIH SEHINGGALAH MEREKA MENJADI SEORANG INSAN YANG BERDIKARI.

Walaupun siapa kita,kemanapun langkah kita,kita sentiasa memerlukan guru.Kerana ilmu itu harus dicari sehingga ke akhir hayat.Jasa guru yang tidak lagi dimata,pasti akan terkenangkan selamanya.

last wish,

HAPPY TEACHERS DAY.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...