lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Sabtu, 28 Jun 2014

Menyambut Kehadiran Ramadhan.

              Hari ini,kami di kelab 14 mengadakan jamuan ukhwah sempena menyambut kehadiran Ramadhan yang mulia.Sebagai permulaan majlis,doapun dibacakan oleh Encik Zamri.
              Ahli majlis kami yang santai sedang mengaminkan doa.Sungguh syahdu rasanya bila terkenangkan Malam nanti kita semua sudah memulakan Ramadhan dengan solat terawih.
               Jamuan secara buffet memudahkan penyelenggaraan majlis potluck kami.
Juadah yang menyelerakan.
               Lauk yang tersenarai dalam menu kami ialah gulai lemak cili api ayam,sayur campur,ayam goreng kunyit,ayam bersambal,sambal sotong,kentang pedas ikan kering kecil,ikan kering dan sambal belacan.Sukar untuk memilih lauk apa yang kita suka,tetapi memadailah mengambil serba sedikit sebagai pilihan, boleh rasa semua.
              Candid sikit gambar anak-anak 14 yang sedang berselera menjamah makanan.
               Yang ini,ingatkan nak candid aje,tapi sempat juga posing secara sah.maka,nampaklah tersusun sikit.Barulah gambar namanya.
               Saya nak memperkenalkan agar-agar mangga yang sedap ni.cuma campurkan agar-agar,gula,susu cair dan mangga.
                Akhir sekali, pecal Kuala Lumpur.Rasanya memang ada perbezaan dengan pecal pahang.Tapi,tetap sedap.

                Mulai dinihari nanti,kita akan mula bersahur.Maka bermulalah jadual baru sepanjang bulan Ramadhan ini.

                Akhir kata,SELAMAT BERSAHUR,SELAMAT BERPUASA,SELAMAT BERBUKA,SELAMAT BERTERAWIH DAN SELAMAT MENINGKATKAN AMAL IBADAT.

Assalamualaikum.

Rabu, 25 Jun 2014

Iklan Nuffnang,Kenapa Tak dapat hasil?

                Setelah beberapa kali menghantar soalan,akhirnya saya dapat jawapan yang saya cari.Mengapa ramai yang mengadu tidak mendapat sebarang hasil dari Nuffnang walaupun mereka sudah lama berada dalam dunia blogger.

                Nuffnang mengira setiap klik yang terjadi di dalam blog kita dan menghadiahkan 25sen untuk satu klik iklan.Namun begitu,berapa orang yang pastinya akan mengklik iklan kita?Terutamanya kalau line biskut macam celcom 3g saya ni.

                Tetapi kita masih berpeluang untuk mendapatkan hasil jika ramai yang membuka laman kita.Persoalannya,ada je orang buka,tetapi tak nampak hasil juga.

                Kita perlukan pengunjung sekurang-kurangnya 20 pembaca untuk satu hari.Lebih baik jika pembaca kita adalah 100 orang sehari.Untuk sampai ke tahap itu,setakat follower dua tiga orang,pastu updatepun jarang,memang takde harapanlah nak jana pendapatan.

                Tak mengapalah,lupakan dahulu tentang pendapatan.Tumpukan perhatian kepada hasil penulisan kita.Pastikan kita mempunyai pengikiut setia yang sudi membaca celoteh kita. Insyaallah suatu masa,kita juga mampu menjadi seperti beautiful nara.Ewah! jauh beribu kilometer lagi nak sampai ke tahap tu.

                Apapun,selamat maju jaya buat semua blogger.Dont give up when you feel happy with your blog.

Selasa, 24 Jun 2014

Gambar kenangan anak PASTI AT_TAUHID TAMAN EHSAN.


               Tanpa ada maksud yang tersirat atau cas-cas yang tersembunyi atau ada udang golek di sebalik mee rebus tetapi sekadar merakamkan gambar kenangan anak-anak.

                Pertama, ucapan terima kasih kepada cikgu Ana atau Puan Azrina bt Mohd Yusof yang pernah mendidik kelima-lima orang anak saya.Minta maaf sebab guru lain saya tak ingat namanya.Saya cuma rapat dengan cikgu Ana kerana keramahannya dengan semua orang.
Along 2002
angah 2003
kakde 2007
nana 2010
arif 2012
                Semoga PASTI terus mendidik anak bangsa menjadi anak soleh dan solehah.Amin...

Isnin, 23 Jun 2014

Hadiah Set lengkap facial treatment.

               Pada tarikh 21hb mei tempohari, saya menyertai sebuah giveaway,  http://sallyadan.blogspot.com/2014/05/giveaway-cantik-bersama-hesta-facial_21.html.

              Tanpa disangka,selepas cuti sekolah dibuka semula,saya mendapat mail dari Hesta untuk memeriksa senarai pemenang.Terkezut jugalah saya bila melihat nombor 11 adalah nombor sallyadan.

               Walaupun pemenang telah diumumkan pada 2jun,saya mencuba nasib memberi alamat dan nombor telefon kepada HESTA pada 19 Jun.Kebanyakan giveaway akan membatalkan hadiah jika tidak dituntut dalam tempoh tertentu,jadi saya tidaklah terlalu yakin akan mendapat sebarang hadiah.

               Memang rezeki saya murah pada hari ini,saya menerima sebuah bungkusan dari pos laju.Senyum meleret sampai ke telinga.Jeng!jeng!jeng!..
              Alhamdulillah, saya tidak bermimpi.saya benar-benar menerima sebuah set lengkap dari HESTA.
buka lagi,
dan lagi.
              Wah...tak sabar saya hendak mencuba.Saya mencari cara pemakaian yang disarankan.

               Maknanya,saya hanya perlu menggunakan gel pembersih,toner,aloe vera gel dan pearl sun block foundation setiap hari.Selain itu,saya hanya perlu menggunakannya dua kali sebulan.

               Selamat mencuba untuk diri saya sendiri.Kalau saya rasa ada perubahan selepas memakainya,pasti saya akan membuat sebuah cerita lagi mengenai produck HESTA. Terima kasih HESTA diatas hadiah ini.

Jumaat, 20 Jun 2014

Gila Korea.




                Cuba perhatikan dua keping gambar di atas ni.Rasanya,yang mana lebih hensome ?
Sebenarnya,gambar tersebut adalah orang yang sama.

                Seorang pemuda dari Brazil,berusia 25 tahun ini memilih untuk membuat pembedahan plastik untuk mengubah wajahnya menjadi wajah korea.

                Xiahn yang bermata biru dan berambut perang telah menjalani sepuluh sesi pembedahan pada matanya dan memakai kanta lekap untuk menjadikan wajahnya kelihatan korea.

                Hensome sangat ke bila berwajah korea?ish,ish,ish...apa-apa ajelah.Walau apapun,merubah wajah asal sudah ternyata haramnya.Ada juga artis kita yang suka suntik-suntik nak bagi lagi cantik.

                Apa yang tak bestnya,ada seorang artis comel yang saya suka sangat tengok muka dia.Matanya bulat dan kecik.Mulutnya kecik dan mengel,hidungnya juga cute sangat.memang sesuai dengan mukanya.Tapi bila tiba-tiba hidungnya menjadi besar,saya jadi kecewa.Haraplah dia ada alasan sendiri untuk membuat pembedahan hidungnya itu.Bersangka baik ajelah....

Selasa, 17 Jun 2014

Kes Pecah rumah.

               Kalau sebut pasal kes pecah rumah,kita boleh dengar ianya berlaku di mana-mana.Semasa kami tinggal di Kepong dulu,banyak juga kes pecah rumah,tetapi tidak sekerap kejadian di sini.Rumah jiran kami pernah dimasuki perompak dan tuan rumahnya diikat.Kalau diikutkan cerita,kejadian tersebut dibuat secara pukau.Saya sendiri tidak pasti sejauh mana benarnya.

              Kalau setakat besi penutup jalan dicuri,rasanya di mana-mana juga pernah berlaku.Mereka ini kalau nak dikatakan nak dapat duit cara mudah,mungkin juga.Tetapi mungkin juga tidak.Ada yang sanggup bergadai nyawa memanjat tiang elektrik semata-mata untuk mencuri kabel.Saya kira,itu bukan cara mudah.

              Pening juga saya memikirkan,spesies apa manusia yang buat kerja macam ini.Selama saya pindah ke sini,sering mendengar cerita pecah rumah berlaku.Baru minggu lepas sebuah rumah dimasuki pencuri disiang hari.Wang tunai dan barang kemas dilarikan.Kejadian berlaku sekitar jam 10 sehingga 12 tengahari.

             Bukan setakat itu,tabung masjid juga mereka belasah.Memang kebulur tahap gaban rasanya pencuri ni.Dua hari lepas,sekitar jam sebelas,beberapa kali kami mendengar bunyi benda jatuh di belakang rumah.Bila diperiksa,tiada sebarang tanda.Biasalah,pencuri memang pintar bersembunyi.

            Sama seperti kes mencuri arnab di rumah kami dulu.Bila kami keluar,arnab kami telahpun berada di dalam dua buah beg pakaian.Kami mengurung kembali arnab dan menyangkut beg tersebut pada pagar.Jenuh kami menunggu,tetapi akhirnya kami tidak tahan mengantuk.

            Dalam masa satu jam kami terlelap,beg tersebut sudah lesap bersama arnab-arnab kami.Ini juga kes rakyat Malaysia kebulur tahap gaban.Lapar sangat,terpaksa curi arnab untuk makan.

            Pagi tadi pula,saya pelik pada suatu bunyi seperti burung.Cukup membingitkan telinga seorang penulis yang mengharapkan ketenangan.Bunyinya pelik kerana jika bunyi itu adalah bunyi burung,ianya akan berhenti jika kita membuat bising.Tetapi tidak bunyi ini.Dalam dua minit,bunyi itu hilang juga akhirnya.

            Selang lebih kurang satu jam,saya mendengar bunyi sesuatu diketuk.kira-kira macam orang pecah rumahlah...tajuknya juga kes pecah rumah.Saya dengan berani-berani takut,membuka kunci dan mengintai di luar pagar.Kedengaran suara orang berbual dari tempat punca bunyi tadi.Lega...itu suara jiran saya.Agaknya dia sedang membaiki sesuatu di rumahnya.Itulah fikir saya.

           Selepas satu jam,Jiran saya menelefon.Katanya ada orang nak pecah rumah jiran.Dia cuma minta saya berhati-hati.Alhamdulillah...sungguh prihatin jiran saya ni.Terima kasih jiran-jiranku yang baik.Ewah!sempat puji jiran dulu.

           Saya memberanikan diri keluar dan menyibuk di celah-celah keriuhan di luar.Rupa-rupanya,rumah tersebut sedang cuba dipecah masuk.Mujur ada Encik Zam menegur pemuda tersebut.Kononnya,dia mahu masuk ke rumah itu kerana tuan rumah tidak membayar hutang.

           Dengan penuh curiga,orang asing tersebut terpaksa dilepaskan.Tetapi polis turut dipanggil untuk memastikan keselamatan kejiranan kami.Ternyata,tuan rumah memang tidak ada kena mengena dengan kisah hutang tersebut.Mujur juga rumah tersebut tidak sempat dimasuki.Setakat di dalam pagar sahaja.

           Kes ini sedikit menggugat kestabilan hormon saya.Geram ada,takutpun ada.Berani dia nak menceroboh rumah orang pada siang-siang hari begini?Memang kebulur tahap gabanlah tu...Kesian...Kot tak cukup duit pun,buatlah part time halal.Nasib dia baik sebab Encik Zam tidak belasah dia memcadbury buta.

           Pemuda yang dikatakan cuba memecah masuk tadi tu bukan budah selekeh serabai,tetapi budak lelaki india yang hensome dan comel.Itulah pujian yang saya dengar dari penyiasatan saya tadi.Sebarang gambar tidak dapat disiarkan atas sebab-sebab keselamatan.

           Akhir sekali,fuh...saya menarik nafas lega kerana jenayah ini sempat disekat dengan adanya jiran yang prihatin.Semoga semangat kejiranan akan sentiasa terpupuk kemas dalam agenda kita semua.Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan segera.

Isnin, 16 Jun 2014

Cuti Sudah Habis.

               
semoga cepat sembuh
 Hari ini adalah hari pertama persekolahan setelah mereka bercuti selama dua minggu lebih.Selama itu juga saya tidak berpeluang nak update blog ni.jadual sebagai seorang suri rumah bila anak-anak berada di rumah memang sangat padat.

                   Kalau biasanya saya memperuntukkan masa lima jam untuk menulis novel,tiga jam untuk satu blog,saya masih ada masa untuk kerja rumah.Tetapi bila cuti sekolah,semuanya terpaksa dilupakan.

                   Tambahan pula mak mertua saya sakit.Kalau diikutkan,sakit tu dah lama.Darah tinggi dan jantung.Bila pergi ke hospital,mereka hanya suruh makan ubat.Padahal tekanan darah beliau cukup tinggi.Memang merepek mereka suruh balik macam tu aje.

                   Akibatnya,beliau menyasar dibuatnya.Tidurpun sambil duduk dan menyandarkan kepala ke dinding.Katanya,dia merasa teruk setiap kali selepas makan ubat.Mungkin,dia tidak dapat menerima kehadiran ubat-ubat tersebut.Perut dan dadanya terasa panas,badan sakit-sakit,kepalanya berpusing,ususnya mula bergelora.

                    Akhirnya kami berusaha membawanya ke Hospital Besar Sungai Buluh pula.Beliau diminta meneruskan ubat yang diberi.Mereka menyarankan kami membawa ibu kami bertemu pakar.Tetapi masalahnya,appointment dua minggu lagi.Apatah lagi mukanya pucat setiap kali dia mengambil ubat-ubat tersebut.Selepas makan ubat,mesti dia melepek.Kalau tidur kira okeylah...tapi ini melepek menahan pening dan kesakitan.Belas rasa hati melihatnya.

                   Puas juga saya menjadi jururawat tak bertauliah.Dia membuat permintaan tidak mahu makan ubat.Kami semua menjadi serba salah.bolehkan dia berhenti makan ubat jika dia sakit?Jadi,kami terpaksa mengurangkan ubat jantung dari tiga biji kepada sebiji .Tetapi keadaannya masih sama.

                   Percubaan terakhir,kami memberinya ubat untuk darah tinggi tanpa ubat jantung,barulah boleh nampak sedikit perubahan.Semalam,kami menghantar beliau ke rumah anaknya yang lain pula.Alhamdulillah...dia kelihatan lebih segar tanpa ubat.

                   Saya cuba membuat rumusan dari apa yang saya fikirkanntetapi tiada jawapan.Apakah ubat itu sudah dinaikkan dos tanpa pengetahuan kami?Atau penyakit jantungnya sudah membaik membuatkan dia tidak lagi sesuai dengan ubat tersebut.

                   Entahlah...Semoga pertemuan dengan pakar nanti akan dapat menjelaskan kedudukan kesihatannya yang sebenar dan kenapa dia lebih segar tanpa makan ubat yang dibekalkan.

                   Maka hari ini,saya tinggal bersendirian lagi.Anak-anak sudah kembali ke asrama.Rutin saya kembali menghadap komputer dan melepaskan apa yang tersimpan di dalam otak ini.Walaupun terasa juga bila tiba-tiba sahaja rumah sudah lengang,Ianya hilang begitu sahaja sebaik fikiran tertumpu pada penulisan.

                   Kesibukan saya kebelakangan ini membuatkan saya benar-benar sibuk.Bila rumah sudah lengang barulah saya tersedar.Barulah saya kelam kabut mencari baju-baju sekolah yang hendak digosok.Nasib baik juga kerja sekolah anak-anak sempat dikerah awal-awal lagi.Tetapi cermin mata adik Arif pula hilang entah ke mana.

                   Sejak seminggu kami mencari di ruang tamu kerana Arif memberitahu,kali terakhir dia meletakkannya di ruang tamu.Rumah disapu setiap hari,masakan tidak bertemu?Pening dibuatnya.
Pagi ini adalah cubaan terakhir pencarian.Setiap tempat yang berkemungkinan,saya terjah.

                   Misteri akhirnya terungkai bila ianya ditemukan dibawah katil di hujung bucu katil kakak-kakaknya.Saya agak,ianya telah ditolak oleh penyapu sehingga tertolak terlalu jauh.Entah masa bilalah dia tinggal cermin matanya di situ.

                   Akibatnya,pagi-pagi lagi emaknya jugaklah yang terpaksa berpeluh peluh mencari terhendap-hendap pagi ini.Nasib baik juga Allah memberi bantuan dengan membuka secebis idea untuk mencari di situ.Hai...lah anak.Barulah boleh tarik nafas lega dan mulakan misi pertama selepas sekian lama bercuti.

                 

Khamis, 5 Jun 2014

Giveaway Puasa RM50 by SueAKGoGeous.

                 Pada awalnya,saya ingin membuat satu post tentang perkara lain,bila buka blog,ada yang mengajak saya joint giveaway ni.Kali ini mata saya tak keluar tanda $$,tapi ikhlas saya suka giveaway yang begini.Sesiapa yang nak joint,bolehlah klik banner di atas,tetapi sebelum itu,korang bacalah mori-mori saya ni dulu...

                 Setiap dari kita tentu sahaja mempunyai pengalaman yang tidak akan hilang biarpun masa terus berlalu.Setiap yang melekat sebagai suatu yang indah atau pahit,pasti akan terus melekat selagi kita masih bernyawa . Untuk menyertai giveaway ini,kita kena hasilkan sebuah cerita tentang'   the best of pengalaman puasa di bulan Ramadhan anda'

                 Saya mula berpuasa semasa saya berumur tujuh tahun.Pada masa itu,masa terasa terlalu lambat berlalu.Badan saya akan terasa panas yang teramat sehingga berpeluh-peluh menahan lapar dan dahaga.Namun begitu,saya tetap bersemangat ingin berpuasa sehingga sebulan seperti orang lain.

                 Oleh kerana saya belajar dalam darjah satu,saya bersekolah pada sebelah petang.Pada suatu hari,saya terasa sangat dahaga sehinggakan saya begitu nekad untuk menghirup walaupun hanya beberapa titis air.Bila saya pulang dari sekolah,tiba-tiba kakak saya menegur.

"Macam segar sangat ni,mulut tu merah aje!awak minum air ke kat sekolah tadi?"

"Mana ada!orang puasalah,takkan nak minum air pulak."

"Akak bukan apa,kalau kita minum air,walaupun seteguk,puasa kita tetap batal tahu!sia-sia saja kita puasa sampai petang kalau puasa kita batal."

                 Macam tahu-tahu sahaja saya membasahkan tekak dengan air paip tadi.Memang saya tak tahupun,saya ingatkan,minum dua tiga titik setakat hilang perit tekak,tak batal puasa.hahaha...

                 Sejak hari itu,saya tidak pernah meninggalkan puasa atau curi-curi teguk air lagi.Sehinggakan saya masih ingat,suatu hari tu saya sudah tidak larat untuk berpuasa,sampai sudah melepek,tetapi tetap berkeras tidak mahu berbuka puasa.Nenek saya cakap,

"Budak kecik tak wajib berpuasa,kalau puasa jugak,pahala puasa akan dapat kat mak ayah mereka.Ne puasa ni bagi pahala puasa kat tok ya?"Saya mengangguk.Dalam hati,boleh ke bagi pahala ikut suka kita?

                 Semasa saya remaja pulak,saya pernah berkawan dengan seorang minah ni.Bila dia uzur,sesuka hati aje dia makan di hadapan emak ayah dia.Kat depan saya,apatah lagi.Kadang-kadang,dia tak berpuasa dengan alasan dahaga sangat,sehinggakan dalam sebulan,dia tidak berpuasa barang sehari pun.Memang saya rasa pelik sangat.

                 Bukan apa...saya diasuh berpuasa semenjak dari kecil lagi.Kami diajar agar tidak makan di hadapan orang berpuasa walaupun kita tidak berpuasa.Sehinggakan anak-anak saya sendiri tidak pernah tahu jika saya tidak berpuasa.

                 Sehinggalah anak-anak meningkat dewasa,mereka mampu mengecam saya tidak berpuasa kerana perempuan uzur tidak solat,bukan kerana melihat saya makan di bulan puasa.

                Secara automatik juga,anak-anak saya mengikut perangai saya yang suka berpuasa.Walaupun tak larat,mereka tetap ingin berpuasa bersama kami.Sehinggakan,pernah anak saya muntah sebaik sahaja meneguk segelas air untuk berbuka.Akibatnya,dia tidur semenjak lepas muntah,sehinggalah masuk waktu bersahur.

                Hati ibu mana yang tak belas melihat anaknya tidur-setidurnya sebaik sahaja habis muntah.Macam orang pengsan.Tetapi alhamdulillah...Kelima-lima anak saya cintakan ramadhan,suka berpuasa,dan doakanlah mereka terus menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.Aamin....

               Hujung bulan Jun ini kita akan menyambut bulan Ramadhan.Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak.Bulan terbaik antara seribu bulan.Saat iblis dirantai,saat roh dibebaskan melihat anak-cucu mereka di bumi ini.

               Indahnya ramadhan.Saya ingin menyentuh sedikit tentang perkataan iblis dirantai.Suatu masa,saya sendiri pernah tertanya-tanya.Kalau iblis dan syaitan dirantai,kenapa manusia masih boleh buat jahat?Kenapa pada bulan puasa,manusia masih boleh dirasuk hantu,jin ataupun syaitan?

               Syaitan dipasangkan rantai agar tidak mendekati manusia yang beriman.Apa yang menjadi pendorong utama seseorang itu melakukan maksiat adalah nafsu mereka sendiri.Jika seseorang itu melakukan maksiat,dia akan memanjangkan rantai yang mengikat itu,dan syaitan akan semakin dekat dengannya.Jika kita melupakan Allah,kita akan mendekatkan syaitan dengan diri kita.

              Maka,jika kita beramal ibadat,syaitan tidak akan mampu mendekati kita.Kerana itu juga,kita akan merasa lebih mudah melakukan kebaikan dalam bulan yang mulia ini.Wallahu a'lam.

Rabu, 4 Jun 2014

Misteri Badak Air(memori of Puterikenari)

               Sebenarnya,kisah ini adalah sebuah cerita misteri biasa saja.Kisah ini diceritakan oleh anak perempuan saya ketika beliau berada dalam darjah enam.

              Al-kisah,pada suatu hari,cikgu sekolah kami menyuruh kami membuat sebuah habitat untuk tiga habitat yang berbeza.Kumpulan pertama dikehendaki membina habitat bagi hidupan laut.Habitat kedua,habitat didalam hutan,dan habitat ketiga ialah habitat di sungai.

             Kumpulan kami dipilih untuk membina habitat kehidupan hutan.Kami berjaya menyusun pokok-pokok hiasan dengan pemandangan di tepi air terjun.Perasan cantiklah kiranya tu....Selepas rehat nanti,kami akan menyusun binatang bersama-sama.

            Kawan-kawan saya sedang rancak berbual sementara menunggu loceng rehat berbunyi.Saya mencuba-cuba menyusun replika harimau,gajah,singa,zirafah dan beberapa binatang liar di celah-celah pokok.Seeokor badak air pula,saya letakkan ditepi air terjun.Saya memandang Izzati yang berdiri tidak jauh dari saya.

            "Ok tak letak sini?macam cantik je.macam sesuai je."tanyaku sambil melawak dengan Izzati.

            "Ok!"kata Izzati sambil menaikkan jari tanda tiptop.Bila loceng berbunyi,kami semua meninggalkan semua kerja untuk ke kantin,mengisi perut.Bila kami kembali semula ke bilik darjah,kami membincangkan tempat paling menarik untuk semua binatang.

           "Mana badak air tadi?aku rasa dah cantik kat air terjun ni."saya bertanya kepada mereka.

           "Mana ada badak air."jawab Putri.

           "Badak air yang ada dalam plastik kau tadilah."jawab saya lagi.

           "Aku yang bawak,aku tahulah....mana ada badak air."jawab Putri pula.

           "Habis tu,aku letak kat tepi air terjun ni tadi,siapa punya?aku ambik dalam plastik ini tadi.Hah!Izzati nampak aku letak sini tadi kan?"aku bertanya Izzati pula.

           "Haah!yang tadi tu memang badak air.aku nampak."kata Izzati.

           Kami semua terdiam.Aku cuba menyelongkar kembali plastik tadi,tapi tiada badak air.Aku melawat habitat lain,kalau-kalau ada yang membawa badak air.Walaupun puas aku bertanya,tiada siapapun yang membawa badak air.

          Pucat jugalah muka aku memikirkan kemana hilangnya badak air tadi.Sejuk jugak le tangan aku ni dibuatnya.Rasa nak menangispun ada.Takutpun ada.Rasa tak percaya bercampur baur dengan rasa takut.

          Apa yang aku pegang tadi memang satu benda yang nyata.bukan mimpi kerana ada saksi.Tapi....apa penjelasan untuk semua ni?Bulu romaku mula meremang.

         Hari berganti hari.Cerita ini akhirnya menghuni blog puterikenari dan seterusnya kasiharus,dan kini sallyadan pula.Watak di atas terpaksa ditukar namanya kerana tiada keizinan dari tuan empunya badan.

         Pencerita sebenarnya seorang anak yang berani.Mungkin kerana itu juga dia ditemukan dengan situasi misteri ini.Apa yang penting,jangan takut....kita berada di dunia nyata.Misteri itu biarlah terus menjadi misteri.Tiada yang lebih mengetahui melainkan Allah.Wallahu a'lam.

Selasa, 3 Jun 2014

Berblogging Dengan Line Lembab.

                  Persoalannya,apakah kita tidak boleh membuat post bila line internet kita mengalami situasi lembab tahap gaban?Saya menjawab,boleh asalkan kita masih mempunyai sedikit connection.

                  Tentu ada yang mempunyai rasa yang sama seperti cerita orang stress di bawah ni:-              

                  Beberapa hari ini adalah hari-hari yang paling memboringkan untuk berblogging.Semangat sentiasa berkobar-kobar untuk berkongsi berbagai perkara.Nampak pula giveaway dan segmen blogwalking,tetapi sayang sekali bila line internet meragam,semua perkara tidak menjadi.

                  Kalau nak terus berblog,kenalah tukar kepada internet yang lebih bagus.Setakat bayar RM68 sebulan untuk celcom,nampaknya setiap bulan pasti menguji kesabaranku.Bukan setakat nak upload gambar,tetapi untuk memasuki sesuatu laman juga jenuh nak kena reload.

                  Kalaulah tidak kerana minat,tidaklah saya berada di arena ini dengan penuh kesabaran menaip walaupun terpaksa reload sepanjang masa.Bukan tidak terniat untuk memiliki line yang lebih baik,tetapi memandangkan situasi saya yang tidak bekerja,tak mahu jugalah saya demand mintak line lebih tinggi dari mr hubby.huhuhu...

                  Maka jadilah saya seperti biskut yang sekejap ada dan sekejap takde.Kalau saya sabar selama satu hari menunggu,dapatlah membuat post yang memuaskan hati.

                  Tetapi tidak bererti saya tidak mampu membuat post bila line ciput begini.Mungkin saya tidak boleh terlalu bergantung dengan gambar-gambar,tetapi lebih kepada isinya.Untuk membuat post yang tidak menggunakan sokongan gambar,sebaliknya kita memerlukan sedikit ilmu untuk dikongsikan.

                  Sebenarnya,baru kini saya perasan bahawa blog saya kebanyakannya dipenuhi dengan gambar-gambar.Mungkin kerana minat saya pada seni foto menyumbang kepada faktor ini.Maka,untuk mengelakkan saya menjadi stress bila line lembab,saya perlu bersedia dengan post yang mempunyai pengisian di dalamnya, bukan hanya menonjolkan gambar-gambar sahaja.

                  Mungkin suatu masa,saya akan dapat memiliki line yang lebih bagus,mungkin juga ketika itu saya sudah mampu menjadi seorang blogger yang disenangi ramai.Mungkinkah waktu itu akan tiba sebelum mata ini tertutup buat selamanya?Wallahu a'lam.

Isnin, 2 Jun 2014

Selamat Pengantin Baru buat anakanda-anakandaku.

Pengantin kami.
                Selamat pengantin baru buat dua pasangan anak-anak saudaraku Asyirah&Hatim dan Ashraf&Layla.
                Macam biasa,kami memang suka naik kenderaan awam untuk kempen naiklah kenderaan awam.
Ketika kami sampai,canopy sedang dipasang.
                Ketika kami sampai,peneroka dan penerokawati sedang sibuk menyediakan bahan untuk memasak.Merekalah yang paling sibuk menjayakan jamuan dari awal sampailah majlis berakhir.Canopy untuk majlis makan-makan bersama pengantin juga sedang didirikan.
homestay felda tersang2.
               Untuk selesakan para saudara mara,tuan rumah menyewakan kami homestay sebagai istana hinggap kami semua.Homestay rumah satu tingkat,empat bilik,dua bilik air dan satu tandas di luar rumah untuk memudahkan penumpang.

               Homestay ini sering menjadi tumpuan pelajar-pelajar university ataupun mereka yang ingin berkunjung ke Cameron Highlan kerana lokasinya yang tidak begitu jauh dari tempat tersebut.

               Rumah yang dijadikan homestay ini sering mendapat perhatian kerana ia mampu memuatkan sebuah keluarga yang besar dengan sewaan,rm250 untuk satu hari satu malam.Jika ingin menyewa bilik pula,boleh disewa dengan bayaran rm60 untuk satu hari satu malam.

                Untuk malam ini,Pengantin pertama kami sudahpun berkahwin lebih awal.Maka,inilah wajah manis menantu kami yang kami raikan dalam majlis untuk kedua mempelai ini, esok.
              Lain pula dengan  pengantin kedua kami,Nurashirah yang sedang dalam debaran kerana bakal berkelar isteri pada malam ini.
dua ipar yang sama cantik.
                Sebelum majlis akad nikah bermula,tiada sebarang jurugambar.Kedua pengantin ini mengambil peluang berselfie dan saya pula berjaya mengambil peluang merakam gambar mereka.
Nampak anak-anak dara ni berselfie,rasanya saya pulak yang turut seronok.
Bermula dengan bacaan doa.
pengantin perempuan menyatakan persetujuan dengan mendatangani persetujuan dinikahkan.
begitu juga dengan pengantin lelaki
Dengan sekali lafaz,maka tanggungjawabpun digalas.
Pengantin lelaki melafazkan taklik.
acara membatalkan air sembahyang dengan seutas rantai tangan dari .pengantin lelaki
dan sebentuk cincin dari pengantin perempuan
tangan dicium tanda hormat dan kasih yang,jua doa restu semoga kasih berkekalan sehingga ke syurga.
Dua sangkar penghias pelamin.
             Mengapa sangkar yang menjadi simbolik?Apakah perkahwinan itu begitu hebat batasnya sehinggakan ianya diibaratkan sangkar?Macam tak best pulak.Bagi saya,perkahwinan memang membina benteng dan batasan,tetapi tidaklah seperti sangkar yang terus dikunci dalam segala hal.Wallahua'lam.
paluan kompang menandakan ketibaan pengantin.
Dua pasang pengantin yang istimewa.
Bersama ibu bapa.
                Saya suka dengan gambar ni.Kedua-dua pengantin kelam kabut bila anak saudara mereka tiba-tiba menangis.Agaknya apakah perasaan yang tersurat disebalik suasana ini kan?Mesti serba sedikit,ada terdetik,suatu masa,mereka jua bakal menimang anak dan kehidupan mereka pasti bakal dihiasi dengan gelak dan tangis si kecil.
Lauk pauk yang dihidangkan.
                 Oleh kerana kami terpaksa pulang awal,selepas makan,terus kami ke terminal.Alhamdulillah...selamat sudah majlis perkahwinan dua ustaz dan dua ustazah kita.Sweet sangat.
Semoga hidup mereka sentiada dalam rahmat Allah s.w.t.Amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...