lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Rabu, 9 Julai 2014

Kisah Doa Termakbul.

                  Rugi tak baca,kisah seorang abang dan adik.Kedua-duanya anak yatim miskin.Mereka menginap di rumah pusaka peninggalan kedua ibubapa. Mereka adalah hamba Allah yang soleh.

                  Si abang saban hari berdoa agar Allah mengubah nasib hidupnya.Dia meminta dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya.Dan meminta kepada Allah agar dirinya kaya raya dan hidup mewah.

                  Si adik pula buta huruf tidak seperti abangnya.Dia membaca doa pun dengan melihat kertas terinsut-insut membaca.Sebelum bapanya mati,dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas.Dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

                 Dipendekkan cerita,akhirnya Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengan abangnya lantas berkahwin.

                 Si abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah.Dia keluar dari rumah pusakanya dan meninggalkan adiknya.Si abang akhirnya kaya raya malah terus kaya apabila dia memasuki bidang bisness.

                Dia sudah mula alfa dengan Allah.Melewat-lewatkan solat.Jarang membaca Al-Quran.Tetapi tidak pernah lalai dari meminta pertolongan dari Allah.

                Kalau masuk dalam bab perniagaan,kekayaan dunia, maka berbondong-bondonglah doanya kepada Allah.Dan ajaibnya,Allah beri apa yang dia minta.Si abang rasa dia istimewa.

                Si adik pula hidupnya tidak berubah.Dia masih sederhana.Dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf,dia hanya mendapat kerjaya sederhana.Terus menjaga rumah pusaka.Si adik juga rajin berdoa.Si abang tahu si adik rajin berdoa.

                Tapi si abang melihat hidup adiknya tidak berubah-ubah.lantas satu hari,ketika si abang menziarahi adiknya sia abang berkata dengan riak.

               "Kau kena berdoa kuat lagi.Tengok aku,berdoa je,Allah kabulkan.Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni,Berdoa pun tengok-tengok kertas,tak cukup hebat,"

               Suka abangnya menegur kepadanya.Teguran abang amat bermakna.Si adik terus hidup sederhana di dalam rumah pusaka.Dengan doa melihat kertas saban hari.Dan kehidupannya tetap tidak berubah.Tidak menjadi kaya seperti abangnya.

               Ditakdirkan,si adik meninggal dunia.Ketika si abang mengemas rumah pusaka,dia berjumpa satu kertas.Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.Si abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

               Kertas itu tertulis,
               "Ya Allah,makbulkanlah segala doa abang aku"Masyaallah...kebesaran ilahi.Si abang mula membandingkan diri dengan adiknya.

               Adiknya kekal taat kepada Allah dan tidak meringankan urusannya dengan Allah.Malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya.Tetapi adiknya meminta agar segala doa abangnya dimakbulkan.Si abang tidak pernah sedikitpun mendoakan si adik.

               Si abang mula tersedar rupanya, bukan doa dia yang makbultetapi doa adiknya telah diterima dan dimalbulkan oleh Allah S.W.T.


               Cerita ini saya dapat dari Whatsapp.Apa yang ingin disampaikan memang bagus,Saya mengerti apa yang cuba disampaikan bahawa kejayaan kita tidak semestinya hanya kerana usaha dan doa kita.Mungkin juga kerana berkat doa orang lain.

              Kita juga tidak boleh terlalu yakin akan kehebatan diri kita.Senang cerita,jangan berlagaklah kan...
Tapi terfikir sedetik,kenapa adiknya membaca doa selama itu,tetapi masih nak kena tengok kertas.Sedangkan untuk solat dia mampu sempurnakan,masakan sebuah doa pendek tu masih kena guna kertas.Tak logik.

              Jadi dengan gatal tangannya,saya menaip.meluahkan rasa pelik tersebut.Cuma pelik.tak lebih dari itu.Kalau kita baca merangkak-rangkak sekalipun,kalau ulang 44 kali sesuatu doa,insyaallah kita boleh hafal.

               Maka ada balasan pula,katanya,"tak semua manusia Allah bagi keistimewaan.Ada yang baca 1000x pun tak dapat jugak."

               Ah sudah!Macam saya dah terkena aje ni.Saya salah cakap ke apa?Saya tengok balik siapa yang hantar,orangnya adalah seorang ustaz.Mati saya macam ni.Maka saya hantar mesej personal kat isteri beliau dan minta maaf.Saya nampak dua right dan mesti dia dah baca pun.Sombong juga isteri ustaz ni,mesej personalpun tak balas.Malas nak panjangkan,maka semuanya berakhir sampai di situ sahaja.

               Apa yang saya cuba sampaikan ialah,Whatsapp banyak membuat orang berpecah belah.Puncanya hanyalah salah faham dan tidak mahu berkongsi pendapat.Walaupun ada pertalian saudara sekalipun,tidak menjamin semuanya boleh dibawa berbincang.

              Sesuatu yang elok dikongsikan.Tetapi bila ada yang terasa, ada yang putus saudara, dan ada yang bermasam muka.Untunglah Uncle Adan takde facebook,whatsapp dan sebagainya.Tak payah nak peningkan kepala.Saya percaya perkara begini banyak terjadi di kalangan kita.Terutamanya kalau ada yang mulut laser macam saya.

             Tapi saya laser bertempat...orang macam saya ni banyak berfikir dengan logik akal.Mereka yang nak berdakwah kenalah berfikiran terbuka.Jangan hanya kerana perkara kecil sahaja pun dah bermasam muka.Whatsapp atau facebook sama sahaja risikonya.Wallahu a'lam.

Tukar Mood Blog.

               
                  Sesekali rasa nak juga tukar mood blog kepada mood Ramadhan.Saya memang suka warna ceria,tetapi bila nak ubah mood,nampak agak kelamlah sikit.Sebab backgroundnya tak sesuai.Maknanya,saya kena tukar back ground sekali.

                  Pilih punya pilih,saya berkenan dengan gambar masjid ni.Maka sayapun mula buka fotoshop dan crop menjadi ukuran memanjang.Letakkan tulisan dan save.Masuk kat header,tengok-tengok, saiznya besar sangat.Kenalah tukar size image pulak.

                  Bila dah tukar,masukkan semula dalam header,tut-tut, terkecil pulak dah...terpaksalah repair balik saiz baru.Akhirnya siap juga header baru yang ber mood ramadhan.

                  Kalau korang rasa nak lagi mudah,taip aje header dalam google image tu.Bermacam gambar keluar.Tapi kalau masuk fotoshop dan letak corat-coret sikit ikut citarasa sendiri,bolehlah ubah mood blog kita.Saya guna mood ramadhan tak lama kot...sebab nanti nak tukar mood raya pulak.

Selasa, 8 Julai 2014

Komputer Error.

               Beberapa bulan yang lalu, setiap kali saya ingin klik connect pada broadband saya,pasti akan keluar benda alah ni.Puas menggodam,Al kisahnya dikatakan virus telahpun mencemar duli kepada sistem window 7 saya ni.

               Maka bermulalah sesi menggodam untuk mencari jalan penyelesaiannya.Pada mulanya,saya diajar manage access dalam My Computer dan membuka window even log .Kemudian start manual. Lepas tu buka pula Remote Access Manager manual.Bolehlah saya menggunakan broadband saya walaupun setiap kali nak sambung menjadi lambat.

              Lepas tu saya jumpa cara ke dua iaitu dengan klik pada connection sebelah kanan dan tekan connect di situ.Ianya lebih cepat dan mudah.Malangnya,selepas sebulan,komputer saya terus gagal membuka windownya.Kalau adapun, ianya bukanlah window yang sebenar.

              Selepas saya membuat system restore,desktok datang kembali.Alhamdulilllah...komputer saya boleh digunakan walaupun masih ada masalah even log.

              Beberapa hari lepas,tiba-tiba terjadi lagi sekali, komputer gagal dibuka dengan betul.Saya masih mampu membuka internet,tetapi apa yang ada pada desktoknya semua hilang.Terpaksalah saya bersabar walaupun terpaksa menggodam penyelesaian dari mr google dan merisik jawapan dari beberapa orang pakar tentang komputer.

              Restore sampai ke tahun lepas pun tak dapat nak selesaikan masalah.Mengikut apa yang saya tahu,kita boleh menggunakan cara window repair untuk membaiki semua yang rosak pada window,tetapi malangnya,satu rumah dah saya geledah untuk mencari cd windownya tapi tak berjumpa.

              Maklumlah,lepas pindah rumah,semua barang yang disimpan, telah dialaihkan susun atur beberapa kali untuk mendapatkan sudut yang sesuai.Maka,bila nak cari barang hilang,memanglah sakit...

              Akhir sekali,Along juga yang berjaya menyembuhkan komputer ni.Copy semua program folder yang diperlukan ke cakera keras dan reset ke aturan kilang.Lepas tu restore window.Semuanya menjadi seperti baru.Semuanya nak setting semula.Sayangnya folder AVG tak tercover.Terpaksalah menggunakan Norton versi percubaan selama sebulan sebelum mendapatkan antivirus baru.

             Akhirnya saya dapat menggunakan komputer yang memorinya fresh dari ladang.Tak adalah sangkut-sangkut lagi.Fuh...dengan perasaan leganya saya mula berblogger dengan aman damai.Sayangnya,ada pula masalah line internet yang mula lembab tahap gaban.Hampeh betul...

             Buat seminggu dua ni,tak dapatlah saya nak bersegmen dan blogwalking lagi.Mana yang boleh buka tu kira nasiblah...

Isnin, 7 Julai 2014

Menu berbuka bersama anak-anak.

bubur lambuk tajaan Takaful Ikhlas BHD.
tiga bekas bubur lambuk dari Matrade.
menyambut kepulangan anak-anak dari asrama.
                 Pada hari jumaat,anak-anak sudah pulang dari asrama sehabis waktu sekolah.Saya tak sempat memasak banyak benda,cukuplah bubur lambuk istimewa yang dibawa khas oleh Pakcu dari Matrade.Sedap macam resepi emak saya.Cuma bezanya,emak saya memasukkan pucuk paku miding dan daun selasih sebagai penambah rasa.

                 Keesokan harinya,sempatlah kami bersahur dan berpuasa bersama.Maka menu buah melaka menjadi salah satu pilihan.Tengah gentel kuih,muncul seekor tapak sulaiman di tepi besen adunan.Macam-macamlah kreativiti anak-anak ni.
patrick star tepi besen.
Akhirnya buah melaka siap sebagai hidangan.
Yang ini pula adalah puding milo oreo.
Puding Milo Oreo yang siap dipotong.
               Oleh kerana puding ini baru pertama kali kami usahakan dengan Makcu sebagai teraju utama,saya nak sertakan resepi sekali.Manalah tahu ada yang berkenan nak buat.Rasanya memang sedap terutamanya tempat yang ada biskut tu.perrgh....

PUDING MILO OREO

Bahan-bahannya,

1 peket agar-agar tali 25gm.
1 tin susu cair.
1 cawan milo.
1000ml air.
Biskut oreo.
1 sudu kecil tepung kastad(Bancuh dengan sedikit air).

Caranya,

Masakkan agar-agar dengan 1000ml air.
Bila sudah hancur,masukkan gula dan susu cair.
Bila dah sebati,asingkan 2cawan bancuhan susu tadi.
Masukkan milo dalam lebihan bancuhan tadi.Campurkan bancuhan tepung kastad dan kacau sebati.
Bancuhan milo dibahagi dua bahagian.
Masukkan layer pertama dan sejukkan dalam 10 minit.
susun biskut oreo diatasnya dan tuangkan bancuhan susu tadi.
Bila sejuk,masukkan baki bancuhan milo tadi dan siap.

masa lodeh.
              Yang ini pula adalah masalodeh.Mesti korangpun tahu benda alah ni kan...belek-belek resepi,cuba buat sendiri dan inilah hasilnya.Nak resepi jugak ke?Boleh...ini percubaan pertama saya juga.Dan rasanya sama seperti kuih beli juga.Maknanya,resepi ini boleh diguna pakai.

Bahan bahannya:

Kacang Dal
Serbuk Jintan Manis
Jintan Manis
Bawang Merah
Cili Kering
Daun Kari
Lada merah dan Hijau
Garam
Gula

1) rendam kacang dal selama 5-6 jam, lepas tu, toskan kacang dal.Jangan terlalu kering,nanti sudah dibentuk.

2) kisar kering kacang dal tanpa air sehingga hancur.

3) dah kisar, masukkan garam gula secukup rasa, masukkan daun kari, cili kering dan lada yang dipotong halus..

4) lepas tu, masukkan 2 sudu kecil serbuk jintan manis dan 2 sudu kecil jintan manis (bukan serbuk), serta masukkan bawang merah yang dicincang halus

5) gaul adunan sehingga sebati dan rata

6) bentukkan adunan menjadi bulat leper,


p/s : semasa nak goreng, pastikan minyak panas secukupnya. Biarkan ia garing dulu, baru boleh terbalikkan supaya adunan tidak pecah dan lerai..

ada sesetengah orang akan letakkan telur / tepung untuk memudahkan proses pembentukan.. memang senang tapi hilang rasa dal sepenuhnya.Makan ketika panas sebab kuih ni sangat rangup dan berempah.

              Last menu,laksa kuah lemak.tak payahlah bagi resepi semua benda.Comel tak anak-anak buahku?Siap posing lagi bila nampak mak andak nak ambil gambar.Terima kasih Pakcu dan Makcu yang sudi memeriahkan suasana berbuka puasa di rumah kami.

Giveaway Cash RM100 by Emas Putih

As-Salam

[Sila Tekan Banner Diatas If Nak Join]




Sabtu, 5 Julai 2014

Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80

                Giveaway ihya Ramadhan ini dianjurkan oleh Ummudd80.blogspot.Syaratnya tak banyak,senang nak kita buat.Saya ni selalunya line ciput.Kalau setakat follow sorang dua tu tak jadi masalah.Lagipun,kalau tak kerana giveaway ni,saya mungkin belum jumpa blog ni.

                Hadiah yang disediakan pula adalah berupa wang tunai.Memang lumayan.Satu,Rm 50,dua, RM30 dan tiga, RM 20.Siapa taknak memang?Kalau taknak saya menang,baik korang joint cepat.

               Giveaway ini dianjurkan sempena hari ulangtahun kelahiran anakanda beliau yang bernama Dhahir .Hari jadi yang keempat pada 4hb julai.Kalau ikut tarikh saya menulis ni,hari inilah tu...So, sempena itu juga,saya mengucapkan tahniah kepada ibunda dan ayahanda Dhahir.Happy Birthday Dhahir.Lelaki ke permpuan ya?agaknya lelaki,sebab tengok gambar tu,semuanya hero.Mana satu Dhahir saya pun tak pasti.Agaknya yang depan sekali tu.hehe, main teka-teka pulak, jangan marah ya tauke blog.

               Giveaway ini bermula tarikh 4hb Julai 2014 sehingga 21hb Julai 2014.Kalau sesiapa nak joint giveaway ni,bolehlah klik banner di atas.Selamat ber giveaway...

Jumaat, 4 Julai 2014

Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My.

                 Saya nak buat giveaway contest mendapat duit raya dari nile.com.Syaratnya senang sahaja,cuma buat satu post dan mengatakan apa yang kita akan buat dengan hadiah rm300 ni.

                 Kalau saya dapat RM300 tu, saya nak beli sebuah telefon pintar.Tak patut betul kan?Baju raya pun belum beli,tapi berangan nak beli telefon.Tapi kalau tanya saya,memang itulah yang saya sedang target sekarang.Kumpul duit untuk mendapatkan sebuah telefon pintar yang membolehkan saya membuat aktiviti blog saya di mana sahaja saya berada.Kiranya,telefon rayalah tu...

                Walaupun blog saya ni tak nampak sebarang income, satu kepuasan bila ada orang yang sudi membacanya.Terima kasih pengunjung setiaku.Itulah sebabnya saya nak cari sebuah telefon raya.Logik tak alasan?Macam tak masuk akal.Apa yang kita rancang tak semestinya yang terjadi.Siapa tahu terbeli baju raya pula nanti.Silap hari bulan,saya beli sebuah oven pula.Amboi...banyaknya target,pilih satu sudahlah.

                 Cuma, apa yang saya mahu katakan di sini,tidak semestinya rezeki yang kita dapat itu adalah milik kita.Manalah tahu bila saya dapat hadiah RM300,tiba-tiba kereta rosak.Saya kena repair kereta dan saya tiada duit.Duit ini jugalah yang terpaksa saya gunakan untuk bembaiki kereta tu.Rezeki itu memang milik tauke kereta,redha ajelah.

                 Tapi saya tak bimbang,saya tak ada kereta pun...atau ,siapa tahu ianya akan menjadi rezeki pelajaran anak-anak.Maklumlah, anak-anak semuanya sedang belajar dan memerlukan perbelanjaan besar.

                 Macamanapun, besar ertinya RM300 buat saya yang masih tak putus asa menanam pokok anggur ni.Bilalah pokok anggur saya nak berbuah?Takkan berbuah punya...Apapun, banyak benda boleh diperolehi dengan duit RM300.Tapi kalau telefon pintar,mungkin sebuah sahaja.

                 Kalau diberi peluang menceceh,memang saya takkan berhenti,Apapun, siapa yang nak joint contest ni,sila klik SINI, dan boleh periksa penyertaan anda nanti di SINI.

                 Saya suka banner yang bermodelkan felixia yeap ni.Sweet sangat.

Khamis, 3 Julai 2014

Giveaway teka wajah eda by blogger euruka seven

Syarat2 giveaway eda:
1) teka gmbr dkt bwh,crik eda
2)  publishkan giveaway eda
3) jgn lupe ltk url entry yg korang bt dgn link eda skli

Hadiah2
Tablet nova 2 + Leather nova X1
voucher emas tajaan LUMIERE RM 500 X1
voucher emas tajaan TOMEI RM 200 X1
voucher ems tajaan GOLDHEART RM 200 X1
Voucher ems tjaan MY DIAMOND RM100 X1
gift voucher AEON RM20 X 2
gift voucher AEON RM10 X 1
Dan banyak lagi yang tak sempat nak disenaraikan pemiliknya.
GIVEAWAY NI BERLANSUNG PADA 21 JUN HINGGA 31 JULAI 2014..

                 Jawapan pilihan saya ialah yang keding tu, nombor 3.Apasal plak keding?okey apa mantain.alhamdulillah...tak payah nak diet bagai lagi dah.Tapi muka depa ni memang tak jauh bezanya.Adik beradik kot...Itupun kalau tak salah tekaan sayalah...korang nak teka juga?klik banner di atas dan joint kami.

                 Hadiah yang ditawarkan memang gila-gila punya special.Saya kalau nak pilih hadiah,tentu nak sangat tablet nova tu.boleh saya buat tulis blog kat mana-mana aje.hehe,

                 Hadiah lain berupa voucher,untuk yang suka shopping, bolehlah cuba.Bukan sayalah tu...kalau dapatpun alamat jadi pekasam aje nanti.hehe.Apapun,saya sertai saja mencuba nasib sekaligus nak support kawan kita ni.Jom bergiveaway?



Segmen : Cik akak mencari bloglist julai 2014

                 Kali ini saya dengan sukacitanya ingin menyertai segmen ini untuk menjadi salah seorang dari bloglist cik akak kita ni.http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/

                 Saya juga berhasrat untuk membuat segmen yang sama, cuma belum tiba masanya.Maklum sahajalah,bloglist saya masih belum banyak lagi.

                 Cuma,kenapa cik akak tak letakkan syarat letakkan blog cik akak sebagai bloglist peserta?Boleh juga mempromosikan blog cik akak?Oleh kerana saya menyertai segmen bloglist,saya masukkan blog cik akak dalam bloglist saya.Kalau nak sertai,boleh klik banner di atas.

               

Puasa Hari Ke lima.

           
               Sudah beberapa hari saya tidak punya sebarang idea untuk menjadi bahan blog.Bukan apa, kalau dalam bulan puasa ni, moodnya lain macam sikit.Dengan kepala tingtongnya,dengan perut meragamnya, rasa loyanya,macamana idea nak mari?

               Hari pertama puasa memang tiada masalah,Along bersahur dan berbuka bersama kami.Keluarga pakcu dan pakmbong juga menyertai kami untuk berbuka puasa bersama-sama.
bubur keledek campur caca.
mee goreng puteri kenari.
karipap sardin nana
sayur paprik maizatul
              Bila sudah berkumpul ramai,tentu sahaja meriah.Makanan juga meriah.Masing-masing punya selera tersendiri.Tetapi tidaklah terlalu berlebihan.Hari kedua puasa,semuanya macam biasa.

              Tetapi masuk hari ke tiga dan ke empat ni,kepala saya terasa berat lain macam.perut pula sebu dan sesekali mula memuntahkan asid.eewwwwwwwww....memang masam.Ubat gastrik juga tak dapat membantu.Mungkin saya perlu kawal pemakanan agar tidak mengambil makanan berasid.

               Sebagai suri rumah,jadual saya juga berubah sepanjang bulan ramadhan ini.Seawal empat pagi setiap hari, saya akan menyediakan juadah untuk bersahur.Pukul lima barulah kejutkan anak-anak.Kalau tahun lepas kami ada lima orang,tahun ni tinggal empat orang.

               Kalau setakat masak nasi satu pot tu,dari sahur sampai berbuka pun tak habis.Entah apa yang kami makan pun tak tahu.Mungkin lebih kepada kuih atau air.Kalau biasanya kami memilih masakan lemak,tetapi dalam bulan puasa ni,lauk berlemak kurang sambutan.Kalau nak bagi mereka berselera sikit,kenalah masak sup atau yang berkuah air.

              Bila tengahari menjelma,sudah terpaksa bermenung panjang apakah juadah yang boleh menaikkan selera makan anak-anak dan suami.Kenapa anak-anak dan suami?Kerana perut anak-anak harus diutamakan.Kalau mereka tak makan,mak ayah jugalah yang susah hati.Jadi,menu mesti ikut selera mereka,insyaallah selera anak,berseleralah kami.

              Hujung minggu ini nanti barulah anak-anak dapat berkumpul berbuka puasa di rumah.Yang paling seronok tentu sahaja emaknya.Yang seorang tu mesti nakkan kuih sagu.Yang dua orang lagi mengikut saja apa menu yang ada.Janji emaknya yang masak.

             Terasa seperti satu kekurangan bila berpuasa tanpa along,angah dan kakde.Agaknya,begitulah rasanya bila seorang ibu tua tinggal berjauhan dengana anak-anak yang sudah berkeluarga.Bukan tidak mahu mengerti,tetapi hati yang merindu hanya diri sendiri yang rasa.

             Bukan saya tidak mahu berkongsi cerita tentang fadhilat ramadhan atau apa-apa yang berunsur amalan di bulan ramadhan,tetapi rasanya,sudah terlalu banyak blog mengenainya.Tanpa saya,tidak akan mengurangkan pahala pembaca semua.

             Hari pertama berpuasa , nana bercerita tentang lailatul Qadar.Semalam, Nana memberitahu saya, ustazah suru baca al-quran walaupun sedikit, kita akan dapat pahala berganda.Kelmarin dia memberitahu saya, zikir yang kita baca di bulan ramadhan juga memberi kita pahala berganda.

            Setiap harilah saya mendengar ceritanya,setiap hari juga saya terpaksa menghuraikan lebih panjang tajuk yang diberikannya.Anak-anak saya memang sengaja menyuruh saya bercerita,katanya mak pandai bercerita.Ewah! takdelah pandai,tapi kalau seorang ibu tak bercerita kepada anak,siapa lagi?

            Beginilah kisahnya jika seorang blogger ketandusan idea.Boleh merepek sehingga siap satu novel layaknya.Sebelum tersasar lebih jauh,lebih baik saya berhenti merepek.hehe,

           

           

Rabu, 2 Julai 2014

THEBEST GIVEAWAY BY ADAMFAIZ

THEBEST GIVEAWAY BY ADAMFAIZ


Jemput join GiveAway ni ramai-ramai ! Para peserta berpeluang memenangi hadiah best seperti monopod ,produk shaklee,tudung bawal,purse,kain sulam,crystal brooch dan banyak lagi ! 

KLIK BANNER ATAU KLIK SINI UNTUK JOIN

Selasa, 1 Julai 2014

Ketuk-Ketuk Aidifitri

   

   Giveaway ini berlangsung dari 24hb Jun 2014 sehingga 7hb Julai 2014.Giveaway ini adalah istimewa kerana ianya bersempena hari raya Aidil Fitri yang akan menjelang dalam masa tidak sampai sebulan dari sekarang.

                 Hadiah istimewa dari giveaway D'nialicous.blogspot ini berupa kuih raya.Bayangkan kalau tengah bersantai-santai, tiba-tiba ada postman hantar kuih raya kat rumah.Wah!!!...mesti best punya.Itu kalau menanglah...kalau tak menang,kita pakat cuci mata sahajalah dengan produk yang ditayangkan di hadapan kita dalam blog ini.Macam sedap je,agaknya macamanalah rasanya.hmm...seronok pula rasanya nak raya bila tengok gambar-gambar ni.

                Untuk joint,klik link banner.saya dah cuba banyak kali nak letak banner link tapi tak berjaya.nak demam untuk dapatkan satu ilmu ni.tak mengapalah,janji dapat masuk link sebenar.

Ketuk-Ketuk Aidilfitri(KKA) merupakan satu program pertama di Malaysia yang diasaskan oleh Puan Siti Aisyah Bt Zulkifli Ramond yang merupakan seorang pengarah pemasaran dalam syarikat Farich Holdings Sdn. Bhd. Program ini merupakan hak milik dan diuruskan oleh Farich Holding Sdn. Bhd secara sepenuhnya. Program ini direka untuk memberi peluang niaga kepada setiap individu yang berminat menjadi usahawan terutama usahawan muslim.

KKA mengumpulkan pengeluar-pengeluar 'premium cookies' iaitu pengeluar biskut dan kek lapis terbaik dari seluruh Malaysia yang menggunakan bahan-bahan berkualiti dalam menghasilkan biskut mereka. Biskut-biskut dari seluruh malaysia ini dikumpul di HQ(Farich Holdings Sdn Bhd) untuk dijenamakan dibawah program KKA sebelum diedarkan kepada stokis-stokis di setiap negeri sebelum dijual kepada pelanggan. 

Produk KKA ini adalah 100% keluaran muslim dan mempunyai 20 produk iaitu 18 jenis biskut dan 2 jenis kek lapis kukus yang berkualiti dan beraneka rasa. Setiap jenis dihasilkan dengan bahan-bahan yang berkualiti yang berjenama seperti 'Butter Anchor'. Setiap kotak biskut mempunyai 36 keping hingga 60 keping biskut bergantung kepada jenis. 

Senarai jenis dan harga  biskut dan kek lapis boleh dilihat pada katalog dibawah;




Anda boleh dapatkan biskut raya "Premium Cookies Ketuk-Ketuk Aidilfitri' daripada stokis dan agen berhampiran anda.


**tempahan produk-produk KKA akan ditutup selepas minggu pertama puasa 2014**

**update terbaru senarai agen sila ke D'nialiciousBlog**



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...