lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Jumaat, 19 September 2014

Perlukah Guna Barang berjenama.

               Hebatkah barang berjenama dan yang berharga mahal?Apakah ianya keperluan ataupun hanyalah keinginan?Agaknya kenapa kita kadang rasa suka sangat dengan barangan berjenama atau sesuatu yang boleh membuat orang teruja melihat kita?

               Saya mula  terfikir tentang tajuk ini bila anak saya mula menyebut begini kepada adiknya.

"Kalau awak pergi ke Universiti nanti baru awak rasa pemilihan kasut itu penting.Orang akan pandang kasut apa yang kita pakai dengan sekali pandang aje."

               Bagi saya,apa yang kita pandang pada seseorang itu sebenarnya bukanlah sama bagi setiap orang.Contohnya jika kita adalah seorang yang suka bergaya.Kita akan memandang keseluruhan diri seseorang.Kalau orang tak faham,mesti akan pelik.Kenapa orang ni pandang aku atas bawah,atas bawah ni?Ataupun jika kita seorang yang suka bergaya,pasti bangga bila orang melihat kita.

                Tetapi,bagi seseorang yang minatnya khusus,pandangannya mungkin sebaliknya.Cuba bayangkan seseorang yang suka barang kemas,pasti akan berasa cemburu bila melihat orang lain mempunyai barang kemas.Sedangkan ada orang yang suka melihat barang kemas tetapi tidak suka memakainya.

                 Seseorang yang suka dengan jam,pasti matanya tertumpu kepada jam yang dipakai orang lain.Seorang yang suka barang berjenama dan berharga mahal,pasti akan menumpukan perhatian dan secara automatik akan mencerna apa yang digunakan oleh si pemakai.

                  Orang yang gila kereta,boleh mengenal dan cepat sahaja akan mencerna jenis kereta yang digunakan seseorang.Berapakah harga dan siapa yang mampu menggunakannya.berbeza dengan orang yang tidak menggunakan kereta sebagai kenderaan utama.

                  Begitu juga halnya dengan segala jenis pemakaian kita.Saya tidak merasakan salah jika kita mempunyai minat,tetapi jangan kita cepat menilai seseorang hanya dengan sekali pandangan.Ada juga orang yang kelihatan biasa,sebenarnya adalah seorang yang pintar dan mempunyai kehebatannya tersendiri.Bak kata suami saya,zuhud.(dah macam trademark pula)

                  Cuma ada kalanya minat ini membawa padah.Contohnya jika seorang yang tidak berkemampuan dan mempunyai cita rasa yang tinggi.Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang diinginkannya.Dalam kes ini,memang banyak perkara boleh berlaku.Mungkin sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan iaitu melakukan perkara yang salah disisi undang-undang dan agama.

                  Ataupun seorang yang berkemampuan akan memandang hina kepada orang lain yang tidak memiliki apa yang dirasakan hebat dimatanya.Ianya akan menimbulkan riak dan mungkin juga memikirkan seseorang itu bertaraf rendah.

                  Bagi saya,semua ini hanyalah berpunca dari minat dan kepuasan diri.Saya sendiri adalah seorang yang agak pelik mungkin,Apa yang cantik semuanya saya suka.Tetapi sekadar suka melihatnya sahaja.Hobi saya,suka melihat sesuatu yang cantik dan unik.Itulah saya.

                  Harga barang atau jenama memang tidak menjadi masalah,bila ianya cantik,saya pasti suka melihatnya.Cuma untuk memilikinya,belum tentu.Contohnya,kalau saya pergi ke kedai untuk membeli sepasang baju.Bila saya melihat baju yang cantik-cantik,memang saya teruja.Tetapi bila saya ingin memilikinya,terasa seperti tak memenuhi citarasa.Akhirnya saya lebih rela tidak membelinya.Melainkan jika ada seseorang yang menemani saya yang mengatakan ianya memang sesuai dengan saya.

                  Kadang-kadang ada orang memberi saya hadiah dari barangan berjenama yang agak mahal harganya.Tetapi belum tentu saya suka menggunakannya walaupun ianya memang cantik.Sayapun tak tahu bagaimana nak diterangkan.Walaupun saya teruja,tetapi tidak semestinya saya suka menggunakannya.

                  Ada kalanya juga,saya melihat sesuatu itu langsung tak cantik,tetapi pelik juga ramai yang sukakannya.Mungkin juga ianya melibatkan citarasa.

                  Mesej of the story,Apapun yang kita suka,belum tentu orang suka.Apa yang yang kita tak suka,belum tentu orang tak suka.Jadi,jangan takut untuk menjadi diri sendiri dan jangan jangan mudah memandang rendah terhadap orang lain.

                  Jadi,perlukah guna barang berjenama?jawapannya,pelu jika kita suka.Tetapi tidak perlu jika tidak kena dengan selera kita.Bagi saya,saya tidak teruja melihat barang berjenama,tetapi sangat teruja dengan kecantikan bunga ros dan harumannya.Wah!wanginya,sukanya,cantiknya,kiranya memang gila roslah ni...

                  Bagaimanapun,ada juga ketikanya kita memerlukan barangan berjenama.Mungkin juga kita memerlukannya bila kita menghadiri majlis tertentu.Takkan awak nak pakai kain ketika joggingkan...itu ibaratnya sahajalah....

                  bila kita berhadapan dengan orang ramai,penampilan menjadi satu perkara yang penting kerana kita dilihat dari berbagai ragam manusia.Ada yang suka memerhatikan kasut,baju,kain,seluar,aksesori,tudung,atau juga mekap.

                  So,tepuk dada,tanyalah selera.        


Ahad, 14 September 2014

Bila Blogger Menghilang.

               Assalamualaikum....Lama betul saya terpaksa menunggu peluang untuk menyambung kembali perjalanan saya dalam dunia blogger.Ingatkan komputer saya cuma mendapat masalah kecil,rupa-rupanya saya terpaksa menghantar ke kedai membaiki komputer juga akhirnya.Mujur juga ada netbook 1malaysia blogger syuhadahamdan yang boleh saya gunakan pada hari ini.

              Blogger tanpa komputer terasa bagaikan kucing yang tak boleh mengiau.Hanya mereka yang pernah merasainya sahaja yang dapat memahaminya.Idea sentiasa tertera dalam minda,tetapi ianya tidak mampu diluahkan dengan cantik di sini.

              Tetapi saya bukanlah orang yang akan mengalah.Insyaallah saya akan pertahankan blog ini selagi mampu.Maaf kepada yang berasa aneh dengan header saya yang tidak dapat ditukar buat masa ini.Line internet basic tidak begitu menggalakkan saya memasukkan gambar.

              Buat teman-teman blogger yang mengadakan giveaway pula,saya mohon maaf kerana tidak dapat menyertai mereka buat masa ini.Harap tak ada yang ingin putus sedara pulak dengan saya.Manalah tahu,merajuk...

              Dalam masa tiga bulan ini,terlalu banyak kenangan,cerita,foto yang boleh saya kongsikan.Terasa semangat saya berkobar-kobar untuk menjadi blogger yang setia dengan penulisannya.Namun begitu,saya masih perlu menabahkan hati.Insyaallah jika saya memang ditakdirkan untuk menjadi seorang blogger,saya akan terus mencari peluang untuk meneruskannya sebaik mungkin.

              Walaupun usia saya yang mungkin sudah hampir ke penghujung,saya sebagai penulis masih lagi mempunyai berbagai impian dan hasrat yang ingin dicapai.Kalau ada umur,insyaallah saya sedang berusaha dan berusaha.Yelahkan...maut tak mengenal usia.Bila saya katakan begitu,Arifpun dah tahu menyambung ayatnya."Baby dalam perutpun boleh meninggal mak kan..." sudah maklum kata-kata yang sering diluahkan oleh ibunya.Mengingati mati itu harus ada dalam diri kita.

              Minggu ini,cuti penggal persekolahan selama seminggu,memang seronok bersama dengan anak-anak.Cuma bila Angah dan Along ada di rumah,terasa kurang seorang iaitu Along yang akan menjalani peperiksaan bermula esok.Semoga kejayaan menjadi miliknya.Aamiin....Minggu depan,cuti sekolah sudah tamat barulah dia mula bercuti untuk semester pertama.Tak dapatlah kami berkumpul serentak untuk kali ini.sedih jugalah hati ibu ini.Tapi tak kisahlah...asalkan semua anak-anak sihat sejahtera,itu sudah mencukupi.

             Buat teman-teman blogger,mohon maaf juga kerana saya tidak dapat nak blogwalking kerana situasi saya sekarang tidak mengizinkan.Tapi janganlah risau,tak kemana larinya...insyaallah bila semuanya kembali seperti sedia,saya akan kembali berblogger sambil bersilaturrahim.

             Buat Along,Angah dan Kakde,ada peluang,aktifkanlah blog korang ya...baru meriah.Kalau ada rezeki,coming soon Puteri Kenari akan kembali aktif secara bersendirian.Maksudnya,tanpa blogwalking atau promosi seperti sebelum ini.Tak kisahlah...janji
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...