lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Jumaat, 31 Oktober 2014

Demam, Suamiku Encik Sotong.

Suamiku Encik Sotong-Google.
                 Tiba-tiba sahaja meletup cerita Suamiku Encik Sotong bila pelakon Shahnaz Ahmad melakonkan watak silembut warna pink.Kalau tak silap saya,Shahnaz Ahmad juga pernah perlakon sebagai lelaki lembut sebelum ini.Tapi saya sendiri tak pasti ianya auta atau fakta.Sebab saya pun dah ingat-ingat lupa.

                 Drama ini sudah pun mula ditayangkan di siaran Astro RIA bermula 27hb 10 2014.Kepada yang tak sempat menonton atau tidak melanggan Astro,nak menonton online pun boleh.
Suamiku encik Sotong-google.
               Sebenarnya,saya juga tak melanggan Astro.Tapi saya pernah baca cerita ini online di http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1241&idc=5953.Kalau sesiapa yang nak baca sebahagian cerita,bolehlah baca di link ini.Tapi separuh ajelah...nak tahu kesudahan cerita,kenalah beli sendiri novelnya.

                Kita boleh membeli novel ini secara online,atau mungkin terus ke kedai buku Karangkraf di Shah Alam.
ehsan dari alaf 21.

                 Bermula 31hb Oktober 2014 sehingga 2hb November pula,ada jualan gudang di perkarangan komplex Kumpulan Media Karangkraf seperti alamat di dalam gambar di atas.Saya yakin buku ini akan laris jualannya macam goreng pisang panas.Jom kita serbu...

                 Penulis novel ini juga adalah seorang blogger yang memenuhkan blog beliau dengan penulisannya yang kreatif.Kalau nak lihat blog beliau yang bertajuk Kisah Hati dan sekaligus nak melihat wajah beliau,bolehlah klik link ini:

                          http://syikin-zainal.blogspot.com/

                 Walaupun saya belum membaca buku Suamiku Encik Sotong ini sehingga akhir,ceritanya memang menarik.Menurut Shikin,tajuk asal yang diberinya ialah marah-marah sayang,tetapi telah ditukar kepada tajuk sekarang.Memang,tajuk ini mampu menarik hati saya untuk membaca.

                 Insyaallah tak lama lagi saya akan mendapatkan buku ini.Apapun,saya pernah membeli novel beliau yang bertajuk Indahnya Takdir.Novel itu mampu membuatkan saya menangis.Memang penulis ini adalah seorang yang berbakat besar.

                 Sebuah post promote percuma buat blogger Shikin,sekaligus penulis novel Suamiku Encik Sotong.Tahniah buat Shikin Zainal.

Jumaat, 24 Oktober 2014

Salahkah Guru Hukum Murid...


              Pada zaman sekarang,bukan lagi macam zaman dulu-dulu.Guru nak merotan muridpun boleh dikenakan tindakan undang-undang.Kerana itu juga murid sekarang semakin sukar dikawal.Kalau di zaman dahulu,bila rotan diketuk,semua murid tidak berani berkutik.Tetapi sekarang,suara guru juga ada yang berani bantah.Silap hari bulan,guru akan diserang ibu bapa sampai ke rumah.

              Pada pandangan saya,merotan tidaklah salah jika untuk tujuan mendidik.Tetapi,dalam pada guru tiada hak merotan,ada juga guru yang mengetuk kepala murid dengan buku,melempang murid dengan alasan yang tidak munasabah.

              Saya nak kongsi sebuah cerita yang berlaku lebih kurang pada 30-40 tahun dahulu.

              Pada suatu hari,ujian bulanan bagi subjek sejarah untuk tahun 4 sedang diadakan.Cikgu Fadhil(bukan nama sebenar)mengarahkan semua muridnya menyimpan buku sejarah kedalam beg masing-masing.Maka kami semua pun menyimpan semua buku ke dalam beg masing-masing.

             Cikgu Fadhil mengarahkan ketua kelas mengedar kertas ujian.Waktu diberikan ialah tiga jam.Aku(bukan saya yang sebenar juga,hehe)dengan penuh bersemangat mula menjawab kertas ujian yang diberikan.

           "Kacang sungguh!"maklumlah subjek sejarah ni adalah favourite aku.aku bercita-cita mahu menjadi seorang artifacture.Siapa tahu,aku bakal menemui tulang dinosaur yang pertama di Malaysia.Atau sekurang-kurangnya menjadi seorang penemu jejak dari zaman kesultanan melaka dulu.

            Alhamdulillah....memang cepat sungguh aku menyelesaikan semua soalan yang diberikan.Dalam masa yang sama,boringlah pula bila melihat semua orang masih sibuk menjawab soalan.Aku ni,menggigit pensil sudah.termenung juga sudah.aku membelek-belek sehelai kertas yang ada di bawah meja dengan hasrat untuk melukis sementara menunggu kawan-kawan siap menjawab soalan.

           "Hah!meniru"Tiba-tiba Cikgu Fadhil menyergah.

            "Mari sini saya nak tengok,apa yang awak baca tu!"Cikgu Fadhil menuju ke arahku dan mengambil sehelai kertas kosong yang aku mahu gunakan untuk melukis itu.Dia menyelongkar beg galasku dan menemui buku sejarah di dalamnya.

            "Ini buktinya awak meniru"Cikgu Fadhil membawa kertas ujianku ke mejanya lalu memeriksa jawapanku.

             "Aduhai....bukankah tadi cikgu Fadhil mengarahkan semua orang menyimpan buku sejarah ke dalam beg masing-masing?Buku tersebut masih di dalam beg galas,masakan aku meniru pula"jerit hatiku.Apakan daya,aku hanya seorang murid yang tidak mampu melawan cikgu sendiri.

             "Semua betul.Ini buktinya awak memang meniru"tambah Cikgu Fadhil.Aku mula menangis.Mengapa begitu mudah Cikgu Fadhil menuduh aku begitu.Kalau disuruh,aku bersumpah,aku akan bersumpah.Aku sanggup bersumpah kerana aku benar-benar tidak meniru.

             Cikgu Fadhil menggumpal kertas ujianku lalu menghempas kertas tersebut ke lantai.Walaupun kertas tersebut tidak berkecai,tapi hatiku berkecai bagai disayat-sayat.Betapa hancur luluh hati ini bila aku dituduh meniru.Apatah lagi melihat pandangan kawan-kawan bagaikan percaya bahawa aku memang telah meniru.

            Aku menangis semahu-mahunya sehingga waktu kelas cikgu Ismail habis.Aku malu,aku kesal,Aku benci Cikgu Fadhil.Cikgu Fadhil tidak adil,Cikgu Fadhil kejam.Mujur juga waktu Cikgu Fadhil adalah kelas terakhir untuk hari ini.

            Aku memujuk hati sendiri.Biarlah mereka memandang hina kepada aku,sekurang-kurangnya Cikgu Fadhil mengaku bahawa jawapan yang aku berikan tadi semuanya betul.Tidak sia-sia aku meminati subjek sejarah.

            Kisah ini benar-benar terjadi sekitar 40 tahun lalu.Siapa gerangan si dia yang masih berdendam dengan Cikgu Fadhil ini? biarlah rahsia.Semoga peristiwa ini menjadi pedoman kepada semua guru yang membaca cerita ini.Alhamdulillah....individu tersebut masih berminat dengan Sejarah dan pengetahuannya tentang sejarah memang saya respect.Tabik Springg.....(eceh,ada orang kembang ke?hehe) Tidak lupa juga,terima kasih kerana berkongsi memori
           Satu lagi yang saya nak luahkan,adalah hukuman kepada murid yang tidak masuk akal tika di asrama.Kini bukan lagi masalah sekolah,tetapi asrama.Asrama sekolah agama.

           Seorang murid yang ingin pergi bersolat di surau terpaksa menyangkut telekung pada pagar,sementara pergi ke tandas.Bila keluar,telekung itu sudah dirampas dan tidak dipulangkan walaupun diminta.Kalau diikutkan,ianya bukan masalah kecuaian,tetapi kes kecemasan.

           Kadang-kadang,pakaian hilang di ampaian.Tahu-tahu,ianya sudah dilelong kepada pelajar lain.Kalaulah kehilangan pakaian itu disebabkan kelewatan,mungkin itu tiada masalah.Tetapi ianya kerana perbuatan orang lain.

           Masalahnya,kes kecurian di asrama berluasa.Dan cikgu hanya mampu katakan,jagalah barang sendiri.Bertahun-tahun masalah sama berlaku kepada murid.Tetapi masalah ini tidak dapat dibendung.

           Pada bulan puasa,satu asrama tidak dapat bersahur kerana warden mengunci pagar.Bila diadukan,mereka dimarahi dengan alasan menuduh warden.Di sini,pelajar langsung tiada hak.

           Rasanya,cukuplah setakat ini sahaja kritikan saya.Kalau banyak-banyak,nanti takut disalah ertikan.Akhir sekali,Assalamualaikum.

Khamis, 23 Oktober 2014

"SAYA SUKA MAKAN by Cik Oren."


              Kali ini asaya nak sertai segmen saya suka makan by cik oren yang berlangsung pada 17/10/2014 sehingga 17/11/2014.Walaupun ianya cuma segmen review blog,saya rasa suka nak buat post mengenainya.Apalagi kalau nak letak gambar makanan kegemaran saya.Memang meleleh air liur melihat gambarnya.
               Saya memang suka sangat cokelat.Bak kata orang,gila cokelat.Semua makanan yang berasaskan cokelat atau koko saya pasti nak rasa macamana sedapnya.Kalau dapat cokelat ori lagi saya suka.

               Gambar di atas ni adalah gambar kek cokelat basah yang dihasilkan oleh adinda Fazlinda Awang untuk majlis perkahwinan adinda Zakaria yang kini sudah punya anak dua.Lama dah rupanya saya simpan gambar ni.Keknya kami hias beramai-ramai walaupun tak cukup kepakaran.

               Kek Chocolate moist ni pula adalah hasil tangan saya sendiri yang saya belajar dari jiran tetangga saya Rozie Jamil.Hasrat asal adalah untuk menambah pendapatan.Tetapi mungkin belum rezeki nak mulakan perniagaan kot...mungkin akan datang siapa tahu kan...

               Apa yang saya tahu,kek batik pilihan Cik Oren juga merupakan senarai makanan kegemaran saya kerana ianya berasaskan koko juga.Segmen ini bertujuan untuk menambah kenalan,berblogwalking dan membina silaturrahim.Tak kisahlah...janji saya suka cokelat.Siapa yang nak join segmen ni,boleh klik banner Cik Oren kat atas tu.

    Sungai Jelai.

    Sungai Jelai.
                    Hari ni saya nak cerita tentang Sungai Jelai.Sungai Jelai adalah anak sungai Pahang.Pada mulanya saya berfikir untuk membuat post tentang Kampung di sini.Tetapi memandangkan gambarnya terlalu banyak,saya tak mahu melakukannya sekali gus.Jadi, hari ini saya cuma nak bercerita tentang gambar sungai ini sahaja.

                    Kalau kita renung gambar di atas,kita akan dapat melihat jalan dari sungai ke atas tebing.Sebenarnya,jalan tersebut adalah jalan utama untuk penduduk seberang sini untuk pulang ke rumah.Dari jalan besar,kita perlu berhenti di seberang sana untuk mendapatkan pengangkutan air.Suatu ketika dulu,disediakan sebuah feri awam yang diletakkan di rumah tok penghulu bagi sesiapa yang ingin menggunakannya.

                    Tetapi bapa mertua saya mempunyai sebuah motorbot untuk menyeberangi sungai.Pertama kali saya menaiki bot ini,memang menakutkan dan membuatkan saya terasa hanyut.
    pemandangan dari atas jambatan.
                    Semenjak jambatan ini dibina,Kami mula menggunakan jalan darat.Sekarang ini,sudah jarang penduduk yang masih memiliki motorbot.
    Sungai Jelai.

                     Di tepi sungai juga adalah kawasan yang subur untuk bercucuk tanam.Tapi kenalah rajin berusaha,barulah boleh dapat hasil.

    Keladi Lambuk
                      Banyak keladi lambuk ditanam oleh ibu mertua saya.Suka sangat saya makan gulai lambuk.
    Mandi Manda.
                      Yang paling seronok mestilah bab mandi manda dikala air sungai mulai kering.Ketika itulah juga saat paling meriah bagi mencari siput sedut.Bagi yang menahan jala juga,memang ada rezekilah.Insyaallah...

                      Sebut tentang mandi sungai,memang asyik kalau sudah bermain air.Kalau sekali balik kampung,adalah yang kulitnya berubah warna menjadi gelap gara-gara mandi tak ingat dunia.Tak kira panas terik,tengahari cat-cat kata orang lepih.

                    Sekeping gambar lama saya kongsikan di sini.Sebuah rakit akan dibina sebagai tempat persinggahan motorbot ketika menggunakan jalan air.Kali pertama saya mendengar bahasa yang digunakan,memang terasa agak aneh.Ada ke mereka menggelarkan ianya jamban?mestilah saya fikir ianya tempat buang air.Tetapi ianya adalah sebaliknya..

                   Kalau nak bercerita tentang sungai Jelai ni memang tak habis sebenarnya.Tapi cukuplah sekadar menceritakan tentang gambar yang saya kongsikan di sini.Insyaallah,nanti saya akan kongsikan gambar lain pula.Assalamualaikum.

    Segmen Pencarian Bloglist November Truly Love.



    Tujuan segmen ini diadakan adalah untuk mencari 15 blog yang akan menjadi penyeri di sidebar blog ini.. 

    Syarat-syarat penyertaan:
    1. Follow blog Truly Love;
    2. Add To Circle Google Plus +Maria Firdz ;
    3. Buat entry bertajuk Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love
    4. Copy coding yang disediakan dan pastekan di ruangan HTML entry dan Publish!
    5. Tinggalkan URL entry penyertaan di ruangan komen entry ini.
    6. Penyertaan terbuka untuk semua blogger.
    7. 15 Blog akan dipilih menggunakan Random.org. dan akan dimasukkan dalam senarai bloglist di Sidebar Blog Truly Love.
    8. Lain-lain penyertaan yang tidak terpilih akan dimasukkan ke dalam Maria Firdz Bloglist.
    9. Tarikh Penyertaan : 21 Oktober 2014 hingga 31 Oktober 2014 (11.59PM)
    Jom, sama-sama memeriahkan segmen ringkas ini.. 

    Selasa, 21 Oktober 2014

    Kuih Buah Melaka Berkukus.

    Kuih Buah Melaka Berkukus.
                  Hari ini saya nak kongsi cerita tentang kuih buah melaka berkukus.Kalau buah melaka biasa tu,saya selalu buat untuk hidangan berbuka puasa.Tapi bila saya berada di rumah mertua,mereka hidangkan buah melaka berkukus.

                  Bila balik ke rumah sendiri,suami suruh saya buat kuih ini.Masalahnya,saya tak tahu buat.Saya memang tak pernah makan pun sebelum ini.Hendak tak hendak,saya buat juga macam kuih melaka biasa dan letak santan macam diarahkan suami.Akibatnya semuanya kelaut.

                  Bila ada peluang balik ke kampung,saya bertanya kepada ibu mertua saya apakah resepinya.Katanya resepinya sama saja dengan buah melaka biasa cuma letak santan pekat.Takde benda lain ke untuk pekatkan kuahnya?"tak ada" jawab mertua saya.

                  Maka bila balik ke rumah sendiri,sayapun cuba dan ternyata ianya juga kelaut.Buah melaka saya berenang dalam air.Nak tanya mertua lagi sudah segan.Macam mana ianya boleh kelaut kalau resepinya sama?Setiap kali beliau buat kuih ni,mesti semuanya dah siap sedia untuk dimakan.

                  Pernah juga saya bertanya kepada adik dan kakak ipar saya,jawab mereka,kena letak tepung dalam dua sudu.Saya cuba lagi dan masih kelaut.

                  Sebenarnya,ibu mertua saya membuat kuih ini untuk jualan pada setiap minggu di pekan rabu.Harganya,lima biji dua ringgit.Tetapi jualan kuih ini memang laku dan ramai yang berebut-rebut ingin membeli dari beliau.Tapi resepinya cukup mahal dari beliau.

                  Selepas berbelas tahun,akhirnya pada bulan puasa yang lepas,saya mengumpan ibu mertua saya sehingga beliau setuju untuk membuat buah melaka berkukus.Tektik saya kurang mengena bila ibu mertua saya menyuruh saya pula yang membuat kuih tersebut dengan alasan dia tidak larat.Memang kesihatan dia merosot sejak akhir-akhir ini pun...bukan salah dia.

                 Jadi saya dengan takut-takutnya menuang tepung pulut dan mahu mencari kapur untuk meletakkan ke dalam bancuhan.
    "Tak payah letak kapur,buah melaka biasa bubuh kapur,tapi kalau nak berkukus ni tak payah letak kapur."

                 Wah...satu rahsia telah ditemui.Tepung pulut dibancuh dengan air sehingga menjadi doh.

                 "Santannya perah pekat-pekat" pesan mertua saya.Lalu sayapun menyediakannya sebaik mungkin.Santan pekat sudah sedia untuk dibancuh.

                  "Letak garam ke tidak ni mak?" saya memberi soalan nak mintak resepi.

                  "Garam letak sikit aje,letakkan tepung sikit." jawab mertua.

                  Saya pun meletakkan garam secukup rasa."Dua sudu cukup?" saya bagi soalan mengumpan.

                  "Letaklah dulu," jawab beliau.Saya buat seperti yang disuruh.

                  "Macam ni boleh?" saya bertanya.Rasanya saya sudah buat cara ini tapi santannya tetap cair.

                  "Tambah lagi tepung," katanya.Saya menurut dengan perasaan ingin tahu.Setelah beberapa kali menambah tepung,barulah saya tahu,rupa-rupanya kepekatannya mengikut kepekatan santan.Santan tidak terlalu likat,tapi tidak terlalu cair.Kenapalah saya tak terfikir tentang ini dari awal lagi.Lurus bendul pula rasanya.

                   Hasilnya selepas dikukus,alhamdulillah...jadilah seperti gambar di atas.Aduhai ibu mertuaku,mahal betul nak dapatkan resepi ni.Tapi alhamdulillah...saya dah berjaya membuatnya sendiri.Nak resepi?

    Tepung pulut sebanyak mana kita nak kuihnya.
    Gula melaka/kabung dipotong mengikut kehendak saiz kuih yang kita mahu.
    Satu biji kelapa diambil santan pekat.
    Sedikit garam.
    sedikit air.
    Daun pisang untuk mengalas loyang pengukus.
    Sedikit minyak masak.

    caranya,

    Tepung pulut dicampurkan dengan air untuk dibuat doh.
    Tepung yang siap dibancuh digentel dan dimasukkan inti gula melaka yang dipotong tadi.
    Alas loyang dengan daun pisang dan disapukan sedikit minyak kelapa supaya tidak melekat.
    Susun buah melaka di dalam loyang.
    Santan pekat dibancuh dengan sedikit garam dan sedikit tepung gandum mengikut kepekatan kuah yang kita perlukan.
    Kalau terlalu cair,kuah akan berair.Kalau terlalu pekat,kuah akan keras.Kita letak agak-agak ajelah...
    Tuang santan ke dalam loyang setakat tenggelam buah melakanya sahaja.
    Kukus sehingga kuahnya masak.

                  Resepi ini perlu dicuba beberapa kali kalau tak menjadi kerana kita perlu pandai mengagak keperluan tepung mengikut jumlah kuah yang kita mahukan.Kalau kita dah biasa buat kuih,takat nak mengagaknya memang tak jadi masalah.Kalau nak ikut satu resepi dari Kongsi Resepi pun boleh,tapi kalau tak cuba,kita tak tahu takat kepekatan kuah yang kita suka.Banyak tepung membuatkan kuah kita terlalu pekat dan rasanya akan berbeza.

                  Akhir sekali,Kuih ini sesuai untuk hidangan minum petang atau untuk juadah berbuka puasa.Bukan senang nak cari resepi ini tau...tapi tiba-tiba saya baru jumpa kat google.

    Isnin, 20 Oktober 2014

    Gambar selfie pilihan 2014.

               Zaman sekarang ni,telefon semakin canggih.Bermula dari sebuah alat komunikasi,kini sudah sampai ketahap semuanya ada di sini.Masing-masing sudah tak boleh diam kalau tak dapat pegang telefon.Sampai nak masuk tandas pun nak kena bawa telefon.

               Gambar selfie atas ni adalah dari instagram anak saya Sufia.Orang yang paling suka berselfie kat rumah kami.Pantang pegang telefon aje mesti nak berselfie.Gambar ni ketika dalam bas express,tetapi saya sendiri sudah lupa ketika ingin ke mana.
               Gambar kedua ini pula adalah gambar ketika raya puasa baru-baru ini.Entah masa bila Pakdik ni berselfie dengan kakde pun saya tak tahu.Bila nak tarik gambar,aik! bila masa pulak ni?hahaha...
                 Gambar ini pula diambil ketika majlis perkahwinan anak saudara saya Shahirah Alwi.Tujuan saya masuk ke bilik sebenarnya nak bergambar dengan pengantin sebagai kenangan,tetapi bila melihat pengantin sedang berselfie,saya pula yang ambil gambar pengantin sedang berselfie.
                Majlis perkahwinan tersebut pula diadakan untuk dua pasang pengantin.Jadi,nampak pula kedua-dua pengantin perempuan berselfie,saya berjaya hasilkan gambar yang menarik ini.Cantik kan?Saya memang sukakan gambar ni.
                 Kawan baik si pengantin juga nak berselfie seorang diri.Cantik pulak telefon bimbit dia ni.
                Gambar ini juga saya hasilkan semasa sepupu pengantin ingin berselfie bersama pengantin dan adinda beliau.Comel-comel belaka anak buahku ini.
     Ini gambar pengantin berselfie dengan adinda beliau yang bungsu.
    Selfie dua sepupu.
    Saya juga sempat berselfie dengan anak buah dari Maran.
    Along berselfie di hadapan Masjid India.
    Dalam kereta pun sempat berselfie.
    Juga ketika di tepi rel komuter.
                 Gambar ni agak special sebenarnya.Saya mengambil gambar ini secara normal sebenarnya.Entah kenapa angah tiba-tiba menghalakan straw ke arah kamera saya.Pada mulanya saya menepis,tetapi bila kali kedua dia masih melakukan yang sama,sayapun shoot ajelah...dan hasilnya jadilah begini.

                 "Laa...selfie?" soal saya sambil tergelak.Angah cuma menyimpulkan senyumnya yang tak habis-habis.Okeylah...saya suka gambar ni.Kenangan ketika beraya di Karangkraf tempohari.Bukan senang nak suruh Adan berselfie.
                  Ketika belek-belek gambar,terjumpa gambar anak dara saya berdua ni.Selfie kat depan cermin pun jadi.Tapi hasilnya agak kelabu mengikiut mutu cermin.
     Gambar ni pun hasil selfie depan cermin,agak cerah juga.
                Gambar ini diambil ketika beraya di karangkraf juga.Raya aidil adha tempohari.
                Ini gambar selfie tanpa kamera depan.Tapi banyak juga gambar yang mereka hasilkan tanpa kamera depan tapi masih kelihatan normal.Gambar ni mungkin nampak tak balance sikit.

                Komen pasal gambar ni,Ish,ish,ish...asyik muka dia je kalau bab berselfie.Bila saya tegur,katanya
    "Apa salahnya nak berselfie."
    "Bukan perasan cantik ke?"
    "Memang cantik pun,"jawab kakde selamba sambil buat muka mengada.

                Habis tu saya nak kata apa?saya hanya mampu ketawa.Agaknya berselfie ni kerana perasan cantik ke atau sekadar seronok-seronok aje kan?Kalau pendapat saya,mungkin kerana suka-suka aje.Sebab gambar selfie dalam komputer saya ni sudah berlambak-lambak.Tapi yang saya pilih ini hanyalah gambar yang agak sopan bertudung aje.

                Dulu saya berselfie hanya kerana tiada orang nak tolong ambil gambar.Tapi zaman sekarang,memang dah jadi trend kot...orang dah tak hairan lagi.Apa-apa ajelah,selamat berselfie semua...

    Ahad, 19 Oktober 2014

    Anak Pakai Skirt pendek Nampak Comel.



                  Kalau kita pergi membeli belah untuk membeli baju anak,pasti terasa rambang mata kerana semuanya cantik-cantik belaka.Kalau anak perempuan kita pakai baju cantik dan pandai bergaya,pasti kita rasa bangga.Maklumlah anak yang comel dan berpakaian ala-ala tuan puteri gitu.
                  Bila nampak gambar comel macam kat atas ni,rasa seronok pulak nak pakaikan kat anak perempuan kita.Wah!!! Macam princess...Kalau kawan kita tengok,mesti kita pulak yang kembang.

                  Tapikan,cuba bayangkan anak gadis kita yang comel berusia tiga hingga enam tahun yang kita pakaikan pakaian sebegini,lalu kita serahkan ke bawah jagaan taska atau pengasuh.Walaupun usia mereka masih terlalu muda,apakah anda tidak terasa apa-apa bila mereka ini bermain dan tidur dengan pakaian sedemikian?

                  Saya nak kongsi tazkirah kecil uncle Adan di sini:-
    ****************************************************
                 Kesiannya tengok budak ni terkonting-konting tak berseluar.Sejuk budak tu sebenarnya,tapi mak ayahnya asuh dia dengan cara macam tu.Bila budak tu dah biasa dengan sejuk dan dia akan mula selesa dengan pakaian tu.

                 Mak ayahnya hantar dia belajar mengaji,belajar di sekolah agama.Bertudung.Tetapi kat rumah dah biasa dengan pakaian sebegini.Akhirnya nanti,budak tu akan jadi selesa dengan sejuk dan sudah tidak terasa malu lagi.
    gambar hiasan.
                Bila dia besar nanti,dia akan terus selesa dengan pakaian begini,maka inilah yang mereka amalkan dari ajaran ibu bapa.Bila ditegur,mereka akan menjawab,"aku pandai mengaji.Aku solat setiap hari.Orang lain yang bertudung tu belum tentu pandai mengaji dan belum tentu solat.Ingat orang pakai tudung tu baik sangat ke?"

                Ketika itu,semuanya sudah terlambat.Masa tu,mak ayah dia dah insaf dan dah bergelar haji dan hajjah.Masa itu kalau nak tegur anak kita supaya tutup aurat,dia akan jawab balik kat kita.
    "Mak masa muda dulupun macam ni jugak.nanti bila saya dah tua nanti saya pakailah tudung."

     *********************************************
                 
                  Saya buat post ini kerana mengharapkan sedikit kesedaran kepada semua ibu bapa yang kurang prihatin dalam mengajar anak-anak tentang aurat.Ibu bapa mereka bercakap tentang agama,tetapi aurat anak-anak tidak terjaga.Melentur buluh biarlah dari rebung.

                  Menutup aurat bukan sahaja kerana ianya adalah tuntutan agama,tetapi ianya juga merupakan cara kita melindungi diri kita dari fitnah dan niat buruk.Pastikan anak gadis kita berada dalam situasi yang paling selamat bila melepaskan mereka kepada taska atau pengasuh.

                   Saya mengajar anak-anak saya  tentang aurat semenjak mereka kecil lagi.Ianya memudahkan saya untuk membentuk peribadi mereka sendiri.Insya Allah...Rasanya,buka bergaya ala princess sahaja boleh mendapat perhatian,tetapi si kecil yang comel bertudung juga sering menjadi perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya.Malahan,perhatian bukan muslim juga.

                   Kembang juga bila setiap kali si cilik kita yang bertudung dipuji.Tapi itu kisah dulu...semua anak dara saya dah besar.Tapi sekurang-kurangnya,saya tidak bermasalah untuk menegur cara mereka berpakaian.Pokok pangkalnya,kita sebagai ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik buat anak-anak.

                   Andai orang melihat si anak berpakaian menjolok mata,perkara pertama yang akan dinilai adalah,siapa ibu bapa mereka.Maaf kalau ada yang tersinggung.Tetapi saya benar-benar maksudkan apa yang saya katakan.Jangan biarkan anak dara kita yang masih kecil dan belum mengerti apa-apa itu menjadi mangsa pandangan nakal.

                   Skirt pendek juga sesuai untuk anak dara kita jika dikenakan dengan seluar panjang.Rasanya itu lebih sejuk mata memandang.Apa yang penting,pastikan keluarga kita adalah calon ahli syurga.Wallahu a'lam.

    Jumaat, 17 Oktober 2014

    Pasu Dari Periuk Eletrik.

                Pernah dengar tak pasu dari periuk eletrik?Cuba perhatikan betul-betul gambar yang saya post kali ini.Apa perasaan anda?

                Sebenarnya saya juga terpana melihat salah satu pasu yang ditanam pokok kucai di dalamnya.Saya teruja untuk membelek pasu istimnewa ini.Saya cuba mengangkat pasu tersebut untuk melihat ke bawah pasu ini.Kelihatan wayar berselirat tanpa sebarang penutup di bawahnya untuk membolehkan air tembus ke bawah.

                Walaupun senyuman terukir di bibir saya bila melihatnya,tetapi saya rasa kagum dengan idea pemiliknya.Selain dari memperbanyakkan bekas untuk beliau menanam pokok kucai,susunan yang rapi membuatkan kita tidak perasan akan keujudannya di tengah-tengah pasu lain.

                Bila saya selidik,rupa-rupanya periuk eletrik ini adalah kesan tinggalan dari kebakaran yang berlaku di rumah pemiliknya suatu masa dahulu.Ianya dimanfaatkan daripada ianya dibuang sia-sia.

                Kalau ada yang kreatif dan ingin mencedok idea,bolehlah mencuba kitar semula periuk eletrik yang telah rosak di rumah anda.Manalah tahu ada yang nak hiaskan periuk tersebut menjadi sebuah pasu yang terhias cantik lalu diletakkan di tengah-tengah lanskap anda.

    Khamis, 16 Oktober 2014

    Aku Ketawa Kerana Malu.

                   Seperti biasa,aku pergi kerja dengan menaiki komuter.Seperti biasa,komuter sentiasa penuh sesak kerana ramai yang ingin pergi kerja.

                   Tiba-tiba hidungku terasa gatal dan tekakku juga terasa tidak selesa.Terasa ingin bersin,cepat-cepat aku menutup mulut dan hidungku dengan tapak tangan.Sudah tak sempat nak keluarkan sapu tangan dari poket.

                   "Accuuff..."rasanya begitulah bunyi bersinku bila mulut aku sudah ditutup dengan tangan.

                   "Alhamdulillah..."Cepat-cepat aku mengeluarkan sapu tangan dan mengesat mulutku.

                   Aku tenang menaiki komuter walaupun terpaksa berdiri di celah-celah orang ramai.Cuma anehnya,kenapa ramai yang memandangku pasti akan cepat-cepat memalingkan muka.Sampai aci yang kat sebelah aku itupun menjarakkan kedudukan dari aku meskipun jarak aku dengan dia takdelah rapat sangat.

                   Aku malas nak fikirkan pandangan aneh mereka ni lalu aku mengalihkan perhatian ke luar tingkap.Sampai di K.L Sentral,aku terpaksa menukar train lain untuk ke tempat kerjaku.Pelik betul aku melihat gelagat manusia hari ini.Ada apa yang tak kena ke dengan aku?Aku memerhatikan pakaianku dan menggosok-gosok rambutku.Zip seluar juga aku pastikan tidak terbuka.Tapi aneh,semuanya macam biasa aje.

                     Sampai di pejabat,Rakan-rakan yang kutemui sepanjang jalan ke mejaku juga terasa memberi satu pandangan aneh kepadaku.Tersenyum-senyum seperti ada yang melucukan pula.Selepas meletakkan barang-barang di atas meja,aku terus pergi ke tandas.

                     "Alamak!"Ya Allah...patutlah orang pandang aku semacam je.Rupa-rupanya ada hingus yang melekat di pipi aku.Banyak pulak tu!Aduh...Cepat-cepat aku membersihkan mukaku.Malunya hati aku hanya tuhan yang tahu.Aku ketawa sendiri untuk menghilangkan rasa malu yang menerjah perasaanku.

                     Sebelum keluar tandas,aku memastikan keadaan aku sudah benar-benar baik.Sepanjang hari aku terpaksa menahan senyum sendiri bila mengingatkan peristiwa pagi tadi.Tak tahulah aku apakah peristiwa ini melucukan atau memalukan,Apa yang pasti,aku sendiri tersenyum sendiri seolah-olah satu pejabat melihat keadaan aku pagi tadi.

                     Sampai di rumah,aku menceritakan kisah ini kepada isteri dan anak-anakku dan aku diketawakan.Tetapi yang pasti,aku sendiri bercerita sampai berair-air mata kerana tak dapat menahan ketawa.Memang memalukan.

                      Tapi aku ceritakan kisah ini bukan untuk memalukan diri,cuma berkongsi gelak tawa.

    *****************************************************

    Apa yang pasti,Puteri Kenari mendapat cerita ini dari orang lain.Mesej dari cerita ini,Kalau bersin dan terasa aneh,jeling-jelinglah cermin yang ada.

                 

    Rabu, 15 Oktober 2014

    Rezeki,Jodoh,Ajal dan Maut Ditangan Allah.

                     Semenjak pindah ke rumah baru,anak-anak asuhan saya terpaksa saya lepaskan.Penat tanam anggur,macam-macam yang berputar di dalam kepala saya.Saya tanam cili,cuma boleh makan cili aje.Tapi tak dapat tambah pendapatan juga.

                    Sambil menulis blog,saya cuba menjejak tutorial kraf dan juga jahitan.Cuba pula membuat kek coklat moist dengan tujuan yang sama.Tapi semuanya tak kesampaian atas beberapa sebab.

                    Cuba pula menjejak perniagaan dropship,tetapi syarat utama adalah akaun yang boleh buat urusan melalui internet.Boleh juga cuba sambil berblogger.Baru nak berjinak-jinak,komputer pulak buat perangai.Aduhai...memang dugaan besar untuk saya bila hilang komputer.

                   Kata Adan,amalkanlah ber astaghafar banyak-banyak selepas solat sambil berdoa dalam hati,insyaallah Allah itu maha mendengar.Alhamdulillah....Allah mendengar doa saya dengan menghantar seorang anak asuhan walaupun hanya transit,saya sudah dapat melihat kekuasaan Allah bila kita bersungguh-sungguh meminta darinya.Sesungguhnya Allah itu maha memberi pertolongan.

                   Tetapi rasanya,saya terpaksa meminta lagi.Sungguh saya malu dengan Allah kerana saya ini memang terlalu banyak meminta.Tapi kata Adan,Allah suka kita banyak meminta darinya.Bukan dari yang lain.Kita boleh minta apa sahaja dengan Allah.

                   Bukan saya tak tahu tentang semua yang dikatakannya,tapi bila ada yang memberi peransang,mata kita terasa makin terbuka.Hati dan minda terasa bersemangat.Itulah pentingnya seorang suami yang menjadi teman ketawa dan menangis.

                    Alhamdulillah,doa saya diperkenankan lagi.Allah memberi saya anak asuhan baru.Tiga beradik.Dengar cerita anak ini agak nakal,suka memanjat dan agak degil.Saya berasa bimbang juga andai saya tidak mampu menjaga mereka.

                    Tapi Alhamdulillah,saya tak rasa anak-anak ini terlalu nakal,tetapi hanyalah anak-anak yang amat memerlukan perhatian.Mereka ini sangat manja sebenarnya.Tapi dalam pada itu,saya terkejut kerana si sulung telah terluka tangannya kerana mahu potong mangga sendiri.Balik papanya,kecoh jugalah dengan ayat powernya.Sungguh saya tak sangka diam si sulung,beraninya tidak terduga.

                    Keesokan harinya pula,si adik pula memanjat dan mengusik pisau yang tersimpan di dalam bekas pisau.Agaknya nak tahu kenapa abangnya luka dengan benda tu.Pening betul kepala saya dengan kerenah mereka yang nakal dalam diam.Papa mereka tak kata apa-apa,tapi saya pula yang serba salah.Rasanya saya sudah pasrah andai mereka ini bukan lagi calon rezeki yang Allah kirimkan.Saya redha.

                    Tapi Alhamdulillah,mereka masih memerlukan khidmat saya.Budak-budak ini juga sudah makin manja dengan saya.Budak-budak ni memang sangat comel sebenarnya.Mereka bukanlah anak-anak yang sukar diurus.Saya juga sudah mula mengenali watak dan kegemaran mereka.Dengan itu,kerja saya menjadi lebih mudah.
                   Cuba lihat wajah kembar ini.Comel sangat.Mereka inilah yang menjadi peneman saya setiap hari.Maklumlah anak-anak saya semuanya sudah bersekolah.Mereka juga sinonim dengan saya.Agaknya jodoh kami dipertemukan di Kundang ini.

                   Tapi anehnya,tiba-tiba si kembar ini tidak mahu datang ke rumah saya sampai menangis menjerit-jerit.Papa mereka sudah curiga.

                  "Kak,dia orang ni kena pukul ke sampai taknak datang sini ni?" tanya si papa.

                   Gulp!saya hanya menelan liur.Agaknya itulah yang dirasa dan difikirkan ibu bapa bila anak-anak tidak mahu pergi kepada pengasuh.Saya cuba berfikir positif.Nasib baik mereka cepat sahaja dipujuk selepas papa mereka pergi walaupun dalam terpaksa.

                   Selepas cuti dua hari,mereka datang lagi.Kali ini juga mereka meronta-ronta tidak mahu masuk ke rumah saya.Takkan cuti dua hari terus taknak datang sini kot...Dengan tension,si papa terpaksa meninggalkan anak-anaknya dalam situasi yang sungguh memilukan.

                  Tangisannya memang menyentuh hati.Kasihan sungguh melihat anak yang terpaksa ditinggalkan ibu bapa untuk mencari rezeki.Malam pula si papa terpaksa pulang jam dua.Kami semua sudah tidur.Maka pagi esoknya, si papa mengambil anak-anaknya untuk dibawa pulang sebentar.

                   Bila dibawa ke rumah saya semula,mereka berdua mula menangis menjerit tidak mahu ke rumah saya.Saya sendiri sudah cuak juga dengan perangai mereka ini.Manja ke atau terlebih-lebih?

                   "Kenapa ni kak?akak agak kenapa ya dia orang ni tak nak masuk rumah akak?dulu masa mula-mula hantar elok je!Ada apa-apa ke kak?"

                    Zapp!!terasa sentap menyusuk jantung woo...mungkin ayat tu biasa aje.Tapi bagi saya,ianya mempertikaikan layanan saya terhadap anak-anaknya.Nasib baik saya tak laser.Kalau tidak,mungkin satu yang lain pulak terjadi.

                    Satu hari saya memikirkan kata-kata si papa,saya rasa,mungkin pada awal mereka datang,adalah ketika cuti sekolah.Bila sekolah dibuka,keadaan masih ok kerana si abang ada.Tetapi kerana kelewatan mereka,si abang terpaksa dihantar oleh si papa ke sekolah sendiri.Bukan bersama anak saya si arif.Maka kerana itu si kembar mula berbelah bahagi dan mula mahu mengikut si papa.

                    Maka saya suarakan kepada si papa tentang pendapat saya.Semoga ianya mampu menyelesaikan masalah.

                    Alhamdulillah...pagi ini,Si abang tak pergi ke sekolah agama.Mereka datang bertiga ke rumah saya.Dan dengan senang hati mereka memberi salam dan masuk ke rumah saya dengan girang.Alhamdulillah...semoga si papa dapat menerima alasan saya.

                    Bukan apa,anak asuhan saya yang paling besar sudah mencecah usia belasan tahun sekarang.Tak cukup lagikah pengalaman saya ini untuk diberi sedikit kepercayaan?Bukan memberi kepercayaan 100%,cukuplah setakat menjaga hati saya.

                    Mesej dari cerita ini,rezeki dan jodoh itu di tangan Allah.Kita hanya berusaha.Allah akan memberi kita rezeki melalui sumber yang tidak kita sangka-sangka.Kami dipertemukan hampir sebulan dan memang tidak saya sangka-sangka.

                   Buat ibu bapa yang menghantar anak kepada pengasuh,kenali pengasuh anak anda sebelum menghantar anak.Rezeki boleh dicari,tetapi anak kita dianugerahkan hanya sekali di dunia ini.Jangan percayakan pengasuh 100% tetapi jagalah hati pengasuh agar anak-anak kita disayangi.Kalau hati pengasuh dilukai,siapa tahu mereka membalas kepada anak-anak kita.

                   Tapi bagi saya,setakat ini hati saya masih penuh dengan kasih sayang.Buat si papa,jangan risau sangat...anak anda senang diurus sebenarnya.Jangan jadikan ia rumit.Sesibuk manapun kita,anak-anak masih harapkan perhatian kita,bukan pengasuh 100%.

                    Ajal dan maut,takde dalam cerita sebenarnya,cuma sekadar nak ingatkan diri sendiri.Mati itu pasti bagi setiap yang hidup.Umur saya dah makin ke penghujung setiap birthday saya.Semoga murah rezeki saya,Aamiin....
    بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


    (klik banner kalau nak join sekali)

    Follower Semasa Join Segmen :63 orang.
    Follower Target :saya tak letak target,yang penting orang support kita,kita support orang.

    Fanpage :https://www.facebook.com/pages/Puterikenari/262123610660036?ref=hl
    Twitter : puteri kenari1.tapi saya tak aktif,tak cukup masa nak layan benda alah ni.

                   Sebenarnya,ada saguhati untuk siapa yang join segmen penganjur ni.so,kliklah banner untuk ke blog penganjur segmen ni.kalau sudi,follow saya dan tinggalkan jejak ya blogger-bloger sekelian,Wassalam.

    Selasa, 14 Oktober 2014

    Segmen Bloglist 10 Blog Pilihan HASRULHASSAN.COM



                    Kali ini saya nak buat satu segmen bloglist 10blog pilihan HH.Harapan tu memanglah tinggi menggunung,maklumlah peluang cari publisiti tanpa modal.Bukan senang nak tumpang glamour blogger hebat ni.Kalau dapat masuk list kira untung besarlah kan...jadi kalau ada yang berminat nak cuba nasib ,bolehlah klik banner di atas.

                    Oleh kerana masa yang ditawarkan cuma dua hari,kita kenalah bekerja dengan pantas.Semoga dapat masuk senarai,Terima Kasih blogger Hasrul Hassan.

    Isnin, 13 Oktober 2014

    First Segmen Bersama Sara Liyana.


                  Segmen ni akan tamat pada 14hb 11 2014.Hadiah rm50 untuk seorang pemenang dan topup rm5 untuk seorang pemenang.Tanpa penaja,tentu aje syaratnya tak banyak.Pulak tu ianya berbentuk buat entry sendiri,memang kenalah dengan saya.Lepas tu follow dan klik nuffnang dia,memang sempo jelah syaratnya kan...

                  Apa yang saya katakan tentang blog sara liyana ni,saya suka blog dia kerana dia ni memang seorang yang suka merapu macam saya.Jadi, kita boleh baca celoteh dia dengan santai.

                  Katanya lagi,dilarang maki hamun dan mencerca di dalam blog beliau.Memang patutlah.Tengok bahasa santai mana boleh mengeluarkan bahasa tak masuk akal.

                  Design blog beliau juga memang comel.Warna ungu ni saya dah cuba design,tapi tak kena pulak dengan caranya.Tapi header beliau ni memang menjadi.Jealous pulak saya tengok.Jangan marah Sara.

                  Tak nak juga cakap lebih banyak dari celoteh Sara,cukuplah setakat ini.Siapa nak join,klik banner macam biasa untuk menemui Sara Liyana si empunya blog.Wassalam.

    Sasaran dikenal Pasti.


     Ayah sedang bermain dengan Arif.

    "Sasaran dikenal pasti"kata si ayah lalu menggeletek perut Arif dengan janggutnya.

    "Sasaran dikenal pasti"lalu si ayah menukar sasaran janggutnya ke leher si anak.Kemudian ke beberapa sasaran lain.

    "Dahlah ayah,bagi adik buat kat ayah pulak" kata Arif pula.

    "Ok,adik buat kat ayah pulak," balas si ayah.

    "Sasaran dikenal kerja" kata Arif sambil menyondol dagunya ke perut ayahnya dan diikuti beberapa sasaran lain.Setelah puas bermain,Arif memanggil emaknya pula.

    "Sasaran dikenal rumah" kata Arif sambil menggeletek leher emaknya.

    "Ha?sasaran dikenal rumah?" tanya emak.

    "Ayah,sasaran dikenal kerja,adik dikenal pasti,mak dikenal rumahlah sebab mak duduk kat rumah."jawab Arif.

    "Kalau along macam mana pulak?" duga emak.

    "Along,sasaran dikenal sekolahlah."

    "hahahaha"

    Dua tahun kemudian.

    "Mak,adik ingat lagi masa adik kecik dulu." kata Arif tiba-tiba.

    "Ingat apa?" tanya emak.

    "Dulu adik ingat sasaran dikenal pasti tu sebab adik sekolah Pasti,rupa-rupanya bukan."

    "Sekarang adik dah tahulah?" tanya emak pula.

    "Adik dah tahu.Dulu adik cakap sasaran dikenal kerja kat ayah.hihihi," jawab Arif.

    Mesej dari cerita ini,kita boleh belajar dari pengalaman.Dalam pada itu,pengalaman itu juga akan menjadi sebuah kenangan yang tak mungkin kita lupakan.

    Birthday Giveaway by Shad

    Greetings and Assalamualaikum to all
    Jemput Join


    Klik Banner untuk Join

    Birthday Giveaway by Shad dianjurkan oleh Shad dan disponsor oleh 

    Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014



    Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014 bermula pada jam 4.00 pe 11 Oktober 2014 hingga 11.59 malam 11 November 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM 552.90 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

    Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

    Syarat-syaratnya :

    1. Wajib Follow Blog Sponsor
    Diari Jejaka Hangat | Yun Sing | Ana Solehah | Syaza Raihanah | Iklil Syahmi | Idah Rashid | IanFaizal | Mar Mansor | Kathy R'bain | Shad | Ssurianah Yana | NurAlja | Aika Azizan | Budak Bandung Laici | Hunny Kitty | Si Tracey | Noryussyairah | Ida
    2. Wajib Like Fanpage Sponsor

           


    3. Follow Twitter + Instagram Sponsor
    Twitter :   


    Instagram :  Rexylla_Blogshop  Aerill_Hassan
    4. Tambah Google Plus Sponsor 
    +Mohamad Khairil  +ct fand 
    3. Buat entri bertajuk Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014
    4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
    5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI


    37 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 12 November 2014.

    Good luck!

    Jumaat, 10 Oktober 2014

    Pengaruh Mood Kepada Blog.

                   Saya sangkakan,bila saya sudah dapat pegang komputer ni,banyak sangat yang ingin diperkatakan.Tetapi nampak gayanya semuanya dihancurkan oleh mood yang tak stabil.Segala tajuk istimewa yang ada dalam otak saya beberapa hari ini tiba-tiba menjadi kabur.What happen to me?

                   Beberapa hari menjelang raya,seronok bukan main dengan kepulangan anak-anak.Tetapi kini mereka sudah kembali ke asrama.Nasib baik juga Along masih lagi dalam cuti semesternya.Semuanya berlalu dengan begitu cepat sehingga membuatkan saya bagaikan tersentak dari sebuah mimpi.

                   Tetapi semalam,sebuah perkhabaran yang kurang enak telah saya terima.Lalu saya menerimanya dengan penuh redha.Tetapi redhanya saya,tetap tidak dapat membuat saya berhenti memikirkannya.Rasa sedih dan moody tanpa sebab.Semua yang dibuat terasa tidak kena.Letih dan bosan kian terasa, tanpa alasan yang sebenar.Barulah saya sedar,berita itu sebenarnya membuat hati saya menjadi tidak karuan.Redhakah saya?tabahkah saya?

                    Semuanya saya lalui dengan senyuman,tetapi saya tidak dapat menipu hati saya sendiri.Saya terpaksa terima hakikat bahawa saya kini dalam keresahan dan ianya sedang mempengaruhi idea saya untuk membuat post yang boleh dibanggakan.Jadi,terpaksalah saya membuat blog tajaan aje beberapa hari ini.

                   Pengaruh mood yang kurang elok memang memberi impak yang besar kepada blog.Maka, kalau kita nak menulis blog,kenalah pastikan mood kita ceria agar orang yang membacanya berasa seronok membacanya.Apapu,idea hanya datang bila semuanya tenang.

                  Mesej of the story.kita boleh menganggap kita tabah menghadapi ujian dari Allah s.w.t,tetapi kita belum tentu dapat melarikan diri dari memikirkan apakah yang kita bakal terima selepas ini dan seterusnya.Bercakap memang lebih mudah dari melakukannya.

                   Ke manakah takdir hidup ini akan membawa keluarga kami?Bila persoalan menerjah bertubi-tubi dalam kotak fikiran kita,memang sukar nak menulis blog sebenarnya.semoga semuanya kembali tenang selepas ini.Cerita blog saya juga tergantung gara-gara penantian yang penuh tanda tanya kini masih belum ada jawapannya.Sabarlah wahai hati.

                 

    Segmen Bersiri #1: Nak URL Please Bersama Ibuhana.com.

    Teks: Norhana Marsom
    Gambar: Norhana Marsom

    Assalamualaikum w.b.t,


    Segmen Bersiri #1: Nak URL Please Bersama Ibuhana.com ini bermula pada jam 8.30 pagi 9 Oktober 2014 sehingga 11.59 malam 16 Oktober 2014. Menawarkan hadiah berupa 1 canister ESP yang mempunyai pelbagai khasiat (klik sini)  dan sesuai untuk seisi keluarga.


    Tujuan segmen ini diadakan adalah untuk merapatkan ukhuwah sesama blogger dan berkenalan di antara satu sama lain serta dapat juga saya membantu mereka yang tidak pernah mengambil ESP shaklee, merasai nikmat yang telah saya rasai. 


    Semua blogger dijemput join untuk menyertai segmen bersiri ini.


    Syarat-syaratnya:

    1. Wajib follow blog Ibuhana.com
    2. Buat entri bertajuk Segmen Bersiri #1: Nak URL Please Bersama Ibuhana.com
    3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
    4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri INI.


    Hanya 1 pemenang yang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumum pada 20 Oktober 2014.


    Good luck semua!

    Pesanan: Klik pada BANNER untuk join







    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...