lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Jumaat, 28 November 2014

Kontest Teka Gambar VMY2014

Kontest Teka Gambar VMY2014
Sertai Kontest Teka Gambar VMY2014 Anjuran HASRULHASSAN.COM.
Klik SINI: Kontest Teka Gambar VMY2014

1st GIVEAWAY ~ Sayang Anak ~ by MamaMuiz

             Giveaway ni berlansung sejak 15hb sehingga 30hb November ini.Bererti sudah tinggal tiga hari sahaja lagi akan tamat.Kalau sesiapa nak join,klik banner di atas ya...

             Hadiah yang ditawarkan adalah berupa set sayang anak shaklee yang berharga RM55/.Apakah itu?Anak-anak saya sudah besar,sesuaikah hadiah itu untuk mereka?Abaikan.Janji saya support kawan blogger saya ni.

             Saya tak pandai nak speaking Londong,cukuplah saya nak katakan, i love my kids.They,re always make me happy.

Lazada My Black Friday.

             

                 Tawaran istimewa dari Lazada telahpun bermula pada malam ini, 28hb November 2014 sehingga 1 Disember 2014.Diskaun sehingga 94%.Memang murah giler...

Tawaran istimewa ini dipilih dalam beberapa katogori iaitu:

Sempena perayaan hari natal atau Krismas bermula pada 17 NOVEMBER - 31 DISEMBER

Gaya Hidup (RM150 & bawah): 17 NOVEMBER - 7 disember

Kamera bawah RM1500: 26 NOVEMBER - 9 Disember

Kembali ke Sekolah Khas: 4 DISEMBER - 4 Januari.

                Selamat mencuci mata dengan barangan harga istimewa ini dan selamat bershopping.

Khamis, 27 November 2014

UTC-Pusat Transformasi Bandar-Kuantan Pahang.


Tanda peringatan perasmian Pusat Transformasi Bandar oleh Y.A.B Dato' Sri Mohad Najib Tun Hj.Abdul Razak.
             Pada hari ahad lepas,saya sedang bersiap-siap untuk pulang ke Kuala Lumpur.Kebetulan pula anak buah saya harus pergi ke UTC Kuantan kerana menghadiri 'latihan kemahiran kursus asas fotografi & photoshop.Dan saya diajak untuk berjalan-jalan sambil berkenalan dengan UTC Pahang.
UTC terletak di sebelah pasar tani Kuantan.
Inilah wajah bakal fotografer profesional suatu hari nanti.
             Kebetulan pula serangan asma saya semakin teruk pagi ini.Gunakan kedua-dua pam juga tak dapat bertahan lama.Badan pula terasa semakin penat.Kak Teh mengajak saya menghantar anaknya sekaligus mengambil nebulizer di Klinik satu Malaysia.

             Masuk sahaja ke ruangan kursus,saya tertarik dengan beberapa bahan pameran yang diletakkan di ruangan tersebut.
Hasil kerja pelajar,diploma teknologi kejuruteraan automotif pembuatan-chess set.
Hasil dari proses investment casting &surface treatment(electro plating)

block dan piston-hasil kerja pelajar diplomateknologi kejuruteraan automotif pembuatan.
Prototype CNC DSLR-pelajar diploma teknologi kejuruteraan automotip(reka bentuk produk).
Pingat kejohanan sukan IKBN/IKTBN se-Malaysia kali ke 25 tahun 2011.
Replika  keris cenderahati.
tepak sireh-hasil kerja pelajar diploma teknologi kejuruteraan automotif pembuatan.
Plak cendera hati -hasil daripada proses sand casting yang diperbuat daripada logam alloy-alumunium.
                 Selepas menghantar  Ema ke pusat kursusnya,Kak Teh membawa saya ke Klinik 1 Malaysia.
                  Sementara menunggu saya selesai membuat rawatan,jenuh jugalah Mak Teh dan Arif menunggu,akhirnya mereka menghabiskan masa di pusat i.t .
               Selesai semuanya,saya mengambil ubat di farmasi.Alhamdulillah...urusan cepat,cuma masa rawatan saya agak mengambil masa.Maklumlah nak ambil nebulizer kan...

               Jenuh saya menunggu Mak Teh tak sampai-sampai.Mana pulak perginya mereka berdua ni?Saya meninjau-ninjau kawasan sekitar tetapi tidak bertemu mereka.Saya mencari telefon bimbit,barulah saya perasan bahawa saya telah tertinggal kedua-dua telefon saya di rumah.

               Ketika ini,hati saya mula rasa geram dengan anak-anak yang memonopoli telefon bimbit saya.Tak dibagi,kasihan.Dah dibagi,saya pula susah begini.Hati mula bersungut-sungut.

               Nak cari telefon awam pun tak ada.Saya cuba menjejak kereka Mak Teh.Beberapa kali pusing tetapi saya tidak menemui makteh dan keretanya.Kecut juga perut dibuatnya.

               Jam sudah menunjukkan pukul sepuluh pagi sedangkan tiket bas kami ialah pada pukul sebelas pagi di terminal bas Kuantan.

               Mahu tak mahu,saya terpaksa mencari Ema di centre.Alhamdulillah,dengan sekali panggilan telefon,jejak Makteh sudah dapat dikesan.

               Barulah saya terfikir betapa pentingnya sebuah telefon bimbit.Bila sudah ada kemudahan,baiklah kita memanfaatkannya.Bila difikirkan balik,mungkin saya perlu memiliki sebuah telefon bimbit yang tidah boleh dipinjam oleh anak-anak.Susah mak kalau telefon hilang.(hahaha,rasa nak ketawakan diri sendiri aje.

               Nasib baik juga ada anak dara besar.Semua pakaian yang tak sempat saya kemas telah dimasukkan ke dalam beg.Kami bergegas ke terminal dan sampai pada pukul sepuluh setengah pagi.Alhamdulillah...
                Sebelum saya masuk klinik 1 Malaysia,sempat saya memeriksa apa yang ada di UTC ini.
Di aras bawah, terdapat beberapa jabatan iaitu,
1) Majlis Perbadaran Kuantan (MPK)
2) Pejabat Pengarah Tanah & Galian (PTG)
3) Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan
4) Jabatan Agama Islam (JAIP)
5) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
6) Bahagian Perumahan Pejabat Suk Pahang
7) Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)
8) Pusat Kutipan Zakat Pahang
9) Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP)
10) Pelancongan Pahang
11) Yayasan Pahang
12) Kolej Islam Sultan Sultan Haji Ahmad Shah (KIPSAS)
13) Pahang Skill Development Centre (PSDC)
14) Klinik Rakyat & Klinik Gigi 1 Malaysia
15) Kiosk Polis Diraja Malaysia (PDRM)
16) Ar-Rahnu (YAPEIM)
17) Perniagaan Makanan & Minuman Serta Gerai Pelbagai
          
Di aras satu juga terdapat beberapa buah jabatan penting iaitu,


1) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
2) Jabatan Imegresen Malaysia
3) E-Perolehan
4) Jobs Malaysia
5) Jabatan Tenaga Manusia
6) Jabatan Pembangunan Kemahiran
7) Jabatan Tenaga Kerja
8) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
9) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
10) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kopersi & Penggunaan (KPDNKK)
11) Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
12) Majlis Amanah Rakyat (MARA)
13) Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
14) Tekun Nasional
15) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
16) Galeri Perkahwinan 1 Malaysia

                  Di aras 2 pula terdapat :

1) Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP)
2) Jabatan Pengangkutan Awam (JPJ)
3) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDL)
4) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasionak (PTPTN)
5) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)
5) Biro Pengaduan Awam (BPA)
6) Lembaga Tabung Haji
7) Agro Bank
8) SME Bank
9) Pos Malaysia
10) Tenaga Nasional Berhad (TNB)
11) Indah Water Konsortium (IWK)
12) Telekom Malaysia (TM Point)
13) Majlis Belia Negeri Pahang
14) Majlis Pendekar Negeri Pahang
15) Persatuan Radio Amatur Negeri Pahang (PERAMAH)
16) Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Pahang
17) Pahang All Bikers Club
18) Pusat Pengajian Al-Quran Masjid Sultan Ahmad Shah 1 (PENGAMAN)
19) Kawasan Rukun TEtangga Daerah Kuantan
20) Pejabat Pengurusan Bangunan UTC


                        Di aras yang ke-3 pula terdapat :

1) Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang
2) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
3) Lembaga Penduduk & Pembanguanan Keluarga Negara (LPPKN)
4) Pejabat Pembangunan Wanita
5) Studio Aerobik/ Pool Table/ Indoor Archery
6) Bilik Mesyuarat UTC

                    Dan juga terdapat tempat umum lain seperti :

1) Surau Lelaki & Wanita ( Aras 1, 2 & 3)
2) Penyambut Tetamu (Receptionist) - Aras Bawah
3)Auto Teller Machine & Clash Deposit Machine (Aras Bawah)
4) Tandas Lelaki & Wanita (Setiap Aras)
5) Gelanggang Futsal berbumbung (Hadapan Bangunan UTC)

             Bila sampai ke tempat begini,saya memang rasa sangat teruja.Semuanya berada di sini.Satu hari memusing di sini juga tidak terasa lama.Saya paling teringin untuk berada di perpustakaan mereka.Sayangnya tidak berkesempatan.

             Insyaallah lain kali kalau takdir membawa saya berada dekat dengan UTC,pasti saya akan menghabiskan masa hujung minggu dengan anak-anak di sini.Bukan sahaja semua urusan boleh diselesaikan di sini,tetapi UTC merupakan sebuah tempat yang mempunyai susun atur dan hiasan yang sejuk mata memandang.

             Cuma di UTC Kuantan ini,menjadi masalah kepada pengunjung adalah tempat letak kereta.Sudahlah ianya tempat yang mengumpul orang ramai membuat berbagai urusan,tetapi ia juga terletak di sebelah pasar tani.Ini membuatkan jalan menjadi sesak dan tempat letak kereta susah didapati.

             Semoga pihak berkenaan dapat mencari jalan penyelesaian.Sayang UTC.Assalamualaikum.








Rabu, 26 November 2014

Segmen Pencarian Bloglist Disember 2014 #48 Jam.


Segmen Pencarian Bloglist untuk Bulan Disember 2014.
15 Blog dicari untuk menjadi penyeri di sidebar blog Truly Love... 

Syarat-syarat Penyertaan:

1. Follow Blog Maria Firdz
2. Add G+ +Maria Firdz 
3. Buat entry bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Disember 2014 #48 Jam"
4. Copy coding yang disediakan dan pastekan di ruangan HTML;
5. Publish dan hantarkan entry penyertaan di entry ini.

Segmen ini bermula 25 November 2014 jam 12 tengah hari dan akan tamat pada 27 November 2014 jam 12 tengah hari.


Jom support segmen ringkas ini...klik banner.

Giveaway Birthday By Aqilah




\
Assalamualaikum and peace upon you 

Follow blog :




Like Pages :











Follow Twitter ; (Jika Ada)

@Nurhazimah Hanan

Follow Instagram : (Jika Ada)

@heyitshazimah

Senarai Hadiah :

Top Referral x 1



 Tudung
  vitamin shaklee 

Random .org 

Pin tudung x 2 By Nurin Aqilah
Review blog x 3 By Nurul Syifa
Header made by Pixlr x 1 By Nurul Syifa 
Full Edit Blogskin x 2 By Delaila Delyana
Bloglist x 5 By Delaila Delyana 
Barangan Blog x 1 By Fatimah Azzahrah 
Bloglist x 2 By Wani 
Review Blog x 1 By Wani 
Header blog atau cover photo facebook (pilih satu) x 1 By Hazimah 
Gambar Diedit *special* x 1 By Hazimah 
bloglist x2 untuk 5bulan By Liyana
 simple/transparent header x2 by Liyana







Selasa, 25 November 2014

Barang Hantaran Pertunangan Illa.

Buku  amat jarang sekali dijadikan sebagai barang hantaran. 
            Tetapi buku merupakan sesuatu yang boleh dikekalkan selama bertahun-tahun selagi kita menjaganya dengan sempurna.Cantikkan?Ini adalah ilham bakal pengantin sendiri.
Kain untuk sepasang baju melayu buat pengantin lelaki.
Raga buah 
Sireh junjung.Gambar pula senget,aduhai...
Sireh junjung dari pandangan atas.Penuh dengan bunga-bunga cinta Suhaila.
Sempatlah tolong sikit...Jadi gambar pembikinanpun cuma ada satu.
Sireh junjung dari pihak lelaki.


Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com



Ephyra Skin Bar berfungsi dengan begitu pantas bahawa hanya dalam satu malam, anda akan mula melihat, kulit lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah. Hasilnya akan lebih terserlah jika penggunaan berterusan yang konsisten.

Jangan fikirkan umur anda atau keadaan kulit anda sekarang. Kerana EPHYRA SKIN BAR yang mengandungi bahan alam semulajadi yang berkualiti tinggi mampu mengubah keadaan kulit anda menjadi lebih cerah, halus selembut kulit bayi.

Anda akan benar-benar kagum, apabila anda melihat apa yang ia boleh lakukan untuk muka anda dalam setengah jam yang pertama sahaja!

Anda akan melihat bahawa kulit kusam, menggerutu dan kulit kendur di wajah anda mula muncul lebih licin, lebih segar, lebih tegang dalam masa beberapa hari. Pastinya dengan EPHYRA SKIN BAR, rahsia kecantikan semulajadi menjadi milik anda....


WAJAH CERAH BERSERI TANPA CELA, EPHYRA SKIN BAR sabun ajaib untuk kecantikan kulit dan wajah anda. Formulasi terbaik + Kesan Menakjubkan!! 
  • Menggebu dan mencerahkan kulit
  • Menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
  • Menghilangkan parut dan kedutan
  • Membantu menghilangkan bintik- bintik hitam
  • Melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah
Kesan Penggunaan ( hasil berdasarkan testimoni dari 300 pengguna selama 7 hari )
  • Membuatkan kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang 
  • Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Menghilangkan parut jerawat & jeragat
  • Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
  • Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
  • Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
  • Badan tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
  • Boleh menghilangkan bau badan
  • Memudarkan kehitaman di celah-celah badan dan bawah lengan ( ketiak )



EPHYRA SKIN BAR mengandungi :
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu  menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam
  • Glutathione. Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Kolagen. Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
Kelebihan EPHYRA SKIN BAR :
  • Ciri-ciri antioksida. Apabila sabun yang mengandungi ciri-ciri antioksida, ia benar-benar boleh memberikan kesan yang baik pada kulit anda. Ia dapat membuang racun yang dihasilkan oleh badan dan melindungi kulit anda dari kerosakan yang sedia ada dan selanjutnya.
  • Ciri-ciri anti-penuaan. Pengggunaan EPHYRA SKIN BAR secara konsisten dapat merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle / kerut)
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya.
  • Pencerahan kulit. Tidak semua sabun dapat mencerahkan kulit anda. Ada yang tidak boleh benar-benar memberikan hasil yang anda harapkan. Tetapi dengan EPHYRA SKIN BAR, dapat dilihat kecerahan kulit yang mengagumkan tanpa pengelupasan kulit, dan selamat digunakan.
  • Glutathione bertindak menghalang pengeluaran melanin dalam kulit anda sehingga memberikan efek lutsinar dan kulit anda bercahaya semula jadi dan berseri-seri. Selain daripada itu semua, ia tidak hanya berfungsi sebagai sabun pemutih tetapi produk penjagaan kulit lengkap yang menghilangkan masalah kulit untuk semua lelaki mahupun wanita.
Soalan yang kerap ditanya :
  1. EPHYRA Skin Bar ni berkesan ke? Insyallah berkesan, kerana dah lebih 300 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus
  2. Skin bar ni boleh tahan berapa lama? Ephyra Skin Bar adalah 50g boleh tahan selama sebulan.
  3. Apa kandungan dalam Ephyra Skin Bar ni? Glutathione, Kolagen ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatherapy fragrance
  4. Berapa lama nak lihat kesannya? Bergantung pada individu, ada yang boleh rasa serta-merta  kulit lebih halus dan tegang, ada yang pakai 3 hari dah nampak kulit makin cerah, dan jerawat makin kecut. Rata-ratanya akan nampak kesan ketara dalam 1 minggu. 
  5. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, Ephyra Skin Bar sangat berkesan dalam menghilangkan parut jerawat serta jeragat degil kerana ada kandungan Bearberry Alpha Arbutin A Extract bersama Glutathione yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau berlubang.
  6. Macamana nak guna? Basahkan sabun dengan air, biarkan ia berbuih sedikit dan terus sapu pada muka. Urut seketika dalam 2-3 minit. Untuk kulit bermasalah, boleh urut sedikit lama dalam 5 minit. Bilas sepenuhnya, dan sapukan pelembap anda seperti biasa ( boleh guna toner dan pelembap dari jenama lain )
  7. Setakat ini, hanya Ephyra Skin Bar saja? Ephyra ada dalam bentuk minuman kesihatan dan kecantikan (Ephyra Premium & Trial Pack). Ia lebih untuk merawat dalaman dan seterusnya memperbaiki luaran kita. Ephyra Skin Bar adalah produk kedua selepas kejayaan produk Ephyra di pasaran, melengkapi produk Ephyra kerana bukan saja dalaman kita terpelihara malah luaran juga diperbaiki dan lebih sempurna. Jika guna kedua-duanya ( minum Ephyra dan guna sabun Ephyra Skin bar) , kesan yang menakjubkan akan diperolehi. 
  8. Boleh guna sekali sambil minum Ephyra drinks? Boleh. Sangat digalakkan. 
  9. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh tiada masalah. Sabun Ephyra Skin Bar membersihkan segala kotoran dan sel-sel kulit mati dan sangat ‘mild’ dan boleh digunakan bersama toner dan pelembap dari jenama lain.
  10. Kalau ada resdung, boleh pakai? Boleh.
  11. Ada kesan-kesan sampingan tak? Macam menggelupas ker? Pedih kalau kena matahari ke? Tiada kesan sampingan. Ephyra Skin Bar, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit. Ephyra Skin Bar tidak mengandungi Hydroquinone.
  12. Boleh pakai kat badan sekali? Boleh, ia sangat lembut untuk dipakai di muka, sekaligus boleh digunakan di seluruh  badan.
  13. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  14. Bilakah Ephyra Skin Bar akan dijual di pasaran? Insyallah Ephyra Skin Bar akan mudah didapati dari pengedar dan kedai-kedai terpilih bermula Januari 2015 nanti. Saiz untuk jualan adalah 50 gram dengan harga RM40.

Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 ( office hours only)



Sila jawab soalan-soalan berikut :

Siapakah akan mencuba Ephyra Skin Bar? saya.

Umur pengguna? 43 tahun

Jantina pengguna? Perempuan

Jenis kulit?Kering

Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.
Saya mengalami masalah kulit berjeragat dan amat berbesar hati andai  berpeluang untuk mencuba baranagan ini.

Pengguna Ephyra? Tidak


Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 24 November hingga 3 Disember 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Oceanlife Marketing Sdn Bhd dalam mencari 50 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Selamat Bertunang Buat Illa dan Sham.

              Pada tarikh 21hb November,saya bersama keluarga membuat satu perjalanan ke Kuantan Pahang untuk menghadiri majlis pertunangan anak buahku yang comel loteh.

Add caption
              Pada malam ini,kami bergotong royong menyiapkan bahan-bahan yang bakal digunakan untuk memasak pagi esoknya.
Kak De dan Nana juga tak lepas peluang mengopek perut ikan bilis untuk menu goreng kacang panjang  .
Selesai dimekapkan,pengantin cuba mahu bergambar,tetapi ada sesuatu yang menghuni ruang utama yang diharapkan.
Tadaa....photografer yang didatangkan khas untuk sesi photo kami.
Mak andam kita sedang mengambil foto hasil kerja tangannya keatas bakal pengantin ini.
Majlis dimulakan dengan kata aluan dan persetujuan dicapai dalam masa beberapa minit ahaja.Ditutupi dengan bacaan doa.
Akhirnya illa sudah jadi tunangan orang dan tangan bakal mertua dicium selepas acara menyarungkan cincin pertunangan.
Si tunang mengambil kesempatan bergambar dengan gadis idamannya.
Antara gementar dan bahagia,Sham tak lepas peluang bergambar dengan keluarga tunangannya.
Gadis ini pula adalah seorang bakal fotografer terkenal yang merangkap adinda kepada Illa.
Photografer pun nak selfie juga.
Kalau dah namanya fotografer,memang ada sahaja ideanya nak posing.
Pengantinpun terpengaruh juga dengan beliau.Pening kepala si isteri dengan telatah Encik Midus kita ni.
Kamipun apa lagi,dapat juga bergambar dengan bakal pengantin.
Uncle Adan dengan Puteri Amanda asyik  berbual sambil menjadi pelayan air oren sunquick yang fresh ni.Jangan sampai bersembur air liur sudahlah...
Sepasang suami isteri(tudung coklat dengan yang bertopi) ini adalah orang yang bertanggungjawab memasak hidangan yang sungguh menyelerakan.
                   
                    Mereka ini merupakan tuan punya katering yang juga merupakan sahabat baik kakak saya(Ibu bakal pengantin perempuan) ni.Masakan mereka ni memang tiptop dan dijamin puas hati.Harga yang mereka ambil juga adalah agak murah.Bagi mereka yang berada di sekitar Kuantan,boleh mendapatkan perkhidmatan mereka.

                    Mereka menyediakan tempahan katering untuk pejabat,perkahwinan dan hiasan canopi.Tak berani pula saya meletakkan nombor telefon mereka di sini.So,saya share page facebook NanManje di sini kot-kot ada yang berminat.
Akhir sekali adalah sesi cuci pinggan.
Dalam pada itu,sempat lagi Uncle Adan buat magic untuk anak-anak buah.
Selepas semuanya selesai,tibalah acara memotong kek mangga yang sungguh sedap ni.
Juga buah-buahan hantaran.
               Akhir kata,SELAMAT BERTUNANG 

                                 ILLA &SHAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...