lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Jumaat, 30 Januari 2015

Buat duit dengan blog

                  Buat duit dengan blog. Itulah tajuk yang saya nak ceritakan hari ini.Sebenarnya, banyak cara untuk kita mulakan buat duit dengan blog.

1) Nuffnang.

                      Nak buat duit dengan nuffnang, bolehlah klik nuffnang pink kat atas tu.Cuma register dan tunggu approve.Bila dapat email anda diluluskan,bolehlah login dan mula letak banner macam kat blog saya ni.Tapi terus terang saya katakan, untuk membuat duit dengan nuffnang memang lumayan.Tapi nak dapatkan taraf lumayan tu bukanlah satu yang mudah.

                      Ramai yang bersungut sebab tak pernah merasa hasil nuffnang.Saya dah tanya nuffnang, iklan nuffnang kenapa tak dapat hasil? Untuk mula menjana pendapatan di nuffnang, kita memerlukan pembaca sekurang-kurangnya 20 orang setiap hari. Palaing bagus kalau dapat 100 orang pembaca satu hari.

                      Kalau kita ada pembaca setia, barulah boleh dapat kepercayaan pengiklan untuk meletakkan iklan dalam blog kita.Tapi setakat ni saya baru je nak capai pembaca belasan orang.So, walaupun dah setahun saya berblogging, akaun nuffnang saya baru je RM2.87. Hahaha,nak beli ayam seekor pun tak lepas.

                      Macam manapun, saya takkan putus asa.Biarlah ianya berada di dalam blog saya sehingga saya berjaya meletakkan blog saya dalam senarai blogger berjaya.


2) Google Adsense.

                    Untuk menjadikan adsense sebagai cara kita buat duit dengan blog , caranya adalah sangat mudah.Bila kita sudah menggunakan google dan membina akaun google atau gmail, kita pasti memilih untuk menggunakan blogspot sebagai blog percuma kita.

                    Kita cuma perlu klick adsense pada dashboard dan mula mendaftar.Seorang yang berjaya menjana pendapatan darinya memang lumayan juga hasilnya.Tapi jangan fikir ianya begitu mudah.Untuk mendapatkan klik pada iklan, kita tidak boleh sesekali ter... klik pada iklan yang kita pasang sendiri.Kita akan dikeluarkan dari senarai mereka.

                    Satu perkara yang membuatkan saya gagal meletakkan iklan adsense adalah kerana mereka memerlukan blog dalam bahasa inggeris.Sudah dua kali permohonan saya direject oleh mereka.hehe,sabo ajelah...

3) Affiliate.

                    Program affiliate ni adalah alternatif kepada pengiklanan yang dipasang dalam blog kita.Affiliate merupakan sistem pengiklanan yang sedikit berbeza dari nuffnang dan adsense.

                    Untuk nuffnang dan adsense, kita hanya perlu meletakkan iklan dan dengan penuh bersemangat kita boleh menjadi seorang blogger sepenuh masa tanpa memikirkan apakah yang kita perlu lakukan untuk menjana sedikit pendapatan dari blog.

                    Sebaliknya sistem affiliate memerlukan sedikit usaha lebih untuk kita mempromosikan barangan yang kita pilih untuk dijual dalam blog kita.Terlalu banyak program affiliate yang boleh kita pilih sebenarnya.Tetapi saya memilih tiga untuk mengisi kesunyian blog saya ni.

                   Saya memilih lazada affiliate sebagai percubaan pertama.Kalau ada yang berminat bolehlah cuba mendaftar ya... Saya meletakkan affiliate lazada kira-kira tiga bulan yang lalu.Rasanya nak jana pendapatan tu memang belum lagilah... saya perlukan pembaca yang berminat sahaja.Lagi pula saya langsung tidak tahu cara nak iklankan barangan lazada.Maka buat masa ni, saya biarkan aje ianya menghiasi blog saya ni.

                  Pilihan saya seterusnya ialah sweet muslimah .Saya sebenarnya suka sangat dengan barangan sweet muslimah ni.Memang cantik dan kena dengan citarasa saya.Dengan menggunakan bahasa malaysia sebagai bahasa pengantaraan amat mudah untuk saya memahami apa yang cuba disampaikan oleh pemiliknya.Usaha saya belumpun sampai sebulan.

                 Kalau lelaki boleh kahwin tiga, rasanya kalau saya madukan mereka semua ni baru cukup empat.So, saya cuba meletakkan affiliate klikjer sebagai alternatif kesukaan saya. Klikjer adalah perniagaan barangan digital.

                 Pada mulanya saya kurang berminat untuk menjadikan barangan digital sebagai barangan yang dijual dalam blog saya,tetapi saya sedar,selama ini saya juga suka klik iklan-iklan begini dan saya suka dengannya.Apa salahnya kalau ianya menghuni blog saya kan... so, kalau yang berminat tu,jangan segan-segan klikjer ya...

3) Dropship.

                 Dropship adalah sebuah perniagaan online tanpa modal.Kalau nak cari produk yang boleh dijual,memang banyak yang kita boleh jumpa dengan google.Janji kita rajin dan penuh semangat nak buat duit dengan blog.

                 Sebenarnya, perniagaan dropship ni lebih kepada laman sosial facebook.Ramai yang menjalankan perniagaan online dengan facebook page.Dan saya sendiri sedang berusaha untuk mendapatkan satu produk yang boleh menjana pendapatan.

                 Perniagaan dropship memang mudah.Baca di perniagaan dropship tanpa modal.Saya bakal memilih satu produk untuk diniagakan.Insyaallah...nak harapkan komisyen memang lambatlah...saya bukanlah blogger glamour yang cantik jelitawan atau muda belia.Jadi menunggu duit jatuh ke riba memang tak bermakna apa-apa.Yang penting usaha yang berterusan sehingga berjaya.Nak berjaya cari rezeki bukan senang tau...Jalan dah ada depan mata,cuma teruskan usaha untuk berjaya.Selamat berusaha...

Khamis, 29 Januari 2015

virus detected dari blog


                Bila virus detected dah keluar dari blog sebagai amaran ,terpaksalah kita menutup blog yang sedang dibaca.Kalau tidak, amaran virus detected dari blog ini akan keluar beberapa kali dan hati kita dah tak selesa lagi untuk terus membaca post tersebut.

                Gambar yang saya letakkan kat atas ni sebenarnya datangnya dari dua blog kawan blogger yang saya sendiri selalu kunjungi.Sayang sekali kalau blog kesayangan kita jadi macam ni.Mungkin kita dah ter......masukkan sesuatu sesuatu gadjet yang sebegini atau mungkin iklan yang berbentuk spam lalu ianya boleh memecah masuk ke dalam komputer orang lain.

               Salah satu dari virus yang dikesan datang dari favicon.Maksudnya, aksesori yang kita gunakan untuk mencantikkan blog kita.Untung juga saya menggunakan antivirus yang mampu menyekat virus.Kalau tak, mahunya jem pula komputer saya ni.

               So,nasihat saya kepada para blogger, sentiasalah ambil perhatian dari teguran kawan-kawan.Atau sekurang-kurangnya, gunakan kesempatan berkawan dengan pembaca setia blog kita.

               Alhamdulillah...kalau ada yang pelik berlaku pada blog saya, saya dah pasang informer tanpa gaji gitu.(hehe,gurau je...) Terima kasih adinda Faulinda Awang yang selalu menyampaikan maklumat kalau blog saya mempunyai gangguan seumpanya.

               Mesej of the story, kalau ada teguran seseorang tentang virus detected dalam blog kesayangan anda, kenalah buat sesuatu.Saya tak akan buka sesuatu blog yang berisiko.Nak dapatkan kepercayaan orang bukan mudah.Kalau dah tahu blog berisiko,bimbang takde sesiapa yang berani nak buka blog kita lagi.Berhati-hatilah untuk mengekalkan pembaca setia blog kita.Wallahua a'lam.
               

Rabu, 28 Januari 2015

Maybank2u register.

                 Hari tu saya dah cerita tentang Maybank2u register yang gagal.Lepas siap register,tapi bila nak log in, username salahlah...password salahlah...pening betul... akhirnya saya dah give up.

                 Bila cuba untuk kesekian kalinya pun masih tak berjaya login.Apa masalahnya?akhirnya saya terpaksa hubungi care line Maybank2u.

                 Al kisahnya, rupa-rupanya saya dikatakan belum aktifkan maybank2u.Tahulah saya bahawa pendaftaran saya sebenarnya gagal.Jadi, terpaksalah saya beramah tamah dengan adik manis yang bersuara lemak merdu tu.Nasib baik juga gadis Maybank ni memang mesra alam meskipun saya ni agak kelam kabut orangnya.Maklumlah, nak daftar benda alah ni aje boleh makan masa berbulan ke?mahunya tak lemah semangat?

                Borak punya borak,rupanya saya register dengan menggunakan nombor pin yang salah.Saya manalah tahu nombor pin kad dan nombor pin Makbank2u ni berbeza.Pegawai hari tu cuma bagitahu saya, tukar nombor pin kat atm dan nombor tu akan menjadi nombor pin untuk kad ATM saya.Untuk mendaftar Maybank2u, saya cuma perlu mendaftar di www.maybank2u.com.my/ saya boleh masukkan nombor kad dan nombor pin dan mendaftar menurut arahan yang diberi.Wah...mudahnya...sayapun okey ajelah.

               Mengapa pegawai tu tak bagitahu saya tentang nombor pin maybank2u?Rasanya mesti pegawai tu terlupa.Hmm...Ini mungkin dugaan untuk saya.Redha ajelah...

               So, lepas ni saya perlu pergi ke mesin ATM dengan memasukkan kad ATM dan masuk ke Maybank2u banking dan pilih pin laluan maybank2u.Reka nombor pin yang saya suka dan siap...susah ke?
Kalaulah saya mendapat info ini dari pegawai tu mesti saya dahpun berjaya menggunakan kemudahan ini.

               So, buat semua pegawai bank, jangan lupa ajar pemohon tentang benda mudah ni.Satu step tertinggal, akan menjadikan yang mudah ini kepada agak sukar.Nasib baik hari ni mood saya baik.Tak adalah saya nak marah-marah dalam blog kesayangan saya ni kan...

Selasa, 27 Januari 2015

Gotong Royong grup 14

                Gotong royong grup 14 ni berlangsung dua hari tahu...Sebenarnya idea ini dikeluarkan oleh Puan Rozie secara tiba-tiba.Saya tak kisah tentang gotong royong tu.Apa ada hal...uncle Adan kan ado...
               Apa yang saya kisahkan, apa juadah yang saya nak bawa keluar pada saat-saat terakhir ni?belek-belek, jumpalah agar-agar sepeket.Jadi, rebus agar-agar dengan air, tambah gula,koko dan susu,siap...Tapi mana sempat nak beku.Letak dalam peti ais,terus keluar sertai jiran-jiran kesayangan saya tu mengemas halaman.Adam pun ada menyertai kami.Sayang Adam.
              Longkang dibersihkan oleh kaum lelaki.Dari hujung jalan sampailah ke hujung jalan.Maknanya, lorong kamilah tu...
               Kami terpaksa melakukan sedikit pembakaran terbuka untuk menghapuskan beberapa barang yang tak akan diangkut oleh majlis perbandaran.
                Kaum ibu tidak kurang juga memerah keringat dari menyiapkan hidangan sampailah menyapu dan mengangkut sampah.Kira adillah kan...


           Sekali pandang, macam kekok aje sedara kita ni pegang penyapu.Jangan marah...ulasan gambar aje.Ahli grup 14 memang terbaeekkk...
adik Arif pun nak menunjuk bakat menyapu dengan skil tersendiri.
anak daro dan anak teruno jugo.
Kebetulan Kakde cuti,dialah wakil anak daro rumah kami.
Saat ditunggu-tunggu, sesi menjamu selera.

meriah sungguh kan?...
                 Oleh kerana hari sudah petang, majlis ditangguhkan ke esok pagi.Sarapan sehingga ke makan tengahari hari ini, kami berkumpul di halaman.Alhamdulillah...cuma gambar tak sempat dirakam kerana saya agak kelam kabut.Kakde ingin pulang ke asrama tengahari ini.Tak sempatlah nak sertai majlis makan tengahari.
                  Tadaa....taman astakona kami dah cantik...alhamdulillah...syukur kami dikurniakan jiran yang bermuafakat.Terima kasih semua jiran-jiranku...

Black Out.

                Sebenarnya saya bukanlah nak cerita tentang black out yang sebenar, tetapi ala-ala black out lah juga.black out tiruan boleh?hehe, ada ke gitu?

                Elok aje saya masuk ke rumah selepas mengiring Adan pergi ke pejabat,(ewah, macam menteri pulak iring-iring bagai) tiba-tiba aje dah black out.Telek rumah sebelah menyebelah semuanya masih terang.Takkanlah orang potong eletrik pulak,bila masa dia datang?mustahil...

                Maka sesi menyuluh kotak eletrikpun bermula.Sah! memang tendang.tutup suiz lampu, masih tendang,dua suiz masih tak boleh turunkan suiz yang tendang tu.Meraba dalam gelap menjelajah satu rumah menjejak suiz yang ada.Semuanya saya off.Tetapi suiz yang ditendang tadi masih tidak boleh dibuka.Saya sudahpun berpeluh-peluh walaupun baru lepas mandi.

                Jam sudah menunjukkankan pukul 6.45 pagi.Alamak! Barulah saya sedari, saya belum kejutkan Nana.Pukul 6.55 pagi, van sekolah sudah membunyikan hon bertalu-talu.Terpaksalah saya keluar dan memberitahu pemandu van bahawa Nana sudah kantoi tak ke sekolah hari ini.

                Malu betul bila jiran menegur rumah saya gelap.Terpaksalah saya memberi alasan cemerlang yang masuk akal.Maka jiran saya pun memberi petua menangani suiz yang tendang tersebut.Sedang saya terkial-kial, jiran sebelah kanan pula datang membantu.Ditutupnya satu suiz, masih tak boleh on.Dua,, tiga, empat, masih tak boleh.Ditutup semua main suiz pun masih tak boleh buka suiz yang tertendang tu.Punyalah kecewa.

               Saya disarankan menelefon TNB kalau-kalau boleh membantu.Tetapi masalah ini adalah masalah di dalam rumah.Masalah pendawaian.So,saya dikehendaki memanggil wireman untuk menyelesaikan masalah ini.Nasib baik tak suruh panggil superman atau spiderman.Naya saya nak cari.

               Pagi itu, walaupun eletrik tak ada, saya masih dapat buat kerja rumah macam biasa.Siap potong sepasang baju kurung sampai siap lagi.Tengahari, anak-anak boleh juga bersekolah walaupun dengan baju yang sedikit berkedut.Alhamdulillah...semangat mereka nak bersekolah memang kuat.

               Sebelum bateri telefon bimbit habis, sempat saya menggatalkan tangan meluah rasa di grup whatsapp keluarga.Tak sangka petang itu juga adik ipar dan suaminya datang dari Klang semata-mata mahu melihat masalah suiz kat rumah saya.Terharu sungguh.Suaminya tu pula baru pulang dari tempat kerja.Rasa bersalah pun ada.Tak terniatpun nak melibatkan orang lain dalam masalah kecil begini.

               Sayangnya keputusan ujian mendapati suiz utama rosak.Benda yang tendang-tendang tu dah rosak.Bab istilah barang-barang eletrik ni memang saya gagal.Masalah ini mungkin berpunca dari suiz yang terlalu kerap tertendang.Memang pun...suiz kat rumah saya ni tukar mentol lampu macam beli panadol.Cukup kerap.Selalu aje lampu terbakar dan suiz utama tendang.Hendak tak hendak, kena juga cari wireman.

               Pakcu pula telah bermurah hati meminjamkan kami power bank kesayangannya.Barulah saya sedar ,berguna juga power bank kalau dalam keadaan macam ni.Sebelum ni, saya anggap power bank itu tidak begitu penting.Maklumlah saya suri rumah sepenuh masa.Saya jarang keluar.Nak buat apa power bank kan...Tapi bila dah jadi macam ni, baru tahu....Sekarang ni, telefon bimit sudah menjadi satu keperluan untuk memudahkan kita berhubung.Tanpanya kita pasti akan terkial-kial sendiri.

               Malamnya, ala-ala happy birthday gitu.Rumah saya indah dihiasi lilin.Tiba-tiba jiran sebelah menghantar lampu kalimantang bersama wayar yang panjang dari rumahnya dan disambung ke rumah saya.sebiji kipas meja juga dihantar ke rumah saya.Ya Allah...terharunya saya dengan keprihatinan jiran tetangga saya ni.Hanya Allah yang mampu membalas jasa mereka sekeluarga.

               Pagi tadi, adik ipar saya dan suaminya datang lagi untuk menukar suiz yang rosak.Serba salah juga saya kerana kebaikan mereka semua terhadap kami sekeluarga..Sungguh terharu sebenarnya.Kadang rasa menyusahkan orang pula.Tapi alhamdulillah...keikhlasan mereka semua sungguh menyentuh hati.

               Selesai semuanya,Semua plug yang ada kembali berfungsi dengan baik.Tetapi semua lampu dan kipas di dalam rumah saya tidak boleh digunakan.Kalau tekan aje suiz, suiz utama akan menendang.Ertinya, pendawaian dalam rumah ini memang keseluruhannya tidak sempurna dan semuanya perlu diperbaiki.Errkk...

               Alhamdulillah...sekurang-kurangnya saya masih ada plug yang boleh digunakan.Terima kasih sangat buat insan yang sudi membantu dengan ikhlas.Bukan tak mahu meminta bantuan,tapi setakat eletrik tu, rasanya kami masih boleh menjalani kehidupan.Tapi bila ada yang ikhlas menawarkan bantuan,alhamdulillah...syukur kehadrat Allah SWT.Sesungguhnya Allah itu maha pengasihani.

              Sebenarnya, cerita ini bukanlah ada apa-apa maksud disebaliknya.Cuma sedikit peringatan kepada kita semua.Keprihatinan kita boleh membantu meringankan beban orang lain, selain dari merapatkan silaturrahim.

              Kisah ini juga menggambarkan, andai kita ditimpa musibah, redha dan bertawakkallah. Insya Allah...Allah itu maha mengasihasi dan akan sentiasa bersama orang-orang yang sabar.Wallahu a'lam.

Today is a day at lazada.

                Hari ini 27hb Januari 2015, Lazada mengadakan jualan istimewa sempena tahun baru china yang bakal menjelang.


               Jualan khas untuk hari ini memang paling hebat.Lihat sahaja senarai kat atas ni semua barangan yang berada dalam potongan harga, boleh masuk kat lazada dalam banner yang saya letakkan tu ya...
Memang rambang mata tengok harga barang yang murah-murah ni.

               Untuk voucher potongan harga, bolehlah salin kod yang ada kat atas tu.CNY25AFF.

Jumaat, 23 Januari 2015

Giveaway king sany burger

Burger Super King, burger king, burger kambing, burger ikan, burger ayam dan daging.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

                 Saya dengan bangganya ingin menyertai giveaway blogger mycherita ni.Saya memang suka makan burger ni,tapi lokasi Pagoh ni memang nun di sana jugalah...

                 King Sany Burger telah beroperasi di ipoh sejak dari tahun 2006. Sejak dari itu ianya terus berkembang maju dengan penambahan menu bagi memantapkan lagi perniagaan beliau. Di antara menu yang top adalah burger king, burger kambing, burger ikan, burger ayam dan daging.

Lokasi
Lokasi utama perniagaan adalah di Jalan besar Pengkalan Pegoh, Ipoh, Perak ( Berhampiran Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Pegoh)

Koordinat : 4.532233, 101.069841
Link Google Map
( rujuk peta )

Beliau turut menyediakan servis delivery ke rumah sekitar pengkalan pegoh, ipoh  kepada pelanggan nya. Bagi yang berminat untuk membuat tempahan burger, bolehlah hubungi beliau seperti tertera di bawah ini.
Call/Whatsapp : Sany 019 544 1909

Sehubungan dengan itu, dengan usahasama dengan blog MyCherita. Pihak beliau telah sudi menawarkan hadiah sempena pelancaran Menu Baru Produk keluaran King Sany Burger Burger Super King untuk tahun 2015 bagi segmen giveaway MyCherita


Burger Super King, burger king, burger kambing, burger ikan, burger ayam dan daging.


Segmen Give Away ini ditaja oleh:

Tempoh Segmen:
15 Jan 2015  hingga 27 Jan 2015 [23:59PM]

Hadiah:

T Shirt Exklusif dari King Sany Burger x 5
MUG Exklusif King Sany Burger x10
 PEN  Exklusif King Sany Burger x10
Voucher Burger dari King Sany Burger x10
Topup RM10 x 3

Jom Join Segmen GA ini..Klik Banner atau link dibawah ini Untuk Join

Mini Giveaway by Azhafizah.com

                Mini Giveaway by Azhafizah.com  ini berlangsung sehingga 30hb Januari 2015.Masih ada masa seminggu lagi untuk menyertainya.Syarat-syaratnya sangatlah mudah kerana ianya dianjur oleh pemilik blog tanpa tajaan.

                Sebagai menyokong giveaway ini, saya sertakan salam perkenalan barangan yang dijadikan hadiah mini giveaway ni iaitu 20 sample Nurraysa Beauty Soap untuk 20 orang pemenang.

              Sample ni boleh digunakan selama seminggu jika digunakan hanya di muka dan 3-4 hari jika digunakan untuk satu badan. Bagi mereka yang ada masalah kulit atau nak mencuba bolehlah join mini giveaway ni. Kalau nak beli satu besar tu rasa macam mahal sikit kan. Apakata cuba sample dulu. Kalau okay boleh terus beli dan mungkin dapat menyelesaikan masalah kulit yang dialami selama ni.

NURRAYSA BEAUTY SOAP : Merawat jerawat, jeragat, kulit berminyak, memudarkan parut, mengecilkan liang pori pada wajah, mencerahkan kulit wajah, membuang sel-sel kulit mati, melembapkan kulit muka, memperbaiki struktur kulit muka dari dalaman, mengurangkan whitehead & blackhead, merawat eczema, gatal , kurap dan panau, menghilang bau badan.
KANDUNGAN : Glyserin, minyak zaiton extra virgin, herba, susu kambing, collagen
CARA GUNA : Cuci muka 3kali sehari , sapukan buih-buih sabun di wajah, biarkan 1-2 minit, bilas sehingga bersih.
Sesuai untuk lelaki ,wanita dan kanak-kanak. Baby pun boleh guna sebab 100% natural tiada tambahan bahan kimia,ade kelulusan kkm dan buatan muslim
CONTACT : WhatsApp/Telegram 0129072776 (untuk pembelian)

              Nak sertai Mini Giveaway by Azhafizah.com ni,klik banner kat atas tu ya...

Lazada offer chinese new year 2015.


                Lazada offer chinese new year 2015 kini bermula.Bermula pada 19hb Januari sehingga 4hb Mac 2015.Tawaran istimewa ini menawarkan pemotongan harga sehingga 90%.Klik iklan di atas sana  untuk melihat tawaran yang sedang berlangsung di lazada.


                     Antara barangan yang ditawarkan adalah barangan yang ada dalam gambar diatas ni,yang ada tanda offer tu.

                     Tapi  gambar kat sebelah atas tu hanya ditawarkan pada 27hb Januari 2015.Redmi note 4g membuat tawaran potongan harga.Telefon pintar yang menjadi intipan ramai ni akan dijual dengan harga istimewa pada tarikh tersebut.
                     Nantikan tawaran hebat lazada offer chinese new year 2015 pada 27hb Januari 2015 nanti.

Khamis, 22 Januari 2015

Kata kunci Malaysia best blog 2015 tak jejak blog

                  Kata kunci atau keyword adalah kunci utama untuk membolehkan traffic blog menjejak blog kita.Saya sudah lama cuba memahami apa itu kata kunci yang dimaksudkan oleh sifu blogger Hasrul Hassan.Saya juga menyertai contest seo  ' Malaysia best blog 2015 ' .

                  Contest ini meletakkan perkataan Malaysia best blog 2015 sebagai kata kunci. Saya cuba membuat post terbaik, tetapi apabila saya cuba menjejak kata kunci yang diberikan, blog saya langsung tak kelihatan.Tenggelam terus dalam arus perdana.

                  Lepas tu,makan fikir kata kunci.Tidur ingat kata kunci.Masak ingat kata kunci.Dah macam orang angau pulak.Akhirnya kaji punya kaji,barulah saya memahami apa yang dimaksudkan dengan kata kunci.

                  Sebagai experiment pertama, saya mengubah tajuk post kepada kata kunci malaysia best blog 2015, tetapi saya dapati, link entry tersebut sebenarnya tidak akan berubah meskipun kita mengedit blog kita sebanyak manapun.Ini adalah pelajaran pertama untuk saya.

                  Saya meneruskan dengan experiment kedua dengan meletakkan perkataan Malaysia best blog 2015 dalam barisan pertama.Tetapi sudah terlambat.Enjin carian hanya dapat menjejak post pertama,bukan post yang sudah diedit.Ini adalah pengajaran kedua yang saya dapat dari contest seo Malaysia best blog 2015 ni.

                  Untuk meyakinkan diri dengan jawapannya, saya menjejak traffik untuk perkatan kata kunci dan saya fikir, penerangan relakssminda tentang kata kunci sudah cukup menguatkan keyakinan saya untuk kesimpulan yang saya buat tentang erti kata kunci dalam blog.

                  Kata kunci adalah satu perkataan yang akan titaip oleh pembaca blog ketika melayari internet.Kata kunci yang digunakan pada tajuk haruslah selari dengan kandungan blog.Dalam erti kata lain, Tajuk yang digunakan mesti diulang dalam entry kita.Kalau boleh, kata kunci perlu diletakkan dalam perenggan pertama untuk memudahkan enjin carian menjejak kata kunci yang kita pilih.

                 Kalau tak faham juga, cubalah perhatikan blog saya kali ini.Saya pertama kali meletakkan perkataan sama pada tajuk dan isi entry. Apakah saya berjaya meletakkan post ini dalam enjin carian?Tunggu dan lihat.


                 Tadaa.... alhamdulillah... dapat satu ilmu hari ini.Lepas ni boleh belajar perkara lain pulak.

Selasa, 20 Januari 2015

Angin dari vagina,batal wuduk.

                 Ketika sedang berblogwalking tadi, saya terbaca satu entry dari lekatlekitgurl  tentang keluar angin dari fajaj yang membatalkan wudhu'.Saya juga pernah menonton video dari Ustaz Azhar Idrus yang diutarakan oleh beliau.

                 Saya nak tambah sikit apa yang diperkatakan oleh lekat lekit gurl ni.

                 Sebenarnya, angin yang keluar dari vagina berlaku apabila otot peranakan wanita menjadi lemah.Ada juga yang menggelar masalah ini sebagai rahim kendur atau peranakan jatuh.

                 Masalah ini biasanya berlaku bagi mereka yang baru melahirkan anak.Ianya terjadi kerana terlalu kuat meneran sehinggakan otot rahimnya mengembang dan mengakibatkan rahim kendur.Mesti ramai yang mengalami masalah ini.Begitu juga bagi wanita yang menopouse,Rahim longgar atau kendur menyebabkan angin keluar dari vagina tanpa dapat dikawal.
               

                 Alim ulama telah bersepakat mengatakan bahawa, batal wudhu' jika yang keluar dari kemaluan itu (sama ada depan atau belakang) adalah benda-benda yang biasa keluar iaitu tahi, air kencing, air madi, air mazi dan kentut. Adapun jika yang keluar ialah yang luar biasa (yakni jarang berlaku) seperti batu, darah atau sebagainya pula, para ulamak berbeza pandangan.

                Jadi, merujuk kepada hadis di atas, menurut jumhur ulamak (iaitu mazhab Syafie, Abu Hanifah dan Ahmad) keadaan ini boleh membatalkan wudhuk. Tetapi menurut mazhab Maliki, ianya tidak membatalkan wudhuk.

                 Sebenarnya, islam itu adalah agama yang mudah.Bila kita memegang kepada imam Syafie, kita mesti memegang kepada kata-kata, batal wudhu kita jika keluar angin dari qubul dan dubul

                 Tetapi kita kena tahu,apa yang terjadi kepada mereka yang bermasalah begini.Ini sudah dikira penyakit, takkan islam tak ada kelonggaran langsung kot...takkan dari pagi sampai petang nak ambil wudhu' tapi masih lagi keluar angin.Macam tu kira uzur tak payah solatlah .ye dok?

                Tapi mana boleh tak payah solat....kalau sebulan kena masalah ni, tak ke sebulan kena qada' solat.Cuti seminggu sebab haid tu tak payah ganti.Tapi masalah ni, sebulan tak sembuh sembuh juga.Kalau kena ganti solat seminggu pun dah jerih.Last- last tak berganti pulak nanti.alasan...

                Jadi, penyelesaian untuk masalah ini, kita tengok kepada keseriusan penyakit.Kalau kita sedang sujud tiba-tiba jadi masalah begini,

                Kalau sekali sekala kita rasa keluar angin dari mrs v, kita perlu mengambil wudhu' sekali lagi.Kalau kali kedua pun jadi, kita ambil wudhu' lagi. Masuk kali ketiga,maka timbullah persoalan ini.

Rakaat pertama,ketika sujud, "Apa yang keluar tu?tak rasa pulak aku kentut tadi? tapi bunyi macam kentut."

Masuk rakaat ke dua, "ah sudah...iye ke aku kentut?"

Masuk rakaat ketiga, "Ya Allah, kenapa boleh jadi macam ni?"

Masuk rakaat ke empat, "Sah...keluar angin dari mrs V.Parah macam ni.

                  Kalau dah yakin kita bermasalah begini,ambil alternatif sebagaimana kita solatapabila kita terkena darah istihadah atau darah penyakit.

                  Caranya ialah memperbaharui wudhu' kita setiap kali ingin mendirikan solat.Insyaallah ianya semudah itu.

                  Tapi kalau seorang wanita yang mengalami masalah ini, mestilah cepat-cepat mencari jalan penyelesaiannya.Carilah apa-apa jamu untuk menguatkan rahim disamping membuat senaman kemutan. Kalau baru lepas bersalin tu, boleh ikhtiar juga urut menaikkan peranakan,tapi awas...jangan pilih orang yang tak tahu mengurut, nanti makin parah pula.

                  Satu je pesanan kepada orang yang ada masalah ni, cepat cari ubat agar suami sayang. sebab masalah ni boleh buat suami cari lain.Jangan main-main tahu...Nasib baik saya tak jual jamu.lain macam je kempennya.haha...

                  Apa yang penting, islam mengutamakan yang mudah.Islam itu mudah.

Smart phone percuma.

                 Kalau nak tengok berbagai-bagai jenis phone yang ditawarkan, sila masuk sendiri ke halaman digi di SINI .Hanya dengan melanggan postpaid Digi,kita berpeluang memiliki smart phone percuma.Macam best aje kan?

                 Kalau nak tahu dari mana saya tahu benda alah ni, inilah iklan nuffnang yang saya klik pada blog seseorang.Ianya membawa saya ke blog jessica chaw. Kalau nak tengok sendiri, boleh klik sini, tapi lagi baik klik kat iklan kawan kita kan... dapat juga pahala sedekah.Blog ni dalam bahasa inggeris.Tapi free punya pasal, kenalah rajin sikit saya baca.hehe...

Plan terbaharu dari DIGI yang mengujakan:

                1 ) DG SmartPlan 78: RM78/month, 3GB, 100mins, 100SMS

                2 ) DG SmartPlan 108: RM108/month, 5GB, 300mins, 300SMS

                3 ) DG SmartPlan 148: RM148/month, 6GB, 600mins, 600SMS

                Sayapun dah plan nak tukar broadband celcom yang dah berjasa selama bertahun-tahun ni.Mungkin ianya sudah terlalu tua, sebab tu asyik line lembab je.Saya ni memang suka banyak fikir.bak kata iklan kitar semula tu, fikir dulu sebelum buang.so, fikir jangan tak fikir...

Isnin, 19 Januari 2015

Tudung tiga layer sweet muslimah.

  RM 49.00

                 Semua tudung ini dijual pada harga RM 49.00. Memang cantik dan menggoda dengan warna-warna idaman. Klik http://www.sweetmuslimah.com/affiliate/idevaffiliate.php?id=1539&url=757 dan pilih warna yang di idamkan.Cepat sementara stok masih ada.
  RM 49.00

  RM 49.00

  RM 49.00

  RM 49.00

  RM 49.00

  RM 49.00

  RM 49.00

  RM 49.00

  RM 49.00

  RM 49.00

Koleksi tudung sweet muslimah

RM 59.00
                Untuk sebarang tempahan, klik * tudung sweet muslimah * . Hanya barangan yang ada stok 

sahaja akan keluar di alamat tadi.  dan klik 'ORDER DI SINI' dalam ruangan yang disediakan..Pastikan 

borang yang disediakan diisi dengan betul .
                
RM 59.00

RM 59.00

RM 59.00

RM 59.00

RM 59.00

RM 59.00

                 Jika kebetulan korang klik alamat di atas dan bertemu stok baru,alhamdulillah... Insyaallah kalau ada stok baharu atau ada tawaran harga, saya akan update.


Dropship perniagaan tanpa modal.

               Apa itu dropship?

               dropship ialah satu perniagaan bagi mereka yang tidak mempunyai modal yang besar.

               Boleh untung ke?

               Mestilah boleh...kalau kita jadi agen dropship, kita akan diberi harga lebih murah dan kita akan mencari pelanggan dan akan membuat sedikit keuntungan dari apa yang kita mampu jual.

               Boleh laku ke?

               Terserah kepada rezeki kita.Sama macam kita berniaga kat pasar malam juga.Kita beritahu pelanggan bahawa kita menjual barang itu dan ini.Kalau nak beli,bolehlah order dari kita.Pelanggan akan membayar kepada kita dan kita akan membeli dari pemilik kedai.Dan tauke kedai itu sendiri akan mengeposkan barang yang kita jualkan.

              Cuma bezanya,kita tidak perlu membeli barang sebelum menjualnya kepada pelanggan.Hanya beli barang jika ada pelanggan yang mahukannya sahaja.Senang kan?Seperti juga perniagaan lain, kita kena masuk gelanggang untuk berniaga.

              Kalau kat pasar malam, kita kena rajin buka gerai.Kalau ada kedai, kita kena rajin buka kedai.Tetapi kalau perniagaan online, kita kenalah rajin mempromosikan barangan yang kita jual.Baru orang tahu akan kewujudan kita.

               Kalau ada yang berminat, bolehlah menjadi peniaga drophip.Tetapi sebelum tu, bacalah pengalaman saya untuk memulakan perniagaan ini.Hari ni saya nak buat sesi lepaskan stress.

               Selepas ditolak dan dicampur,akhirnya saya sebulat hati untuk membuat perniagaan dropship sebagai satu sumber pendapatan tanpa modal.Kalau saya banyak modal, memang dah lama saya buka perniagaan sendiri.

               Taip aje perkataan 'dropship' kat facebook, berbagai-bagai barangan boleh kita pilih untuk diniagakan.Jadi , saya memilih beberapa barangan yang saya suka.Itupun sudah memakan masa berbulan nak jejak produk yang kena dengan jiwa saya.

               Akhirnya saya buat akaun Maybank2u untuk urusan pembayaran online.Tetapi bila dah register, nak log in tak boleh pulak.User name salahlah.Password salah lah,akhirnya saya biarkan ianya terbengkalai.

               Tiba-tiba saya mendapat mesej dari M2u yang meminta saya login dalam akaun untuk mengelakkan saya terpaksa register semula.Kelam kabut saya dibuatnya.Cuba dan cuba lagi.Akhirnya dapat nota, saya terlalu banyak login.Maka diberikan satu nombor untuk saya hubungi sebagai rujukan.

                Saya rasa kecewa dan nak menangis sakan gitu.Bukan putus asa tahu...tapi perasaan yang saya rasa ni bagaikan meminta untuk dilepaskan.Kecewa!Kalau boleh menangis,saya akan lepaskan semua air mata supaya saya tidak rasa susah untuk melakukannya.Tapi takde air mata yang sudi keluar.Nak luah kepada siapa?Encik suami?

                "Y...saya dah cuba daftar maybank2u lagi sekali.tapi tak boleh masuk jugalah."

                "hmm."

                Aduh...gitu je jawapannya? Uncle Adan ni takde langsung nak support wife dia yang tengah bersemangat ni.Akhirnya saya terpaksa tidur dengan otak yang penuh dengan cabang-cabang penyelesaian yang kabur.Si dia pula sedap aje berdengkur kat sebelah.

                Mampukah saya menjadi seorang peniaga dropship nanti?Insyaallah...kalau panjang umur.

               Tentang uncle Adan tu jangan salah sangka.Nak dapatkan support kata-kata darinya memang susah.Tapi dia memang satu-satunya insan yang memberi sokongan penuh dalam setiap usaha saya.Sokongan tanpa suara gitu!

                Macam manapun, Alhamdulillah...nasib baik juga saya mempunyai blog sebagai teman setia.Lega selepas meluahkan segalanya.Apa yang perlu saya lakukan sekarang adalah mengaktifkan akaun bank online saya tu.Insyaallah selepas itu semuanya akan berjalan seperti yang saya aturkan.

                 Masih banyak yang perlu saya belajar untuk mencapai suatu kejayaan sebenarnya.Doakan saya ya...

             

Ahad, 18 Januari 2015

Red carpet giveaway bersama papaglamz

               Tiba-tiba malam ni line laju pulak, Kebetulan red carpet dah siap terbentang.Apa lagi...sayapun catwalk juga kat giveaway ni.Kalau ada yang nak join, sila klik banner di atas ya...

               Sebenarnya, pemenang dikira mengikut pengomen paling banyak kat blog papaglamz,tapi saya ni jenis nak cepat aje semua.Maklumlah mengejar masa.Ada cerita, nak baca.Nak komen ikut mood.Ada can ke nak menang?Tak kisahlah...janji join.

                Hadiah utamanya adalah sebotol Sustained Released Vitamin-C Plus

                Kebetulan saya tengah ranking nak berjinak-jinak dengan produk shaklee ni, kalau dah orang offer percuma, buat apa tunggu lagi kan... okey apa produk ni.Klik tulisan yang besar kat atas tu untuk melihat khasiatnya.

                Ada juga hadiah saguhati 3x topup rm10.00.Jom memeriahkan carpet merah papaglamz...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...