lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Jumaat, 16 Januari 2015

Malaysia Best Blog 2015.


*Klik banner untuk sertai*

                      Wow!Malaysia best blog 2015? Hari ni saya nak sertai contest yang bernilai RM1950.Hadiah pertama RM 1500.Wah!...cepat baca post saya kali ni. siapa yang begitu murah hati menganjurkan contest yang menawarkan hadiah begitu lumayan ini?

                     Contest anjuran ohduit.com ini bertemakan SEO sebenarnya.Nak kata saya ni mesra SEO sangat tu memang jauh panggang dari api, tapi kalau saya tak menang wang tunai sekalipun, sekurang-kurangnya saya mendapat peluang untuk SEO dari blog oh!duit.com.Bukan senang nak dapat peluang muncul dalam blog popular ni tahu...jom rebut peluang yang ada.

Jom belek blog yang saya senaraikan.


                     Sebenarnya,blog oh!duit.com ini merupakah salah satu dari blog terbaik yang saya jumpa.Semenjak saya mula terfikir untuk membuat duit dari blog,saya memang tidak lari dari terjumpa blog ini.Cuma saya aje yang terlebih fikir untuk mengikut jejak langkahnya membuat duit.Tak berani nak percaya sangat dengan projek buat duit online sebab takut kena tipu.hehe...jangan marah boss.

                     Apa yang paling saya tabik spring kat blog ni, sangat ringan dan mudah dibuka.Apapun, saya masih mahu menyenaraikan blog terbaik saya sendiri,Tak boleh puji lebih-lebih, nanti kata nak bodek penganjur kang susah pulak.Kalau menang, jadi subahat pulak rezeki saya,hehe...


                 Blog milik Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. ni adalah antara blog terbaik dalam pilihan saya.Beliau merupakan seorang ilmuan yang saya hormati. Penulisan beliau adalah terbaik dan penuh ilmu.Ilmu sejarah memang berada dalam poket beliau.Itulah yang sangat saya kagumi.Tulisan beliau boleh buat air mata kita meleleh kalau benar-benar kita menghayatinya.

                 Saya nak petik sedikit kata-kata beliau dalam blog.

                "Selagi engkau menulis, tiada siapa yang dapat menghukummu atas pendapat yang engkau berikan. Tiada siapa yang dapat menyekat engkau daripada menyampaikan pendirianmu. Sesungguhnya Allah adalah Tuhan yang menyampaikan, hingga seruan Ibrahim di lembah gersang yang kosong dan kontang, masih memanggil manusia datang, kerana yang menyampaikannya adalah Dia. Satu-satunya penyebab kebenaran tidak bertebaran ialah apabila yang menemuinya, tidak menemukan orang lain dengan kebenaran itu. Diam membisu, tunduk kepada tekanan yang cuba mendiamkanmu, justeru jangan kaubiar mereka menyekat perjanjian engkau dalam intima' dan wala' dengan Tuhanmu "

                So, jom kita buat blog sambil menyampaikan sedikit dari ilmu yang kita punya .

                Beliau juga memiliki blog yang diberi tajuk abah.my. Corak penceritaan yang santai tentang anak-anak membuat kita menilai bagaimana cara penghidupan seorang berilmu yang boleh kita jadikan contoh.Setiap kata-kata beliau penuh nasihat.

                Beliau juga telahpun berjaya menghasilkan beberapa buah buku 'aku terima nikahnya, aku terima nikahnya 2: bercinta sampai syurga, secangkir teh pengubat letih, Aku terima nikahnya 3: Murabbi cinta dan Travelog tarbiah:Rindu bau pohon tin. Kesemua buku ini ada dalam library kami.


                    Saya menyenaraikan blog ini sebagai pilihan saya kerana beliau banyak berjasa kepada blog saya.Bermulanya perkenalan saya dengan dunia blogger,satu persatu tips yang saya dapat dari blog beliau.

                   Saya pernah cuba adsense yang tak menerima saya tu dari beliau.Saya cuba H12 dulu pun kerana blog beliau.Saya menjejak affiliate juga dari blog beliau.Sehinggalah saya mampu memilih apa yang saya inginkan dalam menjalani usaha saya sebagai seorang blogger yang berjaya.


                   Blog denaihati ini mula saya kenali agak baru sebenarnya.Itupun selepas saya ketinggalan keretapi untuk memenangi hadiah i-phone yang dianjurkan blog ini.Saya mula meneroka penulisan dan cara ulasan blogger ini.Penulisan beliau memang agak serius dan tegas.Tapi saya sukakannya.

                   Blogger ini lebih banyak Menganjurkan program mengasuh rakan-rakan blogger dan juga menawarkan domain untuk menaikkan blog yang mahu menyertainya.Saya? Alamak! ni yang tak sedap cerita ni, cukuplah dengan apa yang ada.Sudah berjaya menggarap blog nanti baru cari domain.Bukan apa...belum rasa blog saya ni terbaik.Saya masih dalam proses belajar memilih.Jadi siapa tahu suatu hari saya akan menjadi blogger terbaik.

                  Tapi 2015 tu...tak pasti terlalu cepat atau sebaliknya.Masih terlalu jauh dan yang saya khuatirkan,apakah saya sempat merealisasikan impian sebelum ajal menjemput?Tiada siapa yang mampu menjawabnya.Maka, berserah ajelah...saya takkan berhenti berusaha selagi mampu.




                 Blog ini merupakan sebuah blog terbaik yang sering saya lawati.Ianya telah berada di dalam bookmark komputer kami semenjak dahulu lagi.Saya sudah melepaskan peluang untuk meletakkan blog ini lebih awal sebenarnya.Bila saya menilai baik, blog ini sebenarnya merupakan blog yang sentiasa fresh dengan berita terkini dari dalam dan luar negara.

                 Kadang-kadang teringin juga nak buat post yang dikongsikan sebagai kandungan blog saya, tetapi rasanya buat masa ini, saya masih mempunyai banyak idea lain.kalau tidak,dah lama saya kongsikan berita-berita sensasi yang mengujakan di dalam blog ni.

                 Kalau korang dah tengok,oklah...tapi kalau belum, cubalah buka blog ini.Anda pasti tertarik.

Yumida

                   Blogger umikasum ini adalah sebahagian dari sumber inspirasi saya sebagai seorang blogger.Banyak tutorial dan tunjuk ajar yang ikhlas saya temui di sini.

                   Sebagai blogger baru yang serba baru nak belajar,Blog umikasum memang mempunyai gaya bahasa yang mudah difahami.Sebenarnya, beliau juga banyak mengeluarkan post yang menyentuh hati saya dengan tulisan beliau yang ringkas tapi padat.Jauh sekali dengan blogger sallyadan.blogspot yang memang suka cakap banyak.hehe,


                 Tranungkite ni ada dua versi,iaitu online dan off line.Kedua-dua versi juga menarik untuk dibaca.Blog ini banyak membuat post politik yang agak tegas membuatkan saya suka membaca dan menghayati pendapat beliau.

                 Dalam masa yang sama, beliau juga pandai membuat artikel biasa yang menarik dan santai untuk dibaca.Blog ini juga salah satu dari pilihan blog yang diletakkan bookmark dalam komputer kami.


                 Blog Dr.Shikin adalah blog terbaik kerana saya suka membaca berbagai isu kesihatan yang dikongsikan dengan kita semua.Tentang pengalaman beliau sebagai seorang doktor juga mampu membuat kita teruja membacanya.

                 Blog ini kerap memberi hadiah kepada pengunjung setianya dari segmen, giveaway, atau paling tidak adalah kepada komentar yang selalu keluar dalam blog.Buat silent reader macam saya ni memang tak merasalah...Tak kisahlah...komen bila rasa nak komen pun dah cukup baik.Buat apa kita buat komen kalau setakat nak taip,'wah...sedapnya...' kan...

                  Apapun, blog Dr.Shikin memang terbaik.




                  Blogger Fatin Liyana memang tengah top sekarang kerana baru sahaja menjalinkan pertunangan dengan pasangannya yang juga seorang doktor.Blog beliau banyak berkongsi tentang pengalaman beliau semenjak menjadi pelajar kedoktoran sehinggalah dah ke puncak kejayaan.

                  Bahasa yang digunakan adalah bahasa sempoi orang-muda masa kini.Kadang-kadang rasa semput juga nak baca ejaan pasar,tapi idea beliau memang sexy dan mampu membawa kita untuk membaca sehingga tamat.Tapi saya suka sangat tentang beliau sebab beliau seorang blogger berkerjaya dan sangat cantik.Semoga blog beliau terus mantain walaupun dah menggendong anak nanti.

Ustaz Zaharuddin

                  Blog ustaz Zaharuddin ni adalah blog terbaik yang membentangkan isu agama islam dan sering mengupas tentang isu semasa dari sudut pandangan islam.

                  Menghabiskan masa membaca penulisan beliau memang kita takkan rugi apa-apa.So, jom terjah ya...sekali sekala dekat-dekat dengan kuliah agama kan seronok.


                 Blog buasir otak pula menjadi pilihan blog terbaik kerana saya suka membaca kupasan-kupasan isu semasa dari otak beliau.post beliau ikut mood.Tapi saya biasanya hanya memilih bahagian isu semasa kerana idea beliau ni mungkin banyak boleh digunakan dan kebanyakan pendapat beliau sama dengan cara saya berfikir.Kerana itulah saya suka dengan blog beliau.

Ummu saif

                Dr. Nazhatul Muna iaitu isteri kepada Ustaz Hasrizal Abu Jamil.Blog beliau ni mengan dungi ilmu kedoktoran dan lebih kepada tips mendidik anak.Memang suka sangat baca blog beliau.

                Beliau juga suka mengeluarkan isu-isu berkaitan yang dikupas secara ringkas tetapi padat.



                 Sebenarnya, memang banyak blogger berjaya seperti Encik Titan , Ben Ashaari, Abang ensem ,namee roslan , melastik bintangMurai batu, Mat gebu (Blog ni memang hebat.Setiap satu saat,satu orang review blog dia.)  dan berbagai lagi.

                 Bagi saya, blog terbaik adalah blog yang mampu memberi sesuatu kepada pembacanya.Bukan bererti kita perlu ada semuanya dalam satu blog untuk mencapai semua impian pembaca, tetapi cukuplah sekadar memilih sesuatu mengikut kebolehan kita.

                 Maksud saya, kalau kita buat blog mengikut kemahiran, seseorang yang berminat dengannya pasti akan mencari blog kita.

                Contohnya seorang yang mencari jalan membuat blog,pasti akan bertemu hasrul hassan.Sesiapa yang nak buat duit online pasti berjumpa dengan blog oh!duit.com dan sebagainya.Kalau yang minat memancing,pasti akan mencari isu pancing.Kalau nak hiburan, boleh cari murai batu dan sebagainya.Kalau nak cari blog ilmu, boleh cari blog Ustaz Hasrizal dan sebagainya.Blog mempunyai scop yang luas untuk kita terokai.Cuma lihat bagaimana kita membawanya.

                Untuk menghasilkan blog terbaik, kita perlu belajar menggunakan bahasa yang baik dan mudah difahami, dan sampaikan sesuatu yang ada isinya.Jangan hanya omong kosong walaupun anda suka merapu macam saya. Amaran keras! jangan sekali-kali mengamalkan copy paste.Jangan lupa tu.

                Dalam erti kata lain, ilmu Allah itu luas dan kini ilmu itu banyak terkumpul di dalam talian.Cuma klik dan baca.Jangan belajar baca Quran pun nak harapkan online sudah...bahaya tau...carilah pak ustaz...

                Akhir kata dari saya,jom sertai Contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama yang riban-riban tau!!Tak pernah dengan perkataan riban-riban? Hadiah RIBUAN RINGGIT .Besar tu....hehe.

                Contest SEO ini dianjurkan oleh Oh!duit.com .Kalau ada penaja tambahan, akan diberitahu kelak.

                Tarikh tutup, 31hb Mac 2015.jom sebelum terlambat.



                

39 ulasan:

  1. Semoga berjaya dik! Selamat maju jaya dalam dunia blog Malaysia..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..... Salam buat Sally.... Pemilihan blog yang terbaik daripada anda. Semoga setiap artikel yang mereka tulis memberi banyak maklumat untuk penambahan ilmu anda. Semoga berjaya dalam Contest SEO Malaysia Best Blog 2015.

    Jom baca entri berkaitan:
    Malaysia Best Blog 2015

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikummussalam...alhamdulillah...blog itu cabang ilmu.dah lawat blog Kamil Salleh.banyak blog baru untuk saya teroka dalam segmen ni.

      Padam
  3. saya dah terima penyertaan anda. Semoga berjaya dan dapat bersaing denga sihat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...insyaallah orang baru tak pandai kelat.

      Padam
  4. Balasan
    1. Hehe,blog terbaik banyak sangat.nak leta 10 aje kenalah nama yang terlintas lebih dulu.

      Suka tak bererti sempurna. Terbaik tak bererti tiada kesilapan.biarlah kita jadi diri sendiri.

      Padam
  5. Mesti Papaglamz xde... Hahaha.. Berangan.. Thankz sebab dr sini Papaglamz dapat tautau contest ni. Nak join jugakz.. Masih lagi baru belajar dalam dunia blog..

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak sangat...nak letak semua nanti jadi over pulak.takpelaa...janji papa memang dah glamz

      Padam
  6. semoga berjaya dalam contest ni...

    Jom baca entri berkaitan MALAYSIA BEST BLOG 2015

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga murni juga berjaya mencapai apa yang diimpikan.

      Padam
  7. semua terbaikkk . semoga berjaya kak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada lagi yang terbaik dalam senarai saya tak tak masukkan kat sini.lain kalilah buat riview sendiri pulak.

      Padam
  8. Balasan
    1. Aamiin...saya tak letak harapan tinggi untuk menang.Otai-otai kita semua berada didalam senarai.tak kisahlah...janji usaha mesti ada.

      Padam
  9. semoga berjaya dalam kontest nie...semua blog yang tersenarai memang bagus

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih...hanya yang terbaik dari yang terbaik.Rugilah saya lambat bertemu dengan kucha lana.Kalau tak, mesti dah masuk senarai.Blogger lelaki pun tak kurang hebatnya.

      Padam
  10. Saiful Islam semestinya my Favret.. gud luck.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah masuk blog aretikz semalam.aik! ada juga taste saya kat situ.semoga berjaya untuk awak juga.

      Padam
  11. Sis, thanks sebab saya x sangka sis senaraikan blog saya juga. Terasa sangat dihargai. Rasa malu pun ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama...blog dr syikin memang tempat kumpul ilmu.Terbaik.

      Padam
  12. terbaik entri ni...semoga berjaya ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih...kenapa saya tak dapat jejak zie Fauzi ya?

      Padam
  13. Hak kita memilih apa sahaja blog untuk disenaraikan dalam best blog ini...dan semuanya adalah terbaik! Semoga berjaya ya!

    BalasPadam
  14. Semoga berjaya sis dalam contest ni :)
    Singgah ber bw dr bloh ohduit.com jugak. hihi

    BalasPadam
  15. Tudiaa...puteri kenari dah join. Semoga berjaya ye :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih... insyaallah... erti kejayaan itu amat luas.

      Padam
  16. Ruby pun join juga. Saje-saje cuba. Selamat berjaya dari ruby.my. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih...berjaya satu durian runtuk Ruby...Otai-otai dan segala jenis sifu jadi saingan kita.Kira sa ni macam anak semut ajelah...mampu menggigit,tapi orang susah nak nampak.

      Padam
  17. selamat berjaya.. hehe saya pun join.. try test cuba :D

    BalasPadam
  18. semoga berjaya dalam kontest ini nanti..

    BalasPadam
  19. Suka juga dengan buasir otak hahaha

    BalasPadam
  20. Semoga berjaya ye !!

    Ikhlas - Bakul2011

    www.bakul2011.com

    BalasPadam
  21. Datang menjenguk
    Salam perkenalan, semoga berjaya dalam kontest
    Malaysia Best Blog 2015

    BalasPadam
  22. Salam....buat Salmiah Awang aka blog sallyadan. Datang buat kali terakhir untuk contest seo Malaysia Best Blog 2015. Semoga ada harapan untuk berjaya nanti.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...