lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Sabtu, 28 Februari 2015

Moon cream-D'nars skincare.

Moon cream.
Harga :RM 26.90
Postage Rm 6 sm/ rm 10 ss.

Fungsi dan kelebihan.

~Membuang sel kulit mati.

~Menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru dan merawat kulit bermasalah.

~Memperbaharui sel kulit mati.

~Menghapuskan jeragat, jerawat, parut & pigmentasi.

~Mengecilkan pori-pori.

~Melembapkan dan menggebukan kulit.

~Menjadikan wajah lebih mulus dan tona kulit lebih sekata.

Cara penggunaan untuk  kulit berjerawat / berminyak.

Siang :

1. Cuci muka dgn sabun beras.

2. Apply Toner Treatment (dgn kapas).

3. Apply Magic Day cream.

Malam  :

1. Cuci muka dgn Sabun Beras.

2. Apply Toner Treatment (dgn kapas).

3. Apply Night cream. Selang-selikan Toner treatment dengan Night Crem, jangan pakai sekaligus.

Cara penggunaan untuk kulit normal / Jeragat.

Siang hari :

1. Cuci muka dgn sabun beras/ sabunn Colagen.

2. Apply Toner Treatment / Toner Collagen (tambahan untuk kesan cepat).

3. Apply Magic Day cream.

4. Apply Foundation / Compact Powder (tambahan untuk kesan cepat).

Malam hari :

1. Cuci muka dgn Sabun Beras/ Sabun Collagen.

2. Apply Toner Treatment / Toner Collagen (tambahan untuk kesan cepat).

3. Apply Night cream/ Yellow Cream.


D'nars yellow cream RM 26.90

KRIM KU-NENG 
HARGA: RM 26.90
Postage Rm 6.00 sm /10.00 ss.

              Krim ini adalah untuk mereka yang mempunyai kulit normal/jeragat sahaja. (Jika bermasalah jerawat, tunggu sehingga masalah jerawat selesai baru boleh menggunakan krim ku-neng)

              Ianya diformulasikan dari pati-pati herba yang terpilih termasuk 3 jenis kunyit. Pengguna akan dapat merasai perubahan pada kulit wajah setelah menggunakannya secara teratur.

Fungsi dan kelebihan.

-Menghilangkan jeragat/ parut pada wajah.

-Membersihkan kulit wajah, wajah akan jadi lebih cerah, gebu dan segar.

-Yang utama adalah kerana ianya dapat mengembalikan aura/seri wajah secara semulajadi.

-Menghilangkan garis-garis halus @ kedutan pada wajah.

Cara penggunaan.

Malam hari :

1. Cuci muka dgn Sabun Beras/ Sabun Collagen.

2. Apply Toner Treatment / Toner Collagen (tambahan untuk kesan cepat]).

3. Apply Night cream/ Yellow Cream.Dipakai secara berselang seli bersama Night Cream. Pakai secara nipis sebelum tidur.

SMS/WHATSAPP  0192057039.


Segmen www.sitisharini.com

CLICK BANNER TO JOIN!


Assalamualaikum semua=)

Cik Siti sedang melancarkan segmen bagi mewar-warkan penghijrahan storybyciksiti.blogspot.com ke www.sitisharini.com .

Jemput join semua ye. Thanks!! =))
Tarik tamat: 15/03/15

I phone 5S giveaway by Syafiqspecki

               Alhamdulillah...hari ni saya nak sertai I phone 5S giveaway by Syafiqspecki yang sedang memulakan perniagaan beliau.

               Jom support Syafiq berniaga....klik banner untuk sertai giveaway ni.Disamping memperkenalkan perniagaan baru Syafiq ni,Syafiq juga menawarkan hadiah I phone 5S yang menjadi igauan manusia yang giler gadjet macam saya.Rm 1700.00 tu...tak sampai hati nak baling anjing.

               Orang macam saya ni cuma guna phone cap ayam aje...orang kata telefon buat baling anjing.huhuhu...hinanya.So,  bila nampak I phone 5S ni, matapun blink-blink jadinya.Sukanya.... Kebetulan pulak line malam ni boleh tahan.Kalau tak, tak merasalah...nak follow memfollow nilah bab yang paling leceh bila line lembab tapi nak join giveaway.

                Like dan share gambar tu, insyaallah...cuma ada beberapa gambar yang not available.Satu lagi, nak suruh kita share gambar yang kat instagram.Tapi instagram Syafiq pula private.Camana nak tengok gambar?saboo je lah.Rasanya Syafiq kena setting public je...nak berniaga kenalah public.Kalau tidak, camana nak nampak produk canggih manggih dia tu.

                So, saya buat post dulu, bab yang tak setle tu saya kemudiankan aje.Tunggu approve.

                Kalau korang belek barang yang dalam senarai jualan dan juga hadiah yang ditawarkan, memang cantik-cantik belaka barangannya...berkenan sesangat saya tengok.Nak nak cover phone yang diperbuat daripada kayu tu.Memang tak letak kalau dapat.

                Ada juga tawaran hadiah lain yang bernilai RM1000.Jom join...

Syarat seterusnya adalah untuk tag 10 kawan.Saya pilih rambang aje tau...mengikut entry terkini yang saya follow.

1) http://memburucintamu.blogspot.com/

2) http://akukaudansesuatu.blogspot.com/

3) http://budakbandunglaici.blogspot.com/

4) http://www.cikgufarha.com/

5) http://zamani84.blogspot.com/

6) http://mselim3.blogspot.com/

7) http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/

8) http://ain-nadia.blogspot.com/

9) http://officalmissyana.blogspot.com/

10) http://officalmissyana.blogspot.com/

11) http://www.safirulamar.com/

12) http://www.dianarashid.com/

13) http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/

14) http://akifimtiyaz3.blogspot.com/

15) http://www.dramadunia.my/

               Rasanya dah cukuplah 15 orang ni.Banyak lagi boleh letak.Tapi sudahlah...Bimbang lebih sudu dari kuah.Kalau kuah kari best jugak.

Sebagai acara penutup, saya nak share info dari gsarena tentang Iphone 5s ni.Saya pun tak berapa nak faham sangat.Kegunaan asas phone memanglah wajib, tetapi selain itu... apa yang saya cari pada sebuah android adalah yang saya tanda dengan tulisan merah tu.

NETWORK :      Technology GSM / CDMA / HSPA / EVDO / LTE

LAUNCH: Announced 2013, September.Status Available. Released 2013, September

BODY :  Dimensions 123.8 x 58.6 x 7.6 mm (4.87 x 2.31 x 0.30 in) Weight 112 g (3.95 oz)

SIM :   Nano SIM-500 dpi pixel density fingerprint sensor (Touch ID)

DISPLAY: Type LED-backlit IPS LCD, capacitive touchscreen, 6M colors

Size 4.0 inches (~60.8% screen-to-body ratio)

Resolution 640 x 1136 pixels (~326 ppi pixel density)

Multitouch : Yes

Protection Corning Gorilla Glass, oleophobic coating

PLATFORM : OS iOS 7, upgradable to iOS 7.1.2, upgradable to iOS 8.1.3

Chipset Apple A7

CPU Dual-core 1.3 GHz Cyclone (ARM v8-based)

GPU PowerVR G6430 (quad-core graphics)

MEMORY Card slot No

Internal 16/32/64 GB, 1 GB RAM DDR3

CAMERA Primary 8 MP, 3264 x 2448 pixels, autofocus, dual-LED (dual tone) flash, check quality
Features 1/3'' sensor size, 1.5 ┬Ám pixel size, simultaneous HD video and image recording, touch focus, geo-tagging, face/smile detection, HDR (photo/panorama)

Video 1080p@30fps, 720p@120fps, check quality

Secondary 1.2 MP, 720p@30fps, face detection, FaceTime over Wi-Fi or Cellular

SOUND Alert types Vibration, proprietary ringtones

Loudspeaker: Yes

3.5mm jack Yes

COMMS WLAN Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, dual-band, hotspot

Bluetooth v4.0, A2DP

GPS Yes, with A-GPS, GLONASS

Radio No

USB v2.0, reversible connector

FEATURES Sensors Accelerometer, gyro, proximity, compass

Messaging iMessage, SMS (threaded view), MMS, Email, Push Email

Browser HTML5 (Safari)

Java No

- Active noise cancellation with dedicated mic

- Siri natural language commands and dictation

- iCloud cloud service

- iCloud Keychain

- TV-out

- Maps

- Audio/video player/editor

- Organizer

- Document viewer/editor

- Photo viewer/editor

- Voice memo/dial/command

- Predictive text input

BATTERY Non-removable Li-Po 1560 mAh battery (5.92 Wh)

Stand-by Up to 250 h (2G) / Up to 250 h (3G)

Talk time Up to 10 h (2G) / Up to 10 h (3G)

Music play Up to 40 h

MISC Colors Space Gray, White/Silver, Gold

SAR US 1.12 W/kg (head)     1.18 W/kg (body)
 
SAR EU 1.00 W/kg (head)     0.80 W/kg (body)  

Price group About 490 EUR

TESTS Performance Basemark OS II: 1077 / Basemark X: 14341

Display Contrast ratio: 1219:1 (nominal) / 3.565:1 (sunlight)

Camera Photo / Video

Loudspeaker Voice 68dB / Noise 66dB / Ring 69dB

Audio quality Noise -93.6dB / Crosstalk -90.3dB

Battery life Endurance rating 54h

                Walaupun saya cuma phone baling anjing,tapi saya ni boleh juga dikatakan gila gadjet jugak.Tak padan dengan umur.hehe, Kalau tengok gadjet, cuci bersih mata dibuatnya.So, sebelum saya mengarut lebih panjang,jom join cepat.Klik banner tau...Assalamualaikum.              

Khamis, 26 Februari 2015

Set D'nars skincare

set jerawat/berminyak
set normal/jeragat
                Set D'nars skincare terdapat dalam dua jenis iaitu untuk kulit normal berjeragat dan kulit berminyak dan berjerawat.Harga pasaran untuk produk ini ialah RM 59.90 bersama wang pos RM 6 menjadikan harga RM 65.90.

                Saya dengan rela memberi diskaun besanyak 5% untuk setiap pembelian dari saya.Jadi, harga yang saya tawarkan ialah RM 56.00 campur wang pos RM 6, maka jadilah RM 62.00. Jadi korang dah jimat RM 3.90 berbanding biasa.Satu set ni boleh bertahan sehingga sebulan.Kira ianya adalah harga mampu miliklah kan...



                Sekali imbas, set ini kelihatan sama.Ianya mengandungi sabun pencuci muka, magic day cream dan magic night cream.Tetapi sebenarnya ianya adalah kandungan yang berbeza.

Set normal/jeragat.

1) Magic Soap(sabun beras dan sabun collagen).
2) Magic Day Cream.
3) Magic Night Cream

Set jerawat/berminyak.

1) Magic Soap.(dua ketul sabun beras)
2) Magic Day Cream.
3) Magic Night Cream

KHASIAT SET DNARS SKINCARE

Pencerahan dalam 7 hari.
Menghilangkan jerawat, jeragat, parut dan bintik hitam.
Mengecilkan liang pori yang terbuka.
Menyerikan kulit yang kusam.
Membersihkan dan menyegarkan kulit.
Menghilangkan kedutan.



CARA GUNA SET JERAWAT/BERMINYAK.

Siang hari :

1. Cuci muka dgn sabun beras.
2. Apply Toner Treatment (dgn kapas)
3. Apply Magic Day cream

Malam hari :

1. Cuci muka dgn Sabun Beras.
2. Apply Toner Treatment (dgn kapas).
3. Apply Night cream. Selang-selikan Toner treatment dengan Night Crem, jangan pakai sekaligus.

CARA GUNA SET NORMAL/JERAGAT.

Siang hari :

1. Cuci muka dgn sabun beras/ sabunn Colagen.
2. Apply Toner Treatment / Toner Collagen (tambahan untuk kesan cepat).
3. Apply Magic Day cream.
4. Apply Foundation / Compact Powder (tambahan untuk kesan cepat).

Malam hari :

1. Cuci muka dgn Sabun Beras/ Sabun Collagen
2. Apply Toner Treatment / Toner Collagen (tambahan untuk kesan cepat).
3. Apply Night cream/ Yellow Cream.


TONER COLLAGEN  RM27.90.
(Diskaun 5%=RM 26.50.

Penyegar muka yang mengandungi Collagen membantu menganjalkan wajah,
merehatkan dan melembabkan kulit, 
serta bertindak membantu menghilangkan tanda-tanda penuaan dan garis kedutan pada seluruh wajah.


TONER TREATMENT  RM21.90(30ML).
Diskaun 5%=RM 20.80

Toner Treatment merawat kulit muka yang bermasalah.

KHASIAT 

Mengecilkan pori-pori dan menganjalkan kulit,
Mengembalikan PH 5.5 pada kulit muka selepas di cuci,
Estrak daripada tumbuhan untuk melembap dan menyegarkan kulit,
Ada formula khas untuk merawat jerawat.

p/s: tidak sesuai untuk wanita mengandung dibawah 5 bulan.

               Satu set di atas yang digunakan bersama toner sudah cukup untuk menjadi set asas yang mampu menjadikan kulit kita licin dan cantik.Kalau rasa nak lagi cepat cantik, bolehlah ditambah dengan produk yang lain dalam post senarai produk D'nars skincare.

              Untuk mendapatkan produk yang sesuai untuk kita, kita perlu mengetahui bagaimanakah jenis kulit kita.


Cara kenali kulit kita.

1)Kulit normal-Kulit yang tiada masalah,kusam,lingkaran bawah mata dan jeragat.
                      -Sesuai menggunakan set normal/jeragat.

2) Kulit berminyak dan berjerawat, tiada jerawat tetapi berminyak,
                      -Sesuai menggunakan set jerawat/berminyak.

3) Toner kolagen- untuk kulit normal dan hanya dengan set normal.

4) Toner treatment- Untuk kulit yang ada masalah jerawat dan jeragat,boleh dengan set normal atau set jerawat.

5) Krim kunyit- untuk kulit normal sahaja, dilarang sama sekali dengan set jerawat.

            Kalau korang nak satu set penjagaan, saya tawarkan harga kawan-kawan gitu.

Set normal/jeragat + toner collagen.

RM 56.00 +RM 6.00 + RM 26.50 = RM 88.50.

Set normal/jeragat + toner treatment.

RM 56.00 +RM 6.00+ RM 20.80 = RM 82.80

Set jerawat/berminyak + toner teratment

RM 56.00 +RM 6.00 + RM 20.80 = RM 82.80.

Nak penggenapan harga,kenalah sms/whatsapp saya dulu ya... 0192057039.              

Senarai produk D'nars skincare

               Hari ini saya nak ajak berkenalan dengan produk penjagaan kulit D'nars scincare yang semakin dipercayai.Berbagai testimoni yang kita boleh lihat seperti di blog ohninie dan blog cahaya hatiku.

               Sebenarnya, ada insan lain yang mencadangkan saya memakai produk ini kerana wajah saya yang berjeragat dan sukar dihilangkan.Pencadang tersebut sendiri telah menggunakan produk ini dan ternyata kulit beliau sangatlah mulus dan tulus.huhuhu...Tahniah makndak.

              Jadi, saya membuat keputusan menjadi ejen memjual produk ini.Sebagai pengenalan, saya dengan bangganya menyenaraikan harga pasaran produk yang ingin saya pasarkan ini.

DNARS SET NORMAL/JERAGAT RM59.90

DNARS SET JERAWAT/BERMINYAK RM59.90

MOON CREAM RM26.90

KRIM KUNING RM26.90

MAGIC GOLD FOUNDATION (COLLAGEN  RM39.90

SILKY GOLD FOUNDATION (OIL CONTROL) 5GM RM39.90

YELLOW GOLD FOUNDATION (COLLAGEN) 5GM RM36.90

TONER COLLAGEN  RM27.90

TONER TREATMENT  RM21.90

BODY SOAP RM19.90

SABUN RESDUNG RM12.90

SABUN COLLAGEN (COLLAGEN FACE SOAP) RM13.90

BINTY HERBAL FORMULA RM39.90

KAPSUL PUERARIA MIRIFICA RM57.90

PUTEH PITERA RM99.00

DNARS GLOWING FOUNDATION RM45.90.

Harga yang dipaparkan tidak termasuk pos.
Wang pos berharga RM 6 untuk Semenanjung Malaysia dan RM 10 untuk Sabah dan Sarawak.

Kalau nak beli dengan saya,bolehlah dapatkan diskaun sikit.

Kalau berkenan, boleh hubungi saya di 0192057039 .sms/whatsapp saya.

Rabu, 25 Februari 2015

Barang hantaran Perkahwinan Ila

Duit mas kahwin yang dihias kemas di dalam album gambar ini kelihatan menarik walaupun simple.
Sirih junjung.
Minyak wangi.
Kain pelikat.
T.shirt berkolar.
Kasut.
Cokelat-peti harta karun dari pandangan atas.
cokelat-peti harta karun.Nampak senget nak tumbang pulak.Nak buat macamana... photografer tak prihatin.
Dompet yang digubah cantik.
            Ini adalah hasil photo dari photografer tak bertauliah.Barangan digubah cantik tapi nampak tak teratur.Apa-apa ajelah...janji hantaran ni sangat menarik.Sebenarnya,saya memang excited dengan bunga ros.Apa lagi gabungan merah putih.Memang menawan.


Jadi blogger untuk apa?

                Hari ni saya terbaca blog ceritaejoy dan mamaniza tentang tajuk jadi blogger untuk apa? Jadi saya rasa, saya juga mempunyai pendapat yang tersendiri.

                Kata Hafizul, kita kalau kita mengejar blog untuk duit, kita cuma akan mendapat duit.Tapi kalau nak jadi blogger hebat, kita kena betulkan niat dan menjadikan blog kita bermanfaat kepada semua orang.

                Kata mamaniza pula, terpulang kepada individu nak jadikan blog kita memberi kebaikan kepada orang lain atau menjahanamkan orang lain.

                'Siapa yang tak nak jadi blogger popular, dikenali di media cetak dan elektronik? Siapa yang tidak mahu dunia glamour? Siapa yang tak mahu blog dan nama mereka disebut-sebut dari kalangan rakan blogger? Siapa yang tak ingin mengikuti event-event besar anjuran blogger popular, sekaligus dapat menempel populariti blogger yang sedia ada? Siapa.. siapa?? '

                Ini adalah petikan ayat Mamaniza kat blog beliau .Tapi bagi saya, saya membina blog ini semata-mata untuk diri sendiri dan keluarga saya.Kalau ada orang lain yang sudi baca tu, kira bonus untuk saya. Kalau ada terjana pendapatan tu, insyaallah... setakat ni saya tak meletak apa-apa harapan.

                Nak jadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan, itu bukanlah target utama saya.Tetapi kalau nak mula mencari pendapatan sampingan,insyaallah saya akan usahakan tanpa mengganggu blog kesayangan saya ni.Sebab tu juga korang boleh nampak label kat dalam blog saya ni.

                Kalau kawan-kawan dan sanak saudara saya yang sudi tahu tentang keluarga, saya letakkan memori sweet family kat dalam blog saya.Kalau ada yang cari tutorial,mungkin akan jumpa blog saya ni. Insyaallah dari masa ke semasa, saya akan cuba menjadikan blog saya sebagai sumber ilmu, siapa tahu kan...Maklumlah...nak jadi manusia ni kenalah diam-diam ubi.Jangan asyik nak mengangkat diri sendiri tetapi hakikatnya diri sendiri tak tahu apa-apa.

                Untuk menjadi blogger popular,glamour, terkenal dalam media cetak dan elektronik dan menjadikan nama saya disebut-sebut ,mungkin tidak kot... sebab tu saya gunakan nama puteri kenari dan sallyadan.Tapi dalam malu-malu, saya terpaksa menyerlahkan diri sebagai blogger juga.Masih bukan kerana glamour, tetapi cukuplah andai saya mampu menjadi diri saya sendiri.

                Walaupun tak glamour, alhamdulillah... sekurang-kurangnya saya kini mempunyai kawan-kawan dikalangan blogger.Tidak lagi bersendirian sebagai suri rumah sepenuh masa dan hanya bergaduh dan berkawan dengan suami dan anak-anak sahaja.Alhamdulillah...suami saya juga tidak kisah selagi saya tidak mengabaikan rumah tangga.

                Rasanya, nak jadi glamour, sikitpun tak terlintas dalam senarai.Saya adalah seorang blogger sempoi yang suka pakai baju longgar dan berselipar jepun.Bukannya blogger vouge ala-ala Sellina Gomez.huhuhu...

                Jadi, kalau nak tanya saya, jadi blogger untuk apa? saya hanya mampu jawab, saja suka-suka...Tapi hakikatnya, kalau sekali seorang itu menjadi penulis kerana minat, insyaallah...blogger adalah pilihan yang paling tepat untuk kita mencurahkan kata.Wallahu a'lam.

Selasa, 24 Februari 2015

Majlis kahwin Sham dan Ila

               Dewan MPK Kubang Buaya sudah dihias cantik.Ruang makan untuk pengantin tersergam indah.
Meja-meja sudahpun disusun cantik.
              Lauk utama yang dihidangkan bersama nasi beryani adalah kari yang sedap sehingga menjilat jari.
                Nasi beryani tanpa dalca memang tak kena.Jadi, dalca menjadi menu utama hidangan ini.
                 Ayam goreng berempah juga tidak ketinggalan menjadikan hidangan lebih menyelerakan.
Acar menjadi menu sampingan.
 Ikan kering kecil ini menjadi penyedap selera kepada yang memilih menu nasi putih.
 Tidak ketinggalan juga sambal belacan.
 Buah tembikai sebagai pencuci mulut.
 Pilih kak, nak lauk apa boleh ambil sendiri.
              Apa yang paling menarik sebenarnya adalah sesi bertemu kaum keluarga yang sudah lama tidak bertemu.Alhamdulillah...adik beradik dan sanak keluarga dapat bertemu di majlis ini.
               Majlis ini juga turut menjadi majlis reunion untuk bekas pelajar SMJP iaitu rakan-rakan sekelas emak pengantin perempuan.Walaupun sibuk melayan tetamu lain, tetapi kawan-kawan yang telah lama tak bertemu ini sempat meluahkan berbagai cerita dari anak-anak, suami dan perihal diri masing-masing.

               Terharunya, ada kawan-kawan kakak yang datang dari negeri lain yang agak jauh semata-mata untuk berkumpul di sini.Sebenarnya, adalah dalam dua puluh orang, tetapi saya tak sempat nak ajak mereka berkumpul untuk bergambar.
              Sebenarnya, majlis kami ini diadakan bagi kedua belah pihak.Jadi, kami tidak perlulah membuat majlis kenduri dua kali. Dua dalam satu memang memudahkan kerja nikah kahwin ini.Maka tetamu yang datang juga berganda ramainya dari majlis untuk sebelah pihak sahaja.
 Ketibaan pengantin.
 Makan beradat.
               Keceriaan wajah pengantin perempuan jelas kelihatan.Tapi pengantin lelaki kita ni malu-malu nak bergambar.Boleh nampak riak cuak kalau diajak bergambar.huhu..
 Kek yang menggiurkan.
 Acara memotong kek.
Acara menghabiskan kek.haha..
Menjelang tengahari, gerai cendol dibuka.
                 Penghujung acara, adalah seseorang yang punya bakat terendam menyanyikan beberapa buah lagu untuk hiburan keluarga yang keletihan.
                 Ketika tetamu sudahpun lengang, kami mengambil kesempatan untuk bergambar bersama pasangan pengantin.
                 Tak sangka sekali saya dapat bertemu dengan bekas guru saya iaitu cikgu Azhar yang pernah mengajar di sekolah kebangsaan Jengka 12 suatu masa dahulu.Beliau datang bersama isteri tersayang, Puan Napisah yang juga kerani sekolah Kebangsaan Jengka 12 suatu ketika dahulu.

                 Sedih melihat keadaan cikgu Azhar yang kurang sihat tetapi masih berusaha datang ke majlis kami.Terima kasih cikgu.Saya gembira sangat dapat melihat cikgu selepas berpuluh tahun saya meninggalkan sekolah kebangsaan.
 Tetamu terakhir sebagai penutup majlis.
Good bye Dewan MPK2.

                 Selamat sudah majlis yang penuh meriah ni.Apa tidaknya, semuanya pakai baju merah yang menyerlah ya amat.Saya bersyukur kerana dapat menghadiri majlis ini.Terima kasih semua yang menjayakan majlis.Alhamdulillah...

Majlis akad nikah Manisah Suhaila dan Syam.

              Selamat pengantin baru anakanda Manisah Suhaila dan Syam yang telah selamat diijab kabulkan pada tanggal 20hb Febuari 2015.Rasanya saya tak nak berceloteh panjang,biarlah gambar berbicara.Saya tambah sikit-sikit je.

              Yang atas ni,mak pengantin perempuan iaitu kekanda kesayangan saya.Walaupun kepenatan,tapi tetap tersenyum riang untuk menerima kehadiran menantu baru dalam keluarga mereka.
               Maka macam biasa,anak-anak dara akan membawa dulang hantaran.Angah membawa sepasang kasut yang telah digubah.
                Adinda pengantin perempuan pula, Manisah Zulakha membawa sirih junjung.
              Sepupu pengantin,kakde Sufia membawa hantaran cokelat yang digubah indah.
              Sepupu pengantin perempuan, Nana juga tersenarai dalam katogori anak dara pembawa dulang.
               Sudah zaman selfie...nak buat macam mana kan...sempat lagi berselfie bersama pengantin perempuan kami yang cantik jelita.
               Dua orang ni juga sepupu pengantin perempuan.sorang dah berpunya,sorang masih single.Maka dulang dibawa oleh yang masih single lah kan...
               Majlis dimulakan dengan mukadimah dan khutbah nikah oleh tuan kadhi.
               Adik pengantin perempuan Muhammad Fidli Firdaus menerima tanggung jawab menjadi wali kepada pernikahan kakak kesayangan beliau sebagai menggantikan arwah bapa mereka yang telah kembali ke rahmatullah.
              Akad nikah dilakukan,dan alhamdulillah...selamat sudah Manisah Suhaila menjadi isteri yang bakal memikul tanggung jawab sebagai isteri.Insyaallah...bakal menjadi pengemudi bahtera perkahwinan yang bahagia bersama anak-anak kelak.
             Doa dibacakan,semoga bahagia kekal selamanya sampai ke syurga.

              Lafaz taklik dibacakan oleh pengantin lelaki dan pengantin perempuan mendengar penuh khusuk.
Tanda tangan diturunkan.
 Oleh kedua mempelai.
 Juga oleh wali.
 Wang emas kahwin juga diserahkan.
               Akhirnya acara membatalkan wuduk dengan kalungan rantai emas ke leher si isteri.Alhamdulillah...Walaupun ramai yang mengalirkan air mata,pengantin tetap tersenyum bahagia.Tahniah dan selamat pengantin baru buat anakanda berdua..Assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...