lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Selasa, 31 Mac 2015

Pengalaman seorang dropshiper

              Hari ni saya nak bercerita tentang pengalaman saya sebagai seorang dropshiper .Pada permulaan dropship saya, saya memilih satu produk sahaja iaitu Ephyra yang terbukti menggebukan kulit adik saya dan beberapa orang kawan.Memang glowing.Mereka menetapkan harga dan memberi saya harga dropship.

              Bila saya nak promosi satu barang sahaja, Jadi, saya mencuba untuk menjual jamu pula iaitu Jamu seri dewi malam .Jamu ni memang tip top dan laris di pasaran kerana fungsinya yang benar-benar membantu masalah wanita.Sudah masuk, malu pula nak bercakap tentang produk yang fungsinya ala-ala sensitif gitu.Jadi, saya membuat keputusan untuk berniaga di dalam blog cun saya ni pulak.

              Dalam pada tu, gatal-gatal tangan juga klik sana dan klik sini, saya dapat seorang taukeh dropship lagi.Jadi saya mula mempromosikan barangan beliau.Masalahnya, saya tak dapat jadi friend facebook beliau kerana friend beliau sudah penuh.Jadi saya tak dapat nak masuk group dropship melainkan saya sanggup bergerak sendirian.

              Tetapi bukan mudah untuk bergerak sendirian.Nak google sana,google sini untuk penuhi kepala dengan info produk saya.Saya mula rasa tertekan kerana melihat harga barang yang tak sekata di pasaran. Bayangkan satu produk berharga rm95.00 dijual dengan harga 85,80,75,70,65,60,55,50,45,40.Macamana saya nak bersaing dengan harga yang jatuh begini teruk?Tiada jawapan yang saya dapat.Jadi saya bertambah stress.

                Entah macam mana,tak perasan tangan gatal saya ni terklik joint grup dropship lagi.Maka saya kini mempunyai beberapa group sebagai agent dropship.Wah...banyaknya barang...Wah...beli guna sendiri bagus juga ni.hihih..rambang mata saya melihat khasiat produk-produk ni.Lagi rambang mata bila tengok testimoni.

                Cuma satu persoalan yang cukup memeningkan kepada saya sebagai peniaga dropship adalah kenapa harga pasaran online tidah sama ?Bagaimana mereka boleh jual murah sedangkan kalau saya jual harga tersebut, saya tak dapat apa-apa.Kerja percuma online tanpa gaji.hehe..

             Habis tu kami ni niaga kosong ke?Saya suka buat soalan bodoh cam ni.Bila diselidik, rupa-rupanya inilah yang terjadi.

            1. Ada sesetengah barangan jatuh harganya kerana adanya pihak yang tidak bertanggung jawab telah mencipta produk tiruan dan menjualnya dengan harga lebih murah.Bila ini terjadi, barangan tulin terpaksa menurunkan harga, tetapi kemurahan barang tiruan tidak dapat ditandingi.Tauke produk akan alami kerugian.

            2. Satu lagi faktor produk yang dijual lebih murah dari harga pasaran .Ini adalah kerana pembeli borong menjual sendiri barangan online dengan harga lebih murah Maka kami para dropshipers atau peruncit yang terpaksa menanggung akibatnya.

             Habis tu, boleh ke laku barang jualan kita ni?Wah...soalan cepumas lagi.

             Pengusaha sedang memantau barangan keluaran mereka agar tiada yang mengambil kesempatan.Kalau ada yang lebih sudu dari kuah, akan dikenakan tindakan undang-undang.Janganlah ada yang cuba nak kacau periuk nasi orang lain.Silap hari bulan boleh makan nasi penjara.

             Sekarang ni tibalah sesi promote diri sendiri pula.

             Jadi kalau ada yang berkenan dengan barangan jualan saya, insyaallah ianya adalah barangan tulin. Saya takkan jadi seorang scammer kerana blog ini adalah kesayangan saya.Insyaallah saya tak mungkin sanggup menabur pasir di dalam periuk nasi saya sendiri.hehe, hari ini tiba-tiba rasa nak bermadah pujangga pula aje memanjang.

            Saya letakkan harga pasaran kat sini ya...Kalau ada yang nak tawar menawar tu, insyaallah dibenarkan.Jangan sampai saya rugi sudahlah...sms/whatsapp boleh...call pun boleh aje...tapi lagi mudah whatsapp aje.Free dan mudah.Lagipun saya akan mengambil masa untuk menyemak harga barang.

            Al-kisahnya, wang pos juga sudah naik harga sikit.Nak update harga terkini setiap barangan memang saya tak sempat.So kalau ada kemushkilan bolehlah mesej aje kat whatsapp.Takde whatsapp kalu...sms boleh juga...Boleh deal jadi ke tidak...

            Kalau beli lebih dari satu barang, mungkin wang pos kurang sikit.Tapi kenalah tunggu saya comform harga dengan boss-boss cute saya tu...semuanya glowing tau...maklumlah tauke barang kecantikan.

            Saya?hahaha(gelak besar ni tau...)tunggulah bisness maju dulu...ada rezeki insyaallah...sekarang kena jadi tukang promote dulu.Sekarang baru nak cuba satu barang.Tunggu dan lihat kalau berkesan, pasti ada testimoni punya.Cukup sampai di sini dulu pengalaman seorang dropshipper . Assalamualaikum...

           



      

           

Isnin, 30 Mac 2015

Anak zaman sains dan teknologi

              Ada bermacam-macam zaman yang selalu disebut-sebut oleh manusia sejagat untuk mendefinasikan suasana dan keadaan.Ada zaman tok kala Adam, zaman tohi, zaman pop yeah, zaman jepun, zaman penjajah, zaman cek det, dan setiap keadaan disebut sebagai zaman.

               Apa yang saya nak jadikan isu kat sini adalah tentang anak zaman sains dan teknologi. Ada apa dengan zaman sains dan teknologi?Kenapa saya nak sibuk-sibuk?hehe.

               Kalau suatu masa dahulu kita diperkenalkan dengan segala jenis kemudahan mesin sampailah zaman sekarang ni orang dah malas nak tumbuk cili, apatah lagi kalau nak mencuci kain menggunakan tangan.

              Apa yang lebih berat, sekarang ini adalah zaman komputer atau telefon pintar tidak moleh berenggang dari kita dan anak-anaki kita.Ada yang suka selfie, chating, ataupun melayari internet.Tak kurang juga yang tak dapat berenggang kerana games, facebook, wechat, whatsapp dan sebagainya. Semuanya mengikut musim.

             Kadang-kadang saya lihat ianya seperti satu penyakit yang membuatkan kita akan membawa telefon bimbit sehingga ke dalam tandas.Manusia mula senyum sendirian melayan perbualan di dalam grup sosial.Tak kurang juga yang bermusuhan gara-gara ada yang mengeluarkan topik perbualan yang menyinggung pihak lain.

             Bila ditakdirkan telefon pintar hilang atau rosak, mesti hidup rasa tak bermaya dan hati mula tak tenteram.Walaupun banyak kerja lain nak buat, tapi mood pasti terganggu kerana rutin wajib tak dapat dilakukan.Bak kata orang, macam orang mati kutu laa...padahal kutu mati lagi bagus.hehe.

             Dari saya mengumpat tentang orang lain, lebih baik flash back cerita Along and the gang.

             Ketika Along mula nak kenal dunia remaja, kawan-kawan beliau tengah syok menayang psp membuatkan along juga nakkan psp. Sanggup beliau mengumpul duit belanja dan mengikat perut di sekolah untuk mendapatkan sebuah psp impiannya.

              Maka kami membeli sebuah komputer untuk ditempatkan di rumah sebagai alternatif menggantikan psp.Walaupun harganya lebih mahal dari sebuah psp, tetapi lebih berbaloi dari membelikan anak psp yang hanya boleh digunakan untuk bermain.

              Kerana itu jugalah saya mula menjadi seorang blogger.Sejak itu, along banyak menghabiskan masanya berada di hadapan komputer  dan bermulalah aktiviti baharu buat mereka adik beradik.Sebuah komputer digunakan bergilir-gilir, jadi tidaklah mereka terlalu panjang masa untuk along dan adik-adiknya menggunakan komputer.

               Pada permulaan angah dan kakde memasuki sekolah berasrama, saya rasa khuatir andainya mereka terganggu kalau rutin seharian mereka berubah, tetapi alhamdulillah...bila berhadapan dengan situasi luar, mereka sudah kurang berminat dengan permainan komputer.Jadi saya merumuskan bahawa teknologi bukanlah sesuatu yang melalaikan jika kena dengan caranya.

               Arif pula sudah pandai menggunakan komputer seawal umur dua tahun.Sebut aje istilah komputer semuanya berada dalam kepalanya.Kawan-kawan kami bercerita perihal pengalaman masing-masing.

               Katanya,
               "anak yang rutinnya menghadap komputer ni tak pandai bergaul dengan kawan-kawan.Tak suka bersosial atau bermain-main di padang bersama kawan.Sampai mereka besar nanti tak suka bergaul dengan orang.Suka memerap menghadap komputer sahaja.Perkara ni berlanjutan sehingga dewasa."

               Alhamdulillah...Along,angah dan kakde sudah remaja dan ianya tidak seburuk yang dibayangkan.Nana pula tidaklah begitu berminat dengan komputer.Hanya menggunakan bila perlu sahaja.

               Arif pula, bila mula bersekolah,dia mampu membezakan masa belajar dengan masa untuk bermain.Alhamdulillah...tidaklah sukar sangat untuk membentuk mereka.Hanya dengan ceramah motivasi setiap kali alfa.Maklumlah benda lagha ni memang ralit.Tak sedar masa cepat berlalu.

               Siapa kata komputer hanya merosakkan minda anak-anak?Memang ada banyak perkara yang boleh merosakkan jika disalah gunakan,tetapi kalau jadualnya betul, insyaallah semua tu tak jadi masalah.

                Untuk anak-anak, sabtu dan ahad sahaja atau cuti sekolah sahaja.Maka undang-undang itu juga membuatkan mak diorang tak boleh berblogging pada hari cuti.Lagipun, Hari cuti adalah hari untuk bersama keluarga.Ini baru cerita komputer,belum masuk bab telefon lagi.

                Telefon ni macam sebahagian dari pakaian mereka.Maka tak hairan kalau ramai yang sanggup memegang telefon walau berada dalam situasi apapun.Kalau berbual di media, walaupun jauh terasa dekat.Kalau rindu-rindu tu bolehlah jadi penawar hati kan...

                 Tapi tak kurang juga media ini menjadi punca berpecah belah dan bermasam muka.Bak kata pepatah, kerana mulut badan binasa.Di zana sains dan teknologi ni tak semestinya mulut yang bercakap,tetapi jejari juga merupakan ilham dari hati yang mampu mengguris perasaan orang lain.

                 Kes ni terlalu banyak sebenarnya.Ia juga menjadi medan untuk menyebarkan fitnah.Na'u zubillah... Tak kurang juga warisan surat berantai.Kalau saya dapat, habislah pengirim tu kena ceramah.Nak share pun agak-agaklah...kalau bala datang kalau tak share tu dah mengarut.Ingat ilmu Allah tu sesempit itu ke?Aduhai...tapi ceramah elok-eloklah...kalau kasar memang akan memecah belahkan persaudaraan pula jadinya.

                 Telefon bimbit ni dah macam satu hiburan untuk bersosial tanpa memandang dan menyentuh orang lain.Menaip seolah berdepan buat kita tersenyum sendiri,tetapi dalam masa yang sama, ramai yang berada di hadapan kita tak sempat berbual pula jadinya.Tak tahulah saya nak sebut sebagai kejutan budaya atau apa, tetapi apa yang pasti, masa itu tetap emas tulin.

                 Kalau tengah makan tu, makanlah dahulu.Kalau tengah melawat orang sakit, bersapalah dengan orang sakit...bukan berchating sambil bertanya khabar.Ianya pasti mengguris hati pesakit,bukan memberi peransang untuk sembuh cepat.Tetapi ini kes kebanyakan mak bapak anak.bukan lagi anak zaman sains dan teknologi . hehe, saboo ajelah...

                 Rasanya mesej saya yang asal tentang anak zaman sains dan teknologi masih kabur.Psst, sebenarnya tajuk ni keluar sebab kesian tengok along yang mati kutu bila handphone kesayangannya rosak buat kesekian kalinya.Macam kucing hilang anak.Semoga Asus Zenfone c dari lazada mampu menjadi penawar untuk Along nanti.


Ahad, 29 Mac 2015

Magic gold foundation 5gram collagen RM39.90

                  Dengan Magic gold foundation 5gm collagen , kita mampu mengalami perubahan wajah dengan foundation ajaib yang merawat cela wajah dalam masa 5 minit.

                  Bedak asas SPF 40 & minyak biji anggur yang bertindak sebagai anti-oksidan yang melindungi sel kulit selama 12 jam dari sinaran UV yang boleh merosakkan kulit.

Fungsi dan kelebihan.

-Mencerahkan, menganjalkan & menegangkan kulit wajah.

-Menutup kecelaan pada wajah.

-Mengandungi vitamin E yang bertindak menghilangkan parut pada wajah.

-Sesuai untuk kulit jeragat/kulit kusam/ sensitif/normal.

-Tidak berminyak, tidak cepat berpeluh & ianya kalis air, boleh bertahan selama 12 jam.

-Dikeluarkan dalam 1 warna sahaja tetapi sesuai untuk semua jenis kulit kerana ianya

bertindak secara ajaib mengeluarkan warna mengikut jenis darah/ tona kulit.

Sesuai digunakan oleh semua jenis kulit Lelaki dan Wanita..
Cara penggunaan.
[Normal / Jeragat ] sahaja.

Siang hari :
1. Cuci muka dgn sabun beras/ sabunn Colagen.

2. Apply Toner Treatment / Toner Collagen [tambahan untuk kesan cepat].
3. Apply Magic Day cream
4. Apply Magic Gold Foundation.

Malam hari :
1. Cuci muka dgn Sabun Beras/ Sabun Collagen

2. Apply Toner Treatment / Toner Collagen [tambahan untuk kesan cepat].
3. Apply Night cream/ Yellow Cream.

 Terbukti berkesan dan menakjubkan..



Rabu, 25 Mac 2015

KWhite 38

Kwhite 38- pemutihan kulit dan pemontokan payudara.

HARGA JUALAN
1 KOTAK RM100 (S/M)
1 KOTAK RM110 (S/S)
PERCUMA POS LAJU

MINUMAN AJAIB KHAS UNTUK ANAK DARA DAN WANITA !!!

~ Kulit semakin putih
~ Payudara semakin pejal ,
~ Akan kembali dara seawal 60saat terasa kesan serta merta.
~ Anak dara akan semakin berseri dan putih.
~ Wanita yang sudah berumah tangga kembali dara.
     (Segalanya dengan izin Allah-Kita Hanya Bertawakal Dan Berusaha)
~ 100% halal.
~Terbukti berkesan.

Kwhite 38

~rasanya seperti kopi.
~Produk pertama berasaskan habbatussauda dan dark choc.
   ("Tetaplah Kamu Dengan Al-Habbah Al-Sawda' Ini Kerana Sesungguhnya Ia    Mengandungi Penawar Bagi Segala
   Penyakit Kecuali mati") -(HR : Al-Bukhari/Muslim)
~ Kenapa Dark Choc? ( RASA NYA SEPERTI KOPI TAPI SEDAP)
~ Meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dari LDL
~ Mengurangkan risiko penyakit jantung
~ Dark chocolate dibuat daripada tumbuh-tumbuhan di mana ia mengandungi     khasiat daripada sayur-sayuran.
~ Khasiat ini adalah dari flavonoid yang bertindak sebagai antioksidan.

Kebaikan KWHITE38 :

• Khas untuk menganjalkan payudara
• Membantu menganjalkan juga tubuh badan yang lembik
• Membantu menyekatakan tona2 gelap agar semakin cerah Dan sekata
• Memberikan tenaga
• Mengurangkan stress harian
• Khas untuk menjaga kewanitaan agar Persis Anak Dara
• Membantu membentuk tubuh badan menjadi terbentuk Dan cantik
• Membantu Kulit semakin Kenyal Dan Gebu.

AMARAN K-White38 :

Ibu mengandung dilarang mengambil KWHITE 38 kerana ia berfungsi ketatkan faraj'

Cara makan :

K-White sebelum sarapan kerana ia ada fungsi menahan rasa lapar.

K-white lebih kepada UP maksudnye lebih kepada montok,anjal, Dan jika anak dara ia mencantikkn
bentuk shape payudara Dan jika yang sudah berkahwin ada masalah payudara kendur/lembik ia akan besarkan .seterusnya proses menganjal. Maksud besar sesuai dgn ketinggian tubuh kita.

sms/whatsapp 0192057039 .

Ibu puteh collagen drink(ICPD)



Ibu puteh collagen drink(ICPD)

HARGA JUALAN
1 BOTOL RM75 (S/M)
1 BOTOL RM80 (S/S)
PERCUMA POS LAJU

TESTIMONI IPCD :

" Memang sedap, nampak kulit bertambah putih..perut pun kurang buncit..lepas minum rasa kenyang & tak rasa nak makan"

KENAPA ANDA PERLU MINUM COLLAGEN DRINK KAMI ?

Kerana :

~ Collagen drink kami memberikan tenaga optimum sepanjang hari
~ Collagen drink merawat masalah kulit wajah serta mencerahkan kulit
~ Collagen drink membantu menurunkan berat badan anda
~ Collagen drink membantu merawat masalah keputihan serta period yang tidak teratur
~ Collagen drink membantu mengurangkan masalah senggugut yang anda alami selama ini
~ Collagen drink membantu pengeluaran susu ibu
~ Collagen drink membantu pulihkan sendi-sendi serta sakit urat
~ Collagen drink membantu merawat luka selepas pembedahan atau bersalin

KHASIAT HEBAT IBU PUTIH COLLAGEN DRINK (IPCD) :

UNTUK KECANTIKAN :

~ 50% kecerahan ketara dalam masa 1-2 minggu dengan amalan konsisten
~ Tona kulit lebih cerah sekata
~ Memulihkan tekstur kulit yang rosak dan bermasalah
~ Menghilangkan parut serta bintik hitam
~ Memudarkan dan menghilangkan jeragat
~ Mengecilkan pori-pori yang terbuka
~ Kulit lebih cantik bermaya, segar dan anjal berseri
~ Mengecut serta menghilangkan parut jerawat
~ Kulit menjadi lebih lembab, halus dan gebu
~ Merawat kulit kering dan minyak berlebihan
~ Anti penuaan
~ Menguatkan akar rambut dan kuku

UNTUK KESIHATAN DALAMAN :

~ Membantu mengurangkan gejala resdung
~ Menguatkan sendi-sendi tulang
~ Menghilangkan lenguh-lenguh badan dan sakit urat
~ Memulihkan rekahan tumit kaki
~ Merawat luka selepas pembedahan atau bersalin
~ Membantu mendapatkan zuriat dengan mengimbang/menstabilkan hormon
~ Tingkatkan pengeluaran susu ibu
~ Mengatasi masalah sengugut, keputihan dan haid yang tidak teratur
~ Membekalkan tenaga optimum sepanjang hari
~ Mengurangkan kolestrol dan toksin dalam badan
~ Menurunkan berat badan bagi mendapatkan kembali berat ideal
~ Mengempiskan perut buncit
~ Tidur yang berkualiti dan lena

sms/whatsapp 0192057039 .

Miracle Slimming Coffee

Miracle Slimming Coffee
HARGA JUALAN
1 BOTOL RM100 (S/M)
1 BOTOL RM105 (S/S)
PERCUMA POS LAJU
(offer rm 90.00)

Miracle Slimming Coffee satu-satunya minuman pelangsingan berperisa kopi yang sedap dan dijamin berkesan dalam masa 7 hari tanpa perlu berdiet sakan.

Miracle Slimming Coffee menggunakan bahan-bahan yang berkualiti seperti berikut :

1) Garcinia Cambogia
Supplemen dari jenis herba yang dipasarkan sebagai agen penurunan berat badan kerana ia mengandungi kompaun bernama Hydroxycitric Acid (HA) yang membantu merawat obesiti.

2) L-Carnitine
Fungsi utama dari carnitine di dalam tubuh adalah untuk mengatur oksidasi lemak (membakar lemak). Ia bertanggungjawab untuk mengankut lemak ke tungku pembakaran lemak dlam sel tubuh, yang disebut dengan mitokondria. Lemak tidak akan bisa dioksidasi jika lemak tidak dapat mencapai mitokondria, sekeras apapun anda melakukan senaman atau melakukan diet tegar.

3) Slim Herbs
Diformulasikan daripada beberapa herba terpilih yang dipercayai keberkesanannya.

Herba ini mampu :
~Mengawal selera makan selama beberapa jam lamanya.
~Mendapat lebih tenaga untuk aktiviti fizikal.
~Mengurangkan nafsu untuk makan.
~Menaikkan kadar metabolisme dan pembakaran kalori.
~Menurunkan berat badan dengan berkesan dan terkawal.
~Membakar lemak badan dengan pantas.
~Mengawal berat badan dengan mudah.
~Kebaikan Garcinia Cambogia.
~Berkesan mengurangkan berat badan.
~Menghalang pembentukan lemak.
~Mengurangkan kolestrol.
~Menambahkan tenaga.
~Merawat masalah kemurungan, susah tidur.

Cara Mengamalkan :

~Ambil 2 scoop sehari 30minit sebelum sarapan pagi
~Campurkan dengan secawan air suam
~Banyakkan minum air putih utk proses detokfikasi yang cepat

sms/whatsapp  0192057039 untuk rundingan harga.

Dongeng Kucing dengan Jerung

                Dikala Kucing sedang menjual ayam di tepi jalan,datang Sang Jerung bersama dengan kereta mercedes barunya yang berkilat.

"Wah! cantik kereta kau, hebat kau sekarang kan?" tegur Kucing dengan ramah.

"Aku sekarang kan tauke pisang.Beribu-ribu pokok pisang aku tanam di dasar laut sana.Semuanya subur-subur belaka.Tambahan pula sekarang ni pisang mahal, memang kayalah aku."

"Benarkah ada pisang ditanam di dasar laut?" tanya Sang Kucing.

"Mengapa tidak? Buah-buah pisang yang aku tanam di dasar laut itu perlukan baja.Aku datang ke sini adalah untuk mencari baja.Aku dengar kau ada membekalkan baja kepada beberapa orang petani di sekitar sini. Sanggupkah engkau membekalkan baja yang banyak kepadaku? aku akan membayarmu." janji Jerung dengan senyuman yang cukup meyakinkan.Sang Kucing tersenyum kelegaan.

"Alhamdulillah...sekurang-kurangnya aku sudah mempunyai pembeli tetap baja keluaranku." kata Kucing dengan muka bercahaya.

"Elok sangatlah kalau macam tu. Dalam dua tiga hari lagi aku akan datang mengambil baja dari kamu." Kata Jerung.

"Okey, aku tunggu kau di sini." jawab Kucing.

              Selang dua hari, Kucing menanti Jerung di sebuah pangkin kayu berhampiran gerainya.Tepat pada masa yang dijanjikan, Jerung kembali lagi bersama mercedesnya.

"Ini baja yang aku janjikan," kata Kucing sambil menghulurkan baja kepada Jerung."

"Wah! Inilah yang aku cari-cari, terima kasih Kucing."

"Macam mana dengan bayaran?" tanya Kucing.

"Oh, kau kena faham cara aku bekerja.Kalau kau bagi aku baja lagi sekali barulah aku akan berikan kau bayaran.Dua tiga hari lagi aku datang." Kata Jerung.

"Kalau macam tu, tak mengapalah," jawab Kucing.

              Selang beberapa hari Jerung datang lagi bertemu dengan kucing .

"Ini baja yang aku berjaya kumpulkan," kata Kucing.

"Okey, terima kasih Kucing..." kata Jerung.

              Kucing serba salah.Mana bayaran yang dijanjikan Jerung? hatinya mula rawan.Tak tergamak pula hendak bertanya tentang bayaran yang dijanjikan itu.

"Dua tiga hari lagi aku datang lagi tahu, kau mesti siapkan baja untuk aku.Aku nak gunakan lebih banyak baja." kata Jerung dengan senyuman manisnya.

"Baiklah." jawab Kucing dengan senyuman terpaksanya.Tak boleh jadi macam ni, takkan dia nak diamkan sahaja tentang bayaran. Perbelanjaan keluargaku bergantung kepada pendapatan sampingan ini sahaja.Hasil berniaga ayam ini cukup-cukup untuk menampung perbelanjaan universiti Kitty,Peah,Sitam dan Momot aje. aku sudah hampir habis ikhtiar untuk mendapatkan belanja rumah.Akhirnya Kucing membuat keputusan membuat panggilan telefon kepada Jerung.

"Hello Jerung, aku minta maaf sangat kat kau, aku nak pakai duitlah sekarang.Mana pisang yang kau janjikan?" tanya Kucing.

"Oh, dua tiga hari lagi aku datang ambil baja.Aku akan lunaskan bayaran baja kau. Tapi jangan lupa baja tahu, aku perlukan segera." kata Jerung bersungguh-sungguh.

                Tiba masa yang dijanjikan, Jerung datang mengambil baja.
"Bayaran untuk baja pertama dan kedua tahu, Bayaran ketiga, bila aku datang ambil baja nanti," kata Jerung.

'Alhamdulillah...ada rezeki anak-anakku' bisik hati Kucing.

                Kini sudah dua bulan Kucing membekalkan baja kepada Jerung.Dalam seminggu, dua kali Jerung datang mengambil baja dari Kucing.Bayaran yang dijanjikan cuma sekali diperolehinya.Bayaran tertunggak sudah kian banyak.Jerung sering mendesak kucing memberikan baja kepadanya lebih banyak.

                Kalaulah Kucing menjual bajanya kepada petani lain, dia sudah mendapat hasilnya.Walaupun memerlukan duit, Kucing terpaksa bersabar dengan harapan Jerung akan segera membayar hasil keringatnya membuat baja setiap hari.

                Kucing tidak tahu apa yang harus dikatakan lagi.Kalau baja lewat dibekalkan,Jerung akan bersungut dan marah-marah.Tiada sedikitpun rasa bersalah kerana tidak melunaskan bayaran kepada Kucing.Kalau tidak mengenangkan Jerung adalah kawannya, dia tidak akan sanggup bersabar begini lama.Kucing juga perlukan duit untuk menyara keluarganya.

               Kucing tekad tidak akan membekalkan baja lagi kepada Jerung. Selepas dia menerima bayaran nanti, dia akan memberitahu kepada Jerung tentang keputusannya ini.

               "Hello jerung, bila nak bayar hasil baja aku?"

               "Minggu depan aku masuk duit dalam akaun kau," balas Jerung.

               "Hello jerung, Kau dah bank in belum duit aku?"

               "Insyaallah minggu depan aku bank in.Aku sibuk sekarang."

               Kucing termenung sendiri.Lepas minggu depan, minggu depan lagi.

              'Agaknya apa masalah jerung? Kalau tak berjanji , tidaklah aku mengharap.Boleh aku ikhtiar rezeki lain untuk anak-anak aku.Bersangka baik ajelah...Namun begitu,aku tidak akan berharap lagi.Kalau jerung bayar baja aku sekalipun, aku tak akan mahu lagi bekerjasama dengannya.' Itulah tekad Kucing.

 Tamat.

                Cerita ini hanyalah rekaan dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana kucing comel mahupun jerung yang dah jadi sup sirip yu dan sebagainya.Ianya sekadar imaginasi semata-mata.Mesej of the story?
             
                 Saya rasa, sikap memungkiri janji begini memang menyusahkan orang lain.Kasihan kucing.Harapkan duit dari jerung nak beli ikan kembung untuk anak-anaknya, tetapi anak-anaknya terpaksa berlapar kerana Jerung.Nasib baik jerung tu kawan, kalau tidak tentu kucing dah makan jerung tu dan boleh kongsi isinya dengan kucing-kucing yang lain.

                Awak juga boleh hilangkan kepercayaan orang kepada awak.Akan hilang juga rasa hormat walaupun awak besar.Menyampah lagi adalah.

                Sudahlah tak pernah minta maaf, asyik buat ayat tak bersalah aje memanjang.Ingat awak tu jerung dan besar, dosa menjadi orang munafik tak tersangkut ke? Awak akan dituntut di akhirat kelak.Huhuhu...sendiri mahu ingat.

               Semoga kita dijauhkan dari sifat munafik dan dijauhkan dari kawan-kawan yang munafik.Aamiin...

Selasa, 24 Mac 2015

Bini aku tomboy ke-Arisa Eriza

             Novel Bini aku tomboy ke ini ditulis oleh Arisa Eriza dan diterbitkan oleh Kaki Novel.

             Novel ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Sofi Zarill atau lebih dikenali dengan nama Zack.Oleh kerana ayahnya Dato' Hamdan terlalu inginkan anak lelaki,Zack dibesarkan seperti anak lelaki.Tanpa main pondok-pondok,tanpa main anak patung, tetapi sebaliknya bermain permainan lasak dan berpakaian seperti lelaki.

             Sehinggalah pada suatu hari Zack dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dan beg pakaiannya serta dompetnya telah dicuri.Dalam keadaan terdesak, Zack menuju ke sebuah surau tetapi dia dimarahi kerana memasuki surau perempuan sedangkan dressing Zack, menampakkan dirinya seperti seorang lelaki sejati.

              Akhirnya Zack dipertemukan dengan Abang Din yang berniaga di sebuah kedai makan.Zack menumpang di rumah Abang Din sebagai seorang lelaki.Menyamar demi nak menumpang tidurlah kononnya kan...

              Zack ditangkap polis kerana dituduh berniat nak skodeng anak dara orang di surau.Memang susah perempuan berpakaian lelaki nak solat di surau kan?Nasiblah kau Zack...

             Zack kembali kepangkuan keluarga setelah berjaya menghubungi ayahnya ketika di balai polis.Abang Din yang jatuh cinta pada Zack menjauhkan diri dari Zack kerana mengetahui bahawa Zack adalah anak orang kaya.

            Tetapi jodoh pertemuan dan ajal maut ditangan tuhan.Zack yang ingin dijodohkan dengan Azim oleh kedua ibubapanya akhirnya berkahwin juga dengan Abang Din kesayangannya.Nak tahu macamana mereka berjodoh sedangkan Zack menyamar sebagai lelaki, kenalah baca buku ni sendiri kan....

            Sayangnya kalau Allah kata ada jodoh tetapi jodoh tak panjang nak buat macam mana kan...Abang Din dan Zack mengalami kemalangan yang meragut nyawa Abang Din.Kehilangan Abang Din akhirnya diganti oleh  Azim yang sekian lama jatuh hati kepada Zack.

            Nak tahu bagaimana kisah seorang lelaki yang berkahwin dengan seorang perempuan lasak bergelar tomboy aka Zack, kenalah baca sendiri cerita ni.Saya suka cerita ni,cuma saya tak suka bahasa yang mereka gunakan.Huu...memang boleh naik angin saya baca dengan bahasa kasar tahap tak ingat Zack ni.Alasannya, bahasa ni bahasa muda mudi,tapi, kot iya pun muda mudi, saya tak akan ajar anak saya berbahasa tahap melampau macam tu.Kasar sikit tu biasa...tapi kalau tahap ni, rasanya...gulp!mintak dijauhkan.

           Gurauan pun gurau senario gitu.Memang tak kena langsung dengan jiwa saya.Tapi okeylah juga...Sudah kisahnya seorang tomboy yang kasar tetapi berjiwa halus...kita faham sendiri lah...Mesejnya sampai...cuma...mintak dijauhkan.hehe.

             Dalam cerita ni ada juga diselitkan kisah haruan makan anak yang memang tragis.Kisah perempuan yang jatuh cinta dengan si Zack yang macho pun ada juga.Bagi saya,tomboy ni tidak seharusnya berlaku dalam masyarakat.Ianya bukan sahaja menyusahkan diri sendiri, tetapi menyusahkan orang lain dan yang utama, boleh menimbulkan fitnah.Kerana itulah Allah melarang perempuan berpakaian menyamai lelaki.Wallahu a'lam.

Khamis, 19 Mac 2015

Fatimah Az-Zahra dan gilingan gandum

                  Jadi orang perempuan ni memang penat.Apatah lagi jadi suri rumah tangga yang bekerja.Sama ada bekerja di pejabat, mahupun bekerja dari rumah.Dari pagi sampai malam memang tak pernah habis kerjanya.Mana nak ke pasar beli barang....
                Mana nak masak air...stok air masak pun jadi satu kerja juga walaupun mudah tau...Kalau tidak, minum air paip ajelah anak-anak dan suami.
               Mana nak mesin kelapa...
              Nak memasak,cuci kain,mengemas, menyapu dan uruskan anak-anak dari A sampailah Zzz.Kadang-kadang bila tengok rumah tak sempat kemas,rasa nak menangis pun ada.Kerja lain nak kena buat juga.Siapa yang nak tolong?Suami?Anak-anak?susah nak cakaplah...seratus kerja, mungkin dia orang dapat tolong satu.Nak bersungut pun tak guna.Maka, jom kita baca cerita ni.

                                                     Fatimah Az-Zahra dan gilingan gandum.

                  Suatu hari, Rasulullah SAW menemui anaknya Fatimah Az-Zahra.Didapatinya anaknya itu sedang menggiling gandum sambil menangis.Baginda bertanya kepada anaknya.

"Mengapa kamu menangis?"

Fatimah berkata,"Ayahanda, penggilingan dan urusan-urusan rumahtanggalah yang menyebabkan anakmu menangis."

                 Lalu duduklah Rasulullah SAW disisi anaknya.Fatimah berkata lagi,

"Ayahanda, sudikah kiranya ayahanda meminta Ali(suaminya) mencari seorang pembantu untuk menolongku menggiling gandum dan mengerjakan urusan di rumah?"

                Mendengar kata-kata anaknya itu maka Rasulullah SAW bangun dan mendekati penggiling itu.Baginda mengambil bijirin gandum itu dengan tangannya dan diletakkan dalam penggiling seraya diucapkan

"bismillahirrahmanirrahim."Penggilingan itu berputar dengan sendirinya seraya bertasbih kepada Allah SWT sehingga habis butir-butir gandum itu digilingnya.Rasulullah SAW bersabda kepada anaknya ,

"Jika Allah SWT menghendakinya, nescaya penggilingan itu berputar dengan sendirinya untukmu.Akan tetapi, Allah SWT menghendaki dituliskannya untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskan olehnya beberapa kesalahan dan diangkatnya untukmu beberapa darjat.Wahai Fatimah, perempuan mana yang menggiling tepung untuk suaminya dan anaknya, maka Allah SWT menuliskan untuknya dari setiap biji gandum yang digilingnya.Suatu kebaikan dan mengangkatnya satu darjat."

                Fatimah terdiam dan bertaubat setelah mendengar kata-kata ayahnya.Diapun meneruskan kerja-kerjanya dengan gembira tanpa bantuan daripada sesiapapun.

                Korang camana?Insaf tak?Tak mengapalah kita bersusah sikit buat kerja rumah...Allah dah menjanjikan ganjaran pahala yang sudah cukup besar untuk kita.Alhamdulillah...

Brand new style Sophie Martin Paris

Semua produk ini sold out and out of date


















                   Brand new style Sophie Martin Paris ni lagilah buat kita terpesona.Cek stok dengan sms/whatsapp 0192057039.Stok sah sehingga awal April 2015 sahaja.

Sophie Martin Paris less than RM100

Produk Out of date




















                   Berbalam-balam mata saya melihat beg tangan berjenama Sophie Martin Paris less than RM100 ni.Memang cantik-cantik belaka.Ada lagi yang harga atas dari 100.Terpaksa saya asingkan sebab terlalu banyak pilihan.huhu.

                   Kalau berkenan bolehlah cek order sms/whatsapp 0192057039 ya...harga pos bagi beg tangan biasanya RM9 untuk sm dan RM12 untuk ss.Stok ni sah sehingga awal April sahaja.Selamat cuci mata...


Sophie Martin Paris beaty produk.

Produk out of date

























                   Sophie Martin Paris beauty produk at home...sms/whatsapp 0192057039 untuk cek stok.Harga tertera tidak termasuk postage.Postage mengikut berat timbangan barang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...