lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Jumaat, 12 Jun 2015

1'st Giveaway by Murni Alysa


1'st Giveaway by Murni Alysa ini akan berakhir pada 15hb Jun 2015.Sudah tak berapa lama sahaja lagi.Tapi perkataan akan membatalkan giveaway kalau peserta kurang dari 50 orang tu agak tak patut rasanya.hihi...Macam sekadar mengumpan dan lari terus je.maaf ya...Tak kisahlah...harap-harap akan muncul lebih ramai peserta nanti.Aamiin...

"Saya mahu mencuba vitamin c ini kerana"

Saya mahu mencuba vitamin c ini kerana saya tahu bahawa vitamin c adalah satu vitamin yang amat diperlukan oleh badan kita.Vitamin c amat penting untuk kecantikan dan kesihatan kulit kita.Kita semua tahu bahawa untuk mendapatkan vitamin c,kita perlu mengambil sayur-sayuran atau buah-buahan dalam kuantiti tertentu setiap hari.Tetapi kita sebagai manusia,memang ramai yang engabaikan sistem pemakanan seimbang.

              Maka dari situlah kita tahu betapa penting alternatifnya iaitu pil vitamin c yang mencukupi tanpa perlu risau apakah vitamin c yang kita ambil sudah mencukupi untuk keperluan kita. Oleh itu,satu sebab utama yang saya perlukan dari produk ini adalah masalah gusi berdarah dan tentu sekali untuk kecantikan kulit juga.Sudah 40an ni,saya seharusnya mengambil lebih vitamin c untuk pembentukan kolagen dan sktruktur kulit yang rosak tanpa disedari.

Fungsi vitamin:

~Membantu pembentukan kolagen:
Iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya akan lebih licin, cerah, tegang dan cantik. Serta luka pun cepat sembuh kerana Vitamin C ini akan membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

~Memperbaiki simptom pendarahan :
Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam pada kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

~Mengekalkan kolestrol sihat :
Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah. Mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisme kolestrol iaitu pembetukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Mereka yang menghidap darah tinggi digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan strok dan jantung tersumbat.

~Peningkatan sistem imun
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik. Membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptom flu atau selsema. Penghidap sakit asthma, sangat-sangat disarankan mengambil Vitamin C dalam diet seharian.

~Detoksifikasi:
Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksid menjadikan ia tidak bahaya pada buah pinggang dan ia dapat dinyahkan dari badan dengan mudah. Mereka yang merokok sepatutnya menjadikan vitamin C sahabat baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

~Penyakit Skurvi adalah akibat kekurangan Vitamin C:
Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan Vitamin C. Jelas sekali Vitamin C adalah umpama gam melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan tidak mudah terkoyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit, disarankan untuk mengambil dos Vitamin C yang lebih tinggi untuk mempercepatkan proses penyembuhan.



4 ulasan:

  1. Assalamualaikum..akak dah update nama senarai peserta GA ini..adik boleh check dekat sini : )

    http://murnialysa.blogspot.com/2015/06/senarai-peserta-1st-giveaway-by-murni.html

    Terima kasih banyak2 kerana sudi join dan Good Luck to u!!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...