lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Khamis, 30 Julai 2015

Segmen raya bersama Mamamyja

 Okey!ambil tempat masing-masing.
 Duduklah elok-elok sikit, jatuh kang.
 Okey! satu...dua...klik!
 Buat gaya bebas pulak!Klik!
 Sekali lagi, karang tak jadi pulak gambarnya.Klik!
Tukar tempat pulak.Klik!

              Begitulah aksi kami berposing di pagi syawal.Alang-alang nak join segmen raya mamamyja ni, bolehlah saya abadikan gambar raya kami sendiri.Bukan semua orang berpeluang mengabadikan gambar kenangan terindah di dalam blog kesayangan mereka kan...Terima kasih mamamyja kerana bagi kami peluang ini.

             Oleh kerana mamamyja meminta saya bercerita tentang baju raya, terpaksalah saya membuka cerita suka duka kami untuk memakai baju raya kami untuk hari raya kali ini.Pada awalnya, kami merancang untuk membeli baju raya sama warna iaitu warna hijau.Tak kisahlah warna hijau yang mana, asalkan hijau.

             Macam biasa, bajet baju raya ada peruntukan masing-masing.Saya memilih baju kurung hijau pasang siap yang saya beli di Jalan Chow Kit.Angan-angan hendak menjahit sendiri baju raya terpaksa dibatalkan kerana beli baju pada saat akhir iaitu seminggu sebelum raya.

             Entah macam mana, Along memilih kemeja hitam bersama seluar slack.Katanya kurta kesayangan beliau yang berwarna putih itu masih cantik.Lagipun baju melayu jarang dipakai.Lagi baik beli kemeja yang sering dipakai.Tada...kurta putih itulah yang dipakai dalam gambar di atas.

            Angah dengan kakde pula memilih jubah dari jenis kain yang sama dan bunga yang sama tetapi dengan warna hijau yang berlainan.Alhamdulillah...Selain baju raya, jubah ini akan dipakai di asrama sepanjang tahun.Berbaloi kan?

            Nana memilih jubah terqoise yang cantik  dipakai dalam gambar di atas tu.Cantik pulak tengok warna tersebut.

            Entah macam mana, Adan dapat baju melayu berwarna biru.Jadi, saya memaksa Adan memakai baju terqoise iaitu baju raya tiga tahun lepas yang jarang sekali dipakainya.Masih berkilat dan tak terusik langsung.Beginilah kalau Adan dengan baju berwarna cerah.Malu katanya nak pakai baju warna cerah.hihi.

            Arif pula saya ilihkan baju berwarna hijau juga.Cantik bajunya.Entah macam mana baju tersebut tertinggal di rumah bapa saudara mereka.Pada malam raya, terpaksa kami cari baju tangkap muat iaitu sehelai t shirt yang agak longgar dan seluar slack hitam.Memang lari sangat dari warna sedondon.Tapi bolehlah dari tak ada...cantik juga gambar raya kita orang ni walaupun tak sedondon sepenuhnya.

            Begitulah berakhirnya kisah baju raya kami untuk tahun ini.Alhamdulillah... Hakikat yang tak dapat dinafikan, saya sungguh gembira dapat berhari raya bersama keluarga di kampung.

            Kalau korang nak sertai Segmen raya bersama Mamamyja ni, klik di SINI .Selamat bersegmen...

Izeara bodytalk white slim

Izeara bodytalk white slim .
Harga pasaran rm 199.00.
Pos laju rm 9.00 sm/ rm 15.00 ss.

Harga promosi terbaik punya. sila....

SMS/WHATSAPP 0192057039.

Memperkenalkan IZEARA BODY TALK WHITE SLIM .
           Izeara bodytalk white slim merupakan full set combo pelansingan badan dan kecantikan dari dalam.Kali ini Izeara International mempersembahkan set combo ini semata-mata untuk membantu mereka yang mengalami masalah untuk membuang lemak degil dan kembali cantik dengan harga yang berbaloi baloi.

Izeara bodytalk white slim mengandugi:
1.  Satu botol Slim diet bodytalk.
2.  Satu botol Slim detox bodytalk.
Dengan pembelian Izeara bodytalk white slim, anda mendapat percuma :
1.   6inch body serum.
2    6inch body soap(sabun izeara).

Kelebihan Izeara bodytalk white slim (slim diet dan slim detox). :
~ Stem Cell Formula digabungkan dengan makanan sunnah terbaik dunia.
~ 100% formula bahan semulajadi.
~ Berkesan dalam masa 7 hari
~ Sesuai utk ibu menyusukan anak.
~ Sesuai untuk lelaki dan perempuan.
~ Berkesan mengurangkan masalah perut buncit.
~ Tiada kesan sampingan mahupun cirit birit.
~ Membakar lebih kalori tanpa senaman atau berlapar.
~ Membantu menghilangkan lesu-lesu badan.
~ Menghilangkan jerawat dan kulit lebih glowing.
~ Menghilangkan parut dan selulit lama.
~ Kulit menjadi lebih putih,gebu dan halus.
~ Lemak mula cair dari dalam dan perut makin mengecil.
~ Berat makin menurun dan tenaga makin bertambah.
~ Selamat untuk diambil dan Diperakui selamat oleh kementerian kesihatan Malaysia .
~ Diluluskan halal oleh JAKIM.

Cara Pengambilan Izeara bodytalk white slim :
(1 botol slim diet & 1 botol slim detox)

~Minum 1 sudu SLIM DIET serta 2 gelas air sebelum sarapan.
~Minum 1 sudu SLIM DETOX serta 2 gelas air sebelum tidur.
~Sapukan Izeara 6inch Body Serum 4-5 kali sehari selepas makan dan sebelum tidur.
~Gunakan Izeara Body Soap semasa mandi

AMALAN TERBAIK
~Minum air 2 liter sehari utk membantu proses penyingkiran toksin.
~Makan epal hijau & minum air lemon.

AMARAN!!!
~ Ibu mengandung, berpantang, menyusukan anak boleh menggunakan Izeara. 
~ Untuk pregnant di semua tempat kecuali muka dan perut.
~ Izeara tidak boleh digunakan di muka. Leher boleh bagi menghilangkan double chin.
~ Izeara tidak panas, tidak gatal atau ruam. Hanya bau lime extract sahaja.

KANDUNGAN IZEARA BODYTALK WHITE SLIM ORIGINAL :
Formula apple stem cell,
garcinia cambogia, 
seaweed, 
green tea, 
lime extract,
vitamin C, 
makanan sunnah terbaik dunia.
            Macam tak percaya, selepas mengamalkan Izeara bodytalk white slim selama sebulan lebih, inilah wajah Enot sekarang.Sedahlah semakin kecil molek tetapi semakin glowing juga.

Free gift:

1.  6 Inch Slimming Serum Bernilai RM 89.00.
~ Spray Sahaja Di Tempat Yg Mempunyai Lemak Degil.
~ Tidak Ada Kesan Panas
~ Berkesan Seawal 7 Hari
~ Sesuai Utk Semua Peringkat Umur
~ Bebas Kimia. 100% Organik
~ Selamat & Halal

2.  Inch Slimming Soap bernilai RM 49.
~ Digunakan Ketika Mandi
~ Memutihkan Kawasan hitam dan berdaki seperti Miss V, Ketiak, Tangan, Tumit etc .
~ Kesan seawal 7 hari.
~ Bebas Kimia.
~ Halal & Selamat
             Selepas Izeara bodytalk white slim dilancarkan, sudah ramai yang mencuba dan saya cuba mencuba produk ini dan Hasilnya adalah seperti testimoni terbaharu ini.





                Akhir sekali, saya  mohon diri.Berminat nak mencuba  bolehlah...

SMS / WHATSAPP 0192057039 untuk pertanyaan atau tempahan.Asslamualaikum.

Izeara 6inch body serum extra power 200ml

Izeara 6inch body serum extra power .
Harga pasaran :rm 89.00 pos rm 6/10.
Kandungan sebotol : 200ml.
Sekarang rm 79.00. 
Pos rm 6 sm/rm 10 ss.

Izeara 6inch body serum extra power merupakan produk pembakar lemak hanya dengan sapuan di bahagian berlemak di bahagian badan kita.Tak perlu susah-susah berlapar.Hanya sapu-sapu manja sambil tengok tv je dah blh kurus.

Keistimewaan Iziera 6inch body serum extra power :
~ Produk 100% Bebas bahan kimia.
~ Produk 100% Bebas Paraben.
~ 100% terjamin keberkesanannya menurunkan 6 Inch dalam tempoh 48jam.
~ Menghilangkan parut & selulit lama.
~ 100% Membakar lemak, membentuk struktur badan, mengekalkan kecantikan badan.
~ Langsung tidak panas.
~ Tidak berminyak atau melekit seperti produk lain.
~ Bau yang menyegarkan(tiada bau perfume atau minyak angin)
~ Tidak menyebabkan gatal atau miang.(Kalau pakai ni, rasa macam tak sapu apa-apapun.) 
~ Paling hebat,timbangan pasti turun lepas 2 minggu guna tanpa perlu berlapar.
~ Izeara 6inch body serum extra power mempunyai kelulusan KKM(NOT140803635K)
~ Izeara 6inch body serum extra power merupakan roduk losyen/body serum yang pertama mengandungi Garcinia Cambogia yang sangat terkenal di German sebagai bahan pembakar lemak yang sangat berkesan.

Cara menggunakan Izeara 6inch body serum extra power :
~Untuk kesan yang menakjubkan, sapukan 6 inch body serum 4-5 kali sehari. 
~Sapu selepas mandi, makan dan waktu nak tidur.
~Sapu di bahagian dagu untuk menghilangkan double chin atau dagu berlapis.
~Boleh disapu ke seluruh badan kecuali muka.
*Ibu mengandung juga boleh menggunakan Izeara 6inch body serum extra power tetapi jangan gunakan di bahagian perut dan muka.


              Gambar kat atas ni, adalah produk yang sama.Izeara 6 inch body serum adalah packing lama dan Izeara 6 inch body serum xtra power pula merupakan packaging baharu.

Testimoni paling hangat sekarang adalah dari duta Izeara iaitu Enot, artis yang tidak asing lagi dalam drama melayu.


                  Dan awek berbaju merah ni pun dah semakin kurus dengan Izeara.Testimoni ini dipetik daripada boss saya sendiri.

Berminat nak mencuba?

SMS / WHATSAPP 0192057039 .

Rabu, 29 Julai 2015

Terminal Bandar Jengka

              Raya ke empat, kami terpaksa pulang ke Kuala Lumpur kerana esoknya anak-anak yang bersekolah akan kembali ke asramadan kolej masing-masing.
              Pada hari raya ke tiga, kami sudahpun datang ke terminal ini untuk mendapatkan tiket ke Kuala Lumpur esoknya.Tetapi seperti yang tertulis di atas ni, tiket tak dapat nak saya beli lebih awal kerana tiket hanya akan dijual 45minit sebelum bas berlepas.Saya bertanya kepada penjual di sekitar terminal Bandar Jengka ,tetapi mereka juga mengatakan hal yang sama.
               Tepat pukul 10.30 pagi, kami sudahpun sampai di Terminal Bandar Jengka untuk mendapatkan tiket. Kami rela turun lebih awal dari 45 minit seperti yang dipapatkan di kaunter tiket supaya tidak terlepas peluang membeli tiket yang ternyata amatlah terhad.

              Ketika kami sampai, sebuah bas sahaja berada di Terminal Bandar Jengka yang besar dan gah ini.Apabila ditanya, bas ini akan bergerak pada pukul 12 pagi.Tiket sudah habis dijual kerana seperti yang ditegaskan , iaitu 45 minit sebelum bas bertolak.

              Aduhai...kat kaunter tu tertulis pukul 9.00,1.00 dan 5.00 petang sahaja. Mana datang pula bas pukul 12.00 ni?Dan bas untuk pukul 1.00 pula tiada.Sebuah lagi bas akan tiba pada pukul satu dan akan bertolak pada pukul 2.00 petang.

             Ini bermakna kami perlu menunggu sehingga pukul 1.00 untuk mendapatkan tiket.Kami terfikir juga untuk menunggu di terminal Temerluh kerana pada kebiasaannya bas tambahan memang banyak di musim perayaan ini.Malangnya ada beberapa orang yang kami temui di sekitar Terminal Bandar Jengka mengaku bahawa mereka sudah menunggu di Temerluh semenjak pagi tetapi mereka akhirnya disarankan untuk ke Bandar Jengka.

            Apa sudah jadi dengan terminal ini?Apakah ianya dididrikan hanyalah untuk menjadi mercu tanda Bandar Tun Abdul Razak semata-mata?Setelah empat tahun beroperasi,akhirnya Terminal Bandar Jengka ini kian sepi.
              Suasana di Terminal Bandar Jengka ini memang jauh sekali dari suasana Terminal besar yang lain.
             Terminal Bandar Jengka yang penuh gah namanya sebagai terminal terbesar yang menjadi mercu tanda di sini.Tetapi namanya sahaja terminal bas kan? Kalau kita lihat suasana di sini, Kalau tidak ada sebiji,dua biji bas aje yang kelihatan.Entah ke mana perkhidmatan yang lain.Macam ini nak berkempen naik kenderaan awam untuk elakkan kesesakan di musim perayaan?Lebih baik tak payah nak mengempenlah...

             Walaupun kebanyakan anak-anak peneroka Felda kini sudah memiliki kereta-kereta besar, tidak semestinya kami tidak memerlukan kenderaan awam.Teksi memang banyaklah kan...Tetapi agak-agaklah weh...kita nak beraya ni memang guna banyak belanja.Jimat-jimatlah dari bayar tambang teksi yang mahal tu.

           Sepanjang saya menunggu, ada juga beberapa orang pelancong asing yang berlegar-legar di situ.Pelancong asing memang kerap datang ke sini terutamanya ke Jerantut(Taman Negara) tetapi apa yang saya lihat, Dari Jerantut ke Bandar Jengka pun susah betul nak dapatkan bas.Kalau naik teksi pula, mereka akan mengenakan tambang sehingga rm 60.00 .Teksi pula tiada teksi bermete.Semua teksi nak cekik darah aje.

          Satu hal lagi, kakak saya yang merupakan ibu tunggal berhasrat untuk mencari rezeki di Bandar Jengka.Tetapi bila kenderaan awam tidak lagi melalui kawasan Jengka ke Jengka, terpaksalah anak beliau menghantar berulang alik menaiki motorsikal.

          Kalau dahulu, kami sering berulang alik menaiki keretapi dari Jerantut ke Kuala Lipis, sekarang sudah tiada lagi.Bas yang adapun hanya satu atau dua kali sehari.Apa pilihan yang kami ada untuk mendapatkan kenderaan awam?

          Nampaknya, hendak tak hendak, setiap orang memerlukan kereta sendiri.Hendak tak hendak, semua orang terpaksa menanggung hutang dan menjadikan riba sebagai sebahagian dari hidup mereka.Memang sukar mendapatkan kenderaan awam, tetapi sekurangnya kami bebas hutang dan bebas riba.
             Satu-satunya penawar yang menyejukkan di sini adalah jeruk madu Pak Ali .Jeruk Pak Ali masih mengekalkan resepi jeruk di zaman kanak-kanak kami.memang sedap yang amat.
              Akhirnya tibalah sebuah bas pada pukul 1.00 dan kami terpaksa berbaris menunggu kaunter dibuka. Ternyata bukan tiada yang mahu naik bas, tetapi perkhidmatan bas amatlah terhad.Kalau dahulu kami ada stesyen bas kecil, bas sentiasa ada untuk kami.Tetapi bila terminal sudah menjadi mercu tanda, semua perkhidmatan menjadi semakin hampeh!!!

              Alhamdulillah...akhirnya setelah beberapa kali bergilir-gilir menunggu dalam barisan, kami berjaya mendapatkan tiket untuk bas pukul 2.00 petang.
Sepi.
Kosong.Satu bas pun tak menghuni tapak menunggu bas.Inikah kebanggaan kami yang gah?
              Terima kasih buat ayahanda yang sanggup menunggu bersama kami di Terminal Bandar Jengka semenjak pagi sehinggalah bas tiba.Terima kasih juga buat Abengoh Yie yang turut menghantar kami walaupun tak masuk dalam gambar ni.huhuhu...
               Akhirnya kami selamat sampai di pekeliling.Dengar ceritanya pekeliling akan ditutup setelah terminal bas besar siap.Jangan dah siap terminal besar ,bas pula tiada sudahlah...bukan sedikit golongan sederhana yang masih memerlukan perkhidmatan pengangkutan awam ini, Pihak yang berkenaan, tolonglah beri perhatian dengan masalah ini.

             Kami?Entahlah...mungkinkah ini perjalanan kami ke Kuala Lumpur menaiki bas?Wallahu a'lam.Tidak berguna menceritakan sesuatu yang gah tetapi hakikatnya entah kemana kan...Harap ada yang terasa pedasnya.

             Di pekeliling ni pun satu hal lagi.Car boor yang ada di sini menjual makanan dengan harga agak tak patut juga.Sebiji burger simple berharga rm 3.Sebotol air mineral juga rm 3. Banyak lagi jajan-jajan yang dijual mahal.Mahalkah sewa tepi jalan tu sehinggakan korang jual mahal-mahal?Nak tak nak, beli jugalah untuk melepaskan dahaga dan mengalas perut sementara sampai ke rumah.Bukan tak mampu beli pun...cuma terasa membazir pula burger rm 1.50 ,kita beli rm 3.00.

           Cukuplah bebelan saya untuk hari ni.Assalamualaikum.

Selasa, 28 Julai 2015

Memori 3 Syawal

             Majlis tahlil pada 2 Syawal berakhir dengan sempurna.Maka pada hari raya ke tiga ini, adalah masa untuk bersama keluarga di Jengka.Saat-saat yang paling indah adalah saat bersama bapa tercinta yang sentiasa dirindui.Jejaka pertama ini adalah ayahanda kesayangan saya.

             Saya menghabiskan masa menghayati kenangan-kenangan indah di rumah tempat tumpah darahku ini sengan sesungguh hati.Tapi rasanya mungkin ada yang tak tahu apa nak dibuat untuk menghabiskan masa atau mungkin memang trend zaman sekarang, masing-masing asyik dengan gadjet masing-masing.
            Ehem! siapakah itu jejaka kedua ini?Inilah fotografer Supirtenden Midus yang agak terkenal di kawasan Jengka. fotografer kita ni tidak bertugas pada hari raya kali ini.Kami tidak sempat berkumpul dan bergambar beramai-ramai seperti biasa kerana ada diantara adik beradik saya yang tidak dapat pulang berhari raya di sini pada kali ini.

            Tambahan pula salah seorang kakak saya ditimpa musibah.Entah macam mana dan apa faktornya kakak saya disahkan terkena serangan stroke mata.Beliau pada mulanya mendapati pandangan beliau yang berlapis.Mungkin beliau rabun.Tetapi tidak membuat cermin mata untuk mengatasinya.Akhirnya setiap apa yang dipandang menjadi dua.

            Kedengarannya remeh,tetapi hakikatnya beliau tidak mampu membuka mata beliau seperti biasa.Mata beliau akan tertutup sendiri dan hanya mampu membukanya sedikit sahaja.Akibat dari itu, beliau menjadi pening dan tidak mampu bergerak bebas.Badan beliau turut terasa lemah.Semoga Allah menyembuhkan beliau secepat mungkin.Aamiin...

              Jejaka ketiga ini, Ajiqadan,seorang siswa kesayangan kami sekeluarga.Tengoklah anak sekarang dan handphone memang tidak dapat dipisahkan.
             Bagi anak-anak yang suka bersantai, bawah pokok ceri inilah tempat yang paling menyeronokkan.
             Buaian ini adalah daya penarik utama mereka untuk berada di sini selain memetik buah ceri yang tidak pernah putus menjadi rezeki mereka.
              Pada hari raya begini,tempat tumpuan paling utama adalah port charger untuk telefon bimbit yang tidak pernah sunyi walaupun ketika semua orang sibuk.Paling mahal yang ada dalam gambar ini bukanlah telefon bimbit tersebut,tetapi tikar mengkuang peninggalan ibu kami yang dianyam sendiri oleh arwah tok Salamah kami ketika beliau masih sihat dahulu.
             Akhir sekali, tika saya sedang mengemas baju untuk pulang ke Kuala Lumpur, kakak saya mengajak saya mengikuti beliau beraya bersama kawan-kawan sekolah bekas pelajar SMKJP .Walaupun saya tidak mengenali mereka, tetapi nama mereka memang tidak asing lagi bagi saya.Maklum ajelah saya dan kakak saya ni memang akrab ketika kami bersekolah dahulu.Semua nama kawan-kawannya akan selalu meniti dibibirnya.Saya tumpang seronok ajelah...tetapi tidak dapat dinafikan, mereka semua memang happening.Sekian...

Jumaat, 24 Julai 2015

2 Syawal

                 Mengikut perancangan awal, kami akan berhari raya di Jengka pada 2 Syawal selepas majlis tahlil di surau Bukit Betong.Entah macam mana, tiba-tiba anak buah menawarkan diri untuk menjemput kami di Kuala Lipis kerana mereka sedang berhari raya di Kuala Lipis di rumah kawan-kawan mereka.

                Pantang menolak tuah, saya dan anak-anak pulang ke Jengka pada pukul 12.00 tengah malam dan sampai di Jengka sekitar pukul 3 pagi.Along dan ayahnya sahaja yang tinggal di Kuala Lipis untuk menghadiri majlis tahlil yang diadakan pada setiap pagi 2 Syawal setiap tahun.

                Saya sempat menghadiri majlis pertunangan merangkap majlis hari raya di rumah kawan kakak di Bandar Jengka.Dan apa yang pasti, keseronokan berhari raya di zaman sekarang tidak akan lengkap tanpa selfie.Tadaa... tu dia gambaq selfie dengan menggunakan monopod kami.
               Along dan ayahnya sempat bertemu adik beradik yang lain sebelum bertolak ke Jengka seperti yang dirancang.Biasanya, bagi mereka yang tidak dapat berhari raya di kampung, mereka pasti akan berusaha untuk pulang ke kampung pada pagi 2 Syawal untuk menyertai majlis tahlil arwah di surau ini.Maka kalau sempat , inilah masanya mereka bertemu dengan sahabat lama dan saudara mara yang lama tidak bertemu.

               Saya juga tidak menyangka akan dikunjungi rakan dizaman persekolahan saya dari Jengka 9 ini. Terima kasih Ana kerana sudi datang ke teratak buruk kami.Dapatlah juga melepas rindu pada kenangan silam.Sememangnya kawan-kawan lama adalah satu yang terindah buat seseorang manusia.
              Seperti yang dirancang, malam 2 Syawal ini, kami mengadakan majlis tahlil dan bacaan surah Yassin buat arwah emak, abang-abang ipar dan kaum keluarga yang telah pergi meninggalkan kami semua.Alhamdulillah...majlis berjalan dengan sempurna.
               Akhir sekali, jamuan ringkas berupa nasi berlaukkan masak tempoyak ikan patin, pulut kuning berlaukkan ayam masak merah dan ayam masak hijau yang kaw-kaw punya pedas sehingga mengalirkan air mata.Tapi memang sedap masakan tukang masak import dari Kuantan ni.

              Alhamdulillah...majlis selesai dengan jayanya.Tamat sudah kisah 2 Syawal ... jumpa lagi dengan cerita raya yang lain.Maaf kerana gambar dari kamera amatur ni memang tak bermutu tinggi.Sekadar okey ajelah...janji kenangan terindah tetap ada.

1 Syawal di Kuala Lipis

            Pagi 1 Syawal di Kuala Lipis Kesinambungan dari kisah hari melemang semalam, saya nak ceritakan kisah suka duka 1 Syawal di Kuala Lipis pula.

            Al kisah pagi ini, kenalah buat flash back juga.Pada petang semalam, ketika kami sibuk-sibuk nak mandi sebelum waktu berbuka terakhir Ramadhan tahun ini.Rupa-rupanya beg baju Arif sudah tertinggal di rumah pakcu.

           Oleh kerana kami nak buat rombongan cik kiah, kami tumpangkan beg baju Arif untuk dibawa oleh pakcu beliau.Bila tiba masa nak pakai baju barulah sedar bahawa pakcu telah membawa masuk beg tersebut ke rumah beliau kerana menyangka beg tersebut adalah beg milik makcu.

           Maka malam semalam juga, terpaksalah membeli sepasang baju untuk Arif.Pada mulanya memang nak beli baju melayu, memandangkan baju melayu hijau yang tertinggal itu sudah ada, lebih baik beli baju biasa aje.Maka belilah sehelai seluar slack dan sehelai baju t untuk Arif.
           Maka pagi 1 Syawal ni, Arif pergi ke masjid bersolat hari raya tanpa baju melayu.Tak kisahlah...janji baju raya masih baju baharu.

           Sementara orang lain pergi solat raya, makcu masih sibuk menyiapkan kerja menyembat baju yang tak sempat dihabiskan.Maklumlah suri rumah bekerja.Untuk meluangkan masa menyiapkan baju anak-anak memang kelam kabut jadinya.Tapi alhamdulillah...siap juga akhirnya.

           Selepas solat raya, barulah berkunjung ke rumah saudara mara.Kebetulan pula giliran raya pada tahun ini ramai yang balik pada hari raya ke dua, maka tak ramailah yang ada di rumah pagi ini.Maka sempatlah bergambar keluarga kami sahaja...

Kantoi warna tema hijau kami tahun ini.

Keluarga pakcu dan makcu dengan warna sedondon.

               Sempat bergambar dengan sepupu sepapat uncle Adan.Kalau ada yang kenal dengan penulis buku agama bernama Prof Madya Abdul Rasyid Muhammad, bolehlah teka gambar kat sini.Tapi kalau betul, tak adalah hadiah...hihi.

             Walaupun berada di tempat yang berbeza,  whatsapp merapatkan kami sekeluarga bagaikan kami berada dekat sekali.Gambar-gambar hidangan dan saat menziarah kubur arwah bonda tercinta dapat saya lihat seperti saya berada di sana.
              Juga tak ketinggalan dari adik tersayang yang terpaksa berhari raya di pejabat.Tetapi sempatlah juga bersolat raya sebelum masuk kerja.
           Berkunjung ke rumah pakcik mereka yang berada di Kuala Medang.Makan mi kari daging sehingga menjilat jari.
          Satu perkara yang tak dapat dielakkan bila anak-anak pergi beraya ialah masalah kemuncup.Dari zaman saya masih kanak-kanak juga ,inilah satu hal yang paling boring.Terpaksa mencabut kemuncup selepas berziarah.

          Ketika masih kanak-kanak, sukanya sebab mak tolong buangkan kemuncup yang melekat kat kain baju kita.Bila dah jadi mak, aduh... penatnyalah nak cabut kemuncup setiap kali lepas cuci pakaian.Kadang-kadang ambil masa berjam-jam hanya untuk mencabut kemuncup.

              Gambar ini sengaja saya selitkan sebab nak tayang baju raya yang makcu jahit di awal cerita tadi.Baju baby tu...diperbuat dari kain lycra.Lehernya berbentuk teluk belanga atau kurung.Bajunya labuh ke bawah tetapi dibawahnya dijadikan seluar yang berbutang di kelangkang.Cantik bajunya.

              Sepanjang berhari raya pada 1 Syawal di Kuala Lipis ni, paling banyak gambar selfie.Maka saya selitlah sekeping kat sini sebagai kenangan terindah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...