lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Sabtu, 31 Oktober 2015

PROMO GMBM 1ST ANNIVERSARRY GIVEAWAY

http://grupmamabloggersmalaysia.blogspot.com/2015/10/gmbm-1st-anniversarry-giveaway.html

PROMO | GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY Kami selaku penaja untuk segmen GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY dengan berbesar hati ingin menjemput semua rakan blogger Malaysia agar join segmen GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY sempena meraikan ulang tahun penubuhan Grup Mama Bloggers Malaysia [ GMBM ] yang genap setahun pada 21 Oktober 2015 ini.

Detail segmen :

~ Mula : 21 Oktober 2015 - 31 Oktober 2015 ~
~ Hadiah : 19 pemenang di cari ~

Jom meriahkan segmen ini bersama kami.
Klik Banner Segmen untuk menyertai.

Selamat Bersegmen


GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY ini di taja sepenuhnya oleh Kathy, Mamaniza, Sofu, Suria, Sally,  Hani, Eyra, Fuza, Adna, Ayumie, Yong, Zie, Eda, Hana, Yana Yani, Ida, Fiza, Ida Bits & Aida.

Khamis, 29 Oktober 2015

Garlic tablet bawang putih 100%


Garlic tablet bawang putih .
1 botol : 80 tablet.
Harga : Rm 38.00
Postage : Rm 6 sm/Rm 10.00 ss.

              Garlic tablet adalah produk yang terhasil dari bawang putih asli.Ia diproses menggunakan teknologi dimana nilai pemakanan dipertimbangkan dan rasa pedas dan bau semulajadi dibuang.
Setiap tablet mengandungi 100% serbuk bawang putih . 

~Tidak mendatangkan rasa pedih kepada mukosa gastrik.
~Mudah diserap oleh usus kecil.
~Sesuai untuk semua golongan umur, lelaki dan perempuan.

Khasiat Garlic tablet :
~Mengelakkan pertumbuhan sel kanser.
~Melambatkan proses penuaan.
~Menurunkan kadar kolestrol.
~Meredakan stress.
~Menghilangkan tekanan darah tinggi.
~Meningkatkan insulin darah bagi pengidap diabetes.
~Melumpuhkan radikal bebas yang mengganggu sistem kekebalan tubuh.
~Penawar racun (detoxifier) yang melindungi tubuh dari berbagai jenis penyakit.
~Menjaga stamina tubuh.
~Merawat gastrik .
~Membuang angin dalam badan.
~Merawat athma, batuk dan selesema.
~Melegakan senggugut.
~Mempercepatkan penyembuhan luka.
~Mengandungi vitamin A, B dan C .
~Mengandungi Kalsium dan pottasium.


Cara pengambilan Garlic tablet :
~Ambil 2 tablet pagi dan malam.
~Sebotol mengandungi 80 biji,tahan untuk 20hari.

BERMINAT NAK MENCUBA KHASIAT BAWANG PUTIH DALAM DIET HARIAN ANDA???

HUBUNGI SMS/WHATSAPP 019 2057039 .

Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih

[Sila Tekan Banner Di Atas Untuk Join]


Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Tarikh Mula : 29 October 2015 | Tarikh Tamat :12 November 2015


Rabu, 28 Oktober 2015

Mineral coffee berkesan untuk berbagai penyakit

Mineral Coffee .
HARGA : RM30.00 (Semenanjung) atau RM32.00 (Sabah/Sarawak).
Pos Rm 6 sm / Rm 10 ss.
1 kotak : 20 sachet.
               Fenomena kopi semakin menjadi jadi.Berbagai jenis kopi berkolagen sedang hangat di pasaran. Babies blink coffee , Qu puteh coffee, syma coffee , perla coffee , slimming coffee dan berbagai jenis lagi untuk meningkatkan kolagen dalam badan dan menggebukan kulit.

               Berbeza dengan  mineral coffee yang mempunyai khasiat kesihatan yang tersendiri.Mineral Coffee adalah minuman kopi segera keluaran Hai-O Marketing. Di formulasikan dengan adunan biji kopi Robusta dari Vietnam dan Garam Buluh dari Korea.


               Garam Buluh ini sudah digunakan oleh masyarakat Korea semenjak 1300 tahun dahulu sebagai ramuan dalam perubatan purba.Cara pembuatan Garam Buluh adalah 100% organik dan bebas daripada sebarang bahan kimia dan logam merbahaya.

  Kini Garam Buluh di adun bersama menghasilkan Mineral Coffee yang penuh kenikmatan dan kemewahan kopi sebenar.


 Mineral Coffee menggunakan biji kopi jenis Robusta yang berkualiti tinggi dan di import dari Vietnam. Mineral coffee merupakan minumam kopi yang enak dan mempunyai aroma yang wangi lagi menyelerakan. Mineral coffee kaya dengan garam mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita seperti magnesium yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium dan penggunaannya.

Keistimewaan Mineral Coffee : 
~Kaya dengan unsur anti-pengoksidaan.
~Kaya dengan bahan mineral .
~Kaya dengan elemen surih seperti magnesium, besi, kalsium  dan kalium.
~Menghilangkan keletihan fizikal dan mental
~Melegakan tekanan
~Rasa yang enak dan sangat berkhasiat.

Khasiat Mineral Coffee  :                                                     
~Turunkan berat badan.
~Hilangkan mengantuk.
~Memberi tenaga untuk cergaskan badan sepanjang hari.
~Mengurangkan masalah buasir dan sembelit.
~Hilangkan sakit lutut, rasa keletihan badan dan sengal sendi.
~Hilangkan sakit urat dan bisa-bisa kaki.
~Mencegah athma.
~Meningkatkan hemoglobin dalam darah.
~Mengurangkan tekanan darah tinggi.
~Mengurangkan masalah kencing manis.
~Masalah parkinson dan nyanyuk.
~Mencegah kanser, penyakit aritma jantung dan stroke.
~Mengurangkan masalah sebu ulu hati akibat masalah gastrik.
~Membantu mengurangkan masalah sakit kepala akibat migrain.
~Membantu mengurangkan sakit senggugut.
~Membantu melegakan masalah kulut seperti jerawat badan dan ekzema.
~Mengurangkan alahan seperti resdung dan alahan kulit.
~Membantu mengurangkan masalah sukar tidur/ imsomnia.
~Membantu anda tidur lena di waktu malam.

Mineral coffee untuk :
Pesakit darah tinggi.
~Mengawal tekanan darah supaya lebih stabil. Mineral coffee bertindak sebagai agen penenang .

Pesakit insomnia.
~Kebiasaannya pesakit insomnia mempunyai masalah dimana kalsium tidak diserap dengan baik oleh badannya, maka badan mereka masih cergas dan tidak tenang untuk proses tidur. Kandungan Magnesium di dalam Mineral Coffee tadi membantu penyerapan kalsium berjalan dengan lebih baik, seterusnya badan akan beransur tenang dan dapat tidur dengan baik.


Pesakit migrain.
~Kepada sesiapa yang biasa menghadapi migrain ketika berpuasa, boleh minum mineral coffee ketika sahur. Elemen Garam Buluh tadi akan membantu melancarkan perjalanan darah dan mengelakkan migrain dan sakit kepala lain.
Pesakit kencing manis.
~Garam Buluh membantu dalam menyeimbangkan gula dalam darah dengan adanya chlorogenic acid.  ~Pesakit juga harus mengambil kira segi nasihat doktor.




 Gout :
~Mineral coffee bersifat alkali yang boleh meneutralkan asid dalam badan.
~Cikgu-cikgu yg ada kertas litmus boleh test sendiri kealkalian kopi ni .

Cara penyediaan Mineral Coffee                                          
~Tuangkan kandungan Mineral Coffee ke dalam cawan kopi dan tambahkan 150ml air panas.
~Kacau dan boleh terus dinikmati.
~Minum secawan Mineral coffee sebelum sarapan dan sebelum tidur.
~Boleh diambil tanpa had umur.
~Elok jika digabungkan dengan pengambilan garlic untuk hasil yang lebih mantap.


Ramuan Utama : kopi Robusta, garam buluh

Bahan utama Mineral Coffee :

Biji kopi Robusta :
~Biji kopi yang digunakan untuk pembuatan mineral coffee ini ialah biji kopi robusta.
~Berbau wangi dan by nature air rebusannya terasa pahit.
~Biji kopi robusta ini diambil daripada pengeluar robusta terbaik dunia, Vietnam.
~Kopi Robusta memberi tenaga dan kecergasan mental yang maksimum anda.

Garam Buluh :
~Garam buluh yang digunakan merupakan garam yang berkualiti tinggi .
~Diimport oleh syarikat KAEAM Trading yang diiktiraf kerajaan Korea mengeluarkan garam buluh bermutu tinggi.
~Elemen Magnesiumnya berguna untuk penyerapan kalsium dan kesihatan jantung.
~Apabila kalsium diserap dengan baik dan tekanan darah dapat distabilkan.
~Maka badan kita dapat berada di dalam keadaan tenang.
~Mengandungi kandungan Chlorogenic acid yang tinggi di dalamnya.
~Chlorogenic acid adalah sejenis protein yang dapat menghalang penyerapan gula dalam darah.
~Chlorogenic acid adalah bahan anti-obesiti untuk mengawal berat badan.
~Meneutralkan asid di dalam badan.

NAK CUBA KHASIAT MINERAL COFFEE???

HUBUNGI SMS/WHATSAPP 019 2057039

kalau dah rasi dan teringin beli harga ahli, bolehlah pm untuk masuk ahli.Kalau tak, rajin-rajinlah order untuk kesihatan.Dijamin berkesan.

Giveaway Duit Saku Dari BBL


< Klik gambar untuk join >

Assalamualaikum & hello there,

Rasanya dah makin stress rakyat Malaysia dengan isu harga barang & perkhidmatan dah naik. Pergi sana - harga barang naik, pergi situ - harga itu naik & datang sini pun dah naik harga. Tapi jangan risau jangan kusut kepala kerana BBL nak kasi duit saku untuk korang! 

Tepuk tangan sikit!

Boleh buat belanja nasi lemak & teh tarik untuk breakfast atau beli nasi goreng telur mata makan malam ya. Kiran macam BBL belanja versi digital la. Okay check out berapa banyak duit saku untuk pemenang.

Hadiah duit saku dari BBL

Duit saku RM30 
untuk 1 orang pemenang

Duit saku RM20 
untuk 1 orang pemenang

Duit saku RM10 
untuk 2 orang pemenang

Duit saku RM5 
untuk 4 orang pemenang

Cara nak join sangat mudah. Follow step dibawah :

1. Add BBL di

Follow blog
http://budakbandunglaici.blogspot.com/

#Masukkan blog BBL dalam Bloglist Korang

LIKE fan page


Add Google+

Add Twitter

Add  Instagram

2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway Duit Saku Dari BBL"

3. Copy coding yang disediakan & paste kat ruang HTML & publish entri

Cara nak paste code dalam entri


4. Tinggalkan link URL entri korang dalam kotak komen SINI (link)

Tu saja. Senang sangat kan.

Tarikh tamat giveaway pada 14 November 2015

Pemenang akan diumunkan pada 16 November 2015 nanti


BBL ~ Cepat submit link URL korang
o\( ̄ρ ̄)/o

Sekian terima kasih & selamat hari raya

Mati itu pasti

             Sudah tengah malam barulah line internet ni boleh bergerak sikit.Dah lama blog ni tak menjadi perosak bahasa baku.

             Hari ini adalah hari terakhir Angah menduduki peperiksaan STAM.Alhamdulillah...semuanya sudah berakhir.Hanya tinggal nak lihat keputusan peperiksaan sahaja lagi.Namun begitu, bBerita kemerdekaan beliau ini terselit sebuah kisah duka.

             Teman seperjuangan beliau meninggal sebelum sempat mengambil kertas terakhir STAM hari ini. Mengikut sumber Angah, pelajar tersebut tidaklah sakit apa-apa.Selepas peperiksaan pertama tadi, mereka beramai-rami berehat di surau sekolah sementara menunggu kertas seterusnya yang bakal menjadi penutup peperiksaan.

             Ketika mereka semua bangun untuk ke kelas, tiba-tiba pelajar tersebut jatuh dan meninggal dunia di hadapan semua kawan-kawan.Subhanallah...mudahnya nyawa beliau dicabut.Tanpa sebarang tanda kesakitan.Bagaimana pula bahagian kita nanti? Apakah semudah itu?

Pemergian beliau dianggap kematian mengejut.Post mortem dilakukan dan disahkan pembuluh otak beliau pecah.Mungkin terlalu stress study atau ada punca lain, wallahu a'lam.Apapun, pemergian beliau adalah sebuah kehilangan yang besar buat semua rakan seperjuangan yang akrab bagaikan saudara, juga kepada seluruh warga Kulliah Sultan Abu Bakar..

           Salam takziah buat keluarga beliau dan seluruh warga Kulliah Sultan Abu Bakar.Sama-samalah kita doakan beliau.Tiada kata yang dapat terluah untuk menghuraikan simpati.
       
           Bagaimanapun, pemergian beliau membuat saya termenung jauh. Terbukti mati tidak mengenal usia . Tidak menunggu kita terlantar sakit, tidak menunggu kita kelihatan buang tabiat, Tidak menunggu kita menaiki MH 370.Di mana-manapun, nyawa kita akan dicabut tanpa permisi.Itu janji Allah swt.

           Apakah kita sudah bersedia untuk mati? Apakah pengakhiran kita nanti?Kalaulah diberi pilihan untuk mati, saya akan memilih mati mengejut tanpa susahkan orang lain. Amat takut diri ini andai dipenghujung usia saya, saya menjadi beban kepada insan tersayang.Namun begitu, mati mengejut??Sudah cukupkah amalan saya?Astaghfirullahhal azim... Mati itu pasti .

           Namun begitu, siapalah kita untuk memilih.Sedangkan kematian sudah tertulis di loh mahfuz. Maka... andai ada insan yang membaca coretan ini, sama-samalah kita muhasabah diri.Marilah kita bersama-sama memperbaiki diri agar saat nyawa kita diambil, kita adalah diantara orang-orang yang bertaubat.

           Ingatlah! Tiada siapa yang dapat menyelamatkan kita dari api neraka selain daripada amalan kita. Apa yang kita tahu,doa anak yang soleh... pasti sampai kepada ibu bapa. Tetapi apakah sepanjang tahun, anak soleh kita tu mendoakan kita setiap saat? Dan doa anak soleh akan berakhir bila anak kita itu turut meninggalkan dunia ini. Seterusnya siapa yang dapat membantu kita selain amalan kita?

           Maka... sama-samalah kita persiapkan diri dengan melengkapkan persiapan untuk kita ke sana. Kita hidup bukan menongkat langit. Mati tidak mengenal usia . Mati ada di mana-mana. Mati itu pasti .

Wallahu a'lam.

Khamis, 22 Oktober 2015

Zizani secret soap mematikan jerawat batu dan bernanah


Zizani secret soap
OFFER PENGENALAN :
Harga : Rm 23.00 sm/ Rm 27.00 ss.
Free postage.

              Bagi korang yang tak cukup yakin nak gunakan berbagai jenis krim wajah atau bagi korang yang malas sangat nak tampal-tampal krim atau bedak sejuk macam mok cun tu...Memang sesuai sangatlah korang menggunakan sabun Zizani ni.

              Zizani secret soap diformulasikan khusus untuk membantu menentang kesemua masalah kulit yang selalu buat korang mengeluh di hadapan cermin. Zizani secret soap mematikan jerawat batu dan bernanah . Zizani secret soap ni masih baharu di pasaran dan testimoni terawal adalah blogger terkenal tengkubutang sendiri.

 Zizani secret soap mampu menyelesaikan masalah:

~Jerawat.
~Jeragat.
~Tona kulit tak sekata.
~Memudarkan parut.
~Kulit kusam.
~Kulit kering.
~Anti penuaan.

Kelebihan Sabun Zizani :
~Membantu mencerahkan tona wajah, parut dan tompok jeragat.
~Membantu mengawal kulit berminyak dan berjerawat.
~Membersih wajah dan badan dengan sempurna tanpa mengeringkan kulit.
~Membekalkan kelembapan semulajadi sepanjang hari tanpa kesan berminyak.
~Membantu mengurangkan kesan penuaan kulit seperti kedutan dan garis halus.
~Membekalkan antioksida yang penting untuk kulit melawan kesan UV matahari.
~Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
~Boleh digunakan pada wajah dan badan.
~Formulasi natural yang unik, tanpa pengelupasan, tanpa paraben dan SLS.

TESMONI ZIZANI SECRET SOAP:





BLOGGER mamadarwiish PUN DAH CUBA SABUN NI TAU...


 Kandungan utaman Zizani secret soap:
TEA TREE OIL:
~Tea tree atau dikenali dengan nama pokok gelam wangi.
~Dikenali sebagai bahan penyembuh kepada masalah jerawat teruk.
~Merupakan sumber minyak tea tree yang sangat berkesan dalam merawat masalah jerawat.
~Mempunyai nutrisi untuk kulit dan mampu menyerap minyak.
~Bahan antioksidan yang cukup tinggi.
~Bahan anti bakteria.
~Bahan anti kulat.

PROPOLIS:
~Bahan antioksidan yang kuat.
~Mengandungi asid amino dan bioflavonoid dari air liur lebah.
~Bahan anti radang yang mampu menyembuhkan keradangan dari penggunaan bahan kimia.
~Bahan anti bakteria.
~Penawar yang tiada kesan sampingan.


Cara penggunaan Zizani secret soap :

~Basahkan wajah.
~Buihkan pada tapak tangan dan urut perlahan=lahan pada wajah.
~Bilas dengan air bersih atau air suam.

BERMINAT NAK MENCUBA SABUN ZIZANI ???

HUBUNGI SMS/ WHATSAPP 0192057039 .

Jumaat, 9 Oktober 2015

Tati scincare 5in1 untuk kulit sensitif dan kusam


Tati skincare 5in1  .
Harga Pasaran: Rm90.00 sm/ Rm95.00 ss.
Free postage.

Tati Skincare 5in1 mengandungi:
1. Beauty soap (cleanser) 
2. Day cream 
3. Night cream
4. Treatment cream
5. Sunblock
 Tati skincare 5in1 Lulus KKM, Selamat dan tanpa pengelupasan.Tati skincare 5in1 bertindak merawat masalah KULIT KUSAM, SENSITIF, KASAR, JERAWAT DAN JERAGAT dalam sepantas 3-7 hari sahaja.Dengan Tati skincare 5in1,kulit kembali pinkish, glowing dan cerah sekata mulus bak bayi.

~Harga berpatutan dan mampu milik.
~Sesuai untuk semua jenis kulit.
~Dijamin tiada pengelupasan.
~100% Bebas bahan kimia berbahaya.

Kelebihan Tati skincare 5in1 :
~Menjadikan muka yang kusam lebih glowing
~Menghapuskan pigmentasi dan jeragat.
~Menghilangkan jerawat dan kesan parut jerawat.
~Menghilangkan jeragat.
~Mencegah bintik hitam (blackhead dan whitehead).
~Mencerah serta menyekatakan tona kulit.
~Mengatasi masalah kulit berminyak.
~Membuang sel kulit mati dimuka.
~Mencerah dan melembutkan kulit menjadi mulus gebu.
~Menghalus, melembab serta mengecilkan liang pori.
~Menghapuskan kedutan dan menjadikan kulit lebih anjal.
~Menjadikan kulit muka berseri-seri dan awet muda.
~Kulit lebih bercahaya dan glowing secara semulajadi.

Set Tati skincare 5in1 mengandungi :

BEAUTY SOAP CLEANSER (60ml):
~KKM - NOT150200978K.
~Membersihkan kotoran dan pori tersumbat di wajah.
~Membuang sel-sel kulit mati.
~Mengecut serta mematikan jerawat.

DAY CREAM (5gm):
~KKM-NOT150200976K.
~Melindungi kulit dpd sinaran UV yg boleh menggelapkan muka
- Berfungsi sebagai alas bedak (makeup base)

SUNBLOCK CREAM (5gm):
~KKM-NOT150200977K.
~Digunakan selepas memakai day cream.
~Memberikan extra protection pada kulit.
~Menjadikan kulit semakin gebu dan glowing.

NIGHT CREAM (5gm):
~KKM-NOT150200975K.
~Menghalus serta melembutkan kulit.
~Membantu pembuangan sel kulit mati.
~Mengekalkan kelembapan kulit.
~Menghilangkan kedutan dan garis2 halus.
~Mengecilkan liang pori yang terbuka.
~Mencerahkan kulit tnpa berlaku pengelupasan.
~Menaikkan seri wajah.

TREATMENT CREAM (5gm):
~KKM-NOT150200974K.
~Mengecutkan jerawat baru dan lama.
~Menyingkirkan jeragat, whitehead dan blackhead.
~Memudarkan serta menghilangkan parut.
~Membantu pencerahan berganda.
~Melicin & menyerikan kulit muka.

Cara penggunaan Tati skincare 5in1 :

Malam;
~Cuci muka dengan menggunakan Beauty Soap cleanser.
~Urut lembut sehingga ke bahagian leher.
~Cuci sampai bersih.
~Lap muka dengan kain bersih.
~Titikkan toner (Kalau ada)pada kapas dan sapu pada wajah.
~Sapu night cream secara nipis ke seluruh muka sehingga leher.
~Sapu dari bawah ke atas.
~Sapukan pula treatment cream.

Siang
~Cuci muka menggunakan Beauty Soap cleanser 2 kali sehari.
~Urut lembut sehingga ke bahagian leher.
~Cuci sampai bersih.
~Lap muka dengan kain bersih.
~Titikkan toner (Kalau ada)pada kapas dan sapu pada wajah.
~Sapukan Sunblock secara nipis keseluruh muka hingga leher.
~Sapu day cream secara nipis ke seluruh muka sehingga leher.
~Sapuan mestilah dari bawah ke atas.

Panduan pengguna:
~Sebarang krim hendaklah disapu sebaik sahaja selepas mencuci muka.
~Jangan biarkan muka berpeluh baru nak sapu krim, nanti susah krim nak meresap.
~Untuk ibu hamil, Tati Skincare 5in1 boleh dipakai oleh ibu mengandung mulai trimester ke 2.
~1 set tahan sebulan bergantung pada penggunaan.
~Kesan sesuatu produk bergantung pada kulit masing-masing.
~Ada yang cepat dan ada yg lambat, yang penting ,selamat.
~Yakinlah dengan local dan natural product..Yg pasti halal dan lulus KKM

Bahan dalam Tati skincare 5in1 :
ALPHA ARBUTIN.
GLUTHATION.
COLLAGEN.
VITAMIN E dan C.

Apa itu Alpha arbutin;
~Terhasil dari ekstrak tumbuhan seperti daun cranberry, bearberry, blueberry shrubs atau mulberry.
~Bertindak merencatkan penghasilan enzyme Ty­rosinase yg menjadikan kulit gelap akibat sunburn.
~Kerana keberkesanannya, ia menjadi bahan utama dalam penghasilan produk:
1.   Pemutihan kulit.
2.   Memudarkan bintik hitam.
3.   Memudarkan parut secara semulajadi tanpa kesan sampingan.
~Pakar dan penyelidik memberi 100% jaminan yg arbutin selamat serta efektif untuk produk pemutihan.
~Tiada kesan sampingan berbanding mercury.
~Tindakbalasnya lebih cepat dan efisyen berbanding acid kojic dan hidroquinon yg membahayakan kulit. ~Mengandungi agen anti penuaan yg menjadikan kulit sentiasa sihat berseri, halus dan awet muda.

TESTIMONI.
















BERMINAT NAK CUBA TATI SKINCARE ???

HUBUNGI SMS /WHATSAPP 0192057039 UNTUK HARGA DISKAUN.

Antologi mistik jembalang


Antologi mistik jembalang .

Penulis:
~Ramlee Awang Murshid,
~Jessy Mojuru,
~Riduan Judin,
~Zhahrulnizam Shah ZA .

               Di dalam buku ini terdapat empat buah cerita mistik gabungan dari empat orang penulis.Cerita yang berunsurkan mistik ini pastinya mendebarkan setiap pembaca.

RUNCING
PENULIS:ZHAHRULNIZAM SHAH ZA.

               Kisah ini menceritakan tentang seorang gadis yang bernama Seri Bakawali, anak kepada Kiai Samsuddin yang disantau sehingga perutnya membuncit bagaikan mengandung.Seri Bakawali sering kesakitan akibat dari penganiayaan ini.

              Kiai Samsuddin berusaha mengubati anak gadis kesayangan beliau yang sangat menderita.Tetapi siapakah yang menganiaya beliau dan apakah sebenarnya terjadi?

              Imbas kembali,Hambali merupakah salah seorang murid Kiai Samsuddin yang paling disayangi.Hambali dihantar ke sebuah perkampungan untuk membantu Haji Ipin yang telah disihir.Entah kenapa setelah sekian lama ,beliau tidak kembali.

             Seri Bakawali yang telah beberapa kali dipinang orang membuatkan Kiai Samsuddin serba salah.Sedangkan Hambali yang dinanti entahkan kembali , entahkan tidak.

             Cerita ini memang sukar untuk diterjemahkan kerana ianya hanyalah bayangan yang sukar ditafsirkan.Kewujudan Seorang rakan lama Kiai Samsuddin yang ingin membalas dendan kepada Kiai Samsuddin mencuri kain batik anak gadis Kiai Samsuddin semata-mata untuk menyihirnya.

            Kain batik tersebut dimasukkan ke dalam sebuah tempayan yang ditanam di dalam tanah.Berudu dimasukkan ke dalamnya lalu ditutup.Bila berudu menjadi katak, Katak akan melompat untuk keluar.Ada yang lepas dan ada yang mati.Maka sihir yang dibuat amatlah kejam.Rasanya sipengamal sihir ni memang berhati kering.

            Muncul juga kisah Batin Uda yang cuba mengubati lawan Hambali yang membantu Haji Ipin melawan sihir yang dihantar.Sebuah kisah dalam misi memburu darah harimau hanya untuk mengubati Sahak yang hampir mati akibat dari pebuatannya sendiri.

            Kisah memburu harimau juga banyak menimbulkan detik cemas bila seorang demi seorang anak buah Batin Uda menemui kecelakaan.Pengalaman melalui detik cemas ini pastinya mendebarkan perasaan pembaca.

            Kisah runcing 2 ini mungkin sebuah kisah yang bersambung dari siri pertama.Ini membuatkan cerita jadi tergantung.Kalau nak tahu apa yang terjadi, kenalah jejak kisah yang sebelum dan selepas yang saya sendiri tak tahu dimana.

            Apapun, tafsiran saya dan suami berbeza.Adan kata, Seri Bakawali akhirnya mati kerana sihir tersebut sudah tidak dapat diubati.Tetapi bagi saya pula, gabungan masa pemergian Hambali selepas tiga bulan, sedangkan sihir tersebut boleh membunuh dalam masa sebulan,Kiai Samsuddin mendapat firasat bahawa anaknya hanya boleh diubati dengan gabungan Hambali dan Kiai Samsuddin sendiri.

           Pasti ada sedikit peluang untuk sembuh.Apapun, cerita ni memang tergantung dan pengakhirannya buat suami saya terus taknak baca cerita seterusnya. Buang masa katanya. hahaha...Habislah...Baru nak bodek dia baca novel.

-----------------------------------------

BIDADARI PENCABUT NYAWA.
PENULIS: RIDUAN JUDIN .

             Kisah yang melakarkan persekitaran Sabah sebagai latar belakang yang menyeramkan.Puncak Kinabalu menjadi kitaran penghuni yang membunuh siapa sahaja yang masuk ke dalam kawasan hutan Nusawungu yang dianggap kawasan milik mereka.Bidadari pencabut nyawa adalah sebuah cerita yang sangat menarik dan penuh suspens.

            Hutan Nusawungu merupakan kawasan hutan di puncak Kinabalu.Lembah perawan merupakan sebuah perkampungan yang berada dipinggir hutan Nusawungu. Paroi dan Jairon merupakan dua warga Lembah perawan yang telah melanggar larangan Tok pawang yang melarang sesiapapun memasuki hutan tersebut terlalu jauh ke dalam.

            Mereka telah memasuki hutan untuk mencari akar-akar kayu untuk dijadikan ubat.Dalam keasyikan, mereka telah sampai jauh ke dalam hutan sehinggakan tersesat didalamnya.Paroi telah dibunuh dengan kejam.Jairon dipaut dari belakang dan dilambung ke atas.Jairon yang nyawa-nyawa ikan tersandar lemah dengan darah menyeruak dari setiap gurisan kuku runcing sang Rogon.

            Kata makhluk itu, janji harus ditepati.Janji Jairon untuk pulang sebelum malam dilunaskan oleh Rogon.Seroja yang menanti dengan penuh debaran di rumah membuka pintu bila Jairon pulang dengan wajah yang garang tanpa suara.Jairon terus masuk ke kamar tanpa mempedulikan pelawaan Seroja untuk makan mahupun membersihkan diri terlebih dahulu.

            Seroja dibunuh dengan kejam dan darahnya dihirup sehingga kering.Sementara dari bilik sebelah,Paduka melihat sendiri bagaimana ibunya dibunuh oleh makhluk hodoh tersebut.Sambil memegang sebiji limau nipis, Paduka menangis semahunya.

            Kisah kedua,Fedor dan Kamelia saling mencintai.Saat sedang berdating dengan tunangannya Kamelia,mereka diserang oleh beberapa orang lelaki bertopeng.Cincin pertunangan mereka dicabut dari jari Kamelia.Malangnya Kamelia telah dibunuh dengan kejam di hadapan matanya sedangkan dia sendiri tidak tahu siapakah yang membunuh Kamelia.Mayat Kamelia ditemui pada keesokan hatinya dengan kesan torehan di lehernya dan dagunya dibakar.

             Fedor diburu polis diatas tuduhan membunuh Kamelia kekasihnya sehinggakan Fedor terpaksa melarikan diri jauh dari Puncak Kinabalu.

           Paduka diambil oleh datuknya Tok Pawang iaitu bapa kepada Jairon, merangkap penghulu di Lembah Perawan.Tok Pawang meninggalkan Paduka di rumah John,iaitu salah seorang pengikutnya dan berusaha mencari anaknya Jairon dihutan.

           Tok pawang mengarahkan pengikutnya melumurkan badan mereka dengan air hirisan limau nipis kerana Rogon tidak sukakan bau limau nipis.Mereka juga diminta menterbalikkan baju yang dipakai supaya mereka tidak disesatkan sehingga tidak bertemu jalan pulang.

           Salah seorang dari mereka enggan mengikut arahan kerana menganggap bahawa, kata-kata Tok Pawang hanyalah karut.Mereka meneruskan perjalanan ke dalam hutan yang lebih ke dalam.Namun tiada tanda-tanda Jairon dan Paloi berada di situ.

           "Akurisaukan anak dan bini di rumah" Tiba-tiba John berbisik kepada pawang.

           "Yang penting,kita tidak berjanji untuk pilang hari ini,John,itu pantang mereka..."jelas Tok Pawang.

           "Maksud tok?"

           "Kalau kita berjanji hendak pulang,harus tunaikan janji itu walaupun sudah lewat malam."

           "Jadi kejadian semalam tu?"

           "Eya, pasti Jairon berjanji akan pulang ke rumah tetapi dia tidak sempat keluar daripada hutan banjaran ini." Jelas Tok Pawang.

           "Tapi aku berjanji untuk pulang hari ini tok,"John mula pucat.

           "Kan Tok sudah cakap sebelum perjalanan tadi!"marah Tok Pawang.Suaranya ditahan agar tidak terlalu kuat.

             Keputusan Tok Pawang untuk pulang menimbulkan rasa tidak puas hati Tawi.Tiba-tiba kedengaran suara kepakan yang melintas laju membuat bulu roma meremang.

             Tok Pawang mengarahkan mereka membuat satu bulatan mengelilingi unggun api.Mulutnya kumat kamit membaca bait mentera.Tawi masih angkuh dengan pendiriannya.Bunyi pokok bergoyang dan libasan angin membuatkan Tawi terpaksa akur lalu mendekati unggun api.

            "Cepat lumurkan lagi badan dengan limau nipis", arah Tok Pawang.Tawi yang telah membuang buah limau yang diberikan kepadanya mula menggelabah.Tok Pawang terus membaca menteranya.Bunyi kepakan sudah lesap akhirnya.

            Tok Pawang terduduk melihat sesuatu sedang berjalan ke arah mereka.

            "Rogonnn..."Tawi menjerit lalu berlari keluar bulatan.Sepantas kilat Tawi disambar dan ditarik ke atas.

            Tok Pawang mengajak semua pengikutnya berlari keluar dari hutan sambil melumurkan badan dengan limau nipis.Rogon hanya melihat mereka semua pergi.

            Camana?Suspen tak?takkan saya nak cerita semua kot...tak suspenlah kan...so, saya ringkaskan aje cerita ni.

            Kematian Seroja disusuli dengan beberapa pembunuhan lain.Paduka dibesarkan dengan memenuhi dadanya dengan ilmu.Paduka disekolahkan dan dihantar belajar ilmu persilatan .Watak Ferdo dan Kamelia pula menambahkan gabungan elemen suspens.Siapa Fedor?Siapa Kamelia?Apa kena mengena dengan Seroja?

            Cerita ini menjadi lebih suspens bila Paduka sudah dewasa.Paduka menjadi seorang muslim dan bekerja sebagai pemandu pelancong di kaki Gunung Kinabalu.Anak Fedor sendiri menjadi watak penting menambah adegan seram dan suspens di akhir cerita.

           Bagaimana Paduka menyelesaikan segala misteri ini?Jom baca buku ini sendiri.Memang tak dapat dinafikan, cerita ini digarap dengan baik sekali.Kalau orang ada lemah jantung dan darah tinggi tak payah bacalah...putus urat jantung nanti,haha....

           Cuma yang saya tak puas hati, pengakhirannya direka satu situasi lain.Orang bunian pulak yang menjadikan penunggu hutan tersebut sebagai penunggu hutan.Sedangkan bidadari pencabut nyawa yang sebenarnya adalah dirinya yang tiada pengakhiran yang akan terus membalas dendam.Rasanya kalau setakat semuanya mati dalam hutan tu, ceritanya sudah cukup menarik.

......................

PENUNGGU RUMAH PASUNG.
PENULIS:JESSY MOJURU.

            Pertemua Wawa dengan Zaidi ketika beberapa orang pemuda membuat pertaruhan sama ada berani atau tidak bermalam di rumah pasung yang dianggap berhantu.Pertemuan yang berakhir dengan trajedi yang tidak terungkai.

            Que yang hilang ingatan,terperangkap di sebuah rumah yang terletak di dalam hutan dengan kaki dipasung.Rini telah datang dan membuka rantai yang mengikat Que.Sedangkan Rini adalah wanita misteri yang akan menghilang setiap kali ada sesuatu yang mengganggu Que.

            Que sangat berasa aneh kerana hanya dia dan Rini sahaja berada di dalam rumah ini sedangkan hanya sebuah rumah yang ada di situ.Rumah yang dikelilingi hutan tak berpenghuni.Berbagai peristiwa aneh yang mereka lalui sepanjang malam yang bagaikan tiada berpenghujung.

            Que yang hilang ingatan gagal mengingati siapakah dirinya yang sebenar sedangkan kata Rini, hanya Que yang mampu membebaskan mereka berdua dari misteri yang tak berpenghujung ini.Que mengajak Rini keluar dari rumah tersebut dan mencari jalan keluar.Dalam perjalanan,mereka bertemu dengan seorang lelaki yang terbaring.Lelaki tersebut bangun dan berjalan ke arah mereka.Bila memandang sebelah Que, pemuda tersebut cepat-cepat melarikan diri.

            Di hadapan, kemalangan telah berlaku dan mayat lelaki tadi sedang tersangkut di atas pokok.Que meneruskan perjalanan,malangnya penghujung jalan itu, mereka kembali bertemu dengan rumah dari mana mereka datang.

            Buat kali keduanya Que mengajak Rini keluar dari rumah tersebut, mereka bertemu dengan dua orang pemuda yang sedang bertaruh untuk bermalam di rumah pasung.Que mengekori mereka ke rumah pasung.Itulah rumah yang mereka datang.

            Mereka berdua terkejut melihat Que yang telah mereka ketuk kepalanya sehingga hilang ingatan berada di situ.Kata mereka, wajah Que seiras Zaidi.mujurlah Zaidi telah menarik diri.Tinggallah mereka berdua sekarang.Tapi mustahil Que adalah Zaidi kerana Zaidi seorang yang kurus, tetapi Que agak gempal orangnya.

             Mereka semua disakat hantu rumah pasung sehingga akhirnya membuat keputusan mencari jalan keluar dari hutan ini.Mereka berpakat untuk mengikut Que yang telah lama sesat di hutan ini.Mereka menemui sebuah perkampungan yang tiada penghuni.Ternyata perumahan tersebut cuma ada sebuah rumah yang berpenghuni.Di situ ,mereka menemui seorang nenek tua yang aneh.

            Mereka yang ketakutan melarikan diri dan akhirnya tetap sampai ke rumah pasung.

            Jeng!jeng!jeng!....masa untuk berhenti bercerita.Siapa Que?Siap Zaidi?Siapa Wawa? Siapa dua orang pemuda tadi?Siapa nenek tua tadi?Misteri akan terungkai kalau korang baca buku ni.Tapi bagi saya, setiap pergerakan dalam cerita ni dapat diagak dengan mudah.Suspens,tetapi agakan kita setiap kali adalah betul So, ianya buat kita kurang suspens la...hihi

.............................................

TETAMU SIANG.
PENULIS:RAMLEE AWANG MURSHID.

             Bagi saya, cerita ini adalah cerita paling saya suka sebenarnya.Tak pasti sama ada ianya berpunca dari garapan seorang profesional,atau kerana saya memang dah sebati dengan corak penulisan beliau.Walaupun penulisan beliau sudah banyak yang saya baca, tetapi pergerakan dan pengakhiran selalunya sukar dijangka.Ramlee Awang Murshid memang bijak memainkan emosi dan membuatkan kita tertanya-tanya dan akhirnya ianya adalah sesuatu yang diluar jangkaan.Jom baca.

             Kampung Lembah Beringin 1830.

             Kampung Lembah Beringin digegarkan dengan pembunuhan oleh Suaka.Mayat bergelimpangan dan jantung mereka hilang.

             Imam musollah bernama Salleh dan anaknya Adi menguruskan pengkebumian dengan menggali sebuah lubang besar dan menguburkan mayat dalam satu kubur besar.Sedangkan penghulu kampung sendiri tidak muncul.Penghulu kampung hanya muncul pada sebelah petang bersama Liau Gantua.

             Salleh dihalau oleh Liau Gantua kerana katanya jembalang itu mengamuk kerana tidak sukakan Salleh.Salleh membawa anak dan isterinya pergi dari kampung Lembah Beringin.Mereka mendirikan sebuah pondok kecil dan menggali lubang mengelilingi rumah dan menaburkannya dengan garam bukit yang dicampur lada hitam.

            Salleh mengarahkan Adi menjaga ibu dan kakaknya.Salleh menunggu kedatangan Suaka yang dijangka akan memburu mereka.Kemenangan menjadi milik Salleh membuatkan Suaka melarikan diri.Nak adegan suspens, kena baca sendiri buku ni tau...

            Kampung Buana Senandung 18 tahun kemudian.

            Kampung Buana Senandung adalah kampung sebelah dengan Kampung Lembah Beringin.Tok Ketua dan isterinya Jinah mempunyai dua anak lelaki bernama Jadur dan Mulia.Juga anak perempuan bernama Cindai.Cindai mencintai Jejaka.

            Suatu siang, Jadur dan Mulia menemui mayat terapung di sungai berhampiran kampung.Jadur dan Mulia ketakutan, sementara Tok Ketua kelihatan sungguh marah.Andai hal ini tersebar, namanya sebagai pemimpin pasti akan tercemar.

            Apa bila mayat diperiksa, Tok Ketua amat terkejut kerana dada mayat terbelah dan jantungnya dirobek.Mustahil ini adalah perbuatan manusia.Tok Ketua termenung panjang.Tetapi mustahil juga perbuatan binatang buas.Tiba-tiba Tok Ketua terfikirkan dukun besar di kampung sebelah.Siapa tahu Liau Gantua tahu apakah makhluk yang telah membunuh di perkampungannya kini.

            Jejaka, kekasih Cindai datang ke rumah Tok Ketua melaporkan satu lagi mayat telah ditemui di dalam hutan di pinggir kampung.Tok ketua pergi ke tempat kejadian.Ramai penduduk kampung sudah berkumpul di sana.

           "Apakah ini pekerjaan jembalang?"

           "Jembalang mana?hahaha..."Tok Ketua ketawa.

           Tetapi apakah makluk yang sedang membunuh di kampung ini?Semua persoalan dan setiap gerak cerita sangatlah mendebarkan.Sesekali kita bagaikan disergah dengan pembunuhan baharu dan suasana ketakutan seluruh penduduk kampung.

           Perangkap digali dan buluh tajam diletakkan di dalam lubang sebagai perangkap.Sayangnya Makluk tersebut terlalu ampuh untuk dikalahkan.Pernah sekali termasuk perangkap,tetapi terlepas dengan hanya dengan satu lompatan.Tok Ketua hampir berputus asa.

           Pembunuhan demi pembunuhan membuatkan semua penduduk ketakutan dan kedudukan Tok Ketua kini semakin goyah.Pembunuh itu mempunyai kuasa yang memukau dan melemahkan seluruh urat nadi mereka semua.Pembunuh itu langsung tidak mampu dirapati apatah lagi untuk membunuhnya.

           Jadur telah mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan ibunya Jinah.Tok Ketua sungguh kecewa.Ramai penduduk kampung telah mati.Pembunuh itu digelar tetamu siang kerana ianya hanya muncul pada siang hari.Bila malam, ianya cuma datang seperti angin yang tidak dapat dilihat.Tetamu siang itu adalah makhluk tanpa wajah.

Kampung Lembah Beringin.

           Liau Gantua terus memuja menyeru suaka,namun Suaka tidak juga muncul.Liau Gantua sungguh marah dan kecewa.Suaka tidak mahu muncul secara tiba-tiba selepas dia mengusir Salleh dari kampung.Suaka marah kerana Liau Gantua tidak menghapuskan Salleh.

           Kemunculan Salleh yang berani bersolat di musollah yang terbiar tak terjaga menimbulkan kemarahan Liau Gantua.Liau Gantua mengurung Salleh dan mahu menjadikan Salleh sebagai korban di pohon besar tempat dia memuja Suaka.

Kampung Buana Senandung.

          Jejaka bertemu dengan Cindai secara sembunyi-sembunyi.Dalam perjalanan pulang, Jejaka terdengar sesuatu yang memukau dan melemahkan seluruh anggota badannya.Dia menggagahkan diri untuk melihat apakah makhluk yang membaca mentera sekuat ini sehingga melumpuhkan seluruh anggota badannya.

           Kehilangan Jejaka dicari.Dalam pada itu ramai yang terus terkorban.Jejaka ditemui dalam keadaan yang menyedihkan.Seluruh badannya luka.Jinah menggunakan air penawar dari dukun Liau Gantua yang disimpan oleh Tok Ketua di rumahnya.Tok Ketua tidak membenarkannya menggunakan penawar tersebut kerana dia amat mendendami Liau Gantua.

           Penduduk kampung memohon untuk berpindah demi keselamatan keluarga mereka.Tinggallah yang muda dan kuat sahaja di kampung untuk menentang makhluk pembunuh itu.Tetapi satu lagi kejutan,semua penduduk kampung yang berpindah ditemui mati di dalam hutan.Mayat bergelimpangan tanpa jantung.Tok Ketua sangat tertekan.

           Dalam pada itu,Cindai pula dilarikan oleh makhluk tanpa wajah ke dalam hutan.Wajah Cindai diubah kepada wajah makhluk tersebut,iaitu tanpa wajah.Jejaka yang menjejak Cindai sampai ke hutan akhirnya bertemu Cindai tetapi terpaksa lari ketakutan melihat Cindai yang sudah berubah rupa.

           Rasanya dah panjang sangat saya menulis ni.Marah pulak pembaca yang nak beli buku ni kalau saya dah cerita semuanya.Nanti semua orang dah tahu jalan ceritanya.

           Sampai tahap ni, mulalah satu pembongkaran siapa itu makhluk tak berwajah aka tetamu siang.Beliau adalah Adi iaitu anak Salleh.Adi memasuki alam jembalang untuk membunuh Suaka.Suaka  adalah jembalang yang di puja oleh Liau Gantua.

          Maka bermulalah imbasan semula dari semua insiden yang penuh debaran.Cindai yang diubah kepada wajah manusia telah memasuki alam manusia dan menjadi pontianak untuk membalas dendam diatas kematian Suaka.Wah...Kalau korang darah tinggi tolonglah jangan baca ditil sangat.Kalau trasa korang penakut gila pun, janganlah baca buku ni.Tapi orang penakut ni sebenarnya memang suka baca buku kisah seram gini.Betul tak?

          Apa yang tak tahan dengan cerita ni,Kita berada dalam dunia jembalang tanpa kita sedari.Rupa-rupanya yang kita sangkakan jembalang pula adalah manusia yang berzikir.Semasa baca buku tu, geramnyalah...kenapa tak cuba aje baca ayat Al-Quran supaya sihir tetamu siang tu lemah.Rupa-rupanya yang dibaca itu adalah zikir dan syaitan akan lemah segala urat nadi sehinggakan luka seluruh badannya.Tak sangka pulak sedang berada dalam dunia syaitan.Aduhai Ramlee,kejam sungguh.Hahaha..

          Satu bab lagi, penawar disaat jejaka luka teruk, Jinah menyapukan penawar berwarna kuning yang diberi oleh dukun syirik tu.Rupa-rupanya ianya adalah air kencing dukun tersebut.Eeeuuwww...

          Akhir sekali, Bidadari pencabut nyawa mengkritik pembangunan di Sabah yang jauh ketinggalan.Kalaulah yang berwajib terbaca novel ni alangkah bagusnya.Harap mengerti keluhan rakyat marhain yang dianak tirikan dari pembangunan.

          Maka, belilah buku ni untuk santapan jiwa.Jangan jiwa anda di sentap sampai menggetar ketakutan sudahlah...Hahaha...berlebih-lebih pulak saya nak takutkan korang kan...

         Apapun, Selamat membaca...Tak rugi beli buku ini.Nak beli buku ini?Datanglah ke JUALAN GUDANG AKHIR TAHUN KARANGKRAF yang bakal berlangsung pada 29 OKTOBER HINGGA 1 NOVEMBER 2015 (jumaat hingga ahad , 9.00 pagi hingga 7.00 malam.)

All the best semua penulis buku ini ya...
Selamat membaca juga buat semua penggemar novel sekalian.
Assalamualaikum.

Rabu, 7 Oktober 2015

Beauty secret by Shalicious


Beauty secret by Shalicious .
Harga pasaran Rm69.00 sm /Rm 73.00 ss.

Produk Terbaru 2015 dan Hot Masa Kini!! 
Beauty secret shalicious (for Whitening and Glowing Skin)


             Beauty secret shalicious adalah supplement kecantikan yg dirumus dari bahan2 semulajadi dan selamat untuk diambil.Beauty secret shalicious merupakan suplement berkolagen yang tip top di pasaran kerana hasilnya yang mampu membuat wajah kita kelihatan glowing.

             Dengan pengambilan Beauty Secret dapat membantu menambah dan menggantikan collagen semulajadi dalam badan yg telah berkurang disebabkan peningkatan usia dan gaya hidup. 
Collagen sangat2 lah penting untuk kecantikan. Kalau ada kedut-kedut dimuka dan pipi turun tu tandanya kita dah kekurangan collagen.So kalau nak maintain gorgeous kenalah ambil beauty secret utk top up balik collagen dalam badan.


Kelebihan Beauty secret shalicious :
~Sesuai untuk lelaki dan perempuan.
~Mencerahkan dan bagi effect glowing pada kulit muka.
~Menyekatakan tona kulit.
~Kulit kelihatan lebih muda, gebu, lembab dan cantik berseri.
~Mengatasi masalah jerawat.
~Memudar dan menghilangkan jeragat.
~Merawat lingkaran gelap bawah mata.
~Mengembalikan keanjalan kulit ,menghilangkan kedutan dan melambatkan proses penuaan.
~Mengecilkan liang-liang roma.
~Merupakan produk halal dan tiada kesan sampingan.
~ Mencerahkan & bagi effect glowing pada kulit muka.
~ Melambatkan proses penuaan (anti aging).
~ Menghilangkan kedutan & garis2 halus pada kulit muka.
~ Merawat lingkaran gelap bawah mata dan eyebag.
~ Memudar dan menghilangkan jeragat.
~ Mengembalikan keanjalan kulit seperti diusia muda.
~ Mengecil & menghaluskan liang-liang roma (kulit kelihatan flawless!)
~ Merupakan produk halal & tiada kesan sampingan negatif.

Cara Pengambilan Beauty Secret :
~Ambil 1 sudu kecil sebelum breakfast dan 1 sudu kecil sebelum tidur pada waktu malam.
~Diambil secara terus dengan diletakkan diatas lidah.
~Pengambilan Beauty Secret tahan selama sebulan.
~Beauty Secret adalah dalam bentuk serbuk.
~Ibu menyusu dan pregnant pun boleh amalkan. Tak mudaratkan baby.

Kandungan Beauty secret shalicious  :
~Collagen
~Ekstrak Biji Anggur
~Strawberry
~Roselle
~Vitamin c

Cara Pengambilan Beauty Secret :
~Ambil 1 sudu teh sebelum breakfast dan sebelum tidur pada waktu malam.
~Sedia dan mudah diambil secara terus dengan diletakkan diatas lidah.
~Pengambilan Beauty Secret tahan selama sebulan.
~Beauty Secret adalah dalam bentuk serbuk bukan cecair
~Ibu menyusu dan pregnant pun boleh amalkan ye....tak mudaratkan baby.
~Malah effect kulit cantik pun akan tersalur kepada baby.

TESTIMONI.





BERMINAT NAK MENCUBA BEAUTY SECRET SHALICOUS???

HUBUNGI SMS/WHATSAPP 0192057039 .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...