lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Jumaat, 9 Oktober 2015

Antologi mistik jembalang


Antologi mistik jembalang .

Penulis:
~Ramlee Awang Murshid,
~Jessy Mojuru,
~Riduan Judin,
~Zhahrulnizam Shah ZA .

               Di dalam buku ini terdapat empat buah cerita mistik gabungan dari empat orang penulis.Cerita yang berunsurkan mistik ini pastinya mendebarkan setiap pembaca.

RUNCING
PENULIS:ZHAHRULNIZAM SHAH ZA.

               Kisah ini menceritakan tentang seorang gadis yang bernama Seri Bakawali, anak kepada Kiai Samsuddin yang disantau sehingga perutnya membuncit bagaikan mengandung.Seri Bakawali sering kesakitan akibat dari penganiayaan ini.

              Kiai Samsuddin berusaha mengubati anak gadis kesayangan beliau yang sangat menderita.Tetapi siapakah yang menganiaya beliau dan apakah sebenarnya terjadi?

              Imbas kembali,Hambali merupakah salah seorang murid Kiai Samsuddin yang paling disayangi.Hambali dihantar ke sebuah perkampungan untuk membantu Haji Ipin yang telah disihir.Entah kenapa setelah sekian lama ,beliau tidak kembali.

             Seri Bakawali yang telah beberapa kali dipinang orang membuatkan Kiai Samsuddin serba salah.Sedangkan Hambali yang dinanti entahkan kembali , entahkan tidak.

             Cerita ini memang sukar untuk diterjemahkan kerana ianya hanyalah bayangan yang sukar ditafsirkan.Kewujudan Seorang rakan lama Kiai Samsuddin yang ingin membalas dendan kepada Kiai Samsuddin mencuri kain batik anak gadis Kiai Samsuddin semata-mata untuk menyihirnya.

            Kain batik tersebut dimasukkan ke dalam sebuah tempayan yang ditanam di dalam tanah.Berudu dimasukkan ke dalamnya lalu ditutup.Bila berudu menjadi katak, Katak akan melompat untuk keluar.Ada yang lepas dan ada yang mati.Maka sihir yang dibuat amatlah kejam.Rasanya sipengamal sihir ni memang berhati kering.

            Muncul juga kisah Batin Uda yang cuba mengubati lawan Hambali yang membantu Haji Ipin melawan sihir yang dihantar.Sebuah kisah dalam misi memburu darah harimau hanya untuk mengubati Sahak yang hampir mati akibat dari pebuatannya sendiri.

            Kisah memburu harimau juga banyak menimbulkan detik cemas bila seorang demi seorang anak buah Batin Uda menemui kecelakaan.Pengalaman melalui detik cemas ini pastinya mendebarkan perasaan pembaca.

            Kisah runcing 2 ini mungkin sebuah kisah yang bersambung dari siri pertama.Ini membuatkan cerita jadi tergantung.Kalau nak tahu apa yang terjadi, kenalah jejak kisah yang sebelum dan selepas yang saya sendiri tak tahu dimana.

            Apapun, tafsiran saya dan suami berbeza.Adan kata, Seri Bakawali akhirnya mati kerana sihir tersebut sudah tidak dapat diubati.Tetapi bagi saya pula, gabungan masa pemergian Hambali selepas tiga bulan, sedangkan sihir tersebut boleh membunuh dalam masa sebulan,Kiai Samsuddin mendapat firasat bahawa anaknya hanya boleh diubati dengan gabungan Hambali dan Kiai Samsuddin sendiri.

           Pasti ada sedikit peluang untuk sembuh.Apapun, cerita ni memang tergantung dan pengakhirannya buat suami saya terus taknak baca cerita seterusnya. Buang masa katanya. hahaha...Habislah...Baru nak bodek dia baca novel.

-----------------------------------------

BIDADARI PENCABUT NYAWA.
PENULIS: RIDUAN JUDIN .

             Kisah yang melakarkan persekitaran Sabah sebagai latar belakang yang menyeramkan.Puncak Kinabalu menjadi kitaran penghuni yang membunuh siapa sahaja yang masuk ke dalam kawasan hutan Nusawungu yang dianggap kawasan milik mereka.Bidadari pencabut nyawa adalah sebuah cerita yang sangat menarik dan penuh suspens.

            Hutan Nusawungu merupakan kawasan hutan di puncak Kinabalu.Lembah perawan merupakan sebuah perkampungan yang berada dipinggir hutan Nusawungu. Paroi dan Jairon merupakan dua warga Lembah perawan yang telah melanggar larangan Tok pawang yang melarang sesiapapun memasuki hutan tersebut terlalu jauh ke dalam.

            Mereka telah memasuki hutan untuk mencari akar-akar kayu untuk dijadikan ubat.Dalam keasyikan, mereka telah sampai jauh ke dalam hutan sehinggakan tersesat didalamnya.Paroi telah dibunuh dengan kejam.Jairon dipaut dari belakang dan dilambung ke atas.Jairon yang nyawa-nyawa ikan tersandar lemah dengan darah menyeruak dari setiap gurisan kuku runcing sang Rogon.

            Kata makhluk itu, janji harus ditepati.Janji Jairon untuk pulang sebelum malam dilunaskan oleh Rogon.Seroja yang menanti dengan penuh debaran di rumah membuka pintu bila Jairon pulang dengan wajah yang garang tanpa suara.Jairon terus masuk ke kamar tanpa mempedulikan pelawaan Seroja untuk makan mahupun membersihkan diri terlebih dahulu.

            Seroja dibunuh dengan kejam dan darahnya dihirup sehingga kering.Sementara dari bilik sebelah,Paduka melihat sendiri bagaimana ibunya dibunuh oleh makhluk hodoh tersebut.Sambil memegang sebiji limau nipis, Paduka menangis semahunya.

            Kisah kedua,Fedor dan Kamelia saling mencintai.Saat sedang berdating dengan tunangannya Kamelia,mereka diserang oleh beberapa orang lelaki bertopeng.Cincin pertunangan mereka dicabut dari jari Kamelia.Malangnya Kamelia telah dibunuh dengan kejam di hadapan matanya sedangkan dia sendiri tidak tahu siapakah yang membunuh Kamelia.Mayat Kamelia ditemui pada keesokan hatinya dengan kesan torehan di lehernya dan dagunya dibakar.

             Fedor diburu polis diatas tuduhan membunuh Kamelia kekasihnya sehinggakan Fedor terpaksa melarikan diri jauh dari Puncak Kinabalu.

           Paduka diambil oleh datuknya Tok Pawang iaitu bapa kepada Jairon, merangkap penghulu di Lembah Perawan.Tok Pawang meninggalkan Paduka di rumah John,iaitu salah seorang pengikutnya dan berusaha mencari anaknya Jairon dihutan.

           Tok pawang mengarahkan pengikutnya melumurkan badan mereka dengan air hirisan limau nipis kerana Rogon tidak sukakan bau limau nipis.Mereka juga diminta menterbalikkan baju yang dipakai supaya mereka tidak disesatkan sehingga tidak bertemu jalan pulang.

           Salah seorang dari mereka enggan mengikut arahan kerana menganggap bahawa, kata-kata Tok Pawang hanyalah karut.Mereka meneruskan perjalanan ke dalam hutan yang lebih ke dalam.Namun tiada tanda-tanda Jairon dan Paloi berada di situ.

           "Akurisaukan anak dan bini di rumah" Tiba-tiba John berbisik kepada pawang.

           "Yang penting,kita tidak berjanji untuk pilang hari ini,John,itu pantang mereka..."jelas Tok Pawang.

           "Maksud tok?"

           "Kalau kita berjanji hendak pulang,harus tunaikan janji itu walaupun sudah lewat malam."

           "Jadi kejadian semalam tu?"

           "Eya, pasti Jairon berjanji akan pulang ke rumah tetapi dia tidak sempat keluar daripada hutan banjaran ini." Jelas Tok Pawang.

           "Tapi aku berjanji untuk pulang hari ini tok,"John mula pucat.

           "Kan Tok sudah cakap sebelum perjalanan tadi!"marah Tok Pawang.Suaranya ditahan agar tidak terlalu kuat.

             Keputusan Tok Pawang untuk pulang menimbulkan rasa tidak puas hati Tawi.Tiba-tiba kedengaran suara kepakan yang melintas laju membuat bulu roma meremang.

             Tok Pawang mengarahkan mereka membuat satu bulatan mengelilingi unggun api.Mulutnya kumat kamit membaca bait mentera.Tawi masih angkuh dengan pendiriannya.Bunyi pokok bergoyang dan libasan angin membuatkan Tawi terpaksa akur lalu mendekati unggun api.

            "Cepat lumurkan lagi badan dengan limau nipis", arah Tok Pawang.Tawi yang telah membuang buah limau yang diberikan kepadanya mula menggelabah.Tok Pawang terus membaca menteranya.Bunyi kepakan sudah lesap akhirnya.

            Tok Pawang terduduk melihat sesuatu sedang berjalan ke arah mereka.

            "Rogonnn..."Tawi menjerit lalu berlari keluar bulatan.Sepantas kilat Tawi disambar dan ditarik ke atas.

            Tok Pawang mengajak semua pengikutnya berlari keluar dari hutan sambil melumurkan badan dengan limau nipis.Rogon hanya melihat mereka semua pergi.

            Camana?Suspen tak?takkan saya nak cerita semua kot...tak suspenlah kan...so, saya ringkaskan aje cerita ni.

            Kematian Seroja disusuli dengan beberapa pembunuhan lain.Paduka dibesarkan dengan memenuhi dadanya dengan ilmu.Paduka disekolahkan dan dihantar belajar ilmu persilatan .Watak Ferdo dan Kamelia pula menambahkan gabungan elemen suspens.Siapa Fedor?Siapa Kamelia?Apa kena mengena dengan Seroja?

            Cerita ini menjadi lebih suspens bila Paduka sudah dewasa.Paduka menjadi seorang muslim dan bekerja sebagai pemandu pelancong di kaki Gunung Kinabalu.Anak Fedor sendiri menjadi watak penting menambah adegan seram dan suspens di akhir cerita.

           Bagaimana Paduka menyelesaikan segala misteri ini?Jom baca buku ini sendiri.Memang tak dapat dinafikan, cerita ini digarap dengan baik sekali.Kalau orang ada lemah jantung dan darah tinggi tak payah bacalah...putus urat jantung nanti,haha....

           Cuma yang saya tak puas hati, pengakhirannya direka satu situasi lain.Orang bunian pulak yang menjadikan penunggu hutan tersebut sebagai penunggu hutan.Sedangkan bidadari pencabut nyawa yang sebenarnya adalah dirinya yang tiada pengakhiran yang akan terus membalas dendam.Rasanya kalau setakat semuanya mati dalam hutan tu, ceritanya sudah cukup menarik.

......................

PENUNGGU RUMAH PASUNG.
PENULIS:JESSY MOJURU.

            Pertemua Wawa dengan Zaidi ketika beberapa orang pemuda membuat pertaruhan sama ada berani atau tidak bermalam di rumah pasung yang dianggap berhantu.Pertemuan yang berakhir dengan trajedi yang tidak terungkai.

            Que yang hilang ingatan,terperangkap di sebuah rumah yang terletak di dalam hutan dengan kaki dipasung.Rini telah datang dan membuka rantai yang mengikat Que.Sedangkan Rini adalah wanita misteri yang akan menghilang setiap kali ada sesuatu yang mengganggu Que.

            Que sangat berasa aneh kerana hanya dia dan Rini sahaja berada di dalam rumah ini sedangkan hanya sebuah rumah yang ada di situ.Rumah yang dikelilingi hutan tak berpenghuni.Berbagai peristiwa aneh yang mereka lalui sepanjang malam yang bagaikan tiada berpenghujung.

            Que yang hilang ingatan gagal mengingati siapakah dirinya yang sebenar sedangkan kata Rini, hanya Que yang mampu membebaskan mereka berdua dari misteri yang tak berpenghujung ini.Que mengajak Rini keluar dari rumah tersebut dan mencari jalan keluar.Dalam perjalanan,mereka bertemu dengan seorang lelaki yang terbaring.Lelaki tersebut bangun dan berjalan ke arah mereka.Bila memandang sebelah Que, pemuda tersebut cepat-cepat melarikan diri.

            Di hadapan, kemalangan telah berlaku dan mayat lelaki tadi sedang tersangkut di atas pokok.Que meneruskan perjalanan,malangnya penghujung jalan itu, mereka kembali bertemu dengan rumah dari mana mereka datang.

            Buat kali keduanya Que mengajak Rini keluar dari rumah tersebut, mereka bertemu dengan dua orang pemuda yang sedang bertaruh untuk bermalam di rumah pasung.Que mengekori mereka ke rumah pasung.Itulah rumah yang mereka datang.

            Mereka berdua terkejut melihat Que yang telah mereka ketuk kepalanya sehingga hilang ingatan berada di situ.Kata mereka, wajah Que seiras Zaidi.mujurlah Zaidi telah menarik diri.Tinggallah mereka berdua sekarang.Tapi mustahil Que adalah Zaidi kerana Zaidi seorang yang kurus, tetapi Que agak gempal orangnya.

             Mereka semua disakat hantu rumah pasung sehingga akhirnya membuat keputusan mencari jalan keluar dari hutan ini.Mereka berpakat untuk mengikut Que yang telah lama sesat di hutan ini.Mereka menemui sebuah perkampungan yang tiada penghuni.Ternyata perumahan tersebut cuma ada sebuah rumah yang berpenghuni.Di situ ,mereka menemui seorang nenek tua yang aneh.

            Mereka yang ketakutan melarikan diri dan akhirnya tetap sampai ke rumah pasung.

            Jeng!jeng!jeng!....masa untuk berhenti bercerita.Siapa Que?Siap Zaidi?Siapa Wawa? Siapa dua orang pemuda tadi?Siapa nenek tua tadi?Misteri akan terungkai kalau korang baca buku ni.Tapi bagi saya, setiap pergerakan dalam cerita ni dapat diagak dengan mudah.Suspens,tetapi agakan kita setiap kali adalah betul So, ianya buat kita kurang suspens la...hihi

.............................................

TETAMU SIANG.
PENULIS:RAMLEE AWANG MURSHID.

             Bagi saya, cerita ini adalah cerita paling saya suka sebenarnya.Tak pasti sama ada ianya berpunca dari garapan seorang profesional,atau kerana saya memang dah sebati dengan corak penulisan beliau.Walaupun penulisan beliau sudah banyak yang saya baca, tetapi pergerakan dan pengakhiran selalunya sukar dijangka.Ramlee Awang Murshid memang bijak memainkan emosi dan membuatkan kita tertanya-tanya dan akhirnya ianya adalah sesuatu yang diluar jangkaan.Jom baca.

             Kampung Lembah Beringin 1830.

             Kampung Lembah Beringin digegarkan dengan pembunuhan oleh Suaka.Mayat bergelimpangan dan jantung mereka hilang.

             Imam musollah bernama Salleh dan anaknya Adi menguruskan pengkebumian dengan menggali sebuah lubang besar dan menguburkan mayat dalam satu kubur besar.Sedangkan penghulu kampung sendiri tidak muncul.Penghulu kampung hanya muncul pada sebelah petang bersama Liau Gantua.

             Salleh dihalau oleh Liau Gantua kerana katanya jembalang itu mengamuk kerana tidak sukakan Salleh.Salleh membawa anak dan isterinya pergi dari kampung Lembah Beringin.Mereka mendirikan sebuah pondok kecil dan menggali lubang mengelilingi rumah dan menaburkannya dengan garam bukit yang dicampur lada hitam.

            Salleh mengarahkan Adi menjaga ibu dan kakaknya.Salleh menunggu kedatangan Suaka yang dijangka akan memburu mereka.Kemenangan menjadi milik Salleh membuatkan Suaka melarikan diri.Nak adegan suspens, kena baca sendiri buku ni tau...

            Kampung Buana Senandung 18 tahun kemudian.

            Kampung Buana Senandung adalah kampung sebelah dengan Kampung Lembah Beringin.Tok Ketua dan isterinya Jinah mempunyai dua anak lelaki bernama Jadur dan Mulia.Juga anak perempuan bernama Cindai.Cindai mencintai Jejaka.

            Suatu siang, Jadur dan Mulia menemui mayat terapung di sungai berhampiran kampung.Jadur dan Mulia ketakutan, sementara Tok Ketua kelihatan sungguh marah.Andai hal ini tersebar, namanya sebagai pemimpin pasti akan tercemar.

            Apa bila mayat diperiksa, Tok Ketua amat terkejut kerana dada mayat terbelah dan jantungnya dirobek.Mustahil ini adalah perbuatan manusia.Tok Ketua termenung panjang.Tetapi mustahil juga perbuatan binatang buas.Tiba-tiba Tok Ketua terfikirkan dukun besar di kampung sebelah.Siapa tahu Liau Gantua tahu apakah makhluk yang telah membunuh di perkampungannya kini.

            Jejaka, kekasih Cindai datang ke rumah Tok Ketua melaporkan satu lagi mayat telah ditemui di dalam hutan di pinggir kampung.Tok ketua pergi ke tempat kejadian.Ramai penduduk kampung sudah berkumpul di sana.

           "Apakah ini pekerjaan jembalang?"

           "Jembalang mana?hahaha..."Tok Ketua ketawa.

           Tetapi apakah makluk yang sedang membunuh di kampung ini?Semua persoalan dan setiap gerak cerita sangatlah mendebarkan.Sesekali kita bagaikan disergah dengan pembunuhan baharu dan suasana ketakutan seluruh penduduk kampung.

           Perangkap digali dan buluh tajam diletakkan di dalam lubang sebagai perangkap.Sayangnya Makluk tersebut terlalu ampuh untuk dikalahkan.Pernah sekali termasuk perangkap,tetapi terlepas dengan hanya dengan satu lompatan.Tok Ketua hampir berputus asa.

           Pembunuhan demi pembunuhan membuatkan semua penduduk ketakutan dan kedudukan Tok Ketua kini semakin goyah.Pembunuh itu mempunyai kuasa yang memukau dan melemahkan seluruh urat nadi mereka semua.Pembunuh itu langsung tidak mampu dirapati apatah lagi untuk membunuhnya.

           Jadur telah mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan ibunya Jinah.Tok Ketua sungguh kecewa.Ramai penduduk kampung telah mati.Pembunuh itu digelar tetamu siang kerana ianya hanya muncul pada siang hari.Bila malam, ianya cuma datang seperti angin yang tidak dapat dilihat.Tetamu siang itu adalah makhluk tanpa wajah.

Kampung Lembah Beringin.

           Liau Gantua terus memuja menyeru suaka,namun Suaka tidak juga muncul.Liau Gantua sungguh marah dan kecewa.Suaka tidak mahu muncul secara tiba-tiba selepas dia mengusir Salleh dari kampung.Suaka marah kerana Liau Gantua tidak menghapuskan Salleh.

           Kemunculan Salleh yang berani bersolat di musollah yang terbiar tak terjaga menimbulkan kemarahan Liau Gantua.Liau Gantua mengurung Salleh dan mahu menjadikan Salleh sebagai korban di pohon besar tempat dia memuja Suaka.

Kampung Buana Senandung.

          Jejaka bertemu dengan Cindai secara sembunyi-sembunyi.Dalam perjalanan pulang, Jejaka terdengar sesuatu yang memukau dan melemahkan seluruh anggota badannya.Dia menggagahkan diri untuk melihat apakah makhluk yang membaca mentera sekuat ini sehingga melumpuhkan seluruh anggota badannya.

           Kehilangan Jejaka dicari.Dalam pada itu ramai yang terus terkorban.Jejaka ditemui dalam keadaan yang menyedihkan.Seluruh badannya luka.Jinah menggunakan air penawar dari dukun Liau Gantua yang disimpan oleh Tok Ketua di rumahnya.Tok Ketua tidak membenarkannya menggunakan penawar tersebut kerana dia amat mendendami Liau Gantua.

           Penduduk kampung memohon untuk berpindah demi keselamatan keluarga mereka.Tinggallah yang muda dan kuat sahaja di kampung untuk menentang makhluk pembunuh itu.Tetapi satu lagi kejutan,semua penduduk kampung yang berpindah ditemui mati di dalam hutan.Mayat bergelimpangan tanpa jantung.Tok Ketua sangat tertekan.

           Dalam pada itu,Cindai pula dilarikan oleh makhluk tanpa wajah ke dalam hutan.Wajah Cindai diubah kepada wajah makhluk tersebut,iaitu tanpa wajah.Jejaka yang menjejak Cindai sampai ke hutan akhirnya bertemu Cindai tetapi terpaksa lari ketakutan melihat Cindai yang sudah berubah rupa.

           Rasanya dah panjang sangat saya menulis ni.Marah pulak pembaca yang nak beli buku ni kalau saya dah cerita semuanya.Nanti semua orang dah tahu jalan ceritanya.

           Sampai tahap ni, mulalah satu pembongkaran siapa itu makhluk tak berwajah aka tetamu siang.Beliau adalah Adi iaitu anak Salleh.Adi memasuki alam jembalang untuk membunuh Suaka.Suaka  adalah jembalang yang di puja oleh Liau Gantua.

          Maka bermulalah imbasan semula dari semua insiden yang penuh debaran.Cindai yang diubah kepada wajah manusia telah memasuki alam manusia dan menjadi pontianak untuk membalas dendam diatas kematian Suaka.Wah...Kalau korang darah tinggi tolonglah jangan baca ditil sangat.Kalau trasa korang penakut gila pun, janganlah baca buku ni.Tapi orang penakut ni sebenarnya memang suka baca buku kisah seram gini.Betul tak?

          Apa yang tak tahan dengan cerita ni,Kita berada dalam dunia jembalang tanpa kita sedari.Rupa-rupanya yang kita sangkakan jembalang pula adalah manusia yang berzikir.Semasa baca buku tu, geramnyalah...kenapa tak cuba aje baca ayat Al-Quran supaya sihir tetamu siang tu lemah.Rupa-rupanya yang dibaca itu adalah zikir dan syaitan akan lemah segala urat nadi sehinggakan luka seluruh badannya.Tak sangka pulak sedang berada dalam dunia syaitan.Aduhai Ramlee,kejam sungguh.Hahaha..

          Satu bab lagi, penawar disaat jejaka luka teruk, Jinah menyapukan penawar berwarna kuning yang diberi oleh dukun syirik tu.Rupa-rupanya ianya adalah air kencing dukun tersebut.Eeeuuwww...

          Akhir sekali, Bidadari pencabut nyawa mengkritik pembangunan di Sabah yang jauh ketinggalan.Kalaulah yang berwajib terbaca novel ni alangkah bagusnya.Harap mengerti keluhan rakyat marhain yang dianak tirikan dari pembangunan.

          Maka, belilah buku ni untuk santapan jiwa.Jangan jiwa anda di sentap sampai menggetar ketakutan sudahlah...Hahaha...berlebih-lebih pulak saya nak takutkan korang kan...

         Apapun, Selamat membaca...Tak rugi beli buku ini.Nak beli buku ini?Datanglah ke JUALAN GUDANG AKHIR TAHUN KARANGKRAF yang bakal berlangsung pada 29 OKTOBER HINGGA 1 NOVEMBER 2015 (jumaat hingga ahad , 9.00 pagi hingga 7.00 malam.)

All the best semua penulis buku ini ya...
Selamat membaca juga buat semua penggemar novel sekalian.
Assalamualaikum.

5 ulasan:

  1. ada buku baru ya RAM walaupn combine dengan penulis lain.. nampak menarik ni..!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya nana liena.dan novel terbaharu sambungan sunan bakal muncul di pasaran tak lama lagi.

      Padam
  2. wah.macam best je.kalau cerita mistik,misteri,seram ni memang menjadi kegilaan IbuNoey.kalau tengok filem pun,lebih suka filem seram.

    BalasPadam
  3. Stressny baca runcing 2 tu knape publishkn klu citer cmni

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...