lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Selasa, 17 November 2015

Isteriku 120kg - Siti Nur Dhuha



Isteriku 120kg - Siti Nur Dhuha

Novel Isteriku 120kg - Siti Nur Dhuha setebal 750 muka surat ini diterbitkan oleh Buku Prima, Karangkraf sdn bhd.Saya tak pasti novel ini adalah novel ke berapa Siti Nur Dhuha kerana saya cuma memiliki tiga novel beliau.Selebihnya tak sempat nak beli.Tapi saya dah baca beberapa buah novel beliau sebelum ini dan saya sukakan cara penulisan beliau yang santai.

              Novel Isteriku 120kg - Siti Nur Dhuha ini mengisahkan tentang seorang gadis yang berbadan 120kg dan mempunyai penampilan yang serabai dan serba serbi tak terjaga.Gadis ini bernama Nelydia.Jadi saya membaca buku ini sambil membayangkan Nelydia senrose yang cun melecun tu tiba-tiba bertukar kepada seorang Nelydia dengan badan gempal dan bergigi ke depan, dengan jerawat penuh dimuka.Kesian pulak Nelydia senrose jadi mangsa imaginasi saya.

              Nelydia jatuh hati kepada Shahaikal semenjak di bangku sekolah lagi.Malangnya Shahaikal telah bercinta dengan kawan baik Nelydia sendiri yang bernama Syikin tanpa Nelydia sedari.Syikin yang sakit hati dengan Nelydia yang terlalu memuja Shahaikal di hadapannya sengaja mempermainkan Nelydia dengan mengasak Nelydia dengan kata-kata manis sehingga Nelydia menganggap Shahaikal memang sukakannya yang cantik , sexy dan ramping bergaya.

              Nelydia pergi ke pejabat Shahaikal untuk temuduga tetapi Shahaikal telah menghina dirinya dengan cara yang sangat kasar.Kesian Nelydia yang terpaksa menanggung malu dengan penghinaan Shahaikal.Namun begitu, Nelydia tidak pula serik.

              Syikin masih tidak berpuas hati.Sengaja Syikin menyuruh Shahaikal mengajak Nelydia dating di sebuah lorong di kawasan yang menjadi port penagih dadah.Namun begitu, demi Shahaikal, Nelydia sanggup bergegas menunggu Shahaikal sedari pukul 1.00 pagi.Pukul 2.00 pagi, 3.00 pagi, 5.00 pagi, Shahaikal tetap tidak muncul.

              Hari sudah menunjukkan jam 6.30pagi, Nelydia sudah penat berdiri, namun ditahan demi Shahaikal yang dicintai.Tiba-tiba Nelydia diserang tiga orang lelaki.Nelydia dimasukkan ke dalam guni tetapi guni yang digunakan rabak kerana tidak mampu menampung berat badan Nelydia.

              Nelydia cuba melawan,tetapi akhirnya dia pengsan.Bila dia sedar, dia berada di dalam bilik Aiman Zafrill dengan tangan diikat.Apalagi! macam-macam insiden yang berlaku antara Aiman Zafrill dan Nelydia yang garang macam gajah naik minyak.Apabila menyedari Nelydia yang diculik adalah orang yang salah,Nelydia dihantar kembali ke tempat dia diculik.

              Nelydia yang menyangka Shahaikal telah datang ketika ketiadaannya,membuat keputusan untuk pergi menemui Shahaikal di pejabat walaupun dalam keadaan dirinya yang tak terurus.Shahaikal yang sedang bermesyuarat dengan bakal rakan kongsi beliau sangatlah mendidih darahnya melihat kehadiran Nelydia yang mengaku sebagai kekasihnya dengan penuh sombong.

               Shahaikal dengan bangga dan ganasnya memukul Nelydia lalu menghantukkan muka Nelydia sehingga bengkak bibirnya dan berterabur beberapa batang giginya yang agak jongang.Nelydia mengalami kesakitan yang teramat sangat tetapi Shahaikal pula semakin seronok mengerjakan Nelydia tanpa belas kasihan.

              "Anggaplah awak dah kehilangan tender ini" kata bakal rakan kongsi Shahaikal sambil menghayunkan sebuah hadiah yang istimewa dimuka Shahaikal.Ada ke tidak adegan ni saya pun dah lupa.Tapi lebih kurang macam tu laa... Aiman Zafrill telah membantu Nelydia yang tidak bermaya dikerjakan Shahaikal.

               Aiman Zafrill berjanji akan menanggung perbelanjaan menggantikan gigi Nelydia sebagai acara memujuk.Nelydia yang dalam kesakitan masih sempat mengambil kesempatan mengarahkan Aiman Zafrill mengutip gigi-giginya yang berterabur.Melampau betul Nelydia ni.hihi.

               Aiman Zafrill menghantar Nelydia sampai ke rumah.Nelydia pula sempat memperkenalkan Zafrill sebagai kekasihnya untuk mengelakkan ibu dan ayahnya dari terus bergaduh.Ayah Nelydia adalah seorang kaki botol yang sering meminta duit dari ibu Nelydia.Sebelum pulang, Aiman Zafrill memberikan Rm 3000 kepada Nelydia sebagai menebus janjinya membiayai memperbaiki gigi Nelydia.

              Nelydia meminta bantuan Aini sahabat baiknya untuk menghantarnya ke klinik kerana bibirnya sedang membengkak dan dia kesakitan dan tidak bermaya.Elok aje kembali dari klinik, Nelydia bergaduh dengan Aini kerana memburukkan Syikin.Akibatnya, Nelydia ditinggalkan di tengah perjalanan.

             Entah macam mana, Nelydia ternampak Syikin bersama dengan Shahaikal berada dalam sebuah kereta dan mereka kelihatan sungguh mesra sekali.Nelydia berusaha mengekori Syikin dan Shahaikal sampai ke sebuah hotel.Rupa-rupanya Shahaikal dan Syikin sudah bertunang dan sedang merancang untuk bernikah dalam masa terdekat.

             Menyedari Nelydia telah mencintainya sedari kecil dan Syikin mempunyai perangai yang menjengkilkan, Shahaikal mengejar Nelydia yang meninggalkan mereka dengan penuh kesedihan.Kebetulan pula Aiman Zafrill terlihat keadaan Nelydia yang kesedihan.Aiman Zafrill cuba memujuk Nelydia dengan mengusik ala-ala orang mengorat gitu.Shahaikal pulak meradang kerana melihat Nelydia diganggu, telah menumbuk Aiman Zafrill.

             Dengan penuh perasan menjadi rebutan dua jejaka, Nelydia sungguh seronok mengapikan kedua lelaki ini.Tetapi akhirnya kedua-duanya pergi meninggalkan Nelydia termanggu di jalanan sendirian.Memang tak masuk akal dan menyebalkan baca cerita ni tau...

              Nelydia dalam dilema.Shahaikal yang dicintai kini meminta maaf dan mengakui cintanya kini milik Nelydia.Sedangkan Aiman Zafrill pula cuba mendekatinya.Nenek Aiman Zafrill mengugut tidak akan menyerahkan hartanya kepada Aiman Zafrill andainya dia tidak mengahwini Nelydia, cucu angkat kesayangannya yang dicarinya selama ini.

              Begbagai insiden lucu dan menyakitkan hati dihasilkan dalam cerita ini.Ceritanya berlatar belakangkan komedi, jadi saya pendekkan agar sesiapa yang nak baca buku ni lebih seronok.Ibu Nelydia dibunuh oleh ayahnya sendiri.Effa kakak Nelydia mengandungkan anak luar nikah.

              Wajah Aiman Zafrill yang dilihatnya terjongol dari bilik Effa membuatkan Nelydia cuak untuk menerima Aiman Zafrill meskipun matanya sudah blink-blink dengan tawaran harta andai dia berkahwin dengan Aiman Zafrill.

               Effa telah dibunuh dengan kejam .Dia ditolak dari bangunan . Nama Zafrill yang disebut Effa menguatkan fakta bahawa Aiman Zafrill adalah pembunuh Effa.Namun begitu, Nelydia nekad untuk membalas dendam diatas kematian effa dengan menerima lamaran dari Aiman Zafrill.Itupun setelah Shahaikal menikahi Shikin.Macam mana semua ni terjadi?panjang ceritanya, baca sendiri tau...

              Hidup sebagai isteri Aiman Zafrill, Nelydia diibaratkan manusia yang tak berhati perut.Dengan bahasanya yang kasar, kuat makan,kurang ajar, membuat saya cuak sekali nak letakkan gadis 120 kg ni sebagai heroin novel ni.

              Namun begitu, akhirnya semuanya terbongkar.Abang kepada Aiman Zaffril aka Akill Zafrill adalah pembunuh sebenar Effa.Akill Zafrill juga berusaha membunuh Nelydia.

              Demi harta Nenek Masyitah ,Nelydia dan Aiman Zafrill sanggup untuk mempunyai anak secepat mungkin.Dan mereka berhasil.Agak-agak macamana boleh jadi ya?haha...baca jangan tak baca...

              Sayangnya kemunculan Nelydia yang sebenar amatlah menggugat kedudukan Nelydia sehinggakan Nelydia nekad mengurung nenek Masyitah di dalam bilik dan membuatkan semua orang menganggap nenek Masyitah sengaja mengasingkan diri.

              Tanpa disangka, Aiman Zafrill mengajak Nelydia berbulan madu di India. Nelydia dengan gembiranya menerima peluang yang sekian lama dinantikannya ini. Nelydia bertemu dengan adiknya Rizki di sana yang telah memiliki sebuah rumah besar.

             Kebahagian Nelydia membuatkan Nelydia terlupa tentang nenek Masyitah.Masuk hari ketiga barulah Nelydia sedar bahawa nenek Masyitah sudah tiga hari tak diberi makan.Hari keempat, mereka pulang ke Malaysia dan segalanya terbongkar.

             Aiman Zafrill menyuruh semua orang ntuk memulaukan Nelydia yang telah bersalah kepada nenek Masyitah.Nelydia yang dalam keadaan sarat mengandung tujuh bulan itu dipaksa melakukan segalanya sendiri.Nelydia yang sebenar pula terus mengganggu Nelydia dengan ancaman.

             Dipendekkan cerita, Nelydia akhirnya bersalin dengan selamat dan Aiman Zafrill menjaganya dengan sepenuh hati untuk menebus kesalahannya mengabaikan Nelydia.Nelydia pula melayan Aiman Zafrill seperti orang suruhannya.Sakit betul hati kita dengan Nelydia ni.

             Habis pantang, mereka bergaduh dan Nelydia ter...mintak cerai.Nenek Masyitah ter...menghalau Nelidia palsu kerana Nelydia asli mengadu bahawa Nelydia cuba membunuhnya untuk merampas kedudukannya di rumah besar ini.

             Nelydia nekad melarikan Azim anaknya dari Aiman Zafrill dan nenek Masyitah.Tetapi Nelydia tidak mampu menjaga anaknya dengan baik.Nelydia memulangkan anaknya kepada Aiman Zafrill dengan meminta wang 1juta ringgit.

             Ketika Nelydia mengambil wang tersebut,Aiman Zafrill telah melafazkan taklik.Andai Nelydia menggunakan wang tersebut, maka akan jatuh satu talak.Demi cintanya kepada Aiman Zafrill,Nelydia memulangkan wang tersebut secara sembunyi.

             Nelydia membawa diri ke India dengan sisa wang yang ada.Sayangnya Rizki yang disangka kaya rupanya hanyalah seorang tukang kebun.Demi meneruskan kehidupan, Nelydia bekerja sebagai tukang kebun bersama adiknya.

1 tahun kemudian....

            Kawan majikan Nelydia telah jatuh hati kepada Nelydia dan ingin memperisterikannya.Nelydia terpaksa pulang ke Malaysia kerana dia masih isteri Aiman Zafrill walaupun Aiman Zafrill telah menemui Nelydianya yang sebenar.

            Kepulangan Nelydia yang dah selim melim membuatkan tiada siapa yang mengenalinya.Dia menyelinap masuk ke rumah suaminya sebagai Melly.Bekerja sebagai seorang pengasuh lelaki lumpuh bernama Aiman Zafrill.

            JENG!JENG!JENG...

           Ending cerita ni, mereka ni bersatu kembali dalam satu keluarga bahagia.Tapi macamana Nelydia menyelesaikan masalah ni, kenalah baca novel ni sendiri.Akill Zafrill yang selalu berusaha membunuh Nelydia demi harga warisan juga menjadikan cerita ni penuh adegan cemas.Rugi tak baca...Garapan yang sungguh menarik meskipun bahasanya santai dan kadang menjengkilkan.

Selamat membaca...

Jumaat, 13 November 2015

Giveaway Simple by cik akak & sponser

Giveaway Simple by cik akak & sponser


Syarat Penyertaan : 

  • Follow Blog
cik akak  kathyrbain | syamimi  | wawa I Farah Arina | Salina Johari  | Ainul Aqma JMbelog  | Lorongcinta | Duniakita  | Arra |
  • Likes fanpage -  JMbelog I cik akak I cinta itu indah | Ainul Aqma 
  • Follow facebook - cik akak I JMbelog I Salina johari
  • Follow Instagram & Twitter - JMbelog I JMbelog I Salina johari I Farah Arina | Ainul Aqma | Arra 
  • Masukan link blog ini dalam senarai bloglist anda : http://kathyrbain.blogspot.my/
  • Buat entri bertajuk "Giveaway Simple by cik akak & sponser"
  • Copy coding yang disediakan & paste kan dalam ruangan HTML
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini 
  • Giveaway berlangsung 13.11.2015 - 22.11.2015 [10 hari]
  • Giveaway tamat 22.11.2015 jam 11.59 malam
  • Pemenang dinilai melalui Nombor Cabutan Bertuah
Perhatian : Bagi syarat likes fanpage, follow facebook, Instagram & twitter peserta wajib follow setiap syarat sekiranya peserta ada akaun yang dinyatakan dalam syarat yang telah cik akak senaraikan. 

Sekiranya peserta tidak mempunyai akaun tersebut, peserta tak perlu ikut syarat yang dinyata. Apa yang penting kejujuran anda sebagai peserta giveaway. 

Follow blog wajib...tiada kelonggaran isu follow blog....semoga giveaway ini berjalan dengan lancar......

copy & paste coding ini dalam post entri anda...



Hadiah Giveaway

  • cik akak - Cash RM50.00 x 2 pemenang 
  • KathyRbain - Topup RM10.60 x 1 pemenang
  • Syamimi - Cash RM5.00 x 2 pemenang
  • Wawa - Topup RM10.60 x 2 pemenang
  • Farah Arina - Topup RM10.60 x 1 pemenang & Topup RM5.00 x 1 pemenang
  • Salina Johari - Cash RM10.00 x 2 pemenang
  • Ainul Akma - Topup RM10.60 x 1 pemenang
  • JMbelog - Topup RM10.60 x 5 pemenang
  • Lorongcinta - Topup RM5.00 x 2 pemenang
  • Duniakita - Topup RM5.00 x 2 pemenang
  • Arra - Topup RM10.60 x 1 pemenang

Ilham giveaway copy & paste coding - Rujuk Entri Kak Mialiana


Jumaat, 6 November 2015

Miss Syada at Geopark Langkawi


              Jumaat lepas, anakandaku Miss Syada vs Angah mengikuti rombongan sekolah mereka ke Pulau Langkawi. Saya suka sangat tengok gambar kenangan yang diberikan beliau kepada saya. Oleh kerana ini adalah kenangan terindah bagi Angah untuk tahun terakhir di Kulliah Al-Waddin, saya ingin mengabadikan gambar-gambar ini di dalam blog kesayangan saya ni.

Miss Syada at Geopark Langkawi.


                Kalau nak pergi ke Geopark Langkawi ni kena naik kereta kabel tau...Tak payah nak naik kereta pusing bukit kan...Kalau orang gayat memang tak boleh pandang ke bawahlah.


Menyelam di dasar lautankah itu?


Dalam tiram pun boleh ramkan mutiara bagi menetas.


Dalam istana dasar laut sambil ditemani ikan-ikan yang pakai lipstik dan mulut comel macam Angelina Jollie.


Rebut kunci istana giant king dari seekor helang gergasi.


Tak pandai meluncur takpe...berdiri tegak pun boleh meluncur kat laut ganas.


Tak dapat bela gajah kat belakang rumah, boleh juga pegang belalai gajah kat sini.


Nak jadi pari-pari kecil pun boleh.


Pilih aje aksi mana yang lagi best untuk jadi pari-pari setengah minit.


Nak miliki sayap besar jadi helang berwajah manusia pun boleh juga.


"Rasanya inilah jalan untuk ke rumah nenek red riding hood" kata Angah.


Opocot! dengan selamba Miss Syada menyambut selipar tu.


Dengan penuh bangganya Miss Syada si retis baru berjalan di red carpet.Silau mata kena lence kamera tu.


Ke Mesir pulakk..


Kawan Miss Syada sedang diburu helang besar.


Awat dok situ?Naiklah unta pusing padang pasir.


Sempat main wau bulan pulak tu.


Nak pergi gunung kinabalu pun mudah aje.Jalan dah cantik.


Biar betul tu Angah... Jalan tu nak gi mana? Kang sampai ke bilik Count.


Ambik nak... jadi bahan eksperimen akhirnya.Mak dah cakap jangan naik tangga tu.

                  Hmm...kadang-kadang yang biasa bagi orang lain, amat istimewa bagi kita.Itulah kenangan terindah yang bakal menjadi kenangan abadi.Zaman persekolahan adalah zaman yang tidak mungkin dilupakan dengan mudah.

                   Begitulah berakhirnya kisah Miss Syada at Geopark Langkawi .Good luck for STAM 2015.

Isnin, 2 November 2015

Mutiara ada kesan negatif

            Dizaman sekarang, produk mutiara mula menjadi satu fenomena baharu dimana ianya  boleh dihasilkan ke dalam krim mutiara, susu, pewarna rambut dan krim tangan.Ia mampu menyelesaikan masalah bintik hitam, mengawal minyak, menghilangkan jerawat, menanggalkan sel kulit mati dan mencegah penuaan dengan meningkatkan aktiviti SOD untuk menjadikan kulit segar, lembut, licin, dan putih.

Antara fungsi serbuk mutiara adalah:
~ Melancarkan peredaran darah.
~ Mengandungi pelindung Matahari Asli yang meneutralkan radikal perosak kulit.
               (menghapus sun burn dan membuang ulser kulit).
~ Memulihkan tompok kering, rosacea, garis-garis halus dan kedutan ( anti penuaan) .
~ Menyuburkan kulit dan menjadikannya licin, halus, anjal, sihat dan semula jadi.
~ Mencerahkan kulit, memudarkan jeragat, menghilangkan akne dan jerawat.
~ Menggalakkan pertumbuhan kulit yang baru.
~ Menghasilkan kolagen pemulihan.
~ Menyembuhkan ruam dan bisul.
~ Mengawal degup jantung dan membantu dalam pemulihan penyakit jantung.
~ Menyihatkan otak.
~ Meningkatkan daya ingatan.
~ Meningkatkan fungsi sistem saraf pusat dan melegakan keletihan.
~ Berkesan untuk menenangkan jiwa, murung, tertekan dan resah dan masalah susah tidur.
~ Meningkatkan kadar metabolisme badan dan memanjangkan jangka hayat sel-sel badan.
~ Mempercepatkan penyembuhan gastrik dan ulser duodenum.
~ Menghentikan pendarahan.
~ Menguatkan jantung ,
~ Mengawal tahap kolesterol dalam darah.
~ Membekalkan kalsium bagi mencegah masalah osteoporosis.
~ Memutihkan gigi dan memperbaiki noticably surut gusi.
~ Menguatkan folikal rambut.
~ Menyihatkan mata, mencegah masalah mata seperti “muscae volitantes” dan katarak.
~ Membuang kahak, berhenti cirit-birit, demam dan keruh spermatorrhea.
~ Anti kanser dan anti oksidan yang menyekat penyerapan logam berbahaya.
~ Melaraskan saraf pusat bagi melegakan kepanasan badan.
~ Menggalakkan pertumbuhan kanak-kanak.
~ Mengawal sistem imun , meningkatkan daya ketahanan dan menguatkan paru-paru.
~ Meningkatkan kapasiti paru-paru dan menghilangkan kahak.
~ Menjadikan fungsi ginjal normal dan mencegah batu karang ginjal.
~ Mengimbangi sistem endokrin.
~ Mencegah penyakit puan, masalah senggugut dan keputihan.

             Saya nak ceritakan pengalaman saya menggunakan produk mutiara.Seperti apa yang kita semua tahu,serbuk mutiara merupakan satu bahan yang mempunyai berbagai khasiat.Ianya sudah terkenal didalam perubatan Cina semenjak zaman dahulu lagi.

             Saya mula menggunakan produk yang mengandungi mutiara melalui hadiah istimewa dari tuan punya produk dropship pertama saya.

            Saya mula mengambil minuman campuran mutiara dari produk Sparkling diva. Alhamdulillah seronok rasa bila gusi saya tidak lagi berdarah.Selepas sebulan, kulit pun semakin cerah.Ternyata dengan sparkling Diva, daki mudah ditanggalkan.Ianya membuatkan kulit kita semakin cerah.

            Selepas menghabiskan sekotak Sparkling diva, Saya terbaca tentang cara menggunakan supplemen agar lebih berkesan.Iaitu dengan membuat detox untuk membuang toksin dalam badan.Jadi, saya memilih untuk mencuba 2be gojes untuk proses detox. Minum 2 be georgeus memang lawas pembuangan.Setiap pagi beres.Didalam 2 be georgeus juga ada mengandungi mutiara.

           Akhirnya tibalah masa saya mencuba produk mutiara  lain.Saya ingin mencuba kapsul mutiara perla,tetapi ketika itu takde stok.Saya memilih perla potion sebagai percubaan seterusnya. Ianya serbuk mutiara asli yang dikemam terus di dalam mulut.Alhamdulillah...saya suka lihat kesannya.Kulit terasa halus dan lembut.

           Bulan berikutnya saya mula minum Babies blink coffee. Saya sangat puas hati dengan kopi ni. Kulit menjadi lembab dan suka sangat saya membelai kulit sendiri.Yang paling saya suka, semenjak mengambil produk yang mengandungi mutiara, saya bebas dari elergi makanan.Makan ikan aya dan ikan kembung pun tak alah lagi.Itu sudah bagus...tip top gitu.

            Selepas tiga kotak babies blink coffee saya minum, saya membuat keputusan mengambil Aurora Mutiara yang saya beli beberapa hari sebelum habis kopi.

            Kebetulan, saya mendapat mesej dari seorang pelanggan, mengatakan dirinya amat senang dengan kapsul mutiara.beliau memberi mutiara kepada saudara yang terkena stroke dan pertuturan saudaranya itu semakin baik tangannya sudah boleh digenggam.Begitu juga kawan beliau yang mempunyai masalah tiroid dan jantung.Kesan positif mutiara memang bagus.

            Pada hari raya pertama raya Aidil Adha lepas,dengan penuh bersemangat saya makan Aurora Mutiara. Tengahari itu saya dapati kepala saya teramatlah sakit.Ternyata gastrik saya datang semula.Mungkin kerana saya banyak makan pulut dan tak menyentuh nasi.Atau mungkin saya sebenarnya dah kena penyakit darah tinggi.

           Hari raya kedua saya sakit kepala yang lebih lagi sampai berdenyut-denyut.Mata kelabu tahap dalam asap.Berpusing-pusing pulak pening hari ni.Nak kata demam tidak juga.Tapi loya dan nak muntah yang amat sangat.Perutpun boleh tahan sakit.Usus pun bergerak-gerak.

          Saya tak fikir saya demam,tetapi badan saya panas sangat.Siap melekapkan badan dan tapak tangan kat lantai mozek lagi. Kepala dah beberapa kali dimasukkan dalam peti ais.Kalau muat badan, rasanya saya dah masuk dalam peti ais tu.

           Alhamdulillah...hari raya ketiga dah tinggal sikit-sikit peningnya. Barulah boleh bangun. Tak pernah saya kena gastrik atau sakit kepala sampai tak kebah bila makan paracetamol macam ni. Migrain kot... Siksanya hanya Allah yang tahu.Di dalam hati ada juga terfikir kot kot mutiara ni yang menyebabkan saya alah begini.Tapi itu cuma kemungkinan kecil.

           Seterusnya saya mencuba mengambil Aurora mutiara ni buat kali kedua seminggu selepas itu.Selepas sejam ambil, saya rasa loya dan pening.Saya diserang gastrik lagi.Tetapi kali ini gastrik yang lebih teruk.Saya mengambil ubat gastrik dan ianya sedikit kurang.Tetapi datang semakin teruk selepas satu jam.

          Saya terpaksa mengambil paracetamol untuk menahan sakit kepala ni. Badan saya juga sakit-sakit dan separuh demam. Kepala saya sakit dan mata saya jadi kelabu. Mata saya menjadi sangat kabur dan silau.Kalau tak gunakan cermin mata, saya akan pening keterlaluan.

           Kali ini saya mengambil masa tiga hari juga untuk pulih.Sah ianya kerana mutiara Aurora ni.Jadi,Saya cuba menghubungi pelanggan saya yang memembeli Aurora mutiara sebulan lepas. Saya bertanya macam mana kesan dia menggunakan Aurora? Alhamdulillah... Beliau baik-baik saja.Katanya ok sesangat kesannya.

           Persoalannya, kenapa saya tak boleh ambil Aurora Mutiara? Sedangkan ianya adalah sama.Jadi, tiada kes ori tak ori atau sebaliknya.Punya bertuahnya saya, pelanggan saya pula yang carikan info dari internet.Beliau kongsikan maklumat yang diperolehinya dari laman web fittness. Laman berbahasa inggeris itu satu-satunya yang membongkar rahsia mutiara yang bagaikan disembunyikan.

           Sebagai info tambahan, saya google sendiri maklumat.Ternyata info tentang mutiara ni terlalu sedikit.Kalau kebaikan memang banyak. Tetapi keburukan ,memang susah jumpa. Saya terbaca cerita yang mengisahkan kisah bayi meninggal dunia kerana jaundis akibat dari serbuk mutiara yang diberi oleh kawan beliau. Serbuk mutiara itu dibeli dari kedai perubatan cina kerana masyarakat cina memang mengamalkan mutiara sebagai penawar penyakit mahupun untuk kecantikan.

           Kes berbeza, seorang bayi juga terkena jaundis yang teruk kerana serbuk mutiara yang disyorkan kepada ibu bapa bayi tersebut. Alhamdulillah bayi tersebut sempat diselamatkan dengan pembuat penukaran darah kerana terlalu banyak bahan kimia penyebab jaundis di dalam darah.

           Sungguh menyedihkan. Ramai yang tidak tahu bahawa ada sesetengah golongan yang tidak sesuai menggunakan mutiara. Sepatutnya ianya didedahkan agar tiada yang mengalami kesan seperti saya.

            Walaupun mutiara adalah sejenis ubat kepada berbagai penyakit juga untuk memutihkan kulit, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan. Oleh itu, rakyat perlu mengambil kira sekali lagi apabila mereka membuat keputusan untuk mengambilnya.

          Mutiara adalah sejenis ubat sejuk, dan hanya orang yang mempunyai badan panas boleh mengambil serbuk mutiara.Mungkin kesannya amatlah baik untuk kecantikan, tetapi juga membawa risiko kesihatan kepada badan.

          Dalam kehidupan seharian, agak ramai juga wanita yang berbadan sejuk. Penggunaan serbuk mutiara dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan senak, cirit-birit, kaki sejuk, kulit pucat dan gejala lain.

          Selain daripada mereka yang berbadan sejuk, pesakit yang sering sejuk- sejuk ,gastrik dan batu karang tidak sesuai untuk mengambil serbuk mutiara. Amat penting untuk berunding dengan doktor sebelum memakannya. Selepas anda mengenal pasti pengiktirafan badan anda, anda boleh membuat keputusan sama ada untuk makan atau tidak.

Kesan alahan Mutiara :
~Ubat Oral Mutiara menghasilkan kerosakan kepada organ-organ terutamanya perut.
~Serbuk mutiara boleh menggalakkan penyerapan gastrousus dan menambah kesukaran pengubatan.
~Serbuk mutiara adalah sejuk, jadi wanita semasa haid tidak boleh memakannya.
~Serbuk mutiara dan asid oksalik makanan seperti bayam tidak boleh dimakan bersama-sama.
~Contoh asid oksalik makanan ialah bayam.
~Untuk kegunaan luaran, Orang yang mempunyai masalah alergi juga adalah berisiko.

PERINGATAN:

~SETIAP INDIVIDU ADALAH BERBEZA.
~KESAN PENGAMBILAN PRODUK MUTIARA ADALAH BERBEZA MENGIKUT INDIVIDU.
~SESUAI UNTUK KITA TIDAK SEMESTINYA SESUAI UNTUK ORANG LAIN.
~KESAN NEGATIF ADALAH LEBIH TERUK ANDAI IANYA BERLAKU KEPADA BAYI.

            Individu yang mempunyai penyakit, dinasihatkan agar tidak mengubati diri sendiri tanpa nasihat daripada doktor. yang alergi hendaklah berhati-hati apabila menguna produk ini. Jika anda ada atau mengesyaki mempunyai sebarang masalah kesihatan, sila hubungi doktor.

Wallahu a'lam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...