lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Isnin, 2 November 2015

Mutiara ada kesan negatif

            Dizaman sekarang, produk mutiara mula menjadi satu fenomena baharu dimana ianya  boleh dihasilkan ke dalam krim mutiara, susu, pewarna rambut dan krim tangan.Ia mampu menyelesaikan masalah bintik hitam, mengawal minyak, menghilangkan jerawat, menanggalkan sel kulit mati dan mencegah penuaan dengan meningkatkan aktiviti SOD untuk menjadikan kulit segar, lembut, licin, dan putih.

Antara fungsi serbuk mutiara adalah:
~ Melancarkan peredaran darah.
~ Mengandungi pelindung Matahari Asli yang meneutralkan radikal perosak kulit.
               (menghapus sun burn dan membuang ulser kulit).
~ Memulihkan tompok kering, rosacea, garis-garis halus dan kedutan ( anti penuaan) .
~ Menyuburkan kulit dan menjadikannya licin, halus, anjal, sihat dan semula jadi.
~ Mencerahkan kulit, memudarkan jeragat, menghilangkan akne dan jerawat.
~ Menggalakkan pertumbuhan kulit yang baru.
~ Menghasilkan kolagen pemulihan.
~ Menyembuhkan ruam dan bisul.
~ Mengawal degup jantung dan membantu dalam pemulihan penyakit jantung.
~ Menyihatkan otak.
~ Meningkatkan daya ingatan.
~ Meningkatkan fungsi sistem saraf pusat dan melegakan keletihan.
~ Berkesan untuk menenangkan jiwa, murung, tertekan dan resah dan masalah susah tidur.
~ Meningkatkan kadar metabolisme badan dan memanjangkan jangka hayat sel-sel badan.
~ Mempercepatkan penyembuhan gastrik dan ulser duodenum.
~ Menghentikan pendarahan.
~ Menguatkan jantung ,
~ Mengawal tahap kolesterol dalam darah.
~ Membekalkan kalsium bagi mencegah masalah osteoporosis.
~ Memutihkan gigi dan memperbaiki noticably surut gusi.
~ Menguatkan folikal rambut.
~ Menyihatkan mata, mencegah masalah mata seperti “muscae volitantes” dan katarak.
~ Membuang kahak, berhenti cirit-birit, demam dan keruh spermatorrhea.
~ Anti kanser dan anti oksidan yang menyekat penyerapan logam berbahaya.
~ Melaraskan saraf pusat bagi melegakan kepanasan badan.
~ Menggalakkan pertumbuhan kanak-kanak.
~ Mengawal sistem imun , meningkatkan daya ketahanan dan menguatkan paru-paru.
~ Meningkatkan kapasiti paru-paru dan menghilangkan kahak.
~ Menjadikan fungsi ginjal normal dan mencegah batu karang ginjal.
~ Mengimbangi sistem endokrin.
~ Mencegah penyakit puan, masalah senggugut dan keputihan.

             Saya nak ceritakan pengalaman saya menggunakan produk mutiara.Seperti apa yang kita semua tahu,serbuk mutiara merupakan satu bahan yang mempunyai berbagai khasiat.Ianya sudah terkenal didalam perubatan Cina semenjak zaman dahulu lagi.

             Saya mula menggunakan produk yang mengandungi mutiara melalui hadiah istimewa dari tuan punya produk dropship pertama saya.

            Saya mula mengambil minuman campuran mutiara dari produk Sparkling diva. Alhamdulillah seronok rasa bila gusi saya tidak lagi berdarah.Selepas sebulan, kulit pun semakin cerah.Ternyata dengan sparkling Diva, daki mudah ditanggalkan.Ianya membuatkan kulit kita semakin cerah.

            Selepas menghabiskan sekotak Sparkling diva, Saya terbaca tentang cara menggunakan supplemen agar lebih berkesan.Iaitu dengan membuat detox untuk membuang toksin dalam badan.Jadi, saya memilih untuk mencuba 2be gojes untuk proses detox. Minum 2 be georgeus memang lawas pembuangan.Setiap pagi beres.Didalam 2 be georgeus juga ada mengandungi mutiara.

           Akhirnya tibalah masa saya mencuba produk mutiara  lain.Saya ingin mencuba kapsul mutiara perla,tetapi ketika itu takde stok.Saya memilih perla potion sebagai percubaan seterusnya. Ianya serbuk mutiara asli yang dikemam terus di dalam mulut.Alhamdulillah...saya suka lihat kesannya.Kulit terasa halus dan lembut.

           Bulan berikutnya saya mula minum Babies blink coffee. Saya sangat puas hati dengan kopi ni. Kulit menjadi lembab dan suka sangat saya membelai kulit sendiri.Yang paling saya suka, semenjak mengambil produk yang mengandungi mutiara, saya bebas dari elergi makanan.Makan ikan aya dan ikan kembung pun tak alah lagi.Itu sudah bagus...tip top gitu.

            Selepas tiga kotak babies blink coffee saya minum, saya membuat keputusan mengambil Aurora Mutiara yang saya beli beberapa hari sebelum habis kopi.

            Kebetulan, saya mendapat mesej dari seorang pelanggan, mengatakan dirinya amat senang dengan kapsul mutiara.beliau memberi mutiara kepada saudara yang terkena stroke dan pertuturan saudaranya itu semakin baik tangannya sudah boleh digenggam.Begitu juga kawan beliau yang mempunyai masalah tiroid dan jantung.Kesan positif mutiara memang bagus.

            Pada hari raya pertama raya Aidil Adha lepas,dengan penuh bersemangat saya makan Aurora Mutiara. Tengahari itu saya dapati kepala saya teramatlah sakit.Ternyata gastrik saya datang semula.Mungkin kerana saya banyak makan pulut dan tak menyentuh nasi.Atau mungkin saya sebenarnya dah kena penyakit darah tinggi.

           Hari raya kedua saya sakit kepala yang lebih lagi sampai berdenyut-denyut.Mata kelabu tahap dalam asap.Berpusing-pusing pulak pening hari ni.Nak kata demam tidak juga.Tapi loya dan nak muntah yang amat sangat.Perutpun boleh tahan sakit.Usus pun bergerak-gerak.

          Saya tak fikir saya demam,tetapi badan saya panas sangat.Siap melekapkan badan dan tapak tangan kat lantai mozek lagi. Kepala dah beberapa kali dimasukkan dalam peti ais.Kalau muat badan, rasanya saya dah masuk dalam peti ais tu.

           Alhamdulillah...hari raya ketiga dah tinggal sikit-sikit peningnya. Barulah boleh bangun. Tak pernah saya kena gastrik atau sakit kepala sampai tak kebah bila makan paracetamol macam ni. Migrain kot... Siksanya hanya Allah yang tahu.Di dalam hati ada juga terfikir kot kot mutiara ni yang menyebabkan saya alah begini.Tapi itu cuma kemungkinan kecil.

           Seterusnya saya mencuba mengambil Aurora mutiara ni buat kali kedua seminggu selepas itu.Selepas sejam ambil, saya rasa loya dan pening.Saya diserang gastrik lagi.Tetapi kali ini gastrik yang lebih teruk.Saya mengambil ubat gastrik dan ianya sedikit kurang.Tetapi datang semakin teruk selepas satu jam.

          Saya terpaksa mengambil paracetamol untuk menahan sakit kepala ni. Badan saya juga sakit-sakit dan separuh demam. Kepala saya sakit dan mata saya jadi kelabu. Mata saya menjadi sangat kabur dan silau.Kalau tak gunakan cermin mata, saya akan pening keterlaluan.

           Kali ini saya mengambil masa tiga hari juga untuk pulih.Sah ianya kerana mutiara Aurora ni.Jadi,Saya cuba menghubungi pelanggan saya yang memembeli Aurora mutiara sebulan lepas. Saya bertanya macam mana kesan dia menggunakan Aurora? Alhamdulillah... Beliau baik-baik saja.Katanya ok sesangat kesannya.

           Persoalannya, kenapa saya tak boleh ambil Aurora Mutiara? Sedangkan ianya adalah sama.Jadi, tiada kes ori tak ori atau sebaliknya.Punya bertuahnya saya, pelanggan saya pula yang carikan info dari internet.Beliau kongsikan maklumat yang diperolehinya dari laman web fittness. Laman berbahasa inggeris itu satu-satunya yang membongkar rahsia mutiara yang bagaikan disembunyikan.

           Sebagai info tambahan, saya google sendiri maklumat.Ternyata info tentang mutiara ni terlalu sedikit.Kalau kebaikan memang banyak. Tetapi keburukan ,memang susah jumpa. Saya terbaca cerita yang mengisahkan kisah bayi meninggal dunia kerana jaundis akibat dari serbuk mutiara yang diberi oleh kawan beliau. Serbuk mutiara itu dibeli dari kedai perubatan cina kerana masyarakat cina memang mengamalkan mutiara sebagai penawar penyakit mahupun untuk kecantikan.

           Kes berbeza, seorang bayi juga terkena jaundis yang teruk kerana serbuk mutiara yang disyorkan kepada ibu bapa bayi tersebut. Alhamdulillah bayi tersebut sempat diselamatkan dengan pembuat penukaran darah kerana terlalu banyak bahan kimia penyebab jaundis di dalam darah.

           Sungguh menyedihkan. Ramai yang tidak tahu bahawa ada sesetengah golongan yang tidak sesuai menggunakan mutiara. Sepatutnya ianya didedahkan agar tiada yang mengalami kesan seperti saya.

            Walaupun mutiara adalah sejenis ubat kepada berbagai penyakit juga untuk memutihkan kulit, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan. Oleh itu, rakyat perlu mengambil kira sekali lagi apabila mereka membuat keputusan untuk mengambilnya.

          Mutiara adalah sejenis ubat sejuk, dan hanya orang yang mempunyai badan panas boleh mengambil serbuk mutiara.Mungkin kesannya amatlah baik untuk kecantikan, tetapi juga membawa risiko kesihatan kepada badan.

          Dalam kehidupan seharian, agak ramai juga wanita yang berbadan sejuk. Penggunaan serbuk mutiara dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan senak, cirit-birit, kaki sejuk, kulit pucat dan gejala lain.

          Selain daripada mereka yang berbadan sejuk, pesakit yang sering sejuk- sejuk ,gastrik dan batu karang tidak sesuai untuk mengambil serbuk mutiara. Amat penting untuk berunding dengan doktor sebelum memakannya. Selepas anda mengenal pasti pengiktirafan badan anda, anda boleh membuat keputusan sama ada untuk makan atau tidak.

Kesan alahan Mutiara :
~Ubat Oral Mutiara menghasilkan kerosakan kepada organ-organ terutamanya perut.
~Serbuk mutiara boleh menggalakkan penyerapan gastrousus dan menambah kesukaran pengubatan.
~Serbuk mutiara adalah sejuk, jadi wanita semasa haid tidak boleh memakannya.
~Serbuk mutiara dan asid oksalik makanan seperti bayam tidak boleh dimakan bersama-sama.
~Contoh asid oksalik makanan ialah bayam.
~Untuk kegunaan luaran, Orang yang mempunyai masalah alergi juga adalah berisiko.

PERINGATAN:

~SETIAP INDIVIDU ADALAH BERBEZA.
~KESAN PENGAMBILAN PRODUK MUTIARA ADALAH BERBEZA MENGIKUT INDIVIDU.
~SESUAI UNTUK KITA TIDAK SEMESTINYA SESUAI UNTUK ORANG LAIN.
~KESAN NEGATIF ADALAH LEBIH TERUK ANDAI IANYA BERLAKU KEPADA BAYI.

            Individu yang mempunyai penyakit, dinasihatkan agar tidak mengubati diri sendiri tanpa nasihat daripada doktor. yang alergi hendaklah berhati-hati apabila menguna produk ini. Jika anda ada atau mengesyaki mempunyai sebarang masalah kesihatan, sila hubungi doktor.

Wallahu a'lam.

37 ulasan:

  1. Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 atau silahkan KLIK DISINI dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biar betapa susahnya hidup kita, yang haram tetap haram.Allah takkan menghalalkan yang telah diharamkannya walau apapun alasannya.

      Padam
  2. baru tahu kesan sampingan mutiara

    BalasPadam
  3. saya mengalami cirit birit yg teruk selepas mengambil ibu putih mutiara

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom cuba kapsul mutiara Nona Sweet & Beauty..

      sangat berkesan.

      Padam
  4. Assalam..
    Maaf mencelah dear..

    pandangan saya sebagai pengeluar produk berasaskan Serbuk mutiara dan juga pengamal tegar serbuk mutiara..

    serbuk mutiara asli tanpa campuran bahan2 lain hanya boleh d amalkan 1 atau 2x seminggu sahaja.

    walhal masyarakat China yang amalkan serbuk mutiara pun tak amalkan makan hari2..

    dan awak juga amalkan suplement lain..dan dah bercampur aduk dalam badan..dan kopi yang awak amalkan lagi..jadi tak boleh nak salahkan serbuk mutiara sahaja.

    badan kita ada had2 tertentu untuk serap bahan2 makanan/minuman dalam badan..
    jika dah berlebih2 tu yang effect pada badan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamua'alaikum sis..

      Mengikut kata sis, "serbuk mutiara asli tanpa campuran bahan2 lain hanya boleh d amalkan 1 atau 2x seminggu sahaja". bagaimana pula dengan supplement yg mengandungi serbuk mutiara? bolehkah diamalkan hari2?

      Padam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Natasya Azman20 Jun 2016 2:59 PG

      Salam,sis sy setuju dgn pendapat "Ina Dafina" kita x ble nk salahkan produk..cara sis mengambil pelbagai produk dlm mse yg singkat krn ketiadaan stok sparkling diva tu mcm mn plk tu?kandungan serbuk mutiara dlm minuman spt kopi atau selainnya adalah sgt sikit..mnkala dlm kapsul 60% isi kandungan serbuk mutiara asli...sy dh nk masuk 2tahun lbh mengamalkan Perla kapsul dan Perla Potion,setakat ini alhamdulillah masih ok..mungkin sis alergik dgn serbuk mutiara dan tidak sesuai utk sis amalkan..

      Padam
  6. Salam... Sy juga, ade mengamalkn supplement yg agak terkenal pd masa ini yg berasaskn muatiara dgn dos dan cara yg disarankan. 3 bulan pertama, mmg kesan dia agak bagus utk kulit. Masuk bulan ke 4, sy still amalkan supplement yg sama dgn cara n dos yg sama, mula menunjukkan kesan negetif pd kesihatan. Setiap kali, mkan suppliment tu, jntung jd laju, dan nafas jadi pendek. Pada kecantikan kulit, ianya sgt membntu, tp tidak pd kesihtan.

    BalasPadam
  7. Salam... Sy juga, ade mengamalkn supplement yg agak terkenal pd masa ini yg berasaskn muatiara dgn dos dan cara yg disarankan. 3 bulan pertama, mmg kesan dia agak bagus utk kulit. Masuk bulan ke 4, sy still amalkan supplement yg sama dgn cara n dos yg sama, mula menunjukkan kesan negetif pd kesihatan. Setiap kali, mkan suppliment tu, jntung jd laju, dan nafas jadi pendek. Pada kecantikan kulit, ianya sgt membntu, tp tidak pd kesihtan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam sis. Sy juga ada amalkn suppliment berasaskn serbuk mutiara. Mula2 mkn mmg ok,air susu pun jd byk. Tp xsampai sebulan, sy tiba2 mengalami sakit kaki yg teruk hgga xblh bjln. Xpernah kena mcm tu. Sy stop mkn suppliment tu. Hmpir sebulan utk pulihkn semula sakit tu. Mkn ubat doktor sgt mbantu. Sakit urat yg teruk ni menyebabkn sy fobia dgn suppliment tu. Mgkin xsesuai utk sy sbb bdn sy jenis sejuk kot. Skg rasa takut nk mkn suppliment berasaskn mutiara wpun kdg2 rasa nk beli sbb iklan nye nmpk best..

      Padam
  8. Nora blh saya tahu produk jenama apa? Sy br beli sebuk mutiara jenama whitezskin. Takut pula nak makan

    BalasPadam
  9. Klu untuk kegunaan luar sahaja macam mn ok x

    BalasPadam
  10. Salam sis. Boleh tak saya shRe dLlam fb saya.

    BalasPadam
  11. Salam sis. Boleh tak saya shRe dLlam fb saya.

    BalasPadam
  12. betul la akak, patut la saya hairan, saya ada makan satu produk ni brasakan mutiara jgk, saya mmg ada alergik. haritu dah ok, sejak makan suppliment slalu naik merah2 boleh kata stiap hari. i should stop consume it or not? dia mmg la putih tapi saya hairan knapa saya sllu gatal2 dan naik merah2, sbb produk tu org lain makan smua ok. trima kasih akak, info ni sgt bguna pada saya yg alergik. help me a lot utk kuatkan firasat saya bhwa this product not good for alergic tp dekat botol produk tu tulis baik utk org yg alergik.. hmmmmm

    BalasPadam
  13. sy dah pernah try aurora,pening semput..mmg x boleh,

    BalasPadam
  14. Teringin nak cuba..tp takut la pulak... hadoiiii...

    BalasPadam
  15. okay,sangat menarik. sy punyalah cari apa keburukan mutiara ni sebab produk kecantikan yang menggunakan mutiara semakin menjadi perhatian. tambahan pula kesannya yang sangat cepat. Bagi saya adalah sangat mustahil untuk kulit menjadi putih (proses bersalin kulit) kerana kulit kita perlukan sekurang-kurangnya 7 hari untuk bersalin kulit. saya terfikir,macam mana produk zaman sekarang buat sampai ke tahap itu? x mungkin jika tiada kesan negative langsung. memang mustahil. kulit kita semuanya berbeza. ada yang putih,ada yang choklat dan ada yang hitam. itu memang kulit asal kita. memang dah yang asal mustahil untuk dipaksa tukar kan? ada kes baru2 ni remaja meninggal sebab makan pil pemutih yang disangka memutihkan dengan semulajadi.tapi pil tu menyekat salurdarah dan menjadikannya putih pucat sebab darah x jalan pastu mati. sy risau sangat kalau mutiara bagi efek yang sama.sebab setiapkali nak makan produk mutiara ,ada arahan mengatakan mereka harus minum air masak dengan sangat banyak. saya pelik? kenapa agaknya. di sini barulah saya tahu bahawa jika x minum air masak banyak serbuk mutiara tu boleh menyebabkan kerosakkan buah pinggang sebab sernuk mutiara tak mudah untuk ditapis apabila sampai ke buah pinggang. itu lah yang menyebabkan batu karang? Dahsyatnya.
    Untuk pengetahuan, apa yang sy nyatakan semua ini adlah pendapat dari kajian saya sendiri. sy x jamin apa yang jika ada yang lebih tahu daripada saya dan cuba untuk membangkang pendapat sy tapi sila hormati pendapat sy jika tidak benar sekalipun.

    BalasPadam
  16. Saya x sokong mna2 pihak. Tp kita sndiri ble fikir secara logik.
    Saya nk tya.. Bila kita jln kaki kebaikanya x pyah isi minyak kereta.
    Keburukannya plk penat n kena hati2 jgn jln d tempat2 sunyi. Bila naik kereta plk kebaikannya kita cepat sampai & x penat.keburukan ,bila x hati2 atau cuai..boleh meragut nyawa. So.. Bgtu jg apa2 mknan atau ubat yg kita mbil..ada kelebihan dan kekuranganya.. So.. Kena hati2 apa2 pekara kena hati2..pandu kereta kna hti2..jgn langgar pantang larang.. Bila selekoh kekiri kau belok kanan.. Kau selamat x..? So.. Apa2 hal.. Kena ikut peraturan.. Jgn ikut suka.. Bgtu jg ubat.. Mkn pndol pn mna ble teguk dgn air cola.. Sekurang2nya bila kita mbil mknan tambahan atau kapsul kita lbih berdisiplin dlm pngambilan mknan.. Apa2 jnis kologen jgn campur dgn mna2 minuman b'kafen.. Nenas..(boleh google) So yg x mau tinggalkan pmakanan yg x sihat. Jgn amlkan apa2 jnis suppliment.. Jgn cuai.. Hati2 ketika memandu.. Atau x pya bli kereta.. Sbb pndu kereta pn bahaya..
    -saya bukan tukang mkn suppliment

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn slhkn sesiapa & terus racun fikiran org kerana kesalahan diri sndiri.hari raya mmg best.. Org akn hidang minuman bergas.Gastrik pn kata "hai jumpa lagi..msi ngat dgn sya?".stiap rancang Tuhan itu indah.. & yg buruk itu adalah Akal kita..

      Padam
  17. Assalamualaikum, saya nk share my experience . 3 atau 4 tahun lps rasanya sy pernah beli 2begorgeous fiber tu .sekali amik terus rasa pening yg teramat sgt.i tots sbb cuaca ke atau penat keje. Then 2nd amik , jadi balik sakit tu .sakit kepala yg menekan. Then stop n terus buang . Bru2 ni i beli satu produk mutiara ni. I rasa mcm ok kot, sbb first i amik ase mcm kulit mcm tegang.i rasa cpt mybe sbb i xamik apa2 then ni bru start amik serbuk mutiara ni. N tabita yg org ckp xelok tu, i pkai ok je. Better jgn cmpo2 la. Kuatkn iman sket amik 1 produk je n skincare amik 1 je n stay tgu 3 bulan tgk mcm mn kesan dia ok.relaks2 je n minum air masak byk2 treat as supplement. Ladies ke gentlemn yg nk order tabita dan serbuk mutiara ni boleh wtsap i ok. 01728868duadua

    BalasPadam
  18. Suzy deany, serbuk mutiara yg awk jual tu kira mcm mna..

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum, Saya baru mencuba 6 paket apple fiber Queen of Mutiara . Kenapa perut saya akan jadi sebu setiap kali saya mengambilnya.

    BalasPadam
  20. salam..sya bru hbiskan apple fiber qm..sbb nk detox bdan before ambil qm mutiara..ok je sis..detox elok .hari ini rehat jap, esok dh start utk consume kapsul..

    BalasPadam
  21. Baruuuuu je bli tadi.....takut pulak nk mkn.sbb sy ada tiroid

    BalasPadam
  22. Kalau produk mutiara dammed flawless
    Queen of mutiara ok ke...boleh bg pendpt..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kite makan da sbotol .. lawas buang air ..stkt ni elok je ..da msok botol kedua da..

      Padam
  23. Korang yg dh mkn queen mutiara tu mcm ne kesan dia. Oke x ? Sbb sy bru je bli

    BalasPadam
  24. Sy sedang makan vit c dan e..Dianz cm OK je ni pun ada serbuk mutiara ..Kata hubby nenen sy da besar ckit he he ..Takut plak mutiara Ada kesan negatif .yelah apa 2 pun kita kena sederhana ..Ikut peraturan makan ..Bnyk minum air

    BalasPadam
  25. Percaya pada bahan tradisional yg asli atas usaha air tgn sendiri13 Julai 2017 11:55 PG

    Saya ibu beranak 3 yg melahirkan anak semua melalui pembedahan.wanita tidak lari dari kecantikkan ... Tapi kekdg wanita lupa sebab nak cantik ambil jln mudah utk cantik.seloknya utk dalaman kita minun air jamu yg di buat sendiri . Lebih afdalmengamalkan petua air tgn sendiri . Nak putih ? Nape sampai nak minum air mutiara bagai kesan sampingan tidak nampak sekrg tapi akan dtg. Baik rebus manjakani campur daun sirih minum . Banyak kebaikkannya utk dalaman dan kulit . Seminggu 3 kali dah cukup amalkan selalu mata resualtnya adik2 semua akan dpt bila umur menjangkau 40an ..kulit tegang bdn kemas dalaman bersih .. Mata tak hitam walaupun kurang to due bdn sentiasa cergas walaupun kurang tidur.
    Segala apa product kecantikan sekrg ni utk luaran dan dalaman hanyalah sementara.

    BalasPadam
  26. Tumpang Tanya, dkt sini ada yg dh try perlashine? Ada kesan sampingan x??

    BalasPadam
  27. yes , saye pernah makan . masa tu saya tengah study jauh daripada family masa tu pulak ambil tak sampai satu minggu .memula makan tu memang ada kesan tetiba jantung berdegup kencang , badan panas sangat-sangat . nak kata demam tu tak tapi memang panas sangat-sangat . pening kepala semua ada. Masa tengah sakit tu stop makan produk tu terus rasa okay sesangat . macam tak pening and tak macam sebelum ni . pastu bile dah elok makan balik produk tu terus jadi balik , hati jadi tak sedap then terus stop and buang ... :(

    BalasPadam
  28. Assalamualaikum...sya pernah mengamalkan makan serbuk queen mutiara dua botol..setiap botol Ada 10 kapsul shj..sya mkn serbuk mutiara bkn kerana nk putih tp sbb sya berbadan panas... alhamdulillah..slps dua Kali Pengambilan badan da xpanas mcm biasa n senang nk lawas..lps tu sya da stop bb sya da rasa bdn sya da stabil n da xrasa panas mcm biasa..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...