lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Ahad, 13 Disember 2015

Arif dah boleh jadi imam

 
                 Sebenarnya saya bukan ada apa berita penting nak share dengan semua orang, tetapi saya sekadar ingin sekali mengabadikan gambar Arif Izwan, anakanda bungsa saya yang kini sudah kian remaja.
Pada tarikh 5hb Disember 2015, Arif dijadualkan akan masuk ke bilik rawatan pada sebelah petang.

                 Dengan penuh gementar, Arif tetap bersemangat untuk meneruskan perjuangannya untuk menjadi seorang dewasa.Walaupun bukan secara terang-terang,

"Dup dap dup dap, kata Arif sambil gelak-gelak."
 
               Nak pergi ke klinik, kena pasang body guard juga.Maka Hakim dan Fahrin dengan senang hati menjadi pengiring penguat semangat.

 
 Kagum dengan kekemasan aturan dalam Klinik Zara.

Serba tak kena ,macam-macam cara nak hiburan putera bungsuku ini.

Sempat selfie pulak tu...

                 Alhamdulillah...Arif adalah antara pelanggan yang paling tabah.Kata pekerja klinik,Arif adalah antara yang sangat mudah berurusan.Cerita si ayah, Walaupun sakit, Arif masih sempat ketawa-ketawa aje dalam bilik rawatan.
 Selamat sampai ke rumah, terpaksalah tidur dalam keadaan ini .
               Nyum nyum...Lempeng kosong pun sodap...Makanan orang berpantang mana boleh sedap sangat. Tapi,tanpa sedar masa berlalu dengan pantas sekali.Hari ini sudah genap seminggu Arif masuk jawi.Luka pun makin sembuh

               Alhamdulillah....Arif sekarang sudah hampir ke alam remaja.Arif sudah boleh jadi imam solat kalau mak nak jadi makmum.Hmm...Segalanya baru bermula buat Arif.Semoga Arif membesar sebagai seorang anak soleh dan berilmu.Aamiin...

               Tak kisahla... apa yang penting,Arif dah boleh jadi imam.

Khamis, 10 Disember 2015

Doclab Face Ampoule testimoni

 
Doclab Face Ampoule.
1 box: 5 botol.
Harga :Rm 138.00
Ini harga pada kotak tau... kalau nak murah, kenalah alert kalau-kalau ada harga offer.

               DocLab Face Ampoule diformulasi dari Korea Selatan.Ia bertindak sebagai booster untuk membantu penyerapan skincare yang kita gunakan agar lebih cepat bertindak pada kulit. Ia juga mampu membaiki kulit rosak akibat dari penggunaan kosmetik yang mengandungi bahan kimia mahupun kesan selaran matahari.

              Kandungan Hyaluronic Acid yang tinggi yang membantu kulit kering agar sentiasa lembab semulajadi. DocLab Face Ampoule juga mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).


               DocLab Face Ampoule sesuai dengan semua jenis kulit kerana ianya dihasilkan dari bahan semula jadi. Doclab Face Ampoule sangat sesuai digunakan sebelum mengenakan sebarang make up untuk membantu menghidratkan kulit anda agar make up tahan lebih lama.Ia juga bertindak sebagai sunblock pada kulit.
               Yang paling istimewa, DocLab Face Ampoule membantu meningkatkan keanjalan kulit dan menyelesaikan masalah tona kulit tak sekata.Tengok ajelah wajah duta produk ni.Bagi peminat tudung orang rumah Pijoma(Fizo Omar) si Mawar khayalan pati kenal model yang bernama Azalea ni.Cantik lote lote gitu...Sebelum saya celoteh panjang,nak perkenalkan fungsi Doclab ni.

Fungsi istimewa Doclab Face Ampoule :
~ Memelihara lembapan kulit.
~ Memperbaiki sel dan struktur kulit.
~ Mengembalikan kolagen pada kulit.
~ Menghilangkan jeragat dan bintik hitam di wajah.
~ Mengurangkan kedutan, garis-garis haus dan kesan penuaan
~ Mengatasi masalah kulit kering
~ Meningkatkan ketegangan dan keanjalan anda
~ Membantu makeup anda kekal lebih lama dan lebih menyerlah.
~ Membantu kulit anda menyerap produk penjagaan kulit lain seperti dengan lebih berkesan.

Cara penggunaan Doclab Face Ampoule ada 3 cara :

Siang:
~Cuci muka seperti biasa.
~Gunakan toner.
~Sapukan ampoule pada seluruh wajah.
~Setelah kering, ulangi sapuan beberapa kali sehingga habis satu botol.
~Boleh gunakan pelembab dan sunblock sebelum mengenakan make up.

Treatment:
~Cuci muka seperti biasa.
~Gunakan toner.
~Sapukan ampoule pada seluruh wajah.
~Setelah kering, ulangi sapuan beberapa kali sehingga habis satu botol.
~Gunakan masker.
~Sapukan pelembab.

Malam:
~Cuci muka seperti biasa.
~Gunakan toner.
~Sapukan ampoule pada seluruh wajah.
~Setelah kering, ulangi sapuan beberapa kali sehingga habis satu botol.
~Gunakan Night cream.

Inilah rupa botol cute doclab face Ampoule.

Cara membuka botol Doclab Face Impoule:
~Gunakan tisu atau sapu tangan untuk mematahkan leher botol kaca DocLab Face Ampoule.
~Patahkan di bahagian leher botol yang bertanda gelang berwarna putih.
~Satu botol kecil DocLab Face Ampoule hanya untuk sekali guna.
~DocLab Face Ampoule yang telah dibuka tidak boleh disimpan lebih dari 24 jam.
~1 kotak mengandungi 5 botol untuk lima hari.
~Kesan seawal 5 hari penggunaan.
~Tiada kesan sampingan.

Patahkan aje...insyaallah guna tisu supaya lebih terjamin keselamatannya.

Taraa...dah kurang sebotol.

                Kali pertama guna doclab face ampoule,dalam keadaan mengantuk teramat dan keletihan kerana esok pagi nak punggah barang pindah rumah.Nampak kan jeragat kat muka ahkaqq tu...

                Hari kedua guna,saya gunakan kat kampung.Tapi hari seterusnya saya sangat sibuk nak ke Kuala Lumpur semula gara-gara barang tak muat selori.Untuk round ke dua punggah barang sekaligus mengemas apa yang patut sebelum meninggalkan Kuala Lumpur tercinta.hukhukhuk..

               Tiga hari saya tak guna doclab atau apa-apapun skincare kerana jadual yang sangat mencemburui saya.haha...ayat tv3 ni tau...Tapi apa yang saya kagum, walaupun saya tak gunakan apa-apa skincare, wajah saya langsung tak ada kesan sunburn.Hebat juga Doclab face ampoule ni kan?

              Biasanya kalau saya keluar seharian, walaupun guna sunblock,wajah saya akan cepat hangus dan akan ada tanda-tanda nak tambah jeragat.Maka pada hari seterusnya baharulah saya sambung guna Doclab face impoule ni.

              Tak dapat dinafikan, jeragat tidak hilang sepenuhnya.Tapi saya suka kesannya yang menjadikan tona kulit saya lebih sekata.Setakat pakai bedak compact aje dah memadai menutup cela yang hampir pupus ni.Ewah!
               Cer tengok gambar ni,ada perbezaan tak sebelum dan selepas?Macam sama je tak comel.Hahaha...Tapi alhamdulillah... hanya jauhari yang kenal manikam.Hanya sendiri yang boleh perasan setiap titik pada wajah.Kalau tanya suami, hmm... susahlaa...ada jerawat batupun dia kata lawa.wahaha...gurau je...


Cara menyimpan DocLab Face Ampoule:
~Jauhkan dari panas matahari atau tempat panas.

Kandungan Doclab Face Ampoule:
~Diperbuat dari bahan semulajadi.
~Tanpa bahan kimia, tanpa alkohol dan bebas dari bahan dari binatang.
~Hyaluronic Acid:membantu masalah kulit kering.
~Ekstrak ginseng: untuk membantu menangani masalah garis-garis halus dan kedut.
~Ekstrak tumbuhan semulajadi.
~Vitamin E: Anti oksidan semulajadi dan kombinasi formula yang berasaskan bahan botanikal.
~Arbutin: Untuk mencerahkan kulit tanpa kesan sampingan.
~Witch Hazel Extract and Aloe Vera Leaf Extract untuk memelihara kelembapan kulit wajah.

            Nak berkenalan lebih rapat dengan Doclab face ampoule???

Lawati laman web www.doclabkr.com , instagram  dan facebook .

Boleh juga mengunjungi :
KOKOADIK.MY
@
017-3201998 (WA/TA/MSG ILASALEH)

Ahad, 6 Disember 2015

Kenangan terakhirku bersama grup 14

                Tarikh 21hb November 2015, kami akan berpindah ke kampung halaman dalam erti kata lain, ke rumah mertua saya di Kuala Lipis.Kalau mengikut perancangan awal, kami akan berpindah pada 28hb November, tetapi memandangkan kami mengikut jadual lori yang bakal membawa barang-barang kami, maka ditetapkanlah pada tarikh tersebut.

                Memandangkan masa yang sudah kian hampir memisahkan kami, jiran Grup 14 merangkap adik beradik tidak seayah dan seibu,mereka mencadangkan untuk mengadakan jamuan terakhir sebagai Kenangan terakhirku bersama grup 14 .

                Memang tidak dinafikan, saya memang ingin sekali bertemu dengan semua adik dan kakak grup 14 sebelum saya meninggalkan Bandar Baru Kundang, tetapi dalam masa yang sama, saya amat rasa bersalah kerana mereka semuanya terdiri dari insan yang sangat sibuk.

               Dalam keletihan kami sekeluarga mengemas barang-barang yang bakal diangkut ke lori esok dan menunggu anak-anak pulang dari asrama,masa terasa terlalu cepat dan semuanya masih terasa kelam kabut. Dalam masa yang sama, hati ini sangat gusar terharu dengan kesungguhan jiran-jiran kesayanan saya dalam memenuhi majlis yang diatur.

              Masing-masing bekerja pada hari jumaat dan pulang ke rumah juga ketika hari sudah lewat.Entah macam mana, hari itu juga adalah kali pertama BBK dilanda banjir yang lebih teruk dari biasa.Ketika Along dari Uniten, hujan mula renyai-renyai.Ketika Kakde pulang dari Asrama , hujan semakin lebat dan mencurah-curah.

              Sementara menunggu Angah sampai dari Pekan, kawasan rendah di BBK sudahpun dilanda banjir kilat.Kali ini, sudah lima kali rumah mereka dinaiki air dalam satu bulan.Sungguh menyedihkan.Jalan masuk ke BBK tidak dapat dilalui melainkan mereka yang sanggup meraduk air banjir.

             Dalam menunggu Angah, kelihatan jiran-jiran yang pulang dari kerja dengan meraduk air banjir didalam hujan.Angah sampai ketika jam sudahpun menunjukkan jam 8.30malam.Bayangkan perasaan saya melihat jiran-jiran yang keletihan pulang dari kerja sanggup menyiapkan juadah meskipun dalam kepenatan.

            Tetapi itulah kejiranan Grup 14 BBK.Sepanjang 20 tahun saya menjadi penghuni Kuala Lumpur, Kejiranan BBK adalah terbaik yang saya pernah jumpa.


Terima kasih buat Puan Rohana dan suami yang sudi menawarkan diri sebagai tuan rumah.
Nasi lemak special.
Mee goreng.
Goreng pisang panas.
Terima kasih juga untuk Kaklong dan Abang Haron si ombak rindu.
             Tukang bancuh air grup 14, Puan Guru besar ,Kak Nini dan suaminya Encik Zam.Anakanda Amira yang sudi gorengkan mee sebagai mengganti kesibukan ibundanya Puan Rozie dan encik suaminya Encik Aziz yang lewat. Cikgu Zana dan encik suaminya Wan.Dan tak lupa juga, Puan Rosnah Sarni dan Encik suami.
               Buah hati kami Grup 14, Adam yang teristimewa bersama kakaknya Auni.Terima kasih semua...Majlis berjalan dengan sempurna dan alhamdulillah...sedap-sedap juadah hari ini.Special sekali, hari ini saya dapat makan bubur asyura buat kesekian lama saya menanti saat-saat itu.Terima kasih cikgu Zana.
Buat pertama kalinya kawasan rumah kami dilanda banjir kilat,anak-anakbegitu teruja untuk bermain air.
            Afira Adrin an Muhammad Arif, rakan sepermainan sepanjang kami di BBK.Jamuan sudah berakhir, tetapi kenangan terindah dan pengorbanan kalian amatlah saya hargai.Alhamdulillah...syukur kerana saya dapat jiran sebaik kalian sepanjang dua tahun saya di sini.
Rak buku sudah kosong.
Semuanya sudah dimasukkan ke dalam kotak.
               Hari menginjak ke pagi.Jiran-jiran yang keletihan sudahupun lena dibuai mimpi.Tinggallah saya terus mengemas apa yang termampu.Merenung ke luar jendela.Banjir masih belum suruh.Begitu meriahnya anak-anak bermain air.Namu hati ini terasa amat berat untuk berpisah.Namun begitu, sudah ditakdirkan begitu, saya hanya mampu mengucapkan Alhamduillah..

              Walaupun 28hb November adalah Kenangan terakhirku bersama grup 14 ,segalanya adalah yang terindah pernah hadir dalam hidup saya.Terima kasih adik beradik 14...Terima kasih atas segalanya.Alhamdulillah...Kini saya terpaksa membuka lembaran baharu, ditempat baharu dan dengan suasana baharu.Insyaallah...Allah sudah menentukan yang terbaik untuk kami semua.

              Akhir kata, terima kasih sekali lagi dan mohon maaf andai kami semua menyusahkan kalian sama ada dalam sedar ataupun tidak.Sob!sob! sob!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...