lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Selasa, 5 Januari 2016

Sekolah Kebangsaan Batu Yon vs SKBY

Asrama lelaki sekolah kebangsaan Batu Yon vs skby.

                Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarahkatuh... Salam rindu dari saya pada blog kesayangan saya yang sudah lama tidak saya lawati.Kalaulah bisa saya huraikan betapa hati ini meronta ingin mencoretkan sesuatu,pasti korang menangis baca.Gurau je...

                Sempena cuti sekolah yang sudah bermula ni, pasti ramai yang tengah seronok melayan kerenah anak-anak menempuh alam persekolahan.Walaupun sekolah tak perlu bayar yuran, tapi saya yakin bahawa ibu bapa tetap membelanjakan wang yang banyak untuk permulaan persekolah ini.Terutama sekali buat mereka yang mempunyai tanggungan yangramai.

                Pada hari Ahad 3hb Januari 2016, kami menghantar Arif dan Nana ke sekolah baru mereka.Memang tak dapat dinafikan, hati saya agak cuak memikirkan terpaksa menghantar anak ke asrama sedangkan kami sendiri sedar akan kemanjaan kedua-dua mereka.Ewah!
             Yang ini pula adalah gambar asrama perempuan.Cantik tak? Rasa cuak menghantar anak ke asrama ini serba sedikit terubat dengan pemandangan indah Sekolah Kebangsaan Batu Yon vs SKBY ni.
Alhamdulillah... walaupun ianya dihuni oleh anak-anak sekolah rendah, semuanya disusun dengan sangat sempurna.
              Lanskap disekitar sekolah ini juga sangat cantik dan menyejukkan mata dan jiwa.Selesai semua urusan pendaftaran dan taklimat, anak-anak sudah berkumpul di surau untuk solat zohor.Ketika itu barulah terfikir nak buat blog untuk mereka.Alahai...

               Akhirnya inilah satu satunya gambar yang menampakkan belakang anak je, hihi.Nasiblah ada juga.
Maka sempatlah mengambil gambar katil kosong je.

Locker merekapun sangatlah istimewa.Besar giler...

Katil tengah tu pula adik Arif punya.Kemas sendiri pula tu.Alhamdulillah...

              Sempat mengambil gambar lanskap ni, terkejut juga melihat harimau ada kat bawah tangga.Dalam pagar kan...mahunya tak terkejut.Bukan apa...tak menyangka boleh jumpa replika harimau di sekolah.

              Sayapun apa lagi, terus telek dan ambil gambarlaa... malas nak fikir apa orang lain anggap bila tengok saya ambil gambar, terpaksa buat muka selamba.

              Pemandangan dari atas bangunan Sekolah Kebangsaan Batu Yon. SKBY ni adalah sekolah terbaik tau...macam-macam anugerah dan rekod yang telah mereka cipta.Insyaallah... nanti saya akan kongsikan gambar lorong dadah yang menjadikan sekolah ini sebagai pemenang PPD di peringkat kebangsaan pula.
              Alhamdulillah... semuanya berlalu bagaikan mimpi.Tanpa dirancang saya sendiri telah menjadi warga kerja di Sekolah Kebangsaan Batu Yon. Hakikat yang tak dapat disembunyikan, inilah sekolah yang menjadi titik permulaan suami saya Encik Adan mengenal abc.Sekolah ini juga telah melahirkan beberapa tokoh yang hebat.

              Maaf sangat sebab saya tak sempat nak merujuk sebarang sumber untuk menyatakan siapakah tokoh tersebut sebab saya nak post entry ni malam ni juga.Dah lama tak berblog ni, segala sweet memory dah lama tertangguh untuk dikongsikan.

              Jadi, satu nama yang saya hafal, Profesor Abdul Rashid bin Muhammad yang merangkap penulis buku agama keluaran Karangkraf adalah bekas murid Sekolah Kebangsaan Batu Yon. Tokoh yang lain jangan marah pulak ya... yang ini pun saya ingat sebab dia adalah sepupu Encik Adan saya tu .Kalau tak, jangan harap saya ni boleh hafal.

              Tapi apa yang saya tahu, Guru besar sekolah ini juga adalah anak jati dari sekolah ini juga.Ada juga ustazah yang saya tahu adalah bekas murid Sekolah Kebangsaan Batu Yon juga.Alhamdulillah... berbakti kepada anak bangsa.Apa yang saya lihat, sekolah ini memang penuh kasih sayang.

              Disebabkan esok saya nak masuk kerja pukul 7.00 pagi, saya mohon diri dulu ya... insyaallah... saya nak share kisah percutian yang syok giler gitu...Tak sabar tau...
Akhir kata, Assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...