lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Isnin, 29 Februari 2016

Bila kenari tidak menyanyi

      Bila kenari tidak menyanyi,pasti hatinya menjadi sunyi.Bila Puteri Kenari tidak lagi berblogging,alangkah rindu.Bukan hati tidak mahu lagi berbicara,tetapi kekangan masa dan rasa penat yang melanda membuatkan blog ini menjadi sepi dari sebarang update.

      Pada bulan Disember 2015,alangkah seronoknya bila saya berjaya mendaftar di ssm sebagai peniaga online yang sah.Tanpa tersangka,saya mendapat tawaran keeja.Alhamdulillah...rezeki itu ditangan Allah swt.

      Pada awal bulan January 2016,saya bersengkang mata menyiapkan artikel meskipun penat.Tetapi akhirnya badan ini susah terlalu penat nak berjaga malam menyiapkan entry.

      Tetapi seperti yang telah tertulis,hati ini memang sangat meyukai bidang ini.Hati rasa menangis mengenangkan blog kesayangan yang tidak lagi terusik.

      Buat semua yang terlawat blog saya,terima kasih banyak-banyak...Insyaallah...saya akan sentiasa meluangkan masa untuk teruskan blog ini walau dalam apa situasipun.

      Baru-baru ini,saya ditemukan dengan peniaga online yang membuka ruang untuk dropship dan juga jualan borong dengan harga murah.Punyalah geramnya hati nak update blog untuk pesan kat semua orang supaya berhati-hati dengan peniaga online yang menjual barang dengan harga yang terlalu murah.

      Kami peniaga online juga boleh tertipu dengan pemborong,apatah lagi pengguna.Barang dah order tak sampai-sampai.Harga murah,kita dah order banyak.akhirnya pemilik page dah cabut lari.Mana yang ambil order pelanggan,terpaksa kawan-kawan saya tu pos barang dari agen lain. Kes naya tu...nasib baik saya dah setia dengan stokis yang dah lama saya berurusan.

      Kalau korang nak tau nama page yang saya maksudkan ni,boleh cari kat facebook,"dropship beautyshop2u" admin dah lari lepas dapat order banyak.akaun yang digunakan untuk bayaran,baki rm00.00.pemiliknya lelaki,tetapi mengaku perempuan dan menggunakan akaun suami katanya.

      Jadi buat semua pembeli online,kalau nak beli barang,berhati-hatilah.semak pemilik dan no akaun yang diberikan.Kalau nencurigakan,elakkan berurusan dengan mereka.Harga terlalu rendahpun boleh mengundang curiga.murah sikit takpe... rezekilah kita dapat beli dari penjual harga borong.Tapi apapun,berhati-hatilah ya...

      Akhir kata,Alhamdulillah...dapat siapkan pos meskipun melalui handset dan tak dapat masukkan gambar.Assalamualaikum...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...