lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Sabtu, 26 Mac 2016

Bercuti di Cameron Highland


               Cerita Bercuti di Cameron Highland ni hakikatnya sudah tiga bulan berlalu.Namun begitu memori yang tercipta bagaikan ianya baru sahaja terjadi.Sebenarnya, kami sekeluarga agak keberatan untuk menyertai rancangan Bercuti di Cameron Highland ni pada awalnya, maklumlah makteh sudah banyak berhabis kerana ke Bukit Gambang waterpark tempohari.Sekarang ini mereka ingin membawa kami ke Cameron Highland pula.Seganlah pula.

              Padahal hati ini memang melonjak untuk menjejakkan kaki ke sana.Katanya Cameron Highland ni sejuk dan ianya adalah tempat orang buat kebun sayur dan di situlah terletaknya ladang teh yang terbesar di Malaysia.Anak saudara saya si Manisah dan keluarganya sudahpun menempah rumah sewa di sana.Mahu tapi malu, saya dengan penuh bersemangat menyertai rombongan Cik Kiah Bercuti di Cameron Highland.

              Kami turun awal pagi memandangkan rancangan perjalanan yang lebih panjang di Cameron Highland.Perjalanan ke Cameron Highland dari Kuantan memang agak memenatkan.Boleh tahan juga jauhnya woo...

Singgah sebentar di tanah tumpah bucuk bacin kami,Jengka 12.

Lepas tu singgah sebentar untuk minum pagi di Jerantut Feri.

             Akhirnya kami hampir sampai.Sempat selfie kat jalan koyan Cameron.Selepas mencuci mata sepanjang perjalanan,kami menghantar beg pakaian ke tempat penginapan.


             Destinasi kami yang pertama, Taman agro teknologi mardi Cameron Highland.Pemandangan yang sangat menarik membuat kami semua sangat teruja untuk bergambar.Memang banyak giler gambar kami di Cameron Highland ni tau...tapi terpaksa saya memilih gambar yang paling menarik dan kena dengan perjalanan kami.

Pokok bunga carnation yang ditanam cantik ini juga amat memikat hati kami.Jadi, selfielah...apalagi..

Tadaa...taman terindah...

Pokok kundur dan anggur ditanam cantik.Tapi anggur masih belum berbuah lagi.

Cantik dekorasi di sini.

Sekaligus, honeymoon buat pasangan pengantik baru anak sorang ni.hihi..

Pohon yang menghijau lagi rendang ni buat kamipun rasa nak kuch kuch hota hai kat sini.

Kat sini juga ada bazar untuk usahawan muda.

Mencuba resepi strawberry coklat.nyum!nyum!...

            Tibalah masa untuk membeli anak pokok untuk dibawa pulang.Ada berbagai pilihan anak pokok dan juga biji benih yang dijual di sini.Kami membeli biji benih manakala keluarga makteh membeli pokok strawberry dan anggur.


Geram pula melihat pokok tomato yang berbuah lebat.Nasib baik belum masak.Kalau tak,mahunya meleleh air liur tengok.


            Kami singgah di pasar malam untuk membeli makanan dan juga melihat-lihat apakah yang akan kami beli sebelum pulang nanti.Banyak sayur sayuran murah dan ada berbagai jenis jualan terutamanya jenis sayur sayuran dan buah buahan.Tapi nak cari parking di sini memang agak susah kerana pengunjung terlalu ramai.Itupun perjalanan kami ini tidak pada cuti umum.Kalau tidak, dengar ceritanya memang jem giler kat sini.


Yang paling adik Arif suka adalah gula-gula kapas yang besar ni.


              Topeng Minion ini juga menarik perhatian anak-anak.Tapi tidaklah dibeli...setakat nak bergambar aje.Setelah penat meronda pasar malam, kami kembali ke rumah penginapan untuk mengisi perut sekaligus untuk melbuhkan tirai malam.

             Buka untuk bermimpi...tetapi terasa bagaikan mimpi indah tau berada di sini...Suasana malam tanpa kipas atau penghawa dingin,tetapi terasa bagaikan berada di dalam penghawa dingin yang terlebih sejuk.Memang sejuk sangat sangat.Nak mandi dan solat maghribpun menggigil wo... Apa tidaknya!macam mandi dengan air batu.Nasib baik ada air panas.

             Untungnya menyewa rumah ni, kami sekeluarga dapat berada dalam satu rumah,terasa seperti ada familyday pulak.Kalaulah semua adik beradik dapat berkumpul kat sini alangkah indahnya.Malam yang dingin membeku memang sedap giler tidurnya.Tarik selimut yang paling indah.hihi.

             Pagi esoknya kami turun dari rumah pada pukul lapan pagi walaupun waktu check out sebenarnya pada pukul 12.00 tengahari.Destinasi kami seterusnya adalah taman strawberry.


             Sayangnya belum sempat kami ke destinasi, kereta makteh mati dalam perjalanan.Tak sempat parking pulak tu.Yang sedapnya, bangla yang kerja sebagai jaga di situ sedap sedap marah kami dan suruh alihkan kereta.Dah keretanya tak mahu hidup,ingat senang nak parking tepi?Tak boleh sabar pulak tu.Adeh...memang malang nasib kami.Sementara Abengoh Yie membawa kereta ke bengkel, kami jalan-jalan sambil menunggu mereka semua sertai kami.

Sign board strawberry sandae ni menarik minat kami dan terasa jugalah macam menelan air liur.



Terus terang,saya suka gambar ni.


Auppp!"Adik makan mak"itulah yang adik Arif bagitahu saya.

Sempatlah merasa aiskim sundae strawberry kat sini.Tapi sayangnya tak puas makan sebab harganya agak mahal.Tak dapatlah nak beli lebih.Setakat nak merasa bolehlah...

Ambik kau!! asal namanya strawberry,semuanya hendak digigitnya.huhu...

Saya dan ROSE berpisah tiada.Saya sangat gembira dapat ambil gambar ni tau...

Masa untuk beli cenderamata.Rantai kunci adalah pilihan terbaik yang kami ada.

Walaupun muka kelat kerana keletihan dan kecewa tak dapat kutip strawberry beramai-ramai, Encik Adan ni memang suka menceriakan suasana.


Kami terpaksa berhenti setakat ini.Kereta perlu dibaiki.Tiada lagi strawberry,tiada lagi ladang teh.Yang ada adalah makteh.hihihi,gurau je...Kesian makteh...

Inilah kereta terbang saya...

Kesian Umairah terpaksa lepak di bengkel kereta.Mujur tak meragam.

Mujur juga pagi tadi sempat masak nasi dan goreng ikan bilis.Lauk ikan bilis gorengpun sodap...


              Alhamdulillah...kereta akhirnya siap dibaiki walaupun sebenarnya tak dibaiki pun...masalah yang tak dapat saya ceritakan sebab dah lupa apa kes kereta ni.Bukan tak ingat 100%, tapi tak dapat hadam apakah istilah kerosakan tu.Bateri tak tercas walaupun ketika kereta dihidupkan.Ini bermakna, kami terpaksa menukar bateri setiap 4jam.

            Alhamdulillah...kami selamat pulang ke Bukit Betong.Makteh sekeluarga juga.

             Selfie terakhir sebelum pulang.Umairah bersama tokcik Sally.hahaha...kelakar nama tu.Akhir sekali,terima kasih yang tak terhingga buat teh sekeluarga termasuk menantu dan cucu deh...Rindu korang semua.

Khamis, 24 Mac 2016

Ssm dan Pantai Balok


          Cerita Kami sekeluarga ke Rumah Makteh yang terletak berhampiran Pantai Balok masih belum berakhir.Selepas seharian kami sekeluarga menghabiskan masa di Bukit Gambang Waterpark ,Keesokan harinya adalah hari untuk Angah menghadiri temuduga di Tadika Al-Baghdadi.

          Sampai ke petang jugalah kami berlegar mencuci mata di Bandar Kuantan.Keesokan harinya pula, Makteh sekeluarga membawa kami sekali lagi ke Bandar Kuantan untuk shoping sakan sebab kami memang wajib membeli uniform sekolah untuk sesi persekolahan 2016.

          Gambar kat atas tu adalah sesi belanja makan lagi sekali oleh tuan rumah yang sangat pemurah.Nasi ayam restoren Aida ni memang terkenal di Kuantan ni.

 
           Cik Abang ni kata, sedap sungguh nasi ayam kat sini kerana ada orang belanja.Kalau bayar sendiri kurang sikitlah sedapnya.hahaha...Terima kasih makteh Saadiah...dan keluarga.


           Sebagai membuang masa makteh, saya memohon jasa baik makteh menghantar saya ke pejabat ssm untuk mendaftarkan perniagaan online saya.Saya belum berhasrat membentuk syarikat kerana perniagaan saya ni masih setahun jagung ni belum layak rasanya.Jadi saya mendaftar sebagai perniagaan persendirian untuk tempoh tiga tahun.Harga yang perlu saya bayar hanyalah rm100 lebih sikitlah..tak ingat pulak berapa.Malas pulak nak buka fail.huhu...


           Di hadapan bangunan ssm ni ada masjid dan kat tepi masjid ni ada orang jual air batu cendol pulut.Sedap wo...Kalau korang ke sana jangan lupa singgah makan abc pulut.


Untuk blog maknya, Angah terpaksa menjadi model kat depan pejabat ssm.Selepas ni korang tak perlu risau nak beli barang dari saya tau...dah daftar ssm pun...atas nama Salmiah Awang.Kalau risau juga boleh cek nama saya kat ssm.

          Selepas habis semua urusan, kami pulang dengan penuh barang didalam bonet kereta,tapi dompet yang kempis.Oleh kerana esok kami sudah kena balik ke Kuala Lipis, Kami mengambil peluang untuk berjalan-jalan di Pantai Balok meskipun matahari sudah kian hampir ke ufuk barat.

          Maka kami mengambil peluang bergambar kenangan sebelum meninggalkan Pantai Balok yang menjadi saksi...tet...meraban pulak ayatnya.Apasallah nak jiwang karat pulak malam ni.Orang lain semuanya sudah lena diulit intan.Sudah tepat jam 12.00 malam.Jadi saya nak ajak korang cuci mata melihat gambar di sekitar Pantai Balok ni.

Berkelah di tepi Pantai Balok.Makan nasi lepak aje weh...Tak sempat nak masak sebab baru balik dari bandar.

Sesi bergambar bermula.Dimulai dengan sikecil Umairah.

Arif masih tak puas mandi manda di Gambang,berpelampung pula di Pantai Balok.

Bersantai-santai di tepi Pantai Balok.

Menikmati angin pantai dan ombak di gigi Pantai Balok.

Yeayy...Rasa tenang selepas menghirup udara Pantai.

Segar dan nyaman.

Along sedang bermain ombak yang kian pasang.

Kalau sampai di tepi pantai, memang tak sah kalau diorang ni tak bermain pasir.

Posing,jangan tak posing.

Cantik tak gambar tadi?

Bergambar bertiga.

Jom bergambar dua orang pulak.Hahaha...Si ayah kelihatan nak mengganggu sesi fotografi anak daranya.

Selfie.....

            Alhamdulillah...walaupun sekejap, Kami puas hati berada di Pantai Balok yang indah lagi mendamaikan.Terima kasih banyak-banyak buat makteh sekeluarga.Esok kami akan berangkat ke Kuala Lipis dan yang best sekali, Nak singgah di Cameron Highland.
          Sebelum balik, kami sempat mengambil gambar makteh bersama cucu-cucu kesayangannya.Satu ekor dapat satu pinggan nasi.Alhamdulillah...moga murah rezeki makteh sekeluarga.

           Sebenarnya, banyak yang dapat saya pelajari dari seorang ibu tunggal yang bergelar makteh ni.Seorang yang sangat pemurah,penyayang dan yang paling saya suka, Tidak meninggi diri.Alhamdulillah...Bangga memiliki seorang kakak yang bernama Saadiah.Wallahu a'lam.

           Jangan lupa nantikan sesi perjalanan kami ke Cameron Highland pula.Assalamualaikum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...