lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Ahad, 13 Mac 2016

Bukit Gambang Waterpark destinasi percutian yang menyeronokkan


              Wellcome to Bukit Gambang Waterpark!!!Betulkah Bukit Gambang Waterpark destinasi percutian yang menyeronokkan ???Jom belek gambar dan baca cerita perjalanan kami yang penuh sensasi lagi mengujakan.Selepas solat subuh dan sarapan alas perut,Kami memulakan perjalanan ke Bukit Gambang Waterpark.


Acara wajib kami,selfie mesti ada sebelum memulakan aktiviti.


Aksi Adik Arif yang tak sabar nak menggunakan google dan pelampung yang dibeli.


             Si ayah apa kurangnya...ceria je muka nak bercuti.Maklumlah asyik kerja aje tiap hari.Sementara menunggu proses membeli tiket, sempatlah kami semua merakan gambar kenangan dari sudut-sudut istimewa.Tetapi terpaksa saya tapis juga.Gambar terlalu banyak.semuanya menarik.Jadi saya memilih gambar yang ada jalan cerita aje.

           Tu dia...tarikh 19 Disember 2016 terakam indah tau...Seronok punya fasal sampai tak perasan ada yang tak kena dengan suamiku.huhu...Apa tu?


            Macam mana boleh tak perasan selipar lain sebelah?Malunya... Tapi saya buat selamba aje. 
"Alah yang, sayapun tak perasan,apa lagi diorang semua tu.Manalah nak peratikan kasut canggih mana yang abang sauk.hahaha...seronok juga gelakkan orang ni.Nasib baik suami saya ni dah masak perangai saya yang suka membulinya.

            Pertama kali menjejak kaki ke sini,saya sangat teruja dengan suasana pantai yang ditonjolkan.Memang sungguh tak terasa kita sebenarnya berada di dunia fantasi.Pohon kelapa yang ditanam di sini semuanya berbuah lebat.Ditambah pula dengan gazebo yang cantik-cantik untuk mereka beristirehat.


          Acara wajib yang kedua,budak-budak dan pasir memang tidak dapat dipisahkan kalau berada di tempat begini.Kakde yang sudah masuk tingkatan tigapun tumpang sekaki.Hadiah percutian sempena UPSR dapat 5A ya Kakde...kami tumpang seronok je...


Pantai buatan yang dinamakan Coco beach ni memang cantik.Tak sabar adik Arif nak bermain air.


Orang baru nak bentang tikar dan angkut barang, adik Arif sudah mula nak berenang.


Dan pemandangan yang indah tidak patut dilepaskan tanpa selfie kan...


Kami menyewa beberapa buah pelampung untuk acara berendam sampai kecut.hihi, gurau je...


            Berada di coco beach ni, memang amat menyeronokkan,tetapi bagi mereka yang membawa anak kecil,kenalah berhati-hati kerana airnya dari separas keting sampai ke paras leher orang dewasa.Maka tak bolehlah memebihi garisan yang ditetapkan.

            Ombak buatannya pula akan dilepaskan selepas siren amaran dibunyikan.Setiap kali itu ramai yang bersorak gembira menerima kehadiran ombak besar.Bila pelampung dilambung ombak,rasa seronoknya tak dapat saya nak gambarkan di sini melainkan bagi mereka yang pernah hadir di Bukit Gambang Waterpark.


Babypun nak mandi-manda juga tauuu...


           Lepas puas bermain ombak buatan,kami ingin mencuba bermain di terowong air.Terowong air ni ada dua jenis.Ada yang terang dan ada yang gelap.


Mendaki anak tangga ke atas juga agak memenatkan.Entah apa pula yang dibincangkan mereka dalam gambar ni kan?Macam ada yang tak berani je....betul ke?


Sementara menunggu giliran, gambar kenanganpun diambil.


Apa yang penting, korang yang nak naik luncur kat terowong ni kenalah lebih tinggi dari penguin dalam gambar ni.Kiranya adik Arifpun boleh main.


Dah bersedia nak terjun??Yang ini terowong gelap berbentuk bulat.


               Peluncuran tamat di penghujung terowong ini.Terowong terang pula tak dapat saya bagi gambar sebab gambatrya bergerak.


             Sesi makan-makan ni memang dinantikan.Walaupun harga makanan di sini agak meriah.inilah namanya waterpark, mana nak cari makanan murah?Lepas mandi manda mesti lapar punya.Sesiapa yang nak solat zohor, surau ada disediakan yaa...


               Seterusnya, kami bermain longkang besar.Wajib menggunakan pelampung kerana air di sini juga sangat dalam dan sesekali akan dilepaskan ombak yang akan mengalun kita semua dengan air yang agak ganas.Tengok ajelah gambar ni kan...nampak happening kan?


                Selesai sudah sesi bermain air longkang besar.Bukan sekali atau dua kali pusing...Tetapi enam ke tujuh kali pusing.Memang puas hati.Sebelum balik, kami ingin mencuba mandi di kolam renang yang memang dala separas leher dan langsung tidak sesuai untuk kanak-kanak.


Alang-alang ada camera kalis air, gambar kenangan di dalam air diabadikan.


Angah Achik dan Nana.


Emma ,Achik dan Angah.


              Hahaha!! Yang ni sorang tak berani nak menyelam meskipun dipujuk rayu mahupun dipaksa sakan oleh mereka.Nak buat macam mana...cinta bukan paksaan.


                 Akhir sekali,masing-masing dah penat.Orang kuat program kami ni, Puan Suhaila dan suaminya Syam dan juga si kecik Umairah.Apalah yang dibincangkan tu.Orang dah siap mandi, anak dah terlena kepenatan.Tetapi mak dan ayah sempat mandi tak?Alhamdulillah...sempat...jawab Puan Suhaila.

                 Kami pulang dengan rasa kepuasan hati yang teramat.Insyaallah...panjang umur, murah rezeki kami datang lagi.Terima kasih Makteh yang sudi menjadi sponsor untuk percutian kami ni.Apapun, Bukit Gambang Waterpark destinasi percutian yang menyeronokkan.

                 Bagi yang belum merasa, bolehlah cuba rasa bagaimana keseronokannya bercuti di sini.Kami terpaksa pulang kerana hari semakin petang.Terima kasih bertamu di blog saya ni.Insyaallah...esoknya Angah nak menghadiri temuduga .Nanti bila ada kelapangan. saya berceloteh lagi, Insyaallah...














2 ulasan:

  1. Salam blogger. Saya belum pernah sampai. Nampak menarik dan sesuai untuk percutian family.

    BalasPadam
  2. Harga tiket 2016 utk waterpark je brape ye?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...