lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Khamis, 21 April 2016

Senarai kosmetik yang mengandungi bahan merbahaya


Assalamualaikum warahmatullah...

Alhamdulillah,setelah sekuan lama,dapat juga saya meluangkan masa berada di blog kesayangan saya ni.

          Baru-baru ini,ada hamba Allah yang kongsikan senarai kosmetik yang mengandungi bahan merbahaya.Jadi saya dialu-alukan untuk kongsikan semuanya di dalam blog saya.

SENARAI PENUH 120 PRODUK KOSMETIK BERACUN

Apa yang pengguna perlu tahu adalah tiada satu pun produk kosmetik yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Apa yang ada adalah produk kosmetik yang dinotifikasikan kepada KKM. Sehingga November 2015 sebanyak 145,000 produk kosmetik dinotifikasi di Malaysia.  Apa itu dinotifikasikan?

SISTEM NOTIFIKASI KOSMETIK


Menurut sistem Notifikasi, pengilang kosmetik ataupun pemegang jenama produk kosmetik tersebut akan menisytiharkan kandungan ataupun bahan-bahan dalam produk kosmetik mereka kepada KKM sebelum diberikan nombor Notifikasi yang bermula dengan huruf NOT12345678K

Nombor NOT akan diberikan secara automatik kepada produk kosmetik setelah kandungan yang diisytiharkan tidak mengandungi bahan-bahan terlarang ataupun beracun.

Tetapi, adakah Syarikat Kosmetik yang mahu mengisytihar produk mereka mengandungi bahan beracun? Adakah Syarikat kosmetik mahu mengisytiharkan produk mereka mengandungi Merkuri? Hydroquinone? Tretinoin?

Tujuan bahan-bahan beracun ini dicampurkan ke dalam produk kosmetik supaya ia memberikan kesan putih atau cerah kepada kulit dalam masa yang singkat walaupun ia sangat bahaya.

Jika syarikat kosmetik mengisytiharkan produk mereka mengandungi bahan seperti merkuri, hydroquionone dan tretinoin. Sudah pasti permohonan notifikasinya ditolak secara automatik.

=====
ADAKAH KOSMETIK BERACUN INI PRODUK TIRUAN?
=====

Apakah tujuan 'pemalsu' mencampurkan bahan beracun ke dalam produk kosmetik tiruan?

Adakah mereka mahu membuat produk tiruan yang lebih berkesan daripada produk asli? Adakah mereka mahu menghasilkan produk tiruan yang lebih cepat menunjukkan kesan daripada produk asli?

Bahan-bahan pemutih beracun ini juga mahal harganya. Cuba pengguna fikirkan.. Adakah 'pemalsu' mencampurkan bahan-bahan beracun ini dan hasilkan produk tiruan dengan kos yang lebih mahal daripada produk asli?

Atau adakah 'pemalsu' mencampurkan bahan beracun ini semata-mata kerana dengki dan ingin menjatuhkan produk kosmetik jenama tersebut?

=====
KENAPA PRODUK KOSMETIK TIDAK DIUJI SEBELUM DIPASARKAN?
=====

Anda boleh baca jawapannya dalam posting facebook saya sebelum ini yang bertajuk "Bagaimana Produk Kosmetik Beracun Ada di Pasaran Malaysia?"

Jadi, bilakah produk-produk kosmetik ini diuji untuk pastikan ia selamat untuk digunakan oleh pengguna?

Produk Kosmetik di Malaysia tidak diuji sebelum ia dipasarkan tetapi produk-produk kosmetik ini dipantau oleh pihak BPFK melalui Aktiviti Post-Market Surveilans Produk Kosmetik.

Melalui aktiviti ini, sampel-sampel produk kosmetik diambil daripada pasaran untuk ujian kualiti dan keselamatan di mana fokus diberikan kepada produk-produk berisiko tinggi untuk dicampurkan dengan bahan-bahan terlarang seperti produk pemutih ataupun pencerah kulit.

Apabila sesuatu produk kosmetik didapati mengandungi bahan terlarang atau tidak mematuhi Garispanduan Kawalan Produk Kosmetik, pihak BPFK KKM akan membatalkan Notifikasi produk tersebut dan pihak syarikat diarahkan untuk memanggilbalik (recall) ataupun mengeluarkan produk kosmetik tersebut dari pasaran.

KKM tidak meluluskan sebarang Produk Kosmetik di Malaysia tetapi sebaliknya pihak syarikat bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan produk kosmetik mereka yang berada di pasaran adalah selamat dan berkualiti.

======
SENARAI PENUH PRODUK KOSMETIK BERACUN YG DIBATALKAN NOTIFIKASI OLEH KKM 2008 - 2016
======

Senarai produk-produk kosmetik yang dibatalkan Notifikasi kerana mengandungi bahan beracun ini dikeluarkan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia (BPFK), KKM dari 2008 - 2016.

Anda juga boleh merujuk ke laman web BPFK di www.bpfk.gov.my, kenyataan akhbar produk-produk kosmetik beracun oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Brunei, Kementerian Kesihatan Brunei dan kenyataan akhbar Health Sciences Authority, Singapura kerana ada produk-produk kosmetik beracun yang disiarkan tiada dalam senarai BPFK.

======
SENARAI 120 PRODUK KOSMETIK BERACUN
======

1. Khazanah White Pembersih Wajah
2. Gloskin Krim Malam & Siang
3. Reena's Astringen Lanjutan
4. Skin Desires Deep Whitening Cleansing Milk5. EETYE Whitening Cream
6. O'Lynn Skin Lightening Cream
7. Hans Beauty Flawless Day Cream
8. Hans Beauty Flawless Night Cream
9. Hans Beauty Treatment Toner
10. AS Beauty Night Cream
11. AS Beauty Day Cream
12. Golden Horse Herbal Milk Lotion
13. Golden Horse Bio C omplex Cream
14. Dermaceutic Spot Cream
15. Dermaceutic Spot Peel Cream
16. Yellow Cream (Krim Ku-Neng)
17. Dnars Magic Gold Foundation
18. SF PROTECT & PERFECT DAY CREAM
19. Sensual Meiji Skin Renewar Cream
20. Acrena Pure Herbal Papaya Soap
21. White Complex
22. SS Pearl Cream
23. SS Vita C Night Repair
24. Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment
25. Natural 99 Night Cream
26. Natural 99 Day Cream
27. SF Beauty Night Cream (Facial)
28. SF Beauty Day Cream (Facial)
29. Aveana Night Revival Cream
30. Blemished Skin Ampoules
31. Golden Horse B&W Cream
32. Felisa Gentle Peeling Solution
33. Krim Malam Rahsia Rimba
34. Biocosmeti Whitening Essence Cream
35. H2O Waterwhite Brightening Night Cream
36. Magiexpress Lightening Plus
37. A.Vant Cream
38. Eriesya Spa Beauty Cream
39. Natasya Krim Herba
40. Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
41. Ratna Sari Whitening Night Cream
42. ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream
43. Chantique - Whitening Night Cream
44. NV Toner Treatment No 1
45. NV Toner Treatment No 2
46. Zara Rejuvenation Cream
47. Beauty Line Beautitude Multi-purpose Cream
48. Pigmentation Recovery Complex
49. Natasya Gold Krim Herba
50. De Putih Night Cream
51. Krim Malam Shana
52. Biotox Whitening Hydro Cream
53. BML HB LOTION
54. Yoko Whitening Cream
55. Sue Beauty Night Treatment Cream
56. Sensual Whitening Cream
57. Derma-Rx Arbutin-R Cream
58. DS.1 Blemish Control Cream
59. Ezee Sunblock Cream
60. MONTAGNE JEUNESSE CHOCOLATE MASQUE
61. Daily Protecting Cream - Joie et Beaute
62. La Bliss Skin Brightening Cream
63. Sans Dynamic Intensive Light Cream
64. Putih Gebu Sun-Block Collagen Lotion
65. Bio-Clear Intensive Renewal Complex
66. MS Wellmood Enhancing Cream
67. Renewing Cream
68. E Beaute Total Revitalizer Night Cream
69. MS Wellmod Lightening Complex
70. Qu Puteh Whitening Pro 9

======
Senarai Kosmetik Beracun di bawah dikeluarkan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Brunei:
======

1. AZ Cosmetic-Day Cream
2. AZ Cosmetic-Night Cream
3. AZ Cosmetic-Treatment Cream
4. AZ Cosmetic-Sunblock
5. Atika Beauty Cream Jeragat
6. POND'S-age miracle BB anti-ageing Expert BB Cream Light-night cream
7. DOKTER cream
8. Pati IbuPutih by JannaLawaa-Gluta Kojic Super Whitening Serum
9. Pati IbuPutih by JannaLawaa-Day Creamy Face n Body White
10. Pati IbuPutih by JannaLawaa-Night Creamy Face n Body White
11. Gijes Beauty-Night Cream
12. RACIKAN LING ZHI-Night Cream with Vit E
13. LIEN-HUA (BUNGA TERATAI)-Day Cream
14. Professional Skin Care Formula Rejuvenating Cream
15. Professional SKin Care Formula Rejuvenating Toner
16. Wonder Glow Day Cream
17. Wonder Glow Night Cream
18. Ana Marissa Beauty Night Cream HD
19. Lyanaz Beauty Care-Magic Night Cream
20. Atika Beauty Sunblock
21. Dnars Yellow Cream
22. SP Super UV WHitening
23. SP UV Special Ginseng - Whitening & Anti-Acne
24. Collagen Plus Vitamin E - Night Cream
25. AS Beauty Night Cream
26. AS Beauty Day Cream
27. Golden Horse Herbal Milk Lotion
28. Golden Horse Bio Complex Cream
29. Collagen Gold-Day and Night Cream
30. Super Cream Mutiara
31. Natural 99 King Bleaching Whitening Cream
32. New Original Dr-Doktor Pemutih Day Cream
33. New Original Dr-Doktor Pemutih Night Cream
34. Lyanaz Beauty Care Babies Blink 100% Original (White colored cream)
35.Clariderm-Astringent
36. Dara Anggun-Glow Glowing Beauty Skin, Night Glowing
37. Dara Anggun-Glow Glowing Beauty Skin, Night Glow
38. Wonder Glow Super Ultra Glowing Cream Version SPF45++ Day Cream
39. Wonder Glow Super Ultra Glowing Cream Version SPF45++ Night Cream
40. SALOMA ZARA-Ultimate Skin Perfection-PEARL DAY CREAM SPF 30

=====
Senarai Kosmetik Beracun di bawah dikeluarkan oleh Health Sciences Authority (HSA), Singapura:
=====

1. SB Facial Fuel Toner Mezzo
2. SB UV Pro Day Cream Mezzo
3. SB Rejuvenating Night Cream Mezzo
4. Tabita Skincare Smooth Lotion
5. Tabita Skincare Daily Cream
6. Tabita Skincare Nightly Cream
7. Meiyong Super Whitening Extra Whitening & Face Lift Advanced Super Revitalizer (Cream) Whitening Formula and Face Lift
8. Han's Skin.Care Flawless Day Cream
9. Han's Skin.Care Flawless Night Cream
10. Han's Skin.Care Treatment Toner
11. Han's Skin.Care TRIAL Flawless Day Cream
12. Han's Skin.Care TRIAL Flawless Night Cream
13. Han's Skin.Care TRIAL Treatment Toner
14. Melati UV-Whitening Vit.E Cream
15. ESTHER Bleaching Cream (A) and (B)

Kosmetik-kosmetik beracun di atas telah diuji oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Brunei ataupun Singapura dan disahkan mengandungi bahan beracun yang berbahaya seperti Merkuri, Hydroquinone, Tretinoin, Azaleik Asid dan stereod.

"JADILAH PENGGUNA BIJAK MEMILIH"

Rahman Baco
Your Halal Trusted Pharmacist
www.fb.com/rahmanbaco.my

          Walaupun ada diantara senarai di atas ada dalam senarai produk jualan saya dan ianya adalah produk terlaris saya,saya dengan ikhlas ingin kongsikan maklumat penting ini agar pengguna produk saya memilih kosmetik yang betul supaya tidak mengalami masalah kesan sampingan.

          Baru-baru ni heboh qu puteh ada bahan kimia.tapi takde pulak dalam senarai ni.tapi yang ada dalam senarai ni masih beriklan kat television dan radio tempatan.Inilah yang membuat saya sendiri keliru.

          Ada yang nak komen?silalah beri komen dan pendapat.Apa yang akak pasti,Nurraysa skincare dan Nour ain skincare adalah dua produk top yang masih bersih setakat hari ini.Nak beli? Boleh whatsapp

0192057039


34 ulasan:

  1. Terima kasih atas perkongsian.
    Alhamdulillah syukur tiada satu pun yang Mrs. A gunapakai.

    BalasPadam
  2. tu dia....Sal pun baru tahu...tq sharing...

    BalasPadam
  3. mujur la..tak de satu pun yang saya pernah review dan guna..risau jugak kalau ada..

    BalasPadam
  4. wahhh produk yg dah femes pun ada tersenarai..nasib baik sy tak pakai mana+ brand diatas :)

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah...tapi akak dah cuba dnars,muka pedih kalau kena matahari.terpaksa stop.
    Akak cuba babies blink pula,muka naik jeragat lepas stop satu set.jadi terpaksa hentikan juga

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah...tapi akak dah cuba dnars,muka pedih kalau kena matahari.terpaksa stop.
    Akak cuba babies blink pula,muka naik jeragat lepas stop satu set.jadi terpaksa hentikan juga

    BalasPadam
  7. La... yg no 70 tu kan qu puteh pro 9.tp Dato vida dah tarik semua produk tu. Dan dah kuarkan produk baru.

    BalasPadam
  8. produk terbaru tati...ada cream kuning...lulus kew???

    BalasPadam
  9. tati beauty skin care selamat d pakai ke...ade tak kkm

    BalasPadam
  10. Semua produk kt atas tu ade KKM...lps custoner dah balun di muka...brulah istihar tarik balik produklah apalah....sepatutnya sebelum di pasarkan patut KKM sahkan dulu noleh dipasarkan atau tidak....kesian kt pengguna muka rosak dulu.

    BalasPadam
  11. Bagaimana pula dengan produk DR Glow?

    BalasPadam
  12. Boleh saya tahu product2 yg bebas kimia? Atau product apa yg boleh dipakai? Minta pencerahan, terima kasih.

    BalasPadam
  13. boleh tak checkkan product glowhite skinz?

    BalasPadam
  14. Balasan
    1. karisma kosmetik tu ok.

      Padam
  15. Salam tuan tanah tumpang iklan.
    Nak order produk karisma boleh jgk hubungi saya:

    Akma 019-4228224

    BalasPadam
  16. Salam tuan tanah tumpang iklan.
    Nak order produk karisma boleh jgk hubungi saya:

    Akma 019-4228224

    BalasPadam
  17. terima kasih atas perkongsian sis..sy pernah pakai produk ibu putih by jannalawa tu, dan dlm masa yang singkat kulit muka sy mnjadi makin kusam dan mula naik jerawat-jerawat halus yang sgt banyak..kesan parut dari jerawat tu masih kekal smpai skrng..

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya dah pernah rasa muka teruk. dan puncanya salah satu produk yg sebut d atas tu. Saya tukar Queen facepolish treatment, alhamdulillah berubah dr teruk kepada okay l. Produk ni 100% orgamik, saya ambil keputusan untuk jadi agent produk ni sebab saya sendiri yang rasa betapa derita saya kulit yg elok tiba-tiba roblem sebab produk tp di rawat oleh produk Queen polish ni. Hati pun dah tak susah sebab tak tepek produk kimia bahaya. Hubungi saya 017 888 1610 untuk tahu tentang queen polish. saya boleh share dengan kalian ttg masalah kulit sy dan kawan-kawan yg lain. - 017-888-1610 -

      Padam
    2. Betul ke ni? Sis guna produk Pati Ibu Putih atau Day Creamy/Night Creamy? Sbb yg tersenarai cuma day dan night creamy je. Saya kira nak guna pati ibu putih sbb adik saya pernah guna dulu dan dah lama juga dia berhenti guna takda effect pun :/

      Padam
  18. NDZ kosmetik selamat x ye?

    BalasPadam
  19. Tati skincare selamat tak ?

    BalasPadam
  20. AZ cosmetic sapa pnah try? Cmna effect nye

    BalasPadam
  21. Norini bt Abd.Wahab13 April 2017 7:41 PTG

    Pilih la dermags..dijamin selamat dan di uji secara saintifik oleh dr mariani dr utm.klik www.dermags.info
    Blh wasap sy di 0127001403
    Klik www.wasap.my/60127001403
    Terima kasih��

    BalasPadam
  22. shhaz beauty whitening booster tu slamat ke?

    BalasPadam
  23. kalau nak selamat lagi beli je produk kosmetik dari farmasi seperti Guardian atau Watson, atau apa2 farmasi yang berdaftar..ye kesan nye lambat but muka insyaalah tak rosak..mahal sikit la tapi kan kita nak jaga kulit sendiri jugak?? muka pernah rosak teruk akibat penggunaan produk kosmetik yang di jual di booth2 nih, terpaksa guna Eucerin Face Clenser untuk pulihkan kulit..lepas tuh terus stop guna produk mcm nih..pernah guna natasya, nuriz dan v'asia skincare..paling teruk nuriz, natasya pulak bila stop sekejap (time preggy) terus muka jadik kelam, berjerawat..sekarang masih mencari produk sesuai...but as the list is so long..hmmmm...

    BalasPadam
  24. Saya memakai tati skin care selama 2 bulan, hasilnya memang ketara, iaitu bertambah glowing, bertambah cerah dan kurangkan jerawat. Tetapi sehingga satu akhbar mengatakan tati adalah bahan terlarang, saya terus takut. Adakah itu betul atau salah. Kalau salah mengapa ia membantu dalam membaiki kulit muka sya? Begitu jg dgn beberapa kenalan yang menggunakan tati skin care. Harap sesiapa membalas

    BalasPadam
  25. saya pengguna karisma . .ok . .tp kenape klu contoh satu mlm tu xcuci muka mesti naik jerawat ?adakah sbb krim kunyit tu wajib pakai setiap malam ?or kotoran pada muka myebabakan naik jerawat ?

    BalasPadam
  26. saya pengguna karisma . .ok . .tp kenape klu contoh satu mlm tu xcuci muka mesti naik jerawat ?adakah sbb krim kunyit tu wajib pakai setiap malam ?or kotoran pada muka myebabakan naik jerawat ?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...