lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Ahad, 24 Julai 2016

Imaginasi Ramlee Awang Murshid

Tajuk novel: Imaginasi.
Penulis: Ramlee Awang Murshid.

Untuk kesekian kalinya saya menjadi pengulas novel tanpa gaji bagi bekas majikan kesayangan saya,Karangkraf sdn bhd.Itu kata suami sayalaa... tetapi kalau dah minat membaca tetapi tidak menulis dalam blog sendiri,apa yang kita baca tu akan habis setakat itu sahajalah kan...

          Novel Imaginasi yang ditulis oleh penulis kegemaran saya ni mengisahkan tentang sebuah kisah istimewa dari imaginasi penulis.Kalau novel triller beliau sebelum ini banyak menjadikan kita seorang psiko,tetapi kali ini,novel imaginasi ini membawa kita berimaginasi sehingga kita sendiri rela menerima segala imaginasi penulis sebagai kebenaran.

Novel ini membawa kita kepada watak 3 lelaki dan 3 wanita dengan situasi berbeza tetapi dengan 3 kata yang sama dan matlamat yang sama menyatukan mereka dalam satu kisah.

Jeng!jeng!jeng!...Ceritanya bermula begini.

          Suhaila merupakan seorang wanita misteri yang menyendiri dalam sebuah rumah agam ditengah ladang kelapa sawit.Suhaila dikatakan sebagai membela saka peninggalan arwah ayahnya.

          Kamil,seorang bekas banduan yang baru keluar dari penjara,memulakan hidup baru di dalam ladang kelapa sawit milik Suhaila.Cinta yang berputik membawa Kamil kearah untaian misteri dari rumah agam Suhaila.

          Hafiz,seorang pengembara yang bertemu cinta hati dari Indonesia yang sedang melarikan diri dari Bapak Rinto dan sentiasa diburu oleh orang suruhan Bapak Rinto untuk dibawa pulang ke negara asalnya.

          Abam,seorang penjaga lembu yang lurus bendul,jatuh hati kepada Juita,anak Pak Budin.Pak Budin adalah pemilik lembu-lembu yang dijaga Abam.Abam sering mengusik Juita dan ingin berkahwin dengan Juita tetapi ditolak Juita.

          Yang ini adalah pengenalan.Al-kisah ceritanya begini....Suhaila pernah dituduh membunuh arwah suaminya,tetapi dibebaskan atas jaminan polis.Suhaila mula hidup dengan  mengasingkan diri dari dunia luar selepas bebas dari tahanan.Suhaila sering dicemuh kerana membunuh suaminya sendiri.

          Kehadiran Kamil ke ladang kelapa sawit membongkar segala rahsia Suhaila.Kamil menawarkan diri untuk membantu Suhaila untuk membuang saka singa.Benarkah Suhaila memiliki saka singa?Suhaila menafikan tentang keujudan saka singa tersebut.Suhaila meminta Kamil menyampaikan pesanan kepada Hafiz.Kamil menghantarnya kepada nenek Hafiz kerana Hafiz yang tidak berada di dalam negara ketika itu.

          Kita berbalik pula kepada kisah Hafiz. Hafiz yang dibesarkan oleh datuk dan neneknya selepas kematian ayahnya. Bayangan kata bahawa beliau adalah keturunan singa membuatkan Hafiz sering mengigau. Hafiz yang mencintai Citra Widya sentiasa membantu pujaan hatinya melarikan diri dari buruan . Kenapa Citra Widya diburu?Apakah Citra Widya sebenarnya mempunyai satu hubungan dengan Bapak Rinto sehinggakan dia melarikan diri?Hafiz tidak peduli.Citra Widya adalah cinta hatinya.

         Sehingga akhirnya Citra Widya terpaksa akur bahawa dia juga mencintai Hafiz. Sebenarnya bukan senang nakcekup hati Citra Widya ni tau...naik geram juga kita membacanya.Tetapi rahsia itu korang kena baca sendiri baru best...hahaha...

          Citra Widya dan Hafiz akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin.Dalam saat begini pula, Citra Widya menyerah kalah lantas dengan rela hati pergi meninggalkan Hafiz untuk kembali kepada Bapak Rinto. Citra Widya akhirnya dibawa pulang ke Indonesia oleh orang suruhan Bapak Rinto.Siapakah Bapak Rinto?Hafiz mula curiga.Hatinya tergugat.Namun begitu,dia membuat keputusan untuk berhadapan dengan Bapak Rinto.

          Dipendekkan cerita, Bapak Rinto rupanya adalah bapa kepada Citra Widya.Citra Widya telah melarikan diri kerana tidak mahu berkahwin dengan lelaki pilihan bapanya.Saat mereka hampir dijodohkan, Hafiz mendapat tahu bahawa Citra Widya dan dirinya tidak mungkin boleh bersatu.Kenapaek?Bab ni saya taknak pecah lobang.Korang bacalah sendiri.Kalau tak,hilanglah suspennya.Hafiz kembali ke Malaysia membawa hati yang luka.Bungkusan kiriman dari Suhaila mengandungi catatan perjalanan datuknya dan juga catatan Suhaila ibunya.Rahsia telah terbongkar.

          Mau aje saya ceritakan rahsianya.Tapi kata hati saya,tak payah...kasi suspen lebih...

          Abam pula dalam pada digelar bodoh piang dan bermacam lagi yang menyakitkan hati,tetapi masih juga menyimpan hasrat berkahwin dengan Juita. Kerana nekadnya Abam yang ingin melamar Juita,Pak.Budin mengenakan syarat supaya Abam menyediakan sebuah kereta,sebuah rumah dan membawa Pak Budin dan isteri ke mekah sebagai hantaran. Juita yang juga peminat setia novelist Ramda Amira meminta Abam menuliskan sebuah novel sebagai hantaran perkahwinan.Semuanya dilakukan untuk mengelak permintaan Abam yang tidak masuk akal,iaitu ingin berkahwin dengan Juita.

          Abam berusaha membuat kereta kayu untuk Pak Budin.Namun akhirnya dia mula diterangkan apa yang sebenarnya dimaksudkan Pak Budin dan Juita.Abam sedih.Namun begitu, rajuknya tidak begitu dihiraukan.Abam yang membuat pengintipan di rumah agam Suhaila. Abam tekad berhadapan dengan Suhaila dan ingin membantu Suhaila.Abam meletak jawatan sebagai penjaga lembu Pak Budin.Ini membuatkan Juita kecewa dan sedih.Abam meminta masa enam bula untuk memenuhi segala syarat Pak Budin dan Juita.

          Suhaila kecewa kerana pesanannya kepada Hafiz tidak dapat disampaikan Kamil seperti yang diharapkan. Beliau membuat keputusan untuk bertolak ke pulau Singah walaupun tanpa Hafiz.Perjalanan ke Terengganu akhirnya sampai di pengkalan.Hafiz yang pulang untuk bertemu Suhaila setelah mengetahui rahsia siapa Suhaila dan siapa yang membunuh ayahnya,jadilah macam cerita omputih.Siap jumpa surat pesanan yang ditampal Suhaila pada rumah agam.

          Dalam nak gerak tu, sampai juga Hafiz.Maka merekapun bergerak sama ke Pulau Singah. Nada suspen memang terbaiklah...

          Akhir sekali,saya nak bukalah sedikit rahsia diorang ni...Atuk si Hafiz ni pernah berlayar dan kapalnya pecah sehingga terdampar ke Pulau Singah.Pertemuan dengan Dang Chanden membuatkannya jatuh cinta.Tetapi cinta mereka dihalang kerana diantara mereka mempunyai batasan rahsia yang sukar dimengertikan.Keluarga Dang Chanden memiliki sumpahan.Mereka tidak boleh keluar dari pulau ini supaya tidak terkena tulahnya.

         Atuk Hafiz diusir keluar dari pulau.Tetapi demi cinta, Dang Chanden menyusup masuk ke dalam kapal tanpa pengetahuan ibu bapanya.Mereka hidup bahagia sehinggalah Suhaila dilahirkan.Dang Chanden menghilangkan diri.Yang tinggal hanyalah tohmahan tentang atuknya memiliki saka singa.Rupa-rupanya Dang Chanden bertukar menjadi seekor singa betina dan ditempatkan oleh atuknya di bahagian bawah rumah agam.

         Pelayaran penuh triller kalau korang baca buku ni tau...Pelayaran membawa seekor singa putih bermata merah saga. Dah jumpa pulau tu,mak bapak Dang Chanden tidak mahu memaafkan Dang Chanden sehingga hati pembaca turut diburu resah dan simpati.Dang Chanden kian lemah.

(Sebagai pembaca,kita tertanya-tanya siapa hero dan heroin sebenar dalam cerita ni?Macam Abam je heronya.Hilang semua kebodohan piangnya.)

          Abam berjaya memujuk ibu bapa Dang Chanden untuk memaafkan anak mereka.Dah tu barulah Dang Chanden berubah kepada bentuk manusia semula.

         Selepas enam bulan,Juita kian sedih.Janji Abam untuk kembali tidak ditepati.Rindunya pada Abam membuatkan dirinya huru hara.Akhirnya tanpa berfikir panjang,Juita menerima lamaran lelaki lain.Tunangannya menjemput ke majlis pelancaran buku terbaharu Ramda Amira penulis kesayangannya.

        Tanpa diketahui, Tunangnya ,Abam dan Ramda Amira adalah orang yang sama.Maka terhurailah sebuah cerita dari gabungan tiga lelaki,tiga wanita dan sebuah cerita.TAMAT.

        Korang rasa best tak cerita ni?Adik ipaq saya merangkap peminat setia Ramlee Awang Murshid mensifatkan, imaginasi Ramlee Awang Murshid tak best.Tetapi bagi saya sendiri, cerita ni best tau...Kalau nak ikutkan cerita seram, cerita ni memang tak seram.Sebab tu adik ipaq saya tu kata tak best.Tapi cerita ni sebenarnya menghiburkan,suspen dan santai.Kita yang membacanya tak stress.Ceritanya memang mudah dijangka.Berbeza dengan cerita tulisan Ramlee Awang Murshid sebelum ini.

        Apapun,tepuk dada,tanyalah selera.Siapa tahu,selepas imaginasi ni, Ramlee Awang Murshid akan membuat cerita seram pula kan...Tetapi apa yang saya rasakan, tiada calon cerita terbaharu dari beliau kerana di belakang buku tidak lagi tertulis tajuk cerita baharu seperti yang dilakukan beliau sebelum ini.Wallahu a'lam.

        Buat peminat Ramlee Awang Murshid, "SELAMAT MENMBACA"      


2 ulasan:

  1. Assalamualaikum....kak salmiah saya nk no phone ..saya nk tnya tentang nkvel imaginasi...saya tengah buat kajian tentang novel ni...harap akak dpt bagi no tu

    BalasPadam
  2. Sekarang ni saya yang terpengaruh watak abam. Persoalan utama sujud ke tidak watak Suhaila, dang Canden, Hafiz, hamil DLL?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...