lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Selasa, 29 November 2016

Susahkah menjadi blogger?

Assalamualaikum...

Pertama sekali, jutaan terimakasih buat seorang insan bernama Adam yang sudi meninggalkan sebuah komen yang amat bermakna buat saya.

Persoalan yang saya sedang pertimbangkan sekarang , Susahkah menjadi seorang blogger?

Pada dasarnya,saya tidak pernah berasa susah menjadi seorang penulis blog kerana saya memang sangat suka menulis.

Suatu ketika dahulu, ianya memang sangatlah mudah kerana saya adalah seorang suri rumah tangga sepenuh masa.Tetapi bila status kerjaya saya bertukar,amat sukar rasanya untuk menjadi seorang blogger.Keletihan bekerja dan tanggungjawab seorang isteri dan  ibu menjadikan saya terlalu sibuk.

Komen ini membuatkan saya berfikir,layakkah saya menjadi seorang blogger kalau saya tak sanggup untuk mengorbankan sedikit masa untuk menyiapkan sebuah entry?Waaaaa....rasa nak nangis nak jawab soalan ni tau... Memang jawapan yang harus diberi adalah saya tidak layak.Tetapi persoalan seterusnya, Apakah saya sanggup melepaskan blog ni?Tidak! Sama sekali tidak sanggup.

Maka...kesimpulannya, jawapan kepada soalan Susahkah menjadi seorang blogger?
Memang susah...tetapi demi minat yang mendalam,insyaallah saya akan berusaha menjadikan blog ini lebih aktif.

Saya juga akan membuang senarai blog yang tidak lagi aktif dari bloglist saya yang berjela jela tu.Kalau tak salah saya, sudah setahun sejak saya berpindah ke kampung ini,saya tidak pernah update senarai bloglist saya.Sedih kan?

Jadi...kalau korang sayang blog korang, jagalah blog korang supaya labah labah tak berani nak buat sarang.Letih korang nak memanjat nak buang sawang tu nanti.

Akhir kata ,Tiada apa yang mudah.Semuanya perlukan usaha dan pengorbanan.Alhamdulillah...Belum terlambat untuk kita mengejar impian walau usia mungkin sudah hampir ke penghujung.Kerana tiada siapa tahu bilakah ajal bakal menjemput kita.Siapa tahu saya dapat berblogging dengan jayanya untuk beberapa tahun lagi kan...Wallahu A'lam.

Ahad, 27 November 2016

Satu entry dua post

Assalamualaikum,
Dah lama tak berblogging,rasa rindu sangat.Tapi apakan daya,masa tak mengizinkan.

Tapi bila cuba menulis,blog dah mula pening. Sudahlah post entry jadi dua post,macam saya copy paste pula.

Bila menaip pula,space hilang dengan sendiri.Terpaksalah saya edit dengan meletakkan space buat kali kedua.Lambatnya kerja....sudahlah menaip menggunakan telefon.huhuhu....

Ini membuatkan saya hilang mood untuk berentry.Namun begitu...nantikan entry penutup sesi persekolahan 2016 yang tertunda. Huhuhu...siapalah yang nak menanti tu kan...macamlah ada yang nak baca.kihkihkih!perasan bebeno...
Sebenarnya bukan begitu..gambar kenangan banyak dah menunggu untuk entry,tapi masa untuk menghadap komputer yang tidak mengizinkan.Jadual free penuh dengan kenduri.

Korang tahu tak apa rasanya ?Rasanya macam menunggu masa untuk meluahkan dan melepaskan rasa yang terbuku di hati
Oleh kerana badan penat dan mata sudah mengantuk,saya mohon diri.
Panjang umur,saya akan share peristiwa terindah itu.Assalamualaikum
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...