lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Selasa, 6 Disember 2016

Perkhemahan unit beruniform SKBY 2016

           Perkhemahan unit beruniform SKBY 2016 ini diadakan pada 16hb-18hb November 2016.Seperti yang saya pernah katakan, saya tak.sempat nak update tentang aktiviti ni kerana kekangan masa,Alhamdulillah...hari ini saya rasa sangat teruja untuk berkongsi cerita ini.

          Pada 16hb November 2016,aktiviti bermula pada sebelah petang.Khemah siap dipasang dengan rapi.
           Selepas khemah siap dipasang,aktiviti membina gadjet mula dijalankan.Masing masing sungguh seronok menimba pengalaman baharu ini.Saya sempat juga memberi mereka semangat untuk berusaha menjana idea untuk menjayakan aktiviti mereka.
           Setelah berpenat lelah menyiapkan gadjet, mereka bergegas ke surau asrama untuk menunaikan solat maghrib berjemaah dan mandi.Selesai semuanya ,barulah acara mengisi perut.Tetapi anak anak yang menginap di asrama harus makan makanan asrama.Kalaulah mereka dapat makan bersama sama kan lagi real...
           Hari kedua perkhemahan, saya tumpang seronok melihat gadjet hasil kerja anak anak ini.Semua gadjet kat atas ni semuanya diberi markah untuk kekemasan hasil kerja tangan mereka.
           Saya amat tertarik dengan gadjet ini.Bagi saya ,ianya adalah gadjet yang paling kemas dan teliti.Rasanya ada pembantu dewasa menjadikan hasil kerja mereka begitu teliti.Huhuhu...
           Gadjet ampaian juga dibuat walaupun hasilnya boleh tumbang walau hanya dengan sekali tiupan bayi,hihi...ibaratlah kan...tapi alhamdulillah... boleh juga menyangkut tuala.
           Kumpulan ini memang patut diberi markah lebih untuk gadjet kasut yang tegap ini.Maunya saya tak puji....siapa pulak pembantu mereka...hihi..Tapi sebenarnya tiada dalam senarai pertandingan untuk gadjed lain selain gadjed tripod tu.

          Sebelum memulakan aktiviti,semua murid bersenam robik .Gambar tak dapat share sebab pagi ini saya menemankan Angah di bus stop.Angah akan balik ke KUIS untuk menyambung pelajarannya dalam sem 2.Kesian angah terpaksa naik bas sendiri je ke sana.Tapi nak buat macam mana...situasi kami tak dapat menghantar beliau ke kolejnya.

          Sambung kisah budak budak tadi, mereka diberi masa untuk mencari idea untuk persembahan kebudayaan pada sebelah malam nanti. Sayang sekali, tiba tiba hujan turun selebat lebatnya sedangkan mereka semua tidak berada di khemah.Apa nak buat..habis banjir khemah mereka.Kesiannya...

          Terkenang zaman saya sekolah kat smj.21 dulu.Berkhemah atas bukit tepi sekolah.Pada malamnya hujan turun lebat giler...ramai yang sempat tidur dalam air.Sudah rasa basah baru tersedar.

          Kami dulu takdelah khemah serupa demeh ni...khemah atas tanah je.Mana khemah yang buat longkang dalam,takdelah tidur dalam air...tapi khemah kami,longkangnya cuma tiga inci.Barulah saya tahu kenapa cikgu suruh buat longkang di sekeliling khemah.

          Di kesempatan ni,saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga byat arwah Cikgu Azahari dan Cikgu Dzulkarnain yang banyak mengajar kami membina keyakinan diri.Terima kasih juga buat rakan rakan pengakap SMJ 21.
           Maka berbalik pada kisah khemah banjir anak anak SKBY PULA. Nasib baik ustaz kita ni sudi membantu anak anak mengeringkan apa yang patut.Apa yang sedih,ada antara anak anak yang terpaksa memakai pakaian lembab untukbaktiviti seterusnya.bantal dan selimut juga terpaksa jemur pagi ini.
           Untuk makan tengahari dan malam sepanjang petkhemahan unit beruniform SKBY 2016 ,guru guru berganding bahu menjadi tukang masak buat anak anak murid kesayangan. Bukan senang nak rasa air tangan cikgu cikgu cantik ni kan...

          Takdelah macam kami dulu.Saya jadi quater masters?saya manalah pandai masak sangat masa tu.Tapi hentam sajalah...janji boleh makan.

          Aktiviti terhenti sebentar untuk acara penyampaian keputusan peperiksaan UPSR 2016.Yang ni saya nak buat entry lain nanti.Selepas majlis, aktiviti jungle tracking diadakan.tapi kali ni padang tracking.
           Pada sebelah petang,aktiviti lasak diadakan.Kebetulan pula baru lepas hujan lebat,memang lasak habislaa...Gambar atas ni ,acara menyusup di bawah jaring.
           Ini pula,bergayut macam kat monkey bar tu kan....bezanya ianya menggunakan tali dan talinya pun sangat licin dan.basah.
           Ini pula acara superman terjun kolam.Rasanya acara ni memang sangat dinantikan.Kalaulah diberi kebenaran berendam lama,memang jadi itiklah diorang ni.Ada juga beberapa lagi rintangan yang saya tak sempat ambil gambar.Maklumlah...sibuk nak merakam video.

          Selepas acara ini berakhir,markah diambil untuk mencari pemenang.Acara ini juga menjadi penyumbang markah untuk setiap kumpulan.
           Akhirnya malam kemuncak untuk perkhemahan unit beruniform SKBY 2016 pun tiba.Tema yang diberi adalah P.Ramlee.Pemenang untuk malam ini adalah sketsa dari filem pendekar bujang lapuk.

           Kalau kita tonton cerita ini banyak kalipun kita pasti tergelak lucu.Apatah lagi kalau anak anak yang lakonkan semula.Untunglah saya dapat berkumpul bersama mereka.

          Selit sikit zaman saya dulu,camp fire adalah acara yang paling dinantikan.Bukan sahaja untuk persembahan,tetapi kami menyalakan unggun api yang besar dan kami menglilingi api dan membuat persembahan sambil diterangi api semula jadi.Seronok sangat tau...tapi sebelum tu kami dikehendaki menyumbangkan kayu api sikit sorang untuk acara ni.Makanya... banyaklah barang yang kami terpaksa bawa untuk perkhemahan.
           Selepas majlis kebudayaan, acara masak bbq pula.Alahai...sedapnyalah...Sayangnya gambar yang saya ada dalam kamera tak dapat dikongsikan sebab masalah teknikal.Kalau tidak,mahu meleleh air liur korang tengok gambar.Apa lagi kalau yang membakar ayam tu adalah cikgu cikgu yang cantik dan hensome.

          Acara terakhir,tidur ajelaa...esok jumpa lagi.Dengar cerita ramai yang tidur sampai jam lima pagi.
          Hari ini adalah hari terakhir perkhemahan unit beruniform SKBY 2016. Khemah sudah dibuka dan dikemaskan.Beg pakaian dikumpulkan.Acara penyampaian hadiah untuk semua aktiviti anak anak yang dipertandingkan.

          Sebelum pulang,mereka sempat makan tengahari hasil air tangan cikgu cikgu lagi sekali.Akhir sekali,
Bersurai...Alhamdulillah....

          Terima kasih semua guru guru SKBY dan tak lupa GB SKBY, Puan Haliza yang tak dapat hadir kerana situasi yang tak dapat dielakkan.Assalamualaikum


       

6 ulasan:

  1. Seronak jugak sekali sekala join perkhemahan kan.. Mengeratkan silaturahim..

    BalasPadam
  2. Betul Lea Azleeya, sekali sekala rasa macam satu keluarga pun ada.

    BalasPadam
  3. Seronok.
    Aida suka.
    Anak2 aida pasti suka.
    Teringat diri sendiri berkhemah di kaki gunung dato 2010 dulu.
    A great experience.

    BalasPadam
  4. menarik teringat zaman perkhemahan sekolah...

    tapi lebih teruk perkhemahan kadet peringkat negeri...tido malam kasut pun tak buka

    BalasPadam
  5. hi saya datang singgah sini sambil follow :)

    BalasPadam
  6. Saya pun baru lepas perkemahan asas unit beruniform bulan lepas. Syok sungguh!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...