lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Khamis, 15 Jun 2017

Anding Ayangan - Ramlee Awang Murshid

           Assalamualaikum... Novel terbaharu dari Ramlee Awang Murshid ini telah dilancarkan baru-baru ini bertajuk Anding Ayangan.

          Novel Anding Ayangan - Ramlee Awang Murshid ini saya dapatkan ketika pesta buku antarabangsa di PWTC tempohari. Walaupun saya tak dapat ke sana, ada juga yang sudi belikan. Terima kasih wahai suamiku.
          Yang ini adalah cover sebelah belakang novel Anding Ayangan. Dah ada sinopsis tu, perlukah saya buat sinopsis lagi? Hmm... tentulah perlu. Betul tak? Kalau tak, baik tak payah buat blog kisah Anding Ayangan kan...hahaha...gurau je..

          Novel ini mengisahkan tentang seorang pemuda yang telah diselamatkan oleh dua orang nelayan bernama Haji Matnor dan Awang Aman. Pemuda tersebut yang hilang ingatan diberi nama Nyian.

          Sepanjang sepuluh tahun Nyian hidup sebagai nelayan membantu Haji Matnor dan Awang Aman, Awang Aman telah meninggal dunia.Nyian yang muda remaja kini berusia lingkungan 30an.

          Maka bermulalah hidup Nyian sebagai nelayan menggantikan Awang Aman. Manakala Damit telah disuruh menggantikan Haji Matnor.

          Nyian yang selalu menyanyikan dendang Anding paluan menarik minat Damit untuk mendengar cerita dari Nyian. Damit dan Buntak sering meminta Nyian memperdengarkan dongeng Anding Ayangan walaupun Nyian dianggap orang miring dan sering lupa.Nyian sering berangan sendiri, mengigau dan meracau walaupun dalam jaga.

         Nyian memang seorang yang hebat bercerita sehinggakan apa yang diceritakannya menjadi hidup sehinggakan kawannya Damit ketakutan.

          Dongeng Anding Ayangan bermula dari abad ke19. Dua beradik yang merupakan ulama besar dari Brunei Darussalam telah berlayar untuk menyebarkan ugama islam. Pangeran Haji Durrahman dan Pangeran Haji Bolhassan telah sampai ke suatu tempat dipinggir laut yang sedang terbakar . Mereka melihat ramai manusia dibunuh dengan kejam.

          Mereka membuat keputusan untuk mengebumikan semua mayat.Dalam suasana tegang itu, mereka bertemu seorang budak yang tergantung terbalik. Apabila ditanya siapa yang punya angkara, jawapan yang mengejutkan diterima. "Hantu bunuh orang". Dasyat tak? Ini yang buat kita ingin terus membaca.

          Pangeran Haji dua beradik ini akhirnya membina tembok yang mampu menghalang serangan dari kerajaan Ayangan yang ingin menakluki Anding untuk melengkapi tanah takhluknya . Raja Ayangan ingin sekali menakluki Anding.

          Walaupun Pangeran Haji Bolhassan dan Pangeran Haji Durrahman berjaya dibunuh , kerajaan Ayangan tetap tidak dapat mengalahkan Anding.

          Selama 200tahun, Raja Ayangan bersilih ganti. Kini, kerajaan Ayangan diperintahkan oleh Raja Tabakbauta yang terus terusan menyerang dan membunuh untuk menakluki. Mereka membunuh semua ahli sunnah waljamaah dan menganggap mereka ini sesat dan patut dibunuh kerana kafir.Tetapi Kerajaan Ayangan masih tetap tidak mampu menewaskan Anding. Anding mempunyai sebuah tembok yang sangat teguh sehinggakan seorangpun dari tentera Ayangan tidak mampu menembusi tembok. Andai mereka lewat, mereka akan hancur.

          Untuk menyerang dari jalan air pula, semua kapal yang melalui lautan akan ditewaskan oleh sang suir, seekor makhluk besar penunggu pulau cermin yang menganggap dirinya raja dilautan.

        Raja Tabakbauta memiliki empat orang anak. Tiga lelaki dan seorang perempuan. Jabing anak sulung sangat kejam dan bakal mewarisi takhta. Anak kedua bernama betatar telah jatuh cinta kepada anak penghulu Sunni .

          Penghulu Sunni merupakan waris dari keturunan Pangeran Bolhassan dan Pangeran Durrahman yang menjadi tunggak kerajaan Anding.

          Putera ketiga bernama Satabak dan puteri bungsu bernama Yungku Kelangar. Pelik sangat nama diorang ni.mula baca memang tak ingat. Tapi Raja Tabakbauta tu mudah sikit kot... tembak bin auta.tu yang saya ingat.hihi...

          Betatar mula memberontak kerana persoalan tentang kekejaman dan kekeliruan Dalam agama tidak mendapat jawapan yang memuaskan dari Raja Tabakbauta. Pembunuhan kejam dan perbuatan membakar semua hafiz hidup hidup sangat bertentangan dengan konsep agama mereka yang dianggap suci.

          Suatu hari, Raja Tabakbauta mengarahkan sebuah perkampungan lagi diserang.  Raja Tabakbauta tidak mahu seorangpun hafiz al-quran hidup.

          Betatar terpaksa menuruti kehendak ayahandanya meskipun hatinya memberontak. Selepas menyerang, mereka menawan semua penduduk kampung. Yang pasti, meteka akan dibunuh.

          Betatar kembali ke perkampungan untuk melihat Kalau ada penduduk kampung yang selamat. Betatar akan membunuh sesiapa yang dilihat menderita menanggung sakarat.

          Dalam perjalanan, Betatar terjumpa seorang lelaki tua yang sangat lemah. Betatar ingin membunuh lelaki tua itu tetapi dibatalkan apabila melihat ketakutan dimata tua itu. Kerana membalas jasa, tidak membunuhnya,  orang tua itu menghadiahkan Betatar sebuah al-quran.

          Betatar menyembunyikan al-quran dibawah sebatang pokok yang hampir mati. Ditarah kulitnya sedikit sebagai tanda tempat Al-Quran tertanam.

          Penghulu Sunni meminta anaknya Chahaya bersama dua orang pengikut setia mereka untuk meninjau dan menyelamatkan kalau masih ada para tahfiz yang masih terselamat untuk dibawa pulang ke Anding.

          Malang bagi mereka, seluruh kampung sudah dibakar.tidak bersisa lagi seorang penghunipun. Jalan pulang ke Anding pula dipenuhi tentera Tabakbauta.

          Demi menyelamatkan Chahaya, kedua dua orang kepercayaan Penghulu Sunni  sanggup melawan tentera Ayangan dan menyuruh Chahaya menyelamatkan diri.

          Chahaya bertemu dengan Betatar yang telah menyelamatkannya dari tentera Ayangan. Chahaya memanggil Betatar dengan nama Furqan Al-Ayubi. Dalam perjalanan, Betatar terpaksa melawan Satabak dan Satabak mati ditangan abangnya sendiri tanpa disengajakan.

          Raja Tabakbauta mangkat kerana penyakitnya yang kian parah. Jabing dipanggil untuk menyerahan takhta. Raja Jabing menggantikan Raja Tabakbauta sebagai Raja Ayangan yang baharu.

          Tentera Ayangan mengawal pintu masuk ke Anding dan menunggu arahan untuk menyerang. Pertemuan semula dengan orang harapan Penghulu Sunni bersama beberapa orang hafiz dan hafizah menggembirakan Chahaya.

          Akhirnya mereka semua berjaya masuk ke Anding. Tetapi Betatar tidak boleh menembusi Anding sama seperti semua tentera Ayangan. Hanya orang Anding sahaja yang boleh menembusi tembok kukuh Anding. Betatar yang tersentuh pintu masuk ke Anding terasa panas dan terkaku. Peluang keemasan ini memberi kesempatan buat Satira membunuh Betatar.

          Bila hero dah mati, siapa yang nak jadi hero seterusnya kan? Nyian mesti mengubah jalan ceritanya. Tetapi cerita yang sudah diluahkan takkan mengubah apa yang berlaku.

          Nyian mendatangi seorang wakil rakyat dan memaksanya mendengar cerita seterusnya. Kisah Anding Ayangan diperdengarkan. Apakah hubung kait mereka? Mesti ada sesuatu.huhuhu...Yungku Kelangar menanam mayat Betatar di sebuah kampung.

          Satira tiba-tiba muncul di istana dan menyusup masuk ke tempat persemayaman Raja Jabing ketika seluruh rakyat berpesta atas kemenangan mereka menawan Anding. Satira berjaya membunuh Raja Jabing.

          Satira telah membongkar rahsia besar keturunan Raja Tabakbauta yang selama ini menjadi rahsia besar . Banyak rahsia telah terbongkar. Nak tau, korang baca sendirilaa... saya ringkaskan, sejak 200tahun lalu, Raja Ayagan hanyalah sarungan. Peyamaran dengan mengunakan rupa Raja sebenar untuk menguasai Ayangan. Bila Raja sudah tak bernyawa, akan diganti dengan jasad raja baru.Tutup kisah ni ya...

          Chahaya diselamatkan oleh penunggu lautan dan dibawa ke Pulau Chermin. Raja suir Sang Ekong yang berubah menjadi sarungan manusia hanya bila di Pulau Chermin. Kesakitan yang teramat dirasainya bila Chahaya menyebut nama Allah. Kesakitan yang lebih bila Chahaya mengaji Al-Quran.

          Nyian menyambung cerita di dalam bot ditengah lautan. Satira yang juga Betatar dan Furqan Al-Ayubi cuba menjejak Chahaya di Pulau Chermin meminta Yungku Kelangar membinakan sebuah perahu. Sayangnya Yungku Kelangar telah mensabotaj dengan menggunakan kayu reput sebagai bahan untuk melepaskan rasa tidak puas hati kepada Satira.

          Tiba-tiba perahu Furqan diserang sang ekong. Sang ekong mengelilingi perahu Furqan dan dalam masa yang sama muncul dialam realiti Nyian dan Damit. Perahu mereka terbalik. Entah apa nak cerita teori Ramlee Awang Murshid ni, Nyian dan Damit sampai ke Pulau Chermin dan bertemu Chahaya di sana. Manakala Furqan ditemui di perairan Brunei. Wajah Furqan sama dengan Damit. Damit dianggap amnesia.

          Nyian pula dah sampai ke Pulau Chermin, mahu ke Ayangan. Hahaha...bersambung...

Satu lagi, macamana Betatar boleh jadi Satira sedangkan Satira yang bunuh Betatar? Saja nak bagi korang suspen. Dah suspen tu belilah buku ni baca sendiri.Itupun kalau korang peminat novel triller. Yang penting korang suka cerita dongeng.

          Ada orang tu sudi je belikan novel triller kat isteri, tapi diri sendiri tak baca novel. Apapun, thank you do much.

Isnin, 29 Mei 2017

Alana kopi hijau (green coffee)




ALANA KOPI HIJAU.
HARGA PASARAN RM 39.90
KANDUNGAN 15SACHET/ KOTAK.

ALANA KOPI HIJAU (GREEN COFFEE)

          Alana kopi hijau dihasilkan dengan gabungan bahan organik yang diyakini mampu membuang toksin, menguruskan badan dan mempunyai khasiat kesihatan yang sangat baik untuk tubuh kita.

            Resepi terbaru untuk mendapatkan berat badan ideal ini merupakan Gabungan 'Organic Green Coffee' bersama Chia Seed nyata memberikan impak ketara.

          Ditambah pula dengan kebaikan Susu Kambing dan Habbatus sauda yang kaya zat, vitamin juga mineral, pastinya memberikan lebih banyak manfaat untuk kesihatan badan kita!

          Apa yang tak dapat dinafikan, Alana kopi ni memang sangat sedap sehinggakan kita rasa tak puas kalau nak minum secawan sahaja.

KANDUNGAN DALAM KOPI HIJAU ALANA
💋 Chia Seed
💋 Arabian coffee
💋 Susu kambing berkualiti
💋Habatus sauda

10 SEBAB KENAPA PILIH KOPI HIJAU ALANA

☕ Mengenyangkan
☕ Membantu menahan selera makan
☕ Membakar lemak dengan cepat
☕ Menurunkan Berat Badan
☕ Awet Muda
☕ Meningkatkan metabolisma tubuh badan
☕ Membantu mengurangkan kolestrol
☕ Tinggi antioksida
☕ Membuang toksin dalam badan
☕ Melancarkan penghadaman

☕ http://www.wasap.my/60192057039

KHASIAT & KEBAIKAN ALANA KOPI HIJAU :

☆ Menstabilkan tekanan darah
☆ Membakar lemak berlebihan dengan cepat
☆ Meningkatkan metabolisma tubuh
☆ Badan lebih segar, cergas bertenaga
☆ Mengenyangkan, kawal selera makan
☆ Tinggi antioksidan untuk Awet muda
☆ Membuang toksin dalam badan
☆ Melancarkan sistem penghadaman
☆ Sesuai untuk lelaki dan wanita

CARA PENGAMBILAN ALANA KOPI HIJAU :

- Bancuh 1 sachet dalam secawan air panas.
- Minum pagi sebelum sarapan.

Testimoni:







Testimoni ni semuanya datang dari pengguna Alana coffee dan dishare ke group agen masing masing.Masih banyak testimoni yang kita boleh jumpa kalau google info Alana kopi ni.

          Saya sebagai seorang ahli grup juga mendapat feed back baik dari agen yang telah mencubanya.

Berminat nak cuba Alana kopi?

Whatsapp salmiah awang,

No h/p :  0192057039

Selasa, 23 Mei 2017

Hukum minta maaf sebelum ramadhan

MASIH Ramai orang bertanya berkenaan status:
Terlalu kerap mereka menjadikan grup whatsapp sebagai medan untuk mereka mencipta isu viral. Tetapi sangatlah menyedihkan bila isu agama dijadikan viral tanpa mengira apakah ianya benar atau sebaliknya.

Pertama kali, saya sendiri nak kongsikan jawapan viral tentang Hukum minta maaf sebelum Ramadhan. Jawapan ini saya copy paste dari page facebook Ustaz Rozaimie Ramle.

VIRAL TERSEBUT BERBUNYI BEGINI:

HUKUM MINTA MAAF SEBELUM RAMADHAN.

Ketika Rasulullah SAW sedang berkhutbah pada suatu Sholat Jumaat (dalam bulan Sya'ban), beliau mengatakan Aamiin sampai tiga kali dan para sahabat begitu mendengar Rasulullah mengatakan aamiin. Terkejut dan spontan mereka ikut mengatakan aamiin. Tapi para sahabat bingung, kenapa Rasulullah SAW berkata aamin sampai tiga kali. Ketika selesai sholat Jum'at para sahabat bertanya kepada Rasulullah, kemudian menjelaskan:-

*"ketika aku sedang berkhutbah, datanglah Malaikat Jibril dan berbisik, hai Rasulullah SAW, aamiinkan doaku ini", jawab Rasulullah.*

Do'a Malaikat Jibril adalah:

Yaa Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:-

- Tidak memohon ma'af terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

- Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

- Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun amin sebanyak 3 kali..

(Hadis shahih diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah, Ahmad dan Al Baihaqi dari sahabat Abu Hurairah ra)..

☺ *TAK TERASA...!!!*

⭐ 23 hari lagi, Nafas menjadi Tasbih...

⭐ 23 hari lagi, Tidur menjadi Ibadah...

⭐ 23 hari lagi, Doa di ijabah...

⭐ 23 hari lagi, Pahala di lipat gandakan...

⭐ *AKAN TETAPI......*

🙏 itu semua tidak akan terjadi tanpa maaf tulus & ikhlas dari hati saudara/i ku...

Izinkan dari lubuk hatiku yang paling dalam, memohon maaf untuk:-

🙏 lisan yg tidak berkenan..
🙏 janji yg terabaikan..
🙏 hati yg berprasangka buruk..
🙏� sikap yg menyakitkan..

 *Mohon maaf atas semua kekhilafan itu*..

⭐ Sehingga kita di beri umur panjang nan barokah..

⭐ Sehingga kita bisa di pertemukan pd bulan Suci Ramadhan...

🙏 *Allahumma baariklanaa fii Rojaba wa Sya'bana wa ballighnaa Romadhoona waghfirlanaa dzunuubanaa.*

Aamiin Yaa Robbal Alamiin..

Maafkan semua dosa2 n kesalahan sya.. yg sengaja mahupun yg tidak d sedari..

SAYA MOHON KEMAAFAN DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI.. SELAMA KITA BERSAHABAT DN BERGURAU DIDALAM WSAP..

################################

DR ROZAIMI RAMLE MENJAWAB :

Waalaikumussalam,

Saya tidak menjumpai lafaz sebegini. Hadis yang saya jumpa ialah:

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ، ” أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَقَى الْمِنْبَرَ ، فَلَمَّا رَقَى الدَّرَجَةَ الأُولَى ، قَالَ : آمِينَ ، ثُمَّ رَقَى الثَّانِيَةَ ، فَقَالَ : آمِينَ ، ثُمَّ رَقَى الثَّالِثَةَ ، فَقَالَ : آمِينَ ، فَقَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، سَمِعْنَاكَ تَقُولُ : آمِينَ ثَلاثَ مَرَّاتٍ ؟ قَالَ : لَمَّا رَقِيتُ الدَّرَجَةَ الأُولَى جَاءَنِي جِبْرِيلُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : شَقِيَ عَبْدٌ أَدْرَكَ رَمَضَانَ ، فَانْسَلَخَ مِنْهُ وَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ ، فَقُلْتُ : آمِينَ ، ثُمَّ قَالَ : شَقِيَ عَبْدٌ أَدْرَكَ وَالِدَيْهِ أَوْ أَحَدَهُمَا فَلَمْ يُدْخِلاهُ الْجَنَّةَ ، فَقُلْتُ : آمِينَ ، ثُمَّ قَالَ : شَقِيَ عَبْدٌ ذُكِرْتَ عِنْدَهُ وَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ ، فَقُلْتُ : آمِينَ ” .

Jabir bin ‘Abdullah berkata Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menaiki minbar, ketika baginda menaiki anak tangga yang pertama, baginda menyebut “Amin”, kemudian apabila menaiki anak tangga yang kedua, baginda menyebut “Amin”,  kemudian apabila menaiki anak tangga ketiga, baginda menyebut “Amin”. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah. Kami mendengar engkau menyebut Amin sebanyak tiga kali. Baginda menjawab: Ketika aku menaiki anak tangga yang pertama, Jibril datang kepada ku dan berkata: Celaka sungguh seorang manusia yang bertemu dengan Ramadhan, tetapi keluar daripadanya tanpa diampuni dosanya. Lalu aku pun menyebut Amin. Kemudian Jibril berkata: Celakalah manusia yang ibu bapanya masih hidup atau salah seorang daripada mereka masih hidup, tetapi hal itu tidak memasukkannya ke dalam syurga. Aku pun menyebut Amin. Kemudian Jibril berkata: Celakalah manusia yang engkau (iaitu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam) di sebut di sisinya, tetapi dia tidak berselawat ke atas engkau. Aku pun menyebut Amin.

[Al-Imam Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, hadis no: 640. Sheikh al-Albani berkata ia Sahih Lighairihi dalam Sahih al-Adab al-Mufrad]

Jibril mengatakan:

1. Malang bagi orang yang ada ibu bapa tetapi tidak berbakti kepadanya.

2. Malang bagi orang yang dengar nama nabi disebut tetapi tidak berselawat ke atasnya.

3. Malang bagi orang yang dapat bertemu ramadhan tetapi tidak dapat pengampunan setelah ramadhan berlalu.

Doa ini diaminkan oleh Rasulullah shallallahu alaihi wassalam . Wallahua'lam

Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith

Khamis, 11 Mei 2017

Rindu

          Hari ni nak buat tajuk jiwang sikit. Rindu macam tak jumpa setahun gitu.... tapi rindu untuk siapa kan?

          Sebenarnya saya rindu sangat nak menulis merapu macam dulu.tapi yelahkan...alasan seharusnya tak timbul kalau hati betul- betul ingin.

          Kata orang, tulis blog ni kena 'mantain' walaupun hanya sebaris ayat. Tetapi bagi saya pula, kalau setakat nak sebut hai, baik tak payah. Buang masa orang buka blog aje. Isinya langsung tak ada.

          Sebut perkataan ' langsung ni, sudah lama saya mencari perbezaan perkataan lansung dan langsung.Sebab saya selalu jumpa dua perkataan ini.Ini membuatkan saya keliru dan menulis blog saya dengan kedua- dua perkataan.

          Bermacam orang saya dah tanya termasuk anak-anak saya yang belajar di Universiti. Tetapi mereka sendiei kurang yakin dengan jawapan mereka.

          Akhirnya terdetik hati saya untuk bettanya kepada cikgu Bahasa Malaysia kat SKBY ni.

Jawapannya,
Perkataan lansung tidak ujud dalam Bahasa Malaysia. Perkataan yang sebenar hanyalah 'LANGSUNG' walau dalam apapun situasi ayat..

          Dalam erti kata lain, langsung tak ujud perkataan MELANSUNGKAN PERKAHWINAN. Tetapi MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN.

          Akhirnya saya mempunyai tempat bertanya tentang bahasa yang tidak beku untuk blog saya. Terima kasih Cikgu Ruzieyan.

          Akhinya dengan secara tidak langsung, rindu saya pun terubat. Jumpa lagi lain waktu, Assalamualaikum...

Selasa, 14 Mac 2017

HONEY BEE VENOM SKINCARE 4IN1

BEE VENOM SKINCARE 4IN1.
HARGA PASARAN: RM110.00.
OFFER:  RM60.00
POSTAGE:  RM8 SM/RM12 SS.

          Memang ramai sedang tercari-cari produk yang sesuai untuk kulit yang nipis dan bermasalah.. Dan jalan penyelesaiannya adalah set 4in1 yg memang organik bebas kimia!

          SET BEE VENOM 4in1 MEMANG BETUL2 ORGANIK DAN ASLI DARI SENGAT LEBAH.
❤TIDAK MERBAHAYA
❤DIPERBUAT DARIPADA BAHAN SEMULAJADI
❤SESUAI UNTUK SEMUA JENIS MASALAH KULIT

Kebaikannya:
🐝Membaiki kulit yang rosak akibat pemakaian produk yang mempunyai kandungan kimia yang tinggi.
🐝Mencantikkan tekstur kulit agar halus dan lembut.
🐝Mencegah kulit daripada jeragat yang lebih teruk.
🐝Merawat masalah jerawat parah dan menghilangkan parut.
🐝Kandungan bee venom yang tinggi untuk anti penuaan(Memelihara keremajaan kulit).
🐝Anti oksida tinggi untuk menyihatkan kulit.
🐝Anti kanser kulit.
🐝Membuatkan kulit lebih ketahanan dari masalah kulit.
🐝Mencerahkan kulit secara rata.
🐝Menyejukkan kulit yang cepat pedih dan sakit.

oleh itu...bagi yg kulit rosak dan nipis amat digalakkan baiki semula kulit kita dengan Bee Venom skincare 4in1.

FUNGSI BEE VENOM SKINCARE 4IN1

🐝MENGHILANGKAN JERAGAT.
🐝MENGHILANGKAN KULIT KUSAM.
🐝MENGHILANGKAN JERAWAT.
🐝MENGHILANGKAN PARUT.
🐝MEREMAJAKAN KULIT KENDUR.
🐝ANTI PENUAAN.
🐝MEREDAKAN KEMERAHAN KULIT.
🐝MENUTUP LIANG PORI TERBUKA.
🐝MEMBUATKAN KULIT GEBU HALUS.
🐝MERATAKAN KULIT TANG TAK SEKATA.
🐝MENYEJUKKAN KULIT.
🐝MEMBUATKAN KULIT CERAH SEKATA.
🐝MENGURANGKAN MINYAK PADA KULIT.


          Mari kita perhatikan tekstur krim Bee Venom Skincare 4in1 ni. Langsung tak sama dengan produk bermerkuri atau hidroquinone yang pernah dikesan kan...

Bee venom skincare mengandungi:
🎀BEE VENOM HONEY LIQUID CLEANSER
🎀BEE VENOM MOISTURISER&REPAIRING
🎀BEE VENOM SUNBLOCK FOUNDATION
🎀BEE VENOM SERUM

KEGUNAAN SET BEE VENOM SKINCARE 4IN1:

❤️Moisturiser & repair skin
✨membaiki struktur kulit rosak
✨mengurangkan kepedihan dan kesakitan kulit
✨menguatkan antibodi kulit
✨merawat jeragat dan jerawat
✨mencerahkan kulit
✨mekap primer agar mekap tidak crack

❤️Foundation bee venom
✨menutup cela dan kekusaman kulit
✨menghalang dari UVA UVB
✨membuatkan kulit nampak gebu
✨mengandungi vit E yang melembapkan kulit
✨membaiki kulit watu siang

❤️Serum
✨menjaga kelembapan kulit
✨mempercepatkan proses pencerahan
✨mengurangkan eyebag
✨mengurangkan open pores
✨menyihatkan kulit
✨mengandungi vit c dan e utk kulit kekal sihat

Liquid Cleanser
✨membersihkan kulit sehingga ke dalam pori
✨menyegarkan kulit
✨kuasa pencerahan kulit
✨anti jerawat/merawat kulit sensetif
✨merawat ekzima
✨untuk mngurangkan jeragat

CARA PENGGUNAAN BEE VENOM SKINCARE 4IN1:

~Bersihkn wajah terlebih dahulu dengan Bee venom honey liquid cleanser.
~Lap kering dengan tuala bersih.
~Ambil 1 kapas muka dan titiskn 3 titis serum kemudian di sapu dari bawah menghala ke atas wajah, sapu juga leher dengan sekata
~Biarkan 2-3 min serum itu meresap.
~Sapu rata bee venom moisturizer.
*boleh pakai siang atau malam
~Sapu rata bee venom sunblock foundation sebelum keluar rumah.
ATAU :
Sebagai sapuan asas(foundation) sebelum memakai mekap.
*dipakai waktu siang sahaja

Selasa, 7 Mac 2017

SSM Punca Gagal Dapat BRIM

          Assalamualaikum...

          Betulkah SSM Punca Gagal Dapat BRIM? Hahaha... Baru semalam semak status BRIM yang tak masuk macam biasa.Alasan tidak lulus adalah kerana pasangan mendaftar SSM. Nak kena buat rayuan. Hmm...

          Bukan nak bersungut sebenarnya... kalau dah tak dapat tu, kira takde rezeki ajelah kan...apa nak hairankan lagi.Kerajaan kita memang tengah sengkek. Catu sana, catu sini, buang subsidi sana, naikkan harga minyak, naikkan tol, ambil cukai GST, asalkan boleh datangkan duit untuk negara, tak kisahlah kalau rakyat bersusah sikit kan...

          Mana yang boleh sekat duit keluar, kenalah sekat... tapi BRIM wajib bagi juga...nanti undi terbang kan...dah tak lama lagi nak mengundi ni. Tak kisahlaa... namanya pun bantuan. Siapa yang dapat tu, memang rezekilah... Mana yang tak dapat tu, diam-diam sudah...Kerjalah lebih kuat untuk cari rezeki.

          Cuma nak bagi pendapat je tentang SSM Punca Gagal Dapat BRIM. Tapi sebelum tu, adalah kisah mukadimah sikit...

          Sebagai bakal usahawan berjaya, saya dengan bersemangatnya telah berjaya mendaftar dengan SSM untuk kontrak tiga tahun dengan bayaran Rm100+.00 .Maaf, dah lupa seratus berapa ringgit kena bayar haritu.

          Sebagai peniaga online yang takde modal sendiri, saya berniaga secara dropship sahaja. Kononnya nak tambah pendapatanlah kan...Tapi sebagai suri rumah bekerja, manalah nak sempat nak promote barang sangat. Setakat masa terluang tu memang takdenyalah nak income beratus. Sebulan paling banyak boleh dapat rm50.00...tapi majoriti, dua tiga bulan pun belum tentu ada pembeli.

          Tak kisahlah kan... awak iklanpun tidak...nak dapat income banyak camana kan... Semenjak saya pulang je kampung dan bertukar status dari suri rumah sepenuh masa kepada pekerja am, saya lebih banyak menjadi kaunter pertanyaan dari berjualan.

          Kenapa saya sebut kaunter pertanyaan? Sebab memang ramai yang wasap saya untuk bertanya tentang produk yang mereka sudah beli dari pembeli lain. Ada yang mengadu kulit pedih, ada yang tanya cara guna, dan macam-macam soalan yang memakan masa kadang-kadang berhari-hari untuk saya melayan soalan mereka. Padahal saya sendiri hanya bercerita berdasarkan info dan pengalaman saya sebagai pengguna.

          Bila semakan satus BRIm yang saya terima  "SSM Punca Gagal Dapat BRIM", Saya rasa macam ianya adalah alasan yang tak masuk akal buat orang macam saya. Nampak sangat ianya adalah alasan yang sengaja dicetuskan. Apa tidaknya! Dulu suruh daftar SSM dengan alasan supaya penipuan online dapat dielakkan. Tapi bila dah daftar, terus mark semua yang mendaftar SSM sebagai penuaga berjaya. Padahal bersepah kat luar kotak tu yang tak aktif manapun...tapi daftar juga SSM demi sebuah kepercayaan. Korang rasa? Masuk akal tak?

          Tak kisahlaa... tak dapat BRIM pun masih ada tulang empat kerat ni untuk terus mencari rezeki.Tak kisahlah kalau tangan dah mula kebas, sendi dah mula sakit, demi membesarkan anak-anak, ada aku kisah? Hihi...aku tu trend...saya tetap saya.Berniaga insyaallah... semangat masih berkobar. Mungkin kena teroka lebih pengalaman. Siapa tahu satu hari saya dapat bantu orang lain pula. Apalah sangat diharap Bantuan Rakyat 1Malaysia tu. Bukan kita kerja pun dapat duit tu. Ianya hanya bantuan. Betul tak?

          Makanya...sesiapa yang tak dapat duit BR1M tu... Marilah kita bersyukur atas kesihatan yang diberi, kudrat yang diberi, rezeki yang diberi...dan segalanya yang kita miliki. sentiasalah Kita mengingatkan diri sendiri... bahawa rezeki,jodoh dan ajal maut itu adalah datangnya dari Allah SWT. Jom matangkan diri...kita teruskan usaha mencari rezeki yang halal dari titik peluh sendiri dalam keredhaan Allah SWT yang maha pengasih,maha pemurah lagi maha pengasihani. Banyakkan mohon ampun darinya...insyaallah... rezeki kita akan diberkati.Wallahu a'lam.

Isnin, 20 Februari 2017

Cerita selepas banjir

           Pada hari sabtu sehari selepas air surut, kami masih perlu membersihkan seluruh rumah dengan lebih terperinci kerana bekas lumpur yang tinggal akan bertukar menjadi debu yang akan mengganggu pengudaraan di dalam rumah selama bertahun tahun.
           Mujur juga hari ini merupakan hari cuti sempena tahun baru cina. Maka ramailah juga kaki tangan yang dapat pulang bercuti dengan penuh kesibukan. Nasiblah cuti tahun baru kena basuh rumah kan... Sayapun tak dapat nak bercuti juga. Plan utama nak jahit baju asrama Nana juga terbengkalai.
           Pakaian yang tak sempat diselamatkan terpaksalah dikutip dan dicuci dengan penuh kesabaran kerana salutan lumpur yang melekat amat susah untuk dihilangkan. Oleh kerana mesin basuh telah digunakan terlalu lama untuk mencuci pakaian berlumpur, mesin basuh pula jem terus. Sabar ajelah...
          Dalam banyak banyak barang, barang dalam gambar ni menarik perhatian saya. Sekali pandang mungkin kita sangka ianya kuali, tetapi sebenarnya itulah dulang. Dulang yang digunakan untuk mengasingkan bijih timah atau emas. Segera terbetik dihati akan pepatah tepuk air didulang, terpercik ke muka sendiri. Agaknya yang dimaksudkan tu dulang airkah atau dulang yang ini kan?
          Dalam banyak-banyak perabut, yang bernama almari hanya ini yang tinggal. Almari zip yang tidak dikembangkan oleh air banjir. Kerja membersihkan seluruh rumah berlanjutan ke malam.

          Hari berikutnya, saya terpaksa meminta diri untuk pulang ke rumah kami. Semua pakaian anak-anak perlu dicuci. Sambil itu saya memotong kain untuk baju kurung Nana. Selesai memotong, saya menghantar kain-kain itu untuk dijahit tepi.Penatnya berkejar-kejar dalam membuat kerja hanya tuhan yang tahu.

          Sesuatu yang mengejutkan, lembu kami hilang. Sejak petang tadi lagi uncle Adan mencari. Kami agak, lembu-lembu itu lapar dan pintu pagar yang kembang kerana banjir telah melemahkan ikatan pada pintu tersebut dan membuatkan lembu-lembu itu keluar.

          Hari seterusnya, kami serahkan tugas mengemas kepada adik beradik lain pula. Kami terpaksa menarik diri walaupun bantuan kami masih diperlukan. Semua peralatan rumah sudah dipindahkan kembali ke rumah. Semua barang perlu disusun kembali. Uncle Adan perlu menjejak lembu-lembu kesayangan kami dan saya pula perlu mencantum potongan-potongan baju Nana tu secepat mungkin.

           Sejak pagi saya habiskan masa membasuh pakaian sambil menjahit. Apa yang buat saya mulai bosan adalah jadual kerja yang berserabut membuatkan tumpuan fikiran saya turut terganggu. Akibatnya, beberapa kali saya terpaksa menetas semula jahitan akibat terbalik luar dan dalam. Pening juga nak siapkannya. Malamnya,  kami mengunjungi rumah mak dan makan malam di sana.Saya harap dapatenyiapkan sedikit lagi jahitan yang terbengkalai akibat banyak kali tersalah jahit. Malangnya malam ni hujan turun mencurah-curah membuatkan kami tidak dapat pulang ke rumah. Sedangkan esok, anak-anak sudah mahu kembali ke asrama.
          Esokmya,pagi-pagi lagi kami pulang ke rumah. Saya terpaksa berusaha menjahit baju tersebut sehingga siap.Tapi bila buat kerja nak cepat siap ni memang tak menjadi. Asyik silap je walaupun cuma hal remeh. Terpaksalah anak-anak mengemas pakaian mereka untuk ke asrama sendiri...

          Alhamdulillah... siap sebelum tengahari semua kerja dan saya masuk kerja separuh hari pada hari ini, Nana dan Arif akan kembali ke asrama.

          Nak dijadikan cerita, selepas semua baju saya gosok dan pastikan persiapan anak ke asrama selesai, saya terus pergi kerja. Nana akan dihantar oleh pakcunya. Malangnya sebelum Nana bertolak,dia terlelap. Maka bila celik je mata, dia digesa oleh ayahnya yang tengah serabut sebab lembunya belum ditemui.

          Akibat mamai, sampai kat Felda Tersang, baru dia perasan bahawa beg sekolahnya tertinggal. Alahai... hari ni bertukar kepada hari stress sedunia bila Uncle Adan mula membebel mengalahkan mak nenek.Serabut campur penat, Allah je yang tahu hati saya.

Nak dijadikan hal, esoknya saya terpaksa cuti lagi sekali untuk menyelesaikan urusan kakde yang wajib membuat medical check up dan beberapa urusan khas yang memerlukan saya bersama.

          Esoknya saya terpaksa mengisi borang keluar untuk beberapa jam. Sebelum keluar, saya berusaha menyiapkan tugas-tugas penting yang perlu saya lakukan dengan harapan saya tidak akan menyusahkan orang lain untuk menyiapkan tugas saya.

          Terasa macam main cari harta karun pula buat medical check up ni.huhuhu... lakukan secepat mungkin untuk mendapatkan semua yang tersenarai. Bagi yang pernah buat dan sedang mengejar masa mesti dapat rasa macam yang kami rasa.

          Alhamdulillah...semuanya selesai dan isnin nanti , Kakde akan mulakan harinya sebagai pelajar di sekolah berprestij tinggi KISAS( Kolej Islam Sultan Alam Shah).

          Dalam perjalanan pulang, saya mendapat panggilan dari boss saya. Allamak... saya telah terlepas pandang pada satu tugas yang penting.Haru biru dan kecoh satu pejabat dibuatnya.

          Sampai sahaja ke Bukit Betong, saya terus masuk kerja. Alhamdulillah... semua kerja selesai...tapi saya tak dapat lupakan rasa bersalah sebab terlepas pandang satu tugas yang penting sedangkan saya paling tidak suka kalau kerja saya tak siap.huhuhu...Sedih ke sadispun saya tak tahulah... tutup kisah kakde...nanti kita sambung cerita kat entry lain.

          Kita sambung cerita selepas banjir dulu ya.... hari pertama banjir lagi tanaman kami dah tenggelam. Tapi bila air surut, kelihatan semuanya masih hijau. Harapan kian menggunung agar tanaman kami selamat.

          Tetapi cerita selepas banjir ni lain pula jadinya. Pokok yang tenggelam akan mati kerana reput akar. Semusnya menjadi layu dan kering.
       
          Rumpun serai kami jadi rupa ini. Sedih dan redha jelah...semua dah boleh tuai hasil. Cuma belum sempat tuai dan jual.

          Paling sedih tengok pokok cili yang tinggal batang dan ranting ni. Kali terakhir, kami boleh memperoleh rm 50 ke atas untuk satu kali tuaian. Sekarang semuanya dah tinggal rope itu. Baru je rasa lega sebab ada sumber pendapatan tambahan untuk persekolahan anak-anak, sekarang semuanya dah tiada. Redha ajelah... kalau dah bukan rezeki kita, sekejap sahaja Allah boleh tarik dari kita. Tapi kalau dah rezeki kita, takkan ke mana... insyaallah...Allah itu maha kaya lagi maha pemurah lagi mengasihani. Semoga pintu rezeki kami akan terbuka luas walaupun belum kami tahu dari manakah ia akan muncul. Kita kena betsangka baik pada Allah...insyaallah...Allah akan sentiasa bersangka baik dengan kita.Huhuhu...motivated diri sendiri saya hari ni.

          Saya nak tutup semua kisah banjir tahun ini untuk kali ini.Harap tidak ada lagi banjir besar tahun ni. Satu fadhilat bila kami sekeluarga menyewa di perumahan banhir ni, buku-buku kami Alhamdulillah... tak perlu khuatir akan keselamatannya.

          Cuma... apakah kami boleh memohon penempatan banjir selepas banjir tahun ini? Dengar khabar, tok empat Bukit Betong sudah menemui setiap mangsa banjir dan menghantar nama mereka untuk bantuan perumahan banjir.

          Tetapi hairan juga kami tidak diberitahu. Makanya...harap-harap penyelesaian untuk masalah banjir akan dapat diatasi buat kesekian kalinya rumah kami ditenggelami air.

          Kalaulah kawasan rumah kami tu tidak jadi kawasan banjir, kami sudahpun membina rumah di tanah pusaka itu. Sayangnya tanah yang tidak terlibat banjir amat susah untuk kami dapatkan.

          Ada siapa tahu cara dan nasihat untuk orang macam kami untuk mendapatkan bantuan rumah? bolehlah tinggalkan komen. Manalah tahu...YB Dato' Wan Rosdi sendiri nak komen kan...hihi,
Assalamualaikum.

Jumaat, 10 Februari 2017

Main lumpur

           Pada pagi ini, keluarga Abang long datang memberi semangat kepada emak kesayangan mereka. Sebentar lagi Kakde dan Nana akan sampai dari rumah Makteh bersama dengan keluarga Makteh dari Felda Tersang.
           Sementara itu,saya menunggu meteka di dewan. Memerhati duasana dewan,ada yang berbaring, ada yang makan, bersembang dan sebagainya.Kelihatan kumpulan kanak kanak yang masih belum mengerti apa apa bermain dengan penuh seronok. Untung juga jadi kanak-kanak. Tidak perlu memikirkan berbagai perkara.
           Pasukan dari klinik kesihatan Bukit Betong turut memberikan rawatan dan pemeriksaan kesihatan percuma kepada mereka yang memerlukan.Saya juga tidak melepaskan peluang meminta sedikit bekalan paracetamol untuk mengubati kepala saya yang berdenyut denyut. Mungkin kerana kurang tidur, mungkin keletihan dan mungkin juga kerana berhujan dan berpanas beberapa hari ini.
           Para mangsa banjir jkkk Bukit Betong bergabung tenaga menyediakan makanan. Apa yang pasti, hari ini lauk sardin.
           Yang keletihan dan kelaparan disajikan, hihi...berselera Nana dan Kakde makan. Seronok tengok mereka makan. Rindu kot...
           Puan lem juga harus disediakan makanan, huhuhu...
           Masa untuk lumpur terpalit kini bermula.jalan raya diseliputi selut tebal sudah muncul. Masa untuk mencuci rumah.

Skuad penyelamat import dari Sungai Buluh dan Kuala Medang.Keduanya sado sado dan amat sesuai untuk kerja mrmbersih dan memunggah barang nanti.

Selut yang tebal harus dibersihkan segera supaya kekotorannya tidak melekat.

Sesampai kami ke tumah, kaum wanita terpaksa ke bahagian dapur untuk membersihkan ruang dapur sekalifus pinggan mangkuk yang semuanya sudah dipenuhi selut. Cuma lumpur kali ini tidaklah setebal banjir pada tahun 2014.


Sebahagian pinggan mangkuk dan peralatan siap dibersihkan.Banyak juga barang plastik yang hanyut terpaksa dikumpulkan disekitar 100 ke 200 meter dari rumah.Mana yang hanyut jauh dari rumah tu memang tak ada rezrkilaa....termasuk sebiji tempayan antik yang takkan ada gantinya lagi.

          Barang barang eletrik sudah boleh dibawa pulang, tetapi semua plug belum cukup kering untuk digunakan.Walaupun belum siap sepenuhnya, kami harus hentikan kerja membersih etana hari sudah kian gelap Esok masih ada untuk menyambung kerja. Dan kami krmbali ke dewan .Malam ini memang tidur tak hengat punya. Penat sangat. Tidur ajelaa...blog pun sambung esok.

Rabu, 8 Februari 2017

BanjirBukit Betonghari ketiga

           Malam tadi air semakin naik.Kami terpaksa menunggu air surut sedikit untuk mengunjungi rumah kami lagi.Alhamdulillah...Kakde dan Nana akhirnya dapat pulang kepangkuan kami dengan selamat.
           Setelah air agak surut, kami kembali menjenguk teratak tersayang.Tengok aje muka saya yang kepenatan dan sakit kepala akibat cuaca panas yang perit itu.Namun begitu,perjuangan harus diteruskan . Kalau tidak kami, siapa lagi yang mahu membantu emak kan...
           Kali ini,kami menaiki perahu yang sendat kerana masing masing tidak mahu ketinggalan menjengah rumah yang dilanda bah ini.
           Alhamdulillah...walaupun mesin kelapa terpaksa diselami banjir baru dapat,kami mengutip apa apa barang yang masih boleh diselamatkan termasuk frame gambar sulaman kesayangan emak.
           Dan orang yang mengutip varang barang tersebut tak lain tak bukan adalah wakil jpam kami,abang teh.hihi...Air banjir memang boleh menenggelamkan saya.Mujur Abang Teh ni tinggi dan pandai menyelam dan berenang.Adan pun boleh...cuma beliau dah sangat kepenatan sebenarnya.
          Air sudah semakin surut,tetapi jalan raya masih belum boleh dilalui.perahu yang digunakan untuk mengangkut keluar masuk penduduk kampung sudah bocor gara gara terlalu banyak kali tersagat di atas jalan raya.

         Harapan tinggi menggunung supaya air cepat surut dan kami dapat membersihkan rumah secepat mungkin.Tetapi untuk hari ini...kami tidur dengan segala keletihan dengan harapan,tenaga kami akan pulih untuk membersihkan rumah esok pagi.

Banjir Bukit Betong hari kedua

           Pagi hari kedua banjir di Kampung Bukit Betong 2017 ini,bertarikh 26 Januari 2017.Pada pukul enam pagi,saya terjaga dari tidur. Mak mertua saya sudah tiada di tempat tidur.Dari jauh saya lihat beliau sedang duduk termenung di muka pintu dewan sambil memerhati titis titis hujan yang masih lebat tanpa tanda ingin berhenti.

          Apabila saya menegur, emak diam sahaja.Sungguh pilu rasanya hati bila saya cuba menyelami perasaannya.Selepas solat subuh, emak menyuarakan kerisauannya dan sekaligus mengakui sangat terkenangkan periuk nasi letrik beliau yang baru dibeli.

          Kalau diikutkan, mungkin sebuah periuk eletrik tidaklah sebegitu mahal bagi orang lain, tetapi bila memikirkan hati seorang ibu tua yang tidak mampu lagi bekerja mencari duit, periuk eletrik adalah satu yang mampu membuat beliau tersenyum,kami membuat keputusan untuk kembali ke rumah.Baru cerah tanah, saya dan Adan meranduk air banjir untuk kembalikan keceriaan emak.
          Air banjir separas paha,mula masuk ke pintu rumah yang agak tinggi. Sekitar pukul lapan pagi, hujan lebat sudahpun berhenti,tetapi air sungai mula naik dengan cepat.Memandangkan eletrik juga masih berfungsi, agak mengecutkan perut nak terus meranduk di dalam rumah.
          Pengalaman meranduk air banjir ini adalah kali pertama buat saya. Rasa agak pelik bila hanya kali berdua yang berada di sini.Seram ada, seronok pun ada.
          Di sini adalah jalan yang telah terputus dan dari sinilah kami mula meranduk air banjir untuk mendapatkan periuk mak.sempat kami mengambil beberapa ekor ayam yang telah kami tinggalkan dari peti ais malam tadi.

          Setelah berjaya membawa pulang barang tersebut, Alhamdulillah...ada sedikit keceriaan diwajah emak.Tetapi...alahai...periuk eletrik beliau ada dua.Kami hanya mengambil sebuah sahaja.

          Selepas makan tengahari, kami cuba meranduk banjir lagi sekali.Tetapi kali ini air sudah semakin meninggi.

          Pagar rumah sudahpun hampir ampuh.Kami meranduk air banjir separas leher saya.
          Suasana di dalam rumah agak gelap dan suram.barang barang sudah mula terapung di dalam rumah.Oleh kerana air sudah separas leher,kami  harus cepat keluar dari rumah ini.Api eletrik juga madih belum dipotong.Ini menambah rasa cuak dihati kami.

          Selepas mendapatkan beberapa barang yang penting, kami cepat cepat keluar kerana khuatir kami akan terpaksa berenang nanti.Sedangkan saya memang tak tahu berenang ,huhuhu...

          Sampai dijalan luar, ada yang membawa perahu. Kami mengambil kesempatan untuk menyelamatkan  berapa banyak barang yang kami mampu.


Dengan penuh gaya dan semangat, Abang Adan mendayung.

Air hampir menenggelamkan pintu rumah.Kami maduk ke dalam rumah menaiki perahu.
          Kami sempat mengambil beberapa helai tikar, dapur gas dan bebetapa barang lagi semuat muat perahu.Selebihnya, Adan menyusun semuanya di atas karbinet dapur dengan harapan air akan segera surut.
          Subjek utama kami juga harus diselamatkan.Lembu kami alihkan ke tempat lebih tinggi.Kasihan Puan lem dan anak anak daranya.huhuhu...

          Hari ini, anak anak dari asrama pulang ke rumah.Saya menjemput Arif dari asrama.Tetapi Nana di Semesta memang tidak mampu untuk kami bawa pulang.Mujur juga sepupu beliau bekerja di Raub dan dialah yang membantu menjemput Nana ke rumahnya.
          Sebelah petangnya hujan lebat terus membanjiri bumi Bukit Betong.Jalan masuk tidak dapat dilalui.Nampaknya hari ini saya telah cuti tanpa notis.Harap boss memahami kesulitan kami.

          Malam ini membuai resah semua mangsa banjir.Sebelah petang ni, mangsa banjir sudah kian ramai. Ada juga yang berpindah walaupun rumah belum tenggelam.Yang paling merunsingkan,hujan turun dengan lebat.Masing masing tidur dengan hati risau.Saya pula tidur lena ketana kepenatan.

          Jumpa lagi dalam episod banjir esoknya pula ya...Assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...