lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Rabu, 25 Januari 2017

Banjir 2017 Bukit Betong

 Assalamualaikum warahmatullah...
Rasanya dah lama saya tak menulis blog pagi pagi macam ni.Tapi kali ni situasinya sangat berbeza.

         Baru pagi tadi saya pergi kerja dalam hujan.Bayangkan saya merempit meredah hujan kan...best woo...walaupun berat juga hati nak masuk kerja.hihi...

          Uncle Adan pula sudah dua hari menemankan ibu tersayangnya dirumah. Sebelah petangnya kami membuat keputusan untuk bermalam di sana yakni Bukit Betong.

          Membantu mengemas apa yang patut,.Lepas tu setiap 10minit kami harus menyuluh paras air yang sentiasa meninggi setiap kali kami memeriksanya.

        Bila kami memeriksa situasi lembu kami yang tiga beranak tu,rupa rupanya air sudahpun mejadi kolam.Bayangkanlah pula saya meraduk air separas betis dalam malam yang hampir menjelang pagi.Menemankan Adan mengiring lembu ke tempat lebih tinggi.

          Lepas tu,kami terus memunggah barang ke balai raya.Sampai kat balai raya pula, tok empat baru nak buka kunci.Jenuh pula melihat beliau membelek kunci yang tak tahu mana satu.Empat hari empat malam hujan tak berhenti, baru nak cari kunci ke tok...Hmm...takpelaa...

          Selepas beberapa trip memunggah barang, Air sudah naik lagi.Kali ni kami selamatkan lembu dengan mengheret mereka ke atas jalan tar.Sudahlah pokok pokok cili kami tenggelam, hanya 3 betanak tu aje kami harapkan.Sambil mengangkut barang seterusnya, jalan raya sudah ampuh dek banjir.Lembu kami sudah mula riuh ketakutan.

         Maka...kamipun terus menjadi penghuni balai raya macam dalam gambar atas tu.Kami dua keluarga aje kat sini.Siapa tahu sampai bila rumah kami ini akan terus banjir dan banjir.Terpaksalah suamiku tercinta megiring lembu ke tempat lebih tinggi.Hmm...ni kisah Banjir 2017 Bukit Betong.Kat Kuantan,Jengka, Kuala Lipis,Jerantut,Temerluh ramai yang jadi mangsa banjir.Ini belum lagi negeri lain, Hmm... mari kita doakan semoga seuanya baik2 Sahaja.Jumpa lagi nanti ya...Assalamualaikum

Khamis, 12 Januari 2017

Januari 2017

Assalamualaikum warahmatullah...

Saya pun dah jemu nak bagi alasan untuk diri sendiri yang sentiasa perasan sibuk.Hakikatnya , sibuk hal dunia.Alangkah baiknya kalau sentiasa sibuk mengumpul saham akhirat?

          Dalam kelam kabut dengan berbagai urusan,sedar tak sedar... 2017 sudah berlalu 10 hari. Untuk dua hari pertama,Perkuburan Kampung saya sudah menerima dua penghuni dalam.satu hari.
Diselangi beberapa berita kematian dari kejauhan.Seolah olah 2017 adalah tahun yang paling awal memberi peringatan tentang kematian kepada kami semua.

          Dalam suasana penuh keinsafan, setiap yang menjadi rutin harus diteruskan. Selepas tamat cuti penggal terakhir, Kakde dan.Arif sudah kembali ke asrama masing masing.Yang tinggal hanya kami suami isteri , dan Nana kerana beliau mula bersekolah di SEMESTA (Sekolah Menengah Sains Raub pada 4hb Januari 2017.

          Pada  4hb  Januari,  saya sudah  bersiap sedia dengan mengambil cuti tahun untuk  menghantar  Nana ke asrama.  Sayangnya perancangan kami tidak berjalan seperti sepatutnya.  Entah kenapa saya mula rasa kecewa dan marah marah petang  itu.

          Mujurnya ada ceramah sempena  maulidurrasul  di masjid yang dapat merdakan keresahan saya. Mungkin nakmenjadi rezeki saya, saya diberi sokongan untuk mendapatkan cuti walaupun pada  saat terakhir.

          Maka dengan penuh syukur, saya  dan suamipun  menghantar Nana ke skolah baharunya.Alhamdulillah...walaupun sedikit sebanyak sayu  juga hati nak berpisah...tapi saya  berasa sangat lega  kerana semua urusan persekolahan  anak anak selesai sudah akhirnya.

          Mesej yang harus diterima, hantar anak ke asrama adalah perlu dalam menjadikan perpisahan sementara ini sebagai satu hal yang biasa, bukan bebanan.

          Apa yang buat saya teruja, kami  tidak perlu mengeluarkan  sedikitpun wang untuk membeli alat tulis. Semua peralatan sudahpun  tersedia.

 Semua hadiah ini adalah milik Nana pada penyampaian  hadiah pada tahun lepas.

          Ini pula adalah hadiah milik Arif. Hadiah ini rasanya sudah boleh dijadikan  stok untuk setahun.Punyalah banyak!!! 

          Alhamdulillah... Allah memberi kita rezeki dari  sumber yang tidak kita sangka.Hmm...  maka tinggallah kami  berdua menghitung hari...membilang  berapa lama lagi cuti sekolah akan tiba.Nak buat macam mana kan...sudah takdirnya begitu. Lambat laun kita akan sendiri juga.

Dan tiba tiba  setting perenggan lari dan saya tak berjaya memperbetulkannya.  Maaflah ya.... keyboard pc rosak , terpaksa menggukan phone.  Sudahlah hurufnya kecil,  rabun pula tu.Memang dugaan betul...  Takkanlah baru entry pertama  kan... Insyaallah akan menyusul entry seterusnya.  Assalamualaikum...








     

     
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...