lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Rabu, 25 Januari 2017

Banjir 2017 Bukit Betong

 Assalamualaikum warahmatullah...
Rasanya dah lama saya tak menulis blog pagi pagi macam ni.Tapi kali ni situasinya sangat berbeza.

         Baru pagi tadi saya pergi kerja dalam hujan.Bayangkan saya merempit meredah hujan kan...best woo...walaupun berat juga hati nak masuk kerja.hihi...

          Uncle Adan pula sudah dua hari menemankan ibu tersayangnya dirumah. Sebelah petangnya kami membuat keputusan untuk bermalam di sana yakni Bukit Betong.

          Membantu mengemas apa yang patut,.Lepas tu setiap 10minit kami harus menyuluh paras air yang sentiasa meninggi setiap kali kami memeriksanya.

        Bila kami memeriksa situasi lembu kami yang tiga beranak tu,rupa rupanya air sudahpun mejadi kolam.Bayangkanlah pula saya meraduk air separas betis dalam malam yang hampir menjelang pagi.Menemankan Adan mengiring lembu ke tempat lebih tinggi.

          Lepas tu,kami terus memunggah barang ke balai raya.Sampai kat balai raya pula, tok empat baru nak buka kunci.Jenuh pula melihat beliau membelek kunci yang tak tahu mana satu.Empat hari empat malam hujan tak berhenti, baru nak cari kunci ke tok...Hmm...takpelaa...

          Selepas beberapa trip memunggah barang, Air sudah naik lagi.Kali ni kami selamatkan lembu dengan mengheret mereka ke atas jalan tar.Sudahlah pokok pokok cili kami tenggelam, hanya 3 betanak tu aje kami harapkan.Sambil mengangkut barang seterusnya, jalan raya sudah ampuh dek banjir.Lembu kami sudah mula riuh ketakutan.

         Maka...kamipun terus menjadi penghuni balai raya macam dalam gambar atas tu.Kami dua keluarga aje kat sini.Siapa tahu sampai bila rumah kami ini akan terus banjir dan banjir.Terpaksalah suamiku tercinta megiring lembu ke tempat lebih tinggi.Hmm...ni kisah Banjir 2017 Bukit Betong.Kat Kuantan,Jengka, Kuala Lipis,Jerantut,Temerluh ramai yang jadi mangsa banjir.Ini belum lagi negeri lain, Hmm... mari kita doakan semoga seuanya baik2 Sahaja.Jumpa lagi nanti ya...Assalamualaikum

1 ulasan:

  1. Innalillah, sesungguhnya ada hikmah disebalik ujian. Hati hati ye!

    jom buat Roti Sosej Cheese Leleh.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...