lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Selasa, 7 Mac 2017

SSM Punca Gagal Dapat BRIM

          Assalamualaikum...

          Betulkah SSM Punca Gagal Dapat BRIM? Hahaha... Baru semalam semak status BRIM yang tak masuk macam biasa.Alasan tidak lulus adalah kerana pasangan mendaftar SSM. Nak kena buat rayuan. Hmm...

          Bukan nak bersungut sebenarnya... kalau dah tak dapat tu, kira takde rezeki ajelah kan...apa nak hairankan lagi.Kerajaan kita memang tengah sengkek. Catu sana, catu sini, buang subsidi sana, naikkan harga minyak, naikkan tol, ambil cukai GST, asalkan boleh datangkan duit untuk negara, tak kisahlah kalau rakyat bersusah sikit kan...

          Mana yang boleh sekat duit keluar, kenalah sekat... tapi BRIM wajib bagi juga...nanti undi terbang kan...dah tak lama lagi nak mengundi ni. Tak kisahlaa... namanya pun bantuan. Siapa yang dapat tu, memang rezekilah... Mana yang tak dapat tu, diam-diam sudah...Kerjalah lebih kuat untuk cari rezeki.

          Cuma nak bagi pendapat je tentang SSM Punca Gagal Dapat BRIM. Tapi sebelum tu, adalah kisah mukadimah sikit...

          Sebagai bakal usahawan berjaya, saya dengan bersemangatnya telah berjaya mendaftar dengan SSM untuk kontrak tiga tahun dengan bayaran Rm100+.00 .Maaf, dah lupa seratus berapa ringgit kena bayar haritu.

          Sebagai peniaga online yang takde modal sendiri, saya berniaga secara dropship sahaja. Kononnya nak tambah pendapatanlah kan...Tapi sebagai suri rumah bekerja, manalah nak sempat nak promote barang sangat. Setakat masa terluang tu memang takdenyalah nak income beratus. Sebulan paling banyak boleh dapat rm50.00...tapi majoriti, dua tiga bulan pun belum tentu ada pembeli.

          Tak kisahlah kan... awak iklanpun tidak...nak dapat income banyak camana kan... Semenjak saya pulang je kampung dan bertukar status dari suri rumah sepenuh masa kepada pekerja am, saya lebih banyak menjadi kaunter pertanyaan dari berjualan.

          Kenapa saya sebut kaunter pertanyaan? Sebab memang ramai yang wasap saya untuk bertanya tentang produk yang mereka sudah beli dari pembeli lain. Ada yang mengadu kulit pedih, ada yang tanya cara guna, dan macam-macam soalan yang memakan masa kadang-kadang berhari-hari untuk saya melayan soalan mereka. Padahal saya sendiri hanya bercerita berdasarkan info dan pengalaman saya sebagai pengguna.

          Bila semakan satus BRIm yang saya terima  "SSM Punca Gagal Dapat BRIM", Saya rasa macam ianya adalah alasan yang tak masuk akal buat orang macam saya. Nampak sangat ianya adalah alasan yang sengaja dicetuskan. Apa tidaknya! Dulu suruh daftar SSM dengan alasan supaya penipuan online dapat dielakkan. Tapi bila dah daftar, terus mark semua yang mendaftar SSM sebagai penuaga berjaya. Padahal bersepah kat luar kotak tu yang tak aktif manapun...tapi daftar juga SSM demi sebuah kepercayaan. Korang rasa? Masuk akal tak?

          Tak kisahlaa... tak dapat BRIM pun masih ada tulang empat kerat ni untuk terus mencari rezeki.Tak kisahlah kalau tangan dah mula kebas, sendi dah mula sakit, demi membesarkan anak-anak, ada aku kisah? Hihi...aku tu trend...saya tetap saya.Berniaga insyaallah... semangat masih berkobar. Mungkin kena teroka lebih pengalaman. Siapa tahu satu hari saya dapat bantu orang lain pula. Apalah sangat diharap Bantuan Rakyat 1Malaysia tu. Bukan kita kerja pun dapat duit tu. Ianya hanya bantuan. Betul tak?

          Makanya...sesiapa yang tak dapat duit BR1M tu... Marilah kita bersyukur atas kesihatan yang diberi, kudrat yang diberi, rezeki yang diberi...dan segalanya yang kita miliki. sentiasalah Kita mengingatkan diri sendiri... bahawa rezeki,jodoh dan ajal maut itu adalah datangnya dari Allah SWT. Jom matangkan diri...kita teruskan usaha mencari rezeki yang halal dari titik peluh sendiri dalam keredhaan Allah SWT yang maha pengasih,maha pemurah lagi maha pengasihani. Banyakkan mohon ampun darinya...insyaallah... rezeki kita akan diberkati.Wallahu a'lam.

2 ulasan:

  1. Baru dapat khabar ni dari sepupu. Terus saya search n tjumpa blog sis. Ya Allah mmg kecewa. Klau setakat cek dgn SSM nampak sgt nk mudah kje. Ada cek acc aktif ke expired? ada acc bank ke x? Klau ada aktif ke pasif?... x kan...mcm amik jln mudah nk cut peruntukan. Sya dftar ssm sebab ex husband nk bt kje sendiri. Sya x renew pun lesen. Accn ngan al rajhi bnk pon x jlan hampir setahun....btol ckp sis bukam rezeki kita. Bertabah je la.

    BalasPadam
  2. Samalah dengan dua orang officemate Mrs. A gagal sebab ada daftar SSM.
    Tetapi mengenali dua orang officemate tersebut pendapat Mrs.A secara personally mereka layak kerana yang mendaftar SSM tu bukan semuanya berwang yang banyak.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...