lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Sabtu, 21 Julai 2018

Perginya Melur Jelita Satu Kehilangan

          Peminat novel pasti biasa sangat dengan nama Melur Jelita kerana penulisan beliau yang sangat romantik, berilmu dan penuh  pengalaman menarik. 
          Pertama kali saya membaca novel beliau yang bertajuk awak suka saya tak memang best sangat. Nama sebenar Melur Jelita adalah Norlaili Salleh.

          Saya pernah buat sinopsis cerita ni Tapi memang lama giler dah laa...rasanya sinopsis tu berada di blog yang saya dah delete. Dah tiada jejak. Baru-baru ini saya juga baca buku I Love You Stupid dan sambungannya my precious Iris.Tak sempat nak buat sinopsis sebab novel ni tebal giler.Saya pula membacanya dua buah novel sekaligus. Bila nak tulis semula, otak dah tak dapat nak dapatkan seluruh jalan cerita.Akibatnya, banyak part yang tercicir. Bila dah lupa jalan cerita, sayapun ringkaskan. Cuma yang pelik, entry tu saya tak dapat detect. Takkanlah saya sendiri yang dah delete post sendiri? Entahlah..



          Tiba-tiba saya terbaca berita kematian Allahyarhamah Melur Jelita dari page Melur Jelita. Innalillah.. Satu kehilangan yang besar dalam dunia novel . Saya macam tak percaya sebab tiada sebarang berita sakit atau apa-apa berita tentang beliau yang saya dengar sehinggalah saya terbaca tentang pemergian arwah di page tersebut.

          Rupa-rupanya banyak cerita ketika beliau sakit ada dalam page ini,cuma saya sendiri yang tak tersua. Mungkin saya tidak ditakdirkan mendoakan arwah ketika sakit. Saya reda.

          Pemergian Melur Jelita iaitu pada 1hb Jun 2018. Sebelum pesta buku antarabangsa tempohari, beliau sempat menyiapkan sebuah novel bertajuk Awak Sayang Saya Tak 2 iaitu sambungan dari novel beliau yang pertama kali saya baca. Kisah Hilman Yong yang berbangsa cina yang sangat romantik.huhu.. feel tau baca novel beliau..

          Melur Jelita dimasukkan ke dalam wad, kemudian ditidurkan kerana pernafasan arwah terganggu. Dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir di hospital. Kalau ada yang nak baca, bolehlah masuk ke page Melur Jelita tu ya,,

          Saya tak pasti apa perasaan saya, tapi dalam jiwa terasa perginya penulis Melur Jelita adalah satu kehilangan yang besar. Bakat beliau dalam penulisan sangat mengujakan. Saya juga sentiasa menantikan buku baharu beliau. Sejak buku pertama beliau,saya kenali beliau sebagai penulis yang suka menulis novel tebal sahaja.

          Oleh kerana saya dah buka cerita tentang arwah Melur Jelita, saya nak cerita sikit tentang novel I love You stupid tu.Novel ni mengisahkan tentang Iris yang berperatakan da Diva gitu. Suka berlagak poyo sebab nak kenakan Ibrahim sipolis yang hensome sampai memalukan diri sendiri.

          Dari detik perkenalan pertama sehinggalah ke akhir, cinta yang tidak terlafazkan ini menjadi satu kisah yang sangat menarik. Manakala novel My Precious Iris tu adalah sambungan dari kisah cinta sehingga mereka bergelar suami isteri. Saya kurang sikit minat buku kedua ni sebab rasanya, gediks bercinta dengan suami ni tak patut jadi bahan cerita. Tapi yelahkan...mungkin untuk pengajaran dan pengalaman, kira okay jugaklah..

          Ada tak anak-anak Bukit Betong yang nak baca buku tebal ni? Datanglah ke perpustakaan desa Bukit Betong.Korang boleh pinjam kat sana. Dua-dua buku ni ada.

         Akhir sekali ,jom kita doakan agar roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. 
Al-Fatihah. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...