lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Khamis, 25 Oktober 2018

Pesta makan buah-buahan SK Batu Yon 2018

Bismillah...

           Assalamualaikum... Dah lama saya tak berblogging.Banyak kisah yang tak sempat saya kongsikan.Entahlah...Bukan malas atau tak berminat, tetapi masa tak dapat dikorbankan.huhu..

          Hari ni saya nak ceritakan tentang Pesta makan buah-buahan yang diadakan di SK Batu Yon pada tahun ini. Terus terang saya katakan, inilah kali pertama saya merasai sebuah pesta makan buah-buahan macam ni di sekolah.


           Projek pertama, serawa durian dimakan dengan roti. Memang sedap giler tau... kena pulak orang yang jadi tukang masaknya memang seorang yang diakui hebat memasak. Seterusnya, semua murid diminta membawa apa sahaja jenis buah-buah tempatan yang ada di rumah masing-masing.


           Antara buah yang ada ,adalah buah langsat dan mata kucing kampung. Buah anggur pun ada juga tau... Tapi tak pastilah itu buah yang ditanam kat rumah masing-masing atau tidak.hihi..


           Rambutan gading punyalah sedap... ulas yang besar-besar dan manis sangat.


           Buah manggis pun tengah menghitam masa ni. Manisnya tak usah ceritalah. Pokok pangkalnya, buah-buahan tempatan memang sedap woo... Buah-buah manggis ini dipetik sendiri oleh anak-anak buah cikgu Jafni kat kebun beliau.


          Paling sedap ,buah rambutan ni lah...ada anak sekolah, ada gula batu, dan ada juga nama-nama lain yang diberi . Sayapun taj dapat nak ingat semua nama.Asalkan sedap dan manis, semua saya makan.


Bab makan buah, saya cuma ambil beberapa buah video. Kali ini, memang makan buah sampai kebosai kata orang Lipis. Terlajak kenyanglah tu kan...


          Bila semua dah tak larat nam makan, semua dibenarkan tapau buah mengikut kehendak masing-masing. Punyalah seronok anak-anak berebut. Best sungguh tengok. Sebiji macam lebah hurung sarang. Tapi bila tengok keseronokan budak-budak ni, di situlah kejayaan terbesar untuk pesta makan buah-buahan kami ni.


           Seronoknya, sekejap aje buah semua dah terang. Terima kasih buat semua yang menjayakan pesta makan buah-buahan skby ni. Sebuah aktiviti sekolah yang sangat berjaya. Kipidap buat Puan GB kami, Puan Haliza. Semoga aktiviti ini dapat diadakan lagi pada tahun hadapan.

          Sebagai kisah penutup, saya ubah tajuk sikitlah... Musim buah-buahan kali ini, memang betul-betul menjadi. Saya yang gastrik sangat teruk terkena kesan makan buah durian. Bayangkanlah setiap hari sebiji selama sebualn. Itupun kalau sebijilah...mungkin lebih kot...

          Kadang-kadang saya beli durian, sempat habiskan dua ke tiga biji sorang. Walaupun gastrik saya sangat buruk sampai rasa tak dapat bernafas, Tapi buah kegemaran ni memangsusah betul nak tengok sahaja. Pantang jumpa kata orang kan...

          Rambutan pula menyebabkan saya batuk dan makin memburukkan asma saya. Tapi buah rambutan saya tak sedasyat favorite saya keatas buah durian. Tetapi...tak dapat dinafikan, kemungkinan besar kolestrol dan gula dalam darah memang naik gara-gara buah-buahan tempatan ni. Semuanya dapat saya rasakan memudaratkan kesihatan saya.

          Okeylah...cerita buah ni dah lama tamat sebenarnya...sekarang ni dah tiba musim hujan. Jadi, saya sudahi kisah buah ni di sini sahaja. Jumpa lagi...bye...
Assalamualaikum...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...