lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Khamis, 25 April 2019

Diary secebis rindu

Bismillahirrahmanirrahim...

Malam ni, saya memulakan luahan rasa rindu yang tak terhingga buat sebuah blog yang terbiar sepi.

Sebagai seorang blogger yang terlalu jauh menyimpang dari landasaan gara-gara mengejar sebuah impian sebagai peniaga online.

Siang tadi saya cuba membuka kembali blog ini, tetapi apa yang saya lihat, post terakhir yang hanya sebuah review produk.

Terkejut saya tengok tau, saya ingatkan blog saya cuma update sekali sekala padahal ia penuh dengan draf-draf blog yang tak sempat saya post sebagai entry.

Tak tergambar rasa sedih dihati saya ini. Malu rasanya mengaku diri seorang blogger.

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk memulakan. Bukan sekadar draf-draf yang terbengkalai. Insyaallah saya akan edit balik draf yang masih mampu dijadikan bahan.

Sebagai permulaan, saya menukar instagram peribadi saya sebagai sallyadan_blogger sebagai pembakar semangat untuk saya menjadi seorang blogger.

Sungguh saya malu mengaku seorang blogger sedangkan blog saya langsung tidak ter update.

Serius saya katakan, menulis di talifon bimbit membuat saya sering menghasilkan entry kerana sukar untuk menyemak perkataan yang saya taip ketika menulis.

Mata tua saya ini sudah kian rabun dekat. Nak membaca pun dah mula silau. Namun Alhamdulillah, saya masih mampu, insyaallah..

Semoga esok yang indah akan membawa saya kealam fantasi seorang blogger yang lebih cemerlang.

Selamat berusaha wahai seorang blogger yang cantik. Kehkehkeh, nak jugak tu... Kata orang, perasan cantik boleh membina keyakinan diri yang lebih baik.

Macam lagu safie Alias tu, walaupun saya menyampah tengok kebapokan dia tu, tapi saya suka keyakinan diri dia yang padu dalam lagunya.

Antara senikata lagu tu,
"
banyak orang yang suka padaku
Banyak orang yang benci diriku
Aku tak peduli orang bercerita
Akulah yang paling juara

Kau bilang aku memang cantik
Kutahu diriku yang terbaik
Tak henti-henti matamu melirik

Tapi bab cinta gila tu abaikan hihi,

Stop dulu untuk malam ni, saya sudahi dengan Assalamualaikum untuk yang terbaca blog ni sampai habis.

1 ulasan:

  1. daftar sabung ayam
    a tua saya ini sudah kian rabun dekat. Nak membaca pun dah mula silau. Namun Alhamdulillah, saya masih mampu, insyaallah

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...