lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Ahad, 17 November 2019

Kisah Aku dan Bas Mini

Kisah aku dan bas mini.

Kisah 23 tahun lepas. Setiap hari kaksal dan suami Kaksal,  Adan membonceng berdua dari kepong ke Taman Tun Dr Ismail. Masa tu pejabat Karangkraf berada di sana.

Ada masanya motor meragam dan kami terpaksa naik bas mini sampai motor elok balik. Walaupun Kepong ke Taman Tun tak jauh, tapi bila naik bas mini, kami terpaksa ke Chow Kit dulu baru tukar bas di sana.

Masa tu kaksal mengandungkan along Raziq Fitri . Setiap pagi, sebelum pukul 6pagi kami terpaksa menunggu bas kat simpang taman usaha jaya. Dah namapun motor rosak kan... Menapaklah.

Sampai kat Chow Kit, berjalan kaki lagi dalam 5minit. Dah naik bas mini pulak, manalah pernah bas mini tak penuh kan... Berdirilah jawabnya.

Nak dijadikan cerita, tiba-tiba nampak macam cuaca gelap. Kaksal jenguk keluar, gelap. Tiba-tiba suami pegang Kaksal dan suruh duduk.

Laa.. Pitam rupanya. Hahaha... First time nak pitam. Baru tahu ini rasanya pitam. Kaksal ni lasak mana pernah pitam. Berlagak giler..😅

Tapi dalam hati bersyukur dapat duduk walaupun lepas duduk tu berpeluh-peluh jadinya.

Terdetik jugak dalam hati, dah nampak orang mengandung dengan perut besar macam ni, dari tadi berdiri takdepun lelaki yang sado-sado tu nak bagi tempat duduk.

Dah pitam macam ni baru nak bagi duduk. Aduh... Dah bagi dudukpun bersungut lagi tu. Haha..

Alhamdulillah... Lepas tu beringat-ingat. Sediakan biskut sebelum naik bas. Memang hari tu tak sempat makan pun.. Itulah yang pitam kot...

Itulah kisah bas mini yang takkan bisa terlupakan.

#arusbeauty

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah sempat juga duduk sebelum pitam. Tapikan memang betul, naik public transport sekarang (mrt & ktm) tempat khas wanita mengandung pun org duduk buat x tau padahal org mengandung berdiri depan dia.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...