lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Memaparkan catatan dengan label Buku/novel dan penulisan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buku/novel dan penulisan. Papar semua catatan

Khamis, 15 Jun 2017

Anding Ayangan - Ramlee Awang Murshid

           Assalamualaikum... Novel terbaharu dari Ramlee Awang Murshid ini telah dilancarkan baru-baru ini bertajuk Anding Ayangan.

          Novel Anding Ayangan - Ramlee Awang Murshid ini saya dapatkan ketika pesta buku antarabangsa di PWTC tempohari. Walaupun saya tak dapat ke sana, ada juga yang sudi belikan. Terima kasih wahai suamiku.
          Yang ini adalah cover sebelah belakang novel Anding Ayangan. Dah ada sinopsis tu, perlukah saya buat sinopsis lagi? Hmm... tentulah perlu. Betul tak? Kalau tak, baik tak payah buat blog kisah Anding Ayangan kan...hahaha...gurau je..

          Novel ini mengisahkan tentang seorang pemuda yang telah diselamatkan oleh dua orang nelayan bernama Haji Matnor dan Awang Aman. Pemuda tersebut yang hilang ingatan diberi nama Nyian.

          Sepanjang sepuluh tahun Nyian hidup sebagai nelayan membantu Haji Matnor dan Awang Aman, Awang Aman telah meninggal dunia.Nyian yang muda remaja kini berusia lingkungan 30an.

          Maka bermulalah hidup Nyian sebagai nelayan menggantikan Awang Aman. Manakala Damit telah disuruh menggantikan Haji Matnor.

          Nyian yang selalu menyanyikan dendang Anding paluan menarik minat Damit untuk mendengar cerita dari Nyian. Damit dan Buntak sering meminta Nyian memperdengarkan dongeng Anding Ayangan walaupun Nyian dianggap orang miring dan sering lupa.Nyian sering berangan sendiri, mengigau dan meracau walaupun dalam jaga.

         Nyian memang seorang yang hebat bercerita sehinggakan apa yang diceritakannya menjadi hidup sehinggakan kawannya Damit ketakutan.

          Dongeng Anding Ayangan bermula dari abad ke19. Dua beradik yang merupakan ulama besar dari Brunei Darussalam telah berlayar untuk menyebarkan ugama islam. Pangeran Haji Durrahman dan Pangeran Haji Bolhassan telah sampai ke suatu tempat dipinggir laut yang sedang terbakar . Mereka melihat ramai manusia dibunuh dengan kejam.

          Mereka membuat keputusan untuk mengebumikan semua mayat.Dalam suasana tegang itu, mereka bertemu seorang budak yang tergantung terbalik. Apabila ditanya siapa yang punya angkara, jawapan yang mengejutkan diterima. "Hantu bunuh orang". Dasyat tak? Ini yang buat kita ingin terus membaca.

          Pangeran Haji dua beradik ini akhirnya membina tembok yang mampu menghalang serangan dari kerajaan Ayangan yang ingin menakluki Anding untuk melengkapi tanah takhluknya . Raja Ayangan ingin sekali menakluki Anding.

          Walaupun Pangeran Haji Bolhassan dan Pangeran Haji Durrahman berjaya dibunuh , kerajaan Ayangan tetap tidak dapat mengalahkan Anding.

          Selama 200tahun, Raja Ayangan bersilih ganti. Kini, kerajaan Ayangan diperintahkan oleh Raja Tabakbauta yang terus terusan menyerang dan membunuh untuk menakluki. Mereka membunuh semua ahli sunnah waljamaah dan menganggap mereka ini sesat dan patut dibunuh kerana kafir.Tetapi Kerajaan Ayangan masih tetap tidak mampu menewaskan Anding. Anding mempunyai sebuah tembok yang sangat teguh sehinggakan seorangpun dari tentera Ayangan tidak mampu menembusi tembok. Andai mereka lewat, mereka akan hancur.

          Untuk menyerang dari jalan air pula, semua kapal yang melalui lautan akan ditewaskan oleh sang suir, seekor makhluk besar penunggu pulau cermin yang menganggap dirinya raja dilautan.

        Raja Tabakbauta memiliki empat orang anak. Tiga lelaki dan seorang perempuan. Jabing anak sulung sangat kejam dan bakal mewarisi takhta. Anak kedua bernama betatar telah jatuh cinta kepada anak penghulu Sunni .

          Penghulu Sunni merupakan waris dari keturunan Pangeran Bolhassan dan Pangeran Durrahman yang menjadi tunggak kerajaan Anding.

          Putera ketiga bernama Satabak dan puteri bungsu bernama Yungku Kelangar. Pelik sangat nama diorang ni.mula baca memang tak ingat. Tapi Raja Tabakbauta tu mudah sikit kot... tembak bin auta.tu yang saya ingat.hihi...

          Betatar mula memberontak kerana persoalan tentang kekejaman dan kekeliruan Dalam agama tidak mendapat jawapan yang memuaskan dari Raja Tabakbauta. Pembunuhan kejam dan perbuatan membakar semua hafiz hidup hidup sangat bertentangan dengan konsep agama mereka yang dianggap suci.

          Suatu hari, Raja Tabakbauta mengarahkan sebuah perkampungan lagi diserang.  Raja Tabakbauta tidak mahu seorangpun hafiz al-quran hidup.

          Betatar terpaksa menuruti kehendak ayahandanya meskipun hatinya memberontak. Selepas menyerang, mereka menawan semua penduduk kampung. Yang pasti, meteka akan dibunuh.

          Betatar kembali ke perkampungan untuk melihat Kalau ada penduduk kampung yang selamat. Betatar akan membunuh sesiapa yang dilihat menderita menanggung sakarat.

          Dalam perjalanan, Betatar terjumpa seorang lelaki tua yang sangat lemah. Betatar ingin membunuh lelaki tua itu tetapi dibatalkan apabila melihat ketakutan dimata tua itu. Kerana membalas jasa, tidak membunuhnya,  orang tua itu menghadiahkan Betatar sebuah al-quran.

          Betatar menyembunyikan al-quran dibawah sebatang pokok yang hampir mati. Ditarah kulitnya sedikit sebagai tanda tempat Al-Quran tertanam.

          Penghulu Sunni meminta anaknya Chahaya bersama dua orang pengikut setia mereka untuk meninjau dan menyelamatkan kalau masih ada para tahfiz yang masih terselamat untuk dibawa pulang ke Anding.

          Malang bagi mereka, seluruh kampung sudah dibakar.tidak bersisa lagi seorang penghunipun. Jalan pulang ke Anding pula dipenuhi tentera Tabakbauta.

          Demi menyelamatkan Chahaya, kedua dua orang kepercayaan Penghulu Sunni  sanggup melawan tentera Ayangan dan menyuruh Chahaya menyelamatkan diri.

          Chahaya bertemu dengan Betatar yang telah menyelamatkannya dari tentera Ayangan. Chahaya memanggil Betatar dengan nama Furqan Al-Ayubi. Dalam perjalanan, Betatar terpaksa melawan Satabak dan Satabak mati ditangan abangnya sendiri tanpa disengajakan.

          Raja Tabakbauta mangkat kerana penyakitnya yang kian parah. Jabing dipanggil untuk menyerahan takhta. Raja Jabing menggantikan Raja Tabakbauta sebagai Raja Ayangan yang baharu.

          Tentera Ayangan mengawal pintu masuk ke Anding dan menunggu arahan untuk menyerang. Pertemuan semula dengan orang harapan Penghulu Sunni bersama beberapa orang hafiz dan hafizah menggembirakan Chahaya.

          Akhirnya mereka semua berjaya masuk ke Anding. Tetapi Betatar tidak boleh menembusi Anding sama seperti semua tentera Ayangan. Hanya orang Anding sahaja yang boleh menembusi tembok kukuh Anding. Betatar yang tersentuh pintu masuk ke Anding terasa panas dan terkaku. Peluang keemasan ini memberi kesempatan buat Satira membunuh Betatar.

          Bila hero dah mati, siapa yang nak jadi hero seterusnya kan? Nyian mesti mengubah jalan ceritanya. Tetapi cerita yang sudah diluahkan takkan mengubah apa yang berlaku.

          Nyian mendatangi seorang wakil rakyat dan memaksanya mendengar cerita seterusnya. Kisah Anding Ayangan diperdengarkan. Apakah hubung kait mereka? Mesti ada sesuatu.huhuhu...Yungku Kelangar menanam mayat Betatar di sebuah kampung.

          Satira tiba-tiba muncul di istana dan menyusup masuk ke tempat persemayaman Raja Jabing ketika seluruh rakyat berpesta atas kemenangan mereka menawan Anding. Satira berjaya membunuh Raja Jabing.

          Satira telah membongkar rahsia besar keturunan Raja Tabakbauta yang selama ini menjadi rahsia besar . Banyak rahsia telah terbongkar. Nak tau, korang baca sendirilaa... saya ringkaskan, sejak 200tahun lalu, Raja Ayagan hanyalah sarungan. Peyamaran dengan mengunakan rupa Raja sebenar untuk menguasai Ayangan. Bila Raja sudah tak bernyawa, akan diganti dengan jasad raja baru.Tutup kisah ni ya...

          Chahaya diselamatkan oleh penunggu lautan dan dibawa ke Pulau Chermin. Raja suir Sang Ekong yang berubah menjadi sarungan manusia hanya bila di Pulau Chermin. Kesakitan yang teramat dirasainya bila Chahaya menyebut nama Allah. Kesakitan yang lebih bila Chahaya mengaji Al-Quran.

          Nyian menyambung cerita di dalam bot ditengah lautan. Satira yang juga Betatar dan Furqan Al-Ayubi cuba menjejak Chahaya di Pulau Chermin meminta Yungku Kelangar membinakan sebuah perahu. Sayangnya Yungku Kelangar telah mensabotaj dengan menggunakan kayu reput sebagai bahan untuk melepaskan rasa tidak puas hati kepada Satira.

          Tiba-tiba perahu Furqan diserang sang ekong. Sang ekong mengelilingi perahu Furqan dan dalam masa yang sama muncul dialam realiti Nyian dan Damit. Perahu mereka terbalik. Entah apa nak cerita teori Ramlee Awang Murshid ni, Nyian dan Damit sampai ke Pulau Chermin dan bertemu Chahaya di sana. Manakala Furqan ditemui di perairan Brunei. Wajah Furqan sama dengan Damit. Damit dianggap amnesia.

          Nyian pula dah sampai ke Pulau Chermin, mahu ke Ayangan. Hahaha...bersambung...

Satu lagi, macamana Betatar boleh jadi Satira sedangkan Satira yang bunuh Betatar? Saja nak bagi korang suspen. Dah suspen tu belilah buku ni baca sendiri.Itupun kalau korang peminat novel triller. Yang penting korang suka cerita dongeng.

          Ada orang tu sudi je belikan novel triller kat isteri, tapi diri sendiri tak baca novel. Apapun, thank you do much.

Selasa, 27 September 2016

Mr. & Miss troublemaker -Ayuma Umairah

           Novel ini mengisahkan tentang Rayyan Yusof dan Nurul Fatia yang bertunang atas kerelaan yang diatur keluarga.Nurul Fatia menerima pinangan dari keluarga Rayyan Yusof kerana menganggap jodohnya dengan Rayyan Yusof mungkin adalah penyelamat dirinya dari godaan rakan sekerjanya yang sudah beristeri.

            Rayyan Yusof pula rela menerima gadis pilihan neneknya Puan Karmila demi untuk menjaga pandangan neneknya yang kaya raya sebagai cucu yang menurut kata.Rayyan Yusof nekad untuk berhadapan dengan Nurul Fatia untuk membuat perhitungan.

          Rayyan Yusof menuduh Nurul Fatia menerima dia sebagai tunang untuk menjadikannya pak sanggup dan memutuskan pertunangan mereka.Nurul Fatia mula menyedari bahawa Rayyan Yosof sengaja menerimanya semata mata kerana harta neneknya dan sengaja menyakiti hatinya supaya dia memutuskan pertunangan dengan Rayyan Yusof.Ini membuatkan Nurul Fatia kecewa dan mula membenci Rayyan Yusof.

          Rayyan Yusof mengharapkan Nurul Fatia memulangkan cincin tunang mereka tetapi kecewa kerana Nurul Fatia masih belum mahu memulangkannya.

          Berbagai cara dilakukan untuk membuatkan Nurul Fatia memutuskan pertunangan mereka tetapi gagal.

          Kehadiran Haikal sebagai Idaman di laman chat mengetuk hati Nurul Fatia.Perkenalan akhirnya menjadi rindu.Namun begitu, Haikal yang tahu bahawa Nurul Fatia adalah tunang Rayyan Yusof,terpaksa menjauhkan diri.Apabila Haikal mengetahui Rayyan memutuskan pertunangannya dengan Nurul Fatia,Haikal kian rapat dengan Nurul Fatia.Sayangnya Nurul Fatia hampa bila mengetahui bahawa Haikal adalah sepupu Rayyan Yusof.

          Nurul Fatia memutuskan pertunangannya dengan Rayyan Yusof tetapi Puan Karmila masih mengharapkan Rayyan Yusof meraih kembali kasih Nurul Fatia. Disaat Rayyan Yusof mula jatuh cinta kepada Nurul Fatia, Nurul Fatia melarikan diri ke Sabah dengan alasan ditukar sementara.

          Rayyan Yusof penasaran dan kelam kabut kerana Nurul Fatia Bermacam cara Rayyan lakukan untuk merebut cinta Nurul Fatia.Kalau korang nak tau...kenalah baca sendiri buku ni.

          Ketika ini hati yang lembut pasti akan tersentuh dengan kesungguhan Rayyan Yusof dan pasti akan terusik dengan kekerasan hati Nurul Fatia.

          Pengakhiran cerita happy ending.Diorang kawin.Sekian...

Sabtu, 20 Ogos 2016

Sengal Punya Mamat - Ummu Wafa

          Novel Sengal Punya Mamat ini memiliki ketebalan 725 mukasurat.Novel terbitan Alaf21 hasil dari ilham karangkraf ini berharga Rm30.00 sebuah.Karya Ummu Wafa kali ini saya rasa bagus jugalaa...cuma untuk berada dalam dunia sengal punya Mamat ni menjadi sedikit blur gara-gara bahasa pasar yang bercampur baur.

           Kalau kita fahami betul-betul, watak-watak berasal dari negeri Kelantan,tetapi bahasa loghat yang digunakan bercampur dengan loghat Perak sehingga saya sendiri susah nak menjadikan watak utama sebagai 'Kelantanis'.Apapun, jom saya ceritakan sinopsis novel ni.

          Sengal Punya Mamat karya Ummu Wafa ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Siti Ajira yang tinggal bersama tok wannya,Tok Wan Limah.Siti Ajira berniaga di pasar borong sebagai penjual ikan dan sayur-sayuran kerana menggantikan tok wannya yang kurang sihat.Siti Ajira juga bekerja sebagai seorang tukang masak di sebuah kedai makan.Maka kita letaklah Siti Ajira ni sebagai seorang gadis yang berdikari dan sentiasa membantu Ibunya menyara keluarga.

           Ibu Siti Ajira bernama Salmiah sering didera oleh bapa tiri Siti Ajira bernama Sahak.Apa komen anak saya bila baca buku ni?

"Mak!!!..ada nama maklah dalam novel ni...glamour mak" Hahaha... glamourlah sangat...tapi banggalah juga kerana nama saya terpilih sebagai pelakon dalam novel ni.hihi, saboo...jelah.

          Kematian Tok Wan Limah memberi pukulan hebat kepada Siti Ajira kerana tok wannya ini adalah tempat Siti Ajira bermanja.Harta peninggalan tok wan juga membuatkan Siti Ajira terpinggir."Rumah pusaka Tok Wan tidak sepatutnya jatuh ketangan Siti Ajira", kata Pakngah Kairol dan Pak usunya Mail.

           Pakngahnya yang tidak pernah pulang menjenguk ketika tok wan sedang sakit,Pak usunya pula seorang yang ketagihan dadah.Itulah alasan kenapa rumah pusaka Tok wan ditinggalkan atas nama Siti Ajira.Ketidakpuasan hati ini membuatkan Siti Ajira dibenci. Dengan sikap tidak bertanggung jawab bapa tirinya dan bapa-bapa saudaranya membuatkan Siti Ajira tidak percayakan lelaki.

           Siti Ajira mempunyai seorang sahabat baik yang lembut macam Sally atau Abang Salleh dalam cerita Upin Ipin tu haa..Namanya Gee atau Fauzi.Hmm..ini lelaki jugalaa...

Farhan.

           Watak kedua adalah seorang jejaka yang hensome giler bernama Farhan.Farhan mempunyai seorang ibu yang suka mengatur hidup suami dan anak-anak sehinggakan membuat Farhan cuak dan tidak berminat dengan mana-mana perempuan.Apatah lagi bila ibunya ingin menjodohkannya dengan gadis gadis vouge pilihannya.

           Farhan memiliki sebuah bengkel kereta dan sengaja mengelak setiap kali ingin dikenenkan dengan mana-mana gadis pilihan ibunya.

Siti Ajira.

          Semasa tok wannya sakit,Siti Ajira tidak dapat berniaga kerana ingin menjaga tok wannya.Selepas kematian tokwannya, tapak berniaga telah diambil alih oleh orang lain. rupa-rupanya, pak usunya telah menyewakan tapak tersebut kepada orang lain untuk enam bulan.Siti Ajira cukup kecewa dengan sikap paksunya.Sudahlah baru kehilangan tok wan,turut kehilangan satu sumber rezeki yang sangat disukainya selama ini.

         Suatu hari, mereka terserempak dengan bapa tiri Siti Ajira yang baru keluar dari bank.Ini menimbulkan tanda tanya kepada mereka berdua.Apakah rahsia disebalik semua ini?

           Atas nasihat Gee,Siti Ajira menjual kereta Wira buruknya dan membeli sebuah pikap terpakai.Siti memulakan pekerjaan baharunya sebagai penjaja ikan dan sayur.Kampungnya menjadi sangat meriah dengan keujudan Siti Ajira yang bersaiz besar tetapi suka menolong orang.

          Salah seorang yang ditolong Siti Ajira adalah Nek Jah.Keujudan Nek Jah seakan mengingatkan Siti Ajira pada kasih sayang tok wannya.

          Pada suatu hari, pikap kesayangan Siti Ajira meragam.Siti Ajira terpaksa meminjam motorsikal roda tiga milik seorang pelanggannya yang kurang upaya untuk membeli bateri baharu untuk pikapnya.

          Farhan yang melihat Siti Ajira memandu ala-ala minah rempit di jalan raya. Rasa cuak kerana yang disangkanya oku adalah manusia normal yang menggunakan kenderaan oku untuk bebas di jalan raya.

          Pada suatu hari yang lain,Siti Ajira datang menjenguk Nek Jah .Dilihatnya seorang lelaki yang sedang memegang parang kontot di halaman rumah Nek Jah.Siti Ajirapun apa lagi! melompat terus di tonyoh tonyoh kepala sang lelaki bernama Farhan ni dengan batang penyapu sawang.Bayangkanlah kepala cucu tokwan tu menjadi mangsa Siti Ajira.

          Bila sedar dia dah salah orang, selamba dot aje minta maaf dan terus minta diri.Farhan cukup bingung dengan gadis saiz besar yang entah hape hape ni.Nek Jah pulak cadangkan Farhan pilih Siti Ajira sebagai isterinya, memang taklah.

          Siti Ajira singgah di rumah Puan Salmiah untuk menghantar lauk.Terkejut Siti Ajira melihat keadaan ibunya yang penuh kesan lebam kesan pukulan dari bapa tirinya Pak Sahak.Puas Siti Ajira menyuruh ibunya membuat laporan polis, tetapi ibunya tetap membela Pak Sahak.Siti Ajira sangat kecewa dengan sikap ibunya.Tempat mengadu kesusahan hatinya adalah sahabat baiknya Gee.

          Gee membuka rahsia yang diberitahu ibunya tentang Puan Salmiah.Pak Sahak dikatakan telah menundukkan Puan Salmiah dengan ubat pengasih. Kerana itu jugalah Puan Salmiah tidak pernah melawan walaupun jenuh dipukul oleh Pak Sahak.Antara percaya atau tidak, Gee menyuruh Siti Ajira berjumpa dengan seorang ustaz untuk membantu memulihkan Puan Salmiah.

          Sehinggalah pada suatu hari, Puan Salmiah sendiri meminta Siti Ajira membawanya ke balai polis untuk membuat aduan keatas Pak Sahak.Alhamdulillah...Puan Salmiah mengaku bahawa selama ini beliau merasa seperti berada di awang-awangan.Baru sekarang dia rasa macam berada di alam realiti.Maka itu, dia sudah tidak tahan lagi untuk menanggung penganiayaan terhadap dirinya ini.

           Pada suatu hari, Pak Sahak balik dalam keadaan mabuk dan menjerit-jerit marah kerana Puan Salmiah melaporkan ke balai polis tentang segala perbuatannya.Puan Salmiah menyuruh adik-adik Siti Ajira masuk ke dalam bilik dan menguncinya dari luar.

           Azura dan Fahmi yang berada di dalam bilik amat ketakutan bila mendengar pertengkaran ibu bapa mereka dan lebih menakutkan, Pak Sahak ingin membunuh Puan Salmiah.Azura membuat keputusan menghubungi Siti Ajira.Kelam kabut Siti Ajira bergegas ke rumah ibunya bersama sebuah belantan.

           Sampai sahaja di rumah ibunya, Pak Sahak sedang mencekik leher ibunya.Melihat itu, Siti Ajira apa lagi!sekuat tenaga dia menghayun belantan kat kepala Pak Sahak.Alhamdulillah...Siti Ajira dapat selamatkan ibunya.Tapi Pak Sahak tak bangun-bangun juga.Puan Salmiah memaksa Siti Ajira melarikan diri dari kampung malam itu juga.Puan Salmiah akan mengaku dialah yang membunuh Pak Sahak untuk membela diri. Terpaksalah Siti Ajira meminta bantuan Gee.Mujur juga Gee mempunya seorang sepupu perempuan di Kuala Lumpur yang bernama Zarina.

           Pada mulanya Siti Ajira bekerja di sebuah super market, tetapi tidak tahan lalu berhenti kerja.Siti Ajira tiba-tiba mendapat idea untuk berniaga makanan.Siti Ajira kan pernah kerja sebagai tukang masak dulu...idea ni sangat bagus.Maka bermulalah kehidupan Siti Ajira sebagai peniaga makanan yang membekalkan makan tengahari ke pejabat-pejabat.Bila dah makin maju, Zarina turut berhenti kerja dan mula bekerja sebagai pembantu Siti Ajira.

          Nak dijadikan cerita, pikap Siti Ajira mati ketika ingin mengahantar makanan kepada pelanggannya.Masalah juga dia bertemu dengan Farhan di bengkel.Farhan memang ingat sangat dengan gadis xxl yang bawa pikap ni.Gadis inilah yang menunjal-nunjal kepalanya dengan penyapu sawang tempohari.Tapi bila Siti Ajira tidak mengenalinya, dia buat-buat tak kenal jugalah.

           Sambil-sambil baiki pikap, sempat Siti Ajira promot nasinya dengan memberi semua pekerja bengkel tu makan percuma.Dari hari itu, setiap harilah Siti mendapat tempahan dari bengkel ni.Oleh kerana Siti Ajira menyangka Farhan adalah pekerja di bengkel itu, mereka mula berkawan baik .Farhan menyarankan Siti Ajira membuat gerai di hadapan bengkelnya sementara mendapatkan lesen.

          Maka bermulalah kerjaya baharu Siti Ajira sebagai peniaga gerai.Walaupun saiz Siti Ajira lebih dari gadis lain, Ramai orang yang sukakannya kerana keramahannya dan masakannya yang sedap.

          Dugaan datang lagi.Paksu Siti Ajira telah menggadaikan rumah pusaka nenek Siti Ajira dan Siti Ajira diminta membayar balik Rm60000 kepada bank untuk mengelakkan rumah tokwannya dari dilelong.Pakngahnya pula hanya mahu membayar kepada bank andainya Siti Ajira sanggup memberikan rumah peninggalan Tok Wan Limah kepadanya.

          Farhan pula menawarkan Siti Ajira untuk menjadi isterinya untuk menyelamatkan diri dari berkahwin dengan gadis pilihan ibunya.Masa ni jugalah kantoi Si Farhan ni sebenarnya pemilik bengkel, juga dialah cucu Nek Jah.Farhan berjanji akan menebus rumah peninggalan Tok Wan Limah.Siti Ajira yang panik, tiba-tiba membuat perjanjian dengan Farhan.Siti Ajira mahu Farhan menceraikannya sebaik sahaja dia mampu membayar balik harga rumah tersebut.

          Sebaik menjadi isteri di atas kertas Farhan, Siti Ajira dan Farhan mula tidak sehaluan.Farhan seperti sengaja menyakitkan hati Siti Ajira dan Siti Ajira merasa kian kecil hati kerana saban hari dihina.Apatah lagi bila keluarga Farhan sendiri menghina dirinya, tetapi Farhan seolah mengiakan.

           Satu hari, pertengkaran mereka membawa kepada persetujuan untuk bercerai. Masing-masing terlalu ego.Farhan cemburukan Siti Ajira dengan Adam, pelanggan setia Siti Ajira(Abang sado).Siti Ajira pula tidak sanggup terus begitu kerana dia sendiri sudah jatuh cinta kepada Farhan yang sengal.

          Farhan langsung tidak peduli.Siti Ajira yang sakit langsung tidak dijenguk.Maklumlah tidur dalam bilik asing asing.Bila merajuk macam ni, buat hal sendirilahkan...Tapi Siti Ajira yang kesakitan terpaksa meminta bantuan Zarina untuk membawanya ke hospital.Dia nekad tak mahu memberitahu Farhan.

          Namun begitu,Farhan berjaya menjejak Siti Ajira.Farhan menawarkan Siti Ajira untuk meneruskan lakonan sebagai isterinya dengan bayaran yang tinggi.Siti Ajira bertambah sedih.Siti Ajira nekad meminta doktor mengizinkannya keluar hospital.Kerana penyakit goutnya juga, Siti Ajira nekad untuk mengamalkan diet.

          Keluar dari hospital, Siti Ajira dengan jayanya menjadi kurus dan Farhan mula merasa kehilangan Siti Ajira.Jenuh dia menjejak Siti Ajira tetapi hampa.Maka setelah kehilangan Siti Ajira,kantoilah rahsia mereka selama ini.

          Dipendekkan cerita,Siti Ajira yang dah kurus ni terserempak dengan Farhan. Kerana nak lari dari Farhan,Siti Ajira kemalangan.Dipendekkan cerita, Farhan setia menjaga Siti Ajira yang koma 2minggu.Ending cerita ni, mereka bersatu semula sebagai suami isteri yang normal.Saya terpaksa memotong liku liku cerita ni tau...nak tau detail,korang bacalah sendiri buku ni.

          Bagi saya, novel ni simple je...cuma garapan motivasi kat dalam buku ni adalah terbaik.Siti Ajira ni walaupun saiz besar,tetapi jadi rebutan lelaki juga.Nekad Siti Ajira nak turunkan berat badan juga menjadi nyata dengan segala usahanya.Cuma yang tak best, garapan keegoan Farhan ni, kalau diselitkan perasaan sebenar, mesti menangis kita baca.Begitu juga dengan watak Siti Ajira.Kesedihannya kurang dirasai sebab keegoan yang dipaparkan lebih dari perasaan.Paham ke idok??...hahaha,tak paham sudah...

          Sebenarnya, hanya yang baca je boleh faham.Nak baca?jom beli sendiri.hihi, dan satu lagi yang saya lupa nak cerita,Pak Sahak tak mati pun...so,takde kes bunuh di situ. Pak Sahak didakwa melakukan penderaan terhadap isterinya dan disumbat ke penjara...Sekian...

Assalamualaikum.

Ahad, 24 Julai 2016

Imaginasi Ramlee Awang Murshid

Tajuk novel: Imaginasi.
Penulis: Ramlee Awang Murshid.

Untuk kesekian kalinya saya menjadi pengulas novel tanpa gaji bagi bekas majikan kesayangan saya,Karangkraf sdn bhd.Itu kata suami sayalaa... tetapi kalau dah minat membaca tetapi tidak menulis dalam blog sendiri,apa yang kita baca tu akan habis setakat itu sahajalah kan...

          Novel Imaginasi yang ditulis oleh penulis kegemaran saya ni mengisahkan tentang sebuah kisah istimewa dari imaginasi penulis.Kalau novel triller beliau sebelum ini banyak menjadikan kita seorang psiko,tetapi kali ini,novel imaginasi ini membawa kita berimaginasi sehingga kita sendiri rela menerima segala imaginasi penulis sebagai kebenaran.

Novel ini membawa kita kepada watak 3 lelaki dan 3 wanita dengan situasi berbeza tetapi dengan 3 kata yang sama dan matlamat yang sama menyatukan mereka dalam satu kisah.

Jeng!jeng!jeng!...Ceritanya bermula begini.

          Suhaila merupakan seorang wanita misteri yang menyendiri dalam sebuah rumah agam ditengah ladang kelapa sawit.Suhaila dikatakan sebagai membela saka peninggalan arwah ayahnya.

          Kamil,seorang bekas banduan yang baru keluar dari penjara,memulakan hidup baru di dalam ladang kelapa sawit milik Suhaila.Cinta yang berputik membawa Kamil kearah untaian misteri dari rumah agam Suhaila.

          Hafiz,seorang pengembara yang bertemu cinta hati dari Indonesia yang sedang melarikan diri dari Bapak Rinto dan sentiasa diburu oleh orang suruhan Bapak Rinto untuk dibawa pulang ke negara asalnya.

          Abam,seorang penjaga lembu yang lurus bendul,jatuh hati kepada Juita,anak Pak Budin.Pak Budin adalah pemilik lembu-lembu yang dijaga Abam.Abam sering mengusik Juita dan ingin berkahwin dengan Juita tetapi ditolak Juita.

          Yang ini adalah pengenalan.Al-kisah ceritanya begini....Suhaila pernah dituduh membunuh arwah suaminya,tetapi dibebaskan atas jaminan polis.Suhaila mula hidup dengan  mengasingkan diri dari dunia luar selepas bebas dari tahanan.Suhaila sering dicemuh kerana membunuh suaminya sendiri.

          Kehadiran Kamil ke ladang kelapa sawit membongkar segala rahsia Suhaila.Kamil menawarkan diri untuk membantu Suhaila untuk membuang saka singa.Benarkah Suhaila memiliki saka singa?Suhaila menafikan tentang keujudan saka singa tersebut.Suhaila meminta Kamil menyampaikan pesanan kepada Hafiz.Kamil menghantarnya kepada nenek Hafiz kerana Hafiz yang tidak berada di dalam negara ketika itu.

          Kita berbalik pula kepada kisah Hafiz. Hafiz yang dibesarkan oleh datuk dan neneknya selepas kematian ayahnya. Bayangan kata bahawa beliau adalah keturunan singa membuatkan Hafiz sering mengigau. Hafiz yang mencintai Citra Widya sentiasa membantu pujaan hatinya melarikan diri dari buruan . Kenapa Citra Widya diburu?Apakah Citra Widya sebenarnya mempunyai satu hubungan dengan Bapak Rinto sehinggakan dia melarikan diri?Hafiz tidak peduli.Citra Widya adalah cinta hatinya.

         Sehingga akhirnya Citra Widya terpaksa akur bahawa dia juga mencintai Hafiz. Sebenarnya bukan senang nakcekup hati Citra Widya ni tau...naik geram juga kita membacanya.Tetapi rahsia itu korang kena baca sendiri baru best...hahaha...

          Citra Widya dan Hafiz akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin.Dalam saat begini pula, Citra Widya menyerah kalah lantas dengan rela hati pergi meninggalkan Hafiz untuk kembali kepada Bapak Rinto. Citra Widya akhirnya dibawa pulang ke Indonesia oleh orang suruhan Bapak Rinto.Siapakah Bapak Rinto?Hafiz mula curiga.Hatinya tergugat.Namun begitu,dia membuat keputusan untuk berhadapan dengan Bapak Rinto.

          Dipendekkan cerita, Bapak Rinto rupanya adalah bapa kepada Citra Widya.Citra Widya telah melarikan diri kerana tidak mahu berkahwin dengan lelaki pilihan bapanya.Saat mereka hampir dijodohkan, Hafiz mendapat tahu bahawa Citra Widya dan dirinya tidak mungkin boleh bersatu.Kenapaek?Bab ni saya taknak pecah lobang.Korang bacalah sendiri.Kalau tak,hilanglah suspennya.Hafiz kembali ke Malaysia membawa hati yang luka.Bungkusan kiriman dari Suhaila mengandungi catatan perjalanan datuknya dan juga catatan Suhaila ibunya.Rahsia telah terbongkar.

          Mau aje saya ceritakan rahsianya.Tapi kata hati saya,tak payah...kasi suspen lebih...

          Abam pula dalam pada digelar bodoh piang dan bermacam lagi yang menyakitkan hati,tetapi masih juga menyimpan hasrat berkahwin dengan Juita. Kerana nekadnya Abam yang ingin melamar Juita,Pak.Budin mengenakan syarat supaya Abam menyediakan sebuah kereta,sebuah rumah dan membawa Pak Budin dan isteri ke mekah sebagai hantaran. Juita yang juga peminat setia novelist Ramda Amira meminta Abam menuliskan sebuah novel sebagai hantaran perkahwinan.Semuanya dilakukan untuk mengelak permintaan Abam yang tidak masuk akal,iaitu ingin berkahwin dengan Juita.

          Abam berusaha membuat kereta kayu untuk Pak Budin.Namun akhirnya dia mula diterangkan apa yang sebenarnya dimaksudkan Pak Budin dan Juita.Abam sedih.Namun begitu, rajuknya tidak begitu dihiraukan.Abam yang membuat pengintipan di rumah agam Suhaila. Abam tekad berhadapan dengan Suhaila dan ingin membantu Suhaila.Abam meletak jawatan sebagai penjaga lembu Pak Budin.Ini membuatkan Juita kecewa dan sedih.Abam meminta masa enam bula untuk memenuhi segala syarat Pak Budin dan Juita.

          Suhaila kecewa kerana pesanannya kepada Hafiz tidak dapat disampaikan Kamil seperti yang diharapkan. Beliau membuat keputusan untuk bertolak ke pulau Singah walaupun tanpa Hafiz.Perjalanan ke Terengganu akhirnya sampai di pengkalan.Hafiz yang pulang untuk bertemu Suhaila setelah mengetahui rahsia siapa Suhaila dan siapa yang membunuh ayahnya,jadilah macam cerita omputih.Siap jumpa surat pesanan yang ditampal Suhaila pada rumah agam.

          Dalam nak gerak tu, sampai juga Hafiz.Maka merekapun bergerak sama ke Pulau Singah. Nada suspen memang terbaiklah...

          Akhir sekali,saya nak bukalah sedikit rahsia diorang ni...Atuk si Hafiz ni pernah berlayar dan kapalnya pecah sehingga terdampar ke Pulau Singah.Pertemuan dengan Dang Chanden membuatkannya jatuh cinta.Tetapi cinta mereka dihalang kerana diantara mereka mempunyai batasan rahsia yang sukar dimengertikan.Keluarga Dang Chanden memiliki sumpahan.Mereka tidak boleh keluar dari pulau ini supaya tidak terkena tulahnya.

         Atuk Hafiz diusir keluar dari pulau.Tetapi demi cinta, Dang Chanden menyusup masuk ke dalam kapal tanpa pengetahuan ibu bapanya.Mereka hidup bahagia sehinggalah Suhaila dilahirkan.Dang Chanden menghilangkan diri.Yang tinggal hanyalah tohmahan tentang atuknya memiliki saka singa.Rupa-rupanya Dang Chanden bertukar menjadi seekor singa betina dan ditempatkan oleh atuknya di bahagian bawah rumah agam.

         Pelayaran penuh triller kalau korang baca buku ni tau...Pelayaran membawa seekor singa putih bermata merah saga. Dah jumpa pulau tu,mak bapak Dang Chanden tidak mahu memaafkan Dang Chanden sehingga hati pembaca turut diburu resah dan simpati.Dang Chanden kian lemah.

(Sebagai pembaca,kita tertanya-tanya siapa hero dan heroin sebenar dalam cerita ni?Macam Abam je heronya.Hilang semua kebodohan piangnya.)

          Abam berjaya memujuk ibu bapa Dang Chanden untuk memaafkan anak mereka.Dah tu barulah Dang Chanden berubah kepada bentuk manusia semula.

         Selepas enam bulan,Juita kian sedih.Janji Abam untuk kembali tidak ditepati.Rindunya pada Abam membuatkan dirinya huru hara.Akhirnya tanpa berfikir panjang,Juita menerima lamaran lelaki lain.Tunangannya menjemput ke majlis pelancaran buku terbaharu Ramda Amira penulis kesayangannya.

        Tanpa diketahui, Tunangnya ,Abam dan Ramda Amira adalah orang yang sama.Maka terhurailah sebuah cerita dari gabungan tiga lelaki,tiga wanita dan sebuah cerita.TAMAT.

        Korang rasa best tak cerita ni?Adik ipaq saya merangkap peminat setia Ramlee Awang Murshid mensifatkan, imaginasi Ramlee Awang Murshid tak best.Tetapi bagi saya sendiri, cerita ni best tau...Kalau nak ikutkan cerita seram, cerita ni memang tak seram.Sebab tu adik ipaq saya tu kata tak best.Tapi cerita ni sebenarnya menghiburkan,suspen dan santai.Kita yang membacanya tak stress.Ceritanya memang mudah dijangka.Berbeza dengan cerita tulisan Ramlee Awang Murshid sebelum ini.

        Apapun,tepuk dada,tanyalah selera.Siapa tahu,selepas imaginasi ni, Ramlee Awang Murshid akan membuat cerita seram pula kan...Tetapi apa yang saya rasakan, tiada calon cerita terbaharu dari beliau kerana di belakang buku tidak lagi tertulis tajuk cerita baharu seperti yang dilakukan beliau sebelum ini.Wallahu a'lam.

        Buat peminat Ramlee Awang Murshid, "SELAMAT MENMBACA"      


Rabu, 8 Jun 2016

Amir Minah Macho-Ummu Wafa

          Amir Minah Macho adalah novel karya Ummu Wafa untuk kesekian kalinya berada dalam koleksi novel kesayangan saya.Sebenarnya novel ni dah lama di pasaran.tapi baru kali ini saya mengorbankan sedikit wang untuk memiliki buku-buku idaman yang telah sekian lama terpendam.

          Novel ini saya beli pada hujung minggu lepas di jualan gudang Karangkraf.Hakikat yang tak dapat dinafikan,masih banyak novel yang saya idamkan,tetapi memadailah buat kali ni.Nak borong semua,habislah kena ikat perut.

          Novel ini mengisahkan tentang seorang gadis tomboy yang bekerja sebagai seorang mekanik kereta di bengkel kereta milik bapa saudaranya Halim(paksu).

          Kisah bermula dari kereta volksvagen tua yang dimiliki Airel rosak dalam perjalanan untuk pergi kerja.Amir pula ditugaskan untuk membaiki kereta tersebut.

          Sampai sahaja Amir berdekatan kereta putih milik Airel,Amir tercari-cari pemilik kereta.

          "Assalamualaikum" salam yang diberi membuatkan Amir terkejut beruk sampai tercekik chewing gum.hahaha,itulah kan... novel ni memang lawak dari mula cerita sampai tamat.Baca sinopsis je memang takkan puas hati tau...

          Sekali mata bertentangan,Amir terkelu dan Airel pula terpana.Amir jatuh cinta. Airel merasakan ada sesuatu yang mengalir dihatinya,tetapi masakan dia boleh jatuh cinta pada seorang lelaki? Tak kisahlah...tapi Airel bagai terpesona untuk mengenali siapa Amir.

          Amir yang kelu terpaksa belagak bisu untuk cover malu.Kelam kabut guna bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan Airel.Setelah dibaiki,tetapi kereta katak Airel masih tak mahu hidup.Nak call paksu pulak,dah berlagak bisu.Terpaksalah mesej paksu walaupun biasanya dialah yang paling malas nak mesej orang.

          Kereta terpaksa ditunda ke bengkel kerana tak cukup alatan.Si Airel ni pulak,terpaksa menghadiri mesyuarat penting.Mahu tak mahu,terpaksa mintak tolong Amir hantarkan.

          Amir yang selalu bawa motor ala-ala mat rempit tu pun hantarlah Airel ke pejabat.Airel yang kecut perut terpaksa memeluk pinggang Amir.Apa lagi,lagi lajulah Amir memecut.

          Esok harinya,bila Airel datang ke bengkel untuk mengambil keretanya,Amir keluar dan menyuruh kawan-kawannya memberitahu bahawa beliau balik kampung sebab nenek sakit.Tipu pulak depak Paksunya Halim.Nenek Amir tu kan mak Halim...kantoi alamlah jawabnya.hahaha..

          Kalau saya nak cerita semua,memang banyak part best dan kelakar.Tapi dipendekkan cerita,Amir dipaksa bertunang dengan Mail, rakan sekelas masa kecil Amir.Pada mulanya Amira membangkang.tetapi bila emaknya pura-pura sakit,terpaksalah Amir mengalah.Sudah begitu,habis kaki seluar jin mambang Amir kena gunting oleh Mak Milah ibunya.

          Amir terpaksa menjadi Amira yang berbaju kurung pulang ke Kuala Lumpur.Demi kerja bengkel,Amira membeli pakaian baru.Tetapi namanya kini Amira,seorang gadis manis pujaan Mail dan Airel.

          Dan dipendekkan cerita,bermulalah epilog air mata bila Amira dan Airel saling jatuh cinta sedangkan Amira sudah bertunangan dengan Mail. Ditambah pula ibu Airel iaitu Puan Hasni seorang yang mementingkan harta.Kakak Airel sendiri pernah dibuang keluarga kerana berkahwin dengan pilihan sendiri sehinggakan cucunya sendiri yang sakit tidak dipedulikan.

          Cinta Amira dan.Airel ditentang oleh kedua belah pihak.Akhirnya Amira memilih untuk memutuskan hubungan dengan Airel dan menerima Mail.Dalam perjalanan pulang ke kampung,ketika menunggu bas,Amira diragut.Kerana dia sedang berbaju kurung,Amira tidak mampu mengejar pencuri tersebut.

          Pencuri tersebut melarikan diri ke dalam sebuah kereta yang sedang menunggunya.Kesian Amira,terpaku ditengah jalan.Tiba-tiba tubuhnya melayang.Amira dirempuh kenderaan dan darah pekat mengalir di kepalanya.

          Pengebumian Amira selesai sudah.Mak Milah bagai orang mamai merindui Amira yang meninggalkannya.Rasa bersalah kerana selalu memarahi Amira dan memaksa Amira berkahwin menghantui fikirannya.

          Dua tahun berlalu.Airel kini aktif dalam aktiviti tablighnya.Mega Sakinah muncul dalam cerita ni.Mega Sakinah jatuh cinta dengan suara imam solat di masjid dan memohon supaya ayahnya meminang pemilik suara itu.

          Sebenarnya,cerita ni panjang dan sangat menarik.Sengaja saya pendekkan sebab taknak entry ni over long night.hihi,
Kalau korang nak tau,kenalah beli buku ni.Walaupun dah lama di pasaran,tapi tak rugi beli tau...

          Ummu Wafa memang hebat mencantum cerita santai dengan selitan agama.Saya sukakanya.

          Ending cerita ni,Airel kahwin dengan Mega Sakinah.Mega Sakinah pula adalah Amira yang hilang ingatan akibat kemalangan.Macam mana boleh jadi camtu, jom baca novel ni.

Sekian...

Jumaat, 9 Oktober 2015

Antologi mistik jembalang


Antologi mistik jembalang .

Penulis:
~Ramlee Awang Murshid,
~Jessy Mojuru,
~Riduan Judin,
~Zhahrulnizam Shah ZA .

               Di dalam buku ini terdapat empat buah cerita mistik gabungan dari empat orang penulis.Cerita yang berunsurkan mistik ini pastinya mendebarkan setiap pembaca.

RUNCING
PENULIS:ZHAHRULNIZAM SHAH ZA.

               Kisah ini menceritakan tentang seorang gadis yang bernama Seri Bakawali, anak kepada Kiai Samsuddin yang disantau sehingga perutnya membuncit bagaikan mengandung.Seri Bakawali sering kesakitan akibat dari penganiayaan ini.

              Kiai Samsuddin berusaha mengubati anak gadis kesayangan beliau yang sangat menderita.Tetapi siapakah yang menganiaya beliau dan apakah sebenarnya terjadi?

              Imbas kembali,Hambali merupakah salah seorang murid Kiai Samsuddin yang paling disayangi.Hambali dihantar ke sebuah perkampungan untuk membantu Haji Ipin yang telah disihir.Entah kenapa setelah sekian lama ,beliau tidak kembali.

             Seri Bakawali yang telah beberapa kali dipinang orang membuatkan Kiai Samsuddin serba salah.Sedangkan Hambali yang dinanti entahkan kembali , entahkan tidak.

             Cerita ini memang sukar untuk diterjemahkan kerana ianya hanyalah bayangan yang sukar ditafsirkan.Kewujudan Seorang rakan lama Kiai Samsuddin yang ingin membalas dendan kepada Kiai Samsuddin mencuri kain batik anak gadis Kiai Samsuddin semata-mata untuk menyihirnya.

            Kain batik tersebut dimasukkan ke dalam sebuah tempayan yang ditanam di dalam tanah.Berudu dimasukkan ke dalamnya lalu ditutup.Bila berudu menjadi katak, Katak akan melompat untuk keluar.Ada yang lepas dan ada yang mati.Maka sihir yang dibuat amatlah kejam.Rasanya sipengamal sihir ni memang berhati kering.

            Muncul juga kisah Batin Uda yang cuba mengubati lawan Hambali yang membantu Haji Ipin melawan sihir yang dihantar.Sebuah kisah dalam misi memburu darah harimau hanya untuk mengubati Sahak yang hampir mati akibat dari pebuatannya sendiri.

            Kisah memburu harimau juga banyak menimbulkan detik cemas bila seorang demi seorang anak buah Batin Uda menemui kecelakaan.Pengalaman melalui detik cemas ini pastinya mendebarkan perasaan pembaca.

            Kisah runcing 2 ini mungkin sebuah kisah yang bersambung dari siri pertama.Ini membuatkan cerita jadi tergantung.Kalau nak tahu apa yang terjadi, kenalah jejak kisah yang sebelum dan selepas yang saya sendiri tak tahu dimana.

            Apapun, tafsiran saya dan suami berbeza.Adan kata, Seri Bakawali akhirnya mati kerana sihir tersebut sudah tidak dapat diubati.Tetapi bagi saya pula, gabungan masa pemergian Hambali selepas tiga bulan, sedangkan sihir tersebut boleh membunuh dalam masa sebulan,Kiai Samsuddin mendapat firasat bahawa anaknya hanya boleh diubati dengan gabungan Hambali dan Kiai Samsuddin sendiri.

           Pasti ada sedikit peluang untuk sembuh.Apapun, cerita ni memang tergantung dan pengakhirannya buat suami saya terus taknak baca cerita seterusnya. Buang masa katanya. hahaha...Habislah...Baru nak bodek dia baca novel.

-----------------------------------------

BIDADARI PENCABUT NYAWA.
PENULIS: RIDUAN JUDIN .

             Kisah yang melakarkan persekitaran Sabah sebagai latar belakang yang menyeramkan.Puncak Kinabalu menjadi kitaran penghuni yang membunuh siapa sahaja yang masuk ke dalam kawasan hutan Nusawungu yang dianggap kawasan milik mereka.Bidadari pencabut nyawa adalah sebuah cerita yang sangat menarik dan penuh suspens.

            Hutan Nusawungu merupakan kawasan hutan di puncak Kinabalu.Lembah perawan merupakan sebuah perkampungan yang berada dipinggir hutan Nusawungu. Paroi dan Jairon merupakan dua warga Lembah perawan yang telah melanggar larangan Tok pawang yang melarang sesiapapun memasuki hutan tersebut terlalu jauh ke dalam.

            Mereka telah memasuki hutan untuk mencari akar-akar kayu untuk dijadikan ubat.Dalam keasyikan, mereka telah sampai jauh ke dalam hutan sehinggakan tersesat didalamnya.Paroi telah dibunuh dengan kejam.Jairon dipaut dari belakang dan dilambung ke atas.Jairon yang nyawa-nyawa ikan tersandar lemah dengan darah menyeruak dari setiap gurisan kuku runcing sang Rogon.

            Kata makhluk itu, janji harus ditepati.Janji Jairon untuk pulang sebelum malam dilunaskan oleh Rogon.Seroja yang menanti dengan penuh debaran di rumah membuka pintu bila Jairon pulang dengan wajah yang garang tanpa suara.Jairon terus masuk ke kamar tanpa mempedulikan pelawaan Seroja untuk makan mahupun membersihkan diri terlebih dahulu.

            Seroja dibunuh dengan kejam dan darahnya dihirup sehingga kering.Sementara dari bilik sebelah,Paduka melihat sendiri bagaimana ibunya dibunuh oleh makhluk hodoh tersebut.Sambil memegang sebiji limau nipis, Paduka menangis semahunya.

            Kisah kedua,Fedor dan Kamelia saling mencintai.Saat sedang berdating dengan tunangannya Kamelia,mereka diserang oleh beberapa orang lelaki bertopeng.Cincin pertunangan mereka dicabut dari jari Kamelia.Malangnya Kamelia telah dibunuh dengan kejam di hadapan matanya sedangkan dia sendiri tidak tahu siapakah yang membunuh Kamelia.Mayat Kamelia ditemui pada keesokan hatinya dengan kesan torehan di lehernya dan dagunya dibakar.

             Fedor diburu polis diatas tuduhan membunuh Kamelia kekasihnya sehinggakan Fedor terpaksa melarikan diri jauh dari Puncak Kinabalu.

           Paduka diambil oleh datuknya Tok Pawang iaitu bapa kepada Jairon, merangkap penghulu di Lembah Perawan.Tok Pawang meninggalkan Paduka di rumah John,iaitu salah seorang pengikutnya dan berusaha mencari anaknya Jairon dihutan.

           Tok pawang mengarahkan pengikutnya melumurkan badan mereka dengan air hirisan limau nipis kerana Rogon tidak sukakan bau limau nipis.Mereka juga diminta menterbalikkan baju yang dipakai supaya mereka tidak disesatkan sehingga tidak bertemu jalan pulang.

           Salah seorang dari mereka enggan mengikut arahan kerana menganggap bahawa, kata-kata Tok Pawang hanyalah karut.Mereka meneruskan perjalanan ke dalam hutan yang lebih ke dalam.Namun tiada tanda-tanda Jairon dan Paloi berada di situ.

           "Akurisaukan anak dan bini di rumah" Tiba-tiba John berbisik kepada pawang.

           "Yang penting,kita tidak berjanji untuk pilang hari ini,John,itu pantang mereka..."jelas Tok Pawang.

           "Maksud tok?"

           "Kalau kita berjanji hendak pulang,harus tunaikan janji itu walaupun sudah lewat malam."

           "Jadi kejadian semalam tu?"

           "Eya, pasti Jairon berjanji akan pulang ke rumah tetapi dia tidak sempat keluar daripada hutan banjaran ini." Jelas Tok Pawang.

           "Tapi aku berjanji untuk pulang hari ini tok,"John mula pucat.

           "Kan Tok sudah cakap sebelum perjalanan tadi!"marah Tok Pawang.Suaranya ditahan agar tidak terlalu kuat.

             Keputusan Tok Pawang untuk pulang menimbulkan rasa tidak puas hati Tawi.Tiba-tiba kedengaran suara kepakan yang melintas laju membuat bulu roma meremang.

             Tok Pawang mengarahkan mereka membuat satu bulatan mengelilingi unggun api.Mulutnya kumat kamit membaca bait mentera.Tawi masih angkuh dengan pendiriannya.Bunyi pokok bergoyang dan libasan angin membuatkan Tawi terpaksa akur lalu mendekati unggun api.

            "Cepat lumurkan lagi badan dengan limau nipis", arah Tok Pawang.Tawi yang telah membuang buah limau yang diberikan kepadanya mula menggelabah.Tok Pawang terus membaca menteranya.Bunyi kepakan sudah lesap akhirnya.

            Tok Pawang terduduk melihat sesuatu sedang berjalan ke arah mereka.

            "Rogonnn..."Tawi menjerit lalu berlari keluar bulatan.Sepantas kilat Tawi disambar dan ditarik ke atas.

            Tok Pawang mengajak semua pengikutnya berlari keluar dari hutan sambil melumurkan badan dengan limau nipis.Rogon hanya melihat mereka semua pergi.

            Camana?Suspen tak?takkan saya nak cerita semua kot...tak suspenlah kan...so, saya ringkaskan aje cerita ni.

            Kematian Seroja disusuli dengan beberapa pembunuhan lain.Paduka dibesarkan dengan memenuhi dadanya dengan ilmu.Paduka disekolahkan dan dihantar belajar ilmu persilatan .Watak Ferdo dan Kamelia pula menambahkan gabungan elemen suspens.Siapa Fedor?Siapa Kamelia?Apa kena mengena dengan Seroja?

            Cerita ini menjadi lebih suspens bila Paduka sudah dewasa.Paduka menjadi seorang muslim dan bekerja sebagai pemandu pelancong di kaki Gunung Kinabalu.Anak Fedor sendiri menjadi watak penting menambah adegan seram dan suspens di akhir cerita.

           Bagaimana Paduka menyelesaikan segala misteri ini?Jom baca buku ini sendiri.Memang tak dapat dinafikan, cerita ini digarap dengan baik sekali.Kalau orang ada lemah jantung dan darah tinggi tak payah bacalah...putus urat jantung nanti,haha....

           Cuma yang saya tak puas hati, pengakhirannya direka satu situasi lain.Orang bunian pulak yang menjadikan penunggu hutan tersebut sebagai penunggu hutan.Sedangkan bidadari pencabut nyawa yang sebenarnya adalah dirinya yang tiada pengakhiran yang akan terus membalas dendam.Rasanya kalau setakat semuanya mati dalam hutan tu, ceritanya sudah cukup menarik.

......................

PENUNGGU RUMAH PASUNG.
PENULIS:JESSY MOJURU.

            Pertemua Wawa dengan Zaidi ketika beberapa orang pemuda membuat pertaruhan sama ada berani atau tidak bermalam di rumah pasung yang dianggap berhantu.Pertemuan yang berakhir dengan trajedi yang tidak terungkai.

            Que yang hilang ingatan,terperangkap di sebuah rumah yang terletak di dalam hutan dengan kaki dipasung.Rini telah datang dan membuka rantai yang mengikat Que.Sedangkan Rini adalah wanita misteri yang akan menghilang setiap kali ada sesuatu yang mengganggu Que.

            Que sangat berasa aneh kerana hanya dia dan Rini sahaja berada di dalam rumah ini sedangkan hanya sebuah rumah yang ada di situ.Rumah yang dikelilingi hutan tak berpenghuni.Berbagai peristiwa aneh yang mereka lalui sepanjang malam yang bagaikan tiada berpenghujung.

            Que yang hilang ingatan gagal mengingati siapakah dirinya yang sebenar sedangkan kata Rini, hanya Que yang mampu membebaskan mereka berdua dari misteri yang tak berpenghujung ini.Que mengajak Rini keluar dari rumah tersebut dan mencari jalan keluar.Dalam perjalanan,mereka bertemu dengan seorang lelaki yang terbaring.Lelaki tersebut bangun dan berjalan ke arah mereka.Bila memandang sebelah Que, pemuda tersebut cepat-cepat melarikan diri.

            Di hadapan, kemalangan telah berlaku dan mayat lelaki tadi sedang tersangkut di atas pokok.Que meneruskan perjalanan,malangnya penghujung jalan itu, mereka kembali bertemu dengan rumah dari mana mereka datang.

            Buat kali keduanya Que mengajak Rini keluar dari rumah tersebut, mereka bertemu dengan dua orang pemuda yang sedang bertaruh untuk bermalam di rumah pasung.Que mengekori mereka ke rumah pasung.Itulah rumah yang mereka datang.

            Mereka berdua terkejut melihat Que yang telah mereka ketuk kepalanya sehingga hilang ingatan berada di situ.Kata mereka, wajah Que seiras Zaidi.mujurlah Zaidi telah menarik diri.Tinggallah mereka berdua sekarang.Tapi mustahil Que adalah Zaidi kerana Zaidi seorang yang kurus, tetapi Que agak gempal orangnya.

             Mereka semua disakat hantu rumah pasung sehingga akhirnya membuat keputusan mencari jalan keluar dari hutan ini.Mereka berpakat untuk mengikut Que yang telah lama sesat di hutan ini.Mereka menemui sebuah perkampungan yang tiada penghuni.Ternyata perumahan tersebut cuma ada sebuah rumah yang berpenghuni.Di situ ,mereka menemui seorang nenek tua yang aneh.

            Mereka yang ketakutan melarikan diri dan akhirnya tetap sampai ke rumah pasung.

            Jeng!jeng!jeng!....masa untuk berhenti bercerita.Siapa Que?Siap Zaidi?Siapa Wawa? Siapa dua orang pemuda tadi?Siapa nenek tua tadi?Misteri akan terungkai kalau korang baca buku ni.Tapi bagi saya, setiap pergerakan dalam cerita ni dapat diagak dengan mudah.Suspens,tetapi agakan kita setiap kali adalah betul So, ianya buat kita kurang suspens la...hihi

.............................................

TETAMU SIANG.
PENULIS:RAMLEE AWANG MURSHID.

             Bagi saya, cerita ini adalah cerita paling saya suka sebenarnya.Tak pasti sama ada ianya berpunca dari garapan seorang profesional,atau kerana saya memang dah sebati dengan corak penulisan beliau.Walaupun penulisan beliau sudah banyak yang saya baca, tetapi pergerakan dan pengakhiran selalunya sukar dijangka.Ramlee Awang Murshid memang bijak memainkan emosi dan membuatkan kita tertanya-tanya dan akhirnya ianya adalah sesuatu yang diluar jangkaan.Jom baca.

             Kampung Lembah Beringin 1830.

             Kampung Lembah Beringin digegarkan dengan pembunuhan oleh Suaka.Mayat bergelimpangan dan jantung mereka hilang.

             Imam musollah bernama Salleh dan anaknya Adi menguruskan pengkebumian dengan menggali sebuah lubang besar dan menguburkan mayat dalam satu kubur besar.Sedangkan penghulu kampung sendiri tidak muncul.Penghulu kampung hanya muncul pada sebelah petang bersama Liau Gantua.

             Salleh dihalau oleh Liau Gantua kerana katanya jembalang itu mengamuk kerana tidak sukakan Salleh.Salleh membawa anak dan isterinya pergi dari kampung Lembah Beringin.Mereka mendirikan sebuah pondok kecil dan menggali lubang mengelilingi rumah dan menaburkannya dengan garam bukit yang dicampur lada hitam.

            Salleh mengarahkan Adi menjaga ibu dan kakaknya.Salleh menunggu kedatangan Suaka yang dijangka akan memburu mereka.Kemenangan menjadi milik Salleh membuatkan Suaka melarikan diri.Nak adegan suspens, kena baca sendiri buku ni tau...

            Kampung Buana Senandung 18 tahun kemudian.

            Kampung Buana Senandung adalah kampung sebelah dengan Kampung Lembah Beringin.Tok Ketua dan isterinya Jinah mempunyai dua anak lelaki bernama Jadur dan Mulia.Juga anak perempuan bernama Cindai.Cindai mencintai Jejaka.

            Suatu siang, Jadur dan Mulia menemui mayat terapung di sungai berhampiran kampung.Jadur dan Mulia ketakutan, sementara Tok Ketua kelihatan sungguh marah.Andai hal ini tersebar, namanya sebagai pemimpin pasti akan tercemar.

            Apa bila mayat diperiksa, Tok Ketua amat terkejut kerana dada mayat terbelah dan jantungnya dirobek.Mustahil ini adalah perbuatan manusia.Tok Ketua termenung panjang.Tetapi mustahil juga perbuatan binatang buas.Tiba-tiba Tok Ketua terfikirkan dukun besar di kampung sebelah.Siapa tahu Liau Gantua tahu apakah makhluk yang telah membunuh di perkampungannya kini.

            Jejaka, kekasih Cindai datang ke rumah Tok Ketua melaporkan satu lagi mayat telah ditemui di dalam hutan di pinggir kampung.Tok ketua pergi ke tempat kejadian.Ramai penduduk kampung sudah berkumpul di sana.

           "Apakah ini pekerjaan jembalang?"

           "Jembalang mana?hahaha..."Tok Ketua ketawa.

           Tetapi apakah makluk yang sedang membunuh di kampung ini?Semua persoalan dan setiap gerak cerita sangatlah mendebarkan.Sesekali kita bagaikan disergah dengan pembunuhan baharu dan suasana ketakutan seluruh penduduk kampung.

           Perangkap digali dan buluh tajam diletakkan di dalam lubang sebagai perangkap.Sayangnya Makluk tersebut terlalu ampuh untuk dikalahkan.Pernah sekali termasuk perangkap,tetapi terlepas dengan hanya dengan satu lompatan.Tok Ketua hampir berputus asa.

           Pembunuhan demi pembunuhan membuatkan semua penduduk ketakutan dan kedudukan Tok Ketua kini semakin goyah.Pembunuh itu mempunyai kuasa yang memukau dan melemahkan seluruh urat nadi mereka semua.Pembunuh itu langsung tidak mampu dirapati apatah lagi untuk membunuhnya.

           Jadur telah mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan ibunya Jinah.Tok Ketua sungguh kecewa.Ramai penduduk kampung telah mati.Pembunuh itu digelar tetamu siang kerana ianya hanya muncul pada siang hari.Bila malam, ianya cuma datang seperti angin yang tidak dapat dilihat.Tetamu siang itu adalah makhluk tanpa wajah.

Kampung Lembah Beringin.

           Liau Gantua terus memuja menyeru suaka,namun Suaka tidak juga muncul.Liau Gantua sungguh marah dan kecewa.Suaka tidak mahu muncul secara tiba-tiba selepas dia mengusir Salleh dari kampung.Suaka marah kerana Liau Gantua tidak menghapuskan Salleh.

           Kemunculan Salleh yang berani bersolat di musollah yang terbiar tak terjaga menimbulkan kemarahan Liau Gantua.Liau Gantua mengurung Salleh dan mahu menjadikan Salleh sebagai korban di pohon besar tempat dia memuja Suaka.

Kampung Buana Senandung.

          Jejaka bertemu dengan Cindai secara sembunyi-sembunyi.Dalam perjalanan pulang, Jejaka terdengar sesuatu yang memukau dan melemahkan seluruh anggota badannya.Dia menggagahkan diri untuk melihat apakah makhluk yang membaca mentera sekuat ini sehingga melumpuhkan seluruh anggota badannya.

           Kehilangan Jejaka dicari.Dalam pada itu ramai yang terus terkorban.Jejaka ditemui dalam keadaan yang menyedihkan.Seluruh badannya luka.Jinah menggunakan air penawar dari dukun Liau Gantua yang disimpan oleh Tok Ketua di rumahnya.Tok Ketua tidak membenarkannya menggunakan penawar tersebut kerana dia amat mendendami Liau Gantua.

           Penduduk kampung memohon untuk berpindah demi keselamatan keluarga mereka.Tinggallah yang muda dan kuat sahaja di kampung untuk menentang makhluk pembunuh itu.Tetapi satu lagi kejutan,semua penduduk kampung yang berpindah ditemui mati di dalam hutan.Mayat bergelimpangan tanpa jantung.Tok Ketua sangat tertekan.

           Dalam pada itu,Cindai pula dilarikan oleh makhluk tanpa wajah ke dalam hutan.Wajah Cindai diubah kepada wajah makhluk tersebut,iaitu tanpa wajah.Jejaka yang menjejak Cindai sampai ke hutan akhirnya bertemu Cindai tetapi terpaksa lari ketakutan melihat Cindai yang sudah berubah rupa.

           Rasanya dah panjang sangat saya menulis ni.Marah pulak pembaca yang nak beli buku ni kalau saya dah cerita semuanya.Nanti semua orang dah tahu jalan ceritanya.

           Sampai tahap ni, mulalah satu pembongkaran siapa itu makhluk tak berwajah aka tetamu siang.Beliau adalah Adi iaitu anak Salleh.Adi memasuki alam jembalang untuk membunuh Suaka.Suaka  adalah jembalang yang di puja oleh Liau Gantua.

          Maka bermulalah imbasan semula dari semua insiden yang penuh debaran.Cindai yang diubah kepada wajah manusia telah memasuki alam manusia dan menjadi pontianak untuk membalas dendam diatas kematian Suaka.Wah...Kalau korang darah tinggi tolonglah jangan baca ditil sangat.Kalau trasa korang penakut gila pun, janganlah baca buku ni.Tapi orang penakut ni sebenarnya memang suka baca buku kisah seram gini.Betul tak?

          Apa yang tak tahan dengan cerita ni,Kita berada dalam dunia jembalang tanpa kita sedari.Rupa-rupanya yang kita sangkakan jembalang pula adalah manusia yang berzikir.Semasa baca buku tu, geramnyalah...kenapa tak cuba aje baca ayat Al-Quran supaya sihir tetamu siang tu lemah.Rupa-rupanya yang dibaca itu adalah zikir dan syaitan akan lemah segala urat nadi sehinggakan luka seluruh badannya.Tak sangka pulak sedang berada dalam dunia syaitan.Aduhai Ramlee,kejam sungguh.Hahaha..

          Satu bab lagi, penawar disaat jejaka luka teruk, Jinah menyapukan penawar berwarna kuning yang diberi oleh dukun syirik tu.Rupa-rupanya ianya adalah air kencing dukun tersebut.Eeeuuwww...

          Akhir sekali, Bidadari pencabut nyawa mengkritik pembangunan di Sabah yang jauh ketinggalan.Kalaulah yang berwajib terbaca novel ni alangkah bagusnya.Harap mengerti keluhan rakyat marhain yang dianak tirikan dari pembangunan.

          Maka, belilah buku ni untuk santapan jiwa.Jangan jiwa anda di sentap sampai menggetar ketakutan sudahlah...Hahaha...berlebih-lebih pulak saya nak takutkan korang kan...

         Apapun, Selamat membaca...Tak rugi beli buku ini.Nak beli buku ini?Datanglah ke JUALAN GUDANG AKHIR TAHUN KARANGKRAF yang bakal berlangsung pada 29 OKTOBER HINGGA 1 NOVEMBER 2015 (jumaat hingga ahad , 9.00 pagi hingga 7.00 malam.)

All the best semua penulis buku ini ya...
Selamat membaca juga buat semua penggemar novel sekalian.
Assalamualaikum.

Jumaat, 21 Ogos 2015

Goyah

Tat kala siang membuka tirai
Goyahku mula terungkai
Apakah siang ini membawa sinar
Atau bakal menamatkan segala impian

Tat kala Bulan menyinari malam
Goyahku bertandang lagi
Hati berkata menyapa kegelapan
Mungkinkah harapanku kan menghilang

Tat kala fajar menyinsing
Goyahku memaksaku lena lagi
Buanglah goyahmu ke dalam mimpi
Agar semuanya pergi

Tat kala Azan subuh mengulit sepi
Terkejut aku dari mimpi
Alhamdulillah...aku bisa bangkit lagi
Akan ku tempuh segalanya kini

Goyah goyah pergilah
Akukan bangkit bersama zikrullah
Agar bisa aku bahagia
Meskipun dugaan menunggu di tangga

Ku zikir namamu ya Allah dihati
Kuselawat atasmu ya nabi
Ku ukir semangat baharu
Semoga kita dapat bertemu

Nukilan

AR(V)US

Isnin, 29 Jun 2015

Hero aku tomboy

Tajuk: Hero aku tomboy .
Penulis : arisa eriza.
Blog penulis : http://arisaeriza.blogspot.com/
Penerbit : Kaki novel sdn.bhd.

              Novel " Hero aku tomboy " ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Khairul Ezairy yang mempunyai deria sixthsense atau kebolehan pancaindera ke enam.Khairul sering diganggu oleh makhluk-makhluk yang tidak dapat dilihat kerana kebolehannya melihat apa yang orang lain tidak dapat lihat.

              Di dalam beberapa bab terawal, berbagi kisah seram yang dapat kita baca.Saya pula adalah seorang yang suka menghayati watak pembacaan saya.Maka saya rasa seram giler baca kisah Khairul yang berhadapan dengan makhluk-makhluk tersebut.Makluk tersebut tu hantu awek yang comel loteh mahu meminta bantuan Khairul untuk temukan mayat mereka.

              Sejak mula saya membaca novel ini, saya tinggal berdua dengan baby Ammar kat rumah.Sebab tu naik seram.Nak baca malam-malam pun kena berjaga sorang-sorang juga.Barulah saya perasan sesuatu.Ada masanya saya ni penakut juga,hihi...

              Semenjak menyelesaikan kes pembunuhan di kampusnya,Khairul menjadi popular sebagai ghost buster dikalangan pelajar.

              Fazlah pula merupakan seorang gadis tomboy yang belajar dikampus yang sama dengan Khairul Ezairy.Seperti kisah cinta lain,pertemuan memang tidak pernah dirancang.Khairul entah macam mana tersondol Faz ketika menunggang motor di kawasan kampus.

              Pada suatu hari ketika pulang ke rumah, Khairul terlihat seorang lelaki di dalam bilik beliau yang nyenyak tidur dikatil rakan sebiliknya Am.Ketika elok santai masuk bilik air dan bertuala,pintu bilik diketuk dan Khairul telah ditangkap berkhalwat.

              Siapa sangka rupa-rupanya yang tidur di katil Am sebenarnya adalah Faz.Faz meripakan seorang gadis yang selalu mengigau dan berjalan dalam tidur.Entah macam mana malam itu Faz boleh mengigau sampai masuk bilik di asrama lelaki pun tidaklah diketahui sebabnya.

              Maka bermulalah episod kahwin paksa pula.Sejarah Faz yang dikatakan seorang gangster di Kuala Lumpur semakin menakutkan Khairul.Sejarah Faz tentang lelaki pula membuatkan dia cuba mencari fasal untuk menjauhkan diri dari Khairul.

              Lebih gawat lagi bila mereka dihantar berbulan madu di sebuah rumah pusaka di Bukit Fraser.Dalam terpaksa mereka pergi juga.Tetapi jeng!jeng!jeng... makcik Faz menyambut kedatangan mereka dengan wajah serius tanpa sebarang kata.

              Trajedi menakutkan yang membuat Faz trauma dan demam seminggu akhirnya menghiasi bulan madu mereka.Dan Khairul berjaya menyelesaikan sebuah misteri iaitu misteri kematian makcik Faz yang telah diletakkan di dalam sebuah almari di rumah tersebut.

              Seterusnya...Khairul dan Faz bagaikan orang asing.Tapi akhirnya Khairul berjaya mendekati Faz dengan menukar gaya percakapan yang skema kepada bahasa Faz yang kasar.Dalam diam mereka saling jatuh cinta tetapi Faz sering menidakkan hatinya sendiri.

              Kepulangan abang Faz dari scothland mengubah segalanya.Perangai Faz berubah dan semakin menjauhkan diri dari Khairul.Dikala Faz menjauhkan diri dari Khairul,keluarga Khairul mendapat tahu tentang Faz merupakan seorang gadis tomboy dan langsung tidak berkenan dengan Faz.

              Muncul pula watak Hayati yang merupakan seorang gadis yang kalis cinta.Walaupun cantik dan merupakan seorang pintar di kamus mereka,semua lelaki yang menagih cintanya akan ditolak tepi.Entah macam mana,Khairul dipaksa berkahwin dengan Hayati oleh keluarganya.

              Faz sangat kecewa sehingga melarikan diri ke satu tempat.Akhirnya dia bertemu dengan Hayati.Maka terbongkarlah bahawa Hayati sebenarnya jatuh cinta kepada Faz tetapi cinta lesbiannya ditolak oleh Faz.Bila Faz berkahwin dengan Khairul, Hayati cuba memutuskan hubungan mereka walaupun dengan cara berkahwin dengan Khairul.

               Sebenarnya cerita ini menggunakan bahasa santai orang-orang muda dan agak kelakar juga.Tetapi dah diringkaskan,inilah jadinya.Novel ini adalah novel kedua penulis.Novelnya yang pertama bertajuk Bini aku tomboy ke? juga berkisah tentang seorang tomboy yang digilai para wanita.Bagi saya,novel kedua penulis ini adalah lebih seronok dibaca dari yang pertama.Jadi, tahniah untuk penulis...

               Penamat cerita ini, Faz kembali bahagia bersama suaminya Khairul.Ada insiden yang membuatkan Khairul menganggap Faz sebagai heronya tetapi saya ringkaskan sahaja ya...Siapa nak tahu cerita, sila beli dan baca sendiri novel ini.Selamat membaca.

Rabu, 25 Mac 2015

Dongeng Kucing dengan Jerung

                Dikala Kucing sedang menjual ayam di tepi jalan,datang Sang Jerung bersama dengan kereta mercedes barunya yang berkilat.

"Wah! cantik kereta kau, hebat kau sekarang kan?" tegur Kucing dengan ramah.

"Aku sekarang kan tauke pisang.Beribu-ribu pokok pisang aku tanam di dasar laut sana.Semuanya subur-subur belaka.Tambahan pula sekarang ni pisang mahal, memang kayalah aku."

"Benarkah ada pisang ditanam di dasar laut?" tanya Sang Kucing.

"Mengapa tidak? Buah-buah pisang yang aku tanam di dasar laut itu perlukan baja.Aku datang ke sini adalah untuk mencari baja.Aku dengar kau ada membekalkan baja kepada beberapa orang petani di sekitar sini. Sanggupkah engkau membekalkan baja yang banyak kepadaku? aku akan membayarmu." janji Jerung dengan senyuman yang cukup meyakinkan.Sang Kucing tersenyum kelegaan.

"Alhamdulillah...sekurang-kurangnya aku sudah mempunyai pembeli tetap baja keluaranku." kata Kucing dengan muka bercahaya.

"Elok sangatlah kalau macam tu. Dalam dua tiga hari lagi aku akan datang mengambil baja dari kamu." Kata Jerung.

"Okey, aku tunggu kau di sini." jawab Kucing.

              Selang dua hari, Kucing menanti Jerung di sebuah pangkin kayu berhampiran gerainya.Tepat pada masa yang dijanjikan, Jerung kembali lagi bersama mercedesnya.

"Ini baja yang aku janjikan," kata Kucing sambil menghulurkan baja kepada Jerung."

"Wah! Inilah yang aku cari-cari, terima kasih Kucing."

"Macam mana dengan bayaran?" tanya Kucing.

"Oh, kau kena faham cara aku bekerja.Kalau kau bagi aku baja lagi sekali barulah aku akan berikan kau bayaran.Dua tiga hari lagi aku datang." Kata Jerung.

"Kalau macam tu, tak mengapalah," jawab Kucing.

              Selang beberapa hari Jerung datang lagi bertemu dengan kucing .

"Ini baja yang aku berjaya kumpulkan," kata Kucing.

"Okey, terima kasih Kucing..." kata Jerung.

              Kucing serba salah.Mana bayaran yang dijanjikan Jerung? hatinya mula rawan.Tak tergamak pula hendak bertanya tentang bayaran yang dijanjikan itu.

"Dua tiga hari lagi aku datang lagi tahu, kau mesti siapkan baja untuk aku.Aku nak gunakan lebih banyak baja." kata Jerung dengan senyuman manisnya.

"Baiklah." jawab Kucing dengan senyuman terpaksanya.Tak boleh jadi macam ni, takkan dia nak diamkan sahaja tentang bayaran. Perbelanjaan keluargaku bergantung kepada pendapatan sampingan ini sahaja.Hasil berniaga ayam ini cukup-cukup untuk menampung perbelanjaan universiti Kitty,Peah,Sitam dan Momot aje. aku sudah hampir habis ikhtiar untuk mendapatkan belanja rumah.Akhirnya Kucing membuat keputusan membuat panggilan telefon kepada Jerung.

"Hello Jerung, aku minta maaf sangat kat kau, aku nak pakai duitlah sekarang.Mana pisang yang kau janjikan?" tanya Kucing.

"Oh, dua tiga hari lagi aku datang ambil baja.Aku akan lunaskan bayaran baja kau. Tapi jangan lupa baja tahu, aku perlukan segera." kata Jerung bersungguh-sungguh.

                Tiba masa yang dijanjikan, Jerung datang mengambil baja.
"Bayaran untuk baja pertama dan kedua tahu, Bayaran ketiga, bila aku datang ambil baja nanti," kata Jerung.

'Alhamdulillah...ada rezeki anak-anakku' bisik hati Kucing.

                Kini sudah dua bulan Kucing membekalkan baja kepada Jerung.Dalam seminggu, dua kali Jerung datang mengambil baja dari Kucing.Bayaran yang dijanjikan cuma sekali diperolehinya.Bayaran tertunggak sudah kian banyak.Jerung sering mendesak kucing memberikan baja kepadanya lebih banyak.

                Kalaulah Kucing menjual bajanya kepada petani lain, dia sudah mendapat hasilnya.Walaupun memerlukan duit, Kucing terpaksa bersabar dengan harapan Jerung akan segera membayar hasil keringatnya membuat baja setiap hari.

                Kucing tidak tahu apa yang harus dikatakan lagi.Kalau baja lewat dibekalkan,Jerung akan bersungut dan marah-marah.Tiada sedikitpun rasa bersalah kerana tidak melunaskan bayaran kepada Kucing.Kalau tidak mengenangkan Jerung adalah kawannya, dia tidak akan sanggup bersabar begini lama.Kucing juga perlukan duit untuk menyara keluarganya.

               Kucing tekad tidak akan membekalkan baja lagi kepada Jerung. Selepas dia menerima bayaran nanti, dia akan memberitahu kepada Jerung tentang keputusannya ini.

               "Hello jerung, bila nak bayar hasil baja aku?"

               "Minggu depan aku masuk duit dalam akaun kau," balas Jerung.

               "Hello jerung, Kau dah bank in belum duit aku?"

               "Insyaallah minggu depan aku bank in.Aku sibuk sekarang."

               Kucing termenung sendiri.Lepas minggu depan, minggu depan lagi.

              'Agaknya apa masalah jerung? Kalau tak berjanji , tidaklah aku mengharap.Boleh aku ikhtiar rezeki lain untuk anak-anak aku.Bersangka baik ajelah...Namun begitu,aku tidak akan berharap lagi.Kalau jerung bayar baja aku sekalipun, aku tak akan mahu lagi bekerjasama dengannya.' Itulah tekad Kucing.

 Tamat.

                Cerita ini hanyalah rekaan dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana kucing comel mahupun jerung yang dah jadi sup sirip yu dan sebagainya.Ianya sekadar imaginasi semata-mata.Mesej of the story?
             
                 Saya rasa, sikap memungkiri janji begini memang menyusahkan orang lain.Kasihan kucing.Harapkan duit dari jerung nak beli ikan kembung untuk anak-anaknya, tetapi anak-anaknya terpaksa berlapar kerana Jerung.Nasib baik jerung tu kawan, kalau tidak tentu kucing dah makan jerung tu dan boleh kongsi isinya dengan kucing-kucing yang lain.

                Awak juga boleh hilangkan kepercayaan orang kepada awak.Akan hilang juga rasa hormat walaupun awak besar.Menyampah lagi adalah.

                Sudahlah tak pernah minta maaf, asyik buat ayat tak bersalah aje memanjang.Ingat awak tu jerung dan besar, dosa menjadi orang munafik tak tersangkut ke? Awak akan dituntut di akhirat kelak.Huhuhu...sendiri mahu ingat.

               Semoga kita dijauhkan dari sifat munafik dan dijauhkan dari kawan-kawan yang munafik.Aamiin...

Selasa, 24 Mac 2015

Bini aku tomboy ke-Arisa Eriza

             Novel Bini aku tomboy ke ini ditulis oleh Arisa Eriza dan diterbitkan oleh Kaki Novel.

             Novel ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Sofi Zarill atau lebih dikenali dengan nama Zack.Oleh kerana ayahnya Dato' Hamdan terlalu inginkan anak lelaki,Zack dibesarkan seperti anak lelaki.Tanpa main pondok-pondok,tanpa main anak patung, tetapi sebaliknya bermain permainan lasak dan berpakaian seperti lelaki.

             Sehinggalah pada suatu hari Zack dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dan beg pakaiannya serta dompetnya telah dicuri.Dalam keadaan terdesak, Zack menuju ke sebuah surau tetapi dia dimarahi kerana memasuki surau perempuan sedangkan dressing Zack, menampakkan dirinya seperti seorang lelaki sejati.

              Akhirnya Zack dipertemukan dengan Abang Din yang berniaga di sebuah kedai makan.Zack menumpang di rumah Abang Din sebagai seorang lelaki.Menyamar demi nak menumpang tidurlah kononnya kan...

              Zack ditangkap polis kerana dituduh berniat nak skodeng anak dara orang di surau.Memang susah perempuan berpakaian lelaki nak solat di surau kan?Nasiblah kau Zack...

             Zack kembali kepangkuan keluarga setelah berjaya menghubungi ayahnya ketika di balai polis.Abang Din yang jatuh cinta pada Zack menjauhkan diri dari Zack kerana mengetahui bahawa Zack adalah anak orang kaya.

            Tetapi jodoh pertemuan dan ajal maut ditangan tuhan.Zack yang ingin dijodohkan dengan Azim oleh kedua ibubapanya akhirnya berkahwin juga dengan Abang Din kesayangannya.Nak tahu macamana mereka berjodoh sedangkan Zack menyamar sebagai lelaki, kenalah baca buku ni sendiri kan....

            Sayangnya kalau Allah kata ada jodoh tetapi jodoh tak panjang nak buat macam mana kan...Abang Din dan Zack mengalami kemalangan yang meragut nyawa Abang Din.Kehilangan Abang Din akhirnya diganti oleh  Azim yang sekian lama jatuh hati kepada Zack.

            Nak tahu bagaimana kisah seorang lelaki yang berkahwin dengan seorang perempuan lasak bergelar tomboy aka Zack, kenalah baca sendiri cerita ni.Saya suka cerita ni,cuma saya tak suka bahasa yang mereka gunakan.Huu...memang boleh naik angin saya baca dengan bahasa kasar tahap tak ingat Zack ni.Alasannya, bahasa ni bahasa muda mudi,tapi, kot iya pun muda mudi, saya tak akan ajar anak saya berbahasa tahap melampau macam tu.Kasar sikit tu biasa...tapi kalau tahap ni, rasanya...gulp!mintak dijauhkan.

           Gurauan pun gurau senario gitu.Memang tak kena langsung dengan jiwa saya.Tapi okeylah juga...Sudah kisahnya seorang tomboy yang kasar tetapi berjiwa halus...kita faham sendiri lah...Mesejnya sampai...cuma...mintak dijauhkan.hehe.

             Dalam cerita ni ada juga diselitkan kisah haruan makan anak yang memang tragis.Kisah perempuan yang jatuh cinta dengan si Zack yang macho pun ada juga.Bagi saya,tomboy ni tidak seharusnya berlaku dalam masyarakat.Ianya bukan sahaja menyusahkan diri sendiri, tetapi menyusahkan orang lain dan yang utama, boleh menimbulkan fitnah.Kerana itulah Allah melarang perempuan berpakaian menyamai lelaki.Wallahu a'lam.

Sabtu, 3 Januari 2015

Hebatnya rasulullah- Ahmad Zahiruddin mohd zabidi

                          Buku hebatnya Rasulullah teladani peribadi dan pengurusan kekasih Allah ini ditulis oleh Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi.Buku ini diterbitkan oleh karya bestari grup buku Karangkraf.

                          Sempena maulidur rasul hari ini, saya amat berbesar hati ingin berkongsi sedikit informasi kandungan buku ini.

                          Buku ini mengupas berbagai kisah Rasulullah SAW yang boleh kita teladani. Bagaimana kebijaksanaan pengurusan hidup baginda Rasulullah SAW boleh kita jadikan teladan?semuanya akan terjawab selepas kita membaca buku ini.

                          Semenjak baginda kecil lagi, keperibadian baginda mampu menjadi contoh terbaik yang harus kita teladani.Kebijaksanaan berniaga,kebijaksanaan mengurus dakwah,pengurusan politik,pengurusan ketenteraan dan pengurusan keluarga.Semua yang dilakukan Rasulullah SAW yang boleh kita sebut sebagai sunah rasul dihuraikan satu persatu dalam bentuk penulisan yang mudah dihayati.

                         Saya tertarik dengan salah satu yang dikongsikan di dalam buku ini,tetapi perlukan satu penghuraian yang lebih jelas.

'Sentiasa menghadiahkan ciuman kasih saat datang dan pergi.'

Ia diceritakan sebagai kisah keromantikan Rasulullah SAW.Ianya diceritakan dalam bentuk hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah,Ad-Daruqutni dan At-Tabarani.Maknanya, cium isteri pun sunnah rasul tahu...

"Rasulullah SAW menciumku,kemudian baginda pergi ke masjid untuk menunaikan solat tanpa memperbaharui wuduk."

                       Tetapi saya menghadamkan ayat ini lain pula.Rasulullah menyentuh isterinya dan solat tanpa memperbahrui wuduk?mungkin hadis inilah yang menerangkan tentang mazhab yang digunakan ketika kita menunaikan fardhu haji di Mekah.Hukum bersentuhan kulit dengan isteri.

                       Ada sesiapa nak tolong huraikan?kalau tak ada,nanti saya buat soal siasat sebelum membuat satu post tentang isu ini.Ataupun komen anda boleh saya kupas untuk isu akan datang.Apapun, jom beli buku ni,banyak tips membuat pahala dengan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW di dalam buku ini.

Jumaat, 26 Disember 2014

buat duit dengan affiliate- buku-azahar abdul rahman.

            Buku ini merupakan sebuah buku yang dihadiahkan oleh Sifu blogger Hasrul Hassan sebagai pemenang giveaway ilmu buat duit dengan affiliate.

            Saya sudah membaca dan cuba memahami seluruh isi kandungan buku ini.Ternyata membuat duit dengan affiliate bukan semudah yang saya sangkakan.Kalau setakat membuat part time blogger ni,memang susah nak mencapai matlamat.

            Buku ini mengandungi 14bab yang memuatkan berbagai syarat utama yang perlu ada untuk menjadi seorang top affiliate.Sedari cara menyertai,cara bekerja dan cara memasarkan produk kita.Semuanya boleh diiukuti dengan menggunakan buku ini.Terima kasih bro HH untuk buku ini.

            Dengan membaca buku ini,saya bukan sahaja mengenali apakah itu affiliate,tetapi apakah yang harus dilakukan sebagai seorang affiliate.Saya mungkin mampu menyertai perniagaan affiliate,tetapi untuk bekerja sepenuh masa tanpa mengira masa, mungkin ianya tidak begitu sesuai untuk diri saya.

            Bukan kerana rasa lemah semangat,tetapi rasanya, ianya akan menjadi sukar bila saya harus berurusan dengan pelanggan pada malam hari.Nak jadi blogger pun terpaksa mencuri masa sambil membahagikan perhatian kepada keluarga.Apatah lagi kalau saya terpaksa bangun tengah malam untuk memeriksa email supaya pelanggan tidak marah-marah.Wah...memang tak mungkin.

            Walau apapun, terima kasih buat penulis buku ini dan terima kasih juga kepada HH kerana memberi saya peluang mengenali apakah pilihan yang saya ada untuk menjadikan affiliate sebagai sumber rezeki.Insyaallah saya akan cuba mencari peluang affiliate yang sesuai dengan diri saya.Mungkin memakan masa untuk menilai apakah yang sesuai untuk blog saya.

Selasa, 23 Disember 2014

Rhaudhah-ramlee awang murshid

             Novel ini merupakam novel yang ke24 yang ditulis oleh Ramlee Awang Murshid.Novel ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang digelar Awwabin yang akan dikenakan hukuman pancung diatas tuduhan membunuh.siapa Awwabin?

             Faris merupakan seorang pembunuh kontrak upahan yang hanya membunuh penjenayah kolar putih. Faris menggunakan nama Joker dan menggunakan kad joker sebagai trademark pembunuhan yang dilakukannya.

             Faris menghadapi masalah jantung telah terhenti degupan jantung selama tiga minit. Dari segi ukuran sains perubatan,jantung yang berhenti berdegup akan dianggap sudah mati.Doktor yang merawatnya iaitu doktor Noni Haryantty ,seorang pakar jantung juga berasa pelik kerana kes begini tidak pernah dialaminya sepanjang dia bertugas.

             Bagaikan mati hidup semula,Faris diburu rasa bersalah dan berusaha untuk berhenti dari menjadi contract killer dan mahu bertaubat.Faris sering berada di dalam dua situasi berbeza. Berada di bumi mekah dan melakukan tawaf dan hatinya kian insaf.Kadangkala dia berada didalam dunia reality sebagai Joker.Apakah yang sedang berlaku?

             White yang hanya dikenali dari email yang dihantar dalam bahasa kiasan tidak pernah dikenalinya.White sentiasa mengekori Faris apabila Faris enggan melakukan pembunuhan yang diarahkan oleh White.

             Pertemuan semula dengan teman dizaman persekolahannya yang bernama Hambali memberi Faris satu semangat untuk berubah.Pertemuan di Masjid Negara itu membawa mereka dalam persahabatan yang tulus.

             Hambali mempunyai tunangan yang bernama Junaidatul Al-Fatiah yang dipanggil Rhaudah oleh Hambali.Rhaudah yang masih belajar di negara Arab itu adalah seorang wanita yang lemah lembut dan sopan membuatkan hati Faris tutut terpesona kepada tunangan sahabatnya ini.

             Faris semakin rapat dengan Hambali untuk belajar agama darinya.Bila Faris mula menolak tugasan menjadi pembunuh upahan White,Hambali telah dijadikan sasaran kemarahan White.

            Jantung Faris yang semakin parah selepas mempertahan Hambali dari White,terpaksa menggunakan jantung buatan,tetapi jantung tersebut tidak sesuai untuk Faris.Tanpa disangka,Hambali mendermakan jantung dan seluruh perniagaannya kepada Faris setelah hatinya kuat mengatakan dirinya bakal terkorban.

            Hambali akhirnya benar-benar meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya yang dirancang oleh White.Selepas kematian Hambali,Faris menunaikan fardhu haji di mekah.Bayangan Hambali sentiasa bersamanya dan sentiasa memberi semangat kepadanya untuk terus berubah.

            Faris bertembung dengan Rhaudah di Madinah.Barulah Junaidatul mendapat tahu tentang pendermaan jantung Hambali selepas setahun pemergian Hambali.Rhaudah sungguh kecewa dan menuduh Faris sebagai pembunuh Hambali.

           Ketika berada di Rhaudah,Faris tiba-tiba dituduh membunuh seorang lelaki..Faris dijatuhkan hukuman pancung atas kesalahannya itu.Selama satu tahun berada di dalam tahanan, Faris menjadi seorang yang benar-benar bertaubat dan Faris kini sudah khatam kitab suci Al-Quran.

           Setiap kali hukuman hendak dilaksanakan,ada sahaja halangannya seolah-olah ada satu rahsia yang bakal tersingkap.Sehinggalah pada suatu masa doa Rhaudah dan keluarganya dimakbulkan.Faris terlepas dari hukuman.Siapa yang membunuh lelaki itu sebenarnya?Nak tahu bacalah sendiri buku ni.Saya cerita sikit je tau...

            Kepulangan Faris ke Malaysia disambut dengan penuh kesyukuran.Faris nemang patut dibanggakan.mengapa? bacalah srndiri ya...dah panjang cerita saya ni,tak bolehlah cerita semuanya.Tempat pertama dituju Faris adalah pusara Hambali.Ketika di sana,Faris terserempak dengan Rhaudah dan hati merekapun bergetaran.Tiba-tiba kedua-duanya pengsan.

            Faris berada di hospital kerana tiga minit jantungnya berhenti berdenyut dan dia hampir dianggap mati.Segalanya berubah bila Faris dijaga oleh kedua ibu bapanya di hospital.Sedangkan Rhaudah sedang koma di hospital yang sama.

           Bagaikan mimpi,Faris sebenarnya merupakan anak dato' dan datin.Dahulunya Faris dibesarkan oleh ibu bapanya di luar negara dengan cara moden.Sering melanggar segala larangan Allah SWT dan Faris dahulu merupakan seorang yang cengil dan dibenci ramai orang.

          Sungguh ajaib bila selepas jantungnya berhenti selama tiga minit dan sudah disahkan meninggal,Faris kembali sedar lalyu berubah karektor menjadi seorang yang berbeza.Faris yang tak pernah solat dan tidak tahu membaca Al-Quran dapat membacanya dengan fasih kini.

          Rasa nak menitik air mata saya membaca novel ni.Sesungguhnya Allah mampu merubah seseorang dalam masa singkat jika dia berkehendak.Tiada yang mustahil dalam rahmat Allah SWT.Hmm...Insaf...

          Rhaudah pula sedang mengalami hal yang sama.Jantungnya berhenti tiga minit.Apabila disahkan masih hidup,Rhaudah masih koma.Apabila sedar,ajaib sungguh bila mereka sebenarnya telah ditemukan di alam koma dan mula merasai sesuatu perasaan indah.Kerana itu juga, Faris menolak hubungan dengan bekas kekasihnya Rina.

          Sayangnya Junaidatul bukanlah rhaudah untuk Faris.Junaidatul sudahpun bertunang dengan lelaki lain.
Siapa Rhaudah yang benar- benar ditakdirkan untuk Faris?Wah...suspen giler...Faris bertemu Rhaudahnya dialam yang berbeza,namun wajahnya tidak dapat dilihat .Jeng,jejeng...

          Rina yang kecewa dengan penolakan cintanya oleh Faris telah menelan pil tidur begitu banyak.Rina dimasukkan ke hospital dan doktor mengesahkannya sudah meninggal dunia.Faris mula mengerti apa yang dialaminya kini sedang dialami Rina.Dia membisikkan sesuatu kepada Rina.Selepas tiga minit,Rina kembali dengan diri yang berbeza.

           Sebenarnya cerita ni tetap happy ending,tapi taknaklah cerita ditil sangat.Nanti Ramlee Awang Murshid marah kat saya.

           Mesej dari cerita ni,tiada yang mustahil kalau Allah berkehendak.Seseorang yang berdosa tidak semestinya menjadi penghuni neraka kerana pintu taubat sentiasa terbuka selagi nyawa dikandung badan.Tetapi tidak mustahil seorang yang hebat itu menjadi penghuni syurga andai dirinya sendiri sentiasa diselubungi hasad dengki,mengamalkan rasuah atau berbagai jenayah yang tidak kelihatan dimata manusia.

           Sesuatu yang paling perlu kita takutkan adalah riak dan ujub.Sesungguhnya sifat itulah yang akan menghancurkan segala amalan baik yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita.

Ini hanyalah sinopsis.Kalau nak feel triller kenalah baca buku ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...