lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Memaparkan catatan dengan label Ramlee Awang Murshid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramlee Awang Murshid. Papar semua catatan

Khamis, 15 Jun 2017

Anding Ayangan - Ramlee Awang Murshid

           Assalamualaikum... Novel terbaharu dari Ramlee Awang Murshid ini telah dilancarkan baru-baru ini bertajuk Anding Ayangan.

          Novel Anding Ayangan - Ramlee Awang Murshid ini saya dapatkan ketika pesta buku antarabangsa di PWTC tempohari. Walaupun saya tak dapat ke sana, ada juga yang sudi belikan. Terima kasih wahai suamiku.
          Yang ini adalah cover sebelah belakang novel Anding Ayangan. Dah ada sinopsis tu, perlukah saya buat sinopsis lagi? Hmm... tentulah perlu. Betul tak? Kalau tak, baik tak payah buat blog kisah Anding Ayangan kan...hahaha...gurau je..

          Novel ini mengisahkan tentang seorang pemuda yang telah diselamatkan oleh dua orang nelayan bernama Haji Matnor dan Awang Aman. Pemuda tersebut yang hilang ingatan diberi nama Nyian.

          Sepanjang sepuluh tahun Nyian hidup sebagai nelayan membantu Haji Matnor dan Awang Aman, Awang Aman telah meninggal dunia.Nyian yang muda remaja kini berusia lingkungan 30an.

          Maka bermulalah hidup Nyian sebagai nelayan menggantikan Awang Aman. Manakala Damit telah disuruh menggantikan Haji Matnor.

          Nyian yang selalu menyanyikan dendang Anding paluan menarik minat Damit untuk mendengar cerita dari Nyian. Damit dan Buntak sering meminta Nyian memperdengarkan dongeng Anding Ayangan walaupun Nyian dianggap orang miring dan sering lupa.Nyian sering berangan sendiri, mengigau dan meracau walaupun dalam jaga.

         Nyian memang seorang yang hebat bercerita sehinggakan apa yang diceritakannya menjadi hidup sehinggakan kawannya Damit ketakutan.

          Dongeng Anding Ayangan bermula dari abad ke19. Dua beradik yang merupakan ulama besar dari Brunei Darussalam telah berlayar untuk menyebarkan ugama islam. Pangeran Haji Durrahman dan Pangeran Haji Bolhassan telah sampai ke suatu tempat dipinggir laut yang sedang terbakar . Mereka melihat ramai manusia dibunuh dengan kejam.

          Mereka membuat keputusan untuk mengebumikan semua mayat.Dalam suasana tegang itu, mereka bertemu seorang budak yang tergantung terbalik. Apabila ditanya siapa yang punya angkara, jawapan yang mengejutkan diterima. "Hantu bunuh orang". Dasyat tak? Ini yang buat kita ingin terus membaca.

          Pangeran Haji dua beradik ini akhirnya membina tembok yang mampu menghalang serangan dari kerajaan Ayangan yang ingin menakluki Anding untuk melengkapi tanah takhluknya . Raja Ayangan ingin sekali menakluki Anding.

          Walaupun Pangeran Haji Bolhassan dan Pangeran Haji Durrahman berjaya dibunuh , kerajaan Ayangan tetap tidak dapat mengalahkan Anding.

          Selama 200tahun, Raja Ayangan bersilih ganti. Kini, kerajaan Ayangan diperintahkan oleh Raja Tabakbauta yang terus terusan menyerang dan membunuh untuk menakluki. Mereka membunuh semua ahli sunnah waljamaah dan menganggap mereka ini sesat dan patut dibunuh kerana kafir.Tetapi Kerajaan Ayangan masih tetap tidak mampu menewaskan Anding. Anding mempunyai sebuah tembok yang sangat teguh sehinggakan seorangpun dari tentera Ayangan tidak mampu menembusi tembok. Andai mereka lewat, mereka akan hancur.

          Untuk menyerang dari jalan air pula, semua kapal yang melalui lautan akan ditewaskan oleh sang suir, seekor makhluk besar penunggu pulau cermin yang menganggap dirinya raja dilautan.

        Raja Tabakbauta memiliki empat orang anak. Tiga lelaki dan seorang perempuan. Jabing anak sulung sangat kejam dan bakal mewarisi takhta. Anak kedua bernama betatar telah jatuh cinta kepada anak penghulu Sunni .

          Penghulu Sunni merupakan waris dari keturunan Pangeran Bolhassan dan Pangeran Durrahman yang menjadi tunggak kerajaan Anding.

          Putera ketiga bernama Satabak dan puteri bungsu bernama Yungku Kelangar. Pelik sangat nama diorang ni.mula baca memang tak ingat. Tapi Raja Tabakbauta tu mudah sikit kot... tembak bin auta.tu yang saya ingat.hihi...

          Betatar mula memberontak kerana persoalan tentang kekejaman dan kekeliruan Dalam agama tidak mendapat jawapan yang memuaskan dari Raja Tabakbauta. Pembunuhan kejam dan perbuatan membakar semua hafiz hidup hidup sangat bertentangan dengan konsep agama mereka yang dianggap suci.

          Suatu hari, Raja Tabakbauta mengarahkan sebuah perkampungan lagi diserang.  Raja Tabakbauta tidak mahu seorangpun hafiz al-quran hidup.

          Betatar terpaksa menuruti kehendak ayahandanya meskipun hatinya memberontak. Selepas menyerang, mereka menawan semua penduduk kampung. Yang pasti, meteka akan dibunuh.

          Betatar kembali ke perkampungan untuk melihat Kalau ada penduduk kampung yang selamat. Betatar akan membunuh sesiapa yang dilihat menderita menanggung sakarat.

          Dalam perjalanan, Betatar terjumpa seorang lelaki tua yang sangat lemah. Betatar ingin membunuh lelaki tua itu tetapi dibatalkan apabila melihat ketakutan dimata tua itu. Kerana membalas jasa, tidak membunuhnya,  orang tua itu menghadiahkan Betatar sebuah al-quran.

          Betatar menyembunyikan al-quran dibawah sebatang pokok yang hampir mati. Ditarah kulitnya sedikit sebagai tanda tempat Al-Quran tertanam.

          Penghulu Sunni meminta anaknya Chahaya bersama dua orang pengikut setia mereka untuk meninjau dan menyelamatkan kalau masih ada para tahfiz yang masih terselamat untuk dibawa pulang ke Anding.

          Malang bagi mereka, seluruh kampung sudah dibakar.tidak bersisa lagi seorang penghunipun. Jalan pulang ke Anding pula dipenuhi tentera Tabakbauta.

          Demi menyelamatkan Chahaya, kedua dua orang kepercayaan Penghulu Sunni  sanggup melawan tentera Ayangan dan menyuruh Chahaya menyelamatkan diri.

          Chahaya bertemu dengan Betatar yang telah menyelamatkannya dari tentera Ayangan. Chahaya memanggil Betatar dengan nama Furqan Al-Ayubi. Dalam perjalanan, Betatar terpaksa melawan Satabak dan Satabak mati ditangan abangnya sendiri tanpa disengajakan.

          Raja Tabakbauta mangkat kerana penyakitnya yang kian parah. Jabing dipanggil untuk menyerahan takhta. Raja Jabing menggantikan Raja Tabakbauta sebagai Raja Ayangan yang baharu.

          Tentera Ayangan mengawal pintu masuk ke Anding dan menunggu arahan untuk menyerang. Pertemuan semula dengan orang harapan Penghulu Sunni bersama beberapa orang hafiz dan hafizah menggembirakan Chahaya.

          Akhirnya mereka semua berjaya masuk ke Anding. Tetapi Betatar tidak boleh menembusi Anding sama seperti semua tentera Ayangan. Hanya orang Anding sahaja yang boleh menembusi tembok kukuh Anding. Betatar yang tersentuh pintu masuk ke Anding terasa panas dan terkaku. Peluang keemasan ini memberi kesempatan buat Satira membunuh Betatar.

          Bila hero dah mati, siapa yang nak jadi hero seterusnya kan? Nyian mesti mengubah jalan ceritanya. Tetapi cerita yang sudah diluahkan takkan mengubah apa yang berlaku.

          Nyian mendatangi seorang wakil rakyat dan memaksanya mendengar cerita seterusnya. Kisah Anding Ayangan diperdengarkan. Apakah hubung kait mereka? Mesti ada sesuatu.huhuhu...Yungku Kelangar menanam mayat Betatar di sebuah kampung.

          Satira tiba-tiba muncul di istana dan menyusup masuk ke tempat persemayaman Raja Jabing ketika seluruh rakyat berpesta atas kemenangan mereka menawan Anding. Satira berjaya membunuh Raja Jabing.

          Satira telah membongkar rahsia besar keturunan Raja Tabakbauta yang selama ini menjadi rahsia besar . Banyak rahsia telah terbongkar. Nak tau, korang baca sendirilaa... saya ringkaskan, sejak 200tahun lalu, Raja Ayagan hanyalah sarungan. Peyamaran dengan mengunakan rupa Raja sebenar untuk menguasai Ayangan. Bila Raja sudah tak bernyawa, akan diganti dengan jasad raja baru.Tutup kisah ni ya...

          Chahaya diselamatkan oleh penunggu lautan dan dibawa ke Pulau Chermin. Raja suir Sang Ekong yang berubah menjadi sarungan manusia hanya bila di Pulau Chermin. Kesakitan yang teramat dirasainya bila Chahaya menyebut nama Allah. Kesakitan yang lebih bila Chahaya mengaji Al-Quran.

          Nyian menyambung cerita di dalam bot ditengah lautan. Satira yang juga Betatar dan Furqan Al-Ayubi cuba menjejak Chahaya di Pulau Chermin meminta Yungku Kelangar membinakan sebuah perahu. Sayangnya Yungku Kelangar telah mensabotaj dengan menggunakan kayu reput sebagai bahan untuk melepaskan rasa tidak puas hati kepada Satira.

          Tiba-tiba perahu Furqan diserang sang ekong. Sang ekong mengelilingi perahu Furqan dan dalam masa yang sama muncul dialam realiti Nyian dan Damit. Perahu mereka terbalik. Entah apa nak cerita teori Ramlee Awang Murshid ni, Nyian dan Damit sampai ke Pulau Chermin dan bertemu Chahaya di sana. Manakala Furqan ditemui di perairan Brunei. Wajah Furqan sama dengan Damit. Damit dianggap amnesia.

          Nyian pula dah sampai ke Pulau Chermin, mahu ke Ayangan. Hahaha...bersambung...

Satu lagi, macamana Betatar boleh jadi Satira sedangkan Satira yang bunuh Betatar? Saja nak bagi korang suspen. Dah suspen tu belilah buku ni baca sendiri.Itupun kalau korang peminat novel triller. Yang penting korang suka cerita dongeng.

          Ada orang tu sudi je belikan novel triller kat isteri, tapi diri sendiri tak baca novel. Apapun, thank you do much.

Ahad, 24 Julai 2016

Imaginasi Ramlee Awang Murshid

Tajuk novel: Imaginasi.
Penulis: Ramlee Awang Murshid.

Untuk kesekian kalinya saya menjadi pengulas novel tanpa gaji bagi bekas majikan kesayangan saya,Karangkraf sdn bhd.Itu kata suami sayalaa... tetapi kalau dah minat membaca tetapi tidak menulis dalam blog sendiri,apa yang kita baca tu akan habis setakat itu sahajalah kan...

          Novel Imaginasi yang ditulis oleh penulis kegemaran saya ni mengisahkan tentang sebuah kisah istimewa dari imaginasi penulis.Kalau novel triller beliau sebelum ini banyak menjadikan kita seorang psiko,tetapi kali ini,novel imaginasi ini membawa kita berimaginasi sehingga kita sendiri rela menerima segala imaginasi penulis sebagai kebenaran.

Novel ini membawa kita kepada watak 3 lelaki dan 3 wanita dengan situasi berbeza tetapi dengan 3 kata yang sama dan matlamat yang sama menyatukan mereka dalam satu kisah.

Jeng!jeng!jeng!...Ceritanya bermula begini.

          Suhaila merupakan seorang wanita misteri yang menyendiri dalam sebuah rumah agam ditengah ladang kelapa sawit.Suhaila dikatakan sebagai membela saka peninggalan arwah ayahnya.

          Kamil,seorang bekas banduan yang baru keluar dari penjara,memulakan hidup baru di dalam ladang kelapa sawit milik Suhaila.Cinta yang berputik membawa Kamil kearah untaian misteri dari rumah agam Suhaila.

          Hafiz,seorang pengembara yang bertemu cinta hati dari Indonesia yang sedang melarikan diri dari Bapak Rinto dan sentiasa diburu oleh orang suruhan Bapak Rinto untuk dibawa pulang ke negara asalnya.

          Abam,seorang penjaga lembu yang lurus bendul,jatuh hati kepada Juita,anak Pak Budin.Pak Budin adalah pemilik lembu-lembu yang dijaga Abam.Abam sering mengusik Juita dan ingin berkahwin dengan Juita tetapi ditolak Juita.

          Yang ini adalah pengenalan.Al-kisah ceritanya begini....Suhaila pernah dituduh membunuh arwah suaminya,tetapi dibebaskan atas jaminan polis.Suhaila mula hidup dengan  mengasingkan diri dari dunia luar selepas bebas dari tahanan.Suhaila sering dicemuh kerana membunuh suaminya sendiri.

          Kehadiran Kamil ke ladang kelapa sawit membongkar segala rahsia Suhaila.Kamil menawarkan diri untuk membantu Suhaila untuk membuang saka singa.Benarkah Suhaila memiliki saka singa?Suhaila menafikan tentang keujudan saka singa tersebut.Suhaila meminta Kamil menyampaikan pesanan kepada Hafiz.Kamil menghantarnya kepada nenek Hafiz kerana Hafiz yang tidak berada di dalam negara ketika itu.

          Kita berbalik pula kepada kisah Hafiz. Hafiz yang dibesarkan oleh datuk dan neneknya selepas kematian ayahnya. Bayangan kata bahawa beliau adalah keturunan singa membuatkan Hafiz sering mengigau. Hafiz yang mencintai Citra Widya sentiasa membantu pujaan hatinya melarikan diri dari buruan . Kenapa Citra Widya diburu?Apakah Citra Widya sebenarnya mempunyai satu hubungan dengan Bapak Rinto sehinggakan dia melarikan diri?Hafiz tidak peduli.Citra Widya adalah cinta hatinya.

         Sehingga akhirnya Citra Widya terpaksa akur bahawa dia juga mencintai Hafiz. Sebenarnya bukan senang nakcekup hati Citra Widya ni tau...naik geram juga kita membacanya.Tetapi rahsia itu korang kena baca sendiri baru best...hahaha...

          Citra Widya dan Hafiz akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin.Dalam saat begini pula, Citra Widya menyerah kalah lantas dengan rela hati pergi meninggalkan Hafiz untuk kembali kepada Bapak Rinto. Citra Widya akhirnya dibawa pulang ke Indonesia oleh orang suruhan Bapak Rinto.Siapakah Bapak Rinto?Hafiz mula curiga.Hatinya tergugat.Namun begitu,dia membuat keputusan untuk berhadapan dengan Bapak Rinto.

          Dipendekkan cerita, Bapak Rinto rupanya adalah bapa kepada Citra Widya.Citra Widya telah melarikan diri kerana tidak mahu berkahwin dengan lelaki pilihan bapanya.Saat mereka hampir dijodohkan, Hafiz mendapat tahu bahawa Citra Widya dan dirinya tidak mungkin boleh bersatu.Kenapaek?Bab ni saya taknak pecah lobang.Korang bacalah sendiri.Kalau tak,hilanglah suspennya.Hafiz kembali ke Malaysia membawa hati yang luka.Bungkusan kiriman dari Suhaila mengandungi catatan perjalanan datuknya dan juga catatan Suhaila ibunya.Rahsia telah terbongkar.

          Mau aje saya ceritakan rahsianya.Tapi kata hati saya,tak payah...kasi suspen lebih...

          Abam pula dalam pada digelar bodoh piang dan bermacam lagi yang menyakitkan hati,tetapi masih juga menyimpan hasrat berkahwin dengan Juita. Kerana nekadnya Abam yang ingin melamar Juita,Pak.Budin mengenakan syarat supaya Abam menyediakan sebuah kereta,sebuah rumah dan membawa Pak Budin dan isteri ke mekah sebagai hantaran. Juita yang juga peminat setia novelist Ramda Amira meminta Abam menuliskan sebuah novel sebagai hantaran perkahwinan.Semuanya dilakukan untuk mengelak permintaan Abam yang tidak masuk akal,iaitu ingin berkahwin dengan Juita.

          Abam berusaha membuat kereta kayu untuk Pak Budin.Namun akhirnya dia mula diterangkan apa yang sebenarnya dimaksudkan Pak Budin dan Juita.Abam sedih.Namun begitu, rajuknya tidak begitu dihiraukan.Abam yang membuat pengintipan di rumah agam Suhaila. Abam tekad berhadapan dengan Suhaila dan ingin membantu Suhaila.Abam meletak jawatan sebagai penjaga lembu Pak Budin.Ini membuatkan Juita kecewa dan sedih.Abam meminta masa enam bula untuk memenuhi segala syarat Pak Budin dan Juita.

          Suhaila kecewa kerana pesanannya kepada Hafiz tidak dapat disampaikan Kamil seperti yang diharapkan. Beliau membuat keputusan untuk bertolak ke pulau Singah walaupun tanpa Hafiz.Perjalanan ke Terengganu akhirnya sampai di pengkalan.Hafiz yang pulang untuk bertemu Suhaila setelah mengetahui rahsia siapa Suhaila dan siapa yang membunuh ayahnya,jadilah macam cerita omputih.Siap jumpa surat pesanan yang ditampal Suhaila pada rumah agam.

          Dalam nak gerak tu, sampai juga Hafiz.Maka merekapun bergerak sama ke Pulau Singah. Nada suspen memang terbaiklah...

          Akhir sekali,saya nak bukalah sedikit rahsia diorang ni...Atuk si Hafiz ni pernah berlayar dan kapalnya pecah sehingga terdampar ke Pulau Singah.Pertemuan dengan Dang Chanden membuatkannya jatuh cinta.Tetapi cinta mereka dihalang kerana diantara mereka mempunyai batasan rahsia yang sukar dimengertikan.Keluarga Dang Chanden memiliki sumpahan.Mereka tidak boleh keluar dari pulau ini supaya tidak terkena tulahnya.

         Atuk Hafiz diusir keluar dari pulau.Tetapi demi cinta, Dang Chanden menyusup masuk ke dalam kapal tanpa pengetahuan ibu bapanya.Mereka hidup bahagia sehinggalah Suhaila dilahirkan.Dang Chanden menghilangkan diri.Yang tinggal hanyalah tohmahan tentang atuknya memiliki saka singa.Rupa-rupanya Dang Chanden bertukar menjadi seekor singa betina dan ditempatkan oleh atuknya di bahagian bawah rumah agam.

         Pelayaran penuh triller kalau korang baca buku ni tau...Pelayaran membawa seekor singa putih bermata merah saga. Dah jumpa pulau tu,mak bapak Dang Chanden tidak mahu memaafkan Dang Chanden sehingga hati pembaca turut diburu resah dan simpati.Dang Chanden kian lemah.

(Sebagai pembaca,kita tertanya-tanya siapa hero dan heroin sebenar dalam cerita ni?Macam Abam je heronya.Hilang semua kebodohan piangnya.)

          Abam berjaya memujuk ibu bapa Dang Chanden untuk memaafkan anak mereka.Dah tu barulah Dang Chanden berubah kepada bentuk manusia semula.

         Selepas enam bulan,Juita kian sedih.Janji Abam untuk kembali tidak ditepati.Rindunya pada Abam membuatkan dirinya huru hara.Akhirnya tanpa berfikir panjang,Juita menerima lamaran lelaki lain.Tunangannya menjemput ke majlis pelancaran buku terbaharu Ramda Amira penulis kesayangannya.

        Tanpa diketahui, Tunangnya ,Abam dan Ramda Amira adalah orang yang sama.Maka terhurailah sebuah cerita dari gabungan tiga lelaki,tiga wanita dan sebuah cerita.TAMAT.

        Korang rasa best tak cerita ni?Adik ipaq saya merangkap peminat setia Ramlee Awang Murshid mensifatkan, imaginasi Ramlee Awang Murshid tak best.Tetapi bagi saya sendiri, cerita ni best tau...Kalau nak ikutkan cerita seram, cerita ni memang tak seram.Sebab tu adik ipaq saya tu kata tak best.Tapi cerita ni sebenarnya menghiburkan,suspen dan santai.Kita yang membacanya tak stress.Ceritanya memang mudah dijangka.Berbeza dengan cerita tulisan Ramlee Awang Murshid sebelum ini.

        Apapun,tepuk dada,tanyalah selera.Siapa tahu,selepas imaginasi ni, Ramlee Awang Murshid akan membuat cerita seram pula kan...Tetapi apa yang saya rasakan, tiada calon cerita terbaharu dari beliau kerana di belakang buku tidak lagi tertulis tajuk cerita baharu seperti yang dilakukan beliau sebelum ini.Wallahu a'lam.

        Buat peminat Ramlee Awang Murshid, "SELAMAT MENMBACA"      


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...