lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Memaparkan catatan dengan label Resepi/tentang makanan.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi/tentang makanan.. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Mac 2015

Resepi Sagon.

Gambar ehsan cilok dari http://hairul.com/
               Hari ni tiba-tiba saya sedih dan rindu sangat kat arwah mak.Kalaulah dia masih ada, mesti saya dah peluk dia erat-erat agar semua kekusutan dan kepenatan otak saya ini bisa hilang ditelan kasih sayangnya.Maka terkenanglah masa kecil dahulu, kami selalu makan kudapan yang bergelar sagon.

Bahan-bahan:

Kelapa parut 1 biji (kelapa muda lagi bagus).
Tepung beras 1paket.
Gula sesedap rasa.
Garam sedikit garam.

Cara:

1. Goreng tepung beras sampai kekuningan,angkat.Goreng kelapa parut sampai garing.Jangan terlebih    macam kerisik pulak...pahit tu.hehe

2. Campurkan kelapa dan tepung tadi dan goreng sedikit sampai berderai.

3. Campur bahan goreng dengan gula dan sedikit garam.

Tadaa....dah boleh makan.

                Semasa kami kecil dahulu, inilah bahan jualan kami untuk tambah duit poket.Satu gulung cuma 20 sen sahaja.Memang laku giler...budak-budak memang suka sangat makan.Kalau makan sagon ni, tak boleh bercakap,nanti bersembur.

                Sebenarnya, nak cari gambar sagon tadi,adalah jelajah dua tiga blog.Rata-rata menggunakan gula halus.Tapi kami dulu gunakan gula pasir.Sebab tu masa makan tu macam kruk-kruk sikit.Itulah yang buat sedapnya...Tapi,tepuk dada tanyalah selera.

                Cukuplah update blog saya kali ni.Lega rasa rindu pada arwah bila teringat sagon air tangan beliau.Nak buat kat anak-anak, susahnya nak cari kelapa muda.Kalau buat dengan kelapa tua ni, kasar dan cepat terbatuk-batuk ketika memakannya.Wallahu a'lam.

             

Isnin, 9 Februari 2015

Resepi Sambal garing tempe bersama kacang dan ikan bilis.


Bahan-bahan:

1 peket tempe.(Dipotong kecil dan nipis,gaul dengan garam dam kunyit serbuk dan digoreng garing.)
1/2 mangkuk Kacang tanah.(Goreng dalam minyak dengan api perlahan.)
1/2 mangkuk ikan bilis.(Goreng garing)

Rencah:

10 biji lada kering.
8 ulas bawang merah.
2 ulas bawang putih.
(ditumbuk atau dikisar.)

Minyak,garam,bahan perasa dan gula.

Caranya, tumis bahan rencah dalam kuali dengan 2 sudu minyak.taburkan sedikit garam, gula atau bahan perasa kalau suka.Perlahankan api,masukkan bahan yang digoreng garing.Gaul rata,siap...

               Sebenarnya, sambal tempe ini ada berbagai versi.Ada yang suka basah supaya bahan rencah benar-benar bersalut dengan bahan garing.

               Saya lebih suka masak kering kerana saya suka makan yang rangup.Sekali masak,memang buat lauk,tapi lebih kepada sesi ratah meratah.Oleh kerana orang Pahang ni kurang biasa dengan tempe, anak-anak saya selalunya akan memilih kacang dan ikan bilis.Sementara saya terpaksa menghabiskan tempenya.

               Sukatan tempe, kacang dan ikan bilis juga boleh disukat mengikut selera.Kalau nak kacang lebih,boleh lebihkan kacang tanah.Kalau kita penggemar tempe,bolehlah lebihkan tempe.

Resepi ni saya reka sendiri aje...

Ahad, 4 Januari 2015

Nasi dagang.

nasi dagang
memang sedap.
                Tiba-tiba sahaja kaklong memberitahu bahawa beliau sudahpun hampir siap memasak nasi dagang.Dah memang nak jadi rezeki agaknya.Tahu-tahu mereka sudahpun berkumpul di hadapan rumah.Ramai jiran-jiran kami yang punya urusan sendiri, jadi kami hanya berkumpul lima keluarga sahaja.
              Hujan yang tiba-tiba turun renyai-renyai memaksa kami berpindah ke kawasan beratap.Tetapi kalau rumah saya ni memanglah agak sempit.Sudahlah motor dan basikal budak-budak yang memenuhi ruang.segan pulak dengan cikgu cikgi kita ni.
              Apapun,alhamdulillah...terima kasih kaklong sebab belanja kami nasi dagang.Nak tahu resepi nasi dagang tak?hahaha...saya dah tanya kaklong apakah resepinya?Maklumlah...saya sebelum ni menggunakan beras biasa dan beras pulut sebagaimana resepi ibunda.Tapi kali ni adalah beras nasi dagang.Beras pulut hitam dicampur beras pulutkah?

             Rupa-rupanya untuk nasi dagang ini,beras nasi dagang digunakan tanpa perlu kita mencampur beras berlainan.Hanya gunakan beras nasi dagang, dan semuanya siap.

Resepi nasi dagang ibu

2pot beras pulut.
3 pot beras biasa.
5ulas bawang merah.
1 inci halia.
1 sudu teh halba.
sebiji kelapa diambil santan pekat dan semangkuk santan cair.
garam dan gula.

1) Rendam beras biasa.Selepas satu jam, rendam beras pulut.Biarkan rendaman beras sekurang-kurangnya 4jam.Kalau 8jam lagi bagus.

2 ) hiris halia dan bawang merah dan rendam halba.Jangan rendam terlalu lama, nanti dah hijau nak bercambah tak cantik pulak nasi kita.Hirisan kita perlu dibuat sehalus mungkin supaya kita tidak perlu memilih dan membuangnya ketika makan nanti.

3 ) Campurkan kedua-dua jenis beras dan kukus sehingga masak.Angkat dan gaulkan dengan bahan hirisan dan santan cair.
4 ) santan pekat dibancuh dengan garam secukup rasa dan sedikit gula supaya terasa lemaknya.

5 ) Kukus sekali lagi dan tunggu nasi benar-benar masak.Jangan biarkan terlalu lama supaya nasi kita tidak pecah.Angkat dan gaulkan santan pekat yang telah dibancuh.Kalau nasi kita sudah nampak cantik, jangan habiskan santan.Bimbang kalau santan berlebihan akan membuatkan santan tidak masak dan menyebabkan nasi cepat basi.


                Untuk resepi asal, rasanya memang sedap.Tapi saya lebih suka mengubah resepi sukatan beras kepada 2pot beras pulut dan 4 pot beras biasa kerana saya tak mahu nasi dagang saya terasa muak kalau makan banyak.Maklum ajelah pulut...

                Untuk nasi dagang yang menggunakan beras nasi dagang pula, bolehlah kita menggunakan bahan sama.Tapi saya baru termelawat satu blog yang saya sendiri sudah lupa nama blognya.Nasi dagang menggunakan beras nasi dagang ini gicampurkan dengan semua bahan dan ditanak dengan menggunakan periuk eletrik.Semudah itu dan hasilnya kelihatan sama.Apakah rasanya berbeza, wallahu a'lam.

               Untuk resepi kuahnya, saya rasa tepuk dada kena tanya selera kita.Nak buat kari ikan tongkol atau kari ayam.Kedua-duanya sesuai.Terima kasih buat keluarga 14.Semoga persaudaraan kita kekal meskipun saya ini hanya anak ikan bilis.Assalamualaikum.

Selasa, 9 Disember 2014

Chocolate buble

              Hari ini saya nak kongsi tentang pengalaman saya dalam membuat percubaan pertama menghasilkan cokelat buble.Sebenarnya saya pernah beli benda alah ni kat kedai dan rasanya sungguh sedap.Namapun sudah gila cokelat,memang terasa ingin sangat mencuba.

              Belek punya belek resepi kat Mr Google,macam-macam resepi dan petua saya dapat.Tetapi saya sendiri tak tahu mana satukah resepi yang saya idamkan.Bukan sehari saya membelek resepi,tetapi berbulan-bulan.Rasa nak buat sendiri makanan kegemaran tu membuatkan saya ingin sekali mencuba resepi terbaik.

              Tiba masanya,saya pergi ke sebuah kedai barangan membuat kek,saya membeli buble rice dan cokelat kompaun(chocolate compound).Kalau ikutkan resepi yang saya ingin cuba,saya perlukan krim putar,tetapi entah macam mana,saya teringat kepada kata-kata pemilik Riena choc, kalau kita nak tahu tentang pembuatan kek,kita boleh tanya penjual tu.Insyaallah dia orang akan bagitahu kita.

              Maka sayapun mengada-ngada pula nak bertanya kepada jurujual muda kat kaunter tu.

              "Dik,biasanya kalau kita nak buat cokelat buble,kita campurkan dengan apa cokelat kompaun ni ya?"

              "Biasanya dia orang gunakan butter cocoa kak," kata gadis itu.

              "Eh,bukan krim putar ke?" saya mula keliru.Maklumlah saya tak catatkan apa yang saya perlukan.Oleh kerana koko butter juga pernah saya jumpa di dalam cara nak buat resepi ni,saya membuat keputusan untuk memilih koko butter.

              Balik rumah,saya pun mencuba buat double boiling dengan mencampurkan cokelat kompaun dengan koko butter.Memang cantik dan berkilat.Saya kemudian menuangkan ke dalam bekas yang telah saya letakkan bertih beras.Tadaa....siap.

              Rasanya memang sedap.Cuma saya tidak dapat hasilkan apa yang ada dalam fikiran.Saya membayangkan cokelat cair yang meleleh tu tau....tetapi hasil percubaan pertama saya ini walaupun sedap,tetapi mengecewakan saya.Cokelat yang dicampur dengan butter cocoa ini mengeras dan kering.Rasa macam makan biskut.

              Walau apapun,saya pasti mencuba kali kedua dengan resepi yang berbeza.Insyaallah...

              Kepada pembaca yang tahu resepi yang betul,bolehlah komen-komen kat bawah ni ya...terima kasih.

               

Selasa, 27 Mei 2014

Cadbury Oh Cadbury.

Cadbury Dairy Milk.
               Saya adalah salah seorang dari jutaan penggemar cokelat yang hampir kepada katogori hantu cokelat.Pantang nampak sahaja cokelat,terus kecur air liur.

               Bohong jika diantara hantu-hantu cokelat mengaku tidak pernah merasa product cadbury ini.Saya merasa amat kesal di atas pengusaha cadbury yang selama ini tidak pernah mengaku menggunakan produk dari babi/khinzir.

               Dalam masa yang sama,bagaimana produk ini boleh mendapat logo JAKIM?Kenapa baru kini ianya dikesan?Mungkinkah ada komplot yang mendalangi proses penilaian oleh JAKIM sehingga mereka boleh  terlepas ?

               Tiada maksud saya untuk mempertikaikannya,saya cuma meluahkan kekesalan hati sahaja.Setelah berita ini tersebar,ada yang mengaku cokelat ini masih ada tersimpan di dalam peti sejuk rumah mereka.Ini menunjukkan ramai sekali yang telah teraniaya oleh cadbury.

               Bagaimanapun,saya cuma ingin berkongsi dengan penggemar cokelat yang telahpun tertelan cokelat ni hampir setiap minggu,atau sekurangnya,setahun sekali,atau lebih dasyat,tiap-tiap hari....
jangan terlalu menggelabah.

              Ada pendapat mengatakan,kita perlu menyamak mulut jika telah termakan makanan yang terhasil dari babi,tetapi ada juga pendapat yang mengatakan tidak perlu menyamak,kerana kita telahpun tersalah makan.

              Islam itu mementingkan yang mudah.Sama seperti orang bukan islam yang memeluk agama islam,tidak perlu menyamak perut mereka.Cukuplah dengan bertaubat dan berjanji tidak akan mengulangi perkara yang sama.iaitu tidak akan makan lagi makanan yang haram itu.

             Apakah berdosa jika kita pernah makan cadbury yang baru saja diishtiharkan mengandungi DNA babi?Jangan risau...Allah itu maha pemurah,maha pengampun,lagi maha pengasihani.Jika kita tidak sengaja kerana tidak mengetahuinya,tidaklah kita berdosa.Melainkan setelah kita tahu,tetapi sengaja mahu makan juga,itulah yang berdosa...

           

           

Selasa, 22 April 2014

Mi Kuning homemade.

membancuh mi.
Bahan-bahannya:

1 )500gm tepung gandum.

2 )260ml air                     

 3 )1 sudu teh air abu.         

4 )sedikit pewarna kuning.

     5 )Minyak masak untuk sapu.

6 )Garam secukup rasa.    

7 )Air untuk merebus.       
mesin mi
air abu
                 Bancuh air dengan garam,pewarna kuning telur dan air abu.Saya menggunakan kapur sireh sebagai menggantikan air abu kerana resepi mak mertua saya menggunakan air kapur.

tepung
                 Kalau resepi Norzailina Nordin menggunakan 500gm,saya menggunakan 1kg tepung.Bancuh tepung dengan air yang dibancuh tadi sehingga menjadi doh.Doh untuk membuat mi kuning tidak boleh terlalu lembik.

                 Canai dan mesin dengan menggunakan mesin mi.Celur dalam air panas yang menggelegak.Bila timbul,angkat dan gaulkan dengan minyak masak supaya ianya tidak melekat.
mi
                Inilah hasil yang saya dapat dari 1kg tepung.Kalau kita buat sendiri mi ni,tak perlulah kita membasuh,merendam atau mencelurkannya lagi.Fresh dari ladang.

                Macam kata Adan,boleh dimakan selalu.Dimakan selalu ni boleh jadi dua maksud.Selalu makan,atau dimakan terus.Bila kita letak garam yang secukup rasa,nak ratah mi sahajapun boleh.Nam goreng,buat sebarang resepi mi juga boleh.
bahan-bahan
                Jadi,saya memilih untuk membuat mi kari cincai.Cuma blender lada kering,bawang merah,bawang putih dan halia.bersama dengan rempah kari.
rempah
Tumiskan bersama rempah penumis.
 dan daun kari
tumiskan.
masukkan ayam,dan
Gaul.
masukkan fish ball dan fish  cake
Gaulkan.
Masukkan santan.
Tambahkan kerang
dan sawi.
                Kalau ada tauhu kering barulah lengkap.Tapi apakan daya,selalu sahaja tak dapat bahan.Tapi mi kari kita sedap kalau bahan asas kari sudah mencukupi.Bahan lain seperti udang atau tauhu kering,daging,kalau ada adalah satu bonus.
taburkan daun sup kalau suka.
 Atau boleh juga ditambah bawang goreng dan cili besar.Gambar terlupa shoot.
dan juga telur.
                     Wah...saya dapat idea nak pecahkan liur nampaknya.Kalau nak cuba,silakanlah.Insyaallah kalau yakin,boleh buat mi sendiri.





Ahad, 23 Mac 2014

Terapi Air.

air putih
                     Alhamdulillah...bermula hari ini,tiada lagi catuan bekalan air,tetapi saya masih lagi mahu bercerita tentang air.Biasanya kita mendengar mereka bercerita,badan kita memerlukan banyak air.Sehari,kita perlu minum air sebanyak lapan gelas.Namun begitu,saya berbesar hati ingin berkongsi apa kelebihan minum air sebagaimana yang disebut-sebut itu.

                    Saya yakin,ramai antara kita selalu mendengar seorang doktor pasti akan menasihatkan kita agar banyakkan minum air walau apapun sebab kita berjumpa dengan doktor.
minum air yang banyak.
                    Minum air boleh menghalang tubuh dari menyerap mineral dan garam galian,tetapi minum dalam kuantiti yang banyak sekaligus akan menyebabkan tubuh kita akan dibanjiri air.Ini akan membahayakan kesihatan kita.

                   Jika tubuh kita mengalami hidrasi(kekurangan air),pundi bendalir dalam badan kita akan mengering dan akan mengganggu kelancaran pergerakan sendi-sendi kita.Akibatnya kita akan merasa kesakitan setiap kali melakukan pergerakan.Jika kita merasakan seperti ada rasa tidak selesa bila bergerak,itu tandanya badan kita sedang memerlukan air.Jadi,kita perlu meminum air dengan lebih kerap.

                  Jika badan kita kekurangan air,darah kita juga akan kekurangan air.Bila keadaan ini berlaku,darah kita akan menjadi lebih pekat dan sistem perjalanan darah kita pasti akan terganggu.Jika ini berlaku,kita perlu meningkatkan kekerapan pengambilan air.Air boleh mencairkan darah secara semulajadi.

             

                  Bagi mereka yang mengalami masalah asma dan elergi,ianya akan semakin teruk bila toksin di dalam badan meningkat atau bertamabah pekat.Dengan minum air yang lebih banyak,Menggunakan air akan mencairkannya.Dengan itu,pesakit bolah mngurangkan pengambilan ubat-ubatan atska.

sakit belakang.
                    Tulang belakang kita pula disokong oleh cecair di antara cakera vertebrata.Bila kita bersenam atau melompat,cakera ini akan mengampu sendi dari sebarang kecederaan.Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan kita mengalami sakit belakang.Maka,langkah pertama yang kita perlu ambil ialah minum segelas air dengan lebih kerap.Cuba nilai apakah ada sebarang perbezaan selepas kita meningkatkan pengambilan air.

                    Bagi pengidap gastrik,kita tahu bagaimana asid mengganggu sistem badan kita.Jika badan kita kekurangan air,keseimbangan PH badan kita akan terganggu dan tahap keasidan dalam badan kita akan meningkat.Ini akan mengakibatkan pedih ulu hati dan gangguan pencernaan.Untuk mengelakkan ini berlaku,pengambilan air yang mencukupi akan dapat membantu .

                   Jika anda merasa penat atau mual,minumlah segelas air dan diikuti segelas lagi dalam masa setengah jam kemudian.Perhatikan apa yang anda rasa.Jika anda merasa sengal atau sakit pada sendi,ulangi minum air setiap setengah jam.

                   Kita perlu selalu ingatkan diri kita bahawa 2/3 tubuh kita terdiri daripada air.Air adalah nutrien terpenting dalam setiap fungsi badan kita.Air membantu mengangkut nutrisi dan sisa kumuhan ke dalam dan ke luar sel.Ia juga diperlukan dalam sistem pembuangan najis dan memanfaatkan vitamin yang larut dalam air.

                   Air juga diperlukan untuk mengekalkan suhu badan yang sesuai mengikut cuaca.Apapun,minumlah air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk memastikan tubuh kita mendapat apa yang tubuh kita perlukan setiap hari.
air adalah teman sejati.

                   Namun begitu,jika kita merasakan kesakitan dan ketidakselesaan berlarutan walaupun kita sudah mengambil lebih air,kita perlulah berjumpa doktor.Mungkin kita sedang memerlukan bantuan doktor.Apa yang penting,,kita dan air tidak dapat dipisahkan.Wallahu a'lam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...