lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Memaparkan catatan dengan label Sallyadanshop. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sallyadanshop. Papar semua catatan

Selasa, 22 Mei 2018

Cara Makan Snow White Secret tablet

SNOW WHITE SECRET BEAUTY TABLET

VOLUSI KECANTIKAN MASA KINI

Whitening&Slimming&Detox

KANDUNGAN SNOW WHITE SECRET:

~ Kurma 
~ Lemon 
~ Delima
~ Astaxanthine
~ L-cysteine 
~ Vitamin C 
~ Lutein 

KHASIAT SNOW WHITE SECRET:

~ Mencerahkan kulit ~Melembabkan kulit
~ Mengecilkan liang pori
~ Anti penuaan
~ Mengurangkan jerawat dan jeragat
~ Menghasilkan sel-sel kulit baru
~ Mengawal dan mengurangkan berat badan
~ Melancarkan haid
~ Merawat tumit kaki pecah
~ Mengurangkan lingkaran gelap bawah mata
~ Memperbanyakkan susu ibu
~ Membantu suburkan hormon (ikhtiar utk hamil)

~Sesuai untuk semua wanita 15 tahun ke atas
~Sesuai untuk ibu mengandung
~Sesuai untuk ibu menyusu juga

Kesan bertenaga seawal 24 jam..Testimoni bertambah dari sehari ke sehari 

Normal Price : RM59 (30biji)

Whatsapp ke 011-29559915

CARA MAKAN TABLET SNOW WHITE SECRET:

1. UNTUK WHITENING SAHAJA:
~ Sebiji sehari sebelum sarapan
~ Kerap minum air putih sekurang2 nya 8 gelas sehari, lagi bnyak lagi bagus
~Perubahan ketara seawal 3 hari
~Kulit makin lembut, jerawat berkurangan (kalau berjerawat), skin makin anjal n bermaya

2. SLIMMING,WHITENING AND DETOX:
~ 2 biji sehari (1 sebelum sarapan 1 sebelum tidur)
~ Perubahan ketara seawal 24 jam
~ Perut rasa kenyang, tp kerap rasa dahaga, mesti minum byk air kosong

MANFAAT LAIN:
~ Bukan untukk muka je tp seluruh tubuh dari rambut sehingga tapak kaki.
~ Menambah kuantiti susu badan
~ Kurangkan berat badan

PANTANG LARANG;
~ Kafein (cth kopi @ nescafe)
~ Supplement lain - jarakkan masa pengambilan

TIPS UNTUK KESAN YANG LEBIH CEPAT :
~ Kemam dibahagian bawah lidah.
~ Minum air kosong (3 liter sehari

NOTA:
~ Boleh dimakan setiap hari walaupun semasa period
~ Wanita mengandung dinasihatkan makan selepas kandungan berusia 4 bulan.
~ Wanita berpantang dinasihatkan makan selepas 2 minggu
~ Jgn dilangkah sebab telah disyifa'kan (bacaan al-quran)
Testimoni snow white secret

Testimoni snow white secarasecret 

❤TIPS CARA MAKAN SNOWWHITE DI BULAN RAMADHAN❤

~1 biji sewaktu sahur
(boleh di ambil seawal jam 11malam) untuk tenaga seharian di waktu siang
dan 1 biji lagi  ( boleh diambil selepas berbuka)

~Bagi mengelakkan rasa lapar, se elok nya SW di makan waktu malam ketika bulan puasa.

~Had kan pengambilan SW di bulan puasa (1biji) kerana supplement memerlukan banyak air.jadi had kan pengambilan sw ya.
Sehari hanya (1biji)

~minum air ketika sahur dan malam sebelum tidur skurangnya 1 liter air.

❤❤❤tips kasih sayang untuk semua anak2 snowwhite.. Selama berpuasa....
Testimoni snow white secret

Sniw white secret kkm

Testimoni snow white secret 

Semoga bermanfaat .

Berminat,terus whatsapp kaksal 011-29559915


Isnin, 16 April 2018

Suka duka berniaga Online

Assalamualaikum,

          Mesti ramai yang berniaga online kat sini kan?.. Sebenarnya saya nak bercerita tentang kisah suka duka saya berniaga online. Dulu kan saya suri rumah merangkap baby sitter. Masa tu masa terluang saya akan update blog dan update produk-produk jualan saya di sini. Nak kata banyak sangat hasil tu tidaklah. ..Tapi alhamdulillah... dapat juga kumpul duit di dalam akaun.

          Bila saya balik ke kampung, ingatkan nak menoreh je .Pagi masuk kebun, petang boleh online. Tapi sebulan aje saya jadi penoreh getah. Saya ditawarkan kerja menyapu kat sekolah. "Tak susahpun... Menyapu jerr..." Itulah kata-kata yang menjadikan saya pekerja am kat sekolah ni. Rezeki ...Alhamdulillah.

          Tak sangka pulak menyapu mula pukul 7 sampai pukul 10 membuatkan lengan saya rasa nak tercabut. Rehat pukul 1.00 balik rumah masak .Petang cuci tandas siap mop sampai linyau .Tandas bukan sikit. Setiap bilik 4 tandas. Ada 4 bilik iaitu tandas lelaki, perempuan, guru lelaki dan guru perempuan. Sebulan kerja, badan sakit, lengan sakit, tangan kebas berdenyut-denyut. Lebih sadis, kulit saya rentung.
           Awak tahu tak rasanya bila kali tangan dan muka hitam? Kulit muka kusam ,kering sampai tak ada foundation yang mampu elokkan penampilan saya. Down sangat tau... Rasa nak nangis. Huhu...
           Yang ni gambar lama juga. Nampak ploles tak? Masa tu pakai babies blink skincare. Tapi kulit tetap tak dapat nak nampak cerah .Masa tu saya baru dapat info tentang produk bermasalah. Ciri-ciri tersebut ada pada skincare saya. Bila saya stop, kulit saya semakin banyak jeragat. Macam-macam krim saya cuba tapi kulit saya masih break out.
          Ni dah pakai foundation tau... Tetap jadi macam ni. Sedihnya... Jual produk kecantikan tapi kulit macam apa tah. Masuk dua bulan, jari saya kebas sampai hilang deria. Maka pergilah saya jumpa doktor selang hari je. Siap kena minum air gula sebab doktor suspek saya ada kencing manis. Asyik berulang ke klinik ajelah saya. Mujur juga saya disahkan tiada masalah kencing manis, tetapi masalah saraf akibat bekerja tanpa henti .

          Doktor nasihatkan saya rehatkan tangan kalau rasa penat. Bila rehat masa kerja ni rasa mengulor lah pulak. Tahu tak apa itu mengulor? Mengular .. Hihi, curi tulanglah lebih kurang maksudnya... Athma makin serius sampai kena tambah pil. Gastrik makin serius sampai banyak benda saya tak boleh makan. Rasa hidup saya dak tak lama kot...Bila lelap mata je, satu badan sakit-sakit. Tak boleh tidur.Susahnya nak tidur dengan badan sakit-sakit. Bila bangun tidur, perut rasa kembung. Bayangkan perut saya boleh buncit dengan tiba-tiba tanpa saya tahu apa penyebabnya. Bila nak kempis, bila-bila masa je. Ubat gastrik sebulan berbotol-botol.

Boleh awak bayangkan dengan sakit badan, kebas jari ,bila masa saya nak update blog? Nak ketuk keyboard pun tak boleh. Iklan kat blog setakat itu sahaja. Rasa down sesangat. Rasanya perniagaan online saya akan berkubur tanpa nisan.

          Tetapi disebabkan saya banyak update produk jualan di blog sebelum ni ,masih ramai yang pm saya bertanyakan produk. Alhamdulillah... Walaupun saya dah lama tak update blog, masih ramai yang nampak iklan saya.

          Masa berlalu dengan pantas. Dua tahun saya bekerja, blog dah jarang update. Sayapun dah rasa down sangat bila satu demi satu skincare disahkan ada merkuri dan hidroquinone. Bila ada yang pm ,saya akan bagitahu bahawa produk tersebut ada bahan kimia .Tak payah beli. Patut ke tidak? tak patut kan? Tapi itulah yang saya buat. Income saya mula out .Mood saya nak berniaga pun out.Saya cuma nak bantu orang. Biarlah saya beritahu semua produk yang pernah saya jual tu ada merkuri.

          Menung punya menung, saya rasa, saya patut menjual hanya produk yang ada kawalan harga. Insyaallah produk begini lebih terjamin bukan produk bahaya. Syarikat pengeluar lebih jelas. Tapi kesihatan pun tak tau nak cakap. Kadang rasa macam umur dah tak panjang kot... Asyik tak sihat je . Badan letih lesu je memanjang akibat gastrik teruk. Bila gastrik, nafas pun sentiasa sesak.Hmm...

          Suatu hari tu, Amy Amira ,tauke dropship saya menawarkan saya menjadi agen produk mimy beauty .Tapi saya perlu beli produk dan guna untuk memudahkan saya kenal produk yang saya jual. Beliau berjanji akan train saya sampai berjaya.

          Dua minggu jadi agen, Amy nak gambar untuk buat ID.

          Tengoklah gambar ni .Yang ni gambar id agen saya. Masa ni dah perasan kulit makin cerah sikit, Alhamdulillah...Sebulan amalkan set putih kekal, Sakit badan dan kebas tangan saya hilang. Dua tahun saya sakit tau...sebulan je saya dah sihat.Rasa macam mimpi.

          Amy Amira mengajar saya berniaga di facebook. Bermula dengan branding diri, saya mencari masa terluang untuk update facebook saya. Supaya orang tahu saya adalah penjual produk Mimy Beauty. Masalahnya, saya diberi task tetapi saya tak dapat nak laksanakan kerana saya bekerja. Masa yang diperlukan sangat banyak terutamanya untuk saya membuat engagement dengan kawan-kawan agar mereka sentiasa nampak saya sebagai kawan di facebook mereka.

          Terlalu penat mengejar masa.Berniaga Online di facebook perlukan komitment yang tinggi. Bila masa berlalu, yang pergi takkan dapat dikejar lagi. Kalau dulu, menulis blog adalah satu hobi, kini hobi yang disukai terpaksa ditangguhkan demi status surirumah bekerja, juga sebagai peniaga online yang gagal mengatur masa.

          Mengejar masa melakukan tugas surirumah, bekerja dari jam 7 pagi ke 4petang. Saya sudah miliki 2 kerja khas.  Dalam pada menjadi blogger,  saya juga menjadi peniaga online. Jadi saya terpaksa membahagikan 24 jam untuk 4 pekerjaan wajib .suri rumah,pekerjaan,berniaga dan blogger. Maka kegiatan blog saya kian terabai.Sedihnya... Ini adalah minat yang tidak dapat saya lakukan. Nak beriklan tapi tak cukup masa memang menyakitkan. Hidup rasa kelam kabut walaupun saya ada masa 24 jam untuk melakukan semua itu.

          Bila berniaga online,  saya banyak belajar cara menulis hardsale softsale, copy writing, bina facebook,  buat engagement dan Instagram, Nak cari bahan, info semua, 'Masa untuk belajar,lakukan dan wajib buat 'menjadikan saya kelam kabut antara kewajipan dan harus buat. Ada masa saya rasa nak nangis je.huhuhuhu...

          Akhirnya copy writing bertukar menjadi copy paste. Lagi sadis bunyinya tu.Tapi copy dari kawan sama produk Mimy Beautylah kan...Bila mula copy paste dan edit , saya sendiri seperti hilang identiti sendiri. Bila nak menulis,  fikiran terus buntu dan tak tahu apa yang nak ditulis. Akibatnya,  saya terpaksa terus memburu di google .Buru sana dan buru sini, masa terbuang begitu sahaja tanpa lakukan.

          Hakikat yang tak dapat dinafikan, saya mula rasa memori otak dah penuh sampai dunia rasa sesak. Terasa diri sudah semakin tua sebenarnya. Banyak benda baharu yang saya belajar untuk berniaga online,tetapi nota berbuku-buku tak juga terhafal.

          Amy Amira the boss juga dah bengang sebab saya gagal upsale. Dah macam-macam dia ajar tapi saya tak buat sebab tak sempat. Orang yang nak berjaya perlu buat dan buat tanpa alasan. Saya sedar itu dan saya tak salahkan Boss saya tu...Tapi hati saya mula menangis dan hampir give up.

Akhirnya...

          Saya pasrah. Saya harus menjadi diri saya sendiri. Saya akan mula berniaga online mengikut cara pilihan saya sendiri. Bukan dari satu ajaran sahaja, Bukan nak pertikaikan bantuan ilmu yang diberikan,tetapi ilmu tersebut perlukan komitment yang sangat tinggi sedangkan saya adalah seorang pekerja yang perlu mengikut jadual bekerja. Dan jalan yang saya pilih adalah blog.

          "Orang lain boleh je buat sale beribu di facebook?" Tapi sebagai suri rumah bekerja, memang susah bag saya. Saya kan nak rezeki halal...banyak curi tulang mana letak kehalalannya kan... Tapi dalan perniagaan online, itu disebut allasannnnnnnnn..huhu..

          Itulah dilema dalam berniaga online. Sifu saya pesan, berniaga online ni, jangan lakukan ketika kita bekerja...nanti gaji kita tak berkat. Jadi, saya perlu fikirkan cara berniaga yang boleh saya lakukan diwaktu saya betul betul tak ada komitment bekerja dan keluarga. Kesian Amy.Penat ajar saya tapi saya bagi alasan macam ni. Tapi tak mustahil kan...

          Dalam pada itu,reda suami pun perlu juga. walaupun suami memahami, ada juga masanya buat perangai sebab bini sibuk memanjang. Harap suami saya tak kerap sangat merajuk sebab kurang diberi perhatian. Supportlah isteri anda yang sedang bercita-cita tinggi di usia 47 tahun ni. Usia bukan penghalang kan...

          Untuk yang nak mula berniaga online, Lakukanlah mengikut kemampuan dan masa sendiri. Kalau suri rumah sepenuh masa akan lebih mudah sebenarnya. Cuma perlukan kerajinan. Awak nak jadi dropship Mimy Beauty bawah saya sangatlah dialu-alukan. Whatsapp 011-29559915.Kerana Mimy Beauty sangat hebat kesannya.

          Kenapa hebat?Meh saya nak share gambar terbaharu saya.


          Gambar ni pula lepas tiga bulan saya amalkan vitamin c rosehip.Tukar gambar id sebab nombor phone tukar baru. Syukur sangat jumpa produk ni. Sejak amalkan face scrub dan serum mimy beauty, jeragat dah sangat pudar. Ada yang dah hilang terus. Paling best, parut satu badan hilang tau.. i'm fell love with Mimy Beauty.

          Sekianlah kisah suka duka berniaga online dari saya.
Assalamualaikum...

Ahad, 15 April 2018

Produk yang diharamkan kerajaan brunei 2018

Assalamualaikum warahmatullah...

          Sudah lama saya nak kongsikan info senarai produk yang telah disahkan dicemari bahan beracun oleh kerajaan Brunei 2018 ni tetapi tak berkesempatan. 

Alhamdulillah...saya berkesempatan juga pada malam ini. Sebagai manusia, saya dengan ikhlas membantu korang dapatkan info terkini. 

          Sebagai seorang penjual produk kecantikan, saya amat menitik beratkan keselamatan dalam pemilihan produk yang saya jual. Memang banyak produk yang pernah saya jual telah disahkan mengandungi bahan terlarang. Saya sendiri akan menghentikan penjualannya bila saya tahu ianya mempunyai kesan sampingan. Cuma yang saya hairan , produk yang disahkan mengandungi bahan terlarang ni tetap dicari pengguna . 

          Oleh sebab itu jugalah produk-produk tersebut masih dijual di kebanyakan toko kecantikan dan di pasar-pasar malam. Siapa yang perlu disalahkan bila kulit kita breakout ? Bukan mereka dan keluarga mereka!!  Tetapi diri sendiri. 

          Di sini saya sertakan screenshoot yang telah saya ambil dari fail pdf halaman farmasi Brunei. Tak mampu saya sebutkan satu persatu,tetapi kawan-kawan carilah sendiri produk kecantikan kawan-kawan kalau-kalau termasuk dalam senarai di bawah. Sayangilah diri kita, kecantikan dan kesihatan kita. Sekali terkena, selamanya terasa. Sama-sama kita elakkan penggunaan produk berbahaya.




          Posting terakhir yang saya lihat,ada beberapa penambahan produk yang baru dikesan mengandungi bahan berbahaya.



          Saya ingin memohon maaf kerana pernah menjual beberapa produk di atas. Tetapi Alhamdulillah...saya menjual tak lama...cuma saya kesal kerana saya sendiri telah menggunakan beberapa produk di dalam senarai. Akibatnya, kulit muka saya ditumbuhi jeragat dan jeragat ini sangatlah degil untuk dihilangkan.

          Cuma saya kurang faham, mengapa sampai sekarang produk yang disahkan tercemar masih tetap menduduki iklan di radio dan tv kita. Maaflah ya...saya dah hentikan penjualan walau masih ada permintaan.Saya tidak mahu menjadi penyebab kepada masalah kalian dikemudian hari.

          Sekarang ini, saya cuma tumpukan kepada pengambilan vitamin c rosehip untuk detoks semua toksin yang pernah masuk ke dalam badan saya kerana skincare bahaya ini. Bila dah terjebak dan tahu serba sedikit tentang bahaya merkuri dan hidroquinone, saya baru tahu ciri-ciri bahan tersebut.

          Kesan penggunaan yang lama,menjadikan kulit saya nipis. Bila saya guka pelembab atau beberapa produk tertentu, kulit saya akan menjadi gelap kemerahan .Buat masa ini, saya masih dalam rawatan kulit, Alhamdulillah...kulit saya sudah lebih baik. Kulit saya juga sensitif kepada kepanasan kerana kulit saya akan menjadi gelap terbakar kalau terdedah kepada suhu kuat.

          Bersabarlah wahai seorang aku, Insyaallah ...semuanya akan kembali normal. Asalkan kulit makin baik dan tubuh badan sihat, itulah perkara paling rare adalah kulit sihat  badan cergas .

Jom makan vitamin c rosehip by Mimy Beauty...

Whatsapp kaksal- 011 29559915

Kaksal akan bantu kalian mengenali apakah vitamin c Rosehip dan kesannya.



Selasa, 23 Januari 2018

Vitamin C Rosehip ada side effect?

Vitamin C Rosehip ada side effecr??

Biar betul!!

Korang nak kulit putih?
Tapi takut pulak makan produk- produk ni. Betul ke takde side effect?

Produk Mimy Beauty ni 100% dari buah rosehip tau... Buah rosehip ni adalah biji buah dari pokok bunga mawar.

Orang zaman nenek korang dulu, siap makan kelopak Bunga Mawar untuk cantik. Pastu mandi bunga pulak nak naikkan seri muka. Sebab kat Malaysia ni pokok mawar tak berbuah.



Laa ni dah senang. Mimy beauty hasilkan vitamin c rosehip ni 100% original. Kalau viyamin c lain mungkin cuma vitamin c, tapi vitamin c rosehip ni special sebab buah rosehip memang khasiatnya berbagai.

Nak bagi korang puas hati, korang boleh google khasiat buah rosehip .sekarang kan zaman it...semuanya kat hujung jari.

Yakinkan diri korang bahawa buah rosehip ni takde side effect melainkan korang akan cantik dan berkulit cerah. Tiada lagi awan hitam awan kelabu yang membezakan kulitku dan kulit dia. Suami isteri boleh putih.

Nak nak korang yang nak kahwin tu. Ambil set putih kekal 3 bulan , Kaksal gerenti korang dah cerah masa tu lepas 3 bulan. Asalkan korang konsisten.

Takut mahal? Kalau produk -- ***--- barulah putih korang kena bayar hampir 400 sebulan, vitamin mimy beauty adalah terbaik dan termurah.

Apa tunggu lagi? Wasap kaksal cepat. Kita borak2.

KAKSAL - 01129559915

#mimybeauty #pakarkulitanda #takjelesker

Testimoni banyak giler...tapi kaksal share sorang pengguna yang dah putih dengan Vitamin C Rosehip. Best ke best? 



Sabtu, 16 Disember 2017

Kebas tangan sembuh dengan Vitamin C Rosehip

           Masalah Kebas Tangan Sembuh Dengan Vitamin C Rosehip Mimy Beauty? BOLEH PERCAYA KE?

          Sebenarnya, saya amatlah berbesar hati ingin berkongsi pengalaman saya sendiri dalam masalah kebas tangan. Sebelum ini saya pernah buat entry tentang  VITAMIN C ROSEHIP . Klik tulisan pink kaler tu kalau nak ke sana tau... Entry tu adalah info produk dan testimoninya. Tapi testimoni orang lainlah kan,,,


          Terus terang saya katakan, Pada mulanya saya mengambil Vitamin C Rosehip ni sekadar nak cantik, nak cerah , dan nak hilangkan jeragat. Tetapi sungguh saya tak sangka ianya mempunyai impak lebih baik untuk kesihatan saya.

          Saya rasa, sesiapa yang follow blog saya pasti tahu saya pernah menjadi suri rumah sepenuh masa merangkap baby sitter kan... Pada penghujung 2015 dulu, suami saya menamatkan perkhidmatannya di Karangkraf dan menjadikan kami penghuni Kampung di Luala Lipis ni.

          Oleh kerana kami baru sahaja berpindah dan anak-anak saya mula masuk asrama, saya ditawarkan pekerjaan sebagai pekerja am. Pada mulanya berat juga hati kerana saya sangat sayangkan blog dan perniagaan online saya yang baru nak naik tu. Kalau saya bekerja, kemungkinan besar saya tidak akan cukup masa untuk merealisasikan impian saya sebagai blogger dan peniaga jaya.

          Namun begitu, saya menerima juga tawaran ini demi anak-anak yang semakin membesar dan memerlukan duit untuk teruskan pelajaran mereka. Dapat bekerja setelah 20 tahun tanam anggur memang agak menyeronokkan. Saya dapat kawan baharu dan pengalaman baharu.

          Sebelum tu, saya nak ceritakan sejarah bagaimana saya terkena masalah saraf.

          Bekerja sebagai pekerja am di sekolah pada awalnya kedengaran sangat simple.

"Awak cuma perlu sapu je kat kawasan-kawasan yang akan diberitahu nanti."

          Kedengaran sangat mudah kan? Tetapi hakikat yang saya terpaksa terima, masuk kerja pukul 7.00 pagi, saya perlu menyapu selama tiga jam baru siap. Lepas tu rehat,dan lepas rehat saya buatlah apa yang patut. Banyak bilik yang perlu saya kemas.

          Lepas rehat tengah hari pula, saya kena cuci dan mop tandas selama dua jam. Membuat dua kerja ini non stop membuatkan tangan saya kebas, sendi saya ngilu. Bila nak tidur malam, tangan saya mengeras.nak genggam tangan ni pun tak boleh. Badan saya pula sakit dan tulang belulang saya menjadi ngilu seperti ada genjatan eletrik. Belum lagi kira lutut yang berkertuk kertak ni lagi. Siksa woo... Nak angkat sebiji pinggan pun rasa tak larat.

          Semakin lama saya bekerja, semakin sakit badan saya. Akhirnya saya menemui doktor. Doktor memeriksa darah saya kerana kebas kebas tangan yang saya alami sangat teruk sampai saya tidak boleh memegang sesuatu benda lebih dari lima minit. Tangan saya akan kebas dan sakit. Dikhuatiri saya mengidap penyakit kencing manislah kan...

          Selepas membuat ujian darah, Alhamdulillah...saya disahkan tiada masalah kesihatan kronok. Saya disahkan mengalami masalah saraf akibat dari membuat pekerjaan tanpa henti. Saya diberikan vitamin saraf dan disarankan banyak rehatkan tangan supaya tangan tidak stress.

          Masalahnya, mana boleh saya nak rehatkan tangan. Hendak atau tidak , kerja saya kena selesaikan juga kan... Untuk menjaga kesihatan, saya mengambil langkah berehat setengah minit setiap kali tangan saya kebas. Kerja pun terasa lambat benar nak siap. Alhamdulillah...selepas setahun baru rasa sedikit kurang. Kurang tu maksudnya tak sembuh...cuma rasa macam terkawal sikit.

          Bulan september 2017, genap setahun sembilan bulan saya bekerja. Dengan masalah saraf, gastrik, pening, loya, semua ada. Tapi Allah sayang saya. Sakit tidak datang serentak. Macam ada jadual, hari ni sakit ni, esok sakit kat tempat lain silih berganti.

         Bulan september tu juga saya kehilangan ayah tersayang yang kemalangan dengan lori tanah hari tu. Hari yang sama saya mula mengambil Vitamin C Rosehip. Selepas beberapa hari saya makan vitamin ni, badan saya tiba tiba sakit macam mula-mula saya kena masalah saraf teruk hari tu. Tangan kebas sangat . Tapi rasa tu tak sampai 24 jam pun...Saya tak ingat pulak berapa hari, tetapi macam magic tau...Tak sampai seminggu tau...bila bangun tidur, badan saya terasa ringan dan tangan saya yang tak boleh nak genggam tu terasa sangat ringan untuk digenggam berulang kali. Alhamdulillah...

          Habis sebotol Vitamin C Rosehip ( 14 hari) , Saya rasa banyak masalah saya selesai. Hakikat yang tak dapat dinafikan, saya memang banyak masalah kesihatan. Maklumlah umur dah empat series kan...

Inilah rupa Vitamin C Rosehip. kecil molek mudah ditelan.

Antara khasiat Vitamin C Rosehip dan cara makan.

Super whitening ni adalah booster untuk mempercepatkan penyerapan Vitamin C oleh badan kita.
   

BERMINAT NAK DAPATKAN VITAMIN C ROSEHIP ,

HUBUNGI WHATSAPP KAKSAL = 011-29559915

COD =KUALA LIPIS PAHANG .  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...