lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Memaparkan catatan dengan label gadjet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gadjet. Papar semua catatan

Selasa, 20 Januari 2015

Smart phone percuma.

                 Kalau nak tengok berbagai-bagai jenis phone yang ditawarkan, sila masuk sendiri ke halaman digi di SINI .Hanya dengan melanggan postpaid Digi,kita berpeluang memiliki smart phone percuma.Macam best aje kan?

                 Kalau nak tahu dari mana saya tahu benda alah ni, inilah iklan nuffnang yang saya klik pada blog seseorang.Ianya membawa saya ke blog jessica chaw. Kalau nak tengok sendiri, boleh klik sini, tapi lagi baik klik kat iklan kawan kita kan... dapat juga pahala sedekah.Blog ni dalam bahasa inggeris.Tapi free punya pasal, kenalah rajin sikit saya baca.hehe...

Plan terbaharu dari DIGI yang mengujakan:

                1 ) DG SmartPlan 78: RM78/month, 3GB, 100mins, 100SMS

                2 ) DG SmartPlan 108: RM108/month, 5GB, 300mins, 300SMS

                3 ) DG SmartPlan 148: RM148/month, 6GB, 600mins, 600SMS

                Sayapun dah plan nak tukar broadband celcom yang dah berjasa selama bertahun-tahun ni.Mungkin ianya sudah terlalu tua, sebab tu asyik line lembab je.Saya ni memang suka banyak fikir.bak kata iklan kitar semula tu, fikir dulu sebelum buang.so, fikir jangan tak fikir...

Isnin, 17 November 2014

Sony Experia Z3 Dan Nuffnang.

copy foto dari http://www.sonymobile.com/my/products/phones/xperia-z3/
                 Sekarang ni iklan Nuffnang sedang memaparkan smart phone Sony Xperia Z.Bagi yang memang gila handphone,memang teruja ya amatlah bila melihat telefon touch screen ni.Memang bertuah badan kalau dapat telefon bimbit ni .

                 Telefon baru ni merupakan sebuah telefon bimbit yang paling advance.Saya pernah membuat satu post yang bertajuk kehebatan sony .Ketika itu saya cukup geram dengan Sony Xperia Go milik along yang rosak gara-gara percaya bahawa telefon tersebut kalis air.

                 Akibatnya,telefon yang dibeli dengan hatga 500++ tu hanya bertahan selama sebulan.Selepas dihantar repair,sempatlah guna lagi sebulan.Akhirnya skrinnya pula tak berfungsi.Akhirnya ianya dijadikan bahan antik selepas 50 tahun nanti aje...

                Tapi telefon pintar Sony Xperia Z3 ni memang sudah terbukti kalis air.Sama ada kita berada di dalam hujan atau menyelam ke dalam kolam renang,kita masih mampu mendapatkan gambar yang cantik.Ini adalah kerana ianya tidak mempunyai sensor terhadap suhu.Kalau tidak,telefon kita akan tertutup sendiri bila sejuk.Kan....

                Dengan Kedudukan kalis air yang hebat,kita boleh mengambil gambar di bawah air atau hanya mengelap telefon kita bila terkena air.

                Selain tu.ia juga adalah sebuah telefon yang kalis habuk Jadi,ianya mudah dibersihkan.Telefon ini juga direka khas dengan menggabungkan bahan-bahan premium dengan yang terbaik dalam teknologi Sony.Ia juga mempunyai bingkai yang nipis dan tahan lasak.

                Perkara pertama yang akan saya lihat dalam sebuah telefon pintar ialah muatan memori yang boleh kita simpan.

RAM 3GB
Sehingga 16 GB memori flash.
Penyimpanan diperkembangkan jenis microSD.
Sehingga 128 GB microSD ™ (kad slot, SDXC disokong)

                Lepas tu,saya akan lihat kameranya:-

CAMERA
Kamera belakang 20.7 megapiksel
Dengan Flash.
Kamera depan 2.2 megapiksel

                Sony Xperia Z3 mempunyai kamera HD super jelas dengan 20.7 megapiksel dengan fokus automatik.Ianya dilengkapi dengan telefon premium dengan Cyber-shot dan Handycam teknologi 8x zoom digital. Jadi, kita boleh mengambil gambar dalam cahaya yang pudar sekalipun,atau dalam air juga.Ia juga dilengkapi dengan 2.2MP kamera depan,dengan flash.Maka kalau nak buat panggilan 3G tu memang boleh sesangat.

Resolusi paparannya pula ialah 5.2 "HD paparan penuh (1920x1080 piksel) dan dengan  prosessor 2.5GHz quad.

                Telefon pintar ini sangat ringan dan nipis di 152 gram dan 7.3mm, dilengkapi dengan pemproses yang paling berkuasa dan paling cepat setakat ini.

                Sony Xperia Z3 juga merupakan sebuah telefon pintar yang dimuatkan sepenuhnya dengan hayat bateri selama dua hari.Jadi,tak payahlah kita asyik nak cas bateri aje kerjanya.Kan....Kapasiti bateri nya ialah 3100(mAh) dengan bateri yang tidak boleh ditanggalkan.

                Sony Xperia Z3 jugaSatu-satunya telefon pintar dengan PS4 .

PERISIAN
Sistem operasi Android 4.4
Dengan Sokongan Java.

               Tapi bab ni,bagi golongan muda yang mempunyai masa untuk games ajelah.Saya cuma teruja,tapi itu bukan keutamaan saya.Kerana,kalau blogger main game,masanya banyak terbuang tanpa apa-apa hasil.Itu saya pasti sangat sebab saya juga pernah main game,hihi.

               Sebagai blogger,kalau setakat nak ronda-ronda mengambil gambar untuk dimuatkan dalam blog tu,memang sangat releven.rakam video 4K,dengar lagu,dan sebagainya dengan sound effect yang bagus,dengan head phone.GPS pun ada...maka ianya memudahkan kita menjejak jalan ke sesuatu destinasi tanpa mendail kawan bila sesat.

               Apa yang penting,internet mesti ada.Kita lihat pula ini:-

CONNECTIVITY
Wi-Fi .
Piawaian Wi-Fi disokong 802.11 b / g / n / ac
Dengan Bluetooth, v 4.00

USB Micro-USB
Mengecas melalui Micro-USB.
Penyambung pengecasan proprietari.
Jenis SIM- Nano SIM

               Dengan kemudahan di atas ni,kerja kita memang mudah.USB boleh cas atau berkongsi gambar atau video dengan komputer meja kita.

               Warna yang kita ada ialah,Black, White,  Silver and Green.Opps...dalam bahasa melayunya,hitam,putih,tembaga dan hijau.Fee....weeett....memang cantik.

               Cuma masalahnya,harga telefon canggih ni sangat mahal untuk seorang seperti saya,iaitu RM2,399.00.Wahahaha...telan air liur ajelah sampai demo kayo.

Rabu, 1 Oktober 2014

Icon di desktop hilang.

icon hilang.
               Saya pernah buat cerita tentang icon desktop yang hilang.Saya mencari penyelesaian di google dan kebanyakan mereka menganggap masalah ini sebagai virus.Ada juga yang mengatakan ianya berpunca dari window yang rosak.

               Penyelesaian darinya,saya perlu repair,atau format semuanya dan install window baharu.Cuba punya cuba,icon hanya bertahan sekejap sahaja.Setiap kali shutdown,ianya akan hilang bila dibuka semula.Saya membuat keputusan untuk format dan install baharu.

              Sayangnya,kipa pula bermasalah dan saya sendiri pening kerana install berhenti setengah jalan.Ingatkan saya tersalah bit,tetapi kedua-dua bit juga sudah saya cuba.Erti kata lain,saya melbur wang untuk membeli window kedua-dua bit.

             Akhirnya kami membuat keputusan untuk membawanya ke kedai.Alhamdulillah...akhirnya komputer siap dibaiki.Katanya,kipas yang perlahan membuatkan install stuck.

             Bila bawak balik ke rumah,komputer dipasangkan,icon tetap juga tidak muncul.Barulah kami sedar,setting pada skrin yang membuatkan icon tidak muncul.Hanya klik screen resolution dan duplicate.Semuanya menjadi seperti sedia kala.

              Tak tahulah sama ada nak ketawa atau nak salahkan diri sendiri.Yang pasti,komputer saya tidak rosak dan windownya masih baik.Cuma setting pada screen sahaja yang teralih.mungkin ini angkara budak-budak,atau mungkin saya sendiri tersilap tekan,Wallahu a'lam.

              Walau apapun,alhamdulillah,semuanya berlaku pasti bersebab.Dengan terhentinya blog saya,rezeki yang Allah janjikan sebenarnya sudah terbentang.Cuma saya perlu berusaha dan bertawakkal.Nak tahu kenapa?kita berjumpa lagi next episod.

Selasa, 8 Julai 2014

Komputer Error.

               Beberapa bulan yang lalu, setiap kali saya ingin klik connect pada broadband saya,pasti akan keluar benda alah ni.Puas menggodam,Al kisahnya dikatakan virus telahpun mencemar duli kepada sistem window 7 saya ni.

               Maka bermulalah sesi menggodam untuk mencari jalan penyelesaiannya.Pada mulanya,saya diajar manage access dalam My Computer dan membuka window even log .Kemudian start manual. Lepas tu buka pula Remote Access Manager manual.Bolehlah saya menggunakan broadband saya walaupun setiap kali nak sambung menjadi lambat.

              Lepas tu saya jumpa cara ke dua iaitu dengan klik pada connection sebelah kanan dan tekan connect di situ.Ianya lebih cepat dan mudah.Malangnya,selepas sebulan,komputer saya terus gagal membuka windownya.Kalau adapun, ianya bukanlah window yang sebenar.

              Selepas saya membuat system restore,desktok datang kembali.Alhamdulilllah...komputer saya boleh digunakan walaupun masih ada masalah even log.

              Beberapa hari lepas,tiba-tiba terjadi lagi sekali, komputer gagal dibuka dengan betul.Saya masih mampu membuka internet,tetapi apa yang ada pada desktoknya semua hilang.Terpaksalah saya bersabar walaupun terpaksa menggodam penyelesaian dari mr google dan merisik jawapan dari beberapa orang pakar tentang komputer.

              Restore sampai ke tahun lepas pun tak dapat nak selesaikan masalah.Mengikut apa yang saya tahu,kita boleh menggunakan cara window repair untuk membaiki semua yang rosak pada window,tetapi malangnya,satu rumah dah saya geledah untuk mencari cd windownya tapi tak berjumpa.

              Maklumlah,lepas pindah rumah,semua barang yang disimpan, telah dialaihkan susun atur beberapa kali untuk mendapatkan sudut yang sesuai.Maka,bila nak cari barang hilang,memanglah sakit...

              Akhir sekali,Along juga yang berjaya menyembuhkan komputer ni.Copy semua program folder yang diperlukan ke cakera keras dan reset ke aturan kilang.Lepas tu restore window.Semuanya menjadi seperti baru.Semuanya nak setting semula.Sayangnya folder AVG tak tercover.Terpaksalah menggunakan Norton versi percubaan selama sebulan sebelum mendapatkan antivirus baru.

             Akhirnya saya dapat menggunakan komputer yang memorinya fresh dari ladang.Tak adalah sangkut-sangkut lagi.Fuh...dengan perasaan leganya saya mula berblogger dengan aman damai.Sayangnya,ada pula masalah line internet yang mula lembab tahap gaban.Hampeh betul...

             Buat seminggu dua ni,tak dapatlah saya nak bersegmen dan blogwalking lagi.Mana yang boleh buka tu kira nasiblah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...