lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Memaparkan catatan dengan label ilmu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ilmu. Papar semua catatan

Rabu, 12 Ogos 2015

Error 404 bad request

              Korang pernah kena tak error macam ni?Alkisahnya, satu hari tu saya sedang cari bahan untuk produk.Tapi entah camana termerayau sakan sampai tertarik hati dengan ayam lamboghini dari mybloghub tu.Pada ayam tu memang ada nama blog beliau.Takkan saya nak cilok buat aneh-aneh kan...

              Cuma...saya ni memang suka benda pelik,so saya tarik masuk komputer saya.Memang tak dapat tarik rupanya.So, saya abaikan ajelah...

              Lepas tu tiba-tiba saya tak boleh nak masukkan gambar kat blog saya.Blog boleh je buka...tapi bila klik petak gambar, keluarlah error 404 bad request.Pada mulanya saya ingat ianyanya kerana internet ciput.Tapi, bila buka benda lain ok aje semua.Saya abaikan...siap satu entry tanpa gambar.Tapi tak puas hati,maka sayapun cari kat google.

Cara nak selesaikannya senang aje.

Masuk kat History dan clearcr cookies kat dalamnya.Selesai...hahaha... Lepas dah elok semua, saya pun carilah semula blog yang saya buka haritu tapi dah tak jumpa.Blog tersebut adalah milik blogger dari indonesia.Tetapi sayang juga saya tak dapat nak kreditkan sebab dah tak jumpa.Saya cari kemudian, penyelesaian yang sama dah tak ditemui.Memang nasiblah saya dapat cari dengan mudah hari tu.huhuhu...

            Mesej of the story, jangan nakal nak ambil gambar ayam ke itik ke, kucing comel ke kat blog orang.

Jumaat, 24 April 2015

Berubat dengan bomoh atau ustaz

                Hari ni saya nak membebel sikit tentang orang yang berubat dengan bomoh dan ustaz.Ada bezakah? Kalau pada zaman dahulu,dukun dan bomoh adalah perkara biasa.Mungkin kerana kurang pendedahan,mereka lebih suka bertemu dengan bomoh untuk mengubati penyakit.

               Kalau sakit dirasuk tu mungkinlah logik juga,tetapi kalau anak demam jumpa bomoh,sakit perut jumpa bomoh,sakit kaki jumpa bomoh,Bengkak sana sini pun jumpa bomoh.Pendek kata, sakit apapun semuanya nak bergantung kepada bomoh.

              Lepas tu bomoh pun tengok dalam air,"ada orang buat" katanya.Atau pun, "Awak ni kena tegur ni..."Lepas tu berkebas kain hilam,hiris buah limau, bakar kemenyan dan sebagainya.

             Pada zaman sekarang ni,sudah banyak pendedahan terhadap penggunaan bomoh yang tidak sepatutnya kita percaya.Maka sudah ramai yang bertemu dengan ustaz-ustaz untuk berubat. Alhamdulillah...kesedaran ini adalah tanda positif untuk menghindar perkara khurafat.Tetapi masalah percaya dengan bomoh ni memang sukar dipupuskan.Zaman orang menggunakan komputer ini juga masih ramai yang menggunakan bomoh.Macam sudah tak cukup doktor kat malaysia ni.

             Abaikan tentang itu.Saya nak komen tentang masyarakat yang berjumpa ustaz untuk berubat pula.Sekali dengar memang baguslah.Jumpa Ustaz,bukan bomoh pun...Masalahnya sekarang, dah jumpa ustaz,tetapi masih lagi ada yang sengaja memesong akidah masyarakat kita.Baca ayat Al-Quran, tetapi bila dah siap di ruqyah,sebut pula ayat tak sepatutnya.

"Apa yang saya nampak, ada orang yang rapat dengan awak sengaja nak menganiaya awak.Saya taknak awak berdendam atau balas balik perbuatannya ini."Begitulah lebih kurang ayat yang diceritakan. (Maaflah,saya tak pernah jumpa bomoh atau ustaz untuk berubat,jadi ayat di sini hanya copy paste yang tak sepenuhnya betul.)

              Sekali pandang,tak ada masalah dengan bertemu Ustaz,tetapi apa yang menjadi parah bila ayat ni keluar.

"Saya dah jumpa ramai ustaz,tapi semuanya cakap benda yang sama.Siapalah yang rapat dengan saya yang sanggup menganiaya saya ni.Siksanya saya rasa sampai menggelupur sakit.Sampai hati buat saya macam ni.Apalah dosa saya kepada mereka."

             Sama ada sedar atau tidak, si polan akan terfikir juga.Habis sepuluh orang adik beradik,sepuluh orang ipar duai,sepuluh orang anak-anak buah,mak pak sedara semua jadi suspek.Kalau habis di situ takpelah juga.Kalau dah cerita pula kat kawan,kat si polan, sipolan dan si polan.Akhirnya berbagai fitnah tersebar dan silaturrahimpun terlerai hanya kerana prasangka.

            Alangkah sedihnya kalau kita percaya si polan itu atau si polan ini membuat aniaya kepada kita.Macam yang Ustaz Adan selalu sebut-sebut,tak ada sesiapa yang tahu apa yang terjadi kalau tidak melihat kejadian melainkan dia adalah kahin atau tukang tilik.Percaya kepada tukang tilik ni adalah haram.

           Saya bukanlah ahli dalam bidang agama,tetapi rasanya,saya nak kongsi sedikit isi kandungan majalah I karangkraf dalam tinta Dai.

Dalam kitab Shahihnya, Al-Imam Muslim mengutip hadis dari Nafi’, dari Shafiyyah, dari beberapa isteri Nabi, dari Nabi s.a.w. baginda bersabda:

“Siapa yang mendatangi arraf (tukang ramal) lalu menanyakan sesuatu kepadanya, maka sembahyangnya tidak akan diterima selama empat puluh malam.”

Al-Imam Nawawi menjelaskan, “Yang dimaksudkan dengan tidak diterima solatnya adalah bahawa solat yang dilakukannya itu tidak diberi pahala, sekalipun solat yang dilakukannya itu sudah tentu tetap boleh menggugurkan kewajipannya sehingga tidak perlu diulang kembali. Para ulama sepakat bahawa hal itu tidak bererti menuntut orang yang mendatangi tukang ramal untuk mengulangi solatnya selama empat puluh hari.” (Syarh Shahih Muslim, 7/336).

             Begitu besarnya akibat dari satu kepercayaan yang tergugat.Kalau kita terus percaya tentang ramalan,apakah yang tinggal untuk kita bawa ke akhirat kelak?Maka hitung-hitunglah diri kita.Jangan mudah mempercayai sesuatu yang meragukan dan menjerat kita ke dalam masalah.

             Saya nak kongsikan sikit lagi isi kandungan majalah i kepada korang semua.

Alam Ghaib

Yang diistilahkan bomoh itu adalah orang-orang yang mengabarkan hal-hal yang akan terjadi di kemudian hari, melalui bantuan syaitan yang mencuri-curi dengan berita dari langit. Maka, bomoh adalah orang-orang yang mengaku dirinya mengetahui ilmu ghaib, sesuatu yang tidak tersingkap dalam pengetahuan banyak manusia.

Padahal, di dalam Al-Quran disebutkan dengan jelas dan pasti, bahawa hanya Allah yang mengetahui yang ghaib, adapun selain Nya tidak. Allah SWT berfirman: “Katakanlah: “Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah”, dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan. (An-Naml: 65)

“(Dia adalah Rabb) Yang mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorang pun tentang yang ghaib itu.” (Al-Jin: 26)

“Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendaki-Nya di antara rasul-rasul-Nya. Kerana itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar.” (Ali ‘Imran: 179)

“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh).” (Al-An’am: 59)

Maka katakanlah: “Sesungguhnya yang ghaib itu kepunyaan Allah, sebab itu tunggu (sajalah) olehmu, sesungguhnya aku bersama kamu termasuk orang-orang yang menunggu.” (Yunus: 20)

Bahaya Mendatangi Dukun dan Peramal

Al-Imam Bukhari dan Muslim dalam kitab Sahih keduanya, meriwayatkan hadis dari ‘Aisyah r.a. ia berkata: Saya tanyakan kepada Rasulullah s.a.w. “Ya Rasulullah, sesungguhnya para dukun itu mengatakan sesuatu kepada kami, dan ternyata apa yang dikatakannya itu benar terjadi.”

Baginda kemudian bersabda:
“Kata yang benar itu disambar oleh jin dan kemudian dibisikkan ke telinga pengikutnya. Tapi setiap satu kata yang benar itu dicampurkan dengan seratus kebohongan.” (HR. Al- Bukhari no. 5762, Muslim no. 2228)

Dalam riwayat lainnya, yang dikemukakan oleh Al-Imam Muslim disebutkan bahawa ‘Aisyah menceritakan: “Orangorang bertanya kepada Rasulullah tentang kebenaran para bomoh.” Baginda menjawab: “Tidak ada apa-apanya.” Mereka lantas berkata: “Mereka itu (bomoh) terkadang mengatakan sesuatu yang kemudian benar-benar terjadi.” Baginda s.a.w. menjawab:

“Kalimat itu berasal dari kalangan jin yang disambar oleh salah seorang jin, lalu ia bisikkan ke dalam telinga pengikutnya seperti suara ayam betina, lalu mereka mencampurnya dengan lebih dari seratus kebohongan.” Rasulullah bersabda: “Barangsiapa mendatangi dukun atau tukang ramal, lalu membenarkan perkataannya, bererti itu telah kufur kepada apa yang telah diturunkan kepada Muhammad s.a.w..” (HR. Ahmad dalam Musnadnya no. 9541) Ibnu Atsir r.a menjelaskan, “Yang dimaksudkan dengan tukang ramal adalah ahli nujum atau orang pandai yang mengaku mengetahui ilmu ghaib, padahal hanya Allah SWT yang mengetahui persoalan ghaib. Tukang ramal itu masuk dalam kategori bomoh.”

Bila sebut perkataan bomoh,kita tahu,tidak patut kita bertemu bomoh.Tetapi bertemu ustaz juga kenalah berhati-hati dengan perkataannya.Kalau ada ayat di atas,janganlah kita percaya dan menuduh sesiapa.Ini hanya merosakkan hubungan kekeluargaan dan akidah kita.Wallahu a'lam.          

Rabu, 8 April 2015

Epal turunkan berat badan.

                 Cantik tak gambar epal ni?Inilah illustrasi by Adan.Tetiba hari ni teringatkan epal pulak.Lama juga tak makan epal hijau ni.Semenjak perut menjadi manja kerana gastrik,saya elakkan makan buah epal hijau dan semua favourite saya yang masam-masam tu. Entah macam mana terjumpa pula kisah epal hijau yang mampu menurunkan berat badan di dalam majalah mingguan wanita..

                 Menurut penelitian US Apple Association pada tahun 1992, epal hijau berupaya membantu tubuh wanita mempertahankan kadar estrogen pada saat menopausGangguan penyakit pada saat menopaus seperti penyakit jantung dan kerapuhan tulang kerana rembesan hormon estrogen yang berkurangan boleh dicegah dengan zat yang terdapat di dalam buah epal.

               Selain itu, zat fitokimia di dalam epal akan berfungsi  sebagai antioksida yang melawan kolestrol jahat yang berpotensi menyumbat pembuluh darah.Ini kerana antioksida yang terkandung di dalam epal akan mencegah kerosakan sel-sel atau jaringan pembuluh darah.

               Pada masa yang sama,antioksida akan meningkatkan kolestrol baik seperti HDL,High Density Lipoprotin yang bermanfaat untuk mencegah penyakit jantung dan pembuluh darah.

              Kandungan pektin(serat larut di dalam buahan dan sayuran) telah terbukti mampu menurunkan kadar kolestrol di dalam darah.Sebuah penyelidikan bahawa, di dalam epal terdapat acid glucaric yang mampu mengurangkan kolestrol sehingga 35%.

              Sebuah kajian di Finland pada tahun 1996 membuktikan bahawa zat fitokimia dapat mengelakkan seseorang dari serangan penyakit

             Manakala zat yang ada pada kulit epal boleh mengelakkan pertumbuhan kanser 43%.Epal juga mempunyai kandungan serat yang tinggi(5g setiap sebiji epal) iaitu lebih tinggi dari kandungan dalam bijirin.

            Epal juga mampu mengelakkan sembelit,tetapi juga meredakan cirit birit.Apa yang penting,buah epal hampir tiada lemak dan kolestrol dan amat sesuai untuk wanita yang ingin berdiet.Jadi, Jom makan epal setiap hari.

            Oleh kerana tabiat sesetengah orang yang makan epal seminggu sekali dan lima biji sekali hadap, memang khasiat epal tak menjadi makan seimbang.Kerana itulah setiap supliment dan collagen product memilih epal stem cell sebagai salah satu bahan dalam produk mereka.

            Kalau korangk tengok produk supliment collagen,pasti korang nampak bahan yang terkandung di dalamnya adalah stemcell epal.Yang mana korang boleh membakar lemak selain dari menjadi glowing.

Jumaat, 6 Februari 2015

Tanda kiamat-Al-Quran lenyap Dari hati

                  Dari Hudzaifah Al-Yaman r.a katanya Rasulullah bersabda:

"Islam akan lenyap seperti hapusnya (warna pakaian yang telah usang) sehingga ( sampai suatu masa nanti) orang tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, apa yang dimaksudkan dengan solat, apa yang dimaksudkan dengan nusuk(ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah.

Al-Quran akan hilang semuanya dalam satu malam sahaja.Maka tidak ada daripada Al-Quran yang tertinggal di permukaan bumi ini walaupun hanya satu ayat.Yang ada hanyalah beberapa kelompok manusia, diantaranya para orang tua, lelaki dan perempuan.

Mereka hanya dapat berkata:"kami sempat menemui nenek moyang kami mengucapkan kalimah 'La ila ha illallah' lalu kami mengucapkannya juga."

Maka berkata silah(perawi hadis dari Hudzaifah "Apa yang dapat dibuat oleh la ila ha illallah (Apa gunanya la ila ha illallah ) terhadap mereka,sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan solat, puasa, nusuk dan sedekah?" Maka Hudzaifah memalingkan muka daripadanya( yang bertanya )

Kemudian silah mengulangi pertanyaan itu tiga kali.Maka Hudzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan.Kemudian silah bertanya lagi sehingga akhirnya Hudzaifah menjawab: Kalimah itu tidak dapat menyelamatkan mereka dari api neraka." Hudzaifah mengatakan jawapan itu tiga kali.

(HR Ibnu Majah)

              Sebagai renungan di hari jumaat, saya kongsikan salah satu tanda kiamat yang dipetik dari sebuah buku yang bertajuk Kiamat semakin hampir

              Dari hadis ini, kita dapat melihat bahawa sempurnanya iman kita bukanlah sekadar mengucapkan kalimah syahadah, tetapi kita haruslah berilmu,beriman dan beramal.Semuanya perlu selari barulah kita layak meletakkan diri kita sebagai penghuni syurga.Wallahu a'lam.


Selasa, 20 Januari 2015

Angin dari vagina,batal wuduk.

                 Ketika sedang berblogwalking tadi, saya terbaca satu entry dari lekatlekitgurl  tentang keluar angin dari fajaj yang membatalkan wudhu'.Saya juga pernah menonton video dari Ustaz Azhar Idrus yang diutarakan oleh beliau.

                 Saya nak tambah sikit apa yang diperkatakan oleh lekat lekit gurl ni.

                 Sebenarnya, angin yang keluar dari vagina berlaku apabila otot peranakan wanita menjadi lemah.Ada juga yang menggelar masalah ini sebagai rahim kendur atau peranakan jatuh.

                 Masalah ini biasanya berlaku bagi mereka yang baru melahirkan anak.Ianya terjadi kerana terlalu kuat meneran sehinggakan otot rahimnya mengembang dan mengakibatkan rahim kendur.Mesti ramai yang mengalami masalah ini.Begitu juga bagi wanita yang menopouse,Rahim longgar atau kendur menyebabkan angin keluar dari vagina tanpa dapat dikawal.
               

                 Alim ulama telah bersepakat mengatakan bahawa, batal wudhu' jika yang keluar dari kemaluan itu (sama ada depan atau belakang) adalah benda-benda yang biasa keluar iaitu tahi, air kencing, air madi, air mazi dan kentut. Adapun jika yang keluar ialah yang luar biasa (yakni jarang berlaku) seperti batu, darah atau sebagainya pula, para ulamak berbeza pandangan.

                Jadi, merujuk kepada hadis di atas, menurut jumhur ulamak (iaitu mazhab Syafie, Abu Hanifah dan Ahmad) keadaan ini boleh membatalkan wudhuk. Tetapi menurut mazhab Maliki, ianya tidak membatalkan wudhuk.

                 Sebenarnya, islam itu adalah agama yang mudah.Bila kita memegang kepada imam Syafie, kita mesti memegang kepada kata-kata, batal wudhu kita jika keluar angin dari qubul dan dubul

                 Tetapi kita kena tahu,apa yang terjadi kepada mereka yang bermasalah begini.Ini sudah dikira penyakit, takkan islam tak ada kelonggaran langsung kot...takkan dari pagi sampai petang nak ambil wudhu' tapi masih lagi keluar angin.Macam tu kira uzur tak payah solatlah .ye dok?

                Tapi mana boleh tak payah solat....kalau sebulan kena masalah ni, tak ke sebulan kena qada' solat.Cuti seminggu sebab haid tu tak payah ganti.Tapi masalah ni, sebulan tak sembuh sembuh juga.Kalau kena ganti solat seminggu pun dah jerih.Last- last tak berganti pulak nanti.alasan...

                Jadi, penyelesaian untuk masalah ini, kita tengok kepada keseriusan penyakit.Kalau kita sedang sujud tiba-tiba jadi masalah begini,

                Kalau sekali sekala kita rasa keluar angin dari mrs v, kita perlu mengambil wudhu' sekali lagi.Kalau kali kedua pun jadi, kita ambil wudhu' lagi. Masuk kali ketiga,maka timbullah persoalan ini.

Rakaat pertama,ketika sujud, "Apa yang keluar tu?tak rasa pulak aku kentut tadi? tapi bunyi macam kentut."

Masuk rakaat ke dua, "ah sudah...iye ke aku kentut?"

Masuk rakaat ketiga, "Ya Allah, kenapa boleh jadi macam ni?"

Masuk rakaat ke empat, "Sah...keluar angin dari mrs V.Parah macam ni.

                  Kalau dah yakin kita bermasalah begini,ambil alternatif sebagaimana kita solatapabila kita terkena darah istihadah atau darah penyakit.

                  Caranya ialah memperbaharui wudhu' kita setiap kali ingin mendirikan solat.Insyaallah ianya semudah itu.

                  Tapi kalau seorang wanita yang mengalami masalah ini, mestilah cepat-cepat mencari jalan penyelesaiannya.Carilah apa-apa jamu untuk menguatkan rahim disamping membuat senaman kemutan. Kalau baru lepas bersalin tu, boleh ikhtiar juga urut menaikkan peranakan,tapi awas...jangan pilih orang yang tak tahu mengurut, nanti makin parah pula.

                  Satu je pesanan kepada orang yang ada masalah ni, cepat cari ubat agar suami sayang. sebab masalah ni boleh buat suami cari lain.Jangan main-main tahu...Nasib baik saya tak jual jamu.lain macam je kempennya.haha...

                  Apa yang penting, islam mengutamakan yang mudah.Islam itu mudah.

Jumaat, 20 Jun 2014

Gila Korea.




                Cuba perhatikan dua keping gambar di atas ni.Rasanya,yang mana lebih hensome ?
Sebenarnya,gambar tersebut adalah orang yang sama.

                Seorang pemuda dari Brazil,berusia 25 tahun ini memilih untuk membuat pembedahan plastik untuk mengubah wajahnya menjadi wajah korea.

                Xiahn yang bermata biru dan berambut perang telah menjalani sepuluh sesi pembedahan pada matanya dan memakai kanta lekap untuk menjadikan wajahnya kelihatan korea.

                Hensome sangat ke bila berwajah korea?ish,ish,ish...apa-apa ajelah.Walau apapun,merubah wajah asal sudah ternyata haramnya.Ada juga artis kita yang suka suntik-suntik nak bagi lagi cantik.

                Apa yang tak bestnya,ada seorang artis comel yang saya suka sangat tengok muka dia.Matanya bulat dan kecik.Mulutnya kecik dan mengel,hidungnya juga cute sangat.memang sesuai dengan mukanya.Tapi bila tiba-tiba hidungnya menjadi besar,saya jadi kecewa.Haraplah dia ada alasan sendiri untuk membuat pembedahan hidungnya itu.Bersangka baik ajelah....

Ahad, 23 Mac 2014

Linkaran Gelap di Mata.

mata
                  Assalamualaikum...
                  Hari ini saya nak mengajak pembaca blog ni menghayati kenapa mata kita kelihatan lebam?Dahlah umur kian meningkat,mata pula lebam,tak berseri langsung.Lebam bawah mata atau dengan bahasa cutenya lingkaran gelap dibawah mata.Mestilah saya teruja nak bercerita...hari-hari mengadap komputer,matapun dah naik lebam.

                 Keletihan mata menyebabkan rasa sakit di sekeliling dan belakang mata.Keadaan ini akan menyebabkan kita berasa pening.Mata akan terasa sakit bila mahu memfokuskan sesuatu secara dekat seperti menghadap komputer,membaca ataupun menjahit,kita tidak dapat lari dari mengalami keletihan mata.

                Tidur yang nyenyak adalah penawar nombor satu bagi menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata.Tetapi jika tidur kita sudah cukup dan tidak melebihi dari yang sepatutnya tetapi lingkaran gelap tetap kelihatan,ianya mungkin kerana alergi.

                 Lingkaran biru di bawah mata sebenarnya mempunyai kaitan dengan alergi terhadap makanan terutamanya tenusu.Cuba elakkan pengambilan makanan yang berasaskan tenusu selama empat bulan supaya sistem imun kita dapat berehat dan insyaallah kita akan dapat melihat perubahan pada lingkaran biru di bahagian mata ini.

                Namun begitu jika lingkaran tersebut berwarna kecokelatan,ia menandakan tekanan pada hati.Ini bermaksud,kita perlu mengkaji semula berapa jumlah kafein yang kita ambil setiap hari.Rokok juga adalah punca lingkaran kecokelatan ini menghiasi mata kita yang tak berapa nak segar ni.

                Lingkaran biru dan lingkaran kecokelatan ini berbeza rupanya.Patutlah letak mentimun,tomato dan tea bag tetap juga lebam,rupanya puncanya perlu diketahui untuk mengatasinya.

                Tapi...bolehkah saya hidup tanpa kafein?Kalau taknak mata lebam,kurangkanlah teh tarik tu...boleh?Arrgh!....nampaknya saya sedang mencabar diri sendiri ni.Nak nampak segar,kenalah sahut cabaran...Insyaallah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...