lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Memaparkan catatan dengan label nuffnang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nuffnang. Papar semua catatan

Khamis, 9 April 2015

Apa dah jadi dengan nuffnang?


                 Sebenarnya apa yang telah terjadi kepada nuffnang atau akaun nuffnang saya?Walau apapun yang saya lakukan untuk menaikkan blog saya,akaun nuffnang saya masih lagi memaparkan wajah dec 2014.

                 Dalam erti kata lain,akaun saya memang tak update langsung.Apakah yang harus saya lakukan sekarang?Saya rasa seperti nuffnang memang tak sukakan saya lagi.huhuhu...

                 Kalaulah ada kawan-kawan blogger yang ada cadangan,tolong komen sikit ya...saya tak tahu nak buat keputusan.geram,tapi suka iklannya bermain dalam blog saya.

Rabu, 11 Februari 2015

Putus harap dengan Nuffnang.


                  Pelik tak kenapa saya sekarang ni sibuk sangat dengan Ephyra dan Jamu Seri Dewi Malam?Saya pernah bertanya Mr Nuffnang mengapa saya tak boleh dapatkan hasil dengan Nuffnang?Jawab mereka,sebab blog yang boleh dapatkan kepercayaan pengiklan ialah blog yang menerima kunjungan sekurang-kurangnya 20 orang sehari.Alhamdulillah syarat tu dah ada tapi nampak macam sama je.

                 Iklan yang orang lain war-war kan juga ada dalam blog saya.Cuma bezanya, orang lain dapat hasil, tapi saya tetap dalam kondisi sama.Tak ada orang klik ke atau tak ada orang masuk blog?Rasanya senarai graf ok aje.

                 Kalau dilihat dari dashboard Nuffnang saya,macam tak ada update langsung.Kalau update 1sen pun saya tak kisah...nampak Nuffnang bekerja.Kalau tengok post orang lain, banyak on going yang keluar.Tapi dalam Dashboard saya,update masih lagi 12 Disember 2014.What's going on?Pekerja Nuffnang tengah buat audit akhir tahun tak siap lagi kot.. atau semua staff dah resign?hehe

                 Daripada saya asyik jenguk dashboard, lebih baik saya buat perniagaan online.Pelanggan pertama saya adalah jiran tetangga yang sudi support usaha saya ni.Terima kasih cikgu.

                 So,siapa yang nak beli Ephyra atau Jamu dari saya, jangan segan-segan hubungi saya tau...Ini adalah dua produk yang saya yakini keberkesanannya.huhuhu...nak merajuk sekejap dengan Nuffnang.Tapi saya tak buang Nuffnang...cuba lepas geram dan malas nak hantar ticket.Inilah akibat malas.

Jumaat, 7 November 2014

Program Evangelist di Nuffnang.

               Malam ni saya nak bercerita tentang program Evangelist yang boleh kita jumpa di dalam akaun Nuffnang kita.Mengikut maklumat yang saya dapati dari Google,program ini dijalankan dengan meletakkan kita sebagai angle produk.

               Suatu hari dahulu,pernah juga saya klik program ini sebagai angle x-pax,tetapi x-pax dah tidak ada program baru untuk dipromosikan.Jadi,saya dibenarkan menukar penaja.Saya mengeluarkan nama saya dari menjadi angle,lalu membiarkannya begitu sahaja.

              Semalam,saya terbuka hati untuk mengikut semula program ini.Dengan susah payahnya,saya tidak berjaya.Maka sayapun menghantar ticket kepada Nuffnang meminta penjelasan.Pagi tadi,saya mendapat balasan dari Nuffnang.

Hi Salmiah,

Terima kasih kerana sudi menulis kepada kita.

Malangnya, kita sudah tidak menjalankan program evangelist sejak 2012. Tetapi, evangelist yang kekal dari tempoh itu masih dapat menjalankan program mereka. Kita sudah semak dalam sistem kita dan kita dapat tahu yang anda masih lagi evangelist XPAX. Tetapi, pada masa kini program evangelist tidak lagi aktif jadi kebanyakan manfaat yang company kami boleh beri adalah dari blogging atau laman sosial.

Saya berharap anda boleh tukar kepada blogging dan juga media sosial kini untuk mendapat manfaat daripada kami.

Terima kasih dan salam sejahtera. :)


Regards,

James Khor
Community Intern
Nuffnang Sdn Bhd

              Adalah juga rasa kecewa sedikit,tapi nampak gayanya,kenalah tumpukan perhatian kepada blog yang sentiasa memerlukan perhatian saya ni.Walaupun pendapatan saya masih lagi kabur,saya yakin dengan apa yang saya lakukan.

             Bak kata pepatah,sikit-sikit,lama-lama jadi bukit.Masih banyak yang perlu saya belajar untuk mencapai matlamat blogging yang sebenar.Kan....


Rabu, 25 Jun 2014

Iklan Nuffnang,Kenapa Tak dapat hasil?

                Setelah beberapa kali menghantar soalan,akhirnya saya dapat jawapan yang saya cari.Mengapa ramai yang mengadu tidak mendapat sebarang hasil dari Nuffnang walaupun mereka sudah lama berada dalam dunia blogger.

                Nuffnang mengira setiap klik yang terjadi di dalam blog kita dan menghadiahkan 25sen untuk satu klik iklan.Namun begitu,berapa orang yang pastinya akan mengklik iklan kita?Terutamanya kalau line biskut macam celcom 3g saya ni.

                Tetapi kita masih berpeluang untuk mendapatkan hasil jika ramai yang membuka laman kita.Persoalannya,ada je orang buka,tetapi tak nampak hasil juga.

                Kita perlukan pengunjung sekurang-kurangnya 20 pembaca untuk satu hari.Lebih baik jika pembaca kita adalah 100 orang sehari.Untuk sampai ke tahap itu,setakat follower dua tiga orang,pastu updatepun jarang,memang takde harapanlah nak jana pendapatan.

                Tak mengapalah,lupakan dahulu tentang pendapatan.Tumpukan perhatian kepada hasil penulisan kita.Pastikan kita mempunyai pengikiut setia yang sudi membaca celoteh kita. Insyaallah suatu masa,kita juga mampu menjadi seperti beautiful nara.Ewah! jauh beribu kilometer lagi nak sampai ke tahap tu.

                Apapun,selamat maju jaya buat semua blogger.Dont give up when you feel happy with your blog.

Jumaat, 23 Mei 2014

Iklan istimewa Nuffnang.


inilah rupa video-video yang dicpita.
                  Akhir-akhir ini,Nuffnang menyiarkan iklan Nestum by Nestle.Pada mulanya saya cuma buka macam tu aje.Memang ada peraduan yang perlu kita sertai untuk memenangi hadiah.

                 Tiba-tiba terdengar muzik yang riang ria dari mereka.Terniat pula nak klik apakah itu.Dah gitu,ralit dan naik syok pulak tengok hasil yang memberansang dari peserta.

                 Bila saya nak buka lagi,iklan Nestum dah tak keluar.Kalau siapa bernasib baik nampak iklan tu cubalah lihat video mereka.Ada yang janggal,tapi ada juga yang memang memang kreatif membuat iklan.

Jumaat, 11 April 2014

Buat Duit Dengan Nuffnang.

             Untuk Membuat duit dengan blog,perkara pertama yang kita harus miliki adalah blog.Membina sebuah blog memang sangat mudah.Di zaman sekarang,ramai yang memilih membuat blog dengan blogspot kerana cara mendaftarnya sangat mudah.

             Hanya membina akaun gmail,kemudian mendaftar dalam www.blogger.com.Dengan google+,kita akan memiliki sebuah sistem yang mudah ditemui oleh pembaca.Hanya perlu follow blogger lain dan jika blog kita menarik,mereka akan follow kita balik.

             Kalau setakat nak make up blog,saya rasa,tutorial blog sekarang melimpah-limpah sehingga tidak tahu mana satu untuk kita pilih.Tapi harus ingat,nak mak up blog jangan terlebih widget,nanti blog kita akan menjadi berat dan susah dibuka.Nanti baru klik je tak masuk-masuk,terus tak jadi buka.

             Sebenarnya,Untuk membuat duit dengan blog,kita hanya perlu meletakkan iklan di dalam blog kita.Seperti yang kita lihat,pada blog saya ini ada terpampang iklan oleh Nuffnang.

Nuffnang Malaysia.
             Kalau setakat nak pasang iklan Nuffnang tu,berlambak tutorial yang kita boleh ikut dalam Mr Google.Taip sahaja nuffnang Kita pasti akan dapat masuk dan mendaftar.Kalau kita pasang ke tiga-tiga iklan Nuffnang,kena pastikan terletak pada kedudukan yang betul.Ikut tutorial betul-betul...nanti iklan kita muncul ditempat yang salah pulak.

           Nuffnang adalah pengiklanan yang paling mudah untuk kita mendaftar.Tak payah nak tunggu approve dan takde syarat lain selain dari menjadi pengiklan setia.Pantang larang Nuffnang adalah dia dimadukan.
iaitu,jangan meletakkan banner iklan lain!Jika kita berdegil,status glitteratti kita akan ditarik.Maka sistem pembayaran kita juga diturun tarafkan.

           Lagi satu,jangan sesekali kita klik pada iklan kita sendiri.Jika itu berlaku,dikhuatiri,Nuffnang naik angin dan kita tak akan dibayar satu senpun.Blog copy paste pun Nuffnang tak suka.Samalah macam saya...kalau takat copy paste tu,dah jenuh baca,tapi nak suruh kita baca lagi.Tak kuasa!

           Pembayaran Nuffnang ialah 15sen untuk satu klik,tetapi 25sen satu klik untuk status glitteratti.Kalau post kita ramai orang buka,maka peluang untuk kita mendapat duit ,lebih cerah.Tapi untuk mengharapkan satu klikpun susah...Kalau kita masuk blog orang pun,pasti kitapun ikut mood juga nak klik iklan ni.Kalau ada masa bolehlah tolong kawan,tapi kalau kita sentiasa busy nak terkejar-kejar,takkan klik punyalah...maka kita perlulah meningkatkan traffik blog kita untuk mendapatkan income melalui traffik.

           Traffik tu maksudnya kunjungan yang kita terima.Kalau setakat blog peribadi tu,siapalah yang nak baca.Benda macam ni,cuma akan dibaca oleh beberapa pengunjung sahaja.Kalau kita mahukan pengunjung yang ramai,kita perlukan post yang releven sepanjang masa.

            Contohnya,"buat duit dengan Blog".Selagi Nuffnang ada populariti dalam blog,orang akan sentiasa membukanya.Apa yang saya nak sampaikan ialah,kita harus menyediakan isu yang orang nak baca.bukan apa yang kita nak tulis.

            Contohnya lagi,blog saya nilah kan...mana ada follower sangat.hahaha...tapi saya bukanlah orang yang cepat putus asa.Menulis adalah satu hobi .Sekaligus boleh kita pergunakannya sebagai sumber rezeki.Bukan apa...blog ni terlalu muda.Belum matang.penulisnya sahaja yang terlebih matang.(tua dah...haha).Maka iklannya baru dua hari pasang.Blog lama yang facebook sekat tu,sebulan pasang iklan dapat 50sen.Banyak giler...hehe

            Kalau kita buka blog yang memaparkan pendapatan melalui iklan blog ni,saya tak rasa kita boleh kaya dengan berblog setakat dengan memasukkan iklan begini.Melainkan kita benar-benar mempunyai traffik yang tinggi.Untuk mencapai tahap itu,kita terpaksa bersabar sehingga blog kita benar-benar dikenali.Bila tu?Wallahu a'lam.Kita tak sehebat beautiful nara.

            Kalau nak buat duit dengan domain mungkin income lebih sikit,tapi nak buat jual beli domain ni perlukan kemahiran.Bukan boleh pakai bedal aje.Nak naikkan traffik dengan SEOpun tak lulus lagi.Tapi kalau nak iklankan perniagaan online kita sendiri memang berbaloi-baloi.Insyaallah...bisness online memang mudah dan menguntungkan.hasrat hati untuk berniaga tu ada.Apa yang pasti,modal kena ada...Nak tunggu duit Nuffnang jugak buat modal.Alamat berkulatlah tunggu.

            Masih ramai tak yang berkobar-kobar nak buat duit dengan blog?Yang pertama,tekadkan niat nak berblogger kerana minat,bukan kerana duit.Kalau masyuk tu, rezeki...tapi kalau lambat masyuknya jangan kecewa pulak.Saya yakin suatu masa,blog saya mampu mendapatkan incomenya.Apa yang penting,jangan malas update blog,dan pastikan apa yang kita kongsikan tu akan ada pembacanya.

            Insyaallah lepas ni nak juga selitkan tutorial blog.Tutorial Nuffnang,banyak idea tu...tapi Bukan pandai sangat...tapi kata orang,banyak berjalan luas pandangan.Banyak pengalaman,boleh kongsi...

         
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...