lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Memaparkan catatan dengan label penghargaan/tahniah dan ucap selamat.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penghargaan/tahniah dan ucap selamat.. Papar semua catatan

Rabu, 22 Julai 2015

Menang giveaway cash raya rm1000 by emas putih


               Sebelum sempat saya nak update cerita raya,saya dikejutkan dengan keputusan siapa yang Menang giveaway cash raya rm1000 by emas putih yang saya sertai sebelum raya tempohari.

TOP REFERRAL RM100 x 1 PEMENANG

http://syiralokman.blogspot.com/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html


CASH RM50 x 18 PEMENANG

http://greenfarra.blogspot.com/2015/07/giveaway-raya-cash-rm1000-by-emas-putih.html
http://mama3farhanah.blogspot.com/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html
http://husnamalek.blogspot.com/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html
http://www.jiarizaira.com/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html
http://syazrim.blogspot.com/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html
http://anisyamir7lee.blogspot.com/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html
https://www.ahmadhasif.my/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html
http://izyanyancinnamon.blogspot.com/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html
http://celotehcikct.blogspot.com/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html
http://notashalimar.blogspot.com/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html
http://ekjozbuluh.blogspot.com/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html
http://sallyadan.blogspot.com/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html
http://tengkubutang.blogspot.com/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html
http://www.azhafizah.com/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html
http://www.syuhadasalleh.my/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html
http://myafarisha.blogspot.com/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html
http://www.erazfadli.com/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html
http://fuzamusa.blogspot.com/2015/07/giveaway-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html

Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih juga kepada blogger Uzu @ http://www.kisahemasputih.com/

Juga tak lupa kepada blogger penaja http://sufiprint.com/ Lan Careno , Mek Zumbie , Mawar Biru , Ejulz , Nina Mirza , Nizam , Ida Baharum , Inani Hazwani , Yanie Yusuf , Syira Lokman , Faziera , Boni Kacak dan Nadiah Hanum


Khamis, 16 April 2015

Hadiah dari Siti Sharini

                  Alhamdulillah...saya telah menang giveaway yang dianjurkan oleh blogger sitisharini.com.Sememangnya saya tak menyangka rezeki saya dalam giveaway agak murah akhir-akhir ini.Bukan apa...Sebab memang takkan termenang tu dah terpatri kat otak saya.Bila dah menang,macam tak percaya pula.

                Tahu-tahu  aje ada van pos laju yang minta sign autograf.Tengok alamat pengirim,wow!Pulau Pinang?Siapa pulak yang hantar surat cinta kat saya?Memang suspens giler..alhamdulillah...Tahu tak apa hadiah yang saya dapat?


                 Saya membaca dan membelek khasiatnya yang ditulis pada botol.untuk membantu masalah angin dalam badan,kembung,senak perut,pening kepala,mual,loya,masalah penghadaman,sakit tekak dan lain-lain khasiat kegunaan.

                Boleh diambil sekerap mungkin.Waa...saya apa lagi,rasalah...mula rasa,not bad...ada rasa jamu sikit.Tapi sedap pulak.Lepas tu ambil lagi sebiji,hmm...sedap pulak.Boleh ke makan banyak macam dikatakan tu?Okeylah!dua biji dulu.Tak rasa apa yang pelik pun.

               Pagi esoknya barulah perasan perubahannya.Jadi hari ini adalah hari ke tiga saya ambil herba ni.Setiap pagi saya pasti membuang sisa kumbahan.Biasanya seminggu sekali aje.Memang selesa betul perut saya.Tapi apa yang saya baru perasan adalah,tiga hari ni saya tak rasa gastrik langsung.Biasanya kalau lapar sikit je dah rasa loya dan pening.Alhamdulillah...mungkin Allah sengaja nak beri saya penawar melalui giveaway ni.Terima kasih Siti Sharini.

              Bila nak ucapkan terima kasih,saya buat satu entry khas ini buat beliau.Carikah sikit info produk yang saya menangi tu.

Khasiat produk ini:

~MASALAH ANGIN DALAM BADAN
~MENCUCI USUS
~MASALAH EARLY / PREMATURE MENOPAUS
~KERAP DEMAM
~MASALAH LEBAM (WARNA KULIT GELAP) DISEKELILING MATA
~MEMBANTU MASALAH RASA MUAL, LOYA, SEBU, PENING & KEBINGUNGAN AKIBAT     DARI SISTEM PENCERNAAN YANG TIDAK SEMPURNA
~MENGATASI MASALAH SEMBELIT / TIDAK LAWAS
~MEMBANTU MASALAH BUASIR
~MEMBANTU MASALAH BUANG AIR BESAR / BERAK BERDARAH
~MELANCARKAN SISTEM PENGHADAMAN
~MENGURANGKAN KOLESTEROL
~MASALAH BATU KARANG
~MASALAH SYAHWAT LELAKI & WANITA
~MASALAH RAMBUT CEPAT MEMUTIH, GUGUR, MENIPIS (gandingan Aromatic Shower Cream)
~MEMBANTU MASALAH MIGRAIN, GOUT, GASTRIK
~TERBUKTI MEMBANTU MENURUNKAN & MENGAWAL BERAT BADAN
~MEMBANTU MASALAH TEKANAN DARAH
~TERBUKTI MEMBANTU DALAM MASALAH KESUBURAN
~MEMBANTU MASALAH SEMPUT, AUTISME

Bagaimana ia membantu:

~ Meneutralkan sid perut dan mabuk darat atau laut
~ Menolak angin dan gas dalam trek penghadaman dengan bersendawa.
~ Membuang toksin dalam badan melalui proses perkumuhan
~ Meneutralkan asid dalam badan
~ Masalah kesuburan  (gandingan dengan Aromatic Intimate Wash)
~ Memperbaiki prestasi tenaga syahwat
~ melegakan hidung tersumbat akibat selsema,resdung dan jerawat.
~ mengatasi masalah perut kembung, senak, sebu dan pedih ulu hati
~ menghilangkan migrain, pening, rasa mual dan loya
~ mengurangkan sakit tekak, kerongkong dan suara serak
~ mampu mengurangkan batuk
~ mencuci usus, meredakan sembelit, tidak lawas dan buasir.
~ mengurangkan masalah sendi/hujung jari akibat dari  masalah gout,
~ membantu menurunkan kadar gula dalam darah & darah tinggi.
~ mengatasi masalah sakit lutut, kebas kaki tangan dan kaki bengkak.
~ Menghilangkan rasa lapar & meningkatkan daya tahan ketika berpuasa.
~ membantu memperbaiki prestasi tenaga syahwat suami isteri.
~ membantu dalam masalah kesuburan.
~ membantu mengecilkan saiz fibroid /CYST.
~ mengatasi masalah keputihan, senggugut dan haid tidak teratur.
~ mengatasi masalah perut kembung, senak, sebu dan pedih ulu hati.
~ menghilangkan lebab (hitam) di sekeliling mata.
~ menyegarkan nafas & mengurangkan nafas berbau.
~ Menyelesaikan masalah bau badan
~ menyingkirkan minyak berlebihan & mengurangkan kolestrol.
~ mengawal dan mengurangkan berat badan.
~ mengatasi masalah rambut cepat memutih, menipis dan gugur.
~ mengawal ketagihan merokok.
~ sesuai dijadikan teman memandu bagi memberi kesegaran.

                 CARA GUNA : Larutkan 5 tablet HPM ke dalam sebotol air 500ML (air kosong) x 4 botol sehari (selama sekurang-kurangnya seminggu @ sehingga badan berasa ringan).

Apabila kesihatan memulih, boleh dikurangkan ke 3 botol sehari dan dinaikkan kembali ke 4 botol sehari jika badan berasa tidak sihat.

*  Boleh ditambah sedikit jus kesukaan anda terutamanya jika hendak diberi minum kepada anak-anak yang kurang menggemari rasa bancuhan air HPM

Jika pada sesuatu hari itu anda ada memakan makanan yang berminyak dan keras/liat, sila kemam 3 – 5 tablet selepas makan.

Gunakan juga Aromatherapy Potion & Aromatherapy Booster serta JADIKAN AMALAN SETIAP HARI.

*    Untuk kesan yang lebih baik gunakan bersama-sama Losyen Halia Pala Serbaguna disapu di tengkuk, belikat, pelipat kaki & tangan, perut & bahagian2 lain yang berkaitan bagi melancarkan perjalanan darah dan memecahkan lemak bagi mereka yang bertujuan untuk mengurangkan berat badan.

Kurangkan / elakkan pengambilan sotong, daging, ayam, cempedak, ciku, teh & kopi serta makanan/minuman manis/bergula, lebihkan memakan sayur-sayuran & buah-buahan serta minum air kosong dengan banyak (sekurang-kurangnya 1.8 / 2 liter sehari) untuk kesan pemulihan yang lebih cepat.

Minum lebih 1.8L @ sebanyak mungkin air kosong bagi tenaga pengajar & mereka yang beraktiviti lasak serta banyak mengeluarkan peluh.   ~ mudah & murah, jimat & berkesan.

UNTUK KESAN SEGERA       (Bagi mereka yang mual, loya, pening, senak @ perut kembung)

LARUTKAN 10 – 15 TABLET HALIA PALA MINT KE DALAM SUKU GELAS AIR SUAM DAN MINUM BERSAMA-SAMA 2 GELAS LAGI AIR SUAM.
ULANGI SETIAP 1 JAM SEHINGGA MENCAPAI KELEGAAN.

Ia boleh dimakan pada bila-bila masa dan diambil sekerap mungkin untuk semua peringkat umur.
UNTUK KESAN SEGERA, LARUTKAN 10 – 15 TABLET HALIA PALA MINT KE DALAM SUKU GELAS AIR SUAM DAN MINUM BERSAMA-SAMA 2 GELAS LAGI AIR SUAM. ULANGI SETIAP 1 JAM SEHINGGA MENCAPAI KELEGAAN.

Bagus juga dimakan selepas selesai sapuan atau urutan dengan menggunakan Losyen Halia Pala Serbaguna keseluruh badan atau bahagian-bahagian badan yang sakit dan bermasalah.

Boleh juga dibancuh beberapa tablet bersama minuman seperti teh untuk dijadikan teh sarbat.

Amalkan memakan 3 - 5 tablet setiap kali lepas bersarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam serta minum banyak air kosong. Untuk tujuan 'diet' dan mengurangkan berat badan, makan Halia Pala Mint sebelum bersarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam.

Lebihkan memakan sayur-sayuran & buah-buahan serta minum air kosong dengan banyak (sekurang-kurangnya 1.8 liter sehari)

NOTA:
Kesan nyata & segera apabila memakan Halia Pala Mint ialah sendawa, buang angin (kentut), berpeluh, buang air kecil, buang air besar (lawas), haid lebih dari biasa, rasa pening ringan dan rasa sakit-sakit badan. Kesan ini adalah bersifat sementara sahaja kerana proses mencuci sistem usus dan penolakan gas lengai, kotoran, asid dan toksin dari sistem dalaman badan sedang berlaku.

Begitu rupanya cara penggunaannya...dan khasiatnya sungguhlah banyak.so,kalau ada yang nak mencuba,hubungilah Siti Sharini.Pasti beliau ada jawapannya.

Khamis, 9 April 2015

Mama3farhana,Diary jejaka hangat dan Nazirahnyer

                 
               Pada hari ni saya amat berbesar hati dan ingin sekali merakan ucapan terima kasih buat blogger Nazirah nyerr yang telah memilih atau terpilih saya sebagai pemenang.Sebatang pen yang cantik amatlah dihargai.Macam tahu-tahu sahaja saya ni memang sukakan pen.Kalau pergi pasaraya atau kedai buku,rasa nak aje saya angkut semua pen-pen kat kedai tu.Tapi alhamdulillah...ianya hanyalah dalam hati..hihi,jangan marah...

                Nazirah juga adalah seorang penjual shaklee.Selama ni saya tengok orang dok publish harga set-set produk,ingatkan mahal.Tengok ajelah vivic tu sampai harga rm 475.00. Rupa-rupanya hanya itu yang mahal...masih banyak produk mampu milik yang mempunyai khasiatnya yang tersendiri.Nak terjah blog Nazirah,boleh klik banner atas tu ya...
                Blogger mama3farhana pula telah memilih saya sebagai pemenang yang layak menerima sebuah frame gambar berklip.Cantik tau...tapi masa tak mengizinkan saya mengambil gambar.Maaf,saya dah tersangat penat sebenarnya.Operasi menyusun senarai barang membuatkan blog saya sendiri hampir terabai.

               Dengan design baru blog saya ni,saya sendiri tergagau mencari apa yang saya nak lihat sebenarnya.Terima kasih Kathy R'bain untuk design baharu saya ni.Cuma saya yang tak sempat nak sulam agar ianya lebih kemas.Tapi tak kisahlah...janji dapat hadiah mama3farhana yang cun tu.

               Saya bertanya, kenapa Mama3farhana sedangkan nama blogger ini bukanlah Farhana?Rupa-rupanya Farhana merupakan tiga dara pingitan yang menjadi buah hati kesayangan beliau.Ketiga-tiganya diberi nama Farhana di awal nama mereka.So sweet.

               Blog mama3farhana banyak menyelitkan resepi dan beliau juga ada menulis blog peribadi juga.Nak tengok rupa blog beliau,klik banner di atas.Saya suka sangat tengok banner Nazirahnyerr dan Mama3farhana.syyt...saya suka tang bunga ros tu.Macam cantik sangat.
               Dan yang terakhir adalah blogger diary jejaka hangat.Sebenarnya,pengumuman pemenang ni saya sudah lawati,tetapi tak jumpa nombor saya.Lepas tu ada terbaca dalam page beliau tentang hadiah yang tidak dituntut.Sekali lagi saya terjah tetapi tak bertemu.Saya tak kisah...dah banyak giveaway yang saya sertai,nak tersangkut sebagai pemenang memang susah.Malas nak cek sangat...sesetengahnya saya tak tahupun tentang pengumuman pemenang.

              Entah macam mana,blogger Kathy R'Bain menghubungi saya mengatakan saya adalah pemenang hadiah giveaway diary jejaka hangat.Beliau adalah seorang dari menaja hadiah yang saya menangi.Rasa tak percaya pulak.Terpaksalah saya periksa sekali lagi senarai pemenang.Entahlah...agaknya saya tersalah pandang nombor kot terbalik agaknya.Maklumlah...dah lama saya membuat senarai barang perniagaan saya tetapi masih belum selesai.

             Sekarang ini barang sudah naik kerana GST.Jadi senarai yang hampir siap perlu diedit lagi.Rasanya macam penat sangat.Tapi saya kenalah kuat semangat...nak siapkan insyaallah sebelum tamat bulan April nanti.Bolehlah saya berblogging seperti biasa.Kepada rakan-rakan yang dah lama tak dapat blogwalking dari saya,mohon maaf...insyaallah bila semuanya selesai,saya akan mula blogwalking lagi.Barulah saya sedar betapa berharganya masa.

              Untuk ketiga-tiga blogger di atas,terima kasih banyak-banyak ya...alhamdulillah...ada rezeki sara.Tak lupa Kathy R'bain sebagai sponsor hadiah untuk giveaway Diary Jejaka hangat.Terima kasih dan Alhamdulillah....


Sabtu, 3 Januari 2015

Salam maulidur rasul.

                  Pada hari ini, pada tarikh 3hb Januari 2015 bersamaan 12 Rabiul awwal 1436.Saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut maulidur rasul.

                  Kalau kita sebut 12 rabiul awwal tahun gajah, pasti ramai yang ingat ianya merupakan tarih nabi SAW dilahirkan.Namun begitu, ada percanggahan yang mengatakan bahwa itu adalah tarikh kewafatan nabi SAW, bukan kelahiran.

                  Dalam erti kata lain, kita mungkin menyambut hari keputeraan nabi,juga menyambut hari kewafatan nabi SAW.

                  Kita tidak digalakkan menyambut maulid nabi ini secara berlebihan, tetapi, kita amatlah digalakkan berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW.Perbanyakkanlah berselawat.Sesungguhnya berselawat ke atas nabi itu banyak kelebihannya, termasuk mendapat syafaat nabi SAW.

                  Nabi Muhammad SAW merupakan seorang nabi dan rasul yang wajib kita ketahui.Baginda merupakan nabi dan rasul yang terakhir.Tiada lagi nabi dan rasul selepas baginda.Nabi dan rasul utusan dari Allah SWT yang akan selamanya menjadi idola kita sepanjang zaman.

                  Mukjizat nabi yang paling besar adalah Al-Quran.Al-Quran juga adalah pedoman kita yang ditinggalkan oleh Rasulullah untuk seluruh umatnya.Al-Quran juga akan dipelihara oleh Allah sehingga hari kiamat.

                  Selain berselawat,jom kita merapatkan diri dengan Al-Quran dan mengamalkannya.Sesungguhnya pahala membaca Al-Quran itu sungguh hebat.

Rabu, 31 Disember 2014

Selamat tahun baru 2015.

                 Hari ini merupakan hari terakhir tahun 2014.Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat tahun baru 2015 kepada semua insan yang masih menghirup udara di bumi ini.

                 Kalau orang lain sibuk dengan azam tahun baru,saya rasa tak payahlah...azam kita tiap tahun pasti nak yang lebih baik dari hari ini.Sama kot tiap tahun...

                 Tapi target kita untuk tahun 2015 nanti mungkin berbeza.Saya menyasarkan target untuk tahun 2015 nanti,saya akan memulakan kerjaya sebagai penulis blog dan usahawan internet dengan lebih teliti dan insyaallah setiap usaha yang diiringi doa dan kesungguhan pasti akan membuahkan kejayaan.Itupun kalau umur saya panjang.

                 Saya amat mengharapkan sokongan penuh dari encik suami yang selama ini banyak memberi peluang kepada saya.Walaupun berbagai rintangan yang melanda, blog ini masih mampu saya pertahankan.

                 Apa yang bakal saya hadapi untuk tahun baru ni?Along dan angah dah habis spm.Maka insyaallah tahun ni ada dua budak u kat rumah ni.Seorang sekolah menengah dan dua masih di sekolah rendah.Rasanya bajet awal tahun untuk persekolahan dan asrama memang boleh tahanlah...tak tahan pun ada kot...hehe.

                Selepas kelahiran seorang anak buah dan dua cucu buah,tahun depan ni bulan satu,dua,tiga dan empat dan lima 2015,keluarga kami akan menerima kehadiran orang baru.Berturut-turut bulan bagai dijanjikan.Maka keluarga kami yang dah cukup besar ni,akan terus berkembang nampaknya.

                Pada Febuary nanti,dijangka saya akan menerima menantu saudara pulak.Wah...kemeriahan tahun 2015 kian terserlah.Tanpa konsert sambutan tahun baru pun kami memang sentiasa meriah.Semuanya sudah diatur indah oleh Allah.Semoga semuanya berjalan dengan sempurna.

                Walau apapun,hidup tetap perlu diteruskan.Walaupun apa dugaan yang pasti menanti, kita perlu tabah dalam menghadapi dugaan hidup.

                Apa yang penting,air bah di Kuala Lipis sudah kering.Hanya tinggal, usaha membersihkan barang-barang yang masih boleh digunakan.Nampaknya,semua perabot dalam rumah musnah dan rumah wan kini benar-benar kosong.Pakmbong pula kehilangan buku-buku kesayangannya satu library.Begitu juga dengan duit syiling lama yang menjadi kebanggaannya juga hilang di dalam lumpur.Sedih.

               Semoga sinar 2015 nanti akan mengembalikan apa yang kami hilang.Selamat tahun baru.

               

Rabu, 3 Disember 2014

Happy Birthday Angah.

             Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran angah yang ke 18.Tak sangkakan,anak dara emak ni sudah berumur 18tahun.Rasanya baru lagi mak dan ayah menghantar angah belajar ke sekolah menengah agama tu.Selalu aje menangis sebab katanya taknak bersekolah di situ.Dalam pada itu,mak dan ayahnya yang rindu juga.

             Tahu-tahu aje angah kini sudahpun habis peperiksaan SPM.Sungguh cepat masa berlalu.Seperti perancangan,mak nak masukkan gambarangah yang paling mak suka di sini,tetapi oleh kerana masalah line celcom yang tak bergerak ni,mak terpaksa batalkan hasrat tersebut.

             Walaupun tak masukkan gambar angah,angah tetap disayangi juga.

             SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN ya angah...semoga hidupmu sentiasa dalam redha Allah s.w.t.Jadilah anak yang solehah.Semoga hidupmu selamat dan bahagia dunia dan akhirat.

             Hakikatnya,bukan angah sahaja yang semakin dewasa,rupa-rupanya emak ni yang sudah semakin ke penghujung usia.Jangan lupa doakan kesihatan mak ya angah...

Khamis, 20 November 2014

Review Blow Puteri Kenari By Kaktusoren.

kaktusoren.blogspot
                 Sebagai orang dewasa yang mentah,(boleh tak istilah ni?hihi,)ini adalah kali pertama ada orang yang review blog saya yang tak seberapa ni.Dan beliau itu adalah a girl on a mission iaitu pemilik blog http://kaktusoren.blogspot.com/.

                 Review ini ada dalam post http://kaktusoren.blogspot.com/2014/11/puteri-kenari-salmiah.html.
Saya akui,ada rasa terharu dan sedikit rasa bangga dan rasa syukur dengan hadiah blog review dari segmen yang saya sertai tempohari iaitu http://sallyadan.blogspot.com/2014/10/saya-suka-makan-by-cik-oren.html.

                 Tahniah buat saya dan terima kasih buat Cik Oren.

Khamis, 15 Mei 2014

Selamat Hari Guru.

Selamat hari guru .
buat semua guru di SKDA.
buat semua kawan-kawan SMJ.21 yang menjadi guru,juga buat guru-guru kami yang pernah mengajar di S.M.J.21.
Buat semua kawan-kawan yang menjadi guru kepada anak-anak mereka juga.
Juga buat kedua-dua guru dan murid yang juga menjadi guru.
Guru-guru kami ketika kami belajar di SKJ.12 dan cikgu Abdul Rahman yang melukis gambar di belakang tu,Murid cikgu yang turut menjadi guru,Cikgu Liza,cikgu Siti dan Cikgu Na.
                   Kepada jiran-jiranku  cikgu-cikgu sekelian,Guru-guru Pasti At-Tauhid yang memberi pendidikan awal kepada anak-anakku,Kepada guru-guru S.K.Taman Ehsan,guru-guru SMK Taman Ehsan,guru-guru SM Teknik Sepang,guru-guru(Ustaz-ustazah) SMA Al-Falah Batu Talam,guru-guru SRT Taman ehsan dan SRT An-nur, guru-guru SKSK,serta anak-anak sedara,ipar duai semua yang menjawat jawatan guru,anda adalah sebahagian dari pendidik anak bangsa.

                   Sebenarnya,hati ini terasa bagai nak sebut semua nama,tetapi kalau nak sebut nama seorang-seorang,memang kes nayalah.Bukan sahaja letih nak mencari,letih juga saya nak buat senarai.

                   Walau apapun,buat semua guru,Betapa jerihnya menjadi seorang pendidik,jasa anda akan kekal selama-lamanya oleh murid-murid anda.

                   Tiada kata yang mampu merungkai betapa besarnya jasa seorang guru.Tiada kata juga yang mampu menghuraikan ucapan tahniah yang tak terhingga buat semua guru yang mendidik anak-anak dengan penuh keikhlasan.

                   Walau apapun,saya hanya mampu ucapkan,

                   Selamat Hari Guru.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...