lazada

Puteri Kenari

blog ini adalah blog peribadi.Dalam masa yang sama, saya adalah seorang peniaga online dan sudah mendaftar dengan ssm

Memaparkan catatan dengan label tutorial blog dan buat duit dengan blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tutorial blog dan buat duit dengan blog. Papar semua catatan

Selasa, 25 Ogos 2015

Tamak dropship meletihkan

               Apa pula tajuk ' Tamak dropship meletihkan ' saya ni macam bersungut aje.Bukan...Sebenarnya saya nak bercerita tentang dropship yang saya buat sekarang ni.Memang saya terliur tengok macam-macam produk yang ditawarkan untuk dropship.Tapi tak tahu mana satu yang saya nak pilih.

               Pada mulanya memang saya pilih pakaian sebab ianya sangat menarik bagi saya.Tetapi entah macam mana, adik saya memperkenalkan Ephyra sebagai supplement yang memang terbaik pernah dia cuba.Tergerak hati nak cuba jual, tapi tak mampu saya nak jadi agen.Jadi saya mencuba dropship Ephyra.

               Pilih punya pilih, adalah beberapa agen kosmetik dan baju,blouse, tudung dan sebagainya muncul dalam hidup saya.Tetapi bila saya berada di dalamnya, saya tak tahu macam mana nak tumpukan perhatian kerana terlalu banyak pilihan dan terlalu banyak produk nak di iklankan.Otak saya dah mula blur-blur alam gitu.huhuhu...

               Saya terpaksa hentikan tumpuan kepada pakaian kerana ianya memerlukan tumpuan yang lebih teliti. Memang mudah kalau hanya iklan dan jual.Tetapi bagi saya, kalau nak jual kepada pelanggan, saya kena prihatin pada saiz dan jenis kain.Tetapi saya tidak punya kemahiran itu.Jadi, saya tumpukan kepada dropship produk kecantikan terlebih dahulu.

              Bukan semudah yang saya fikir.Saya perlukan maklumat dan ianya tak boleh saya copy paste sembarangan.Saya terpaksa menjejak satu persatu produk dari official dan mengedit mengikut kefahaman saya secara ringkas dan padat.

              Alhamdulillah...dalam masa berbulan-bulan, saya mula mengerti apa produk yang saya jual..Semuanya kerana pelanggan yang banyak soal, membuatkan saya berusaha segigihnya mencari ilmu.Bukan nak mengempen...tapi saya nak kongsikan sesuatu hari ini

Produk supplement collagen berlambak-lambak di pasaran.Macam mana nak tahu apakah fungsi yang kena dengan kita?

              Setiap produk mempunyai sukatan dan kandungan yang berbeza.Kita perlu mengetahui apakah isi kandungan produk tersebut.Kehebatan dan harga bergantung kepada sebanyak mana stemcell buah buahan yang digunakan.Khasiat buah-buahan yang di stemcell pula adalah dari buah yang berbeza dan punya khasiat yang berbeza.Dari situlah kita boleh memilih buah apa yang khasiatnya lebih kita yakini khasiatnya.

              Tepuk dada tanyalah dompet.Mampu, kita beli.Agak bajet kurang, boleh pilih yang harga kurang.Brang murah tak semestinya tak berfungsi, tetapi mungkin tak secepat produk yang lebih stemcell. Itu pendapat sayalah kan...dari pemerhatian.Tetapi ada juga produk yang harga tak semahal mana, tapi ok juga.Saya ingat nak bua entry untuk cerita khasiat tumbuhan untuk memudahkan rujukan korang memilih produk dan kandungan.Insyaallah...Cuma...kita kena rajin pilihlah kan...Maklumat kan di hujung jari sekarang...

              Lepas tu nak cerita pasal skincare pulak.Skincare sekarang ni terlalu banyak di pasaran.Apa yang kita perlu tahu adalah jenis kulit kita dan apakah masalah kita.

              Kalau kulit sensitif, kita kena tahu apakah yang perlu elakkan dalam satu-satu produk kecantikan.Apa yang saya sempat baca, Vitamin E berlebihan boleh menyebabkan parut jerawat menjadi hitam.Kulit sensitif tak boleh guna produk yang ada alkohol.Kena betul-betul prihatin.Sekarang ni pulak, produk dah macam-macam jenis.

             Apa yang penting, kita perlu google produk yang kita target sebelum beli.Kita tak boleh tanya penjual...sebab penjual kebanyakannya akan promote aje supaya orang beli.Masa tu ,semuanya baik.hahaha...Tapi itulah yang saya sedang elakkan.Selagi boleh, saya akan cuba membantu pelanggan saya.

            Hakikatnya, bukan semua produk sesuai untuk kita.Kalau orang lain guna punyalah cantik,tapi bila kita guna, adeh...tak berubah atau makin teruk.Apa yang kita perlu tahu ialah feed back atau testimoni pengguna.Sama ada dalam blog ataupun forum.Cubalah selidik apakah yang dikatakan pengguna.Kalau rasa yakin barulah beli.Tak boleh salahkan penjual juga...sebab tidak semua pengguna sesuai dengan sesuatu produk.Semuanya mengikut penerimaan badan seseorang.

           Tapi awas!!! jangan beli yang jual terlalu murah...bimbang kena yang palsu.Murah sikit tak apa...mungkin dia beli borong dan cuba bantu pembeli yang nak guna produk tapi kurang mampu.Tapi yelah kan...jual murah ni memang boleh bantu yang kurang mampu...tapi ianya boleh menjatuhkan nilai sesuatu produk.

            Kalau produk yang memang jual mahal tu, saya no komenlah kan...barang baik memang mahal...Tapi bukan semua yang murah tu takde kualiti.Cuba kita tengok D'herbs, SDM, Jamu Jelita, V' Asia dan beberapa lagi, memang barang jualan mereka agak murah berbanding yang lain.Tapi mereka meletakkan harga murah dengan niat membantu dan mereka mantainkan harga supaya tiada yang mengambil kesempatan.

            Inilah sahaja yang saya nak konsikan hari ini.Tetapi kenapa tajuk tamak dropship meletihkan ?
Begini...Rasanya pendapatan dropship produk kosmetik sahaja pun dah memadai buat saya.Dropship bag, baju, kasut dan sebagainya tidak dapat saya beri perhatian lebih.Saya memilih satu untuk tetap.Yang lain tu ikut masa terluang ajelah... tamak dropship meletihkan otak saya.

           Memang betul apa yang pernah saya baca. Perniagaan tak perlu banyak produk... jual karipap sahaja pun mampu jadi jutawan kalau kena dengan caranya.Insyaallah...banyak lagi nak cerita.Tapi biarlah dalam entry yang lain.Insyaallah...

Rabu, 18 Mac 2015

Cara list post pilihan di dalam blog


                 Semalam saya buat post pages perniagaan dalam blog ,Korang boleh nampak dalam gambar kat atas ni.Tapi hari ni saya nak kongsikan satu lagi cara nak listkan barangan jualan mahupun list post pilihan di dalam blog kita.

                 Kalau cara pertama, kita buat satu pages lain yang tak akan kelihatan di dalam blog melainkan tajuk,tetapi kali ini, entry yang sudah kita garap dalam blog yang kita paparkan.

                 Saya pilih tajuk sallyadan shop sempena page perniagaan online saya di facebook.Hasilnya boleh korang nampak kat gambar atas ni.

Caranya adalah lebih ringkas sebenarnya.

1. Buka post list kita dan view post yang kita nak listkan.

2. Copy paste kod bawah ni,

<li><a style="text-decoration: none;" href="address url">tajuk post</a></li>

Tukar address url kepada address html post kita dan tukar juga tajuk post kepada tajuk pilihan entry kita.

3.Masuk layout dan add a gadjet.

4. Pilih HTML java script dan paste link tadi ke dalam content dan letak title mengikut kemahuan kita dan save.

5.Done.

6. Kalau nak buat tajuk seterusnya,tambah

<ul>

<li><a style="text-decoration: none;" href="address url">tajuk post</a></li>

<li><a style="text-decoration: none;" href="address url">tajuk post</a></li>

</ul>

7. Kita boleh meletakkan berapa banyakpun tajuk post yang kita suka dengan meletakkan setiap url entry dengan pembuka dan penutup di atas tu.


Saya tak pandai buat tutorial,tetapi saya nak kongsikan di sini kerana tutorial ni sangat penting bagi seorang blogger baharu.



Selasa, 17 Mac 2015

Pages perniagaan dalam blog



Assalamualaikum,
Pening sudah saya mencari cara nak listkan perniagaan saya di dalam blog.Akhirnya saya membuat keputusan membina page dalam blog.Malangnya selepas buat post dan share ke google,saya tak tahu di mana nak cari page saya tu.Haru betul....Godam punya godam, akhirnya saya jumpa add a gadjet-pages.

              Hati saya tertanya-tanya apakah fungsi pages dalam add a gadjet tu? Takkanlah buat pages tapi tak dipaparkan?Cari kat google pun tak jumpa penyelesaiannya.Percubaan demi percubaan saya lakukan.Akhirnya Alhamdulillah...Tadaa...pages saya mampu menghiasi blog saya.Nampak tak gambar kat atas tu?

Caranya macam ni....

1. Buka dashboard blog dan masuk kat bloglist korang.

2. klik layout kat kiri korang tu.



3. Klik pages.


4. Klik new post dan buat satu post macam biasa.

5. Publish juga macam kita buat post biasa.

Lepas tu kita kena masuk layout sekali lagi.

1. add a gadjet.
2. Lepas tu klik pages yang ni pulak.



3. Tick kat kotak yang kita nak dan tekan save.
              Apa yang perlu korang tahu, kalau nak buat post baru,masuk ke page kat layout tu sekali lagi dan klik new page(page baru).Kalau korang klik new post, maksudnya post korang yang asal akan hilang macam tu aje.

             Jadi, setiap kali kita buat pages baru, kita kena edit pages tu dan tick right dan save.Kalau tidak, post korang takkan masuk kat dalam blog korang.

Dengan cara ini, kalau orang buka blog kita, tak adalah penuh dengan post produk sahaja sampai post istimewa korang tenggelam jadinya.Dalam pada tu, pembaca blog kita akan nampak barangan yang kita letakkan dalam pages tu selagi kita tak delete.

Done.




Jumaat, 30 Januari 2015

Buat duit dengan blog

                  Buat duit dengan blog. Itulah tajuk yang saya nak ceritakan hari ini.Sebenarnya, banyak cara untuk kita mulakan buat duit dengan blog.

1) Nuffnang.

                      Nak buat duit dengan nuffnang, bolehlah klik nuffnang pink kat atas tu.Cuma register dan tunggu approve.Bila dapat email anda diluluskan,bolehlah login dan mula letak banner macam kat blog saya ni.Tapi terus terang saya katakan, untuk membuat duit dengan nuffnang memang lumayan.Tapi nak dapatkan taraf lumayan tu bukanlah satu yang mudah.

                      Ramai yang bersungut sebab tak pernah merasa hasil nuffnang.Saya dah tanya nuffnang, iklan nuffnang kenapa tak dapat hasil? Untuk mula menjana pendapatan di nuffnang, kita memerlukan pembaca sekurang-kurangnya 20 orang setiap hari. Palaing bagus kalau dapat 100 orang pembaca satu hari.

                      Kalau kita ada pembaca setia, barulah boleh dapat kepercayaan pengiklan untuk meletakkan iklan dalam blog kita.Tapi setakat ni saya baru je nak capai pembaca belasan orang.So, walaupun dah setahun saya berblogging, akaun nuffnang saya baru je RM2.87. Hahaha,nak beli ayam seekor pun tak lepas.

                      Macam manapun, saya takkan putus asa.Biarlah ianya berada di dalam blog saya sehingga saya berjaya meletakkan blog saya dalam senarai blogger berjaya.


2) Google Adsense.

                    Untuk menjadikan adsense sebagai cara kita buat duit dengan blog , caranya adalah sangat mudah.Bila kita sudah menggunakan google dan membina akaun google atau gmail, kita pasti memilih untuk menggunakan blogspot sebagai blog percuma kita.

                    Kita cuma perlu klick adsense pada dashboard dan mula mendaftar.Seorang yang berjaya menjana pendapatan darinya memang lumayan juga hasilnya.Tapi jangan fikir ianya begitu mudah.Untuk mendapatkan klik pada iklan, kita tidak boleh sesekali ter... klik pada iklan yang kita pasang sendiri.Kita akan dikeluarkan dari senarai mereka.

                    Satu perkara yang membuatkan saya gagal meletakkan iklan adsense adalah kerana mereka memerlukan blog dalam bahasa inggeris.Sudah dua kali permohonan saya direject oleh mereka.hehe,sabo ajelah...

3) Affiliate.

                    Program affiliate ni adalah alternatif kepada pengiklanan yang dipasang dalam blog kita.Affiliate merupakan sistem pengiklanan yang sedikit berbeza dari nuffnang dan adsense.

                    Untuk nuffnang dan adsense, kita hanya perlu meletakkan iklan dan dengan penuh bersemangat kita boleh menjadi seorang blogger sepenuh masa tanpa memikirkan apakah yang kita perlu lakukan untuk menjana sedikit pendapatan dari blog.

                    Sebaliknya sistem affiliate memerlukan sedikit usaha lebih untuk kita mempromosikan barangan yang kita pilih untuk dijual dalam blog kita.Terlalu banyak program affiliate yang boleh kita pilih sebenarnya.Tetapi saya memilih tiga untuk mengisi kesunyian blog saya ni.

                   Saya memilih lazada affiliate sebagai percubaan pertama.Kalau ada yang berminat bolehlah cuba mendaftar ya... Saya meletakkan affiliate lazada kira-kira tiga bulan yang lalu.Rasanya nak jana pendapatan tu memang belum lagilah... saya perlukan pembaca yang berminat sahaja.Lagi pula saya langsung tidak tahu cara nak iklankan barangan lazada.Maka buat masa ni, saya biarkan aje ianya menghiasi blog saya ni.

                  Pilihan saya seterusnya ialah sweet muslimah .Saya sebenarnya suka sangat dengan barangan sweet muslimah ni.Memang cantik dan kena dengan citarasa saya.Dengan menggunakan bahasa malaysia sebagai bahasa pengantaraan amat mudah untuk saya memahami apa yang cuba disampaikan oleh pemiliknya.Usaha saya belumpun sampai sebulan.

                 Kalau lelaki boleh kahwin tiga, rasanya kalau saya madukan mereka semua ni baru cukup empat.So, saya cuba meletakkan affiliate klikjer sebagai alternatif kesukaan saya. Klikjer adalah perniagaan barangan digital.

                 Pada mulanya saya kurang berminat untuk menjadikan barangan digital sebagai barangan yang dijual dalam blog saya,tetapi saya sedar,selama ini saya juga suka klik iklan-iklan begini dan saya suka dengannya.Apa salahnya kalau ianya menghuni blog saya kan... so, kalau yang berminat tu,jangan segan-segan klikjer ya...

3) Dropship.

                 Dropship adalah sebuah perniagaan online tanpa modal.Kalau nak cari produk yang boleh dijual,memang banyak yang kita boleh jumpa dengan google.Janji kita rajin dan penuh semangat nak buat duit dengan blog.

                 Sebenarnya, perniagaan dropship ni lebih kepada laman sosial facebook.Ramai yang menjalankan perniagaan online dengan facebook page.Dan saya sendiri sedang berusaha untuk mendapatkan satu produk yang boleh menjana pendapatan.

                 Perniagaan dropship memang mudah.Baca di perniagaan dropship tanpa modal.Saya bakal memilih satu produk untuk diniagakan.Insyaallah...nak harapkan komisyen memang lambatlah...saya bukanlah blogger glamour yang cantik jelitawan atau muda belia.Jadi menunggu duit jatuh ke riba memang tak bermakna apa-apa.Yang penting usaha yang berterusan sehingga berjaya.Nak berjaya cari rezeki bukan senang tau...Jalan dah ada depan mata,cuma teruskan usaha untuk berjaya.Selamat berusaha...

Khamis, 29 Januari 2015

virus detected dari blog


                Bila virus detected dah keluar dari blog sebagai amaran ,terpaksalah kita menutup blog yang sedang dibaca.Kalau tidak, amaran virus detected dari blog ini akan keluar beberapa kali dan hati kita dah tak selesa lagi untuk terus membaca post tersebut.

                Gambar yang saya letakkan kat atas ni sebenarnya datangnya dari dua blog kawan blogger yang saya sendiri selalu kunjungi.Sayang sekali kalau blog kesayangan kita jadi macam ni.Mungkin kita dah ter......masukkan sesuatu sesuatu gadjet yang sebegini atau mungkin iklan yang berbentuk spam lalu ianya boleh memecah masuk ke dalam komputer orang lain.

               Salah satu dari virus yang dikesan datang dari favicon.Maksudnya, aksesori yang kita gunakan untuk mencantikkan blog kita.Untung juga saya menggunakan antivirus yang mampu menyekat virus.Kalau tak, mahunya jem pula komputer saya ni.

               So,nasihat saya kepada para blogger, sentiasalah ambil perhatian dari teguran kawan-kawan.Atau sekurang-kurangnya, gunakan kesempatan berkawan dengan pembaca setia blog kita.

               Alhamdulillah...kalau ada yang pelik berlaku pada blog saya, saya dah pasang informer tanpa gaji gitu.(hehe,gurau je...) Terima kasih adinda Faulinda Awang yang selalu menyampaikan maklumat kalau blog saya mempunyai gangguan seumpanya.

               Mesej of the story, kalau ada teguran seseorang tentang virus detected dalam blog kesayangan anda, kenalah buat sesuatu.Saya tak akan buka sesuatu blog yang berisiko.Nak dapatkan kepercayaan orang bukan mudah.Kalau dah tahu blog berisiko,bimbang takde sesiapa yang berani nak buka blog kita lagi.Berhati-hatilah untuk mengekalkan pembaca setia blog kita.Wallahua a'lam.
               

Khamis, 22 Januari 2015

Kata kunci Malaysia best blog 2015 tak jejak blog

                  Kata kunci atau keyword adalah kunci utama untuk membolehkan traffic blog menjejak blog kita.Saya sudah lama cuba memahami apa itu kata kunci yang dimaksudkan oleh sifu blogger Hasrul Hassan.Saya juga menyertai contest seo  ' Malaysia best blog 2015 ' .

                  Contest ini meletakkan perkataan Malaysia best blog 2015 sebagai kata kunci. Saya cuba membuat post terbaik, tetapi apabila saya cuba menjejak kata kunci yang diberikan, blog saya langsung tak kelihatan.Tenggelam terus dalam arus perdana.

                  Lepas tu,makan fikir kata kunci.Tidur ingat kata kunci.Masak ingat kata kunci.Dah macam orang angau pulak.Akhirnya kaji punya kaji,barulah saya memahami apa yang dimaksudkan dengan kata kunci.

                  Sebagai experiment pertama, saya mengubah tajuk post kepada kata kunci malaysia best blog 2015, tetapi saya dapati, link entry tersebut sebenarnya tidak akan berubah meskipun kita mengedit blog kita sebanyak manapun.Ini adalah pelajaran pertama untuk saya.

                  Saya meneruskan dengan experiment kedua dengan meletakkan perkataan Malaysia best blog 2015 dalam barisan pertama.Tetapi sudah terlambat.Enjin carian hanya dapat menjejak post pertama,bukan post yang sudah diedit.Ini adalah pengajaran kedua yang saya dapat dari contest seo Malaysia best blog 2015 ni.

                  Untuk meyakinkan diri dengan jawapannya, saya menjejak traffik untuk perkatan kata kunci dan saya fikir, penerangan relakssminda tentang kata kunci sudah cukup menguatkan keyakinan saya untuk kesimpulan yang saya buat tentang erti kata kunci dalam blog.

                  Kata kunci adalah satu perkataan yang akan titaip oleh pembaca blog ketika melayari internet.Kata kunci yang digunakan pada tajuk haruslah selari dengan kandungan blog.Dalam erti kata lain, Tajuk yang digunakan mesti diulang dalam entry kita.Kalau boleh, kata kunci perlu diletakkan dalam perenggan pertama untuk memudahkan enjin carian menjejak kata kunci yang kita pilih.

                 Kalau tak faham juga, cubalah perhatikan blog saya kali ini.Saya pertama kali meletakkan perkataan sama pada tajuk dan isi entry. Apakah saya berjaya meletakkan post ini dalam enjin carian?Tunggu dan lihat.


                 Tadaa.... alhamdulillah... dapat satu ilmu hari ini.Lepas ni boleh belajar perkara lain pulak.

Isnin, 19 Januari 2015

Dropship perniagaan tanpa modal.

               Apa itu dropship?

               dropship ialah satu perniagaan bagi mereka yang tidak mempunyai modal yang besar.

               Boleh untung ke?

               Mestilah boleh...kalau kita jadi agen dropship, kita akan diberi harga lebih murah dan kita akan mencari pelanggan dan akan membuat sedikit keuntungan dari apa yang kita mampu jual.

               Boleh laku ke?

               Terserah kepada rezeki kita.Sama macam kita berniaga kat pasar malam juga.Kita beritahu pelanggan bahawa kita menjual barang itu dan ini.Kalau nak beli,bolehlah order dari kita.Pelanggan akan membayar kepada kita dan kita akan membeli dari pemilik kedai.Dan tauke kedai itu sendiri akan mengeposkan barang yang kita jualkan.

              Cuma bezanya,kita tidak perlu membeli barang sebelum menjualnya kepada pelanggan.Hanya beli barang jika ada pelanggan yang mahukannya sahaja.Senang kan?Seperti juga perniagaan lain, kita kena masuk gelanggang untuk berniaga.

              Kalau kat pasar malam, kita kena rajin buka gerai.Kalau ada kedai, kita kena rajin buka kedai.Tetapi kalau perniagaan online, kita kenalah rajin mempromosikan barangan yang kita jual.Baru orang tahu akan kewujudan kita.

               Kalau ada yang berminat, bolehlah menjadi peniaga drophip.Tetapi sebelum tu, bacalah pengalaman saya untuk memulakan perniagaan ini.Hari ni saya nak buat sesi lepaskan stress.

               Selepas ditolak dan dicampur,akhirnya saya sebulat hati untuk membuat perniagaan dropship sebagai satu sumber pendapatan tanpa modal.Kalau saya banyak modal, memang dah lama saya buka perniagaan sendiri.

               Taip aje perkataan 'dropship' kat facebook, berbagai-bagai barangan boleh kita pilih untuk diniagakan.Jadi , saya memilih beberapa barangan yang saya suka.Itupun sudah memakan masa berbulan nak jejak produk yang kena dengan jiwa saya.

               Akhirnya saya buat akaun Maybank2u untuk urusan pembayaran online.Tetapi bila dah register, nak log in tak boleh pulak.User name salahlah.Password salah lah,akhirnya saya biarkan ianya terbengkalai.

               Tiba-tiba saya mendapat mesej dari M2u yang meminta saya login dalam akaun untuk mengelakkan saya terpaksa register semula.Kelam kabut saya dibuatnya.Cuba dan cuba lagi.Akhirnya dapat nota, saya terlalu banyak login.Maka diberikan satu nombor untuk saya hubungi sebagai rujukan.

                Saya rasa kecewa dan nak menangis sakan gitu.Bukan putus asa tahu...tapi perasaan yang saya rasa ni bagaikan meminta untuk dilepaskan.Kecewa!Kalau boleh menangis,saya akan lepaskan semua air mata supaya saya tidak rasa susah untuk melakukannya.Tapi takde air mata yang sudi keluar.Nak luah kepada siapa?Encik suami?

                "Y...saya dah cuba daftar maybank2u lagi sekali.tapi tak boleh masuk jugalah."

                "hmm."

                Aduh...gitu je jawapannya? Uncle Adan ni takde langsung nak support wife dia yang tengah bersemangat ni.Akhirnya saya terpaksa tidur dengan otak yang penuh dengan cabang-cabang penyelesaian yang kabur.Si dia pula sedap aje berdengkur kat sebelah.

                Mampukah saya menjadi seorang peniaga dropship nanti?Insyaallah...kalau panjang umur.

               Tentang uncle Adan tu jangan salah sangka.Nak dapatkan support kata-kata darinya memang susah.Tapi dia memang satu-satunya insan yang memberi sokongan penuh dalam setiap usaha saya.Sokongan tanpa suara gitu!

                Macam manapun, Alhamdulillah...nasib baik juga saya mempunyai blog sebagai teman setia.Lega selepas meluahkan segalanya.Apa yang perlu saya lakukan sekarang adalah mengaktifkan akaun bank online saya tu.Insyaallah selepas itu semuanya akan berjalan seperti yang saya aturkan.

                 Masih banyak yang perlu saya belajar untuk mencapai suatu kejayaan sebenarnya.Doakan saya ya...

             

Sabtu, 3 Januari 2015

Kelab blogger ben ashaari.

                  Sebenarnya,saya dah lama menyertai kelab ini di facebook kelab blogger yang sudah mempunyai 24,494 ahli, tetapi oleh kerana saya rasa pelik melihat ramai kawan yang mempunyai banner kelab,saya menganggap diri saya tidak layak menyertai mereka.

                   Tekaan saya sebenarnya meleset sama sekali.Rupa-rupanya saya hanya perlu memasang banner dan saya sudahpun sebahagian dari ahli kelab.Adalah dua jam juga saya mencari sedikit kepastian untuk meyakinkan diri bahawa apa yang saya lakukan adalah betul.

                   Keyakinan saya menjadi lebih kuat bila membaca post oleh mamaniza tentang tutorial menyertai kelab ini.Kita cuma perlu melayari  http://kelabbloggerbenashaari.com/  dan memilih bahagian banner .
Copy kod yang diberikan di dalam          layout dan pilih add a gadget. Pilih +HTML/Javascript dan paste kod dalam kotak contens.

                  Saya memilih kod pertama kerana saya lebih suka banner yang simple dan cute.Cuma saya mengubah saiz yang diberikan kepada saiz 150x150.Bukan 300x300.So,hasilnya memang comel macam banner dalam blog saya ni.So, kalau sesiapa yang nak jugak,silakan...

                  Kenapa saya menyertai kelab ini? Seperti mana kelab-kelab blogger di facebook, kelab ini merupakan satu kelap yang lebih kuat dan mempunyai seorang peguam sendiri.Semoga saya mampu meningkatkan trafik blog dengan berkenalan sesama blogger dari kelab ini.Jom join the club.

Rabu, 31 Disember 2014

Menggunakan domain .mynic

                  Saya mendapat gambar ini dari seorang anak buah yang menyertai persatuan belia di Kuantan.Domain percuma diberikan khas oleh Majlis Belia Wilayah Persekutuan.Pada mulanya saya agak ragu-ragu juga,maklumlah saya ni bukannya tahu sangat tentang domain.

                 Selesai mendaftar,saya mencari tahu bagaimanakah ianya berfungsi.Pening betul nak fikir nak kena tukar nama bagai.Sayang juga nak tukar-tukar nama blog ni,kata Hasrul Hassan, kalau tukar nama blog,nanti blog kita boleh tunggang terbalik buat sementara.Akan ambil masa untuk pulih.Takut juga.

                Bila dah dapat surat pengesahan penerimaan pendaftaran saya,alhamdulillah...ianya tidak seperti yang saya fikirkan.Tahu tak apa yang saya nampak?

http://sallyadan.blogspot.com/ masih berfungsi. Bila saya taip www.sallyadan.my juga akan membawa ke blog saya. Begitu juga kalau saya taip www.sallyadan.name.my .Alhamdulillah...saya cuma perlu meneruskan penghasilan blog saya seperti biasa dan kini blog saya boleh ditemui dengan tiga nama sekaligus.Kalau tak percaya,cubalah klik tiga link ni.Macam tak percaya pulak.

                Domain percuma ni tamat hari ni.Terima kasih my buddies.my.

Khamis, 25 Disember 2014

tutorial membina blog 2014.


                Untuk membina sebuah blogspot,kita boleh menggunakan apa-apa email yang kita ada.Tetapi untuk mendapatkan kelebihan dari google,lebih baik kita gunakan sahaja akaun gmail.

                Untuk create akaun gmail, klik aje https://accounts.google.com/SignUp?service=blogger&hl=en_GB&continue=http://www.blogger.com.Saya akan membawa korang ke laman seperti gambar di atas ni.

                Maka anda bolehlah isikan borang di atas dengan nombor telefon untuk memudahkan anda mendapatkan kod nombor.Pastikan nama gmail anda tidak sama dengan orang lain supaya permohonan anda berjaya.isikan kod verifications dan kita boleh nampak macam gambar kat bawah ni.


Pilih bahasa yang kita mahukan.Saya memilih english kerana penggunaannya adalah lebih mudah.klik continue to blogger.


Kita akan jumpa gambar ni.


              Boleh masukkan gambar kita atau biarkan untuk diletakkan kemudian.Kalau nak letak gambar,klik add a photo. klik select a photo from your computer dan pilihlah gambar yang kita pilih.


  Maka hasilnya akan kelihatan macam ni.Klik create your profile kat bawah gambar tu.


klik back to blogger.


klik continue to blogger


                  letakkan title blog yang kita inginkan.Tajuk blog perlu dipilih mengikut kesesuaian tema blog yang kita inginkan.Kalau nak buat blog makan,boleh letak citarasa sayadan sebagainya.Kalau blog perniagaan [pula boleh diletakkan tajuk Jamu cinta dewa atau guna sahaja nama kita dan dicantum dengan perkataan office dan sebagainya.

                   Untuk blog saya ni,saya memilih nama puteri kenari kerana ianya adalah blog peribadi.Manakala nama blog pula ialah nama yang kita akan gunakan untuk enjin carian.Pilihlah nama yang mudah diingati seperti sallyadan.blogspot, atau kasiharus.blogspot.Enjin carian akan lebih mudah mengesan nama blog kita daripada tajuk blog kita.

                  Kita boleh nak design blog sekarang,tapi kita boleh juga design selepas blog kita siap nanti.Jadi klik create blog.
.
Sekarang kita dah boleh nak mula tulis blog.klik new blog kat bawah gambar kita tu.

                Letakkan tajuk blog kita ke dalam ruangan title.Kalau nak letakkan gambar,klik tanda gambar macam yang saya tunjukkan di atas.


Klik choose files.Pilih gambar yang ingin dimasukkan.


klik add selected.


Klik publish.

               Kita akan nampak post kita sekarang adalah seperti ini.Kalau kita tak sempat siapkan,kita bolehlah klik save dahulu untuk menyimpan semua gambar dan semua yang kita dah tulis tu.

 
             Dashboard kita akan kelihatan seperti ini menandakan kita sudahpun mempunyai satu post dan kita 
juga boleh melihat berapa orang yang sudah membaca post kita atau yang sudah meninggalkan komen.Tapi...kita kenalah letak kotak komen dulu.Nanti saya buat tutorial.

            So,kalau dah berjaya,kita kini sudahpun menjadi seorang blogger.Nak design blog,nanti lain kali kita bincang ya...selamat berblogger.

Khamis, 18 Disember 2014

Buku buat duit dengan affiliate.

              Macam mimpi tiba-tiba nama saya diumumkan sebagai pemenang Giveaway ilmu buat duit affiliate.
Sebenarnya, saya teruja juga menyertai giveaway membuat duit dengan affiliate.Rasa macam impian jadi kenyataan gitu.Peluang memang tak datang bergolek,tapi rezeki datang dengan tidak kita sangka-sangka.

              Sememangnya tidak mustahil kita boleh membuat duit dengan blog.Tetapi ilmu itu adalah sangat penting untuk menempa sebuah kejayaan.

              Saya mula berblogging secara suka-suka pada tahun 2011 lagi,tetapi bila sampai satu tahap, saya mula memperolehi maklumat bagaimana untuk menjadikan blog sebagai sumber pendapatan.Malahan ada yang mampu kaya raya dengannya.

              Saya mulakan dengan mendaftar google adsense,tetapi tidak diterima kerana blog saya menggunakan Bahasa Malaysia.

              Sebagai mencari peluang lain, saya memilih Nuffnang sebagai cubaan pertama.Untuk masa setahun ini, saya hanya mampu memperolehi kurang dari RM2 .Saya faham, saya hanya membina semula blog ini pada awal tahun 2014. Usianya masih setahun jagung dan belum mampu mencapai yang diperlukan sesebuah syarikat pengiklanan.

              Maka...saya membuat keputusan untuk berjinak-jinak dengan program affiliate.Maka, saya mencuba bekerjasama dengan Lazada seperti yang kita nampak pada blog saya ini.Baru sebulan saya meletakkan iklan Lazada yang meriah ni.Saya suka sangat tengok handphone dan tablet menari-nari kat post saya.Tapi kata Adan,semak.hahaha,apa-apa ajelah...

              Namun begitu,saya memerlukan lebih dari satu supaya peluang saya menjana pendapatan menjadi lebih luas. Saya cuba mendaftar beberapa affiliate,tetapi bila bab nak bayar ni memang liat sikitlah...bukan kedekut,tapi buat masa sekarang ni, saya terikat dengan anak-anak yang bakal memulakan sesi persekolahan tidak lama lagi.Jadi,terpaksalah saya tangguhkan terlebih dahulu.

             Dalam masa yang sama,giveaway juga boleh mendatangkan rezeki.Sebagaimana yang kita lihat ditepi post saya,ada banyak giveaway.Tetapi saya sekadar mengisi ruang sambil memeriahkan segmen kawan-kawan blogger.Bukan taknak menang,tapi meletak harapan hanya akan membuat kita kecewa.

            Bila dah menang ni, alhamdulillah...itu sahaja yang mampu saya katakan.Tapi, terperanjat beruk tu ada jugaklah...kalau tak ada anak-anak kat keliling saya,mahunya saya melompat-lompat macam kera kena belacan gitu.Kasi exersice sekali.hehe,merapu.

            Terima kasih kepada Bro Hasrul Hassan.Doakan saya berjaya memenfaatkan buku ini nanti.

            Bagaikan dejavu,saya macam pernah belek buku ini kat popular.Tapi harganya bolehlah tahan...tapi tak pasti pula saya berapa. Ketika saya melihat buku ini dijadikan hadiah giveaway, puas juga saya cari info tentang buku ini di google, sayangnya tidak ditemui secara detail. Persoalannya, kenapa tiada sebarang promosi?Ataupun ianya bukan buku yang sama.Wallahu a'lam.

           Bagi yang mahu memulakan sebuah blog,saya mencadangkan anda melawat http://www.hasrulhassan.com/2014/09/cara-buat-blog-sendiri.html.

Isnin, 1 Disember 2014

Design blog mood.

Untuk menghasilkan header blog sendiri,saya cuba untuk design apa yang saya mahukan.Kalau orang lain gila kentang,saya pula gila ros.
Saya cuba warnakan bunga yang saya lukis,tetapi warnanya tidak mampu memenuhi apa yang saya mahukan.
Akhirnya saya baru perasankan bunga ros yang memang ada di dalam adobe photoshop CS6
Saya cuba yang terbaik.
               Untuk memenuhi sebuah header,saiz memainkan peranan penting.Jadi saya mengecilkan size menggunakan image saiz.Saya cuba masukkan gambar header ini ke dalam blog,tetapi saya dapati header saya kelihatan agak semak atau over loaded dengan bunga.Maka saya membuat pilihan pertama sebagai header saya.

               Saya pernah membuat post bagaimana meletakkan header blog iaitu dalam post make over blog.Bukan susah sebenarnya,cuma design dan masuk ke dalam layout di tepi dashboard kita,tukar blog header dengan gambar yang kita mahu.
               Untuk menghiasi background saya pula,pada mulanya saya berhasrat untuk memasukkan gambar yang sama,tetapi masalahnya,saya tidak berjaya mengecilkan saiz kebawah 400kb.Mungkin saya perlu shoot satu gambar yang lain kot....tetapi,oleh kerana saya sudah nekad meluangkan masa untuk design blog saya pada hari ini,terpaksalah meminta bantuan Mr.Google.

               saya memilih bunga besar beberapa design,tetapi ternyata blog saya kelihatan terlalu penuh dengan bunga.Bukan tidak cantik,tetapi tidak sesuai di mata saya.
               Saya cuba gambar ini pula,memang cantik,tetapi masih tidak kena dengan jiwa saya.
               Cuba pula background ini,tetapi ianya langsung tidak sesuai.

                Akhirnya saya memilih bunga kecil ini.Dan hasilnya memang kena dengan cita rasa saya.Cantik pada kita tidak semestinya cantik buat orang lain.Begitu juga kalau cantik bagi orang lain,tidak semestinya cantik dimata kita.

                Maka,saya memilih untuk design sendiri blog saya mengikut selera sendiri.Alhamdulillah...inilah wajah baru blog saya.Done...nak letak background blog,kita perlu masuk ke ruangan template blog di sebelah layout tu.Kemudian edit template.Klik bahagian background dan upload gambar yang dipilih.

                Untuk memasukkan background,saiz gambar kecil sahaja boleh digunakan.Maka,pandai-pandailah kita nak cari saiz yang sesuai.

Selasa, 18 November 2014

Tutorial Letak Label Dalam Blog.

Perlukah sebuah blog mempunyai label?
               Sebenarnya,label ini berfungsi untuk memisahkan katogori yang kita kongsikan agar ianya lebih mudah dicari mengikut minat pembaca.Sekali kita klik pada salah satu tajuk nama label,semua post yang kita letakkan dalam label tersebut sahaja yang akan keluar.

               Dengan itu,ianya akan memudahkan pelawat mencari post yang mungkin ingin dibaca.

               Saya baharu sahaja selesai meletakkan sebahagian dari blog saya dalam label.Oleh kerana post saya sudah lebih dari 100,masa yang saya perlukan masa yang agak lama untuk meletakkan label bagi setiap post saya.

               Dengan itu,saya dengan sukacita ingin berkongsi tutorial meletakkan label dalam blog.

               Pertama sekali,kita perlu masuk ke bahagian dashboard blog kita.
Klik pada bahagian post list.
                 Kemudian klik layout supaya kita dapat mengubah sesuatu pada wajah blog kita.
Klik pada Add a Gadjet.
Klik pada Labels.
Kita akan dapat melihat gambar ini dan klik save.
               Kita sudah boleh mula melabel blog post kita.Kita perli pergi ke post list sekali lagi.
Cukup dengan klik view post di bahagian atas tu untuk ke post list.
klik edit pada post yang kita ingin labelkan.
Klik Labels pada bahagian kanan.
Kita boleh menaip tajuk label yang diinginkan dan klik Done.
               Kaau kita sudahpun mula melabel,kita boleh pilih tajuk label yang sudah kita gunakan seperti di bawah tu.
Klik update.
Post yang sudah dilabelkan akan memaparkan tajuk labek berwarna seperti gambar di atas.
Untuk post yang sedang dibina,kita boleh terus melabelkan tajuk sebelum publish post,macam dalam gambar di atas.
                Kalau boleh,jangan meletakkan tajuk label terlalu banyak macam dalam gambar tu ya...supaya ianya tidak memakan ruang yang banyak.Saya masih dalam sesi melabel dan akan mencantum label yang boleh dicantumkan.

                Saya sekadar mahu berkongsi apa yang saya tahu.Maaf dipinta kerana gambar yang saya ambil tidak begitu memuaskan.Saya masih perlu belajar bagaimana untuk mengambil gambar pada skrin agar hasilnya lebih baik lagi.

               Kalau ada yang nak ajar saya,boleh komen kat bawah ni.Atau mungkin beri saya link tutorial yang boleh saya ikut dalam komen.

Khamis, 13 November 2014

Tutorial Meletakkan Banner Segmen Dan Giveaway.

                        

                   Pertama sekali,kita perlu right klik pada cambar dan copy image URL.Klik bahagian gambar di dalam dashboard kita sama seperti cara kita nak masukkan gambar dan pilih 'from and URL' dan pastekan kod gambar dan add selected.

                   Bila sudah nampak gambar seperti contoh di atas,klik gambar dan klik tulisan link kat atas post.klik pada gambar sekali lagi dan klik link lagi sekali.Kita akan nampak benda alah ni,

                   Copy link address blog yang kita nak paparkan bila klik gambar tersebut diruang 'Web address' yang disediakan dan klik OK.Jangan lupa tick open this link in a new window supaya bila orang klik gambar,ianya akan dibuka pada tab lain.Selesai....cuba klik gambar saya di atas tu.Anda akan sampai ke blog saya sekali lagi.Just do it...

                   Sekarang ini sudah menjadi trend kepada blogger untuk mencari pengikut dan pengunjung iaitu dengan menyertai segmen atau giveaway.Dalam masa yang sama,memenangi hadiah contest juga boleh menjana pendapatan dari blog.Maka ramailah blogger yang nak menyertai contest yang dianjurkan.

                   Pokok pangkalnya,banner merupakan sesuatu yang sangat penting untuk sebuah segmen,giveaway atau contest.

                   Dulu,saya jenuh juga nak cari tutorial,susah betul nak faham.Bila baca tutorial yang berbelit-belit.Sedangkan ianya sangat mudah.So,kepada yang masih belum faham caranya,cuba sahaja cara saya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...